You are on page 1of 3

4.

4 METODOLOGI KAJIAN
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti pemahaman dan penerimaan
terhadap konsep khilafiyah di Malaysia. Dua kaedah kajian yang telah kami gunakan adalah
kajian kualitatif dan kuantitatif

1. Kajian kualitatif
Kajian kualitatif ialah kajian yang menggunakan cara permerhatian atau menganalisis
dokumen untuk mendapatkan data atau maklumat yang jelas. Kajian kami dijalankan dengan
cara menganalisis dokumen.
 Pengumpulan data
- Dicari melalui internet menggunakan Google Scholar
- Menjalankan carian dengan menggunakan kata kunci ‘khilafiyah’
- Menggunakan 5 artikel yang berkaitan untuk menganalisis maklumat
- Menggunakan 2 vedio melalui aplikasi Youtube

 Menganalisis data
- Data dianalisis dengan menggunakan kaedah mengatur,memilih dan menggabung
data
- Mengatur dan mengasingkan data berdasarkan topik yang diminta
- Memilih dan menyenaraikan data yang bersesuaian untuk digunakan sebagai isi
kajian
- Menggabungkan data daripada beberapa artikel untuk digunakan dalam kajian
 Hasil kajian
- Maksud khilafiyah
- Pemahaman masyarakat terhadap konsep khilafiyah
- Penerimaan masyarakat terhadap konsep khilafiyah

2. Kajian Kuantitatif
Kajian kuantitatif adalah jenis kajian yang boleh diukur untuk mendapatkan maklumat atau
data. Kajian kuantitatif yang kami gunakan ialah soal selidik.

 Soal selidik dijalankan dengan menggunakan rangkaian google form. Link google
form telah diedarkan menggunakan aplikasi Whatsapp dan Telegram. Jumlah
responden yang berjaya dikumpul adalah seramai 40 orang.
Langkah mengedarkan soalan soal selidik

1. Mengedarkan pautan google form


2. Menganalisis soal selidik
3. Meganalisis dapatan bagi setiap soalan
4. Analisis dibuat dalam bentuk peratusan
5. Menulis dapatan perbincangan dan merumus kajian

Akhir sekali, dapatan kajian daripada soal selidik akan dianalisis secara terperinci untuk
memudahkan proses penganalisisan data daripada google form bagi memudahkan proses
mengasingkan data . Kajian ini berbentuk tinjaun yang dijalankan kepada masyarakat tanpa
had umur dengan cara soal selidik. Terdapat 3 bahagian dalam google form iaitu bahagian 1,
2 dan 3. Bahagian 1 merupakan soalan yang dirangka untuk mengkaji latar belakang
responden. Bahagian 2 dan 3 pula merupakan soalan yang dihasilkan berdasarkan empat
skala, iaitu :
 Sangat setuju
 Setuju
 Kurang setuju
 Tidak setuju

Analisis item dihasilkan melalui maklum balas soal selidik yang diterima berdasarkan google
form yang telah dianalisis dengan menggunakan cara penilaian terhadap individu. Soalan
pula dikaji menggunakan peratusan berdasarkan bilangan responden.
Kesimpulannya, hasil dapatan kajian dapat dilaksanakan menggunakan soal selidik yang
telah dijawab oleh 40 orang responden. Hasil dapatan kajian ini diharapkan agar dapat
memudahkan kami dalam mengumpul pandangan masyarakat terhadap konsep khilafiyah
dengan lebih terperinci. Akhir sekali, maklumat yang dikumpul melalui kaedah soal selidik
adalah lebih tepat dan jelas untuk membantu kami mendapatkan data.

You might also like