You are on page 1of 112

Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH


KOMPLEKS PENDIDIKAN, JLN STADIUM
05604 ALOR SETAR KEDAH DARUL AMAN
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021

AHLI PANEL MODUL SEJARAH SEMESTER 2 /2021

BIL NAMA AHLI PANEL SEKOLAH CATATAN

1 AHMAD SALEHEE BIN ABDUL UNIT SAINS SOSIAL PENYELARAS


SEKTOR PEMBELAJARAN JPN KEDAH

2 ZAIRANI BINTI ABU BAKAR KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN JURULATIH


SALLEHUDDIN

3 HASHIM BIN DIN SMK MAHSURI, LANGKAWI JURULATIH

4 MOHD HELMI BIN ABDUL SMK TUNKU ABDUL AZIZ AHLI


RAHMAN

5 JAMIL BIN NOR SMK TUNKU LAKSAMANA AHLI

6 SUZI HAZLIANTI BINTI HARUN SMK TUNKU ANUM TUNKU ABDUL AHLI
RAHMAN

7 JAMILAH BINTI KHAMIS SMK SERI MAHAWANGSA AHLI

3
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021

NO SOALAN CATATAN

TEMA 1 : MASYARAKAT, PEMERINTAHAN, PERTAHANAN DAN HUBUNGANLUAR


1. Sejauhmanakah agama wathani merupakan agama utama masyarakat arab
jahiliah
2. Jelaskan perubahan sosiopolitik yang berlaku kepada masyarakat arab
selepas kedatangaan islam
3 Huraikan Ketamadunan Masyarakat Arab Pada Zaman Jahiliah.
4 Huraikan peranan golongaan Ansar di Madinah pada zaman nabi
Muhammad s.a.w
5 Huraikan golongan masyarakat yang muncul pada zaman khulafa al-
Rasyidin
6 Sejauh manakah Piagam Madinah berjaya menyatukan penduduk
Madinah pada zaman nabi Muhammad s.a.w
7 Shahifah Madinah merupakan piagam bertulis pertama di dunia. Analisiskan
kandungan utama Piagam Madinah
8 Nabi Muhammad saw merupakan negarawan yang unggul.
Bincangkan.
9 Ciri-ciri kepimpinan nabi Muhammad saw membantu kejayaan dakwah
baginda. Bincangkan.
10 Syura dilaksanakan dalam pemilihan Khulafa al Rasyidin. Bincangkan.
11 Nilaikan sumbangan Khalifah Abu Bakar as-siddiq sepanjang
pemerintahannya sebagai khalifah pertama kerajaan Khulafa al Rasyidin
12 Nilaikan sumbangan Khalifah Harun al-Rasyid dalam memperkasakan
kegiatan intelektual.
13 Bincangkan struktur pentadbiran kerajaan islam Madinah pada zaman
Khulafa al-Rasyidin.
14 Jelaskan struktur pentadbiran pusat dan wilayah kerajaan Turki
Uthmaniyah pada abad ke-16 hingga 17 Masihi.
15 Huraikan sistem pemerintahan Kerajaan Muwahhidun (1144-1223 M) dan
Nasriyyah (1238-1493 M) di Andalusia pada abad ke-13M.
16 Bincangkan konsep jihad dan kepentingannya kepada masyarakat Islam zaman
Nabi Muhammad saw dan zaman Khalifah al-Rasyidin.
17 Terangkan konsep jihad dan strategi peperangan yang diamalkan pada
zaman nabi Muhammad saw
18 Etika yang diterapkan dalam gerakan ketenteraan islam membuktikan islam
mengutamakan perdamaian. Bincangkan.
19 Huraikan sumbangan Sultan Muhamad Al-Fatih dalam mengukuhkan Empayar
Turki Uthmaniyah pada abad ke-15M.
20 Huraikan bentuk perhubungan luar melalui bayaran jizyah pada zaman Khulafa
al-Rasyidin.
21 Bincangkan bentuk hubungan luar iaitu melalui pembayaran jizyah semasa
zaman Khalifah Bani Umaiyyah.

4
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021

TEMA 2 : PEMBANGUNAN DAN PENEROKAAN


22 Penerapan sistem ekonomi islam oleh Nabi Muhammad s.a.w Berjaya
memecahkan monopoli ekonomi golongan Yahudi di Madinah.Bincangkan
23 Ketidakadilan sistem ekonomi dunia telah dirungkai dengan kedatangan
Islam. Justeru itu jelaskan ciri-ciri sistem ekonomi Islam yang lebih adil
dan berlandaskan syariat Islam.

24 Bincangkan kegiatan dan sumber pendapatan ekonomi Islam pada zaman


Nabi Muhammad SAW pada abad ke-7 Masehi.

25 Kesuburan tanah menjadi pemangkin kemakmuran Kerajaan Abbasyiah.


Bincangkan kegiatan ekonomi pada zaman kerajaan Bani Abbasyiah abad
ke-11 hingga ke-12.

26 Bincangkan pelaksanaan jizyah pada zaman pemerintahan Khalifah Umar


al Khattab.
27 Analisiskan pelaksanaan zakat dalam perkembangan ekonomi islam
Zaman Khalifah Abbasiyah abad ke- 9 hingga abad ke-11M.
28 Bincangkan falsafah dan ciri-ciri pendidikan dalam Islam

29 Bincangkan sistem pendidikan islam di Acheh pada abad ke-16 hingga


ke 17 M.
30 Usaha dan galakan para khalifah merupakan pendorong utama
perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan Abbasiyah. Nilaikan .

31 Nilaikan idea-idea yang disumbangkan oleh Al - Kawarizmi dalam


bidang matematik
32 Bincangkan sumbangan Al-Khawarizmi dalam bidang astronomi dan
geografi.
33 Falsafah merupakan aspek sumbangan intelektual penting al-Ghazali sehingga
terkenal dengan gelaran Hujjatul Islam (Pembela Islam). Bincangkan.
34 Sejauhmanakah Kitab Ihya Ulumuddin telah memperkenalkan alGhazali
sebagai “Hujjatul Islam” pada abad 11 M.
35 Huraikan sumbangan Ibn Khaldun yang dianggap oleh sarjana barat sebagai
tokoh dan ahli fikir yang tiada bandingannya.
36 Al-Mas’udi dianggap sebagai tokoh penerokaan Islam yang penting kerana
berjaya membetulkan kefahaman pelaut dan ahli-ahli pelayaran. Bincangkan.

37 Nilaikan sumbangan Ibn Majid dalam bidang pelayaran dan geografi.

38 Jelaskan sumbangan Ibn Battutah dalam bidang penjelajahan dan penerokaan.

39 Huraikan ciri-ciri seni bina Andalusia pada abad ke-13M.

40 Analisiskan ciri-ciri seni bina di India pada abad ke-16 hingga 17M

5
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021

TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA


41 Perluasan kuasa barat pada zaman Khalifah Turki Uthmaniyah berlaku kerana
faktor politik dan ekonomi. Jelaskan.
42 Analisiskan faktor agama dan teknologi yang mendorong kepada peluasan
kuasa barat terhadap Kerajaan Turki Uthmaniyah pada abad ke-18 hingga
abad ke-20M.
43 Jelaskan reaksi masyarakat tempatan terhadap penjajahan barat diMesir
pada abad ke-19 hingga awal abad ke 20M
44 Nilaikan Sumbangan Muhammad Ali Pasha Dalam Gerakan Pembaharuan
Mesir Pada Abad Ke 19 Masihi
45 Bincangkan reaksi masyarakat Algeria terhadap penjajahan kuasa Barat dari
abad ke-18 hingga ke-20 Masihi.
46 Bincangkan faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Syria pada abad
ke-19 dan awal abad ke-20 masihi
47 Faktor dalaman merupakan pencetus kepada kemunculan gerakan
nasionalisme di Mesir pada abad ke-19 hingga abad ke-20 masihi.
Bincangkan
48 Bincangkan faktor luaran yang membawa kepada kebangkitan
semangat nasionalisme di Mesir sehingga awal abad ke-20M
49 Bincangkan peranan golongan intelektual dalam membangkitkan semangat
nasionalisme di Mesir pada abad ke-20
50 “Sebaik sahaja kerajaan Turki Uthmaniyah terlibat secara rasmi dalamPerang
Dunia Pertama, kuasa-kuasa barat telah mengadakan PerjanjianSykes-Picot”.
Jelaskan kandungan utama perjanjian tersebut.
51 Gerakan Turki Muda Telah Mempengaruhi Penglibatan Kerajaan Turki
Uthmaniyah Dalam Perang Dunia Pertama. Bincangkan.
52 Huraikan Proses Penglibatan Turki Uthmaniyah Dalam Perang Dunia
Pertama (1914-1918)
53 Analisiskan faktor-faktor kekalahan Kerajaan Turki Uthmaniyah dalam Perang
Dunia Pertama
54 Bincangkan kesan-kesan kekalahan Kerajaan Turki Uthmaniyyah selepas
Perang Dunia 1.
55 Bincangkan Dasar Tanzimat yang dilaksanakan dalam Kerajaan Turki
Uthmaniyah pada abad ke-19 M.
56 Bincangkan kesan tanzimat terhadap pentadbiran Kerajaan Turki Uthmaniyah
pada abad ke-19M.
57 Analisiskan matlamat perjuangan gerakan Uthmani Muda dan Turki Muda dalam
kerajaan Turki Uthmaniyah pada abad ke-19M hingga awal abad ke-20M

58 Analisiskan faktor yang mempengaruhi kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah


pada abad ke-19 bingga awal abad ke-20M
59 Huraikan bentuk-bentuk imperialisme barat ke atas Wilayah Turki Uthmaniyah
dari abad ke-19M hingga awal abad ke-20 M

6
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021

TEMA 1 : MASYARAKAT , PEMERINTAHAN, PERTAHANAN DAN HUBUNGAN LUAR

Soalan 1 : Sejauh manakah agama wathani merupakan agama utama masyarakat Arab Jahiliah.

PENDAHULUAN

Zaman sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai zaman jahiliah iaitu masyarakat berada dalam
kesesatan kerana tidak mempunyai nabi dan rasul serta kitab suci sebagai panduan. Masyarakat Arab jahiliah
pada masa ini telah mempunyai kepercayaan yang tersendiri. Kepercayaan masyarakat jahiliah terbahagi
kepada dua iaitu kepercayaan agama dan kepercayaan adat. Kepercayaan agama yang dianuti oleh
masyarakat jahiliah terbahagi kepada dua iaitu agama samawi (agama langit) yang diturunkan oleh Allah
melalui nabi-nabi dan mempunyai kitab. Agama yang kedua ialah agama ardhi (agama ciptaan) yang direka
oleh manusia. Agama Wathani (penyembah berhala) merupakan kepercayaan agama yang dianuti oleh majoriti
masyarakat di Semenanjung Tanah Arab selepas runtuhnya kerajaan Saba’. Namun, terdapat pelbagai agama
dan kepercayaan selain agama wathani.

ISI-ISI PENTING

1. Agama Wathani

Agama Wathani atau agama berhala merupakan agama yang dianuti oleh majoriti masyarakat Arab
yang tinggal di Semenanjung Tanah Arab selepas runtuhnya kerajaan Saba‟. Berhala tersebut diperbuat
daripada batu, kayu dan kadang-kala dari buah tamar (kurma). Tiap-tiap kabilah mempunyai patung berhala
masing-masing. Antara berhala yang terkenal termasuklah al-Latta, al-Uzza, al-Manat dan al-Hubal.
Sebahagian penduduk Tanah Arab tidak menganggap berhala sebagai Tuhan tetapi hanya sebagai
perantaraan. Kepercayaan mereka bercampur-aduk antara percaya kepada Allah dan percaya kepada berhala.
Mereka ini dikenali sebagai golongan musyrikin, iaitu orang yang menyekutu Allah. Sesetengah orang Arab
percaya berhala dapat memberikan manfaat dan mudarat, mempunyai keberkatan dan sebagainya. Terdapat
360 buah berhala dibina di sekeliling K aabah. Antara yang popular ialah Al-Uzza, Al-Manat, dan Al-
Hubal.Walaupun agama Wathani merupakan agama utama yang dianuti masyarakat Arab, namun, masih
terdapat agama lain yang turut dianuti seperti agama Yahudi

2. Agama Yahudi
Agama ini adalah berdasarkan kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa a.s. berpandukan kepada kitab
Taurat. Orang Yahudi telah mengubah kandungan asal Kitab Taurat demi memenuhi kepentingan mereka
sehingga agama ini dianggap syirik kerana menduakan Allah. Orang-orang Yahudi berasal dari Palestin.
Mereka berhijrah ke Semenanjung Tanah Arab sejak abad Pertama Masihi. Mereka telah menjadi kaya-raya
dan berjaya menarik perhatian orang-orang Arab untuk menganut agama Yahudi. Orang-orang Yahudi
menganggap diri mereka sebagai bangsa pilihan dan mereka menganggap al-Uzar sebagai anak tuhan. Di
antara tokoh terkenal yang menganut agama ini ialah Yusof Zu Nuwas. Agama ini tersebar luas terutamanya di
kawasan-kawasan oasis di Barat Laut Semenanjung Tanah Arab iaitu Tai‟ma Khaiba, Padak dan Yathrib.
Walaupun agama Yahudi telah terpesong daripada ajaran asalnya, namun masih ada dalam kalangan
masyarakat jahiliah yang menganutinya sebagai pegangan mereka.

3. Agama Nasrani
Agama Nasrani atau Kristian adalah agama yang berdasarkan kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi
Isa a.s berpandukan kitan Injil pada tahun 1 Masihi. Ia dibawa ke Semenanjung Tanah Arab oleh golongan
pendakwah, pedagang-pedagang atau paksaan oleh tentera Rom atau Habsah ke atas tanah jajahan
mereka. Meskipun Allah telah menurunkan kitab Injil kepada Nabi Isa, namun segelintir pendeta agama ini telah

7
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
mengubah kandungan asal untuk kepentingan peribadi mereka. Penganut agama
asal agama Nasrani dikenali dengan gelaran ahli kitab. Agama ini dapat sambutan
dari penduduk Mekah dan Yathrib. Di antara tokoh terkenal yang menganut agama ini ialah Uthman Bin
Huwairith. Agama ini mempunyai 2 mazhab iaitu Mazhab Nestorian yang berkembang di kawasan Hirah dan
Mazhab Jacobite yang dianuti oleh penduduk Ghassan dan kabilah-kabilah lain di sempadan Syria / Syam.
Pusat agama Kristian yang utama di Semenanjung Tanah Arab ialah Najran. Bandar Najran terus menjadi
bandar Nasrani hingga ke zaman Khalifah Umar. Malah terdapat pusat latihan paderi Nasrani di Wadi al-Qura,
iaitu kawasan pedalaman Timur Hijaz. Jelaslah, agama Nasrani juga antara agama yang dianuti oleh
masyarakat jahiliah selain agama Wathani

4. Agama Majusi
Agama ini juga digelar Zoroaster dan berasal dari Parsi. Agama ini diamalkan oleh sebahagian orang
Arab Jahiliah. Ia dibawa masuk selepas Parsi berjaya mengalahkan Habsyah di Yaman pada akhir abad ke-6
Masihi. Penganut agama ini tidak mempunyai kitab suci dan tidak mengakui nabi-nabi yang diutus oleh Allah
serta mendakwa ia adalah palsu. Penganut agama ini menyembah matahari dan api. Mereka percaya bahawa
terdapat Tuhan iaitu Kebaikan (Cahaya) dan Tuhan Kejahatan (Gelap Gelita) . Justeru itu, untuk menjamin
Tuhan Kebaikan mendampingi mereka, api dinyalakan di rumah mereka. Pendeta-pendeta Majusi menyembah
matahari 4 kali dalam satu hari. Agama ini banyak mengandungi cerita khayal dan turut menghalalkan
perkahwinan ibu dengan anak serta adik beradik. Di antara penganut agama ini yang terkenal d Mekah ialah
Zararah dan anaknya Hajib. Mereka berasal dari Bani Tamin yang mempunyai hubungan dengan Parsi.
Agama ini terbahagi kepada 3 mazhab iaitu Kayumarthiyah, Zarwaniyah dan Zaradushtiyah. Tegasnya,
walaupun agama Majusi tidak mempunyai kitab suci dan juga nabi sebagai panduan, masyarakat jahiliah masih
menganutinya dan mengamalkannya

5. Agama Hanif
Segelintir orang Arab menganut agama Hanif. Agama ini adalah berdasarkan kepada ajaran Nabi
Ibrahim dan Nabi Ismail. Penganutnya digelar Hunafa‟ (Muslim). Agama ini tidak mempunyai kitab tetapi suhuf.
Agama ini mentauhidkan Allah sebagai Tuhan yang Esa. Golongan ini tidak mengamalkan mana-mana agama
dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat jahiliyah. Mereka meninggalkan amalan tradisi jahiliyah
seperti seperti minum arak, berjudi, makan bangkai, makan darah dan sebagainya. Antara tokoh yang
menganut agama ini ialah Waraqah bin Naufal dan Nabi Muhammad s.a.w sendiri. Tegasnya di sini bahawa
golongan ini menentang agama yang dianuti dan diamalkan oleh masyarakat jahiliyah sebelum kerasulan Nabi
Muhammad s.aw

KESIMPULAN
Kesimpulannya, agama Wathani merupakan agama yang dianuti oleh sebahagian besar masyarakat
Arab jahiliah. Namun begitu, masih terdapat agama-agama lain yang dianuti oleh masyarakat walaupun
jumlahnya penganutnya tidak begitu ramai. Selepas kedatangan Islam, kehidupan masyarakat jahiliah telah
mengalami perubahan yang besar dalam segala aspek termasuklah dari segi agama dan kepercayaan.

8
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021

Soalan 2 :Jelaskan perubahan sosiopolitik yang berlaku kepada masyarakat


Arab selepas kedatangan Islam

PENDAHULUAN

Masyarakat Arab merujuk kepada masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab. Sebelum
kedatangan Islam mereka dikenali sebagai masyarakat jahiliyah yang hidup dalam zaman kegelapan tanpa
berpandukan ajaran wahyu dan mengamalkaan nilai akhlak yang buruk. Zaman ini berlangsung selama 300
tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.aw. Zaman jahiliah berakhir apabila turunnya al Quran dan Allah
swt mengutuskan Nabi Muhammad sa sebagai rasul pada tahun 610 Masihi. Kedatangan agama Islam telah
membawa perubahan soiopolitik yang besar ke atas masyarakat Arab terutamanya masyarakat Mekah dan
Madinah

ISI-ISI PENTING
1. Perubahan agama dan kepercayaan
● Masyarakat Arab pada zaman jahiliyah majoritinya menganut agama menyembah berhala. Mereka
menganggap berhala sebagai perantaraan antara manusia dengan Tuhan. Pada masa ini Mekah
berperanan sebagai pusat penyembahan berhala. Terdapat 360 buah berhala dibina si seleliling Kaabah.
Agama lain yang dianuti ialah agama Yahudi, Nasrani , Majusi dan kepercayaan animisme. Masyarakat
pada masa itu juga terikat dengan kepercayaan karut seperti percaya kepada ramalan nujum, tilik nasib,
dan pemakaian azimat.
● Selepas kedatangan Islam, masyarakat Islam pada zaman itu mempunyai keimanan yang teguh. Mereka
percaya kepada Allah Yang Maha Esa, beriman dengan 6 perkara Rukun Iman dan beramal dengan 5
perkara Rukun Islam. Bahkan orang Ansar secara rela telah memeluk ajaran Islam. Nabi telah melantik
guru-guru agama untuk memperkukuh akidah dan amalan mereka. Di samping itu, nabi juga telah
menjalankan dasar kebebasan beragama terutamanya ke atas masyarakat Yahudi di Madinah dan
mereka diberi kebebasan beribadat .

2. Perubahan hubungan masyarakat/sosial


● Masyarakat Arab pada zaman jahiliah hidup terpisah dalam kabilah dan bani masing- masing. Setiap
individu dalam kabilah mempunyai ketaatan (semangat assabiyah) kepada kabilah dan sangat prejudis
kepada kabilah yang lain. Semangat ini juga menyebabkan mereka memihak kepada kabilah tanpa
mengira sama ada mereka berada dalam keadaan benar atau salah. Ini telah menimbulkan masalah
permusuhan antara kabilah berleluasa.
● Selepas kedatangan Islam, Masyarakat Islam Madinah berjaya membentuk sebuah masyarakat di bawah
konsep ummah Islamiyah tanpa mengira kaum dan suku. Kesetiaan (assabiyah) kepada kaum tidak lagi
wujud dan digantikan oleh ikatan persaudaraan Islam. Contoh Nabi telah mempersaudarakan orang Ansar
dan Muhajirin. Konsep persaudaraan ini telah melahirkan semangat perpaduan dalam kalangan
masyarakat Islam Madinah.

3. Akhlak
● Masyarakat Arab zaman jahiliah mengamalkan nilai moral dan akhlak yang buruk, yang tidak mempunyai
batas kesopanan dan kemanusiaan. Berzina, minum arak, bunuh anak perempuan merupakan perkara
biasa kepada masyarakat Jahiliah.
● Selepas kedatangan Islam, Islam melarang umatnya melakukan perkara-perkara terkutuk. Islam
menganjurkan akhlak mulia dan nilai-nilai yang baik seperti hormat menghormati, bekerjasama, bertolak
ansur dan lain-lain. Contohnya bermula dengan Perjanjian Aqabah 1, masyarakat Madinah berjanji tidak
akan menipu, berzina dan membunuh. Nabi berjaya mengikis segala akhlak yang buruk dalam kalangan
masyarakat Islam Madinah. Dalam Piagam Madinah, Nabi Muhammad saw menggariskan hak dan

9
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
tanggungjawab setiap supaya dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

4. Politik
● Tidak terdapat sebuah kerajaan yang bersatu, teratur dan bersistematik pada zaman masyarakat Arab
Jahiliah. Hal ini berpunca daripada faktor wilayah-wilayah Arab sering dijajah dan diganggu gugat oleh
kuasa asing seperti Rom dan Parsi di wilayah di sebelah utara. Sementara wilayah di sebelah selatan
dijajah oleh kerajaan Habsyah, Rom dan Parsi.
● Masyarakat Arab turut mengamalkan sistem berkabilah dan setiap kabilah diketuai oleh syeikh kabilah.
Setiap suku kaum taksub kepada suku masing-masing yang dipanggil assabiyah. Keadaan ini
mencetuskan peperangan antara suku walaupun berpunca daripada masalah kecil. Keadaan inilah yang
menyebabkan suasana politik yang tidak stabil.
● Selepas kedatangan Islam, Islam menekankan konsep ummah, masyarakat tanpa kelas. Ada sistem
pemerintahan yang teratur. Pemerintahan adalah berlandaskan Al- Quran dan Hadith. Kerajaan Islam
Madinah wujud berasaskan Piagam Madinah. Segala keputusan negara dilakukan melalui konsep syura.

5. Ilmu Pengetahuan
● Masyarakat Arab jahiliyah mewarisi pengetahuan tentang ilmu bintang, ilmu tilik dan ilmu keturunan.
Walaupun begitu majoriti mereka buta huruf. Hanya 17 orang sahaja yang celik huruf. Jadi perkembangan
ilmu pengetahuan hanya bersifat hafalan dari satu generasi ke satu generasi. Jika sesuatu ilmu itu tidak
diminati maka ilmu tersebut akan pupus begitu sahaja.
● Selepas kedatangan Islam, Islam menekankan kepada menuntut ilmu. Hal ini jelas terbukti dari surah
pertama al-Alaq yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang . menekankan aspek membaca.
Bahkan salah satu cara untuk tawanan Perang Badar menebus diri mereka ialah dengan mengajar 10
orang kanak-kanak Islam membaca, dan menulis. Terdapat pembahagian ilmu seperti Al-Quran dan ilmu
tafsir. Selepas itu, turun ayat-ayat lain dalam al Quran yang menyentuh seluruh aspek kehidupan termasuk
bidang sains dan teknologi. Di Madinah, masjid dijadikan sebagai tempat mengembangkan ilmu
pengetahuan.

6. Struktur Kelas Masyarakat


● Masyarakatt Arab jahiliah mementingkan kelas dalam masyarakat. Golongan bangsawan merupakan
golongan tertinggi dan dipandang mulia. Dalam masyarakat Arab jahiliyah amalan perhambaan berlaku
secara meluas. Golongan hamba tidak mempunyai hak ke atas diri sendiri. Mereka dikehendaki
berkhidmat kepada tuan mereka. Perdagangan hamba berlaku secara meluas. Kekejaman ke atas para
hamba berlaku sekiranya para hamba tidak mengikut kehendak mereka. Hamba dianggap golongan paling
hina.
● Masyarakat Islam menganjurkan kosep persamaan taraf. Semua manusia dianggap sama taraf di sisi
Allah. Kemuliaan manusia berasaskan kepada ketakwaan mereka kepada Allah. Manusia tidak dibezakan
mengikut kekayaan atau pangkat mereka.

7. Maruah wanita
● Kedudukan wanita sangat rendah dalam masyarakat Arab jahiliah. Fungsi wanita hanyalah sebagai
pemuas hawa nafsu lelaki dan kegemaran mereka hanyalah menghiasi diri agar dikehendaki oleh lelaki.
Mereka dianggap sebagai barang dagangan. Ada dalam kalangan wanita yang kematian suami menjadi
rebutan anak-anak lelakinya sendiri. Oleh itu, Bani Tamim menganggap amalan membunuh bayi
perempuan sebagai amalan yang mulia supaya bayi tersebut tidak menjadi sampah masyarakat dan
memalukan nama baik keluarga apabila mereka dewasa. Kaum wanita sering dibawa bersama-sama untuk
berperang dan memberi perangsang kepada tentera lelaki.
● Selepas kedatangan Islam, Islam memuliakan kedudukan wanita. Maruah dan kebajikan wanita perlu
dipelihara. Kaum wanita memainkan peranan yang sama penting dengan kaum lelaki.

10
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021

8. Hal Peperangan
● Masyarakat Arab Zaman jahiliah bersifat balas dendam. Mereka sanggup berperang kerana perkara-
perkara yang kecil sahaja. Permusuhan yang sering berlaku ialah peperangan antara suku atau
kabilah. Perang dendam sering berlarutan. Peperangan ini dikenali sebagai Ayyamul Arab. Contohnya
Perang Al-Basus berlarutan selama 40 tahun.
● Perangan yang wujud pada zaman Islam merupakan satu langkah mempertahankan agama, masyarakat,
dan negara Islam dari ancaman musuh terutama daripada orang Quraish Mekah dan pengkhianatan orang
Yahudi. Ini ialah jihad. Persaudaraan Islam telah berjaya menamatkan permusuhan dalam kalangan
golongan Ansar iaitu suku Aus dan Khazraj.

9. Sikap
● Dalam masyarakat jahiliyah terdapat nilai-nilai positif seperti menghormati tetamu, berpegang teguh pada
janji, memberi perlindungan kepada Nabi Muhammad s.aw seperti yaang dilakukan oleh Bani Hashim.
Dalam masyarakat Islam, nilai-nilai ini diperkukuhkan selaras dengan nilai-nilai Islam

KESIMPULAN
Jelas bahawa kedatangan Islam telah membawa perubahan sosiopolitik di Tanah Arab. Islam telah
menukar cara hidup masyarkat Jahiliah daripada menyembah berhala kepada menyembah Allah, daripada
berakhlak buruk kepada akhlak yang mulia dan berperikemanusiaan. Islam telah mengubah corak kehidupan
masyarakat Jahiliah kepada sebuah masyarakat yang bertamadun.

Soalan 3 : Huraikan Ketamadunan Masyarakat Arab Pada Zaman Jahiliah.

PENDAHULUAN

Masyarakat jahiliah merujuk kepada masyarakat yang hidup sebelum kedatangan Islam dan
sebahagian besar dari kalangan masyarakat jahiliah tidak tahu membaca dan menulis. Jahiliah pada dasarnya
merujuk kepada kejahilan dalam aspek kerohanian, keagamaan, kemanusiaan dan keilmuan. Manakala
Jahiliah dalam al-Quran bermaksud sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam sama ada agama, sistem
hidup, amalan ritual, akhlak, peraturan ekonomi, sosial dan sebagainya. Dalam konteks masyarakat di
Semenanjung Tanah Arab, ianya wujud selepas keruntuhan Kerajaann Saba’ dan berakhir selepas turunnya
al-Quran dan kerasulan Nabi Muhammad SAW pada tahun 610 M. Masyarakat Arab jahiliah bukanlah
masyarakat yang jahil segala-galanya kerana mereka pernah mencapai banyak kemajuan dalam kehidupan
mereka, khasnya dari segi politik dan ekonomi.

ISI-ISI PENTING

1. Kemajuan bidang politik dan pentadbiran


• Masyarat jahiliah mempunyai institusi pentadbiran iaitu Majlis Kabilah untuk menguruskan
tatacara dan perjalanan hidup. Majlis Kabilah berperanan memastikan setiap kabilah mempunyai
bidang tugas pentadbiran masing-masing. Pembahagian tugas dilaksanakan bagi mencapai
kecekapan dan kelicinan pentadbiran.
• Buktinya terdapat beberapa majlis yang dibentuk untuk menguruskan bidang-bidang tertentu,
antaranya Majlis Siqayah yang menguruskan urusan air jemaah haji. Majlis Rifadah yang
mengendalikan urusan makanan jemaah haji, Majlis Liwa untuk menyedia dan memimpin
tentera, Majlis Nadwah untuk urusan umum berkaitan kebajikan penduduk Makkah dan
11
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
Majlis Hijabah untuk menjaga Kaabah.
• Ketua Kabilah (Syeikh Kabilah) -Wakil daripada kaum-kaum yang membentuk
kabilah akan
melantik seorang ketua atau Syeikh untuk mengetuai kabilah mereka. Syeikh haruslah
mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan boleh mempengaruhi angota-angota kabilahnya. Oleh
itu, Syeikh sangat dihormati dan ditaati. Seseorang individu atau anggota kabilah
hendaklah patuh kepada Syeikh kerana beliau mempunyai kedudukan yang tinggi. Cthnya,
Syeikh akan mempengerusikan Majlis Kabilah. Syeikh juga bertanggungjawab
menyelesaikan masalah dalam kabilahnya, membuat perjanjian dengan kabilah-kabilah
lain, melayan tetamu dan memberi perlindungan. Jelaslah bahawa Syeikh begitu penting
dalam struktur organisasi kabilah dan diletakkan di tahap yang tinggi dan sangat dihormati
oleh kabilahnya.
• Darul Nadwah - Darul Nadwah berasal dari kata dar yang bererti rumah, dan nadwah
bererti pertemuan atau bertukar kata. Darul Nadwah berfungsi sebagai balai pertemuan,
tempat masyarakat berkumpul, bermusyawarah dan tempat menyelesaikan masalah di
antara mereka. Darul Nadwah juga penting dalam pemilihan pemimpin, mengadakan
kontrak sosial, membuat perjanjian damai, menyelesaikan masalah perang antara suku,
mengorganisasi ketenteraan serta membincangkan masalah perkahwinan.
• Dari aspek politik, masyarakat Arab jahiliah telah menunjukkan ketamadunan yang tinggi
dengan kejayaan mendiri dan mengendalikan beberapa buah kerajaan seperti Main,
Saba’, Himyar yang terletak di selatan Tanah Arab, manakala kerajaan Hirah, Tadmor,
Nabat dan Ghassan terletak di sebelah utara. Kerajaan-kerajaan ini lengkap dari segi
struktur pentadbirannya kerana mempunyai raja dan menteri, para pegawai, pentadbir
awam dan tentera, serta mempunyai sistem ketenteraan dan pertahanan tersendiri.
• Jelaslah masyarakat jahiliah telah mempunyai ketamadunan yang tinggi dalam aspek
politik dan pentadbiran.

2. Kemajuan bidang pertanian


• Bangsa Arab bergiat aktif dalam sektor pertanian sebelum zaman Islam. Sebahagian
mereka menetap di kawasan bandar dan mahir dalam bidang pertanian. Mereka mendapat
hasil melimpah ruah dari kebun-kebun anggur yang dikelilingi oleh pokok-pokok tamar,
selain turut menanam tanaman seeperti zaitun dan delima.
• Bangsa Arab telahpun mempelajari pelbagai teknik pertanian di Syam dan mempunyai
kelebihan dalam mengenali kesesuaian tanah untuk jenis-jenis pertanian tertentu.Mereka
juga mampu membina dan menggunakan tali air, terusan dan empangan seperti
Empangan Maarib.Kesemua ini membuktikan ketamadunan bangsa Arab jahiliah dalam sektor
pertanian dan sektor lain yang berkaitan dengannya.

