You are on page 1of 12

PROSA TRADISIONAL

MITOS SECEKAK KERTAS TISU

Tema

Bertemakan tentang masalah ekonomi semasa ,iaitu kejatuhan nilai mata


wang.”Dia” Merujuk watak utama dalam cerpen mitos secekak kertas tisu.
Perwatakan “dia” Telah ditaksirkan dengan pelbagai maksud seperti “dia”Adalah
kertas tisu,”Dia “ asalnya mempunyai nilai yang rendah namun “dia” Telah diberi
nilai yang tinggi oleh manusia malah lebih tinggi nilainya daripada nilai
emas.walaupun begitu,apabila “dia” Telah menghilang ,”Dia” Telah memberi kesan
yang negatif kepada manusia,iaitu perasaan resah gelisah. Bagi mereka,kejatuhan
nilai mata wang telah menyusahkan kehidupan dan mereka cuba mencari alasan
dengan menyalahkan pihak yang lain akibat nilai mata wang yang telah mengalami
kerugian . Kejatuhan nilai mata wang yang telah mengemparkan pelbagai pihak yang
mengambarkan seolah-olah manusia telah menjadi hamba kepada wang yang
mengakibatkan manusia terleka dan terlupa sementara akibat keseronokan dunia
bahawa allah swt adalah pemberi rezeki kepada seluruh hambanya termasuk
tumbuhan-tumbuhan dan haiwan. Manusia sering lupa akan mengamalkan sikap
berikhtiar mencari sumber rezeki lain bagi mendapatkan barangan atau keperluan
seharian sebagaimana yang telah dilakukan oleh seekor burung ketika mencari
rezeki.
Contohnya pada halaman 137

Kesannya,watak utama ,iaitu “dia” Telah menjadikan manusia sedar tentang


kebesaran allah swt bagi yang beragama islam

Persoalan

1) Persoalan tentang krisis mata wang yang melanda telah menyebabkan rakyat
gelisah. Maksud mitos merujuk kepada satu cerita dalam sesebuah kebudayaan
yang dianggap mempunyai kebenaran mengenai sesuatu perkara yang pernah
berlaku pada suatu masa dahulu.ia dianggap sebagai satu kepercayaan dan
kebenaran yang mutlak untuk dijadikan sebagai rujukan.kegelisahan yang telah
dialami oleh rakyat yang diakibatkan oleh sehelai kertas yang kononnya sehelai
kertas itu mempunyai nilai dan ramai yang percaya bahawa tanpa nilai helaian kertas
itu membuatkan kita sengsara.malah ada yang menjadi leka kerananya.jika helaian
kertas itu semakin jatuh nilainya sehingga akhirnya tidak bernilai , maka ia tidak ubah
umpama nilai secekak kertas tisu sahaja .tisu akan dibuang di tempat longgokan
sampah apabila tidak digunakan lagi .harga tisu amat murah kerana itu ia mudah di
buang . Namun begitu ,ramai manusia yang tidak menyedari bahawa rezeki
mempunyai pelbagai cabang ,iaitu seperti dari segi kesihatan tubuh badan,
makanan,minuman dan tempat tinggal
Contohnya

Kesimpulannya, kita haruslah bersyukur dan dinasihatkan untuk tidak menjadi


hamba kepada duit kerana ini akan melalaikan kita dan membuatkan kita menjadi
terlalu taksub dengan duit.

2) Persoalan tentang nilai mata wang bukan penentu kebahagiaan hidup.


