You are on page 1of 1

TUGASAN BERKUMPULAN (20%)

Pilih SATU syarikat samada tempatan atau antarabangsa. Anda dikehendaki membuat
analisis tentang pengurusan operasi syarikat tersebut. Tugasan yang dihantar mesti
merangkumi:

Bahagian I – latarbelakang syarikat


▪ Pengenalan tentang operasi syarikat yang dipilih (1 muka surat sahaja)

Bahagian II – komponen utama pengurusan operasi


▪ Terangkan 4 komponen utama sistem pengurusan operasi bagi syarikat ini.
▪ Jelaskan masalah UTAMA yang dihadapi oleh syarikat ini berkaitan persekitaran
dalaman dan luaran.
▪ Apakah strategi yang boleh diambil oleh syarikat untuk menyelesaikan masalah ini
berdasarkan cadangan anda? Berikan cadangan anda.

Bahagian III – Pengurusan Rantaian Bekalan


▪ Berikan maksud pengurusan rantaian bekalan.
▪ Terangkan struktur/bentuk pengurusan rantaian bekalan yang dipraktikkan oleh
syarikat tersebut
▪ Berikan cadangan anda untuk penambahbaikan pengurusan rantaian bekalan sedia ada.

Setiap kumpulan TIDAK DIBENARKAN menganalisis syarikat yang sama. Sila hantar
kepada saya melalui email nama kumpulan dan nama syarikat dipilih untuk dipaparkan
dalam portal kursus ini. Jika terdapat sebarang pertindihan nama syarikat yang dipilih,
kumpulan yang menghantar nama syarikat lebih awal akan diterima.

Anda disarankan memilih syarikat yang berkaitan pengeluaran produk, iaitu syarikat
yang terlibat dengan proses transformasi input kepada output. Contohnya pengeluaran
makanan, minuman, perabot, komputer, kereta dan sebagainya. Anda dibenarkan memilih
syarikat tempat anda bekerja sekarang asalkan syarikat tersebut berasaskan pengeluaran
produk. Gunakan data sekunder yang terdapat dilaman web, kajian lepas, lapuran tahunan
dan sebagainya untuk membantu anda menyiapkan tugasan. Jika maklumat tidak
mencukupi, anda perlu bergantung kepada data primer iaitu kutipan maklumat melalui
temubual atau pemerhatian.

Format Tugasan:
Bertaip dengan font: Times New Roman 12pt, single spacing, tiada had muka surat

Ahli kumpulan : 5-7 orang

Tarikh serahan tugasan: Hari terakhir Minggu Intensif - 15/02/2019 (Jumaat)

You might also like