3. Kemajuan bidang perdagangan


• Masyarakat jahiliah di Makkah terlibat dalam bidang perdagangan dan mereka berjaya
menguasai beberapa jaringan jalan perdagangan utama di sekitar tanah Arab. Kegiatan perdagangan
telah menjangkau sehingga ke Afrika dan utara Semenanjung Tanah Arab
seperti Syria dan Palestin.
• Kota Makkah menjadi pusat perdagangan utama dan dikunjungi ramai pedagang luar.
Pasar-pasar seperti Ukz dan Zul Majaz merupakan pusat-pusat perdagangan yang
terkenal. Urusan perdagangan pula menggunakan wang emas dan perak sebagai alat
tukaran menggantikan kaedah tradisional iaitu kaedah tukar barang.
• Pada musim sejuk, masyarakat jahiliah berdagang ke Yaman, selatan Tanah Arab dan
pada musim sejuk pula, mereka berdagang ke Syam, utara Arab melalui laluan laut atau
darat.Mereka juga berjaya mengadakan hubungan perdagangan antarabangsa seperti dengan
India, Parsi, Mesir dan lain-lain.

12
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
• Terbukti bahawa kewujudan bangsa Arab di tengah-tengah pusat
perdagangan, timur ,
barat, utara dan selatan membolehkan mereka mencipta ketamadunan tersendiri kesan
interaksi dengan ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh bangsa-bangsa lain melalui aktiviti
perdagangan.

4. Kemajuan ilmu pengetahuan


• Al-Quran pernah membicarakan tentang sejumlah ilmu pengetahuan yang wujud pada
zaman jahiliah. Antaranya ialah pengetahuan sejarah yang tergambar dalam bentuk kisah-
kisah bangsa-bangsa terdahulu yang menetap di Semenanjung Tanah Arab dan di luarnya.
• Selain itu, wujud pengetahuan ilmu geografi oleh bangsa Arab jahiliah seperti dirakam oleh
al-Quran, contohnya ilmu lautan, perjalanan di lautan, angin yang baik, angin badai dan
bintang-bintang yang dijadikan petunjuk ketika menempuh kegelapan daratan dan lautan.
• Masyarakat Arab jahiliah juga berpengetahuan dalam bidang perubatan. Sebahagia
mereka mahir dalam mengenalpasti penyakit dan cara pengubatannya. Mereka juga mahir
dalam mengenalpasti ubat-ubatan dan cara penggunaannya melalui pengalaman,
pemerhatian dan peniruan dari negara-negara jiran yang sering mereka ulang-alik. Antara
tokoh perubatan yang terkenal ialah al-Harith bin Kaldah al Thaqafi, al Nadar bin al-Harith
dan Zuhair bin Khabbab dan sebagainya.
• Jelaslah masyarakat Arab jahiliah telah mempunyai kemajuan dalam ilmu sejarah,
geografi, perubatan dan lain-lain.

5. Kemajuan Kemajuan dalam bidang seni bina


• Masyarakat Arab jahiliah mempunyai kemahiran tinggi dalam bidang seni bina. Orang-
orang Arab Saba’ di Yaman misalnya, telah berjaya membina empangan Maarib dan sebuah tempat
menyimpan air berdekatan dengannya. Empangan ini bukan sahaja
berkemampuan mencegah banjir, malah dapat mengairi kawasan ladang sehingga ia
menjadi sebuah kawasan pertanian yang subur dan seterusnya menyumbang kepada
kemewahan dan kesenangan penduduk Saba’.
• Mereka turut berjaya membina rumah penyembahan, kubu-kubu peperangan dan istana-
istana, terutamanya peninggalan oleh pemerintah kerajaan Saba’dan Himyar. Ini membuktikan bangsa
Arab jahiliah pernah mencapai ketamadunan yang tinggi sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW.

KESIMPULAN
Masyarakat Arab jahiliah pernah mencapai ketamadunan dalam pelbagai bidang kehidupan, antaranya
pentadbiran, pertanian, perdagangan dan seni bina. Sebahagian tinggalan tamadun mereka masih
mengagumkan kita hingga ke hari ini. Pencapian ketamadunan berkenaan menafikan pelbagai tuduhan
negetif sejarawan Barat terhadap bangsa Arab jahiliah.

13
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021

Soalan 4 : Huraikan peranan golongan Ansar di Madinah pada zaman Nabi Muhammad S.A.W

PENDAHULUAN
Golongan Ansar atau pembantu adalah merupakan penduduk asal Madinah yang terdiri daripada suku
Aus dan Khazraj. Mereka telah memeluk Islam hasil pertemuan mereka dengan Nabu Muhammad s.aw di
Makkah melalui Perjanjian Aqabah 1 dan Aqabah 2. Mereka mempelawa Nabi s.aw dan orang Muhajirin
berhijrah ke Madinah. Mereka juga bersetuju melantik Nabi s.a.w sebagai pemimpin mereka dan menyatakan
kesediaan menerima dan mempertahankan Islam serta sentiasa menyokong perjuangan Nabi dan membantu
baginda untuk mempertahankan dan mengembangkan ajaran Islam sepanjang zaman baginda. Terdapat juga
orang Parsi dan Yahudi Madinah yang telah memeluk Islam dan dianggap sebagai sebahagian daripada
golongan Ansar. Golongan Ansar memainkan peranan penting pada zaman Nabi Muhammad di Madinah

ISI-ISI PENTING
1. Menerima dan menyokong perjuangan Nabi
● Dalam peristiwa Perjanjian Aqabah 1 dan 2, golongan Ansar yang terdiri dari orang Aus dan Khazraj
menyatakan kesanggupan mereka menerima Islam dalam kalangan golongan kafir Mekah menentangnya.
Mereka berikrar berjuang bersama-sama nabi. Sokongan mereka berterusan sehingga nabi berhijrah daan
menjadi pemimpin Madinah.

2. Membantu Rasulullah dalam urusan keagamaan dan pentadbiran


● Di Madinah mereka sanggup menerima Rasulullah sebagai pemimpin. Sebahagian golongan Ansar
menjadi Ahli Majlis Syura tertinggi contohnya Abu Ubaidah Al-Jarrah dan ramai lagi yang banyak membantu
nabi dalam pentadbiran.. Mereka turut terbabit dalam membantu nabi membantu menggubal Piagam
Madinah yang merupakan asas penubuhan Negara Islam pertama.

3. Menjalankan usaha dakwah


● Golongan Ansar bertanggungjawab membawa masuk dan menyebarkan Islam di Madinah. Proses ini
bermula selepas peristiwa Perjanjian Aqabah I dan 2 pada tahun ke 11, 12 dan 12 kerasulan Nabi
Muhammad saw. Baginda melantik 12 naqib (9 Khazraj dan 3 Aus) untuk membimbing umat islam di
Madinah bagi membantu menyebarkan agama Islam dengan lebih meluas di Madinah. Sebahagian golngan
Ansar menjadi guru agama dan pendakwah serta mengembangkan Islam di luar kota Madinah. Sebahagian
mereka dilantik menjadi utusan diplomatik untuk memperkenalkan Islam di dalam dan di luar Semenanjung
Tanah Arab, sekaligus menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara luar. Contohnya, Muaz bin Jabal
diutuskan ke Yaman untuk mengembangkan Islam di sana.

4. Merintis penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dan pelantikan pemimpin negara.


● Golongan Ansar mempelawa Nabi dan golongan Muhajirin meninggalkan kota Mekah yang penuh
penentangan untuk berhijrah ke Madinah. Mereka sanggup melantik nabi menjadi pemimpin utama di
Madinah. Sesungguhnya Perjanjian Aqabah 1 dan 2 merintis jalan kepada peristiwa hijrah Nabi dan
golongan Muhajirin. Penghijrahan ini menjadi asas kepada penguasaan politik umat Islam di Madinah.

5. Membantu menyebarkan Islam


● Golongan Ansar bertanggung jawab membawa masuk dan menyebarkan Islam di Madinah. Proses ini
bermula selepas Peranjian Aqabaah 1 dan 2. Rasulullah telah melantik 12 Naqib (9 khazraj) dan (3
Aus) untuk membimbing umat Islam di Madinah bagi membantu menyebarkan agama Islam dengan lebih
meluas. Mereka bertanggungjawab menyebarkan agama Islam dan menyampaikan berita tentang Nabi
Muhammad dan kaum muslimin di Mekah kepada penduduk Madinah. Hasil usaha para Naqib yang gigih
14
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
ini menyebabkan agama Islam cepat tersebar di Madinah.

6. Membantu golongan Muhajirin


● Golongan Ansar banyak membantu golongan Muhajirin yang datang dari Mekah dalam keadaan sehelai
sepinggang. Mereka menyumbang pelbagai bantuan sosioekonomi seperti menyediakan tempat tinggal,
makanan, keselamatan, modal untuk perniagaan. Malah ada yang sanggup menceraikan salah seorang
isteri seperti Abu Ayub al Ansari bagi membolehkan orang Muhajirin mengambilnya sebagai isteri. Namun,
Abdul Rahman Bin Auf memilih untuk menerima pertolongan kewangan untuk berniaga daripada Abu Ayub
al Ansari. Pertolongan golongan Ansar kepada golongan Muhajirin sebagai saudara seagama telah
membantu nabi s.aw merealisasikan ukhwah Islamiah yang dianjurkan oleh Islam. Senario ini adalah
menjadi contoh kepada satu pengorbanan Ansar di Madinah

7. Mempertahankan agama dan negara Islam


● Golongan Ansar saling berganding bahu dengan golongan Muhajirin mempertahankan agama dan negara
Islam sesuai dengan apa yang diperuntukkan dalam Piagam Madinah. Mereka telah memainkan peranan
penting dalam ekspedisi-ekspedisi ketenteraan seperti perang Badar, Uhud, Khandak dan lain-lain.

8. Mengukuhkan ketenteraan Islam


● Sebahagian golongan Ansar muncul sebagai tokoh-tokoh pahlawan Islam yang terbilang dalam
menghadapi serangan musuh seperti peperangan dengan orang Quraish Mekah. Antara tokoh-tokoh
berwibawa dalam kalangan golongan Ansar seperti Saad bin Ubadah dan Saad bin Muaz.

9. Menyumbang harta benda dan buah fikiran


● Sebagai penduduk tempatan mereka turut menyumbang harta benda dan buah fikiran dalam
menjayakan perjuangan dan perkembangan Islam termasuk menyertai peperangan jihad. Contohnya
Salman al-Farisi mencadangkan pembinaan parit dalam Perang Khandak (Al-Ahzab). Saad al-Rubai telah
menawarkan separuh hartanya iaitu rumah, harta dan ahlinya dengan saksama kepada saudaranya iaitu
Abdul Rahman bin Auf. Sebalinya Abdul Rahman in Auf berterima kasih dan meminta Saad al-Rubai
membawa beliau ke pasar Madinah untuk beliau bekerja di sana. Rumah Anas bin Malik juga telah dijadikan
tempat persaudaraan antara golongan Luhajirin dan Anssar dan jumlah yang terlibat dalam peristiwa itu
seramai 90 orang. Golongan Ansar juga menyumbang tenaga, nyawa dan harta benda dalam menghadapi
serangan musuh dalam siri peperangan seperti perang Badar, Uhud dan Khandak.

KESIMPULAN :
Golongan Ansar mempunyai peranan tersendiri dalam membantu mempertahankan dan
mengembangkan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Peranan mereka mengukuhkan kedudukan
Islam di Madinah. Kesediaan golongan Ansar untuk menerima agama Islam dan menjemput Nabi Muhammad
saw Bersama golongan Muhajirin Mekah sangat besar dan mulia di sisi ajaran Islam.

15
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021

Soalan 5 : Huraikan golongan masyarakat yang muncul pada zaman khulafa al- rasyidin

PENGENALAN

Zaman Khulafa al-Rasyidin bermula selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w apabila Abu Bakar as-
Siddiq dilantik oleh umat Islam sebagai khalifah pertama pada tahun 632M. Zaman ini menyaksikan
kemunculan 3 lagi iaitu Khalifah Umar bin al-Khattab , Khalifah Uthman bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib.
Gelaran Khulafa al-Rasyidin digunakan kerana mereka meneruskan dasar dan model kepimpinan nabi s.a.w.
Zaman Khulafa al-Rasyidin menyaksikan perkembangan Islam yang kian meluas meliputi dalam dan luar
Semenanjung Tanah Arab. Hal ini disebabkan kejayaan kempen pendakwahan dan ketenteraan yang
dijalankan. Senario ini menyebabkan pelbagai golongan yang muncul pada zaman ini.

ISI-ISI PENTING
1. Golongan Arab beragama Islam
Golongan Arab beragama Islam merupakan golongan majoriti dan paling berpengaruh. Mereka terdiri
dari golongan Muhajirin dan Ansar. Golongan Muhajirin merupakan warga asal kota Mekah dan dikenali sebagai
masyarakat Quraisy. Mereka merupakan kelompok terawal menerima dan memeluk Islam. Golongan ini
kemudiannya berhijrah ke Madinah kerana penentangan kaum musyrikin Mekah. Manakala Golongan Ansar
merupakan warga asal Madinah. Mereka terdiri daripada suku Aus dan Khazraj yang menganut Islam hasil
pertemuan mereka dengan nabi di Mekah melalui Perjanjian Aqabah 1 & 2.
Golongan Arab Islam ini merupakan tunjang kepada kekuatan dan aset yang bernilai dalam pentadbiran
kerajaan. Buktinya, para khalifah terdiri daripada bangsa Arab. Contohnya Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-
Khattab dan lain-lain. Sebahagian mereka juga menjadi ahli Majlis Syura Tertinggi. Begitu juga dengan gabenor
serta pegawai-pegawai kerajaan lain termasuk panglima tentera seperti Khalid bin al-Walid Abu Ubaidah al-
Jarrah dan Saad bin Muaz.

2. Golongan bukan Islam.


Terdiri daripada golongan kafir zimmi dan kafir harbi. Golongan kafir zimmi dikehendaki membayar jizyah
sebagai balasan kepada kerajaan Islam kerana melindungi harta dan nyawa mereka. Golongan kafir harbi ialah
golongan yang memusuhi kerajaan Islam dan sering mencari kesempatan untuk menjatuhkan kerajaan ini.

3. Golongan al-Riddah
Golongan al-Riddah merupakan golongan anti kerajaan Islam yang muncul pada zaman khalifah Abu Bakar as-
Siddiq. Golongan ini enggan menerima kepimpinan khalifah Abu Bakar. Golongan al-Riddah telah muncul
disebahagian tanah Arab kecuali Mekah, Madinah dan Taif. Kewujudan mereka berpunca oleh penularan
semula semangat assabiyah dan ketidakfahaman terhadap ajaran Islam yang sebenar. Golongan ini
merangkumi golongan murtad, enggan membayar zakat, dan golongan nabi palsu.
Golongan murtad adalah terdiri daripada kabilah-kabilah Arab yang menerima Islam kerana terpaksa. Setelah
nabi wafat, mereka kembali semula kepada amalan jahiliyah kerana mereka memiliki iman yang lemah. Antara
ketua golongan ini termasuk al-Hattan bin Dzabiah dari Bani Bakr, Qais (puak Badwi) dan Bani Syaiban.
Kedua golongan yang enggan membayar zakat kerana menyalah tafsirkan al-Quran. Mereka berpendapat
zakat merupakan ufti yang hanya wajib dibayar semasa nabi s.aw hidup sahaja.. Mereka terdiri daripada
penduduk Bahrain, Yamamah dan Hirah. Di Yamamah, golongan ini diketuai oleh Abdul Malik bin al-Mughirah
manakala di Najd (tengah Tanah Arab) dipimpin oleh Thulaihah al Khuwailid dari Bani Asad.
Ketiga, golongan Nabi Palsu dan para pengikutnya seperti Sajah binti Harith dari Bani Tamim dan Musailamah
al-Kazzab dari Yamamah yang mempunyai pengikut seramai 40 ribu orang.
Khalifah Abu Bakar mengambil tindakan diplomasi dengan menghantar para pendakwah. Disusuli dengan
16
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
tindakan tegas dengan menghantar 11 pasukan tentera agar mereka kembali kepda
Islam. Sebahagian mereka telah bertaubat dan kembali ke pangkal jalan seperti
Thulaihah al-Khuwailid. Manakala golongan yang ingkar berjaya dihapuskan.

4. Golongan Ahl al-Ayyaam.


Golongan ini wujud pada zaman pemerintahan khalifah Umar al-Khattab. Khalifah Umar telah menguasai dan
membuka tanah di wilayah Iraq, Syam dan Mesir. Peneroka-peneroka yang menyertai tentera Islam membuka
tanah dan menetap di wilayah Iraq dibahagi kepada 3 golongan iaitu Ahl al-Ayyam, Muhajirin dan Ansar serta
bekas golongan murtad.
Ahl al-Ayyam terdiri daripada suku Arab seperti suku Syaiban. Jumlah mereka seramai 2 ribu orang. Antara
pemimpin mereka termasuk al- Ashtr, Malik bin Harith, Hijru bin Adi al- Kindi dan Yazid bin Qais. Mereka diberi
kuasa mentadbir ladang-ladang daan tanah di wilayah Iraq termasuk memungut sebahagian cukai kharaj
sebagai mengenang jasa terhadap kerajaan Islam

5. Golongan al-Qurra
Golongan ini berasal dari Ahl al-Ayyam namun dibezakan dengaan keanggotaannya iaitu tidak terdapat
golongan bekas murtad (al-Riddah). Peranan golongan ini sama seperti Ahl al-Ayyam iaitu mereka diberi
amanah dan kuasa untuk mentadbir tanah di Iraq. Mereka menggelar diri mereka sebagai al-Qurra (orang-
orang kampung) bagi menjagaa status dan membezakan daripada golongan Ahl al-Ayyam yang lain terutama
bekas golongan murtad.
Pada zaman khalifah Uthman bin Affan sebahagian mereka memberontak keran isu pengambilan kuasa
pentadbiran tanah dan cukai kharaj di wilayah Iraq oleh puak-puak Quraisy dan ketua kabilah yang menyokong
polisi khalifah Uthman. Golongan ini dipercayai bertanggungjawab terhadap pembunuhan khalifah Uthman.
Mereka memberi sokongan kuat kepada Khaliffah Ali bin Abi Talib terutama dalam Perang Jamal daan perang
Siffin.Setelah tamat Perang Jamal, golongan al_Qurra berpaling tadah dan menentang khalifah Ali. Mereka
kemudian dikenali sebagai golongan Khawarij.

6. Golongan Syiah.
Mereka merupakan penyokong kuat kepada Khalifah Ali bin Abi Talib. Majoriti golongan ini terdapat di
Kufah sehinggakan khalifah Ali bin Abi Talib terpaksa memindahkan pusat pentadbirannya ke sana ketika
menghadapi konflik dalaman. Namun, golongan ini akhirnya berpecah kepada 2 kumpulan ekoran tindakan
khalifah Ali bin Abi Talib menerima usaha perdamaian (Majlis Tahkim) bagi menamatkan Perang Siffin

7. Golongan Khawarij
Mereka terdiri daripada bekas tentera khalifah Ali bin Abi Talib dalam Perang Jamal dan Perang Siffin. Namun,
mereka tidak bersetuju dengan tindakan Khalifah Ali menerima perdamaian dan Majlis Tahkim dengan tentera
Muawiyah dalam Perang Siffin. Mereka tidak bersetuju dengan Majlis Tahkim menyebabkaan golongan ini
mengelar diri mereka sebagai Khawarij. Mereka berpendapat perpecahan umat Islam harus
dipertanggungjawabkan ke atas khalifah Ali Muawiyah bin Abu Sufian dan Amru bin al-As. Golongan ini juga
yang bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan kerajaan Khulafa al-Rasyidin dengan bertindak membunuh
Khalifah Ali bin Abi Talib pada tahun 661.

8. Golongan Berkecuali
Mereka terdiri daripada golongan Arab yang tidak mahu terlibat dalam konflik berdarah antara khalifah
Ali dan Muawiyah kerana tidak mengetahui isu sebenar yang berlaku. Golongan ini menetap di Mekah (Hijaz).
Antara mereka termasuk Saidatina Aisyah dan Zubair al-Awwam yang tinggal di Mekah atas faktor keselamatan
diri dan keluarga selepas berlaku pembunuhan ke atas khalifah Uthman al-Affan.

9. Golongan bukan Arab (Mawali)


Mereka merupakan golongan bukan Arab yang beragama Islam. Golongan ini muncul kesan daripada peluasan
kuasa kerajaan Islam ke kawasan-kawasan luar Semenanjung Tanah Arab seperti Mesir, Sham, Iraq dan
17
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
Mesir pada zaman khalifah Umar bin al-Khattab. Golongan ini turut mendapat hak
sebagaimana orang beragama Islam termasuk sebagai pegawai kanan kerajaan di
peringkat pusat dan wilayah berjaya disatukan melalui pembetukan ummah berdasarkan aqidah Islamiah.

KESIMPULAN
Masyarakat yang wujud pada zaman Khulafa al-Rasyidin semakin kompleks seiring dengan dasar perluasan
wilayah. Berlaku perkembangan pelbagai budaya, bahasa dan adat. Telah berlaku asimilasi dan perkembangan
pelbagai budaya, bahasa dan adat pada era tersebut. Masyarakat pelbagai bangsa dan keturunan ini berjaya
disatukan melaluim pembentukan ummah berdasarkan akidah Islamiyah.

Soalan 6 : Sejauh manakah Piagam Madinah berjaya menyatukan penduduk Madinah pada zaman Nabi
Muhammad s.a.w

PENGENALAN
Piagam Madinah atau Sahifah Madinah merupakan perlembagaan bertulis yang pertama di dunia.
Perlembagaan ini digubal oleh Nabi Muhammad s.aw berasaskan wahyu. Piagam Madinah terdiri daripada 47
fasal. 23 fasal bahagian pertama membincangkan hubungan dan tanggungjawab dalam kalangan orang Islam.
Manakala 24 fasal dalam bahagian kedua menyentuh tanggungjawab kaum Yahudi terhadap negara Islam
Madinah. Penggubalan Piagam Madinah adalah untuk menyatupadukan masyarakat majmuk yang di Madinah.

ISI-ISI PENTING
1. Berjaya mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan umat Islam
Piagam Madinah berjaya mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan umat Islam. Nabi Muhammad saw
telah mempersaudarakan golongan Aus dan Khazraj di bawah satu nama golongan Ansar. Seterusnyan nabi
Muhammad telah mempersaudarakan golongan Ansar dan Muhaajirin. Piagam ini menyeru masyarakat Islam
iaitu golongan Muhajirin dan golongan
Ansar hidup besatu padu dan saling membantu. Konsep ukhwah Islamiah saling ditekankan demi mengeratkan
hubungan persaudaraan sesama Islam tanpa mengira keturunan, tempat tinggal dan warna kulit. Konsep ini
merupakan satu sikap dan tindakan yang lahir daripada jiwa yang penuh dengan keimanan kepada Allah swt
dan rasulnya. Persaudaraan dan persahabatan ini dapat melahirkan masyarakat Islam yang padu dan kukuh,
serta mempunyai kerjasama yang erat. Situasi ini Berjaya melahirkan masyarakat yang cintakan kedamaian
dan kesejahteraan hidup

2. Berjaya menyatupadukan masyarakat majmuk.


Perlembagaan Madinah juga berjaya menyatupadukan masyarakat majmuk di Madinah. Sahifah ini dapat
menjalinkan hubungan baik antara orang Islam dan bukan Islam Madinah. Hubungan ini adalah berdasarkan
konsep hormat menghormati dan tanggungjawab bersama., agar anggota masyarakat dapat hidup aman dan
damai. Piagam Madinah membawa perubahan dan perlembagaan masyarakat dari segi nilai tradisi jahiliyah
yang mementingkan assabiyah kepada nilai-nilai Islam. Piagam Madinah dalam Fasal 24 hingga 47 dengan
jelas meyentuh tentang tanggungjawab kaum Yahudi terhadap negara Islam Madinah

3. Berjaya membentuk kebebasan hak asasi yang sama rata


Piagam Madinah berjaya membentuk kebebasan hak asasi yang sama rata. Sebelum penghijrahan
dan pembentukan Piagam Madinah, nilai-nilai jahiliyah diamalkan. Dalam sistem sosial ini kedudukan dan hak
seseorang individu ditentukan berdasarkan kaum masing-masing. Melalui Piagam Madinah setiap anggota
masyarakat diberi yang sama rata. Tidak ada peluang untuk orang Yahudi menindas orang yang lemah.
Keadaan ini berjaya menjamin keharmonian hidup semua penduduk Madinah. Kebebasan yang dimaksudkan
dalam Sahifah Madinah ialah kebebasan diri, kebebasan beragama, kebebasan berfikir, kebebasan bersuara
dan sebagainya. Kebebasan ini yang meliputi segala aspek kehidupan dijamin selagi ia tidak bercanggah
dengan syariat Islam. Masyarakat yang cintakan kedamaian dan kesejahteraan akan melahirkan kesepaduan
18
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
dalam masyarakatdi Madinah.

4. Berjaya menekan konsep persamaan dan keadilan kepada semua penduduk


Piagam Madinah juga berjaya menekan konsep persamaan dan keadilan kepada semua penduduk.
Piagam ini berjaya mengelakkan jurang perbezaan dan penindasan golongan kaya ke atas golongaan miskin
kerana dapat meratakan kekayaan antara anggota maasyarakat. Keadilan pula menjadi tanggungjawab setiaap
anggota untuk dilaksanakan selaras dengan menjaminkan keselamatan akal, diri, harta benda, agama daan
keturunan. Amalan-amalan ini dapat menghindarkan keburukan dan sebaliknya mewujudkan keadaan aman
dan tenteram. Piagam Madinah berjaya menyekat dan menghapuskan penganiayaan dan kezaliman.

5. Menjamin kebebasan kepada kaum Yahudi


Satu lagi kejayaan Piagam Madinah ialah jaminan kebebasan kepada kaum Yahudi. Golongan ini
paada mulanya berminat untuk menguasai Madinah. Dengan mempertimbangkan isu ini, Piagam Madinah
menitikberatkan dan menjamin kebebasan kaum Yahudi dan penganut-penganut agama lain. Semua anggota
masyarakat Madinah bebas untuk menganuti dan mengamalkan ibadat mereka sendiri. Jaminan ini berjaya
menghalang kaum Yahudi daripada menyebarkan agama mereka di Madinah dan mengelakkan permusuhan
sesama sendiri. Islam memberikn kebebasan beragama kepada golongan bukan Islam. Tiada paksaan dalam
pegamalan agama dan kepercayaan. Ini bermakna masyarakat Yahudi tidak boleh memaksa orang-orang
Madinah untuk menganut agama mereka atau menindas orang yang lemah. Jika mereka mematuhi
perlembagaan ini, maka mereka dijamin perlindungan dan keselamatan

KESIMPULAN
Piagam Madinah berjaya mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam
di Madinah. Piagam ini dirujuk dalam usaha menyelesaikan masalah sosiopolitik masyarakat Madinah. Sahifah
Madinah dapat membentuk masyarakat yang bertamadun dan berdaulat Tanah Arab.

Soalan 7 : Shaifah Madinah merupakan piagam bertulis pertama di dunia. Analisiskan kandungan utama
Piagam Madinah

PENDAHULUAN
Nabi Muhammad SAW adalah pengasas negara dan pentadbiran Islam di kota Madinah. Sebagai
seorang negarawan, baginda telah mengatur strategi dan perancangan yang teliti bagi mewujudkan sebuah
negara Islam yang berdaulat. Nabi Muhammad SAW telah menggubal Piagam Madinah berdasarkan al-Quran
dan hadis untuk diterima pakai serta dijadikan panduan kepada setiap warga Madinah. Piagam Madinah
mengandungi 47 fasal. 23 fasal menyentuh tentang hubungan umat Islam dengan kaum Yahudi dan
tanggungjawab mereka terhadap negara Islam Madinah. Oleh itu, terdapat enam kandungan utama dalam
Piagam Madinah.

ISI-ISI PENTING

1. Pertama sekali, Piagam Madinah telah dibentuk berdasarkan wahyu dan norma masyarakat. Hal ini kerana
penduduk Madinah terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang berbeza dari segi agama dan
budaya. Mereka sememangnya memerlukan sebuah undang-undang bagi menjamin kesejahteraan dan
keamanan hidup. Misalnya, orang Islam, Yahudi dan Musyrikin. Implikasinya, Nabi Muhammad SAW telah
membentuk Piagam Madinah untuk menjadi pedoman sebuah negara berdaulat.
2. Nabi Muhammad SAW menjadi ketua Negara yang melibatkan juga peranan baginda sebagai ketua hakim
dan ketua agama. Sebarang masalah yang dihadapi oleh masyarakat Madinah perlu dirujuk kepada
baginda untuk diselesaikan tanpa mengira bangsa dan agama. Namun begitu, semua kaum mempunyai
hak untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri kecuali yang di luar bidang kuasa mereka. Umpamanya,
Nabi Muhammad SAW diiktiraf sebagai pemimpin Negara Islam bukan sahaja oleh masyarakat Madinah
19
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
tetapi penduduk di luar kota Madinah termasuklah kota Makkah. Akibatnya, baginda
mempunyai kuasa untuk memutuskan dasar dan menyelesaikan sebarang masalah
yang timbul di kota Madinah.

3. Kandungan berkaitan pengenalan konsep ummah. Jelaslah bahawa mereka tidak boleh hidup bermusuhan
sebaliknya wajib bekerjasama antara satu sama lain. Namun begitu, konsep ini tidak bertahan lama ekoran
tindakan kaum Yahudi yang mengkhianati Piagam Madinah. Tindakan sedemikian menyebabkan mereka
diusir keluar dari kota Madinah. Sebagai contoh, konsep ummah merangkumi masyarakat Islam yang terdiri
daripada golongan Muhajirin dan Ansar, sementara masyarakat bukan Islam merupakan kaum Yahudi, iaitu
Bani Nadhir, Bani Quraizah dan Bani Qainuqa‟. Kesannya, selepas kaum Yahudi diusir keluar, konsep
ummah lebih merujuk kepada warga Madinah yang beragama Islam dan mentaati kepimpinan Nabi
Muhammad SAW.

4. Kandungan yang berhubung dengan keselamatan negara. Hal ini dilihat bahawa masyarakat Madinah
sama ada Islam atau bukan Islam wajib mempertahankan kota Madinah apabila diancam oleh pihak musuh.
Mereka juga dilarang membuat sebarang perjanjian dengan kuasa-kuasa lain tanpa memaklumkan kepada
pihak pemerintah. Hukuman yang keras akan dikenakan kepada pihak yang tidak mematuhi larangan
berkenaan. Misalnya, orang Islam dan bukan Islam khasnya kaum Yahudi tidak boleh membuat sebarang
pakatan dengan mana-mana musuh negara Islam. Tegasnya, sebarang bentuk pengkhianatan dan
perjanjian dengan musuh-musuh Negara hendaklah dihindari.

5. Kandungan seterusnya dalam Piagam Madinah adalah tanggungjawab orang Islam, hidup saling
bekerjasama. Jelas dapat dilihat, Piagam Madinah telah memperuntukkan kewajipan kepada setiap muslim
untuk hidup bersaudara, sentiasa mematuhi hukum Allah SWT dan rasul-Nya serta mengamalkan akhlak
Islam yang terpuji. Menerusi penggubalan fasal ini menggambarkan kejayaan Nabi Muhammad SAW
menghapuskan semangat assabiyah dalam kalangan masyarakat kota Madinah terutamanya kaum Aus
dan Khazraj. Misalnya, orang Muhajirin yang berhijrah dalam keadaan sehelai sepinggang telah dibantu
oleh saudara seagama mereka iaitu orang Ansar. Kesannya, konsep persaudaraan, persamaan taraf serta
“amal ma’ruf nahi mungkar” hendaklah dilaksanakan.

6. Hak orang bukan Islam merujuk kepada kebebasan beragama. Jelas bahawa kaum Yahudi atau
mana-mana golongan yang bukan beragama Islam terjamin keselamatan mereka selagi taat kepada
Piagam Madinah. Mereka bebas mengamalkan agama dan adat masing- masing selagi tidak mewujudkan
masalah kepada pentadbiran kota Madinah khususnya dan masyarakat Islam Madinah amnya. Menerusi
pergaulan mereka, orang bukan Islam dapat melihat akhlak dan personaliti orang Islam serta ibadah solat
yang dilakukan oleh orang Islam dengan disiplin tertentu. Keadaan ini telah menarik orang buka Islam
memeluk agama Islam. Sebagai contoh, Khalid bin al-Walid dan Abdullah bin Salam. Kedua-duanya pada
satu masa dahulu adalah penentang agama Islam yang kuat tetapi akhirnya telah memeluk Islam.
Tegasnya, fasal ini menggambarkan keadilan agama Islam yang tidak memaksa mana-mana pihak
menganut agama Islam.

KESIMPULANNYA
Piagam Madinah merupakan undang-undang tertinggi negara Islam Madinah. . Nabi Muhammad SAW
memberi contoh yang baik menerusi suatu pemerintahan dan pentadbiran yang lengkap dan teratur agar
boleh dijadikan pedoman oleh pemimpin Islam seterusnya. Kepimpinan baginda begitu menonjol apabila
berjaya menyelesaikan masalah masyarakat yang berbilang bangsa di Madinah.