Kebahagian adalah suatu perasaan menyenangkan yang ditunjukkan dengan
kenikmatan, kepuasan, kenyamanan, kegembiraan atau emosi positif yang membuat
kehidupan menjadi baik dalam kesejahteraan, keamanan atau pemenuhan
keinginan. Kebahagiaan bersifat abstrak dan tidak dapat disentuh atau diraba.
Kebahagiaan erat berhubungan dengan kejiwaan dari yang bersangkutan.ramai
orang menjadi resah kerana kejatuhan nilai matawang.namun begitu kebahagian
hidup bukan ditentukan oleh nilai mata wang semata-mata .masih banyak faktor
penentu yang lain yang mampu membuatkan seseorang itu bahagia antaranya
adalah terjalinya hubungan yang positif antara satu sama lain hubungan positif
bukan sekedar memiliki teman, pasangan, ataupun anak, tetapi dengan menjalin
hubungan yang positif dengan individu yang ada di sekitar. Hubungan positif akan
tercipta bila adanya dukungan sosial yang membuat individu mampu
mengembangkan harga diri, meminimalkan masalah-masalah psikologis,
kemampuan pemecahan masalah yang adaptif, dan membuat individu menjad i sihat
secara fizikal.bukan itu sahaja malah kebahagian dalam agama adalah satu
kebahagian yang berganda.hali ini dikatakan kerana sebagai umat islam ,kita
haruslah wajib menyiapkan diri dengan melakukan perintah-perintah yang
diwajibkan untuk mendapatkan keredaan allah swt.
Contohnya,

Kesimpulanya, kita akan hidup penuh bahagia sekiranya kita berpuas hati
dengan status kita, sambil itu berikhtiar memperbaiki status quo kita tanpa
menjejaskan kepentingandan kebahagiaan orang lain. Perbuatan memperolehi
kebahagiaan dengan mengakibatkan kerugian atau kesengsaraan pada orang lain
tetap akan dikutuki oleh masyarakat.

3) Persoalan tentang jangan menjadi hamba wang . wang bermaksud


Wang atau duit merujuk sesuatu objek atau barang yang diterima masyarakat umum
dan sah di sisi undang-undang sebagai medium pertukaran dalam urusan jual beli
dan urusniaga lain. Wang juga berfungsi sebagai penyimpan nilai, unit akaun, dan
piawai langsaian hutang. Dalam kegunaan harian, wang dirujuk sebagai mata wang
atau wang kertas dan syiling yang berada dalam edaran sesebuah negara yang
mempunyai status tender sah seperti ringgit; dan juga dalam pelbagai bentuk akaun
deposit kewangan seperti akaun simpanan, akaun semasa dan sijil deposit. Dalam
sistem ekonomi moden, mata wang adalah komponen terkecil dalam bekalan wang.
Wang tidak mempunyai nilai benar tetapi digunakan sebagai pengukur nilai yang
menjadi alternatif mudah kepada sistem barter. Tanpa wang, sistem ekonomi
menjadi tidak cekap kerana sistem barter memerlukan keperluan serentak antara
mereka yang mahu menukar barang, dan persetujuan bahawa pertukaran barangan
ini mestilah sama nilai sebelum pertukaran barter berlaku. Dengan wang, seseorang
hanya perlu membayar wang kepada penjual untuk mendapatkan barang berkenaan .
Ramai orang percaya bahawa kejatuhan matawang akan menyebabkan kesusahan
dan hilang banyak rezeki.Wang bukan segala-galanya. Ketika wang mempunyai nilai
yang tinggi, kita sangat bergembira untuk memiliki pelbagai barangan dan keperluan.
Apabila nilai wang jatuh, manusia menjadi keluh kesah dan porak peranda. Lebih-
lebih lagi apabila nilai wang jatuh yang menyebabkan harga barangan terlalu mahal.
Wang yang banyak tidak mampu memiliki sejumlah barangan yang banyak dan tinggi
nilainya. Manusia boleh hilang pegangan akibat mempunyai masalah kewangan. Hal
ini kerana mereka telah berusaha siang malam semata-mata untuk mengumpulkan
duit yang banyak agar mereka berada dalam keadaan yang selesa.namun begitu
terdapat beberapa sikap yang positif yang yang dapat dipupuk ,iaitu sikap
kerajinan.hal ini disebabkan mereka rajin berusaha untuk mnedapatkan kemewahan
yang diidamkan.contohnya

Kesimpulannya,kita dinasihatkan agar tidak terlalu taksub dengan nilai mata


wang .hali ini kerana pemberian rezeki daripada allah swt adalah luas dan meliputi
pelbagai aspek.

