You are on page 1of 9

MUKA DEPAN TUGASAN

DIPLOMA IN EARLY CHILDHOOD PROGRAM (DECE)


Sila sertakan Muka Depan pada setiap tugasan untuk diserahkan kepada pensyarah.
Pastikan anda mengisi semua maklumat dengan lengkap dan betul dan membubuh
tandatangan di ruang yang disediakan di bawah.

Anda diingatkan untuk membuat salinan setiap tugasan yang telah anda hasilkan.

NAMA SUBJEK: ECD1613 KEPERLUAN KHAS DALAM PAKK

KOD SUBJEK: E C D 1 6 1 3

TAJUK TUGASAN: TUGASAN 1

DIHASILKAN OLEH
NAMA PELAJAR: NOMBOR MATRIK:

1 NURAYUNI IZZATI BINTI RAMBLI S C 2 2 0 3 1 0 0 9

MISS NUR ZAWANI


UNTUK PERHATIAN (NAMA PENSYARAH):

TARIKH SERAHAN: 2 3 / 0 8 / 2 0 2 3

AKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan ini dihasilkan oleh saya sendiri dan tidak melibatkan
ciplakan atau peniruan.

……………………………………
(NURAYUNI IZZATI BINTI RAMBLI)
PENGENALAN

Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merujuk kepada kanak-kanak yang


memerlukan perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak normal.
Istilah lain bagi kanak-kanak berkeperluan khas juga adalah seperti kanak-kanak istimewa,
kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak kurang upaya, kanak-kanak cacat, kanak-kanak
abnormal, kanak-kanak bermasalah serta kanak-kanak terbantut pertumbuhan dan
perkembangan. Perbezaan di antara kanak-kanak berkeperluan khas dan kanak-kanak normal
adalah dari segi ciri-ciri mental, keupayaan deria, keupayaan berkomunikasi, tingkahlaku,
emosi dan ciri-ciri fizikal.

McDonnell (1995) mengkasifikasikan murid berkeperluan khas kepada rencatan akal,


gangguan tingkah laku, autisme, gangguan pembelajaran, kecacatan deria serta kecacatan
fizikal dan kesihatan. Oleh yang demikian, kanak-kanak khas memerlukan modifikasi atau
perubahan dalam aktiviti-aktiviti sekolah atau perkhidmatan pendidikan khas yang bertujuan
untuk mengembangkan potensi diri kanak-kanak khas ke tahap yang optimum dan tidak terabai
seperti kanak-kanak normal. Menurut Kail ( 2001 ) hampir 4% daripada populasi dunia terdiri
daripada individu luar biasa atau kanak-kanak berkeperluan khas. Terdapat kanak-kanak yang
dilahirkan tanpa boleh mendengar apa-apa bunyi, manakala ada juga yang dilahirkan tanpa
mempunyai keupayaan untuk melihat objek atau cahaya termasuklah muka ibu bapa sendiri
serta kanak-kanak berkeperluan khas juga mengalami kesukaran memberi tumpuan dan
mengalami kerencatan mental sejak lahir.

Pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak berkeprluan khas ini dinamakan


pendidikan khas. Di Malaysia, pendidikan untuk kanak-kanak ini terletak di bawah
pengendalian Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
menyediakan perkhidmatan untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah seperti cacat fizikal
teruk, terencat akal sederhana dan teruk, pelbagai kecacatan dan kecacatan yang tidak
membolehkan kanak-kanak tersebut belajar di sekolah-sekolah yang disediakan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia pula menyediakan
perkhidmatan pendidikan untuk murid-murid pemulihan khas dan keperluan khas.
TINGKAH LAKU KANAK-KANAK KEPERLUAN KHAS

Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan pelajar menyampaikan maklumat,


pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif secara lisan dengan sebutan dan intonasi
yang betul secara sopan. Penekanan diberikan pada keyakinan pelajar untuk bertutur serta
penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai. Namun begitu, murid
berkeperluan khas mengalami masalah bahasa. Antara tingkah laku kanak-kanak keperluan
khas berdasarkan video adalah mempunyai tingkah laku yang mengikut arahan. Sesetengah
kanak-kanak berkeperluan khas tidak mudah atau sukar untuk memberi perhatian dengan baik
terutamanya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku kanak-kanak yang
mengikut arahan dan memberi perhatian tersebut dapat mengurangi cabaran bagi seseorang
guru keperluan khas. Kanak-kanak berkeperluan khas itu juga mempunyai masalah pertuturan.
Contohnya, mempunyai pertuturan yang kurang jelas, tidak difahami, tidak didengar dan lain-
lain. Dengan itu, kanak-kanak keperluan khas seperti ini mudah untuk diajar dan walaupun
mereka mempunyai masalah pertuturan sekurang-kurangnya mereka ingin mencuba untuk
mengeluarkan bunyi untuk menyebut sesuatu perkataan.