20
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021

Soalan 8 : Nabi Muhammad SAW merupakan negarawan yang unggul. Bincangkan

PENGENALAN
Nabi Muhammad SAW diputerakan pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 April Tahun Gajah. Baginda
diputerakan di kalangan keluarga ternama dalam masyarakat Quraisy. Baginda dilantik secara rasmi sebagai
nabi ketika berusia 40 tahun. Baginda telah menerima wahyu yang pertama pada 17 Ramadhan bersamaan 16
Ogos 610 Masihi, iaitu melalui surah Al Alaq ayat 1-5. Setelah itu diikuti pula dengan surah Al Mudatthir ayat 1-
7 yang menandakan kerasulan baginda SAW. Baginda mula menjalankan dakwah secara sulit selama tiga
tahun dan kemudian secara terbuka selama 10 tahun di Mekah tetapi ditentang hebat oleh orang Musyirikin
sehingga baginda sungguh kecewa dan berhijrah ke kota Madinah. Baginda berjaya membina sebuah negara
Islam yang unggul di Madinah dan membuktikan kepimpinan baginda sebagai negarawan yang unggul. .
Baginda bukan sahaja seorang nabi dan rasul tetapi juga pemimpin negara dan masyarakat, panglima tentera
serta perancang ekonomi yang disegani.

ISI-ISI PENTING

1. Sebagai pemimpin agama


Baginda telah menentukan beberapa bidang bagi menjamin kesejahteraan masyarakat. Bidang-bidang
tersebut adalah seperti ibadat (solat,puasa,zakat dan lain-lain), nikah-kahwin, jenayah dan ketatanegaraan
serta hubungan antarabangsa . Baginda menunjukkan sifat-sifat sebenar iaitu lemah lembut, toleransi, tegas
dan berpegang teguh kepada ajaran yang dibawanya terutama aspek akidah. Sifat-sifat sebegini membuatkan
ramai daripada pemimpin bukan Islam segan dan menghormati baginda. Contohnya, Nabi Muhammad SAW
telah bersabar menghadapi tentangan kaum Musyirikin sehingga kemuncaknya mereka berkomplot untuk
membunuh baginda. Malah, baginda melakukan dakwah dengan penuh dedikasi dan tidak pernah cuba
menunjukkan kuasa-kuasa luar biasa walaupun dianugerahkan mukjizat oleh Allah SWT. Tegasnya, baginda
berpesan supaya umat Islam berpegang kepada al-Quran dan hadis dalam kehidupan seharian.

2. Sebagai Pemimpin Masyarakat


Baginda terkenal sebagai pemimpin masyarakat dan negarawan. Semasa di Madinah, sifat-sifat
kepemimpinan baginda dalam masyarakat terserlah kembali. Baginda melakukan pelbagai langkah seperti:-
Berjaya menyatukan semula masyarakat Madinah yang berbilang agama dan keturunan setelah perpecahan
begitu lama. Mengeratkan lagi hubungan di kalangan masyarakat Islam sendiri menerusi usaha gigih
mempersaudarakan orang Ansar dan Muhajirin. Madinah menjadi kuat,aman,stabil dari segi politik dan
ekonomi. Mengekalkan perpaduan masyarakat Madinah dengan menyeru mereka bekerjasama dan bantu-
membantu mempertahankan Kota Madinah dengan penggubalan Piagam Madinah. Menegakkan agama Islam
dan tidak menafikan agama-agama lain dan adat budaya bukan Islam. Tidak memaksa menganut ajaran Islam.
Ketua-ketua suku diberi peranan mengendalikan urusan dan masalah anggota suku masing-masing selagi tidak
bercanggah dengan ajaran Islam. Membentuk konsep ummah yang berteraskan kepada kesatuan aqidah dan
menolak semangat assabiyah zaman jahiliyah.

3. Kepimpinan Politik
Kepimpinan politik nabi terserlah sejak baginda di kota Mekah lagi seperti dalam menyelesaikan
masalah meletakkan semula Hajar Aswad ke tempat asal di Kaabah akibat banjir yang melanda Makkah ketika
itu. Dalam perjanjian Aqabah, baginda menunjukkan kepimpinan politik yang matang sehingga mendapat
sokongan yang baik dari orang Aus dan Khazraj. Sebagai pemimpin politik yang berkaliber, nabi tidak pernah
menunjukkan permusuhan terhadap kaum lain terutamanya Yahudi, malah terus mengadakan perundingan
dengan mereka. Berjaya menyatukan puak Aus dan Khazraj menjadi golongan Ansar dan mempersaudarakan
golongan Muhajirin dan Ansar di Madinah. Membentuk Piagam Madinah sebagai panduan pentadbiran
Madinah yang berteraskan wahyu. Dalam politik di peringkat antarabangsa baginda dianggap diplomat yang

21
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
berjaya kerana baginda menghantar perwakilan ke Habsyah, Mesir, Byzantine, dan
Parsi bagi memperkenalkan ajaran Islam. Tidak sampai setengah abad,semua
negara tersebut tunduk di bawah pemerintahan Islam. Sistem syura diperkenalkan dalam semua bidang
termasuk politik dan ekonomi.

4. Sebagai Perancang Ekonomi


Nabi sebagai perancang ekonomi, baginda memperkenalkan dasar ekonomi baru menggantikan dasar
ekonomi jahiliyah. Baginda menggalakkan orang Islam bekerja keras, dan aktif dalam urusan perniagaan dan
pertanian. Masyarakat diminta mengelakkan riba, dan diwajib menunaikan zakat serta jujur dalama urusniaga.
Nabi berusaha membangunkan ekonomi Islam dengan menggalakkan tanah-tanah terbiar diusahakan semula,
tanah tergadai ditebus semula dan dikerjakan. Telaga-telaga air milik orang Yahudi yang asalnya milik orang
Islam telah dibeli dan dikuasai semula orang Islam. System ekonomi yang baharu ini dapat memastikan tidak
berlaku penindasan, penipuan dan riba sehingga dapat melahirkan usahawan yang Berjaya seperti Abd
Rahman bin Auf.

5. Menjadi Pemimpin Tentera


Dalam bidang ketenteraan,baginda menjadi pemimpin tentera bagi setiap ekspedisi ketenteraan yang
disertainya. Asas ketenteraan baginda adalah berdasarkan aqidah, syariah, dan akhlak mulia. Baginda
mempunyai keyakinan ketika menghadapi musuh. Dalam peperangan,baginda bertindak mengikut batas-batas
dan etika yang ditetapkan seperti tidak memerangi golongan lemah,dan golongan tidak bersenjata, serta tidak
memusnahkan harta benda dan tanaman. Baginda menunjukkan akhlak baik dengan perasaan kemanusiaan
seperti pernah memulangkan harta benda musuh yang ditawan (Perang Hunain dan Perang Taif). Kaedah ini
menarik minat musuh untuk memeluk agama Islam. Rasulullah SAW ialah seorang pemimpin perang yang
cekap dan berpengetahuan luas dalam bidang taktik dan strategi perang. Contohnya dalam perang Badar ,
baginda menggunakan sistem saf, dalam perang Khandak menggunakan sistem pertahanan parit, serta teknik
mengepung dalam perang Taif.

KESIMPULAN
Jelaslah bahawa nabi Muhammad SAW bukan sahaja seorang nabi dan rasul yang disegani malah
baginda merupakan seorang pemimpin masyarakat, negarawan, perancang ekonomi, dan pemimpin tentera
yang berjaya. Baginda cuba menonjolkan Islam yang tidak hanya mementingkan aspek akidah, tetapi juga
menitikberatkan hal ehwal kehidupan seharian. Baginda berjaya membina tamadun Islam dan diwarisi pula oleh
khulafa‟ al- Rasyidin.

Soalan 9 : Ciri-ciri kepimpinan Nabi Muhammad SAW membantu kejayaan dakwah baginda.
Bincangkan.

PENGENALAN
Nabi Muhammad SAW merupakan contoh yang terbaik [ uswah hasanah ] seperti yang dijelaskan
didalam alQuran. Nabi Muhammad SAW merupakan pemimpin umat islam yang diutuskan oleh Allah SWT.
Baginda bukan sahaja sebagai seorang pemimpin agama tetapi juga pemimpin yang menerajui negara.
Kepimpinan baginda terserlah sejak di Makkah lagi dan terbukti kebijaksanaannya menyelesaikan pertikaian
berkaitan batu Hajarul Aswad yang menjadi rebutan pemimpin di Makkah. Sebaik sahaja rasulullah berhijrah
ke Madinah , baginda diiktiraf sebagai pemimpin tertinggi Madinah melalui penggubalan Piagam Madinah. Nabi
Muhammad SAW memiliki ciri-ciri kepimpinan yang tinggi sehingga membantu kejayaan dakwah baginda.

ISI-ISI PENTING
1. Adil :
Antara ciri kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. ialah bersifat adil. Isteri baginda iaitu Saidatina Aisyah binti
Abu Bakar alSiddiq menyatakan baginda bersikap adil dalam segala hal seperti percakapan dan perbuatan.
Baginda telah menghapuskan diskriminasi kaum dengan menghapuskan semangat assabiyah. Baginda
membela kaum wanita serta memperkenalkan sistem ekonomi yang adil. Amalan riba dan penipuan yang
22
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
selama ini menjadi kebiasaan para pedagang Arab telah diharamkan dan digantikan
dengan ekonomi Islam. Baginda berjaya menghapuskan semangat assabiyah dan
diskriminasi kabilah. Dengan mengamalkan keadilan, baginda berjaya mewujudkan perpaduan dan
keharmonian dalam kalangan masyarakat.

2. Bijak :
Baginda seorang yang pintar mengatur taktik dan strategi peperangan.. Contohnya, walaupun tentera
Islam cuma seramai 313 orang dalam Perang Badar, namun dengan adanya strategi bijak yang diatur oleh
baginda, mereka berjaya mengalahkan tentera Musyrikin atau Quraisy Makkah seramai 1000 orang. Sebagai
pemimpin tertinggi, baginda tidak sombong malah menerima pakai nasihat para sahabat. Contohnya baginda
menerima cadangan Salman al Farisi agar menggali parit sekeliling kota Madinah untuk menyekat kemaraan
tentera musuh dalam Perang Khandak. Baginda bijak berpolitik apabila menghantar perutusan dari Madinah ke
Rom, Parsi, dan Habsyah. Kuasa-kuasa besar ini mengakui Madinah sebagai negara yang berdaulat.

3. Berani dan Tegas :


Nabi Muhammad s.a.w. juga seorang yang berani dan tegas. Baginda bukan sahaja seorang nabi dan rasul
yang diutuskan malah juga seorang pahlawan yang tiada tolok bandingnya. Baginda mengetuai setiap ekspedisi
perang walaupun jumlah tenteranya kecil malah baginda berasa bertanggungjawab meniupkan semangat
jihad dalam kalangan tentera Islam. Ketegasan baginda pula terserlah dengan menyingkirkan kaum Yahudi
Bani Qainuqa, Bani Nadhir, dan Bani Quraizah dari bumi Madinah setelah melanggar Piagam Madinah. Mereka
telah cuba menimbulkan keadaan huru-hara serta memecahbelahkan penduduk Madinah. Kesannya,
penduduk Madinah kini Cuma terbatas kepada orang Islam sahaja.

4. Cekal :
Baginda juga seorang yang cekal. Walaupun menerima tentangan hebat seawal usaha penyebaran Islam
di Makkah, namun baginda tetap meneruskan dakwah Islamiyah walaupun terpaksa berhijrah ke tempat
lain. Contoh, baginda tetap tabah menghadapi tentangan walaupun penentang itu datangnya daripada ahli
keluarga terdekat seperti Abu Lahab yang merupakan bapa saudara baginda. Pelbagai cara digunakan oleh
Quraisy untuk menunjukkan protes mereka namun usaha mereka itu menemui kegagalan dan akhirnya Nabi
Muhammad s.a.w. berjaya membina sebuah negara Islam Madinah yang mampu menyaingi kota Makkah dari
aspek ekonomi yang ketika itu dipegang oleh kaum Yahudi.

5. Berakhlak Mulia :
Nabi Muhammad SAW juga seorang yang berakhlak mulia. Akhlak mulia mampu menarik hati tidak kira
kawan ataupun lawan. Dalam aspek kekeluargaan, baginda merupakan ketua keluarga yang patut dicontohi
ekoran sifat pengasih dan penyayang. Contohnya, baginda sering membantu isteri memasak, menampal
pakaian yang koyak, melayan anak-anak serta membersihkan rumah. Orang Arab Quraisy menggelarkan
baginda “al-Amin‟ kerana segala perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai.
Baginda juga seorang pemaaf seperti memaafkan Saidina Umar al Khattab yang pernah menjadi musuh ketat
Islam malah pernah cuba membunuh baginda. Akhlak baginda dapat mempersaudarakan masyarakat
Arab yang berpecah-belah. Baginda juga memperkenalkan etika peperangan yang dapat menarik hati pihak
kawan dan lawan.

6. Berakidah :
Nilai kepimpinan Nabi Muhammad SAW berteraskan akidah dan tauhid. Baginda menyeru manusia supaya
beriman kepada Allah dan mematuhi syariatnya. Selagi manusia melakukan suruhannya-Nya, maka mereka
akan mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Buktinya, dalam usaha menegakkan Islam, Nabi Muhammad
SAW menanam semangat jihad. Keimananan mereka membawa kejayaan dalam medan peperangan, Orang
Islam di bawah pimpinan Nabi Muhammad SAW berjaya mengalahkan musuh- musuh Islam. Nabi Muhammad
SAW membina kekuatan orang Islam berlandaskan akidah, tauhid, dan berpaksi kepada al-Quran dan sunah.
23
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
KESIMPULAN
Ciri-ciri kepimpinan yang dimiliki Nabi Muhammad s.a.w. telah diimplementasi
dalam dasar-dasar negara. Kepimpinan yang terdapat dalam diri Rasullulah memudahkan baginda menerajui
negara Islam madinah berlandaskan syariat Allah SWT . Sebagai seorang pemimpin, baginda amat dihormati
sehinggakan baginda dianggap seorang negarawan yang ulung dan berjaya dalam menyebarkan dakwah
Islamiyah.
Soalan 10. Syura dilaksanakan dalam pemilihan khalifah al- Rasyidin. Bincangkan.

PENGENALAN
Konsep syura berasaskan al-Quran dan kaedah syura berbeza daripada kaedah demokrasi yang hanya
menurut suara majoriti semata-mata. Kaedah ini adalah berdasarkan kajian yang teliti dan merujuk kepada
Majlis Syura bagi mendapatkan kepastian dan kebenarannya. Perkataan “syura‟ berasal daripada perkataan
Arab, yang bermaksud “meminta pendapat dan persefahaman dalam rundingan‟ Pelaksanaan syura dalam
pemilihan ketua telah dimulakan sejak zaman Nabi Muhammad SAW dan diteruskan semasa pemilihan khalifah
al-Rasyidin yang lain.

ISI-ISI PENTING
1. Pelantikan Abu Bakar melalui proses syura. Keadah syura bagi melantik khalifah telah dilakukan dalam
bentuk yang pelbagai. Antaranya ialah secara pemilihan bebas sewaktu pelantikan Khalifah Abu Bakar al-
Siddiq iaitu menunjukkan kepada seseorang calon.Berpandukan pelantikan Saidina Abu Bakar al Siddiq
yang pernah mengimamkan sembahyang sewaktu Nabi Muhammad s.a.w. sedang uzur, para sahabat
seolah-olah dapat meneka calon khalifah yang pertama. Kaum Muhajirin dan Ansar telah mewakili umat
Islam berhimpun di Dewan Bani Saadah untuk berbincang dan melantik khalifah. Bagi mengelak
perselisihan antara Muhajirin dan Ansar, Saidina Abu Bakar al Siddiq mencalonkan Saidina Umar al Khattab
mewakili Muhajirin dan Abu Ubaidah mewakili Ansar sebagai khalifah. Namun, kedua-duanya menarik diri
malah mereka mencalonkan Saidina Abu Bakar al Siddiq sebagai khalifah. Akhirnya, Saidina Abu Bakar al
Siddiq telah dibaiah dalam syura sebagai khalifah pertama.

2. Pelaksanaan syura dilaksanakan semasa pelantikan Umar al Khattab. Kaedah syura berperanan dalam
menentukan calon khalifah kedua. Ahli-ahli majlis syura yang dilantik merupakan sahabat-sahabat Nabi
Muhammad SAW yang berwibawa. Mereka bukan sahaja sangat berkebolehan dari segi pentadbiran malah
merupakan rakan karib Nabi Muhammad SAW. Cara pemilihan seterusnya ialah mengusul atau
mencadangkan seorang calon. Khalifah sebelumnya mengusulkan nama calon dan akan dibawa ke
musyawarah dalam Majlis Syura dan dibaiah umat Islam. Cara ini digunakan dalam proses pelantikan
khalifah kedua iaitu Khalifah Umar al Khattab. Bagi mengelakkan berulang kembali Gerakan Al Riddah,
Khalifah Abu Bakar al Siddiq yang sedang gering telah mencalonkan Saidina Umar al Khattab sebagai
penggantinya. Pencalonan ini telah dipersetujui umat Islam dan setelah bermusyawarah bersama para
sahabat dan ahli lembaga Majlis Syura, Saidina Umar al Khattab telah dibaiah oleh umat Islam tanpa
bantahan. Cara ini bukan berasaskan keturunan atau warisan.

3. Pelantikan Usman Bin Affan melalui proses syura. Majlis Syura memainkan peranan penting bagi
menentukan jawatan khalifah. Anggota tetap Majlis Syura yang dilantik secara rasmi oleh Khalifah Umar
bin al-Khattab terdiri daripada enam orang sahabat Nabi Muhammad SAW yang terkenal, iaitu Uthman bin
Affan, Ali bin Abi Talib, Saad bin Abi Waqqas, Abd al-Rahman bin Auf, Talhah bin Ubaidillah, dan Zubayr
bin al-Awwam. Setelah dirundingkan oleh Majlis Syura, maka cadangan calon yang akan dilantik
menjadi khalifah akan diisytiharkan kepada umum untuk mendapatkan sokongan, setelah itu barulah
dilantik secara rasmi menerusi baiah (sumpah setia) daripada ketua-ketua kabilah terhadap khalifah yang
dipilih itu. Setelah melalui proses syura akhirnya Usman bin Affan dilantik sebagai Khalifah ketiga.

4. Pelantikan Ali Bin Abi Talib melalui proses syura. Pembunuhan Khalifah Usman Bin Affan menyebabkan
umat Islam kehilangan khalifah untuk memimpin umat Islam. Oleh itu, para sahabat bersepakat melalui
proses syura bahawa calon yang berkelayakan ialah Ali Bin Abi Talib. Akhirnya, Ali Bin Abi Talib telah
dilantik sebagai khalifah keempat untuk menggantikan Usman Bin Affan.
24
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
KESIMPULAN
Kaedah syura dalam pemilihan khalifah merupakan kaedah yang paling adil
dan terbaik kerana mengambil kira pandangan ilmuwan dan anggota Majlis Syura serta sokongan rakyat. Hal
ini berbeza dengan sistem demokrasi yang diamalkan Barat yang berdasarkan prinsip “satu orang satu undi‟
tanpa mengambil kira peranan para ilmuwan.
Soalan 11. Nilaikan sumbangan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq sepanjang pemerintahannya sebagai
khalifah pertama kerajaan Khulafa al Rasyidin.

PENGENALAN
Khalifah Abu Bakar dilantik sebagai pengganti Nabi Muhammad SAW pada tahun 11H. Sebelum
memeluk Islam, nama beliau ialah Abdul Kaabah. Gelaran as-Siddiq diberikan kepadanya kerana beliau
sentiasa membenarkan segala peristiwa penting yang berlaku kepada Rasullulah SAW. Beliau terkenal dengan
akhlak yang mulia, arif dalam bahasa Arab dan tidak mengamalkan amalan buruk seperti orang-orang jahiliah.
Beliau menjadi orang dewasa pertama yang memeluk agama Islam dan meninggalkan pekerjaannya sebagai
peniaga pakaian dan memberikan sepenuh perhatian terhadap penyebaran agama Islam. Beliau merupakan
orang paling kanan di sisi Rasullulah dan dilantik sebagai khalifah pertama selepas kewafatan Nabi Muhammad
SAW atas cadangan Saidina Umar Al Khattab. Khalifah Abu Bakar memberikan sumbangan yang besar untuk
perkembangan Islam sepanjang pemerintahannya.

ISI-ISI PENTING
1. Meneruskan Gerakan Tentera
Sebelum Nabi Muhammad SAW wafat, baginda telah membentuk pasukan tentera yang diketuai oleh
Usamah bin Zaid ke sempadan Syam untuk menyerang Ghassan yang ketika itu berada dibawah jajahan
Byzantine. Tindakan tersebut dilakukan kerana beberapa orang utusan Nabi Muhammad SAW telah dibunuh.
Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, khalifah Abu Bakar al-siddiq berhasrat untuk menyambung semula
usaha baginda. Walaubagaimanapun, cadangan tersebut kurang dipersetujui oleh sesetengah para sahabat.
Mereka mencadangkan kepada Khalifah Abu Bakar al-siddiq supaya ekspedisi ketenteraan ke sempadan Syam
ditangguhkan memandangkan ancaman al-Riddah yang lebih berbahaya dan memerlukan penyelesaian
segera. Namun, Khalifah Abu Bakar al-Siddiq tetap tegas dengan keputusan beliau. Setelah berperang selama
40 hari, pasukan perang Usamah bin Zaid peroleh kemenangan. Kemenangan ini menyedarkan kaum
yang berhasrat menyerang Madinah, tentera Islam adalah kuat dan tidak mudah untuk dikalahkan. Setelah
pasukan Usamah bin Zaid kembali ke kota Madinah, pasukan beliau ditugaskan menjaga keselamatan kota
Madinah. Tindakan ini dapat menghindarkan kota Madinah daripada ancaman kaum Zubyan dan lain-lain.

2. Menentang Gerakan al-Riddah


Gerakan al-Riddah muncul sebaik sahaja Nabi Muhammad saw wafat. Mereka terdiri daripada
golongan murtad, nabi palsu dan enggan membayar zakat. Khalifah Abu Bakar al-Siddiq menyedari bahawa
kewujudan golongan ini boleh menjadi anasir yang dapat menghancurkan kerajaan Islam. Oleh itu, suatu
tindakan yang bersungguh-sungguh perlu dilaksanakan bagi menangani masalah tersebut. Sebagai langkah
awal untuk mengatasi ancaman tersebut, Khalifah Abu Bakar al-siddiq telah menghantar para utusan kepada
ketua kumpulan-kumpulan tersebut mengajak mereka kembali kepada Islam.
Memandangkan golongan tersebut enggan kembali kepada Islam, Khalifah Abu Bakar al-Siddiq terpaksa
mengambil tindakan ketenteraan bagi menghadapi kedegilan golongan tersebut. Sebanyak 11 buah pasukan
tentera yang diketuai oleh panglima Islam yang terkenal seperti Khalid bin al-Walid, Ikramah bin Abi Jahal dan
Amru bin al- As telah dibentuk oleh beliau.. Pasukan tentera Islam ini telah dihantar oleh Khalifah Abu Bakar al-
Siddiq ke luar kawasan Hijjaz bagi memerangi golongan penentang Islam tersebut. Akhirnya, gerakan tentera
tersebut beroleh kemenangan apabila berjaya menundukkan dan mengembalikan golongan al-Riddah ke
pangkuan Islam. Dengan berakhirnya Gerakan al-Riddah, Khalifah Abu Bakar bukan sahaja Berjaya
menyatukan Kembali umat Islam dan masyarakat Arab yang berpecah belah, bahkan dapat menstabilkan
negara Madinah.

3. Penulisan al-Quran

25
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
Peperangan bagi memerangi golongan al-Riddah telah menyebabkan ramai
para sahabat yang juga merupakan huffaz al-Quran terkorban. Keadaan ini
menyebabkan timbul kebimbangan dalam kalangan umat Islam kemungkinan akan hapusnya al-Quran. Selain
itu, mereka juga bimbang berlakunya penyelewengan al-Quran. Ekoran keadaan tersebut, timbul cadangan
daripada para sahabat supaya menubuhkan satu kumpulan khas bagi menulis al- Quran. Khalifah Abu Bakar
al-siddiq menerima dengan baik cadangan tersebut. Zaid bin Thabit telah dipertanggungjawabkan oleh Khalifah
Abu Bakar al-siddiq untuk mengetuai usaha mengumpul dan menulis semula naskhah dari simpanan para
sahabat dan juga dari para huffaz. Naskhah al-Quran yang telah ditulis semula itu kemudiannya disimpan di
rumah Khalifah Abu Bakar al-siddiq.

4. Menentukan Bakal Khalifah


Khalifah Abu Bakar al-siddiq telah menamakan bakal pengganti beliau, iaitu Umar bin al-Khattab.
Beliau telah mengadakan suatu perundingan dengan para sahabat tentang bakal pengganti beliau. Perkara ini
berlaku ketika beliau sedang sakit. Dalam pertemuan tersebut, Khalifah Abu Bakar al-siddiq telah
mencadangkan supaya Umar bin al-Khattab dilantik menjadi Khalifah. Cadangan beliau mendapat tentangan
daripada para sahabat. Oleh itu, Khalifah Abu Bakar al-siddiq telah mengarahkan supaya Uthman bin Affan
menulis keputusan tersebut. Dengan cara ini, Khalifah Abu Bakar al-siddiq telah berjaya mengukuhkan
kedudukan politik Islam.

KESIMPULAN
Khalifah Abu Bakar al-Siddiq telah membawa perubahan besar kepada tamadun Islam yang sampai ke
hari ini dapat memberi manfaat kepada umat Islam iaitu al-Quran.Walaupun tempoh pemerintahannya singkat
iaitu kurang dua tahun, beliau berjaya menyelesaikan masalah-masalah penting negara yang mengancam
kedaulatan Madinah. Sejarahwan Islam menggelarnya “ Penyelamat Negara Islam “ kerana jasa dan
sumbangannya untuk mengukuhkan Madinah. Kejayaan-kejayaan beliau merupakan kejayaan yang amat
besar untuk dijadikan teladan oleh umat Islam.

Soalan 12 : Nilaikan sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid dalam memperkasakan kegiatan intelektual.

PENDAHULUAN
Khalifah Harun al-Rasyid lahir di Rayy (Iran) pada tahun 149 Hijrah/763 Masihi dan meninggal dunia
pada tahun 809 Masihi di Thus, Khurasan. Beliau terserlah dengan sifatberani, gagah perkasa, sangat
menyukai hal-hal agama, bijak berpolitik dan mencintai ilmu pengetahuan. Dilantik sebagai putera mahkota
pada tahun 166 Hijrah/782 Masihi dan menjadi khalifah kelima pada tahun 170-193 Hijrah/786-809 Masihi.
Pemerintahan baginda dianggap sebagai zaman keemasan Islam kerana kemajuan yang dibawa khususnya
dalam memperkasakan kegiatan intelektual.

ISI-ISI PENTING
1. Mengasaskan Baitul Hikmah (perpustakaan Agung)
● Sumbangan Khalifah Harun ialah mengasaskan Baitul Hikmah. Baitul Hikmah berfungsi sebagai institusi
kebudayaan dan pusat keilmuan yang kemudiannya berkembang dan mencapai zaman kegemilangannya
semasa zaman pemerintahan Khalifah al-Makmun. Melalui penubuhan Baitul Hikmah sebagai institusi
penterjemahan, kerja-kerja penterjemahan menjadi lebih sistematik. Banyak karya-karya asing dalam
bahasa Sanskrit khususnya ilmu falsafah dan sains Yunani telah diterjemahkan bagi dimanfaatkan oleh
para cendekiawan Islam.
● Jelas bahawa, tindakan bijak Khalifah Harun al-Rasyid menubuhkan Baitul Hikmah ini telah memberi ruang
kepada percambahan ilmu dalam pelbagai bidang dan seterusnya dapat memperkasakan kegiatan
intelektual dalam pemerintahan Kerajaan Abbasiyah.

2. Mendirikan Pusat Pengajian

26
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
● Bagi menyebarkan ilmu pengetahuan kepada rakyat, Khalifah Harun telah
mendirikan pusat pengajian. Pelbagai institusi seperti sekolah, maktab dan universiti
telah ditubuhkan. Keadaan ini telah menyebabkan kegiatan penyelidikan dapat dipertingkatkan dan
memberi manfaat kepada masyarakat. Contohnya kemunculan al-Khwarizmi dalam bidang matematik dan
astronomi. Sesungguhnya hasil kajian sarjana-sarjana Islam ini kemudiannya telah tersebar ke Eropah
sekaligus memberi sumbangan yang besar kepada perkembangan keilmuan hingga melahirkan zaman
Renaissans di Eropah.
● Usaha Khalifah Harun al-Rasyid mendirikan pusat pengajian ini sememangnya telah menggalakkan
perkembangan ilmu dan memperkasakan lagi kegiatan intektual Kerajaan Abbasiyah.

3. Menggalakkan Kegiatan Pembukuan


● Seterusnya Khalifah Harun juga menggalakkan kegiatan pembukuan ilmu-ilmu pengetahuan. Pada
peringkat awal, ilmu pengetahuan dikumpulkan dalam lisan, hafalan dan ingatan individu. Kesannya, ilmu
tersebut akan hilang selepas individu tersebut meninggal dunia. Untuk mengatasi masalah tersebut
penulisan dan catatan dilakukan pada kulit binatangdan kayu. Penyebaran ilmu pengetahuan turut berlaku
secara lisan. Khalifah Harun al-Rasyid telah melakukan satu pembaharuan iaitu menggalakkan ilmu
pengetahuan dibukukan untuk kegunaan generasi akan datang. Pada zaman Khalifah Harun al-Rasyid,
munculnya ulama yang membukukan ilmu pengetahuan berkenaan dengan Sejarah (tarikh),
kesusasteraan, lughah, hadis, fiqah, tafsir, dan lain-lain. Antara ulama yang terkemuka ialah Imam Malik
(menyusun buku Muwatta‟). Ibn Ishaq (menyusun buku Fiqah).
● Melalui proses pembukuan ini, ilmu pengetahuan dapat berkembang luas dan kegiatan intelektual dalam
pemerintahan Bani Abbasiyah dapat diperkasakan.

4. Penyusunan Ilmu Pengetahuan Islam


● Khalifah Harun memberi tumpuan dalam perkembangan dan kegiatan penyusunan semula ilmu
pengetahuan Islam berhubung dengan hukum-hakam walaupun ia telah bermula sejak pemerintahan
Khalifah Abu Jaafar al-Mansur pada 754-775 M. Apabila khalifah Harun al-Rasyid memerintah negara dan
umat Islam pada 786-809 M, beliau menumpukan perhatian yang lebih terhadap perkembangan ilmu
pengetahuan Islam. Untuk tujuan itu, penyusunan ilmu, penyusunan ilmu tersebut sangat diperlukan
supaya tidak terkeluar daripada konsep al-Quran dan Hadis. Penumpuan dibuat kepada ilmu tafsir, hadis,
faraid, Usuluddin, syariah, tauhid dan fiqah.
● Penekanan dalam peyusunan ilmu pengetahuan Islam ini telah menyebabkan perkembangan ilmu yang
berlaku masih mengikut landasan yang betul dan tidak tersasar daripada al-quran dan hadis.

5. Kegiatan Penterjemahan
● Bagi memperkayakan dan memperbanyakkan sumber bacaan dan khazanah ilmu pengetahuan, khalifah
Harun al-Rasyid menggalakkan pakar bahasa menterjemahkan buku-buku asing seperti dari China, India,
Yunani dan Parsi. Penumpuan diberi kepada menterjemahkan buku-buku berkenaan ilmu perubatan,
falsafah, kesenian dan menterjemahkan buku-buku agama dalam bahasa Arab ke bahasa asing untuk
menyebarkanilmu tersebut di luar tanah Arab. Contohnya Jurjis bin Bakhitislu menterjemahkan buku
Pancatanra, Mahabhrata dan Sindhanta. Untuk melicinkan kegiatan penterjemahan khalifah Harun al-
Rasyid telah melantik Yuhama bin Musaiwaih sebagai Setiausa haInstitut Terjemahan dan golongan
penterjemah dikenali sebagai intelektualisme Islam. Prof Dr Ahmad Shalaby menyatukan untuk
menyebarkan ilmu pengetahuan berkenaan agama Islam, Khalifah Harun al-Rasyid mendirikan institusi
pengajian seperti masjid, maktab dan sekolah. Ini menjadikan Kota Baghdad dikenali sebagai gedung ilmu
pengetahuan dan dikunjungi oleh umat Islam dari seluruh dunia.
● Kegiatan penterjemahan yang dilakukan telah memperbanyak sumber rujukan dan sekaligus
memperkasakan kegiatan intelektual dalam Kerajaan Abbasiyah.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, sepanjang 23 tahun pemerintahan Khalifah Harun beliau telah berjaya memajukan
27
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
negara Islam khususnya di Baghdad dari aspek perdagangan, pertanian dan
intelektual. Sumbangan besar Khalifah Harun adalah memperkasakan kegiatan
intelektual hingga munculnya tokoh-tokoh intelektual terkemuka pada masa itu. Baginda menyerahkan jawatan
khalifah seterusnya kepada anaknya, al-Amin.