4) Persoalan tentang yakin dengan kekuasaan allah yang memberi rezeki kepada
manusia.rezeki bermaksud segala sesuatu yang dikurniakan oleh Allah untuk
keperluan rohani dan jasmani, misalnya makanan, ilmu dan sebagainya. Manusia
haruslah bersyukur dengan pemberian rezeki yang telah diberikan oleh allah swt .
hal ini dikatakan kerana jika keyakinan kita adalah kepada perkara yang lain selain
allah swt akan menjejaskan keimanan kita. Mempunyai wang sememangnya penting
demi menuruskan kelangsungan hidup ,namun kita tidak boleh menyakini bahawa
dengan mempunyai wang maka kita akan mendapat banyak rezeki.contohnya,

Pengarang mengambil contoh burung-burung yang terbang tetap memperolehi


rezeki tanpa menghiraukan rezeki tanpa menghiraukan kejatuhan nilai wang. Rezeki
setiap orang tentulah berbeda karena Allah sudah menetapkan kadar bagi setiap
manusia yang ada di dunia ini. Kita tidak perlu khawatir hidup susah karena Allah
Maha Pemberi Rezeki, dan rezeki tidak akan bertukar apalagi jika kita bekerja keras,
tawakal, dan tentunya berdoa.Selagi kita masih berada di dunia ini, maka tidak perlu
khawatir karena Allah sudah menjamin rezeki bagi kita. Rezeki bukan hanya berupa
harta dan benda, melainkan kenikmatan lain yang bisa kita rasakan di kehidupan,

5) Persoalan tentang keinsafan. Maksud keinsafan secara umumnya bererti


pemerolehan kebijaksanaan atau pemahaman baru yang membolehkan kejelasan
tanggapan. Kehidupan kerap memberikan tantangan dan cobaan terhadap manusia
yang menjalaninya, di mana kita diuji untuk menghadapi itu semua dengan kelebihan
dan kekurangan masing-masing. Masing-masing orang pastinya ingin menjalani
kehidupan ini secara maksimal dan bermakna dengan versi diri yang terbaik. Tetapi
kadang kala, kita kerap mengeluarkan kelemahan atau keburukan kita karena tidak
mampu menahan emosi serta nafsu yang ada. Keburukan atau kelemahan yang
mungkin secara tidak sengaja kita tampilkan biasanya akan menimbulkan
pertengkaran dan perselisihan dengan orang lain yang menyebabkan kehidupan
tampak tidak menyenangkan.Seorang yang insaf dapat mengubah kehidupan kearah
yang lebih baik.namun begitu terdapat beberapa langkah untuk mengubah
kehidupan antaranya ialah Mensyukuri Setiap Hal yang Terjadi Mungkin kata syukur
sudah terdengar untuk diucapkan ketika menghadapi lika-liku kehidupan. Tapi
kenyataannya, bersyukur memang menjadi kunci utama yang mampu membuat kita
menjadi seseorang yang jauh lebih baik. Mungkin, pada awalnya akan terasa sangat
sukar untuk mensyukuri setiap kejadian yang menimpa kehidupan kita, khususnya
kejadian buruk. Tapi jika ingin mencuba dan terus membiasakan diri untuk
melakukannya, kehidupan akan tampak seperti sebuah kejadian biasa kerana ada
rasa syukur yang mendampinginya. Contohnya

“aku” insaf akan kesalahannya yang cepat terpengaruh dengan kejatuhan nilai mata
wang . dia sedar bahawa allah yang menentukan sumber rezeki kita.

