You are on page 1of 2

Jerebu merupakan satu fhenomena yang disebabkan oleh kewujudan partikel-partikel kecil yang

terapung-apung pada udara dan tidak dapat di lihat oleh mata kasar. Partikel-partikel ini terjadi
samaada secara semula jadi atau kesan dari aktiviti manusia. Apabila partikel ini wujud dalam kualiti
yang banyak dan berkelompak akan terhasil jerebu yang mengundang pelbagai-bagai masalah
kesihatan. Sekiranya hal ini terjadi, masayrakat perlu sentiasa berada di dalam bangunan atau
rumah.

Dipetik dan diubah suai daripada“Jerebu Oh Jerebu‟


Generasi Pengguna, Jun 2013

Konsep pembelajaran maya sudah menjadi satu realiti dengan adanya platfrom pembelajaran maya
yang semakin hari semakin padat dibangunkan oleh syarikat pembelajaran maya ke Malaysia. Hal ini
sesuai dengan konsep pembelajaran abad ke 21 yang semakin hari semakin mendapat tempat di hati
penonton Internet. Hampir 25 juta pengguna Internet di Malaysia menggunakan perkhidmatan jalur
layar dan peranti komonikasi telefon pintar berbanding dengan pengguna telefon talian tetap dan
perkhidmatan lain-lain. Namun begitu, sebanyak 23.1% penduduk di negara ini yang bukan memiliki
akses Internet telah menjadi halangan pada pelaksanaan pendidikan maya ini.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Konsep Pembelajaran Maya’
Majalah Pendidik, November 2018

PANDUAN JAWAPAN
1. fhenomena - fenomena
2. pada - di
3. di lihat - dilihat
4. samaada -sama ada
5. dari - daripada
6. kualiti - -kuantiti
7. pelbagai-bagai - pelbagai / berbagai-bagai
8. masayrakat - masyarakat

Panduan jawapan
1.platfrom - platform
2. padat - pesat
3. ke - di
4. ke 21 – ke-21
5. di - dalam
6. penonton – pengguna
7. komonikasi –komunikasi
8. jalur layar – jalur lebar
9. perkhidmatan lain-lain – perkhidmatan-perhidmatan lain
10. bukan – tidak
11. pada - kepada

You might also like