Soalan13: Bincangkan struktur pentadbiran kerajaan Islam Madinah pada zaman Khulafa’al-Rasyidin.

PENDAHULUAN
Kerajaan Khulafa‟ al-Rasyidin terbentuk secara rasmi pada tahun 632 apabila Abu Bakar al-Siddiq dipilih oleh
umat Islam sebagai khalifah yang pertama. Kerajaan ini juga diperintah oleh empat orang sahabat Nabi
Muhammad s.a.w iaitu Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, Khalifah Umar bin al-Khattab, Khalifah Uthman bin Affan
dan Khalifah Ali binTalib. Gelaran Khulafa‟ al-Rasyidin digunakan kerana mereka akan meneruskan dasar
kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. Pemerintahan Khulafa‟ al-Rasyidin dapat dibahagikan kepada dua iaitu
kerajaan pusat dan kerajaan wilayah. Kerajaan pusat kerajaan yang mendominasi kuasa pemerintahan dan
bertanggungjawab mengendalikan segala bentuk hal ehwal politik, ekonomi dan sosial kerajaan-kerajaan kecil
(wilayah) yang bernaung di bawahnya.

ISI-ISI PENTING
1. PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN PUSAT
● Pemerintahan pusat diketuai oleh khalifah, terdapat empat orang khalifah iaitu Khalifah Abu Bakar As-
Siddiq, Khalifah Umar al-Khattab, Khalifah UthmanbinAffandanKhalifah Ali bin Abi Talib. Khalifah dilantik
secara demokrasi iaitu pemilihan dilakukan oleh umat Islam secara bergilir-gilir dengan mendapat bai‟ah
daripada seluruh umat Islam. Walaupun khalifah merupakan individu yang paling berkuasa, namun
kekuasaannya tidak bersifat mutlak tetapi sebaliknya sesuatu dasar yang diputuskan melalui kaedah syura,
iaitu keputusan yang dibuat berdasarkan suara majoriti. Semasa zaman pemerintahan Khalifah Umar bin
al-Khattab, Majlis Syura ditubuhkan secara rasmi dan berfungsi secara formal dan setiap ahli atau anggota
syura dilantik daripada kalangan para sahabat yang berpengalaman dan berperanan sebagai badan
penasihat khalifah. Struktur pemerintahan dan pentadbiran Khulafa‟ al-Rasyidin bersumberkan
tigarujukanutamaiaitu al-Quran, Sunnah Nabi dan ijmak ulama.
● Khalifah berperanan sebagai ketua eksekutif dan perundangan malah khalifah juga merupakan panglima
tertinggi dalam pentadbiran. Pada peringkat pusat, ibu pejabat baitulmal telah didirikan bagi mengendalikan
pentadbiran berkaitan dengan segala sumber pendapatan dan perbelanjaan negara. Selain itu, laporan
kewangan daripada tanah jajahan akan dihantar melalui gabenor wilayah kepada khalifah setiap tahun.
● Pemerintahan dan pentadbiran pusat bertanggungjawab mengendalikan segala bentuk hal-ehwal politik,
ekonomi dan sosial kerajaan wilayah yang bernaung di bawahnya. Pusat pemerintahan Kerajaan Khulafa‟
al-Rasyidin ialah di Madinah.
● Kerajaan pusat merancang dan melaksanakan segala bentuk pemerintahan dan pentadbiran untuk
kemajuan kerajaan wilayah. Kerajaan pusat bertanggungjawab dalam semua aspek pemerintahan kepada
kerajaan wilayah seperti membekalkan perbelanjaan yang tidak mencukupi, menjaga keamanan,
membawa kemajuan dan kesejahteran dan sebagainya. Malah,kerajaan pusat pula berhak meminta
bantuan kewangan dan ketenteraan daripada kerajaan wilayah.

2. PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN WILAYAH


● Pemerintahan dan pentadbiran wilayah wujud ekoran daripada kejayaan-kejayaan yang dicapai dalam
ekspedisi ketenteraan. Pada zaman pemerintahan khalifah Abu Bakaral-Siddiq, negara Islam telah
dibahagikan kepada 10 buah daerah, iaitu Makkah, Ta‟if, Yaman, Hadhramaut, Khawlan, al-Jund, Najran,
Zabid, Bahrain dan Jarsh. Bagi pentadbiran pada peringkat wilayah seterusnya diperkemas pada zaman
pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab berikutan kejayaan kempen peluasan kuasa. Selain itu, negara
Islam dibahagikan kepada lapan buah wilayah utama, iaitu Madinah, Makkah, Syam, Mesopotamia, Iran,
28
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
Iraq, Mesir dan Palestin. Setiap wilayah berkenaan mempunyai ibu negeri atau
mempunyai pusat pentadbiran masing-masing.
● Untuk memastikan urusan pentadbiran berjalan dengan lancar, Khalifah Umar bin al-Khattab telah
membentuk sistem birokasi yang sistematik. Setiap wilayah akan diketuaioleh Gabenor yang akan dibantu
oleh pegawai-pegawai lain seperti setiausaha dan pengawai tertentu di beberapa buah jabatan seperti
setiausaha Tentera, Pegawai Cukai (Sahib al-Kharaj), Pegawai Polis (Sahib al-Syurtah), Pegawai
Perbendaharaan Neraga (SahibBaital-Mal) dan seorang kadi. Gabenor yang dilantik memegang jawatan
berkenaan wajib melaporkan harta sebelum dan setelah selesai menjalankan tanggungjawab serta
diperjelaskan mengikut bidang kuasa mereka agar tidak timbul kekeliruan kelak. Malah, disetiap wilayah
akan didirikan cawangan baitulmal bagi memudahkan urusan pendapatan dan perbelanjaan negara.
● Dalam pentadbiran, kerajaan wilayah mempunyai kuasa autonomi yang terhad. Namun, pemerintah
tertinggi di kerajaan wilayah ialah gabenor yang dilantik oleh pemerintahtertinggi kerajaan pusat, iaitu
Khalifah. Gabenor kerajaan wilayah dibantu oleh pembesarseperti kadi dan wazir yang dilantik oleh
khalifah.Pemerintah kerajaan wilayah sering bertukar mengikut pertukaran khalifah dalam kerajaan pusat
dan struktur bagi pemerintahan kerajaan wilayah mencontohi struktur pemerintahan pusat dan tidak boleh
bertindak sendiri tanpa kebenaran kerajaan pusat.
● Selain daripada itu, pemerintah kerajaan wilayah bertanggungjawab untuk membantu kerajaan pusat dalam
semua perkara seperti pungutan cukai, bantuan ketenteraan untuk menentang musuh, menjaga
keselamatan dan sebagainya. Tetapi kerajaan wilayah harus mematuhi segala arahan daripada kerajaan
pusat. Dalam pada itu, kemajuan dan pembangunan kerajaan wilayah tertakluk kepada peranan
pemerintah kerajaan pusat. Tindakan akan dikenakan ke atas kerajaan wilayah yang tidak mematuhi
arahan kerajaan pusat sebagai contoh memecat gabenor dan pegawai kerajaan.

KESIMPULAN
Sistem pemerintahan dan pentadbiran pusat dan wilayah telah dipraktikkan pada zaman Khulafa‟ al-Rasyidin
yang telah dikemaskinikan daripada apa yang pernah diamalkan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Struktur
pemerintahan dan pentadbiran pusat dan wilayah semakin sistematik apabila khalifah Umar bin al-Khattab
menerajui pemerintahan negara Islam.

Soalan 14: Jelaskan struktur pentadbiran pusat dan wilayah pada zaman Kerajaan Turki Uthmaniyah
pada abad ke-16 dan 17 Masihi.

PENGENALAN
Kerajaan Uthmaniyah memerintah dari tahun 1281-1924 M di bawah pemimpinan 37 orang khalifah.
Pada tahun 1453 M, Sultan Muhammad al-Fatih menjadikan Istanbul sebagai ibu kotanya. Kerajaan ini
ditubuhkan selepas tentera Mongol berjaya menakluki kerajaan Abbasiyah di Baghdad. Kerajaan Uthmaniyah
diasaskan oleh Uthman bin Ertughrul. Antara pemerintah Uthmaniyah yang terkenal ialah Urkhan, Muhammad
II dan Sulaiman II. Penubuhan kerajaan Uthmaniyah adalah berasaskan sistem feudal, struktur pemerintahan
berpusat kepada sultan.

ISI-ISI PENTING
1. STRUKTUR PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN PUSAT
● Sultan merupa kan individu yang mempunyai kuasa tertinggi dalam bidang agama, politik, pentadbiran dan
kewangan. Pada peringkat awal, sultan terdiri daripada para amir yang menjadi tuan tanah dalam kerajaan
Saljuk. Sultan dibantu oleh Wazir Agung yang bertindak sebagai ketua pentadbir dan penasihat sultan.
Beliau merupakan ketua segala hal ehwal pentadbiran dan juga memiliki cop mohor sebagai simbol wakil
sultan. Wazir Agung dibantu oleh tiga orang hakim tentera, dua orang Beylerbey iaitu ketua turus tentera
sultan, dua orang Defterdar yang bertanggungjawab dalam urusanpentadbiran kewangan, seorang Agha
iaitu wakil tentera darat, seorang Laksamana, dan seorang Nishanji bagi monogram sultan.
● Pada zaman pemerintahan Sultan Salim I, jawatan mufti iaitu Shaykh al-Islam telah diwujudkan. Tugas
utamanya ialah mengeluarkan fatwa dalam semua aspek agama termasuk keputusan berperang sesama
29
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
orang Islam. Mufti juga diberikan hak melantik pegawai-pegawai istana di ibu kota
Istanbul. Kadangkala sultan turut campur tangan dalam soal fatwa, misalnya ketika
menentang ajaran Syiah bagi tujuan menjaga keamanan negara.
● Penubuhan kerajaan Uthmaniyah telah diasaskan mengikut sistem feudal yang ditiru daripada Byzantine.
Sistem pemerintahannya turut dibantu oleh golongan tentera yang dikenali sebagai fief .Fief merupakan
tentera asasi kerajaan Uthmaniyah. Fief yang berjasa dikurniakan tanah. Tanah-tanah tersebut
dikendalikan oleh para petani. Tanah kurniaan ini telah menghasilkan antara 3000-20 000 asper. Asper
ialah mata wang perak. Fief yang berkhidmat secara peribadi dengan sultan diberikan tanah yang lebih luas
dan hasilnya mencapai 100 000 asper. Tanah kurniaan yang lebih luas diberikan kepada gabenor wilayah.
Tanah kurniaan di Eropah menyediakan sebanyak 80 000 ekor kuda, sementara di Asia 50 000 ekor kuda.
Senjata yang digunakan oleh fief ialah tombak, pedang, panah dan perisai. Pakaian mereka ialah baju dan
serban serta menunggang kuda.
● Mereka ini dikelompokkan di bawah beberapa orang ketuayang membawa bendera Sanjak atau Liwa‟.
Ketua ini dipanggil bey. Antara bey, ada beberapa orang beylerbey terbesar ialah Beylerbey Anatolia dan
yang kedua Beylerbey Rumali di Eropah. Bey-beyini juga memakai gelaran Pasha. Beylerbey merujuk
kepada ketua turus tentera sultan yang mempunyai kuasa yang sangat luas, malah putera mahkota
terpaksa tunduk kepadanya.
● Sistem feudal runtuh setelah kerajaan Uthmaniyah bertambah luas dan sultan terpaksa menyerahkan
kuasa tanah fief kepada Beylerbey. Pihak Beylerbey telah menyalahgunakan kuasa dengan bertindak
memberikan tanah fief kepada mereka yang menyokongnya dan merampas tanah fief daripada orang yang
melakukan kesalahan kecil. Penyalahgunaan kuasa ini telah dihapuskan semasa pemerintahan Sulaiman
al-Qanuni menerusi Kanunname (1530M). Walaubagaimanapun, sistem tanah fief ini diteruskan tetapi
syarat-syaratnya diketatkan.
● Lama-kelamaan tentera feudal telah digantikan dengan tentera upahan yang menggunakan senjata yang
lebih canggih termasuk meriam besar bermula pada akhir abad ke-16 M. Tentera Uthmaniyah di peringkat
awalnya terdiri daripada empat pasukan (skuadron menyamai 120-200 orang) yang diasaskan oleh Orkhan
sendiri. Bilangannya kemudian bertambah sehingga 11500 orang bagi setiap skuadron (1534 M).

2. STRUKTUR PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN WILAYAH


● Setiap wilayah ditadbir oleh gabenor wilayah yang bertanggungjawab mentadbir tanah kurniaan yang agak
luas yang akan dikendalikan oleh para petani. Kadi merupakan ketua agama bagi setiap daerah. Tugasan
utama pegawai berkenaan ialah mengendalikan hukum jenayah dan sivil berdasarkan syariah Islam yang
berpandukanAl-Quran dan hadis.
● Multezim pula bertanggungjawab untuk mengutip semua cukai dari kawasan-kawasan tertentu.
Sebahagian daripada hasil kutipan tersebut diserahkan kepada perbendaharaan negara. Pegawai kerajaan
diberikan kuasa untuk mengutip bayaran yang dikenali sebagai bakshish untuk perkhidmatan yang
diberikan kepada orang awam.
● Golongan intelektual Muslim bertanggungjawab dalam pentadbiran keadilan, menguruskan wakaf untuk
menyokong perkembangan sekolah dan hospital serta pendidikan belia Muslim. Ada kalanya, golongan ini
berperanan sebagai orang tengah antara rakyat dan cabang-cabang lain kelas pemerintah.

KESIMPULAN
Kerajaan Uthmaniyah sangat berjaya kerana mengamalkan sistem pemerintahan dan pentadbiran yang cekap.
Sistem pemberian tanah menyebabkan kehidupan mereka mewah dan berkedudukan tinggi. Pemerintahan
kerajaan Uthmaniyah merosot pada abad ke 17 apabila Sultan Abdul Hamid II dipecat. Pada tahun 1924 M,
tamatnya zaman pemerintahan kerajaan Uthmaniyah.

30
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021

Soalan 15: Huraikan sistem pemerintahan Kerajaan Muwahhidun (1144-1223M) dan Nasriyyah (1238-
1493M) di Andalusia pada abad Ke-13M.

PENDAHULUAN
Selepas tahun 1002M, kerajaan Bani Umayyah di Andalusia mengalami kemerosotan dan berakhir
pada 1031M. Kesannya, muncul kerajaan-kerajaan kecil yang berpusat dipelbagai kota. Kerajaan Muwahhidun
merupakan sebuah kerajaan Islam yang didirikan oleh bangsa barbar Islam di Afrika Utara, selepas kejatuhan
kerajaan Murabitun. Pengasasnya ialah Ibnu Tumart iaitu Muhammad bin Tumart pada 1121M di Magribi.
Kerajaan Nasriyyah pula berpusat di Granada Semenanjung Iberia diasaskan oleh Muhammad bin Yusof bin
Nasr iaitu Ibn al-Ahmar.

ISI-ISI PENTING
1. SISTEM PEMERINTAHAN AMIR DALAM KERAJAAN MUWAHHIDUN
● Pusat Pemerintahan terletak di Maghribi. Para amir kerajaan al-Muwahhidun menggunakan gelaran
berunsur Syiah seperti al-Mahdi, al-Imam, al-Nasir dan al-Mansur. Pengasas kerajaan ini beranggapan
ajaran islam yang dibawa oleh kerajaan Murabitun telah menyimpang daripada prinsip islam. Oleh itu,
gerakan pemulihan yang dikenali sebagai Muwahhidun di peringkat pusat dan wilayah berasaskan
perundangan daripada mazhab Maliki.
● Kerajaan Muwahidun berpandangan bahawa pengikutnya merupakan satu kesatuan sosialyang beriman,
benar dan orang lain adalah kafir dan perlu diperangi. Mereka dipimpin oleh Imam yang dikenali sebagai
Al-Mahdi dan pemimpin yang seterusnya dikenali sebagai Khalifah. Al Mahdi dibantu 10 orang yang
berfungsi sebagai kabinet.
● Seterusnya, terdapat sebuah dewan yang dianggotai seramai 50 orang yang terdiri daripada orang Babar
dan masyarakat Muwahhidun. Mereka berfungsi sebagai penasihat. Seterusnya, dewan 70 orang yang
bertindak sebagai Majlis Rakyat. MajlisTentera ditubuhkan untuk menyelia hal ehwal ketenteraan. Majlis ini
bertindak merancang strategi ketenteraan. Kerajaan Muwahhidun memberi penekanan kepada pertahanan
dan penambahbaikan ketenteraan. Amir menjalinkan hubungan diplomasi. Akhirnya, pemerintah
Muwahhidun, mewujudkan sebuah kementerian untuk menguruskan hal ehwal para penyair. Kesannya
kemajuan yang pesat dicapai dalam pelbagai sektor ekonomi seperti perindustrian, pertanian dan
perniagaan.

2. SISTEM PEMERINTAHAN KERAJAAN NASRIYYAH


● Pengasas kerajaan Nasriyah adalah Muhammad bin Yusofbin Nasr dikenali sebagai Ibnal-Ahmar pada
tahun 1235M. Ibn al-Ahmar menggunakan gelaran Amir. Amir mengamalkan dasar berbaik-baik dengan
kerajaan Kristian bagi memastikan kestabilan pemerintahannya. Pusat pemerintahan terletak di Granada
selatan Sepanyol. Granada ialah wilayah yang didiami oleh orang Islam Sepanyol apabila wilayah lain
diduduki oleh pemerintah Kristian dan Yahudi. Kerajaan Nasriyah (1232-1492M) diperintah oleh 22 orang
amir. Pada peringkat awal sultan kerajaan ini berusaha bersungguh-sungguh menstabilkan kedudukan
politik dan pentadbiran negara.
● Kerajaan Nasriyah mencapai kegemilangan dalam tamadun dunia dan memberi impakpositif kepada
perubahan tamadun Eropah terutama dalam bidang kesenian dan seni binabarat. Istana al-Hamara adalah
kesan sejarah Andalus yang agung kerana keunikan dan keindahan seni binanya.
● Pelbagai jenis industri berkembang maju antaranya industri pembuatan kapal dan fabriktenun. Kilang fabrik
31
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
di Almeria dan Malaga mengeluarkan kain bersulam emas. Granadajuga terkenal
dengan perusahaan celup, penghasilan barangan kulit dan barangan kemas. Sektor
pertanian juga diberi perhatian dimana sistem pengairan dan jenis tanaman disesuaikan. Kegiatan
perdagangan turut berkembang kerana Granada turut mengekspot barang keluarannya ke luar negara.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, Kerajaan al-Muwahhidun dan Nasriyah telah memerintah Andalus sehingga kerajaan
ini dikalahkan oleh tentera-tentera Kristian pada tahun 1212M.

Soalan 16 : Bincangkan konsep jihad dan kepentingannya kepada masyarakat Islam zaman Nabi
Muhammad saw dan zaman Khalifah al-Rasyidin.

PENDAHULUAN
Islam agama yang cinta akan keamanan dan kedamaian kerana perkataan Islam sendiri membawa
maksud aman (salam) dan kedamaian. Islam tidak menganjurkan peperangan dan melarang sebarang
pencerobohan ke atas wilayah lain tanpa alasan yang munasabah.Peperangan dalam Islam diistilahkan dengan
jihad ialah peperangan di jalan Allah (Fi Sabillah) sebagai tanda pengabdian Muslim hanya kepada Allah SWT.
Jihad berlaku sejak zaman Rasulullah SAW selepas berhijrah ke Madinah sehinggalah kewafatan baginda.
Baginda berjihad menyebarkan dakwah, mempertahankan kesucian dan keutuhan Islam dan ianya diteruskan
oleh para sahabat . Sebenarnya jihad mempunyai kepentingan yang tersendiri kepada masyarakat Islam.

ISI-ISI PENTING
A. Konsep Jihad
● Dari segi bahasa, jihad bermaksud penumpuan segala tenaga dan usaha untuk mencapai suatu cita-cita,
iaitu menegakkan syiar Islam.Jihad berasal daripada bahasa Arab,iaitu al-Jahdu dan al-Jihad yang
bermaksud pengerahan segenap tenaga manusia untuk mendapat sesuatu yang diingini atau menolak
sesuatu yang dibenci.
● Menurut Al-Quran dan Hadis, jihad diterjemahkan sebagai ‘berjuang.’ Jihad sebagaimana diperintahkan
dalam Islam bukanlah tentang membunuh atau dibunuh tetapi tentang bagaimana berjuang memperoleh
keredhaan Ilahi.
● Mengikut tokoh sejarawan Islam, Abu a’la al Maududi, jihad dalam Islam bukan sekadar perjuangan tetapi
satu perjuangan di jalan Allah SWT dan fissabilillah merupakan syarat utama bagi jihad dalam
Islam.Menurut Mazhab Hanafi pula, jihad ialah mengajak orang kafir ke dalam pelukan Dil al-Haqq dan
memerangi mereka yang menolaknya. Menurut Mazhab Shafie, jihad sebagai berperang di jalan Allah SWT
dan mengerahkan segala kemampuan untuk memerangi orang kafir.
● Dalam Islam, mati syahid merupakan orang Islam yang maut ketika berperang atau berjuang di jalan Allah
membela kebenaran atau mempertahankan hak dengan penuh kesabaran dan keikhlasan untuk
menegakkan agama Allah. Mati syahid merupakan cita-cita tertinggi umat Islam. Salah satu jalan menuju
mati syahid adalah berjuang di jalan Allah atau berjihad.

B. Kepentingan Jihad
1. Mempertahankan Agama Dan Negara
● Salah satau kepentingan jihad adalah untuk mempertahankan agama dan negara Islam.Jihad menjadi
keperluan untuk mempertahankan kesucian agama Islam daripada tindakan musuh. Juga untuk
mempertahankan negara dan wilayah Islam daripada pencerobohan musuh-musuh Islam.
● Jihad mempertahankan agama dan negara memerlukan pengorbanan nyawa dan tenaga yang merupakan
jihad yang paling utama.Jihad sebegini melibatkan jihad di medan perang dan mereka
terkorban diistilahkan sebagai syahid.
● Ketika zaman Rasulullah saw Saidina Hamzah telah gugur atau syahid di medan Perang Uhud demi
mempertahan agama Islam dan negara Islam Madinah daripada diperangi oleh kaum Quraisy Mekah.

32
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
● Ketika zaman Khalifah Al-Rasyidin pula golongan al-Riddah telah diperangi
untuk mempertahankan kedudukan Islam.

2. Menegakkan Daulah Islamiah


● Jihad politik penting untuk menegakkan Daulah Islamiah. Jihad untuk menegakkan sebuah negara di mana
Islam adalah menjadi teras kepada agama, politik, undang-undang dan organisasi institusi di mana Al-
Quran dan Sunnah adalah panduan utama.
● Nabi Muhammad saw sejak awal penubuhan negara Islam Madinah menjadi sumber wahyu sebagai asas
pemerintahan baginda. Piagam Madinah yang berasaskan wahyu telah menjadi perlembagaan
negara.Pembentukan ummah dilaksanakan di Madinah bagi menegakkan sebuah negara
Islam.Pemerintahan berasaskan musyawarah dan syura dilaksanakan.Diteruskan oleh pemimpin zaman
Khalifah Al-Rasyidin.
● Perjuangan jihad menentang kerajaan Rom dan Parsi yang berlaku sejak zaman Rasulullah saw juga
menunjukkan perlunya jihad bagi menegakkan kerajaan dan wilayah Islam.
● Jihad dilaksanakan dalam tiga peringkat. Yang pertama, penduduk disesuatu kawasan itu akan diajak
memeluk Islam, dan mereka akan diberi tempoh untuk mengkaji dan memahami Islam. Sekiranya mereka
menolak mereka akan dipelawa menjadi rakyat Daulah Islam dengan membayar`jizyah dan Islam akan
diimplimentasikan ke atas mereka dan mereka akan diberikan hak -hak yang sama seperti mana-mana
umat Islam. Sekiranya pelawaan ini ditolak juga, maka tatkala itu barulah kekuatan ketenteraan akan
digunakan sebagai tindakan fizikal menghapuskan segala halangan kepada dakwah Islam
● Tujuannya supaya Islam dibawa ke seluruh kawasan baik pada zaman Rasulullah mahupun zaman para
sahabat.

3. Melahirkan Insan Yang Bertaqwa


● Jihad melambangkan pengabdian diri terhadap Allah SWT. Penglibatan dalam peperangan secara tidak
langsung menggambarkan bahawa individu tersebut berusaha memenuhi tuntutan syariat Islam. Apabila
seorang individu mengetepikan kesenangan dan berjuang dengan bersungguh-sungguh, maka peranan
jihad telah memperkasakan ketahanan dan pertahanan tentera Islam. Kepentingan jihad juga ialah
ganjaran dan jaminan syurga kepada orang yang syahid dalam peperangan. Memang dinyatakan dalam
al-Quran bahawa orang yang syahid kerana jihad fisabillillah menentang orang kafir demi menegakkan syiar
Islam dijanjikan balasan syurga kepada mereka. Perkara ini menjadi peluang dan pendorong penguat
semangat tentera Islam bagi melaksanakan jihad. Tentera Islam tidak gentar menghadapi musuh dalam
Perang Badar walaupun bilangan musuh tiga kali ganda tentera Islam.
● Selain itu kesanggupan mengetepikan rasa sayang akan harta dunia turut meningkatkan ketaqwaan
seseorang insan.Perasaan sayang akan harta digambarkan melalui kesediaan mengorbankan harta yang
disayangi melalui pemberian zakat dan sedekah.Umat Islam juga digalakkan berjihad dengan
menyumbangkan sebahagian daripada harta yang dimiliki sebagai satu tanda ketaqwaan mereka.
● Jihad melawan hawa nafsu pula akan membersihkan jiwa seseorang insan daripada sebarang hasutan
syaitan.Ia dapat memerangi sifat-sifat yang bertentangan dengan syariat Islam yang wujud dalam diri
seseorang bagi tujuan membersihkan jiwa hati.

4. Menggalakkan Pembangunan Ekonomi


● Selain itu kepentingan jihad juga adalah dapat menggalakkan pembangunan ekonomi masyarakat Islam.
● Jihad mempertahankan negara akan memastikan kelangsungan pembangunan ekonomi negara dan
wilayah Islam daripada ancaman musuh-musuh Islam.
● Pengorbanan wang dan harta juga termasuk dalam jihad ke jalan Allah. Bagi golongan yang kaya dan
berkemampuan mereka boleh berjihad dengan cara menyumbang dalam bentuk harta benda dan
kewangan.Sumbangan boleh disalurkan dalam bentuk zakat, cukai dan sedekah.Sumbangan ini dapat
digunakan untuk pembangunan ekonomi Islam. Kegiatan-kegiatan ekonomi dapat dilaksanakan seperti
kegiatan pertanian dan perdagangan.
● Disamping itu jihad ekonomi ini juga dapat digunakan oleh pihak yang berkuasa dalam membasmi
kemiskinan dan kemunduran masyarakat Islam. Usaha ini juga dapat menyokong mereka yang sedang
33
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
berjuang di medan perangKetika zaman Rasulullah saw, Abu Bakar al-Siddiq telah
menyerahkan segala harta bendanya demi menegakkan agama AllahKetika zaman
pemerintahan Khalifah Umar bin Al-Khattab kedudukan Baitulmal telah dikukuhkan untuk menguruskan
harta kerajaan yang sebahagiannya disumbangkan oleh umat Islam.

KESIMPULAN
Jihad mempunyai kedudukan yang sangat penting dan istimewa di dalam Islam. Ganjaran bagi orang
yang berjihad dalam Islam adalah sangat berharga kerana bukan mudah untuk mendapat rahmat, keampunan
dan syurga daripada Allah s.w.t. Sudah semestinya Allah s.w.t. berhak menguji keimanan dan kesabaran
manusia dengan melihat pergorbanan dan perjuangan yang ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t.

Soalan17: Terangkan konsep jihad dan strategi peperangan yang diamalkan pada zaman Nabi
Muhammad SAW

PENDAHULUAN
Agama Islam diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW untuk membawa
kesejahteraan dan keamanan kepada manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Munculnya konsep
pertahanan dalam Islam yang bertujuan untuk melindungi kesucian agama Islam daripada musuh-musuh Islam.
Konsep pertahanan dimantapkan dengan konsep jihad untuk menyemarakkan semangat tentera Islam dalam
menyebarkan agama Islam. Hasilnya umat Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW merangka pelbagai
strategi dalam peperangan demi mencapai kemenangan dalam jihad melawan musuh Islam, memartabatkan
agama Islam dan menyebarkan agama Islam.

ISI-ISIPENTING
1. Konsep Jihad
● Perkataan jihad berasal dari kata akar “jahada” bererti berusaha keras, bersungguh-sungguh dan berjuang.
Dalam istilah bahasa, jihad bermaksud penumpuan segala tenaga danusaha untuk mencapai cita-cita iaitu
menegakkan syiar Islam. Dalam istilah syarak, jihad bererti berjuang iaitu berjuang dalam peperangan,
berjuang dalam menentang hawa nafsu, berjuang dalam menegakkan keadilan dan kebenaran dalam
menegakkan agama Allah. Menurut Abu‟ a‟la al-Maududi, jihad dalam Islam bukan sekadar suatu
perjuangan, ia adalah perjuangan di jalan Allah dan fisabilillah adalah syarat utama bagi jihad dalam Islam.
Terdapat pelbagai jenis jihad dalam Islam termasuklah Jihad dalam peperangan.

2. Strategial-Saf/ Sistem Berbaris


● Antara strategi perang yang diamalkan pada zaman Nabi Muhammad SAW ialah strategi al-saf. Kaedah
dalam strategi ini ialah membahagikan tentera kepada dua barisan. Barisan pertama berada dibahagian
hadapan yang terdiri daripada tentera pejalan kaki dan penunggang kuda. Mereka bersenjatakan tombak,
pedang, dan perisai. Manakala barisan kedua pula berada di posisi belakang yang terdiri daripada para
pemanah yang bersenjatakan panah dan perisai serta diketuai oleh pemegang bendera. Strategi ini telah
digunakan oleh Nabi Muhammad SAW dalam Perang Badar. Dalam perang tersebut bilangan tentera Islam
berjumlah 313 orang dan berhadapan dengan tentera musuh sebanyak 3000 orang.

3. Strategi Menggali Parit dan Bertahan


● Selain itu, strategi menggali parit dan bertahan. Dalam strategi ini parit akan digali disekeliling kubu penting
atau bandar bagi menghalang tentera musuh memasuki kawasan tersebut. Parit juga bertujuan untuk
menghalang tentera musuh dapat memasuki kawasan penting seperti adanya sumber mata air untuk
melemahkan mereka. Strategi ini digunakan oleh Nabi Muhammad SAW dalam Perang al-Ahzah hasil
cadangan Salman al-Farisi. Dalam perang ini tentera Islam sebanyak 3000 orang berhadapan dengan
musuh sebanyak 10000 orang. Parit digali untuk menghalang tentera musuh memasuki Kota Madinah.
Dalam perang itu,tentera Islam hanya bertahan di dalam kota.

34
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
4. Strategi Kepungan danSerang
● Seterusnya strategi kepungan dan serang. Menerusi strategi ini tentera Islam
akan bertindak mengepung kota atau sesuatu kawasan musuh buat seketika. Kepungan berlarutan
sehingga berjaya memutuskan bekalan makanan dari luar ke kawasan musuh. Keadaan iniakan
melemahkan tentera musuh dan selepas itu tentera Islam akan bertindak melancarkan serangan. Strategi
ini digunakan oleh tentera Islam pimpinan Nabi Muhammad SAW sewaktu menyerang Kota Taif. Tentera
Islam terlebih dahulu mengepung Kota Taif untuk menyekat bekalan makanan memasuki kota itu.

5. Strategi Penyamaran/ Risikan


● Tentera islam juga mengamalkan strategi penyamaran atau risikan. Dalam strategi ini tentera Islam akan
menghantar seseorang untuk menyamar atau merisik bagi mendapatkan sesuatu maklumat daripada pihak
musuh. Penyamaran juga bertujuan memecah belahkan pakatan musuh jika mereka terdiri daripada
gabungan banyak kumpulan. Strategi ini digunakan tentera Islam sewaktu berlakunya Perang Khandak.
Nabi Muhammad SAW telah menghantar Nuiam bin Masud untuk menyamardalam kalangan tentera musuh
dan beliau telah berjaya memecahbelahkan pakatan Musyrikin Mekah dan Yahudi. Kehadiran Nuiam bin
Masud untuk melakukan muslihat hingga wujud rasa syak antara gabungan tentera musuh.