Di samping itu, tingkah laku kanak-kanak keperluan khas berdasarkan video adalah
mempunyai tingkah laku yang tidak boleh duduk diam. Tingkah laku kanak-kanak seperti ini
selalu dijumpai dan perkara biasa didengar di dalam golongan kanak-kanak keperluan khas.
Tingkah laku kanak-kanak ini adalah seperti selalu berkeliaran, tidak mahu belajar, sukar untuk
mengambil perhatian dan sebagainya. Dengan itu, guru keperluan khas telah melatihkan kanak-
kanak tersebut untuk kekal di tempat duduk selama lima hingga 10 minit. Walaupun mereka
akan berkeliaran lagi, guru perlulah selalu untuk mengulang-ulang membawa mereka duduk di
tempat duduk mereka semula untuk menyambungkan dan mengulang sesuatu yang telah diajar.
Oleh hal yang demikian, sebagai seorang guru keperluan khas mestilah mempunyai sikap
penyabar yang tinggi dalam mengurus kanak-kanak keperluan khas terutamanya mempunyai
tingkah laku ini. Dengan itu, guru perlu membiasakan diri setiap hari menghadapi rutin yang
sama tanpa mempunyai sedikit perubahan.

Selain itu, tingkah laku kanak-kanak keperluan khas berdasarkan video adalah
mempunyai tingkah laku yang pendiam tatau tidak banyak bercakap. Tingkah laku seperti ini
juga sering dijumpai dalam golongan kanak-kanak keperluan khas. Tingkah laku kanak-kanak
seperti ini adalah mereka tidak banyak bergaul dengan rakan lain, tidak banyak bercakap, selalu
membuat sesuatu aktiviti dengan sendiri, lebih banyak meluangkan masa dengan diri sendiri
dan sebagainya. Dengan itu kanak-kanak seperti ini, guru akan cuba untuk membantu mereka
dalam proses memfokuskan atau mengenal pasti jenis-jenis warna. Contohnya, guru memberi
tanah liat yang berwarna biru. Dengan itu juga, kanak-kanak dapat melaksanakan aktiviti motor
halus dengan menggunakan deria sentuhan mereka dalam membentukkan tanah liat tersebut.
Mereka juga akan fokus dan sentiasa memicit serta memegang tanah liat itu tanpa bersuara dan
bercakap.
STRATEGI MENGAJAR KANAK-KANAK KEPERLUAN KHAS

Strategi penilaian yang berbeza diperlukan dalam mengajar kanak-kanak berkeperluan


khas dalam menentukan keberkesanan pengajaran. Sebagai seorang guru yang peka terhadap
keperluan murid, guru perlu meneliti pendekatan pengajaran yang sesuai bagi merancang
pengajaran. Antara strategi mengajar kanak-kanak keperluan khas berdasarkan video adalah
dengan melaksanakan pengajaran menggunakan auditori. Cara pengajaran auditori ini
merupakan cara pengajaran yang menekankan pendekatan perkataan dan arahan lisan kepada
murid-murid. Murid perlu mengingati penerangan melalui bacaan kuat atau menggerakkan
bibir ketika mempelajari sesuatu. Di samping itu, melalui pengajaran dengan menggunakan
pendekatan auditori ini, murid akan dapat mengukuhkan ingatan mereka. Contohnya, guru
membaca atau menyebut perkataan dengan jelas, kuat dan tepat sambil menunjuk kad huruf ,
kad nama haiwan dan kad makanan beserta dengan makanan yang asli untuk dibaca , dilihat
dan dirasa oleh setiap kanak-kanak.

Selain itu, strategi mengajar kanak-kanak keperluan khas berdasarkan video adalah
menggunakan kaedah visual yang melibatkan deria melihat seperti menggunakan foto-foto,
gambar rajah, lambang atau isyarat boleh membantu murid-murid untuk meluahkan perasaan
mereka. Dengan mengenal pasti perasaan mereka, emosi dan perasaan mereka tidak akan
mempengaruhi tingkah laku mereka untuk cenderung ke arah negatif seperti memukul dan
mencederakan orang lain. Dengan kaedah visual ini, kanak-kanak dapat melihat bentuk dan
rupa sesuatu objek seperti haiwan, makanan, nombor, huruf dan lain-lain. Hal ini demikian,
dapat mengingatkan dan membiasakan mereka untuk mengetahui serta mengenali bentuk
sesuatu objek. Dengan kaedah ini juga, dapat memperkuatkan lagi tahap ingatan kanak-kanak.