Kesimpulannya,
MELANKOLI DI ATAS RUMPUT

TEMA

Cerpen ini bertemakan keagamaan . maksud keagamaan ialah pada lazimnya


bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti
seperti Allah, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan
tersebut. Agama dan kepercayaan merupakan dua pekara yang sangat berkaitan.
Tetapi Agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada satu sistem
kepercayaan yang kohesif, dan kepercayaan ini adalah mengenai aspek ketuhanan.
Kepercayaan yang hanya melibatkan seorang individu lazimnya tidak dianggap
sebagai sebuah agama. Sebaliknya, agama haruslah melibatkan sebuah komuniti
manusia. Cerpen ini menggambarkan kehidupan selepas mati dan sebelum kematian
datang, manusia perlu membuat persediaan rapi . persediaan rapi yang dimaksudkan
adalah dari segi rukun islam dan rukun iman yang wajib dilakukan oleh semua umat
islam. Antara rukun islam adalah seperti solat,puasa,berzakan dan
selanjutnya.manakala antara rukun iman pula adalah kepercayaan kepada
kitab ,malaikat , allah dan selanjutnya. Namun begitu manusia mempunyai pilihan
samada memilih jalan ke syurga atau jalan ke negara. Amalan baik dan ibadat kepada
pencipta adalah perlu seperti solat dan selanjutnya. Malah penulis mengajak
manusia supaya bersedekah dan mengamalkan cara hidup rasulullah. Penulis sedar
asal usul dirinya. Tidak ada yang istimewa tentang dirinya kerana dia adalah manusia
biasa . lalu penulis membayangkan kehidupan selepas mati.rohnya sedang berada di
suatu daerah asing yang tidak diketahuinya.lalu beliau tertidur lena.

PERSOALAN

1) Persoalan tentang mengingati dan mendoakan ibu bapa. Berbuat baik kepada ibu
bapa adalah satu perkara yang disukai oleh allah swt. ALLAH SWT memerintahkan
hamba-Nya agar berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan mentaati mereka selagi
mana perkara yang diperintahkan tidak bercanggah dengan syarak.Ini kerana ibu
bapa telah mencurahkan jasa bakti yang amat besar kepada anak-anak sehingga
mereka berkorban nyawa, tenaga dan harta.Kedudukan ibu bapa di sisi ALLAH
amatlah tinggi sehinggakan ALLAH meletakkan perintah berbuat baik kepada ibu
bapa selepas atau bersebelahan dengan perintah tidak menyembah selain daripada
ALLAH dan mensyirikkan-Nya dengan sesuatu apa pun.contohnya

Cikgu baharum berpendapat bahawa orang tua memerlukan kasih -sayang

Kasih sayang boleh ditunjukkan melalui Lemah-Lembut Semasa Berbicara


Apabila manusia semakin berumur mereka lebih sensitif dalam setiap perkara. Lidah
umpama belati yang tajam menghiris setiap hati manusia dengan kata-kata. Pastikan
setiap bicara kita lemah-lembut apabila berhadapan dengan ibu dan ayah kita yang
semakin berusia.
Bukan itu sahaja malah,Gembirakan Hati Mereka Semasa kecil, ibu dan ayah sentiasa
memenuhi permintaan kita dengan harapan kita gembira. Balaslah jasa mereka
dengan menggembirakan hati mereka. Tidak perlu duit beribu ringgit cukuplah kita
prihatin dengan keperluan mereka. Gembira di sini terlalu banyak konteks yang
boleh dibincangkan. Secara mudahnya, usah sesekali mengguris hati mereka. Malah,
Peluk Dan Cium Ibu Bapa Selalu kerana Semakin mereka bertambah usia, semakin
sensitif. Mahupun luaran tidak menunjukkan mereka ingin dipeluk dan disayang, ibu-
bapa mahukan kasih sayang anak-anak yang semakin menjauh. Rumah yang pada
masa dahulu penuh dengan hilai tawa, semakin suram. Anak-anak yang jarang
melawat membuat mereka semakin terasa keseorangan. Pelukan dari cucu tidak
sama dengan pelukan anak sendiri. Kesannya kita akan rasa sebak bila memeluk
orang yang bertanggungjawab melahirkan kita.

2) Persoalan tentang adalah menyedari asal usul diri sendiri. Maksud asal usul adalah
salsiah atau asal keturunan. Jikalau ingin mengenali mengenai asal usul diri
sendiri ,mestilah mengetahui salah silah keluarga dari segi tahun lahir ,nama dan
selanjutnya.bermula dengan ibu bapa kita ,saudara mara yang hidup atau yang
mati ,dan sejauh yang boleh yang mempunyai hubungan atau tali persaudaraan. Di
dalam zaman yang moden ini ,alat telekomunikasi boleh digunakan seperti
menggunakan telefon bimbit untuk menghubungi saudara mara untukk
mengeratkan hubungan sillaturahim. Manusia digalakkan untuk mengenali antara
satu sama lain kerana perkara ini disukai oleh allah swt.jika haal dilakukan pastilah
membawa kebaikkan kerana perhubungan antaraa saudara saudara yang dekat
mahupun jauh.jika kita tidak mengenali asal usul diri kita,pastilah kita akan menjadi
keseorangan .contohnya