6. Strategi Membiarkan Musuh Lari Tanpa Dikejar


● Terdapat juga strategi membiarkan musuh lari tanpa musuh. Menerusi strategi ini tentera Islam dilarang
daripada mengejar atau membunuh tentera musuh yang telah berundur.Tentera Islam akan membiarkan
tentera musuh yang melarikan diri dari medan perang setelah mengalami kekalahan ke kawasan sempadan
tempat mereka. Cara ini dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW dan terus dipraktikkan pada zaman
Khulafa' al-Rasyidin. Strategi inidigunakan oleh Nabi Muhammad SAW dalam Perang Mu‟tah bagi
mengelakkan tentera Islam daripada diperdayakan oleh musuh. Jika terus dikejar kemungkinan akan
mengorbankan lebih banyak nyawa tentera Islam.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, jihad merupakan elemen penting dalam perjuangan umat Islam untuk menyebarkan
syiar Islam dan membentuk negara Islam yang kuat. Oleh itu, stretagi dalam peperangan diperkenalkan pada
zaman Nabi Muhammad SAW sehingga umat Islam memenangi kebanyakan peperangan yang berlaku.
Selepas kewafatan NabiMuhammad SAW, Khalifah al-Rasyiddin meneruskan strategi yang sama dalam
ekspedisi peperangan yang tercetus.

Soalan 18: Etika yang diterapkan dalam gerakan ketenteraan Islam membuktikan Islam mengutamakan
perdamaian. Bincangkan.

PENDAHULUAN
Islam adalah agama yang mengutamakan keamanan dan perdamaian. Oleh itu Islam tidak
menggalakkan peperangan tanpa sebab munasabah. Namun, jika agama Islam, negara dan maruah diri
diancam maka Allah mewajibkan peperangan seperti yang terdapat dalam surah al-Baqarah, ayat 190.
Peperangan dalam Islam mempunyai etika yang bertujuan memupuk disiplin dikalangan tentera Islam. Etika
peperangan dalam Islam sama ada sebelum, semasa atau selepas perang jelas menerapkan peraturan tertentu
yang membuktikan Islam mengutamakan perdamaian.

ISI-ISI PENTING
1. Etika Sebelum Perang
● Etika peperangan utama yang diterapkan dalam gerakan ketenteraan Islam ialah kewajiban mematuhi
perintah Allah serta mencari keredhaanNya. Islam membenarkan perang dengan tujuan untuk
mempertahankan diri apabila diserang musuh. Islam juga membenarkan umat Islam melancarkan

35
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
peperangan dengan tujuan untuk menyebarkan dakwah Islam. Namun, peperangan
ialah jalan terakhir untuk penyebaran Islam. Sebelum tentera Islam melancarkan
peperangan golongan kafir hendaklah diseru kepada Islam terlebih dahulu atau berdamai sebelum
memeranginya. Sebagai contoh, pada zaman Khalifah Abu Bakar sewaktu menggempur wilayah Hirah,
beliau telah memberikan tiga pilihan kepada musuh Islam, iaitu menganut Islam, berdamai, ataupun
berperang. Ini membuktikan peperangan bukanlah pilihan utama sebaliknya Islam terlebih dahulu
menawarkan perdamaian.
● Jelas, etika yang diterapkan sebelum perang membuktikan Islam mementingkan perdamaian.

2. Etika Semasa Perang


● Apabila peperangan terpaksa diteruskan, Islam turut menetapkan etika semasa peperangan kepada tentera
Islam. Tentera Islam tidak boleh memerangi kafir yang tidak memiliki kekuatan dan daya usaha seperti
kanak-kanak, kaum wanita, orang cacat, lumpuh, paderi, ataupun pendeta. Tentera Islam dilarang
merosakkan harta benda, memotong pokok atau memusnahkan tanaman, membakar rumah kecuali dalam
keadaan darurat. Keadaan ini membuktikan bahawa Islam mementingkan kesejahteraan. Islam juga
menetapkan etika peperangan kepada tentera Islam agar tidak lagi memerangi musuh yang sudah
menyerah, kafir Zimmi atau mereka yang sudah mengikat perjanjian damai serta mengaku taat setia kepada
pemerintah Islam. Islam juga melarang sebarang perbuatan yang boleh mengaibkan musuh antaranya tidak
boleh mencencang mayat atau musuh yang terbunuh. Dalam peperangan, Islam membenarkan tentera
melakukan helah peperangan kerana perbuatan ini termasuk dalam strategi peperangan. Nabi Muhammad
SAW sendiri turut mengajar umat baginda agar patuh kepada ketua dan tidak boleh meninggalkan medan
peperangan melainkan dengan keizinan ketua.
● Situasi ini jelas menunjukkan Islam mengutamakan perdamaian meskipun terpaksa melancarkan
peperangan namun, masih menghormati pihak musuh dengan tidak membunuh sesuka hati.

3. Etika Selepas Perang


● Selepas peperangan berakhir, Islam menggariskan beberapa etika yang perlu dipatuhi dalam gerakan
ketenteraan Islam. Antaranya, sebarang perjanjian damai yang dimeterai wajiblah ditaati. Sebagai contoh,
dalam Perjanjian Hudaibiyah, meskipun fasa-fasa dalam perjanjian itu seolah-olah memberikan kelebihan
kepada musuh Islam, namun Nabi Muhammad SAW mempunyai misi tersendiri dan sentiasa menepati janji
untuk tidak melanggar perjanjian tersebut. Tentera Islam juga dilarang menyeksa atau membunuh tawanan
perang sewenang-wenangnya. Tawanan perang yang tidak dikenakan hukuman bunuh akan dilayan
dengan baik. Islam melarang penyeksaan terhadap tawanan perang samaada tawanan lelaki mahupun
tawanan wanita. Tindakan ini merupakan salah satu kaedah berdakwah yang diajarkan oleh Nabi
Muhammad SAW. Buktinya, dalam perang Badar, baginda menggunakan kaedah diplomasi, iaitu tawanan
perang harus menebus diri mereka dengan ilmu pengetahuan atau dengan sejumlah wang tertentu. Cara
pengagihan harta rampasan perang pula dilakukan secara adil mengikut ketetapan Allah SWT dalam al-
Quran. Harta-harta yang diperoleh dalam peperangan bukan menjadi milik Nabi Muhammad SAW
sebaliknya diagihkan secara sama rata dalam kalangan para pejuang.
● Semua keadaan ini jelas membuktikan etika yang diterapkan dalam gerakan ketenteraan Islam adalah
mementingkan perdamaian.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, dalam mempertahankan agama Islam, negara dan maruah diri yang diancam, Islam
membenarkan peperangan. Namun terdapat etika-etika tertentu yang perlu dipatuhi oleh tentera Islam dalam
gerakan ketenteraan tersebut. Etika-etika yang diterapkan ini jelas membuktikan Islam mementingkan
perdamaian dan peperangan adalah pilihan terakhir.

36
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021

Soalan19: Huraikan sumbangan Sultan Muhamad Al-Fatih dalam mengukuhkan Empayar Turki
Uthmaniyah pada abad ke-15.

PENDAHULUAN
Nama sebenar baginda ialah Muhammad bin Murad bin Muhammad bin Bayazid. Dilahirkan pada 29
Mac 1432 di Adrianople, sempana Turki-Bulgaria. Digelar al-Fatih iaitu pembebas kerana kejayaannya
membebaskan kota Constantinople. Menaiki tahta seawall usia 19 tahun bagi menggantikan ayahandanya
Sultan Murad II .Memerintah selama 30 tahun bermula 1451-1481 M. Meninggal dunia pada 3 Mei 1481 ketika
berusia 49 tahun. Baginda seorang negarawan ulung dan telah memimpin 25 kempen peperangan. Baginda
meninggalkan sumbangan yang cukup besar dalam mengukuhkan Empayar Turki Uthmaniyah abad ke-15M.

ISI-ISIPENTING
1. Mengepung dan Membuka Kota Constantinople
● Kejayaan membuka ibu kota Rom Timur merupakan sumbangan terbesar Sultan Muhammad al-Fatih
dalam mengukuhkan empayar Turki Uthmaniyah. Kejayaan ini bukanlah sesuatu yang mudah namun,
disebabkan kecekapan dan sifat kepemimpinan yang dimiliki oleh baginda disamping memiliki tentera yang
berdisiplin dan berani berjuang menghadapi musuh. Kehebatan baginda terserlah sejak sebelum ekspedisi
ini dilancarkan. Baginda telah membuat kajian tentang sebab musabab kegagalan kempen sebelum ini
dengan mengkaji pelan kota Constantinople dan kerap berbincang dengan para panglima perangnya.
Sultan Muhammad al-Fatih juga melengkapkan angkatan perangnya dengan 265 000 orang tentera, 400
buah kapal laut, membangunkan meriam gergasi yang boleh menembak daripada jarak yang jauh. Baginda
turut membawa bersama ulama dan pakar motivasi yang membantu menaikkan semangat juang tentera
selain membawa jurutera untuk membina peralatan lain seperti tangga atau menara bergerak.
● Sultan Muhammad al-Fatih juga menggunakan kepintarannya dengan mengadakan perikatan atau
perjanjian dengan beberapa buah wilayah berhampiran dengan kota Constantinople seperti Wallachia,
Serbia, dan Hungary bagi mengelak kerajaan Rom Timur mendapat bantuan luar. Baginda memilih kota
Rumeli Hisari sebagai pusat gerakan membolehkan tentera Islam dapat mengawasi lalu lintas kapal yang
di Selat Bosphorus. Semasa kota Constantinople dikepung, Sultan Muhammad menawarkan agar
pemerintah Rom menyerah kalah. Keengganan pemerintah Rom menyebabkan kota tersebut diserang
bertubi-tubi namun gagal untuk menembusinya. Akhirnya baginda telah melaksanakan suatu strategi
baharu dengan mengarahkan kapal-kapal perang diangkut melalui jalan darat ke Bukit Galata sebelum
meluncurkan kapal-kapal tersebut ke Teluk Goldern Horn. Kapal-kapal musuh berjaya dibedil
menyebabkan sistem pertahanan kota tersebut dapat ditembusi. Tentera Islam akhirnya menggunakan
terowong yang dikorek dibawah tanah bagi memasuki kota tersebut sehingga berjaya menguasai kota
tersebut pada 29Mei 1453. Kejayaan ini sekaligus mengukuhkan empayar Turki Uthmaniyah kerana
kerajaan Rom Timur yang berpusat di Constantinople merupakan kerajaan yang sangat kukuh dan sentisa
mengancam wilayah-wilayah Islam. Selain itu, kedudukan kota ini juga sangat strategik untuk dijadikan
pusat pentadbiran empayar Uthmaniyah.

2. Menambahkan Bilangan Penduduk Kota Constantinople

37
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
● Sultan Muhammad al-Fatih juga meninggalkan sumbangan dalam
menambahkan bilangan penduduk kota Constinople selepas berakhirnya perang.
Jumlah penduduk di kota itu terjejas teruk disebabkan ramai yang terbunuh dan melarikan diri semasa
perang. Bagi memakmurkan semula kota itu, baginda bertindak menambahkan kembali bilangan penduduk
di situ dengan mengambil beberapa langkah. Antaranya, mengarahkan supaya orang Yunani yang
meninggalkan kediaman mereka kembali semula ke kota berkenaan. Baginda juga mengarahkan negeri-
negeri di bawah taklukannya menghantar wakil masing-masing ke kota tersebut bagi memakmurkannya.
● Selain itu, orang Islam dari Asia turut berpindah secara beramai-ramai ke ibu kota baharu itu bagi
menjalankan aktiviti perniagaan kerana kedudukannya yang strategik. Sifat baik dan pemurah Sultan
Muhammad al-Fatih melayani rakyatnya tanpa diskriminasi telah mendorong kebanjiran golongan imigran
ke kota ini . Dengan kejayaan tersebut maka empayar Turki Uthmaniyah berjaya dikukuhkan.
3. Menyatukan Pemerintahan di Bahagian Utara Balkan
● Sumbangan seterusnya ialah menyatukan pemerintahan di bahagian Utara Balkan yang bertujuan untuk
menyekat serangan kaum Magyar. Bagi merealisasikannya, baginda mengambil alih pemerintahan Serbia.
Namun tindakan itu tidak disenangi pihak Kristian menyebabkan Sultan Muhammad al-Fatih berundur
seketika. Walau bagaimanapun baginda kemudiannya mengambil peluang menawan Belgrade ketika
berlakunya perebutan takhta dalam kalangan kerabat diraja Belgrade. Sultan Muhammad al-Fatih juga
berjaya menghapuskan perikatan tentera kerajaan Albania yang berhasrat menjatuhkan baginda. Kesan
kejayaan ini kerajaan Uthmaniyah semakin kukuh di Eropah.

4. Menghapuskan Kerajaan-kerajaan Kecil di Eropah


● Bermula 1458 Masihi Sultan Muhammad al-Fatih juga turut berjaya menghapuskan beberapa kerajaan kecil
di Eropah seterusnya mengukuhkan empayar Uthmaniyah. Antaranya, baginda berjaya menjatuhkan
kerajaan Trebizond iaitu kerajaan Yunani terakhir di Asia Kecil. Baginda juga berjaya mengalahkan tentera
Venice. Selain itu, pada tahun 1462, Raja Venice di Croatia pula berjaya dikalahkan yang membawa kepada
penyerahan wilayah Venice dan Albania. Sumbangan ini sudah tentu mengukuhkan empayar Turki
Uthmaniyah.

5. Mendirikan Masjid
● Sumbangan Sultan Muhammad al-Fatih yang seterusnya ialah mendirikan masjid-masjid di kota baharu
umat Islam itu. Antaranya baginda telah menukar Gereja Besar St.Sophies menjadi Masjid Aya Sophia.
Bangunan masjid itu telah diubah suai mengikut senibina Islam. Pada dinding dan tiang masjid dihiasi
dengan ayat-ayat al-Quran bertulisan khat yang indah. Di luar masjid pula dibina sebuah menara. Selain
itu, baginda juga membina 11 buah masjid lain termasuk sebuah masjid yang berhampiran dengan makam
Abu Ayyub al-Ansari. Di tepi masjid itu dibina sebuah kubah yang berwarna putih.Tempat ini akhirnya
menjadi tumpuan ahli tasawuf. Sumbangan ini telah memakmurkan kota tersebut sekaligus mengukuhkan
empayar Turki Uthmaniyah.

6. Mendirikan Bangunan Lain


● Bagi membangunkan lagi kota itu, Sultan Muhammad al-Fatih turut memberi sumbangan besar dengan
membina lebih banyak bangunan-bangunan lain. Antaranya kerana baginda sangat mementingkan
pendidikan maka institusi-institusi pendidikan khasnya madrasah dan perustakaan telah dibuka. Bagi
menjaga kebajikan rakyat, baginda mendirikan hospital, rumah kebajikan, rumah fakir miskin, dan
menyediakan kemudahan telaga. Bagi meningkatkan tahap keselamatan pula, baginda telah membina
limbungan kapal, gedung senjata, dan sebuah kubu yang dilengkapi dengan menara kawalan.Sumbangan
baginda telah berjaya membangunkan kota tersebut selain melindungi kota dari serangan musuh sekaligus
mengukuhkan empayar Turki Uthmaniyah.

7. Kebebasan Beragama
● Semasa Sultan Muhammad al-Fatih mentadbir kota itu, baginda telah berjaya mengambil hati ramai orang-
orang Yahudi dan Arab yang di tindas di Andalusia. Oleh itu, golongan Yahudi dan Arab ini telah berpindah
38
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
ke Istanbul. Disebabkan kehadiran mereka, Sultan Muhammad al-Fatih telah
meminta pihak gereja berhimpun dan memilih seorang ketua paderi dalam kalangan
mereka. Baginda juga telah membenarkan agama Kristian diamalkan dengan mengekalkan gereja dan
golongan Ortodoks. Tindakan baginda menyebabkan pemerintahannya disenangi segenap lapisan
masyarakat seterusnya mengukuhkan empayar Turki Uthmaniyah.

KESIMPULAN
Kesimpulannnya, sepanjang 30 tahun pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih baginda telah memberi
sumbangan yang cukup besar dalam mengukuhkan empayar Turki Uthmaniyah. Kejayaan menawan dan
membuka kota Constantinople merupakan sumbangan yang paling bermakna kerana ia adalah titik tolak
kejatuhan Rom Timur yang menjadi ancaman kepada kerajaan Islam
Soalan 20 : Huraikan bentuk perhubungan luar melalui bayaran jizyah pada zaman Khulafa al-Rasyidin.

PENGENALAN
Jizyah merupakan perkataan Arab yang bermaksud ganti rugi atau balasan terhadap kebaikan atau
keburukan. Jizyah dianggap sebagai pemberian ufti oleh seorang individu atau negara bukan Islam kepada
kerajaan Islam yang memerintah. Jizyah juga ditakrifkan sebagai cukai politik yang dikenakan ke atas golongan
kafir zimmi yang berlindungan nyawa dan harta benda daripada pemerintah Islam. Orang bukan Islam yang
membayar jizyah akan diberi hak yang sama seperti orang Islam dan mendapat kebebasan beragama.
Pelaksanaan jizyah ini sebenarnya sudah diamalkan pada zaman Nabi dan diteruskan pada zaman Khulafa‟
al-Rasyidin dengan lebih signifikan kerana dasar peluasan kuasa yang dilaksanakan oleh khalifah. Melalui
pembayaran jizyah, hubungan diplomatik dan naungan antara Madinah dan kerajaan lain dapat dibentuk.

ISI-ISI PENTING
1. Zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq
● Sebagai contoh, Khalifah Abu Bakar al-Siddiq telah memberi pilihan kepada kerajaan Iraq dan Syria sama
ada ingin diserang, membayar jizyah atau memeluk Islam. Iraq dan Syria bersetuju membayar 19 ribu
dirham setahun sebagai jizyah.Melalui pembayaran jizyah juga, telah banyak kerajaan yang menjadi
wilayah naungan kerajaan Madinah. Contohnya, pada zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, kerajaan al-
Anbar dan Ain al-Tamar telah menjadi naungan kerajaan Madinah setelah panglima Khalid al-Walid berjaya
menawan kedua-dua kerajaan tersebut.
● Kerajaan-kerajaan tersebut telah melakukan pembayaran jizyah kepada Madinah dan menjadikan mereka
berada dibawah naungan kerajaan Islam Madinah. Melalui pembayaran jizyah dan naungan pengaruh serta
kedudukan kerajaan Madinah semakin kukuh sekaligus membantu Islam untuk tersebar dengan meluas.

2. Zaman Khalifah Umar al-Khattab


● Pada zaman khalifah Umar bin al-Khattab menyaksikan semakin banyak negara menyatakan kesanggupan
berada dibawah naungan kerajaan Islam. Mesir contohnya, sanggup berada di bawah naungan kerajaan
Islam setelah Amru al-As menghapuskan penjajahan Byzantine di sana. Penduduk Baitul muqaddis melalui
pemimpinnya telahmenandatangani perjanjian damai dengan khalifah dengan khalifah Umar bin al-Khattab
dengan menyatakan kesanggupan membayar jizyah dengan syarat kerajaan Islam memberi jaminan
keselamatan jiwa, nyawa, harta benda, jaminan kebebasan beragama serta amalan ibadat bagi semua
penduduk di Baitul muqaddis disamping bersedia menyerahkan segala masalah yang tidak dapat
diselesaikan oleh penduduk Baitul muqaddis kepada pemerintah Islam.
● Selain itu, Syam, Palestin dan Jordan turut sama menyatakan kesanggupan membayar jizyah berikutan
kejayaan tentera Islam di bawah pempinan Khalid bin al-Walid dan Abu Ubaidah al-Jarrah mengalahkan
Byzantine dalam beberapa siri peperangan.

3. Zaman Khalifah Uthman bin Affan


● Pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan pula, beberapa buah kawasan di utara Afrika
menyatakan kesanggupan berada di bawah naungan kerajaan Islam serta sanggup membayar jizyah.
Umpamanya, penduduk di kawasan Qairawan, Tripoli dan Nubah.
39
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021

4. ZamanKhalifahAlibin AbiTalib
● Akibat daripada perpecahan dan perang saudara yang tercetus semasa pemerintahan Khalifah Ali bin Abi
Talib, banyak negeri yang asalnya wilayah naungan Islam tidak membayar jizyah dan membebaskan diri
daripada menjadi wilayah naungan kerajaan Islam Madinah.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, pelaksanaan jizyah bukan sahaja membuktikan kehebatan kerajaan Islam Madinah
tetapi dapat meningkatkan pendapatan negara. Sumber jizyah yang dikumpul dimanfaatkan untuk memajukan
negara seperti penyediaan infrastruktur dan membantu golongan yang tidak bernasib baik serta mewujudkan
iklim politik yang stabil.

Soalan21: Bincangkan bentuk hubungan luar iaitu melalui pembayaran jizyah pada zaman Khalifah Bani
Umaiyah.

PENGENALAN
Jizyah iaitu ufti yang dibayar oleh golongan kafir zimmin kepada negara Islam. Perlu dibayar secara
tahunan mengikut kadar yang berpatutan sesuai dengan kedudukan dan kemampuan individu tersebut.
Pembayaran jizyah membolehkan mereka diberi hak yang sama seperti orang Islam dan berlindung di bawah
pemerintahan kerajaan Islam. Jizyah ini turut diamalkan pada zaman khalifah Bani Umaiyah. Para khalifah Bani
Umaiyah mengamalkan sistem jizyah tetapi konsep dan sistem pelaksanaannya berbeza antara khalifah-
khalifah Bani Umaiyah mengikut falsafah masing-masing. Namun, melalui pembayaran jizyah, negeri-negeri
tersebut menjadi negeri naungan kerajaan Islam yang berpusat di Damsyik.

ZAMAN KHALIFAH BANI UMAIYAH

1. Zaman Khalifah Abdul Malik bin Marwan


● Berlaku perubahan dasar dalam pelaksanaan jizyah pada zaman Khalifah Umaiyah iaitu pelaksanaan jizyah
bukan sahaja dikuatkuasakan kepada golongan bukan Islam iaitu kafirzimmi tetapi turut dikenakan kepada
golongan Islam yang bukan berketurunan Arab dikenali sebagai golongan Mawali. Perubahan ini bermula
pada zaman Khalifah Abdul Malik atas nasihat gabenornya iaitu al-Hajjaj Yusof al-Thaqafi. Alasannya,
kerana ramai golongan bukan Arab memeluk Islam untuk mengelakkan membayar jizyah. Keadaan ini telah
mengurangkan sumber pendapatan negara, bahkan pada waktu yang sama Khalifah Abdul Malik terpaksa
membayar sejumlah wang yang besar kepada kerajaan Byzantine sebagai jaminan keamanan.
● Situasi semakin parah dengan pemberontakan yang mula mengancam keamanan negara dan memerlukan
dana kewangan yang tinggi. Situasi ini akhirnya mempengaruhi perubahan dalam pelaksanaan jizyah.
Pengenalan pembayaran jizyahyang dikenakanterhadap golongan Islam bukan Arab (Mawali) telah
menimbulkan kemarahan golonganSyiah di Kufah dan Khawarij di Iraq terhadap kerajaan Umayyah.
Akibatnya, golongan mawali yang berjaya dibendung kebangkitan pada peringkat awal pemerintahan
kerajaan Umayyah telah bertindak menyokong pemberontak yang menentang kerajaan Umayyah.
● Demi menampung perbelanjaan negara, berlaku tekanan dan penindasan oleh kerajaan dengan
mengenakan pembayaran cukai tanah (kharaj) sebanyak empat dirham seorang disamping bayaran jizyah.
Khalifah Abdul Malik telah menghentikan kaedah pembayaranjizyah dalam bentuk hasil pertanian,
sebaliknya perlu dibayar secara tunai, malahan telah meningkatkan jumlahnya sebanyak empat kali ganda.
Pada zaman Khalifah Abdul Malik, golongan rahib (agamawan) yang selama ini dikecualikan membayar
jizyah sejak zaman Khalifah Umar al-Khattab telah dikenakan jizyah sebanyak satu dinar. Dasar
pelaksanaan jizyah pada zaman Khalifah Abdul Malik telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam
kalangan rakyat khasnya golongan rahib dan mawali.

2. Zaman Khalifah al-Walid bin Abdul Malik


● Pada zaman Khalifah al-Walid bin Abdul Malik, dasar dan pelaksanaan jizyah hampir sama dengan dasar

40
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
yang dikuatkuasa oleh bapanya. Dasar perluasan kuasa terus dikuatkuasakan dan
pelaksanaan jizyah masih dikenakan terhadap wilayah yang ditawan seperti wilayah
Takharistan, Samarqand, Kashghar, Sind, Baluchistan, Multan dan lain-lain.

3. Zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz


● Pada zaman Jumlah pembayaran jizyah oleh wilayah-wilayah naungan Islam berkurangan. Hal ini
diakibatkan oleh dasar dan konsep yang diamalkan oleh Umar bin Abdul Aziz dalam hal pungutan jizyah.
● Khalifah Umar bin Abdul Aziz menggunakan sistem yang diperkenalkan oleh khalifah Umar al-Khattab dan
tidak menjalankan perluasan kuasa sekaligus menyebabkan tiada kerajaan-kerajaan baharu yang menjadi
naungan pemerintahan beliau.
● Pada zaman khalifah Umar bin Abdul Aziz, beliau telah melaksanakan beberapa perubahan terhadap
pelaksanaan jizyah dan cuba kembali kepada kaedah Islam yang sebenar. Malahan, khalifah berusaha
mengurangkan rasa tidak puas hati golongan mawali terhadap kerajaan dengan menggalakkan asimilasi
dan perkahwinan campur dengan golongan Arab. Jizyah keatas golongan mawali kemudiannya
dimansuhkan asalkan mereka beragama Islam. Usaha ini mendapat tentangan daripada beberapa gabenor
kerana dikhuatiri akan memberikan kesan buruk terhadap kewangan negara.
● Khalifah Umar Abdul Aziz telah membezakan antara jizyah dan kharaj. Jizyah hanya dikenakan pada
golongan bukan Islam manakala kharaj dikenakan ke atas pemilik tanah tanpa mengira samaada ianya
seorang Islam ataupun bukan Islam. Kadar jizyah kemudiannya telah dikurangkan kepada kadar mampu
dibayar oleh golongan bukan Islam setelah kewangan negara kukuh. Pelaksanaan jizyah yang adil ini
berjaya menarik semula sokongan golongan zimmi dan golongan mawali terhadap kerajaan Umaiyah.

4. Khalifah Yazid bin Abdul Malik


● Apabila khalifah Yazid bin Abdul Malik memerintah, beliau mengamalkan semula sistem jizyah para khalifah
terdahulu dan menaikkan kadar bayaran jizyah sebanyak 20% yang menyebabkan tercetusnya
pemberontakan oleh golongan petani.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, jizyah yang dibayar oleh golongan zimmi digunakan untuk pembangunan dan
menjamin keselamatan serta kesejahteraan mereka. Dasar jizyah yang tidak mesra rakyat dan membebankan
ini akhirnya menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat dan merupakan salah satu faktor yang
membawa kepada kemerosotan kerajaan Umaiyah.

41
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021

TEMA 2 : PEMBANGUNAN DAN PENEROKAAN

Soalan 22 : Penerapan sistem ekonomi Islam oleh Nabi Muhammad S.A.W berjaya memecahkan
monopoli ekonomi golongan Yahudi di Madinah. Bincangkan.
PENGENALAN
• Latar belakang kegiatan ekonomi Madinah
• Latar belakang penduduk Madinah
• Latar belakang kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W

ISI-ISI PENTING

1. Pelaksanaan sistem dan kegiatan ekonomi pada zaman Nabi Muhammad S.A.W adalah berpaksikan
hukum syarak .
Segala aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat Madinah seperti pertanian,perniagaan,perdagangan
dan perusahaan tidak bercanggah dengan al Quran dan sunnah. Amalan Riba diharamkan.

2. Sistem ekonomi pertanian menurut Islam


Kegiatan ekonomi utama masyarakat zaman ini ialah kurma.Hal ini disebabkan bumi Madinah amat subur dan
bersesuaian dengan tanaman ini. Selain itu Nabi Muhammad juga berusaha membawa masuk benih kurma
dan ternakan yang berkualiti dari luar Madinah. Keadaan ini menyumbang kepada peningkatan ekonomi umat
Islam . Selaras dengan perkembangan ini banyak pasar untuk orang Islam dibuka bagi tujuan manjalankan
aktiviti jual beli buah kurma.Cth: Abdul Rahman b. Auf berjaya membina pasar untuk umat Islam dan seterusnya
memulakan persaingan ekonomi dengan golongan Yahudi.

3. Nabi memperkenalkan sistem perdagangan Islam.


Aktiviti perniagaan dan perdagangan merupakan aktiviti tradisi masyarakat Arab, begitu juga dengan
masyarakat Madinah. Sistem perniagaan yang dijalankan berteraskan syarak dan penindasan seperti penipuan
dan riba diharamkan.

4. Membela nasib golongan terpinggir.


Bagi memastikan golongan yang tidak bernasib baik tidak terpinggir dengan pembangunan ekonomi, zakat
diwajibkan keatas umat Islam khasnya zakat harta bagi mereka yang mengusahakan aktiviti pertanian dan
perniagaan.

5. Menghalang aktiviti penindasan dan menyalahi syarak


Nabi Muhammad S.A.W memastikan aktiviti yang menyalahi hukum syarak seperti unsur- unsur monopoli dan
aktiviti yang membebankan pihak pengguna tidak berlaku. Kesan daripada ini, eksploitasi golongan Yahudi juga
dapat dihapuskan.
6. Kerjasama dalam kalangan umat Islam
Bantuan golongan Ansar terhadap golongan Muhajirin sekaligus telah memulihkan ekonomi umat Islam.Begitu
42
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
juga sumbangan kepakaran golongan Muhajirin kepada golongan Ansar. Nabi
Muhammad S.A.W juga menekankan kewajipan individu mencari nafkah hidup.

7. Sumber pendapatan negara


Nabi Muhammad telah menjelaskan sumber pendapatan berdasarkan aktiviti yang diusahakaniaitu zakat, jizyah
rampasan harta perang (ghanimah dan al fay),derma atau sedekah dan harta wakaf.

KESIMPULAN:
Kejayaan Nabi Muhammad SAW membentuk negara Islam telah mengubah Madinah dalam semua aspek
sama ada politik, ekonomi mahupun sosial. Dalam bidang ekonomi, jelas bahawa penerapan nilai-nilai Islam
telah berjaya memecah monopoli ekonomi masyarakat Yahudi Madinah.

Soalan 23: Ketidakadilan sistem ekonomi dunia telah dirungkai dengan kedatangan Islam. Justeru itu
jelaskan ciri-ciri sistem ekonomi Islam yang lebih adil dan berlandaskan syariat Islam.

PENDAHULUAN.
Menurut pandangan islam,ekonomi merupakan suatu ilmu yang mengkaji kegiatan manusia selaras
dengan tuntutan syariat islam, sama ada di peringkat perolehan, penggunaan atau pengurusan sumber untuk
diri, masyarakat dan negara, dari segi rohani dan jasmani.
Pada zaman nabi muhammad saw,sumber wahyu merupakan asas kepada penggubalan dan pelaksanaan
segala kegiatan ekonomi yang melibatkan umat islam khasnya dan umat manusia amnya.

ISI-ISI PENTING
1. Aktiviti ekonomi bertujuan untuk beribadah kepada Allah.
• Dalam sistem islam, tujuan utama setiap aktiviti perniagaan, pelaburan, perusahaan dan seumpamanya
adalah untuk beribadah kepada allah swt. Dalam kontek ini, tiada sebarang aktiviti ekonomi islam
dilaksanakan selain dasar ini.Aktiviti ekonomi haruslah di lakukan berkhemah, bertanggungjawab dan
tidak mengetepikan aspek nilai dan kebajikan.

2. Matlamat jangka panjang diutamakan.


• Matlamat sistem ekonomi adalah untuk memberi kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat Bagi
individu yang mengushakan perniagaan,matlamat jangka dalam aktiviti yang diletakkan adalah untuk
mencapai kesejahteraan hidup di akhirat.

3. Memberi kemakmuran kepada masyarakat.


• Tujuan aktiviti pernigaan dan ekonomi adalah untuk memberi kemakmuran dan kesenangan kepada
masyarakat Produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan adalah untuk maningkatkan nilai dan tahap
hidup masyarakat.Perkhidmatan pelacuran,perjudian,dan seumpamanya tidak ada sama sekali dalam
senarai aktiviti ekonomi islam Sebagaimana yang di amalkan masyarakat jahiliah dan kaum yahudi di
madinah,kerana ia membawa kepada kerosakan dan kesengsaraan kepada kehidupan masyarakat.