Di samping itu, strategi mengajar kanak-kanak keperluan khas berdasarkan video


adalah menggunakan kaedah pemudahcaraan. Kaedah ini lebih menitikberatkan peranan murid
dalam pembelajaran di mana guru hanya berperanan sebagai fasilitator yang berfungsi untuk
mendidik, membimbing, memujuk, mengukuh, memberi bantuan dan menolong kanak-kanak
mencapai maklamat pembelajaran yang dirancangkan. Dengan kaedah pemudahcaraan ini
juga, guru dapat menggalakkan murid supaya aktif dalam proses pembelajaran dengan
memberi arahan dan panduan yang jelas. Oleh itu, guru boleh memberikan aktiviti yang lebih
mencabar kanak-kanak tetapi guru perlulah bertindak sebagai pemudahcara sehingga kanak-
kanak tersebut dapat melaksankan aktiviti tersebut dengan sendiri. Contohnya, aktiviti yang
melibatkan deria sentuhan seperti kanak-kanak menyusun blok berwarna sehingga tinggi tanpa
bantuan sambil guru mengawas mereka. Dengan itu, kanak-kanak keperluan khas hendaklah
menekankan aktiviti sensorimotor yang melibatkan deria kepada kanak-kanak supaya mereka
dapat mengembangkan sikap keyakinan diri untuk melakukan sesuatu tanpa bantuan orang
dewasa.

Oleh itu, strategi mengajar kanak-kanak keperluan khas berdasarkan video adalah
dengan menggunakan kaedah “multi sensori”. Kaedah ini digunakan untuk merangsangkan
minda kanak-kanak berkeperluan khas melalui lima deria iaitu penglihatan, pendengaran,
sentuhan, bau dan rasa. Kaedah ini dapat membantu merangsang pemikiran kanak-kanak iaitu
melibatkan kemahiran kognitif. Apabila mereka memegang, merasa, menghidu, mendengar
dan melihat, dengan itu akan memberi tindak balas bagi kelima-lima deria. Keseluruhan dalam
video itu lebih menekankan terhadap kaedah ini untuk diajar kepada kanak-kanak berkeperluan
khas. Contohnya, penggunaan deria sentuhan seperti guru memberi tanah liat untuk kanak-
kanak bermain. Pada masa yang sama, mereka dapat mengenali jenis-jenis warna.

Akhir sekali, strategi mengajar kanak-kanak keperluan khas berdasarkan video adalah
menggunakan kaedah peneguhan positif. Pemberian peneguhan boleh terbahagi kepada dua
iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Pemberian peneguhan ini bergantung kepada
tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tersebut. Peneguhan positif biasanya
diberikan untuk memberi pengukuhan terhadap tingkah laku baik dan positif agar kanak-kanak
tersebut akan terus melakukan atau mengulangi tindakan tersebut. Manakala peneguhan negatif
diberikan untuk menyingkirkan atau menghilangkan tingkah laku yang tidak sesuai ataupun
tidak baik. Peneguhan negatif adalah seperti pengasingan, “time-out”, shaping dan sebagainya.
Pemberian peneguhan positif pula akan membuatkan kanak-kanak berasa seronok menjalani
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara peneguhan positif yang boleh digunakan adalah
seperti pujian, tepukan, ganjaran, token dan lain-lain. Sebagai contoh, kayla dapat mengesan
berbezaan antara tiga haiwan melalui kad bergambar dan guru melakukan “high five” serta
memuji kayla atas pencapaian tersebut.
PENUTUP

Secara keseluruhan, terdapat banyak tingkah laku dan strategi menjagar untuk kanak-
kanak berkeperluan khas. Berdasarkan video yang ditunjukkan kanak-kanak berkeperluan khas
tersebut sememangnya menghadapi masalah dalam bahasa dan komunikasi disebabkan oleh
beberapa faktor seperti genetik dan persekitaran mereka. Kekurangan yang terdapat pada diri
mereka mengakibatkan mereka susah dan lambat mempelajari bahasa dan berkomunikasi
berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain. Sebagai seorang guru, mereka mestilah
mempunyai sikap bertanggungjawab, penyabar dan baik hati dalam mendidik kanak-kanak
berkeperluan khas ini agar dapat menjauhi sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Di samping itu, pendidikan yang diberikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas ini
bukanlah untuk menjadikan mereka bijak cemerlang dan dipandang tinggi oleh masyarakat
sekeliling tetapi pendidikan yang diberikan kepada mereka adalah untuk memastikan kanak-
kanak ini boleh menguruskan diri sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada orang lain.
Pendidikan ini juga bukan hanya terletak di bahu guru-guru pendidikan khas malah sepatutnya
semua pihak perlu memberi sumbangan, sokongan, bantuan dan galakan kepada kanak-kanak
istimewa atau berkeperluan khas ini.
RUJUKAN

http://cahayakasih90.blogspot.com/2014/06/strategi-kaedah-dan-teknik-untuk-
kanak.html

https://www.academia.edu/34964322/KANAK_KANAK_BERKEPERLUAN_KHAS

https://hive-educators.org/2023/02/24/kaedah-mendekati-murid-pendidikan-khas/

https://www.scribd.com/document/449816909/Definisi-Dan-Maksud-Pernyataan-
Pendidikan-Murid-Berkeperluan-Khas
LAMPIRAN

You might also like