Namun begitu dengan mengenali asal usul diri sendiri ,kita akan lebih memahami diri
sendiri sebagai contoh jika latar belakang kita adalah daripada keluarga yang
susah,kita boleh berusaha melakukan sesuatu untuk mengubah nasib keluarga kita.
Bukan itu sahaja malahan ,dengan mengetahu asal usul kia,kita dapat mengetahui
keturunan ahli keluarga kita sebagai contoh ,mempunyai nenek moyang yang
mempunyai kacukan ,ibu bapa yang berlainan bangsa dan selanjutnya.
Kesimpulannya ,mengenali asal usul sendiri adalah penting untuk membantu ahli
keluarga sendiri ataupun meneruskan hubungan kekeluargaan .jika hal ini dilakukan
pastilah mendapat keredaan daripada allah swt.
3) Persoalan tentang menyedari masalah yang menimpa manusia di seluruh dunia.

4) Persoalan tentang yakin tentang siksaaan di padang mahsyar

5) Persoalan tentang perlunya bersedia menghadapi kematian


CERPEN USIA EMAS

TEMA

Cerpen ini bertemakan kemanusiaan. Manusia mempunyai pelbagai jenis bentuk


dari segi tubuh badan rupa dan sebagainya.namun begitu manusia juga mempunyai
anggota badan yang sama dan mempunyai pelbagai sikap kemanusiaan seperti
mentaati,menyayangi dan sebagainya.bukan itu sahaja malah manusia dikenali
sebagai organisma yang mempunyai sistem yang paling kompleks di antara
organisma organisma yang lain. Antaranya seperti sistem keimunan pertahanan
badan manusia,sistem pencernaan ,sistem limfa dan sebagainya. Keunikan yang
terdapat pada manusia ,haiwan ,tumbuh tumbuhan mahupun alam semula jadi
adalah suatu kejadian yang diciptakan oleh allah swt.manusia dapat menikmati
keindahan alam yang begitu indah seperti sungai ,laut,gunung ganang dan
sebagainya.alam semula jadi juga banyak memberikan faedah kepada manusia dan
haiwan terutamnya daripada segi pembekalan oksigen,minuman,makanan dan
sebagainya. Alam semula jadi juga adalah salah satu tempat yang dikatakan boleh
menenagkan manusia .hal ini berlaku kerana manusia menghadapi pelbagai cabaran
dan ujian yang dilalui dalam setiap kehidupan masing-masing .oleh itu ,alam semula
jadi adalah tempat yang dapat menenagkan fikiran dan jiwa manusia.kehidupan usia
tua bukan satu kelebihan tetapi ia hanyalah pinjaman usia emas bukan masa untuk
mendapat anugerah hidup dan berhibur sebagaimana orang barat . namin begitu
usia emas perlu dipenuhi dengan aktiviti aktiviti yang berfaedah seperti menuntut
ilmu,beriadah,dan selanjutnya. Tidak ketinggalan juga dengan beribadat kepada
allah swt dengan metaati printah yang telah diwajibkan seperti yang tertakhluk di
dalam rukun iman dan rukun islam. Walau bagaimanapun,setiap yang muda pasti
akan tua, warga tua perlu disayangi seperti kedua ibu bapa.kita perlulah
menghormati dan mentaati kedua ibu bapa selagi masih hidup agar hidup dapat
keredhaan allah swt dan jangan melupakan jasa jasa yang telah dikorbankan oleh
kedua ibu bapa mahupun penjaga ketika usia kita masih kecil.