5. Keuntungan dunia dan akhirat.


• Perniagaan dan aktiviti ekonomi adalah untuk mendapat keuntungan meterial dan pahala daripada aktiviti
yang dilakukan nabi muhammad s.a.w. menjelaskan bahawa,"peniaga yang amanah berada di bawah
naungan arash pada hari pengadilan." Hadis menjelaskan bahawa peniaga yang menjalankan urusan
perniagaan dengan amanah dan tidak menipu timbangan serta sukatan akan dimasukkan ke dalam
golongan yang diberi keistimewaan.
• Semakin banyak pahala yang diperoleh daripada aktiviti ekonomi, semakin tinggi usaha yang
dilaksanakan. Seterusnya, aktiviti ekonomi akan mengutamakan sifat tolong- menolong, jujur dn
mengutamakan golongan yang lemah kerana matlamatnya adalah untuk mendapat pahala dan ganjaran
Allah s.w.t.
43
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021

KESIMPUALAN.
Sistem ekonomi islam sebenarnya berasaskan konsep tauhid bagi melahirkan manusia yang
beriman,beramanah dan bertanggungjawab. Sumber wahyu merupakan asas kepada penggubalan dan
pelaksanaan segala kegiatan ekonomi yang melibatkan umat islam.

Soalan 24 : Bincangkan kegiatan dan sumber pendapatan ekonomi Islam pada zaman Nabi Muhammad
SAW pada abad ke-7 Masehi.

PENDAHULUAN
Madinah merupakan sebuah kawasan yang asalnya sebuah oasis. kawasan yang subur dan kaya
dengan kegiatan ekonomi terutama perdagangan dan pertanian.

ISI-ISI PENTING:

Kegiatan ekonomi
• Kegiatan ekonomi utama adalah perdagangan dan pertanian. Tanaman seperti anggur,barli,dan gandum.
tamar adalah tanaman yang penting dan memberi faedah kepada penduduk madinah. Barangan yang di
perdagangkan ialah kurma, bijirin, emas, zamrud dan arak. Ekonomi di Madinah di monopoli oleh golongan
yahudi. Mereka merupakan Usahawan, petani dan peniaga yang mengamalkan riba. Manakala Puak Aus
dan kharaj mengusahakan tanah yang kering kontang dan hidup dalam kemiskinan.

• Aktiviti perniagaan di madinah terbukti apabila wujud pasaran harian dan bermusim. Muhammad bin habib
al-Bagdadi mencatatkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya sebelas pasar bermusim sebelum
kedatangan islam dan terus berkembang pada zaman islam seperti ukaz, majannah, Zu al-majaz dan
hubashah.

• Pertanian dan penternakan .Dari segi ekonomi, masyarakat Arab pada keseluruhannya menjalankan aktiviti
menternak binatang seperti unta,kambing dan biri-biri. Mereka berkhemah di lembah yang terdapat
takungan air bagi memajukan usaha ternakan dan tanaman. Daripada binatang ternakan mereka
mendapat bekalan makanan seperti daging, susu dan keju. Di samping itu, mereka memanafaatkan kulit
binatang untuk membuat khemah,pakaian dan bekas menyimpan air.

• Selain menternak binatang, mereka juga menjalankan kegiatan bercucuk tanam seperti menanam kurma,
gandum, jagung, anggur dan sayur-sayuran.Bagi mereka yang tinggal di kota,lazimnnya akan menjalankan
urus niaga dan pertukangan. Mereka berniaga menerusi jalan darat seperti qafilah. Setiapkafilah disertai
oleh ramai pedagang . Dengan cara berkumpulan ini mereka berasa lebih selamat memandangkan mereka
terpaksa berjalan beratus-ratus kilometer.

Sumber pendapatan ekonomi

1. Derma/Sedekah/Wakaf
• Merupakan sumber kewangan utama umat islam di madinah yang mencabar sehingga mencapai kemuncak
kegemilangannya. Rasulullah pernah meminta umat islam supaya memberikan sumbangan kepada
kebajikan satu kabilah yang baru memeluk islam. Contoh; makanan, pakaian, sementara orang ansar
mendermakan wang.

44
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
• Orang islam sentiasa menghulurkan pelbagai bentuk derma kepada tabung
bersama. contohnya; dalam perang khandak, sa’ad bin ubadah, jabir bin Abdullah
menderma kan makanan dan kurma kepada tentera islam. Abu bakar mendermakan seluruh wang yang di
milikinya berjumlah 4 000 dirham dan umar mendermakan separuh daripada kekeyaannya. Selain derma
dalam bentuk wang, masyarakat islam juga menderma dalam bentuk hartanah.

• Orang yahudi yang percaya dengan keikhlasan nabi Muhammad s.a.w juga turut menyumbang.contohnya;
mukhairiq daripada bani nandhir yang nabi memeluk islam sebelum perang uhud telah mewasiatkan
tanaman kurma iaitu tujuh buah dusun kepada nabi Muhammad s.a.w

2. Ghanimah
• Umat islam di wajib berjihad atau berperang untuk agama sekiranya mereka di perangi oleh musuh yang
berniat untuk menghalang penyebaran islam. Nabi Muhammad s.a.w bersama tentera islam menentang
tentera Quraisy pada 623 M. Dengan kekuatan tentera islam seramai 313 orang telah memenangi Perang
Badar mengalah kan tentera Quraisy seramai 1000 orang. Merupakan kemenangan pertama dan
menghasilkan rampasan seperti senjata, 150 ekor unta,10 ekor kuda,tikar kulit,dan pakaian.Selain daripada
harta rampasan, sumber kewangan islam daripada bayaran tebusan tawanan perang yang membayar
sejumlah wang untuk membebaskan mereka. Sumber pendapatan berdasarkan harta rampasan perang di
nikmati oleh orang islam selepas menyertai peperangan, Antaranya; perang khandak, al-kurd, muraisi,
khaibar, pertempuran di dumat al-jandal, serangan abu salamah ke Qatan, pertempuran wadi al-Qura.

• Menurut Muhammad bin Habib, hartanah pertama di peroleh daripada puak yahudi, iaitu Bani Fityun yang
di usir keluar dari Madinah. Seterusnya, amwal Bani Qunaiqah; iaitu kubu serta pasar mereka di ambil oleh
orang islam yang telah di urus kan oleh Abu Rafil yang di lantik oleh Nabi Muhammad s.a.w.. Bagi amwal
Khaibar. Meliputi kebun kurma yang luas dan ladangnya telah di isytiharkan oleh Nabi Muhammad s.a.w
sebagai al-fai’ atau safiy yang membiarkan di miliki oleh petani dengan syarat menyerahkan 50% hasilnya.

• Tanah khaibar yang di bahagikan kepada orang islam dan Negara islam , iaitu tanah khumus di urus oleh
2 orang pegawai. Fadak ialah kawasan Yahudi yang di takluk oleh pejuang islam tanpa pertempuran. Nabi
Muhammad s.a.w melantik Muhaiyisah bin Mas’ud sebagai wakil untuk berbincang dengan orang Yahudi.

3. Jizyah
• Merupakan cukai politik yang dikenakan keatas orang bukan Islam yang digelar golongan zimmi bagi
perlindungan yang diberikan oleh Negara islam keatas keselamatan jiwa dan harta benda mereka. Jizyah
boleh di bayar secara tunai atau barangan. Mereka yang enggan membayar Jizyah akan di kenakan
hukuman berat. Nabi Muhammad s.a.w mengesyorkan kadar bayaran ditetapkan satu dirham setiap
kepala.

• Satu lagi warkah Baginda kepada al-Munzir bin Sawa ialah mengutip sebanyak 4 dirham dan sepasang
jubbah setiap lelaki. Jizyah juga di kutip daripada orang kristian Najran dengan bayaran sebanyak 2 000
pakaian yang perlu diserahkan setiap tahun pada bulan rejab dan 1 000 pada bulan safar.

4. Zakat
• Zakat diperkenalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w keatas setiap orang islam, tiadk kira lelaki atau
perempuan.zakat dikenakan keatas oemilikan tunai,barang kemas,hasil pertanian,dan binatang ternakan.
Nabi Muhammad s.a.w mewajibkan mereka membayar zakat atau ushr bagi hasil kurma dan nisf al-ushr
bagi hasil gandum mereka.

• Beberapa warkah yang di tandatangani oleh nabi Muhammad s.a.w menunjukkan perintah membayar zakat
ternakan bagi orang islam,misalnya, Bahilah diwajibkan membayar fariz (lembu tua) dalam sekumpulan 40
ekor dan saqhiyah (unta tua) sebanyak 5 ekor. Penduduk Dumah dan Kalb kena membayar zakat yang
sama,selain ushr atau separuh daripada hasil pertanian mereka.
45
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
KESIMPULAN
Ringkasnya, dapatlah dikatakan ekonomi menurut perspektif islam
merupakan suatu bidang ilmu yang melibatkan aspek fizikal (lahiriah) dan spiritual.Selain itu, ekonomi islam
berasaskan konsep tauhid bagi melahirkan manusia yang beriman,beramanah,dan bertanggungjawab.

Soalan 25 : Kesuburan tanah menjadi pemangkin kemakmuran Kerajaan Abbasyiah. Bincangkan


kegiatan ekonomi pada zaman kerajaan Bani Abbasyiah abad ke-11 hingga ke-12.

PENDAHULUAN
Kegiatan ekonomi utama kerajaan Abbasiyah ialah pertanian, perdagangan dan perindustrian. Antara
faktor yang mendorong perkembangan kegiatan ekonomi ketika itu ialah peranan pemerintahan yang
mengambil berat tentang penyediaan sumber ekonomi. Contohnya, dengan menyediakan kemudahan asas
bagi pengeluaran untuk mencapai hasil yang ekonomi yang tinggi.
Antara tanaman yang diusahakan ialah tanaman bijirin seperti gandum dan barli serta buah-buahan seperti
anggur, limau, kurma, epal, pisang dan tembikai.

ISI-ISI PENTING
• Bagi memajukan sektor pertanian, kerajaan Abbasiyah telah mengambil beberapa langkah. Antaranya
adalah dengan melebarkan sungai dan terusan bagi mengairi kawasan pertanian,membina empangan dan
menggalakkan penerokaan tanah-tanah baharu untuk aktiviti pertanian.

• Usaha-usaha penyelidikan juga telah dilakukan untuk meningkatkan jumlah pengeluaran.Ini mendorong
kepada kemunculan ramai cendekiawan Islam yang telah berjaya mencetuskan idea-idea bagi memajukan
aktiviti pertanian pada zaman itu.

• Antara wilayah yang banyak menyumbangkan hasil pertanian ialah Mesir, Syam, Iraq, Yaman, Maghiribi
dan Khurasan.Ladang-ladang pertanian dan ternakan serta pasar yang dikenali sebagai suq al-baqar juga
telah diwujudkan.Selain pertanian,perdagangan juga merupakan kegiatan ekonomi kerajaan Abbasiyah.

• Pelbagai tindakan juga telah dilakukan oleh kerajaan Abbasiyah bagi memajukan sektor
perdagangan.Antaranya adalah dengan membina dan menyediakan kemudahan yang mencukupi di
tempat-tempat yang menjadi tumpuan para pedagang,di samping mengetatkan lagi kawalan keselamatan
untuk mengelak berlakunya aktiviti rompakan dan pelanunan.

• Antara pelabuhan yang terkenal dan menjadi tumpuan para pedagang pada zaman tersebut adalah seperti
Baghdad, Basrah, Amman, Aden, Kaherah dan Iskandariah.

• Sektor perindustrian juga merupakan aktiviti ekonomi pada zaman kekuasaan kerajaan Abbasiyah.Kilang-
kilang di Baghdad,Syiraz dan Isfahan di Parsi terkenal dengan hasil produk tenunan,hamparan dan
permaidani.

• Barangan kulit dan senjata pula turut dikeluarkan oleh Mesir,Andalus dan maghiribi, manakala oleh Yaman,
Khurasan, Bahrain dan Lubnan.

KESIMPULAN
46
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
Kesan daripada kegiatan-kegiatan ekonomi yang dijalankan ini secara tidak
langsung telah dapat menjadikan umat Islam menikmati taraf hidup yang tinggi.
Malah, melalui pendapatan yang diperoleh oleh kerajaan, ia telah disalurkan untuk menyediakan kemudahan
prasanara seperti tali air,masjid dan sekolah.

Soalan 26 : Bincangkan pelaksanaan jizyah pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al Khattab.

PENGENALAN:
• Pengertian jizyah
• Konsep Jizyah
• Latar belakang pemerintahan Khalifah Umar al Khattab

ISI-ISI PENTING:

1. Pelaksanaan jizyah zaman Khalifah Umar al Khattab


Pungutan jizyah semakin meningkat pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al Khattab berikutan banyak
kejayaan yang telah dicapai dalam ekspedisi ketenteraan seperti di mesir, Iraq dan Syam. Bagi melicinkan
pungutan jizyah khalifah telah mengarahkan para gabenor melaksana dan menentukan kadar jizyah ke atas
wilayah masing-masing. Namun untuk wilayah penting khalifah sendiri memberikan persetujuan melalui
perjanjian pelaksanaanjizyahbseperti ke atas pemerintah Byzantine setelah kerajaan islam berjaya menawan
Palestin

2. Jenis atau kategori jizyah


Jenis jizyah terbahagi kepada dua iaitu Sulh al Jizyah (cukai perlindungan) dan Jizyah al Ru‟us (cukai diri).
Kadar jizyah berbeza-beza mengikut perjanjian yang dipersetujui dan bergantung kepada kemampuan.
Golongan yang dikecualikan jizyah ialah orang perempuan, kanak-kanak, orang tua, fakir miskin, golongan
cacat dan lemah, hamba dan golongan sakit berpanjangan.

3. Pelaksanaan jizyah melalui naungan


Pemimpin Baitul Muqaddis telah mengadakan perjanjian dengan khalifah Umar bin al Khattab dengan
menyatakan persetujuan untuk membayar jizyah selagi kerajaan Islam mampu memberikan jaminan
keselamatan selagi kerajaan Islam mampu memberikan memberikan jaminan keselamatan ke atas nyawa dan
harta mereka serta kebebasan beragama dan amalan peribadatan. Hal yang sama dilakukan terhadap
pemerintah Babylon yang diwakili oleh Muqauqis yang bersetuju membayar jizyah. Penduduk Syam, Palestin
dan Jordan juga bersetuju membayar jizyah selepas kejayaan tentera Islam pimpinan Khalid al Walid Abu
Ubaidah al Jarrah mengalahkan tentera Byzantine dalam beberapa siripeperangan.

4. Islam mementingkan kebajikan dalam pelaksanaan jizyah


Khalifah Umar mengarahkan gabenor Syam memulangkan semula jizyah kerana pemerintah Islam tidak yakin
dapat melindungi dan mempertahankan golongan zimmi di Syam daripada serangan Rom. Kebajikan menjadi
asas utama disebalik jizyah.

5. Kadar dan waktu bayaran jizyah:


Mengikut amalan Khulafa al Rasyidin , kadar tahunan jizyah ialah 48 dirham (golongan kaya) 24 dirham
(golongan pertengahan) 12 dirham (golongan miskin yang mampu menyara hidup mereka) . Cukai jizyah
dibayar sama ada dalam bentuk mata wang atau harta benda yang bernilai seperti ternakan, hasil pertanian

47
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
dan lain-lain.
Pelaksanaan Jizyah pada zaman Khalifah Umar al Khattab dijalankan oleh gabenor-
gabenor wilayah. Antara kawasan pungutan jizyah yang penting adalah Baitul Muqaddis ekorankekalahan
Byzantine, babylon, Mesir dan Syria. Kadar bayaran jizyah oleh kerajaan tersebut adalah 19 ribu dirham
setahun dan dibayar terus kepada kerajaan Islam di Madinah..

KESIMPULAN :
Pelaksanaan Jizyah yang dilaksanakan pada zaman Khalifah Umar al-Khattab menyumbang kepada kemajuan
dan kemakmuran negara Islam.

Soalan 27 : Analisiskan pelaksanaan zakat pada zaman Khalifah Abbasiyah abad ke- 9M hingga abad
ke-11M.

PENGENALAN:
• Pengertian zakat,Jenis zakat,Latar belakang kerajaan Abbasiyah abad ke-9 hingga abad ke-11

ISI-ISI PENTING:
1. Pentadbiran institusi zakat
• Khalifah Abbasiyah meneruskan dan memperkukuhkan dasar dan pelaksanaan zakat seperti yang telah
dilaksanakan oleh kerajaan Bani Umayyah.Kerajaan Pusat telah melantik Kadi yang pakar dalam bidang
syariah bagi membantu melicinkan urusan pentadbiran zakat. Khalifah Abbasiyah juga telah mewujudkan
satu jawatan baharu iaitu Ketua Kadi bagi membantu Khalifah dalan urusan pentadbiran zakat. Cth: Khalifah
Harun al Rasyid pernah mendapatkan khidmat nasihat daripada Abu Yusuf tentang isu-isi berkaitan zakat.
• Perkembangan intelektual pada zaman Abbasiyah membentuk empat mazhab awal dalam Islam iaitu
Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, Mazhab Syafie dan Mazhab Hambali. Perkembangan mazhabmembawa
kepada tafsiran zakat berbeza-beza yang mempengaruhi urusan pentadbiran dan pelaksanaannya.
• Pentadbiran institusi zakat di peringkat pusat berada di bawah khalifah maanakala peringkat wilaya di
bawah gabenor.Khalifah melantik amil yang berkelayakan untuk urusan pungutan, agihan dan pemantauan
pelaksanaan zakat.Khalifah dan gabenor menubuhkan baitulmal bagi menyelenggara hasil pungutan zakat
dan sumber-sumber lain serta melantik pegawai khas menguruskan pentadbiran baitulmal berkenaan.

2. Sumber zakat
• Zakat dikenakan kepada umat Islam terbahagi kepada dua iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Mengikut Imam
Syafie, bayaran zakat fitrah dilakukan pada awal bulan Ramadan sehingga pagi 1 Syawal iaitu sebelum
solat sunat Aidilfitri.Zakat harta boleh dibayar apabila cukup tempoh dan kadarnya 2.5 peratus daripada
jumlah harta. Zakat harta pada zaman Abbasiyah meliputi binatang ternakan, emas dan perak termasuk
mata wang negara, harta perniagaan dan barang dagangan, hasil pertanian buahan dan bijian, maadin
(hasil bumi)dan kekayaan laut serta rikaz (harta karun yang tiada pemiliknya dan kadar zakatnya 1/5
daripada jumlah rikaz).Pada zaman khalifah Abdul al Daulah, binatang dikenakan zakat seperti
kambing,biri-biri danlembu yang syaratnya cukup nisab dan haul serta diternak dipadang rumput bebas dan
bukan untuk bekerja.

3. Kutipan zakat
• Pada zaman khalifah Abbasiyah, kutipan zakat dan cukai semakin bertambah berikutan pertambahan
wilayah Islam dan umat Islam serta kepesatan ekonomi. Khalifah menguatkuasakan pungutan zakat secara
tegas dalam usaha menegakkan hukum Allah. Khalifah dan gabenor melantik amil-amil berkelayakan dan
mahir dalam bidang syariah dan matematik di peringkat pusat dan wilayah. Selain itu amil bertugas
memerhatikan golongan berharta, mentaksir dan seterusnya mnegutip zakat daripada mereka. Para
petugas zakatbertanggungjawab memantau pengagihan harta zakat. Zakat boleh dikeluarkan dalam bentuk
harta benda yang ditetapkan atau wang tunai.Khalifah Abbasiyah telah melakukan beberapa
penambahbaikan kepada hukum zakat dan memperluaskan asas zakat dengan mengenakan zakat ke atas
48
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
sesuatu harta yang baharu ditemui atau baharu wujud dalam kalangan masyarakat
Islam.

4. Agihan zakat
• Pada zaman Khalifah Abbasiyah hasil zakat diagih kepada umat Islam yang layak berdasarkan undang-
undang Islam. Lapan golongan umat Islam yang layak menerima zakat iaitu fakir,miskin,amil,muallaf,
riqab(hamba yang dijanjikan olehtuannya untuk dimerdekakan), gharimin, fisabilillah dan ibn sabil.

KESIMPULAN:
Pelaksanaan zakat pada zaman Abbasiyah telah menyumbang kepada kemakmuran dan kemajuan negara
Islam pada masa itu.
Soalan 28 : Bincangkan falsafah dan ciri-ciri pendidikan dalam Islam

PENDAHULUAN :
Pendidikan dapat didefinasikan sebagai usaha menyerapkan ilmu pengatahuan , sama ada secara teori
atau praktikal bagi membentuk peribadi atau watak seseorang individu bagi menempuh kehidupan yang
semakin kompleks. Pendidikan islam dikaitkan dengan beberapa istilah khusus antaranya tarbiyah , ta’lim ,
tadris , ta’dib dan irsyad.Pendidikan merupakan satu proses abadi yang membawa perkembangan mental dan
fizikal serta kesedaran manusia terhadap Tuhan. Pendidikan Islam dikaitkan dengan beberapa istilah seperti
tarbiyah iaitu proses pembentukan peribadi seseorang individu, ta’lim iaitu proses pemindahan ilmu, ta’dib iaitu
proses pembentukan sahsiah sebagimana yang kehendaki oleh Islam dan irsyad iaitu petunjuk berasaskan
syariah

ISI-ISI PENTING

Falsafah Pendidikan Islam


Merupakan Proses Pendidikan Sepanjang Hayat. Tiga elemen falsafah yang kaitkan dengan
pendidikan Islam ialah akidah, ilmu dan amal .Bermula dari dalam buaian hingga ke liang lahad. Kebebasan
kepada semua orang untuk mendapatkan pendidikan tanpa mengira jantina , kekayaan dan warna kulit.
Menuntut ilmu merupakan suatu kewajipan atau fardhu , sama ada kepada kaum lelaki mahupun wanita. Oleh
itu , menjadi tanggungjawab kepada setiap individu untuk mencari ilmu kerana agama islam sendiri memandang
tinggi dan menghormati orang yang menuntut ilmu.

Ciri-ciri Pendidikan Islam


1. Sumber utama berlandaskan al-Quran dan Sunnah
• Sumber yang sah dan hakiki , diikuti sunnah atau hadis Rasulullah SAW. Selain itu, berpandukan
sumber akal dalam bentuk ijtihad dan qias bagi menjelaskan parkara-perkara yang tidak dapat
diterangkan secara jelas oleh sumber al-quran dan sunnah.
• Fokus utama ialah memenuhi keperluan kerohanian , menanamkan kepercayaan dalam pemikiran dan
hati , pemulihan akhlak dan membangunkan jiwa merdeka Menurut ibn khaldun, matlamat pendidikan
islam ialah mempersiapkan seseorang dari segi keagamaan iaitu mengajarnya tentang syiar-syiar
agama menerusi al-Quran dan sunnah.

2. Mempertingkatkan daya pemikiran


• Tahap pemikiran yang tinggi , seseorang itu dapat membuat pelbagai pekerjaan dan menambahkan
daya kreativitinya. Memperlengkapkan akhlak manusia sesuai dengan fungsi kejadian manusia sebagai
khalifah dan hamba Allah SWT yang wajib mengamalkan nilai-nilai akhlak bertunjangkan amal ma’ruf
nahi munkar.

3. Pembangunan seimbang antara aspek Naqliah dan Aqliah


• Membolehkan manusia mengenali pencipta-Nya dan mentaati segala perintah dan suruhan-
Nya.Bersifat dinamis , melibatkan proses pendidikan sepanjang hayat , iaitu bermula daripada buaian
49
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
hingga ke liang lahad.

4. Memenuhi keperluan kerohanian


• Menanamkan kepercayaan dan pemikiran dan hati, Pemulihan akhlak .Membangunkan jiwa merdeka
dan Menekankan nilai dan keikhlasan manusia yang bekerja atau melakukan sesuatu kerana Allah
SWT.

5. Melengkapkan keperluan sosio-budaya


• Seseorang individu akan dapat melengkapkan sosiobudaya kehidupannya dengan membekalkan
kemahiran , kesenian , termasuk muzik , syair , khat , seni bina dan lain-lain.Merupakan satu proses
sepanjang hayat dan bersifat dinamis .Setiap individu diberi kebebasan untuk mendapatkan ilmu
pengetahuan tanpa mengira jantina, warna kulit, kedudukan atau kekayaan. sebagai satu proses
sarwajagat pendidikan mestilah dibiarkan mengalir tanpa sekatan Sehubungan dengan itu,
sememangnya menjadi kewajipan setiap individu untuk menuntut ilmu kerana Islam memandang tinggi
dan menghormati orang yang berilmu

6. Sumber utama ialah al-Quran dan sunnah


• Al-Quran dan sunnah merupakan sumber dalam falsafah pendidikan Islam. Sumber al-Quran ialah
sumber yang sah dan hakiki diikuti oleh sunnah. selain itu pendidikan Islam juga berpandukan sumber
akal, iaitu ijtihad dan qias. Sumber ini dapat menerangkan perkara-perkara yang tidak dapat
diterangkan secara jelas oleh sumber al-Quran dan sunnah..Sumber-sumber ini telah menonjolkan
prinsip-prinsip yang ideal demi membentuk insan sempurna yang mengabdikandiri kepada Allah SWT
untuk mendapat keredaanNya

7. Mewujudkan pembangunan yang seimbang


• Pembangunan yang seimbang ialah dari aspek naqliah dan aqliah supaya dapat mengenali
penciptaNya dan seterusnya mentaati segala perintahNya. penekanan diberi kepada semua aspek
pertumbuhan manusia agar sentiasa seimbang supaya dapat melaksanakan tugas-tugas sebagai
khalifah Allah di bumi ini. Pembelajaran yang diterima oleh seseorang individu dapat membawa
kesedaran kepadanya tentang tujuan dia dicipta. Kesedaran ini akan mendorongnya membangunkan
dunia mengikut ajaran agama Islam

8. Menekankan nilai dan keikhlasan manusia


• Pendidikan akan merangsang seseorang untuk berusaha bersungguh-sungguh. Pendidikan dapat
memimpin manusia ke arah kemajuan hidup yang lebih ideal Pendidikan juga merupakan penilaian
bagi kejayaan atau kegagalan seseorang dalam kehidupannya

9. Melahirkan golongan pelajar yang bersikap positif


• Pendidikan dapat mempertingkat daya pemikiran dan kreativiti seorang individu agar dapat
menjalankan pelbagai pekerjaan

10. Menjadi teras kepada pembentukan insan soleh


• Falsafah pendidikan bertujuan melahirkan insan yang beriman dan beramal. Insan seperti ini akan
bersifat takwa, memiliki sifat-sifat kemanusian yang tinggi dan berkeperibadian mulia. Dengan kekuatan
akhlak yang terpuji dan ilmu yang mendalam, seseorang individu akan mengetahui baik dan buruk
tindakannya

Kesimpulan
Secara amnya, pendidikan Islam bertujuan untuk mendapatkan keredaan Allah supaya merasai
kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat. Menurut al-Farabi, objektif utama falsafah Islam adalah untuk
mendapatkan ilmu demi mentauhidkan Allah SWT. Pendidikan islam adalah untuk mendapatkan keredaan Allah
SWT , membentuk akhlak terpuji , menyedarkan manusia tentang hubungan dan tanggungjawabnya serta
50
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
sebagai persediaan menghadapi kehidupan di dunia dan akhirat.

Soalan 29 : Bincangkan sistem pendidikan Islam di Acheh pada abad ke-16 M hingga ke 17 M.

PENGENALAN:
1.Latar belakang Acheh sebagai kerajaan Islam di Nusantara
2. Latar belakang Acheh sebagai Serambi Mekah.

ISI-ISI PENTING
1. Dasar pendidikan Acheh
• Acheh mempunyai sistem pendidikan islam yang teratur bermula dari peringkat meunasah (rendah),
rangkanh (menengah) dan Jamiah Baitur Rahman (universiti). Pada peringkat meunasah ditekankan aspek
menulis dan membaca bahasa Arab dan al Quran. Manakala pada peringkat rangkang menekankan mata
pelajaran fikah, ibadat, tauhid, sejarah dan tasawuf. Peringkat Jamiah Baitur Rahmanpula merupakan
sebuah institusi universiti yang terdapat 17 bidang pengajian. Pendidikan sekular seperti geografi,sejarah
dan matematikturut mendapat perhatian pada zaman ini.

2. Kurikulum pendidikan Acheh


• Kurikulum pendidikan di Acheh tertumpu pada ilmu Fardu Ain seperti Rukun Iman, Rukun Islam, fiqah,
ibadat dan akhlak. Para pelajar dilatih bernasyid berhubung dengan agama iaitu dinamakan dike (zikir) atau
seulawat (selawat) pada setiap malam Jumaat. Kanak-kanak yangkhatam al Quran diajar beberapa kitab
agama yang ditulis dalam bahasa Jawa dan Acheh seperti kitab perukunan dan Risalah Masail al Muhtadin.
Sejarah Islam diajar dengan cara bercerita.

• Kurikulum peringkat rangkang terdiri daripada ilmu agama dan ilmu umum.seperti geografi, sejarah dan
matematik. Para pelajar menggunakan buku-buku yang ditulis dalam bahasa Melayu dan bahasa Arab.

• Mata pelajaran yang diajarpada peringkat dayah seperti Dayah Teungku Chik ialah bahasa Arab, fikah,
jinayat, fikah munakahat, fikah dauli, sejarah Islam, sejarah negara-negara, ilmu mantik, tauhid/filsafat,
tasawuf,akhlak,ilmu falak,tafsir dan hadis.

3. Institusi pendidikan Acheh


• Madrasah atau meunasah merupakan institusi pendidikan permulaan yang biasanyadiwujudkan diperingkat
kampung. Para pelajar diajar membaca al Quran, membaca danmenulis huruf Arab dan belajar perkara-
perkara asas dalam Islam. Selain itu pelajar juga diajar ilmu Fardu Ain dan sejarah.. Pelajar juga dilatih
bernasyid pada setiap malam Jumaat.
• Masjid berfungsi sebagai pusat pendidikan dan juga pusat kegiatan umat Islam.Masjid juga berperanan
sebagai pusat pendidikan menengah pertama.Cth masjid Baitur Rahman telah dinaik taraf menjadi pusat
pendidikan .
• Rangkang merupakan peringkat lanjutan pelajaran agama, disebut juga pesantren, pondok atau madrasah.
Para pelajar mendirikan pondok kecil mengelilingi masjid. Terdapat beberapa tahap rangkang yang
bergantung kepada tahap ilmu yang dimiliki oleh guru yang mengajar. Terdapat pelajar rangkang yang

51
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
berjaya melanjutkan pelajaran ke Makkah, India dan Mesir. Rangkang yang terkenal
terletak di Banda Acheh. Banyak ulama yang terkenal dari luar negara datang
mengajar di situ dan pelajar-pelajarnya datang dari pelbagai daerah.
• Peringkat pendidikan Dayah disamakan dengan sekolah menengah atas di Indonesia atau madrasah
Aliyah. Dua jenis Dayah iaitu Dayah bersifat khusus dan Dayah bersifat umum. Dayah bersifat khusus
seperti Dayah untuk wanita sahaja dan Dayah yang khusus dalam bidang pertanian, ilmu pertukangan, ilmu
perniagaan menurut syariat Islam. Antara Dayah yang terkenal ialah Dayah Cot Kala dan Dayah Teugku
Chik.
• Jamiah/Universiti Baitur Rahman bermula daripada masjid Baitur Rahman dinaiktarafkan menjadi Jamiah
Baitur Rahman. Ia berfungsi sebagai institusi pendidikan peringkat tertinggi yang terdiri daripada berbagai-
bagai fakulti seperti fakulti ilmu tafsir dan hadis.
• Lembaga Pelaksana Pendidkan
• Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam telah menubuh Lembaga Pelaksana Pendidikan yang terdiri daripada
Balai Setia Hukama, Balai Setia Ulama dan Balai Jamaah Himpunan Ulama.
• Balai Setia Hukama tempat para Ulama dan ahli fikir untuk membahaskan perkara-perkara yang menyentuh
tentang pendidikan.
• Balai Setia Ulama tempat menguruskan masalah-masalah yang berkaitan dengan pendidikan.
• Balai Himpunan Jamaah Himpunan Ulama merupakan kelab perbincangan bagi para sarjana dan ulama
bertukar-tukar pandangan, berseminar,membahaskan masalah pendidikan dan sebagai tempat
mengembangkan ilmu pengetahuan.

4. Tenaga pengajar
• Tenaga pengajar terdiri daripada ulama atau sarjana daripada Acheh dan negara Islam yang lain seperti
Arab,Turki, Parsi dan India.Pada zaman pemerintahan Sultan Alaudin Muda Iskandar Muda Darma Wangsa
Perkasa Alam (1607-1636) terdapat sebanyak 44 orang tanaga pengajar di Jamiah Baitur Rahman.
5. Kaedah pengajaran dan pembelajaran di Acheh
a. Kaedah bercerita untuk mempelajari ilmu sirah dan sejarah.
b. Kaedah halaqah diadakan pada semua peringkat pengajian
c. kaedah perbincangan dan perdebatan dijalankan dalam kalangan para ulama dansarjana. Hal ini bertujuan
untuk perbincangan masalah berkaitan pendidikan.
d. Kaedah tunjuk cara digunakan untuk menunjukkan cara solat
e. kaedah lisan digunakan untuk memantapkan bacaan alQuran dan al Hadis.

KESIMPULAN:
Perkembangan sistem pendidikan Islam di Acheh pada abad ke-16 M hingga abad ke-17 M telah menyumbang
kepada zaman keemasan Acheh terutamanya dalam aspek keilmuan Islam di rantau Nusantara sehingga
Acheh dikenali sebagai Serambi Mekah.

