You are on page 1of 1

TUGASAN BERKUMPULAN (20%)

JTW223 PENGURUSAN OPERASI

Pilih SATU syarikat sama ada tempatan atau antarabangsa. Anda dikehendaki membuat
analisis tentang pengurusan operasi syarikat tersebut. Anda dibenarkan memilih syarikat
perniagaan tempat anda bekerja sekarang. Gunakan data sekunder yang terdapat dilaman
web, kajian lepas, lapuran tahunan dan sebagainya untuk membantu anda menyiapkan
tugasan. Jika maklumat tidak mencukupi, anda perlu bergantung kepada data primer iaitu
kutipan maklumat melalui temubual atau pemerhatian.

Tugasan yang dihantar mesti merangkumi:

Bahagian I – latarbelakang syarikat


 Pengenalan tentang operasi syarikat yang dipilih (1 muka surat sahaja)

Bahagian II
 Terangkan maksud pengurusan rantaian bekalan dan jenis-jenis rantaian bekalan
 Terangkan struktur/bentuk pengurusan rantaian bekalan yang dipraktikkan oleh
syarikat tersebut. Sediakan lakaran yang bersesuaian yang menunjukkan pengurusan
rantaian bekalan yang dipraktikkan atau sedia ada.
 Terangkan kebaikan/kekuatan DAN kelemahan pengurusan rantaian bekalan yang
dipraktikkan
 Berikan cadangan anda untuk penambahbaikan pengurusan rantaian bekalan sedia ada.
Sediakan lakaran yang bersesuaian yang menunjukkan pengurusan rantaian bekalan
yang dicadangkan.

Kumpulan anda perlu menggunakan apa-apa perisian yang bersesuaian untuk membina,
menyunting dan sebagainya bagi menyediakan lakaran tersebut (contoh perisian
photoshop, power point dan sebagainya).

Format Tugasan:
Bertaip dengan font: Times New Roman 12pt, single spacing, tiada had muka surat

Ahli kumpulan : 5-7 orang

Tarikh serahan tugasan: Hari terakhir minggu intensif SA 2022/2023

You might also like