PERSOALAN

1) Persoalan tentang jangan berbangga dengan baki umur kita. Maksud umur adalah
jangka masa hidup atau hayat seseorang (sesuatu) mulai dilahirkan (diadakan dan
sebagainya), jangka waktu sejak dilahirkan (diadakan dan sebagainya).umur kita
adalah anugerah daripada allah swt dan kita menerima anugerah itu sengan
bersyukur.hal ini kerana kematian kita tidak mampu untuk membuat jangkkan
kerana kematian boleh berlaku pada bila bila masa bagi yang muda mahupun
tua.oleh itu kita haruslah bersyukur dengan setiap anugerah yang diberikan oleh
allah swt kerana telah allah telah memanjangkan umurkita contohnya
. Jika kita dianugerahkan dengan kebijaksanaan ,kepandaian,atau kemewahan ,
gunakanlah dengan sebaik mungkin . keikhlasan dalam melakukan sesuatu perkara
amatlah disukai oleh allah swt .oleh itu ,kita dgalakkan untuk memupuk sikap ikhlas
dalam diri masing masing agar menjadi seorang insan yang berguna pada keluarga
mahupun negara. Sikap keikhlasan ini boleh ditunjukkan melalui amalan bersedekah
iaitu amalan yang mulia yang menggalakan orang ramai untuk bersedekah.bukan itu
sahaja ,ikhlas dalam menuntut ilmu adalah perkara yang penting.hal ini dikatakan
demikian kerana keikhlasan dalam menuntut ilmu akan membuatkan kita menjadi
seorang pelajar yang cemerlang sekaligus di hormati orang ramai. Sikap keihklasan
yang terdapat pada pelajar akan melahirkan pelajar seorang yang mempunyai adab
yang tingggi,menghormati guru dan sebagainya.kesimpulannya,semakinbertambah
umur kita akan mendekati mati.oleh itu kita tidak boleh berbangga dengan anugerah
yang sementara itu.

2) Persoalan tentang penuhi hari tua dengan aktiviti berfaedah. Aktiviti faedah yang
boleh dilakukan antaranya adalah seperti menuntut ilmu, beriadah , meluangkan
masa bersama keluarga dan sebagainya.aktiviti seperti beriadah amatlah digalakan
untuk dilakukan oleh seisi keluarga .hal ini dikatakan demikian kerana dapat
memupuk nilai kasih sayang sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim dalam
kalangan keluarga. Bukan itu sahaja mengisi masa lapang dengan menuntut ilmu
adalah amalan yang disukai oleh allah swt. Jika kita mempunyai ilmu ,sudah pastilah
kita akan dihormati orang ramai.bukan itu saja, kita juga akan menaikan imej
keluarga kerana mempunyai ilmu yang tinggi. Ilmu pengetahuan amatlah penting
kepada semua manusia . hal ini kerana dengan mempunyai ilmu kita akan bijak
dalam membuat keputusan.selain itu kita juga akan tidak akan dipandang serong
oleh orang lain. Ilmu adalah perkara yang mengandungi dengan pelbagai benda
antaranya melibatkan kehidupan seharian, perniagaan, teknologi ,keagamaan dan
sebagainya.contohnya halaman 119

Penulis menceritakan tentang aktiviti yang telah dilakukan oleh cikgu baharum
apabila menjelang hari tua.malah cikgu baharum juga diceritakan seorang yang
sangat rajin bekerja. Beliau bangun pagi dan terus pergi bekerja dengan tekun.malah
apabila sudah pencen, dia terus mengamalkan aktiviti bangun pagi untuk
menunaikan kewajiban sebagai seorang khalifah di muka bumi ,iaitu solat,membaca
al-quran dan beriadah.kesannya,pengamalan gaya hidup sihat ini akan memudahkan
kehidupan seharian dan juga badan akan sentiasa mencadi cergas serta minda
menjadi cerdas untuk melakukan aktiviti seharian yang selanjutnya.