Soalan 30: Usaha dan galakan para khalifah merupakan pendorong utama perkembangan pendidikan
pada zaman kerajaan Abbasiyah. Nilaikan .

PENGENALAN
Pendidikan merupakan suatu keperluan bagi segenap lapisan masyarakat dan menjadi asas untuk
menggerakkan ketamadunan bangsa. Pendidikan dalam perspektif Islam merupakan suatu proses yang
berlaku sepanjang hayat
Kerajaan Abbasiyah (750-1258M) ditubuhkan melalui revolusi yang dilancarkan terhadap pemerintahan
kerajaan Umayyah. Pendidikan telah berkembang pesat di zaman kerajaan Abbasiyah sama ada ilmu agama
mahupun ilmu-ilmu keduniaan

52
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
ISI-ISI PENTING
1. Usaha dan galakan para khalifah
• Khalifah mendirikan pusat-pusat pengajian. Khalifah Harun al-Rasyid membina perpustakaan yang ulung
iaitu Baitul Hikmah di Baghdad. Khalifah al-Makmum menghimpunkan setiap kitab dari daerah taklukannya
seperti Syria, Afrika dan Mesir untuk diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Khalifah al-Mukhtadid Billah
menyelia sudut-sudut dan tempat tertentu di istananya untuk majlis ilmu
• Khalifah memberi pelbagai kemudahan untuk menetap di Baghdad, perbelanjaan tetap dan kedudukan
istimewa kepada golongan cerdik pandai. Khalifah Abu Jaafar al-Mansur, Harun al-Rasyid dan al-Makmum
menggalakkan kegiatan penterjemahan

2. Aktiviti penterjemahan pelbagai ilmu


• Bidang penterjemahan bermula dengan ilmu mantik sehingga tertubuhnya Sekolah Tinggi
Penterjemahan yang pertama di dunia. Penterjemahan dipimpin oleh Hunain bin Ishak dan 90 orang
murid-muridnya. Penterjemah lain seperti Ishak bin Hunain, Hubaisy dan Thabit Qurrah
• Buku-buku falsafah, sains, matematik, perubatan dan astronomi dari pelbagai bahasa diterjemah ke
bahasa Arab. Kesannya lahirlah pelbagai ilmu pengetahuan dan tokoh-tokoh dalam bidang tersebut

3. Kemunculan golongan ulama/tokoh ilmu


• Lahirnya tokoh-tokoh atau golongan ulama yang menjadi tenaga pengajar. Abul Ali al-Hussein ibn
Abdullah ibn Sina atau dikenali sebagai Ibn Sina menghasilkan berpuluh-puluh karya dalam bidang
falsafah dan perubatan. Abu Hamid al-Ghazali atau dikenali sebagai al-Ghazali yang mengarang lebih
kurang 300 buah buku merangkumi falsafah, keagamaan, dan politik
• Maskuih yang menghasilkan buku sejarah yang menyentuh hal-hal kemasyarakatan khususnya bidang
ekonomi. Beliau menulis dengan lengkap sejarah permulaan Bani Buwayh dan hal ehwal pemerintahan
Bani Abbasiyah. Tokoh-tokoh lain seperti al-Kindi, al-Farabi, Abu Hanifah, Malik bin Anas, Ahmad bin
Hanbal al-Bukhari dan lain-lain pakar dalam hadis dan fikah

4. Kewujudan prasarana pendidikan yang baik


• Terdapat institusi pendidikan seperti masjid, surau, kuttab dan istana yang dijadikan sebagai pusat
perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan. Pusat pengajian yang lengkap dan moden didirikan
di seluruh negara seperti di Baghdad, Madinah, Kufah, Kaherah, Balk dan lain-lain. Pusat pengajian
yang terkenal ialah madrasah yang mencakupi pengajian peringkat rendah, menengah, dan tinggi.
Masjid dijadikan tempat utama bagi mempelajari al-Quran, hadis, fikah, tafsir dan kesihatan. Di masjid
diadakan majlis perbincangan dan perbahasan antara para ulama, sarjana, ahli fikir dan lain-lain
berkenaan isu semasa
• Istana khalifah dipenuhi golongan cendekiawan dan cerdik pandai. Istana lebih berfungsi sebagai
gedung ilmu pengetahuan daripada pusat pemerintahan . Madrasah menyediakan kemudahan fizikal
pembelajaran. Madrasah an-Nizamiyah dianggap sebagai institusi pengajian tinggi yang pertama
bertaraf universiti. Pembinaan perpustakaan yang berperanan sebagai tempat membaca, membuat
rujukan, menyelidik, dan belajar secara halaqah. Antara perpustakaan terkenal ialah Baitul Hikmah,
Dar al-Hikmah, dan Khizanat sabur (Dar al-Ilm)

5. Sistem pendidikan yang tersendiri


• Terdapat tiga peringkat pengajian iaitu rendah, menengah dan tinggi. Peringkat permulaan atau rendah
yang bertempat di kuttab atau pondok. Kurikulum peringkat rendah ialah mempelajari al-Quran, sirah
Rasulullah s.a.w. , membaca, menulis, puisi dan ilmu hisab. Di peringkat menengah, ilmu yang diajar
ialah ilmu tafsir, hadis, kalam, tasawwuf, bahasa, usul fiqah, sejarah, geografi dan sebagainya .
Peringkat tinggi ialah pengajian di universiti yang memberi tumpuan kepada pengkhususan ilmu.
Antaranya ialah matematik, astronomi, geometri, kimia, zoologi dan perubatan

53
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
6. Kestabilan politik dan kewangan kerajaan Abbasiyah
• Keadaan politik yang stabil membolehkan prasarana pendidikan disediakan
.Sumber kewangan untuk pembinaan kebanyakan pusat pengajian ketika itu diambil daripada hasil
tanah-tanah wakaf atau perbendaharaan negara

Kesimpulan ,
Sistem pendidikan pada zaman Abbasiyah merupakan titik peralihan penting ke arah mewujudkan
sistem pendidikan yang lebih tersusun. Kedudukan guru mula mendapat tempat dengan disediakan segala
kemudahan dan kemudiannya dibayar gaji. Seterusnya murid-murid telah ditempatkan di sekolah mengikut aras
pembelajaran masing-masing Pada zaman pemerintahan al-Makmum, kota Baghdad dikatakan telah mencapai
puncak kegemilangannya serta mendapat jolokan sebagai pusat kebudayaan antarabangsa.
Soalan 31 : Nilaikan idea-idea yang disumbangkan oleh Al - Kawarizmi dalam bidang matematik.

PENGENALAN
Nama sebenar Al Khawarizmi ialah Abu Abdullah Muhammad bin Musa al-Khawarizmi.Dilahirkan pada
tahun 780M di Khawarizmi (Khiva,Ubekistan). Di barat tokoh ini dikenali dengan pelbagai nama seperti al
Cowarizmi, al Karismi, al Goritmi,al Gorismi dan sebagainya.Sumbangan tokoh dalam bidang matematik
amat ketara , pelbagai idea yang diutarakan seperti pengenalan sistem nombor termasuk sifar dan
mempelopori bidang algebra.

ISI-ISI PENTING
1. Hasil karya
• Karya teragung dalam bidang matematik ialah Mukhtasar al-Jabar awal-Muqabalah. Karya ini
dihasilkan pada tahun 850M atas dorongan khalifah al-Makmun. Karya ini merangkumi topik-topik
algebra yang membantu masyarakat menguruskan hal ehwal faraid, wasiat, perniagaan, pembahagian
pusaka, menghurai istilah-istilah yang diguna pakai dalam disiplin algebra seperti punca kuasa dua serta
persamaan linear dan kuadratik.Buku ini telah diterjemahkan ke bahasa Latin dan menjadi rujukan
penting pelbagai universiti di Eropah sejak abad ke-12M -16M.Karya agung ini menjadikan tokoh digelar
sebagai Bapa al Jabbar (algebra)
• Karya Al-Jami wa al-Tafriq bi Hisab al-Hind (Penambahan dan Pengurangan Menurut perhitungan
Hindu). Karya ini membincangkan masalah aritmetik iaitu satu bidang matematik yang dipanggil ilmu
persamaan. Karya ini berjaya memperkenalkan sistem logorism kepada dunia Barat.
• Karya lain termasuklah Al- Maqala Fi Hisab al Jabr wa al-Muqabilah iaitu buku mengenai Algebra
dan buku ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada kurun ke-12 dan merupakan terjemahan
yang diperkenalkan dalam dunia sains baru kepada barat.
• Bukan itu sahaja, karya-karya lain seperti Al-amal bi’ Usturlab’ dan Al-Tarikh turut memberi sumbangan
dalam kehidupan hari ini.
• Kitab al-Ard (Kenampakan Permukaan Bumi). Kandungannya berkisar bidang matematik dan geografi
iaitu tentang koordinat kota-kota, daftar lintang dan bujur serta zon cuaca.
• Jelaslah bahawa al-Khawarizmi memberi sumbangan yang amat besar dalam penulisan karya-karya
matematik dan menjadi rujukan seluruh dunia hingga ke hari ini.

2. Memperkenalkan ilmu algebra


• Tokoh merupakan pelopor kepada ilmu algebra dan di gelar “Bapa Algebra” Karya teragung dalam
bidang matematik ialah Mukhtasar al-Jabar awal-Muqabalah menjadi rujukan penting dan permulaan
perkembangan ilmu algebra moden. Dalam karya ini di kemukakan 800 contoh algebra. Contoh-contoh
dalam karya ini membolehkan anak muridnya Thabit Ibn Qurah untuk meneruskan penyelidikan yang
lebih mendalam dalam bidng berkenaan
• Al Khawarizmi telah memperkenalkan cabang baharu dalam matematik iaitu ilmu arimetik atau al Jabar

54
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
dan telah menghasilkan karya Al-Jami wa al-Tafriq bi Hisab al-Hind (Penambahan
dan Pengurangan Menurut perhitungan Hindu). Al Jabar merupakan satu bidang
ilmu matematik yang dipanggil. Melalui kaedah pengguaan simbol yang mewakili nombor, nilai atau
pembolehubah tertentu, impaknya telah berjaya menyelesaikan banyak masalah pengiraan yang rumit.

3. Memperkenalkan sistem nombor , sifar dan perpuluhan


• Beliau telah memperkenalkan sistem nombor, sifar dan perpuluhan dalam disiplin ilmu matematik.
Pengenalan sistem nombor oleh al-Khawarizmi membawa implikasi yang amat besar dalam peradaban
manusia sehingga kini. Angka-angka 0 hingga 9 menggunakan simbol-simbol yang mewakili sifat dan
nilai-nilai tertentu. Sistem ini diterjemahkan ke bahasa Latin iaitu De Numero Indorum.Pengenalan
sistem angka dan nombor yang sistematik ini menyebabkan operasi pengiraan matematik dapat
diperluaskan kepada konsep penambahan, penolakan, operasi kuasa dua, log, kosinus, dan
sebagainya. Sistem nombor ini turut membawa kepada perkembangan ilmu sains dan teknologi.

• Al-Khawarizmi merupakan ilmuan pertama yang memperkenalkan angka sifar (kosong) dan perpuluhan
dalam ilmu matematik. Pengenalan angka sifar membawa nilai kerana diterbitkan mengikut siri nombor
yang boleh mencapai tahap infiniti. Angka sifar yang diperkenalkan telah digunakan oleh masyarakat
Eropah dengan sebutan cifre, chiffre, dan zero. Angka sifar ini dibawa ke Eropah oleh Leonardo
Fibnanci dalam karyanya, Liber Abaci.

4. Memperkenalkan istilah-istilah baharu


• Seterusnya, al-Khawarizmi turut memberi sumbangan besar dalam memperkenalkan istilah-istilah
baharu dalam bidang matematik. Istilah-istilah baharu ini diginakan sehingga kini. Antaranya, istilah
pemboleh ubah (x), kuasa dua (x2) dan pemalar (c).
• Contohnya dalam karya Mukhtasar al-Jabar awal-Muqabalah juga mempunyai bab-bab yang meliputi
topik tersebut.Buktinya dalam Bab al-Misahah, al-Khawarizmi telah memperkenalkan teorem iaitu
berkaitan segi tiga sudut tegak sama kaki, mengira luas segi tiga, segi empat dan bulatan, isipadu
bentuk kon, dan piramid.Bab al-Misahah ini secara tidak langsung telah menjadi asas dan dorongan
kepada Ibn al-Haitham meneruskan penyelidikan tentang teori-teori geometri secara kompehensif pada
abad berikutnya.

5. Sumbangan dalam bidang geometri dan trigonometri


• Kedua-dua bidang diatas merupakan pecahan kepada bidang matematik dan ianya dibincangkan dalam
karyanya Hisab al Jabar wa- al Muqabalah.Bidang geometri berkaitan dengan . ciri dan hubungan
antara titik dan garis, sudut, permukaan dan pepejal dalam ruang manakala trigonometri berkaitan
dengan pengiraan segitiga, sukatan sisi dan sudutnya . Kesannya , ilmu yang diperkenalkan oleh beliau
berjaya menghasilkan sifir trigonometri bagi memajukan bidang astronom. Dalam bidang trigonometri,
al-Khawarizmi mengemukakan sejumlah seratus buah jadual mengenai nilai sinus dan kotangen.

6. Menyelesaikan masalah-masalah praktikal


• Melalui pengenalan sistem nombor dan pelbagai ilmu matematik yang berkaitan al-Khawarizmi juga
telah berjaya menyelesaikan isu-isu berkaitan pengiraan zakat dan harta pusaka umat Islam. Penemuan
dan pencapaian beliau dalam bidang matematik juga membantu umat Islam menyelesaikan masalah-
masalah praktikal semasa. Kaedah pengiraan beliau digunakan terutama dalam isu pengiraan dan
pembahagian harta pusaka serta perniagaan. Penggunaan konsep pemboleh ubah turut membantu
dalam pembahagian dan pengagihan zakat.Al-Khawarizmi berjaya mengatasi pengiraan rumit melalui
pelbagai cabang ilmu matematik yang dipeloporinya.

55
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
KESIMPULAN
Kesimpulannya, tidak dapat dinafikan lagi al-Khawarizmi merupakan
seorang tokoh intelektual Islam yang memberi impak yang amat besar dalam disiplin ilmu matematik dunia
hingga kini. Kecemerlangan al-Khawarizmi dalam bidang matematik melayakkan beliau digelar “Bapa
Matematik Moden”.

Soalan 32 : Bincangkan sumbangan Al-Khawarizmi dalam bidang astronomi dan geografi.

PENDAHULUAN
Al Khawarizmi ialah seorang ahli matematik, astronomi serta ahli geografi yang masyhur. Nama
sebenar beliau ialah Abu Abdullah Muhammad bin Musa al-Khawarizmi. Beliau bergangsa Parsi dan
dilahirkan pada tahun 780M di Khawarizm(Khiva,Ubekistan). Al-Khawarizmi seorang tokoh intelektual
Islam yang menguasai pelbagai disiplin ilmu terutama matematik, falsafah,
logic,aritmetik,geometri,muzik dan sebagainya. Tokoh telah memberi sumbangan yang amat besar
dalam bidang pelayaran terutamnya astronomi dan geografi . Antara sumbangan tokoh dapat dilihat
dari segi penghasilan karya-karya , penciptaa peralatan dan sebagainya.

ISI-ISI PENTING
a. Sumbangan dalam bidang astronomi
1. Hasil karya
• buku berjudul Zaijal-Sindhind ( Astronomical Tables of Sind and Hind) membincangkan tentang
peredaran matahari, bulan dan lima planet yang diketahui ketika itu. Beliau merupakan tokoh
pertama yang menghitung jadual astronomi dan memperkenalkan sifir trigonometri.
• Selain itu karya Istikhraj Tarikh al-Yahudi, berkaitan takwim Yahudi.
• Kitab al-Tarikh dan Kitab al- Rukhmat yang membicarakan tentang alat yang menunjukkan waktu
dengan bayangan matahari.
• The Book of Astronomi Table berkaitan dengan gerhana dan fasa-fasa bulan.
• Jelaslah bahawa al-Khawarizmi telah memberi sumbangan karya berkaitan astronomi yang besar
kepada peradaban dunia.

2. Penciptaan peralatan astronomi


• Selain itu, beliau turut mencipta peralatan astronomi termasuk jam dan alat yang menunjukkan
waktu dengan bayangan matahari serta alat kaji bintang.

3. Sumbangan kepada umat islam


• Ilmu kaji bintang dan ilmu falak yang diperkenalkan oleh al Khawarizmi telah memudahkan umat
islam dalam urusan ibadah termasuk melIhat anak bulan untuk memulakan puasa.selain itu,
golongan pelayar islam juga memperoleh manfaat dari penemuan ilmu astronomi beliau.

4. Sumbangan kepada masyarakat dunia


• Seterusnya, al-Khawarizmi turut memberi sumbangan dalam bidang astronomi kepada masyarakat
dunia. Kitab Tarikh dan Kitab al-Rukhmat telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan bahasa

56
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
Cina. Ilmu kaji bintang dan ilmu falak al-Khawarizmi memberi impak besar
terhadap kemajuan sains astronomi dunia.

b. Sumbangan dalam bidang geografi


1. Hasil karya
Sumbangan al-Khawarizmi dalam bidang geografi yang pertama adalah melalui hasil karyanya.
Kitab Surat al-Ard (The Image of Earth) berkaitan dengan koordinat lokasi di Laut Mediterranean,
Asia, Afrika berdasarkan buku Ptolemy. Beliau tidak hanya menyemak pandangan Ptolemy
mengenai geografi tetapi juga membetulkannya termasuk dalan melakarkan semula peta dunia.
Kitab Taqwiinul Buldan adalah karya yang menerangkan secara terperinci buku penulisan
Bethmulus dengan berpandukan buku lama beliau iaitu Kita Surat al-Ard.

2. Menghitung garis khatulistiwa


• Al-Khawarizmi telah berjaya menghitung Garisan Khatulistiwa bumi dan mendapati ukurannya
adalah 40.248 km pada tahun 830M, berbanding penemuan kini ialah 40.070 km.

3. Lakaran peta dunia


• Al khawarizmi merupakan sainstis pertama yang berjaya melakar peta dunia.Beliau melakukan
pemantauan dan kajian terhadap bumi bersama 70 orang ahli geografi yang lain.

4. Sumbangan kepada ketamadunan barat


• Kitab Surat al-Ard( The Image of Earth) telah diterjemahkan ke pelbagai bahasa dunia bersama
peta-petanya. Jelaslah sumbangan al-Khawarizmi dalam bidang geografi menjadi dorongan dan
peransang kepada ahli pelayaran yang lain.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, al-Khawarizmi merupakan tokoh ilmuan muslim terulung zamannya.
Kecemerlangannya dalam bidang astronomi dan geografi menyebabkan beliau dikenali sebagai “Ahli
falak Diraja”. Beliau mampu bertugas di balai cerap yang didirikan oleh khalifah Al-Makmun di kota
Baghdad. Kemajuan dunia penerokaan dan pelayaran juga kesan daripada sumbangan beliau dalam
ilmu geografi dan bentuk muka bumi.

Soalan 33 : Falsafah merupakan aspek sumbangan intelektual penting al-Ghazali sehingga


terkenal dengan gelaran Hujjatul Islam (Pembela Islam). Bincangkan

PENDAHULUAN
Nama sebenar Imam al-Ghazali ialah Muhammad al-Thusi al-Imam Abu Hamid al-Ghazali. Abu Hamid
al-Ghazali dilahirkan pada tahun 450H (1058M) di desa Ghazalah, pinggir kota Tus, bahagian timur laut
negara Iran. Sebagai individu yang tekun menuntut dan ilmu pengetahuan, beliau telah berjaya menguasai
pelbagai cabang ilmu seperti usuluddin, usul fiqh, mantik, membaca hikmah dan falsafah. Antara guru yang
pernah mengajar beliau ialah Imam al-Radzakani, Imam al-Abi Nash al-Ismaili, dan Imam al-Haramain Abu
Ma’ali al-Juwaini. Dalam dunia Islam, al-Ghazali mendapat gelaran Hujjatul Islam (Pembela Islam ) kerana
kepetahan beliau berhujah membela Islam dalam pelbagai aspek intelektual termasuk bidang falsafah.

ISI-ISI PENTING (Sumbangan al-Ghazali)


1. Falsafah
• Aspek falsafah merupakan antara sumbangan penting al-Ghazali sehingga beliau terkenal dengan gelaran
Hujjatul Islam.
• Sumbangan al-Ghazali dalam bidang falsafah bermula dengan penulisan kitab Maqasid-Falasifah (Tujuan
Ilmu Falsafah) yang membincangkan teori falsafah.
57
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
• Kitab Tahafut al-Falasifah yang membincangkan penyelewengan falsafah
Barat tentang fizik dan metafizik daripada sudut pandangan Islam.
• Al-Ghazali lantang menegur falsafah Aristotle berkenaan kewujudan dunia ini sejak azali dan tiada
permulaan.Al-Ghazali menyatakan dunia berasal daripada tidak ada kepada ada dan diciptakan oleh
Tuhan.
• Beliau berjasa dalam membela Islam (Hujjatul Islam) daripada pengaruh bidaah dan aliran rasionalisme
Yunani yang menyesatkan. Ini dapat dilihat dalam penulisannya apabila beliau banyak mematahkan hujah
pihak yang keterlaluan ketika membahaskan isu-isu yang timbul, khasnya perbincangan ilmu kalam. Al-
Ghazali membahaskan ilmu kalam menurut methodolgi Rasulullah SAW dan para sahabat serta
menguatkan hujah berteraskan al-Quran, as-Sunnah dan perbahasan para sahabat.
• Menurut al-Ghazali, perdebatan berdasarkan hujah akal tanpa berpaksikan sumber primer hanya akan
menambahkan lagi kerisauan dan kecelaruan dalam masyarakat Islam.
• Al-Ghazali membahagikan kepada tiga, golongan yang membahaskan falsafah. Atheis iaitu golongan yang
mengingkari wujudnya pencipta yang mentadbir seluruh alam. Natural ialah golongan ilmuan yang banyak
mengkaji berkaitan dengan tabiat, kejadian dan anatomi manusia, tumbuhan dan haiwan. Golongan ini
mendakwa apabila mati mereka tidak akan hidup semula, justeru mereka menafikan adanya hari akhirat.
Teologi pula adalah golongan yang membincangkan soal-soal ketuhan seperti Plato, Aristotle dan Socretus.
Mereka membahaskan perkara-perkara berkaitan ketuhanan dengan bersumberkan akal.
• Al-Ghazali adalah orang pertama yang mengklasifikasikan semula ilmu falsafah kepada enam bahagian
iaitu matematik, mantiq, fizik, ketuhanan, siasah dan akhlak. Kitab al-Ma’riful’ Aqaliyah (Ilmu Pengetahuan
Yang Rasional) memaparkan tentang hakikat kewujudan ilmu-ilmu yang rasional serta tujuan
penghasilannya.
• Kepetahan al-Ghazali dalam berhujah telah membela dan menyelamatkan akidah umat Islam daripada
terus direntap oleh fahaman falsafah ketuhanan Yunani yang tidak bertauhid kepada agama yang suci, iaitu
Islam.

2. Keagamaan
• Sumbangan al-Ghazali dalam bidang keagamaan juga sangat penting dalam membela kesucian agama
Islam sehingga digelar Hujjatul Islam.
• Kitabnya yang sangat terkenal dalam bidang keagamaan adalah Ihya’ Ulumuddin (Menghidupkan Ilmu-Ilmu
Agama). Kitab tersebut dikarang ketika beliau berumur 50 tahun menjadi jalan keluar kepada pelbagai
fahaman dan aliran. Kitab ini yang merangkumi ilmu akidah, fiqah, falsafah, akhlak dan tasawuf masih
menjadi rujukan umat Islam masa kini.Kitab ini menerangkan doktrin dan amalan dalam Islam dan cara
mengaplikasikan perkara tersebut dan menjadikannya sebagai asas kepada kehidupan kerohanian.
• Kitab lain yang terkenal adalah Ayyuha al-Walad (Aduhai Anakku) pula penting kerana mempunyai nasihat
beliau kepada anak muridnya tentang ilmu terbaik yang terdiri daripada lapan perkara dan diterjemah ke
dalam bahasa Turki.

3. Penghasilan Karya
• Al-Ghazali merupakan pemikir Islam yang meninggalkan jasa yang dapat dinilai melalui hasil-hasil
karyanya. Dunia amat mengagumi al-Ghazali melalui penulisannya di mana beliau merupakan pengarang
yang amat hebat dan berada dalam kelas yang tersendiri. Kebolehan beliau mengarang tidak dapat
disangkal lagi terutamanya oleh sarjana Barat dan sepanjang hayatnya, beliau telah mengarang lebih
daripada 300 buku.Penulisan al-Ghazali meliputi skop ilmu yang sangat luas iaitu merangkumi bidang
falsafah , keagamaan dan kenegaraan.Kebanyakan hasil karya beliau ditulis dalam bahasa Arab dan Parsi.
Beberapa karyanya kemudiannya telah diterjemah ke dalam pelbagai bahasa Eropah untuk dijadikan
rujukan di pusat-pusat pengajian tinggi. Hasil-hasil tulisan al-Ghazali telah mempengaruhi ahli fikir Islam
selepasnya seperti Jalaluiddin ar-Rumi, Ibn Rusyd dan Syah Waliyullah.
• Hasil karya beliau yang terkenal termasuklah kitab Ihya’ Ulumuddin (Menghidupkan Ilmu-Ilmu Agama),
Maqasid-Falasifah (Tujuan Ilmu Falsafah) yang membincangkan teori falsafah. Kitab Tahafut al-Falasifah
(Kesesatan Ahli Falsafah) membincangkan penyelewengan ahli falsafah dan Al-Iqtishad fil I’tiqad

58
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
(Kesederhanaan Dalam Kepercayaan ) membincangkan soal kepimpinan bagi
sesebuah negara Islam.

4. Pendidikan
• Al-Ghazali juga banyak memberi pandangan dalam bidang pendidikan berdasarkan pengalamannya
sebagai seorang pelajar, guru dan ketua di Madrasah Nizamiyyah. Pada tahun 484 Hijrah al-Ghazali telah
dilantik sebagai pengetua (atau boleh juga dikatakan jawatan ketua profesor) al-Madrasah an-Nizamiyyah
di Baghdad (yang tarafnya sama dengan Universiti Islam pada hari ini). Ini adalah satu pencapaian yang
sangat tinggi, kerana dalam usia baru tiga puluh empat tahun, beliau telah diberi gelaran Syeikh al-Islam,
iaitu setinggi-tinggi pangkat dari segi akademik dan keagamaan yang rasmi. Al-Ghazali memegang jawatan
ketua di Madrasah Nizamiyah, Baghdad selama 5 tahun.
• Di universiti tersebut, beliau memberi kuliah dalam bidang hukum dan teologi dan telah menjalankan tugas
barunya ini dengan baik. Dia telah menarik perhatian daripada ramai para pelajar, yang dekat mahupun
yang jauh. Nama al-Imam Abu Hamid al-Ghazali telah menjadi sangat terkenal di waktu itu, sebagai
seorang alim yang sangat fasih memberikan huraian-huraian pelajaran, sangat pandai berdebat dengan
hujah-hujah yang jitu, serta sangat luas dan dalam pula ilmunya.

5. Kenegaraan/Politik
• Al-Ghazali terkenal dalam bidang sains politik di mana penulisannya terbahagi kepada dua perkara iaitu
teori kenegaraan dan teori pemerintahan. Buku-bukunya iaitu Mustazh-hiri, al-Munqiz Minad Dhalal, Al-
Iqtishad fil I’tiqad (Kesederhanaan Dalam Kepercayaan ) membincangkan soal kepimpinan bagi sesebuah
negara Islam.

KESIMPULAN
• Imam al-Ghazali memanfaatkan ilmu yang dipelajari daripada tokoh-tokoh ulama serta kebijaksanaan
beliau berhujah dengan mengemukakan pandangan-pandangan yang bernas menyebabkan beliau
disanjung tinggi oleh umat Islam. Gelaran hujjatul Islam yang diberikan kepada beliau sememangnya amat
tepat berdasarkan sumbangan yang telah diberikan oleh beliau. Imam al-Ghazali berjaya mempertahankan
kemurnian Islam sekali gus mengelak penyelewangan fahaman oleh barat.

Soalan 34: Sejauhmanakah Kitab Ihya Ulumuddin telah memperkenalkan Al Ghazali sebagai
“Hujjatul Islam” pada abad 11 M.

PENDAHULUAN
Imam al-Ghazali atau nama sebenarnya Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin
Muhammad bin Ahmad al-Ghazali, lahir di pinggir Kota Thus, timur laut Iran pada 1058M. Sejak kecil Al
Ghazali mengembara untuk mendalami pelbagai disiplin ilmu. Antara guru beliau termasuklah Imam al-
Radzakani dan Imam al-Abi Nash al-Ismail‟li. Kealiman beliau telah membolehkan beliau menguasai
ilmu falsafah, usuluddin, fekah, mantik dan ilmu hikmah. Gelaran al-Ghazali diambil sempena pekerjaan
bapanya sebagai pemintal bulu kambing (al-ghazzal). Pendapat lain mengatakan gelaran ini diambil
sempena nama kampung kelahirannya Al-Ghazalah. Dalam dunia Islam, al-Ghazali mendapat gelaran
“Hujjatul Islam” (pembela Islam) kerana kepetahan beliau berhujah membela Islam.

ISI-ISI PENTING
1. Hasil karya
• Imam al-Ghazali telah mengarang lebih daripada 300 buah kitab.Kitab Ihya Ulumuddin
(Menghidupkan Ilmu-ilmu Agama) adalah kitab yang terkenal yang dihasilkan oleh beliau. Kitab
tersebut dikarang ketika beliau berumur 50 tahun dan menjadi jalan keluar kepada pelbagai fahaman
aliran hingga ke hari ini. Kitab ini yang merangkumi ilmu akidah, fikah, falsafah, akhlak, tasawuf masih
menjadi rujukan sehingga ke hari ini. Kitab ini mempunyai peranan dan pengaruh yang sangat besar
dalam menangkis serangan materialisme dan juga atiesme. Imam al-Ghazali memberi tajuk kitab beliau
59
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
iaitu Ihya‟Ulumuddin dan dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai “Revivalof
religious Sciences‟ yang membawa maksud “Menghidupkan Kembali Ilmu-ilmu
Agama‟.

2. Penyelamat akidah umat islam


• Selain itu, penulisan al-Ghazali meliputi skop ilmu yang sangat luas iaitu merangkumi bidang falsafah ,
keagamaan, kenegaraan dan tanggungjawab sebagai ketua negara.Sumbangan al-Ghazali dalam
bidang falsafah bermula dengan penulisan Kitab Maqasid-Falasifah (tujuan ilmu Falsafah) yang
membincangkan teori falsafah dan kitab Tahafut al-Falasifah yang membincangkan penyelewengan
falsafah Barat tentang fizik dan metafizik daripada sudut pandangan Islam. Al-Ghazali lantang menegur
falsafah Aristotle berkenaan kewujudan dunia ini sejak azali dan tiada permulaan manakala al- Ghazali
menyatakan dunia berasal daripada tidak ada dan diciptakan oleh tuhan. Hujah- hujah yang dikemukan
oleh al-Ghazali sesungguhnya dapat menyelamatkan akidah umat Islam dari terus direntap oleh
fahaman falsafah Yunani yang tidak bertunjangkan ketuhanan yang Esa.

3. Sumbangan dalam politik.


• Al-Ghazali seorang yang sangat berani mengemukan idea baharu, bahkan sanggup mengkritik
pemimpin yang mula meninggalkan ajaran Islam yang sebenar.Hal ini kerana belaiau mempelajari ilmu
sains politik daripada Imam Juwaini. Beliau menghasilkan karya Mustaz-hiri, Al- Munqiz Minad Dhalal
dan Istishad fil I‟tiqad. Karyanya Iqtishad fill’tiqad membincangkan soal kepimpinan bagi sebuah
negara Islam. Beliau juga menyatakan cara untuk membaiki urusan politik dengan memberi pengertian
permasalahan, menasihati pemimpin dan menegur dengan bahasa yang keras dalam karyanya berjudul
al-Tik al- masbuk fi Nasihat al-Muluk. Tindakan beliau telah berjaya memperbaiki keadaan pemimpin
pada masa tersebut.

4. Sumbangan dalam pendidikan


• Di samping itu, al-Ghazali juga menghasilkan Kitab Ayyuhadaal-Walad (Aduhai Anakku) juga penting
kerana mempunyai nasihat beliau kepada anak muridnya tentang ilmu terbaik yang terdiri daripada
lapan perkara dan telah diterjemahkan ke dalam bahasa Turki. Jelaslah beliau banyak memberi
pandangan dalam bidang pendidikan berdasarkan pengalamanya sebagai seorang murid,guru dan
ketua di Madrasah Nizamiyah.

