You are on page 1of 1

Guru Saya

Guru saya bernama Cikgu Goh. Beliau berbadan sederhana dan rambutnya panjang. Beliau memakai cermin
mata hitam.
Cikgu Goh mengajar saya Bahasa Cina dan Matematik. Beliau juga guru kelas saya. Seorang guru
yang baik. Beliau mengajar kami dengan bersungguh-sungguh. Beliau sentiasa memastikan kami
menyiapkan kerja rumah yang diberikan. Apabila kami tidak faham, beliau akan memberi tunjuk ajar
dengan sabar.
Selain itu, saya sayang akan Cikgu Goh kerana pengajarannya sangat menarik. Beliau pandai
bercerita. Saya suka cara Cikgu Goh mengajar. Saya mudah faham apa yang diajar oleh beliau. Oleh itu,
saya tidak berasa bosan dalam kelas.
Tambahan pula, Cikgu Goh seorang guru yang peramah dan penyayang. Apabila kami melakukan
kesalahan, beliau tidak memarahi kami. Sebaliknya, beliau akan menasihati kami agar tidak mengulangi
kesalahan itu. Beliau juga selalu menggalakkan kami supaya rajin belajar.
Saya berasa amat bertuah mempunyai seorang guru seperti Cikgu Goh. Saya berharap agar beliau
dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

You might also like