3) Persoalan ini tentang sesoarang yang banyak melakukan ibadat’. maksud ibadat
adalah ialah pengabdian diri seorang hamba secara berterusan kepada Tuhan. Dari
segi bahasa, ia bermaksud tunduk dan patuh kepada Allah SWT manakala dari segi
istilah pula ialah bermaksud semua perkataan dan perbuatan yang zahir atau batin
yang disukai dan diredhai Allah SWT.] Jelasnya, ibadat perlu dilaksanakan dengan
niat yang ikhlas kerana mencari keredhaan Allah akan diberikan ganjaran pahala.
Secara keseluruhannya, ibadah ialah pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah,
mengikut peraturan, melakukan suruhannya dan meninggalkan larangannya,
sebagaimana yang ditetapkan di dalam Al-Quran dan Sunnah Muhammad.
Kepatuhan ini hendaklah dilakukan secara berterusan setiap masa hingga ke akhir
hayat. Ia merangkumi makna ketundukan dan kecintaan kepada Allah.
Imam at-Thabari mengertikan ibadah sebagai ketundukan kepada Allah dengan
menjalankan ketaatan dan merendahkan diri kepada-Nya dengan kepasrahan. Imam
Ibn Taimiyah pula, sebagaimana dinukil oleh al-Hafizh ibn Ahmad al-Hakami,
mengatakan bahawa ibadah merupakan sebutan yang mencakup semua yang
dicintai dan diredhai Allah berupa perkataan dan perbuatan, baik zahir maupun
batin. Ibadah dalam Islam adalah berlainan sama sekali dengan konsep dan amalan
agama-agama lain atau kepercayaan-kepercayaan lain. Ianya bukan perbuatan
mengasingkan diri, ianya juga tidak terbatas kepada tempat-tempat tertentu sahaja
atau hanya dilakukan melalui perantaraan orang-orang tertentu.
Konsep-konsep seperti ini tidak wujud di dalam syariat Islam. Namun demikian
pengaruh konsep asing ini telah dapat juga meresap ke dalam kehidupan sebahagian
besar daripada masyarakat Islam. Oleh itu timbullah pelbagai tanggapan terhadap
ibadah. Ada yang menganggap ibadah itu hanya tertumpu
kepada solat, puasa, zakat dan haji sahaja, terdapat juga di kalangan ummat Islam
yang mengaku beribadah kepada Allah, tetapi tindak-tanduknya menunjukkan
bahawa ia melaksanakan ubudiyyah kepada sesuatu yang lain daripada Allah.
Contohnya,

Cikgu baharum diceritakan seorang yang taat mengerjakan suruhan tuhan . beliau
rajin sembahyang dan membaca al -quran .malah hujah dan pendapatnya sering
dirujuk kepada kitab al-quran.kesimpulannya jika kita melakukan amalan seperiti
mana yang telah dilakukan oleh cikgu baharum pastilah disayangi allah . jika tidak
kita akan dimurkai oleh allah swt.

4) Persoalan tentang seseorang yang menyayangi warga tua. Sikap kemanusiaan


adalah keberanian, keadilan, kesederhanaan" dan "kemurahan, kecerdasan,
keramahan, kebenaran, kemuliaan, dan kebesaran jiwa" untuk menjadi satu-satunya
kebajikan utama.sikap kasih sayang boleh dipupuk daripada kedua ibubapa atau
keluarga yang terdekat. Hal ini dikatakan demikian kerana kasih sayang boleh
ditunjukan melalui kemesraan yang diamai oleh sebuah keluarga tersebut. Bak kata
peribahasa melayu ,meluntur buluh biarlah daripada rebungnya. Oleh itu sikap kasih
sayang haruslah diberi didikan kepadaanak anak. Jika hal ini dilakukan pastilah anak
anak tersebut memahami maksud kasih sayang serta mendapat kasih sayang yang
cukup daripada kedua ibubapanya. Kesannya anak anak itu akan menjadi seorang
yang lebih ceria dan gembira.
Contohnya,

Cikgu baharum berpendapat bahawa orang tua memerlukan kasih sayang anak
anaknya.oleh itu setiap anak yang mempunyai orang tua perlulah mengambil
perhatian terhadap ibu bapa mereka. Jangan serahkan mereka kepada rumah-rumah
kebajikan seperti yang lazimnya dilakukan oleh pihak lain. Kesimpulanyya,sayangilah
kedua ibu bapa sebagaimana mereka menyayangi kita.

5) Persoalan tentang setiap yang hidup pasti akan mati akhrinya. Kematian
Kematian pasti akan datang menghampiri kita. Cepat atau lambat. Tak bisa ditunda
barang sekejabpun. Bila takdir sudah dituliskan oleh sang Maha Kuasa, siapapun ia
tak bisa menolaknya.Tak ada satupun manusia di dunia ini yang dapat
menghindarinya. Kematian pasti akan kita alami. Baik dalam keadaan sehat maupun
dalam keadaan sakit.Hanya saja, tak satupun dari kita tahu kapan saatnya akan mati.
Sebab kematian adalah rahasia Allah yang sampai saat ini manusia belum bisa
mengungkapkannya. Kalaulah ada manusia yang tahu akan mati besok, pastilah ia
akan berusaha menghadap TuhanNya dengan kematian yang baik. Kematian yang
suasananya sangat terbalik ketika dia lahir ke dunia.contohnya,

Cerpen ini diakhiri dengan berita kematian cikgu baharum dalam satu panggilan
telefon terhadap penulis pada suatu pagi. Oleh itu benarlah bahawa manusia yang
hidup perlu sedar bahawa usia yang semakin meningkat menandakan dirinya
semakin hampir kepada kematian.kesimpulannya , benarlah bahawa setiap makhluk
yang bernyawa pastilah akan menghadapi kematian.

TAJ US SALATIN

TEMA

Taj us salatin adalah bertemakan


satu penganjuran konsep pentadbiran yang berteraskan Islam bagi menegakkan
keadilan untuk dinikmati faedahnya sesama insan.kitab ini mengandungi 24 fasal
yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan manusia yang ditujukan kepada raja-
raja.kita ini digolongkan sebagai genre cermin didaktik yang berunsurkan kebenaran.
Kandunganya mencakupi pengajaran dan tunjuk ajar tentang adat bernegara serta
cara pemerintahan dari aspek kebatinan dan kerohanian bermula dari akhlak raja
hingga menteri dan rakyat.isi kitab taj us salatin dapat dibahagikan kepada lima
perkara penting,iaitu soal agama,pemerintahan diraja, tanggungjawab pembesar ,
hubungan rakyat dengan pembesar ,hubungan dengan rakyat dengan raja dan soal
pendidikan .kitab ini telah menganjurkan suatu upacara,ciri-ciri
kepimpinan,penerangan,,panduan,nasihat,dan pengalaman yang berguna bagi
melahirkan pemimpin yang berkualiti ,sejajar dengan tuntutan islam.kitab taj us
salatin dapat dikupas dari sudut aksiologi yang berteraskan konsep moral ,akhlak dan
etika untuk menjustifikasikan konsep keadilan yang dipandang sebagai pintu menuju
kebenaran . untuk menegakkan keadilan diperlukan kearifan dan kematangan dalam
berfikir atau menggunakan akal.
PERSOALAN

1) Persoalan ini tentang kesabaran dalam melakukan pekerjaan. Setiap perkara


pastilah memerlukan kesabaran yang tinggi bagi mendapatkan hasil yang tinggi atau
baik. Namun begitu , segelintir pekerja yang mempunyai sikap kesabaran yang
rendah yang menyebabkan merkea berhenti bekerja.jika hal ini berterusan pastilah
kadar pengangguran di malaysia meningkat. Bukan itu sahaja, menuntut ilmu juga
perlukan kesabaran yang tinggi bagi memperolehi atau mengecapi immpian yang di
idamkan . pelbagai usaha haruslah dilakukan dalam melakukan sesuatu
perkara.seperti rajin membaca buku,rajin menulis nota , rajin membuat soalan atau
latihan dan sabagainya.
Contohnya;

“disukakan hati seseorang mukmin itu terlebih pahalanya daripada kebangkitan


segala manusia dan jin .maka harus daripada erti hadis ini bahawa raja itu sentiasa
menantikan dan sebarkan……”
Ms101

2) Persoalan tentang kebijaksanaan raja dalam menjalankan sesuatu perkara

3) Persoalan tentang kebenrana dalam melakukan sesuatu hukuman


4) Persoalan tentang menghormati orang yang berilmu
5) Persoalan tentang mengasihi anatara satu sama lain

You might also like