KESIMPULAN
Kesimpulanya, al-Ghazali merupakan pembela Islam dan pemikir Islam yang meninggalkan
jasa yang dapat dinilai melalui karya-karyanya. Beliau telah menguasai disiplin ilmu yang menunjukkan
bahawa beliau seorang yang sangat komited terhadap ilmu pengetahuan, terutamanya dalam bidang
falsafah, keagamaan dan politik. Lahirnya beliau di tengah-tengah umat Islam berhadapan pemikiran
Barat dengan menangkis dan memberi hujah yang bernas telah melayakkan beliau digelar dengan
Hujjatul Islam.

Soalan 35 : Huraikan sumbangan Ibn Khaldun yang dianggap oleh sarjana barat sebagai tokoh dan
ahli fikir yang tiada bandingannya.

PENDAHULUAN
Nama penuhnya adalah Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Abi Bakr Muhammad ibn
al Hasan Ibn Khaldun. Beliau lahir pada 27 Mei 1332 di Tunisia dan meninggal 17 Mac 1406 di
Kaherah, Mesir. Merupakan tokoh pemikir Islam yang berpengaruh pada abad ke-14M. Kepelbagaian
pemikiran beliau meliputi pelbagai disiplin ilmu pengetahuan seperti kemasyarakatan, agama, ilmu
pengetahuan, falsafah dan politik. Beliau dianggap oleh sarjana Barat sebagai tokoh dan ahli fikir yang tiada
bandingannya kerana sumbangan-sumbangan intelektual beliau.

ISI-ISI PENTING (Sumbangan Ibn Khaldun)


60
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
1. Hasil Karya
• Antara sumbangan Ibn Khaldun sehingga dikagumi oleh sarjana barat sebagai
tokoh dan ahli fikir terkenal adalah sumbangan dalam penghasilan karya.
• Karya al-Muqaddimah iaitu pendahuluan kepada bukunya yang kedua, al-’Ibar wa Diwan al-Mubtada’wa
al-Khabar fi Ayyam al-’Arab wa al-’Ajam wa al-Barbar, merupakan karya agung beliau dalam bidang
persejarahan. Kitab tersebut merupakan ensiklopedia sintesis tentang metodologi sains kebudayaan yang
penting dan dapat membantu ahli sejarah menghasil kajian yang benar dan ilmiah. Kitab tersebut
mambahaskan secara terperinci tentang sejarah dan persejarahan.
• Isi kandungan kitab tersebut dibahagi kepada enam bab (manusia, masyarakat badwi dan primitif,
pemerintahan khalifah-khalifah dan raja-raja, pendidikan dan ekonomi) dan mengandungi bahagian asasi
(disiplin falsafah,falsafah sej & falsafah sains sosial) dan tidak asasi (geografi, kebudayaan, ilmu
pengetahuan, perusahaan, peradaban, politik, agama dan falsafah).
• Kitab tersebut menjadi bahan kajian yang menarik kerana pendekatannya yang rasional, kaedah serta
perbahasan yang analitikal dan terperinci. Al-Muqaddimah menjadi kitab rujukan paling utama pada
zamannya hingga kini kerana ia merupakan kitab pertama yang dihasilkan mengenai falsafah sejarah.
• Karya lain – At-Ta’riif bi Ibn Khaldun (kitab autobiografi, catatan daripada kitab sejarahnya) dan Lubab al-
Muhassal fi Ushul ad-Din (kitab tentang permasalahan dan pendapat-pendapat teologi).

2. Kaedah Penyelidikan
• Selain daripada itu, tokoh juga memberi sumbangan penting dalam kaedah melaksanakan penyelidikan.
Beliau menggunakan kaedah penyelidikan yang mirip kepada sosiologi. Beliau menekankan sifat-sifat
semula jadi dan sebab-sebab peristiwa sejarah yang berlaku. Menurut beliau, pengkaji pristiwa tanpa
memahami sifat-sifat semula jadi atau latar belakang sesuatu peristiwa ialah sejarah am manakala pengkaji
peristiwa yang memahami sifat-sifat semula jadi atau latar belakang merupakan sejarah khas (terbahagi
kepada dua : zahir dan batin). Ahli sejarah sebelum beliau kurang mengetahui tentang sosiologi masyarakat
dan mereka hanya menulis berdasarkan maklumat-maklumat yang disalurkan.
• Sumbangan ini membuatkan beliau dikagumi oleh ahli-ahli intelektual lain.

3. Ilmu Pensejarahan
• Ibn Khaldun turut memberikan sumbangan besar dalam ilmu pensejarahan.
• Sumbangan dalam bidang teori dan pendekatan sejarah agak jelas apabila ia memperkenalkan konsep
pendekatan multi-disciplinary. Melalui pendekatan ini kajian sejarah turut dibantu oleh aspek inteltual lain
seperti sosiologi dan geografi. Pendekatan beliau menyebabkan Ibn Khaldun dianggap sebagai pengasas
pensejarahan dan sosiologi moden.
• Beliau juga merupakan ahli sejarah pertama yang mengkaji segala aspek kehidupan sosial orang Islam dan
melihat sejarahnya daripada perspektif sosiologi masyarakat yang dapat memberikan keterangan-
keterangan yang releven kepada semua tindakan sosial manusia.
• Ibn Khaldun memberi tafsiran sejarah berdasarkan psikologi, ekonomi, sosial, alam sekitar dan geografi.
• Ibn Khaldun menganalisis sesuatu tamadun dari segi permulaan, faktor kegemilangan dan kejatuhan.
Sesebuah tamadun tertegak atas hasil gabungan antara rohani dan jasmani. Ibn Khaldun berjaya
memurnikan ilmu sejarah dengan menjadikan rasional sebagai kayu ukur fakta sejarah tanpa fanatik
kepada sesuatu laporan yang tidak terbukti kebenarannya.
• Ibn Khaldun menggariskan empat perkara yang perlu dilakukan oleh sejarawan dalam penelitian dan
analisis laporan sejarah. Pertamanya beliau membandingkan antara peristiwa-peristiwa dengan
berdasarkan kaedah sebab dan musabab. Keduanya dengan mengkaji peristiwa-peristiwa lalu untuk
dijadikan ikhtibar kepada peristiwa yang sedang berlaku. Ketiga, mengambil kira pengaruh iklim dan alam
sekitar terhadap perkara yang berlaku. Seterusnya mengambil kira kedudukan ekonomi dan budaya
terhadap peristiwa yang berlaku.
• Teori persejarahan beliau dikembangkan oleh ahli sejarah Barat melalui penterjemahan kitab al-
Muqaddimah.

61
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
4. Ekonomi
• Ibn Khaldun juga turut memberi sumbangan dalam bidang ekonomi.
• Beliau tidak melihat fungsi utama manusia dalam aktiviti perekonomiannya seumpama haiwan ekonomi
(economic animal). Beliau menganggp manusia itu sebagai manusia Islam (Islamic man / ome Islamicus)
yang memerlukan pengetahuan ekonomi untuk memenuhi misinya di atas bumi ini.
• Beliau tidak menolak ekonomi pasaran bebas. Mengemukakan teori bahawa kehidupan perekonomian
sentiasa menghala ke arah pelaksanaan keseimbangan antara penawaran dan permintaan.
• Menegaskan bahawa pengeluaran adalah berasaskan kepada faktor buruh dan kerjasama masyarakat.
Walaupun faktor pengeluaran seperti tanah telah tersedia, beliau masih menganggap buruh merupakan
faktor terpenting dalam proses pengeluaran untuk menghasilkan matlamat akhir.

5. Budayawan
• Ibn Khaldun juga seorang penggiat budaya dan kesusasteraan Arab. Pengajian kesusasteraannya dengan
Syeikh Muhammad Bahr di Tunisia dimanfaatkan untuk menajamkan kemahirannya dalam syair.Beliau
menghasilkan syair semenjak kanak-kanak lagi. Kemahiran beliau dalam bidang ini jelas kelihatan dalam
penulisannya, al-Muqaddimah ketika beliau membahaskan tentang syair Arab.

KESIMPULAN
Ibn Khaldun telah meletakkan titik mula bagi tradisi intelelek pemikiran bebas Islam dan Arab. Beliau
menekankan prinsip sebuah kerajaan yang bertanggung jawab, kecekapan pasaran, penyiasatan sains
empirikal, pengkajian sosialogi, dan penyelidikan sejarah. Beliau dianggap oleh sarjana Barat sebagai tokoh
dan ahli fikir yang tiada bandingannya kerana sumbangan-sumbangan intelektual beliau.

Soalan 36 : Al-Mas’udi dianggap sebagai tokoh penerokaan Islam yang penting kerana berjaya
membetulkan kefahaman pelaut dan ahli-ahli pelayaran. Bincangkan.

PENDAHULUAN
Abul Hasan Ali Al-Masu'di merupakan salah seorang pakar sains Islam, ahli sejarah, geografi dan falsafah.
Beliau dilahirkan pada tahun 896 di Baghdad, Iraq dan meninggal pada tahun 956 di Mesir. Al-Mas’udi
menjelajah hampir ke seluruh pelosok dunia. Pernah mengembara ke Sepanyol, Rusia, India, Sri Lanka dan
China serta menghabiskan umurnya di Syiria dan Mesir. Catatan himpunan kisah perjalanan dan
pembelajarannya yang menyentuh aspek sosial dan kesusasteraan, sejarah, perbincangan mengenai agama
serta penerangan geografi menjadikan beliau sebagai tokoh penerokaan Islam yang terkenal. Catatan beliau
dalam ilmu pelayaran telah berjaya membetulkan kefahaman pelaut dan ahli-ahli pelayaran yang keliru akan
beberapa ilmu pelayaran.

ISI-ISI PENTING (Sumbangan al-Mas’udi)


1. Ilmu Pelayaran
• Salah satu sumbangan penting al-Masudi sebagai tokoh penerokaan Islam adalah dalam ilmu pelayaran
yang berjaya membetulkan kefahaman pelaut dan ahli-ahli pelayaran yang keliru.
• Al-Mas’udi menyelesaikan masalah yang timbul dalam kalangan pelaut dan ahli pelayaran yang keliru
tentang nama-nama lautan yang dilalui semasa melakukan pelayaran.
• Beliau memberi gambaran tentang laluan dari Teluk Parsi ke Laut China.
• Beliau turut menjelaskan tentang laluan pelayaran bagi bangsa Arab melalui pantai Afrika.
• Membetulkan kefahaman pelaut-pelaut yang menyatakan bahawa setiap laut adalah berasingan. Beliau
menyatakan bahawa lautan bersambungan antara satu sama lain.
• Membetulkan kefahaman pelaut berbangsa Arab yang menganggap bahawa Laut Kaspia dan Laut Hitam
bersambung. Hasil soal selidiknya mendapat kedua laut tersebut berasingan.
• Memberi pandangan tentang jarak antara benua Eropah dengan China iaitu setengah lingkungan bumi.

62
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
• Catatan dan penjelasan beliau telah telah berjaya membetulkan beberapa
kekeliruan oleh pelaut dan ahli-ahli pelayaran pada ketika itu.

2. Ilmu Geografi
• Al-Mas’udi juga merupakan tokoh penerokaan yang penting kerana sumbangannya dalam ilmu geografi.
Beliau telah menghasilkan sebuah ensiklopedia geografi melalui karya agungnya Muruj al-Dhahab Ma’addin
al-Jawahir. Kitab ini menggabungkan geografi fizikal dan geografi manusia. Beliau cuba menggabungkan
geografi dengan disiplin sejarah agar kajiannya lebih relevan dan subjektif.
• Beliau menyokong teori Determinisme Alam Sekitar iaitu faktor persekitaran iaitu iklim yang dipengaruhi oleh
planet mempunyai pengaruh yang rapat dengan sikap manusia.
• Bulan dan matahari menentukan nasib atau jalan hidup orang utara menyebabkan mereka berbakat tinggi
dalam peperangan manakala manusia di selatan mempunyai sifat lebih sederhana dan sentiasa bertafakur.
• Al-Mas’udi membahagikan dunia kepada dua bahagian iaitu bahagian Barat dan bahagian Timur.
• Beliau mengaitkan fenomena alam sekitar dengan kehidupan manusia seperti menjelaskan sifat-sifat
ketegasan, kearifan dan kecergasan Arab Badwi berkait dengan kualiti alam sekitarnya yang asli.
• Beliau memberi penerangan secara terperinci dalam karyanya al-Muruj terhadap perkara yang dilihat
mengenai geografi fizikal. Contohnya tentang gempa bumi yang menyebabkan tumbangnya menara
Iskandariah, gambaran Laut Mati, lapisan bumi, kincir angin di Sijistan yang merupakan penemuan baharu
orang Islam.
• Beliau juga membuat kajian tentang tanah fay dan mengkaji flora dan fauna yang wujud di India.

3. Ilmu Sejarah
• Sumbangan Al-Mas’udi dalam ilmu Sejarah juga tidak dapat dinafikan terutamanya melalui catatan beliau
sepanjang penerokaan. Melalui karya Muruj al-Dhahab wa Ma’addin al-Jawahir, al-Mas’udi menceritakan
tentang pemerintahan Khalifah Abdullah Ibn Mohammad di Sepanyol dan kisah pelayar muslim, Khaskhash
Ibn Saeed Ibn Aswad dari Cordova.
• Teknik penulisan sejarah al-Mas’udi menggunakan kaedah tematik (at-tasnif al-maudu’i) berbeza dengan
sejarawan lain yang menggunakan pendekatan al-hauliyyat (penulisan berdasarkan tahun). Tema-tema
penulisannya meliputi bangsa, raja dan dinasti.
• Dalam pemaparan sejarah, beliau menyajikan bahan yang menarik, dikuatkan dengan peristiwa politik,
peperangan dan informasi tentang masyarakat dan adat istiadatnya di samping pembatasan geografi.
• Pendekatan ilmu sejarah beliau telah diikuti oleh sejarawan lain seperti Ibn Khaldun.

4. Bidang Sains
• Al-Mas’udi juga turut membuat beberapa catatan dan pandangan berkaitan ilmu sains sepanjang
penerokaan beliau. Beliau merupakan pengarang pertama yang menceritakan tentang kincir angin yang
dicipta oleh seorang saintis Islam di Sijistan.
• Catatan lain beliau adalah mengenai petroleum yang dinamakan ‘atam’.
• Beliau adalah salah seorang pengarang terawal yang berani mengutarakan beberapa aspek takrif evolusi,
daripada mineral kepada tumbuh-tumbuhan dan daripada tumbuhan kepada haiwan sebelum berakhir
dengan manusia.

5. Penghasilan Karya
• Pengalaman penerokaan Al-Mas’udi ke seluruh pelosok dunia menjadikan beliau sebagai seorang
pengarang hebat dalam penghasilan karya.
• Karya Muruj adh-Dhahab wa Ma’adim al-Jawahir (The Meadows of Gold dan Mines of Gens), mengisahkan
pengalamannya yang menjelajah banyak negara dan mengenali pelbagai bangsa selain mengalami
perubahan iklim.
• Muruj al-Zaman (The History of Time) sebanyak 30 bab pula menceritakan sejarah politik, geografi dan
keadaan masyarakat negara yang dilawatinya.
63
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
• Selain itu, Kitab al-Ausat, mengandungi kronologi peristiwa sejarah yang
berlaku sepanjang penerokaan beliau.
• Kitab al-Tanbih wa al-Ishraf (Book of the Middle) pula mengandungi kajian sistematik tentang sejarah yang
bersandarkan kepada ilmu geografi, sosiologi, antropologi dan ekologi.
▪ Karya-karya hebat beliau telah menjadikan Al-Mas’udi sebagai tokoh penerokaan Islam yang penting.

KESIMPULAN
Sumbangan Al-Mas’udi dalam pelbagai bidang ilmu berdasarkan pengalaman pengembaraan telah
menjadikan beliau sebagai tokoh penerokaan Islam yang penting. Beliau banyak membuat penemuan,
pemerhatian dan penyelidikan dalam pelbagai bidang ilmu. Beliau turut menyumbang beberapa pendapat
dan pandangan yang bernas tentang beberapa teori dan membetulkan pemahaman serta kekeliruan tokoh-
tokoh yang lain.

Soalan 37 : Nilaikan sumbangan Ibn Majid dalam bidang pelayaran dan geografi.

PENDAHULUAN
Nama sebenar ialah Shihab al-Din Ahmad bin Majid al-Najdi. Dilahirkan di Julphar. Merupakan pelayar
Arab terkemuka pada abad ke-15 M. Keturunan Ibn Majid adalah ahli pelayaran kerana datuk dan
bapanya sangat mahir dalam bidang pelayaran. Mendapat gelaran “Singa Laut‟ kerana kemahirannya
belayar di Lautan Hindi.Antara sumbangan dalam bidang pelayaran dan geografi ialah menghasilkan
karya dan meyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelayar.

ISI - ISI PENTING


A) Sumbangan dalam bidang pelayaran
1. Hasil karya
• Pengembaraan Ibn Majid dirakamkan dalam kitab berjudul al-Fawaid fi Usul Ilm al-Bahru wa al-Qawaid
(Pedoman Tentang Prinsip dan Peraturan Pelayaran) yang diterbitkan pada 1490M. Kitab ini
menjelaskan tentang jarum magnet, kompas, laluan lautan Hindi, pengenalan sepuluh buah pulau
termasuk Pulau Jawa, Sumatera dan Ceylon (sri Lanka).
• Kitab Hawiyat al-Ikhtisar fi Usul Ilm al-Bihar .Kitab ini menerangkan panduan tentang tanda hampirnya
darat yang perlu diketahui oleh ahli pelayaran. Kitab ini juga memuatkan ilmu tahun, ilmu bintang, dan
laluan laut di pantai Laut Arab, Hijaz , Syam dan Afrika.
• Kitab al -Urjuzah al Mu’arrabah yang menceritakan tentang pelayaran di Teluk Aden , Yaman
• Kitab Urjuzah Bir al- ‘Arab menceritakan tentang pelayarannya di sepanjang pantai Laut Arab dan
Teluk Parsi.
• Kitab al-Qadimah Makiyyah pula menghuraikan huraian lengkap mengenai laluan di Laut Merah dari
Jeddah ke Tanjung Fartak, Calicut, Daibul, Gujerat dan Hormuz.
• Kitab Qailah al- Islam fi Jami’ al- Dunya yang menghuraikan tentang arah kiblat dari mana-mana
bahagian darat dan laut.
• Kitab Kanz al-Mu’alimah mengenai khazanah ahli pelayaran dan sains laut , bintang, planet dan
kawasan kutub yang belum diketahui.

2. Mencipta peta dan kompas


• Ibn Majid mempunyai beberapa penemuan dalam bidang pelayaran dan kelautan. Beliau terkenal
sebagai ahli pembuat peta dan kompas juga. Setiap penjelajahan, beliau dibantu oleh alat canggih
seperti kompas yang direkanya sendiri yang mempunyai 32 arah mata angin. Dengan bantuan kompas,
beliau berjaya menjelajahi daerah Pantai Benua Afrika mulai dari Laut Merah ke arah selatan lalu ke
Barat Morocco dan Laut Tengah.

3. Menyertai pelayaran bersama Vasco Da Gama


• Pada tahun 1498 Masihi, Ibn Majid bersama-sama dengan Vasco da Gama telah melakukan ekspedisi
pelayaran. Walaupun ekspedisi itu diketuai oleh Vasco da Gama , namun Ibn Majid merupakan orang
64
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
yang mengendalikan perjalanan laut dari Malindi , Pantai Timur Afrika (benua Afrika)
ke Calicut di India. Vasco da Gama telah melantik Ibn Majid sebagai ketua pelayaran
semasa penjelajahannya. Kejayaan Ibn Majid dalam membantu Vasco da Gama dalam misinya
menjadikan beliau lebih terkenal di seluruh benua Islam dan Barat.

4. Menghasilkan ensiklopedia ilmu pelayaran


• Ibn Majid mengemukakan prinsip-prinsip asas pelayaran, rumah agam lunar, perbezaan pelayaran
antara pantai, dan laut lepas, lokasi Bandar-bandar di Afrika Timur hingga Indonesia, kedudukan
bintang, kisah mengenai monsoon dan angina bermusim.

B) Sumbangan dalam bidang geografi


1. Membuat perincian berkaitan lautan tertentu
• Ibn Majid mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang geografi. Beliau telah memberi penjelasan
terperinci berdasarkan teori yang direka ciptanya sendiri tentang Laut Arab, laut Hindi, Selat Melaka,
Laut Jawa dan Laut China Selatan.
2. Membuat catatan terhadap kawasan yang dilawati
• Ibn Majid telah membuat catatan berkaitan tempat-tempat yang beliau telah kunjungi pada sepanjang
pelayarannya khususnya Melaka, Sumatera, Brunei, Champa, Palembang, Sunda, Surabaya,
Andaman, Karimun, Singapura, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Klang, Maluku dan
lain-lain tempat. Catatan beliau adalah berkaitan aspek sosiobudaya, politik, ekonomi, agama dan alam
sekitar.
3. Melakukan kajian geografi fizikal
• Ibn Majid juga melakukan kajian tentang geografi fizikal iaitu satu bidang yang mengkaji “geografi
astronomi‟ tentang planet bumi, alam semesta dan hubungan antara keduanya. Kajian ini juga
menumpukan aspek geomorfologi yang menyentuh aspek dan teori-teori tentang khusus sesuatu
kawasan dan kejadian bentuk-bentuk bumi serta taburannya pada tempat-tempat tertentu. Kajian ini
disebut juga sebagai „geografi kawasan‟. Beliau membuat kajian tentang geografi fizikal dari aspek
ciri-ciri fenomena yang ada hubungan dan pengaruh kosmik seperti pasang surut air dan pengaruh
edaran kosmik terhadap perubahan-perubahan geografi serta ciri-ciri litosfera, hidrosfera dan
biogeografi.
4. Mencipta konsep-konsep tentang atmosfera
• Ibn Majid juga menyumbang terhadap penciptaan konsep-konsep tentang atmosfera dan cuaca. Kajian
atmosfera merujuk tentang kejadian bumi yang dikaitkan dengan graviti, gas, pepejal, wap air. Situasi
ini mempengaruhi cuaca dan iklim di bumi keseluruhannya. Keadaan-keadaan inilah yang membentuk
angin, awan, hujan, salji, kabus, ribut, taufan dan sebagainya.
5. Mencipta teori sebab musabab pasang surut air, asal kejadian lautan dan kemasinan air laut.
• Ibn Majid dan beberapa ilmuan Islam lain turut menumpukan aspek-aspek sebab-musabab pasang
surutnya air, asal kejadian lautan, dan kemasinan air laut. Mereka telah mengemukakan beberapa teori
seperti pasang surut air disebabkan oleh hubungan haba yang terbit daripada sinar matahari dan bulan
serta pergerakan air laut adalah bertalian dengan arah pergerakan angin.

KESIMPULAN
Ibn Majid merupakan tokoh pelayaran Islam yang menjadi perintis ilmu pelayaran moden.
Sumbangan Ibn Majid dalam ilmu pelayaran telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat Barat
untuk menjelajah dan meneroka dunia Timur. Sejarawan Barat menghargai sumbangan Ibn Majid yang
dianggap sangat bernilai kepada dunia pelayaran moden sehingga dianggap sebagai jurupandu yang
membantu Vasco da Gama mencari jalan laut dari Afrika ke India.

65
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021

Soalan 38: Jelaskan sumbangan Ibn Battutah dalam bidang penjelajahan dan penerokaan.

PENDAHULUAN
Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Abdullah bin Muhammad bin Ibrahim al- Lawati al-Tanji.
Dilahirkan pada 24 Februari 1304 M di Tanjah, Morocco (Mahgribi).Ibn Battutah memulakan
pelayaranya pada usia 21 tahun dan merupakan tokoh pelayar yang terkenal pada zaman
pertengahan. Sepanjang pengembaraan, beliau mencatat keadaan geografi, sosial , adat,
keagamaan, politik dan ekonomi tempat-tempat yang dilawatinya.Antara sumbangan tokoh dalam
penjelajahan dan penerokaan ialah melalui hasil karyanya.

ISI -ISI PENTING


1. Hasil karya
• Ibn Battutah mencatat sejarah perjalanan dan pengembaraan dalam karyanya Tuhfah al-Nizar fi
Gharaib al-Ansar wa Ajaib al-Asfar (Rihlah Ibn Battutah)
• Buku ini dihasilkan atas permintaan Sultan Maghribi iaitu Sultan Abi’ Inan al- Marini yang kagum akan
cerita-cerita dan pengalaman Ibn Batuttah.

2. Lokasi dan peringkat pelayaran


• Ibn Battutah mengembara selama hampir 28 tahun dan pegembaraannya melalui 4
peringkat.Peringkat pertama dari Maghribi ke Hijjaz (Makkah) merentasi Utara Afrika (algeria, Tunis,
Libya dan Mesir) dan menuju ke Palestin dan Syria.
• Peringkat kedua , dari Makkah ke selatan Iraq , Parsi ,Anatolia, Kota Baghdad dan kembali ke Makkah
• Peringkat ketiga, dari Makkah ke utara Afrika merentasi Yaman melalui Laut Merah, menyusuri pantai
selatan Semenanjung Tanah Arab sehigga ke Oman dan Bahrain yabg terletak di Laut Parsi dan
kemudian kembali ke Makkah melalui jalan darat.
• Keempat, dari Makkah ke Turki , Asia Tengah , Asia Tenggara dan kembali ke Maghribi

3. Sumbangan dalam bidang pengembaraan / pelayaran


• Sepanjang pengembaraan, Ibn Battutah menjelajah 3 benua iaitu Benua Afrika, Benua Eropah dan
Benua Asia yang bermula dari Afrika Utara, Afrika Barat, Eropah Selatan, Eropah Timur, Eropah
Tengah, India, Asia Tengah, Asia Tenggara dan China.
• Ibn Battutah telah menjejaki 44 buah negara dengan jumlah perjalanan mencapai 117 000 km (73 000
batu), dan telah meletakkan beliau setaraf dengan pengembara terkenal seperti Marco Polo. Para
Orientalis menggelarnya sebagai The Prince of Muslim Travellers.
• Hasil pegembaraanya tokoh telah menghasilkan catatan tentang kota Damsyik, Makkah,
Konstantinople, syiraz dan Asfahan

4. Dorongan kepada ahli pelayar lain


• Pengembaraan Ibn Battutah telah memberikan inspirasi dan dorongan kepada ahli-ahli pelayaran islam
dan Barat untuk mengikut jejak langkahnya. Antara pelayar islam ialah Ibn Hawqal dan Sulayman al-
66
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
Mahri manakala pelayar barat seperti Vasco da Gamma.

5. Sumbangan kepada tamadun dunia


• Kitab al- Rihlah yang dihasilkan oleh tokoh telah menarik perhatian para sarjana sejarah seluruh dunia
dan telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Inggeris, Portugis , Perancis dan
Jerman.Buktinya kitab ini diterjemahkan dalam bahasa Inggeris oleh Prof H.A.R. Gibb dengan tajuk
The Travel of Ibn Battutah.
• Pengembaraan tokoh telah menyebabkan berlakunya interaksi antara tamadun islam dan dunia luar
.Perkara yang dibawa oleh beliau ialah ilmu-ilmu berkaitan ajaran islam. Selok belok pelayaran , ilmu
perkapalan dan lain-lain. Catatannya menjadi sumber panduan kepada para pelayar Barat seperti
Vasco Da Gama yang berusaha mencari jalan ke Timur dan akhirnya telah berjaya sampai ke timur
pada abad ke-15 hingga 16 M .
6. Sumbangan dalam bidang geografi
• Ibn Battutah telah berjaya meningkatkan pengetahuan geografi sejak Ptolemy dan telah memberi
persepsi baharu terhadap geografi.Beliau menulis catatan geografi tentang negara-negara yang
dikunjunginya. Beliau membuktikan bahawa iklim khatulistiwa tidak sepanas iklim di Afrika Utara.
Beliau menyatakan bahawa zon torrid tidak sepanas seperti yang disangka. Catatan Ibn Battutah amat
penting dalam pemilihan tapak bagi pangkalan perdagangan Arab. Hal ini membuktikan bahawa tokoh
telah berjaya meningkatkan pengetahuan geografi kepada masyarakat dunia.

7. Sumbangan dalam bidang sejarah


• Melalui kitab aj- Rihlah Ibn Battutah telah memperkenalkan disiplin baharu ilmu pensejarahan melalui
methologi penulisan sejarah menggunakan kaedah pemerhatian , pengalaman , temuramah dan
sebagainya.
• Kitab ini merupakan rekod sejarah penting Zaman pertengahan kerana catatnnya menjadi satu
daripada sumber sejarah bagi negara-negara yang dilawatinya. Contoh bagi negara-negara Afrika
Barat sumber sejarahnya banyak bergantung pada catatan Ibn Battutah.
• Kitab ini juga merakamkan sejarah pelbagai aspek kehidupan bangsa seperti politik, ekonomi, sosil,
agama dan sebaginya.
• Ibn Battutah banyak menulis tentang sejarah negara islam terutamanya India semasa pemerintahan
Sultan Mahmud Tughluq, Anatolia, Maldaves, Afrika , China dan sebagainya. Catatan Battutah turut
menjadi sumber rujukan tentang kedatangan islam ke China dan Alam Melayu.

8. Sumbangan dalam bidang sosiologi


• Ibn Battutah berkongsi maklumat terperinci melalui hasil catatan beliau dari segi perbandingan budaya
, peradaban, sosial, ekonomi, dan geografi masyarakat setempat berdasaarkan pengamatannaya
apabila singgah di tempat tersebut.
• Contohnya beliau mencatat tentang budaya , adat dan amalan ritual oleh penganut hindu di India
termasuk tentang Sungai Ganges yang digunakan untuk penyucian diri.
• Battutah juga turut mencatatkan bahawa sepanjang pengembaraanya ke 44 buah negara, China
merupakan negara yang paliang aman

9. Sumbangan dalam bidang diplomatik


• Sepanjang pengembaraannya Battutah telah menemui ramai tokoh berpengaruh dalam kerajaan
seperti sultan, menteri, pegawai dan sebagainya.
• Keperibadian , akhlak, beragama, berwibawa, mahir berkomunikasi dalam pelbagai bahasa seperti
Parsi, Turki dan kemahiran diplomasi menyebabkan beliau diberi layanan yang baik oleh pemerintah
dan masyarakat tempat yang dilawatinya.
• Beliau juga pernah dilantik sebagai kadi oleh Sultan Muhammad Tughlug di Delhi India dan diberi
kepercayaan menjadi utusan ke China pada tahun 1342M\Di parsi Sultan aiMalik al-Zahir memberikan
penghormatan kepada beliau sebagai seorang ulama dengan menyediakan sebuah tongkang besar
yang lengkap dengan peralatan untuk pelayaran ke negara China
67
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
• Ibn Battutah juga diberi penghormatan mengikut rombongan menemui kaisar
Byantine dan di sana beliau telah diberikan layanan yang baik.

10. Sumbangan dalam bidang keagaman


• Ibn Battutah banyak mengembara dan merantau untuk memperdalam ilmu agama menjadikan beliau
arif dalam bidang perundangan Islam dan mazhab Maliki. Antaraa matlamat pengembaraannya adalah
untuk mendalami ilmu agama. Hal ini terbukti apabila beliau tinggal di Mekah. Ibn Battutah banyak
menyumbang kepada penyebaran agama Islam sepanjang pengembaraannya.
• Antaranya beliau menetap selama 8 tahun di India dan dalam tempoh masa tersebut, beliau
memegang jawatan Kadi Besar semasa pemerintahan Muhammad Tughluq.
• Beliau turut dilantik sebagai kadi di Kepulauan Maldives selama 18 bulan dan semasa meninggal dunia,
beliau masih menyandang jawatan kadi di Maghribi

11. Sumbangan dalam bidang politik


• Ibn Battutah memberi sumbangan terhadap perkembangan politik.dalam karya al-Rihlah .Beliau
banyak mencatat tentang sistem pemerintahan dan undang-undang sesebuah negara.
• Fakta yang digunakan adalah berasaskan sumber utama iaitu dengan merujuk kepada pemerintah dan
pegawai tertinggi pada masa tersebut. Contohnya beliau banyak mencatat perkembangan politik di
India pada zaman kerajaan Tughluq kerana pernah menyandang jawatan kadi di sana selama 7 tahun.
• Catatan temuramah pemerintah, wazir dan pegawai tinggi ini boleh dianggap sebagai dokumen dan
sumber primer sejarah politik di India.

KESIMPULAN
Sumbangan pengembaraan Ibn Battutah sangat penting kerana menjadi asas kepada manusia untuk
melangkah ke arah kemajuan dan perkembangan ketamadunan manusia. Sumbangan beliau juga
memperkayakan bidang pensejarahan terutamanya dunia Islam dan sejagat.

Soalan 39 : Huraikan ciri-ciri seni bina Andalusia pada abad ke-13M.


PENDAHULUAN
Seni bina bermaksud sesuatu yang bersifat halus atau lembut dan mengandungi unsur-unsur
keindahan.Keindahan tersebut dicetuskan daripada kemahiran dalam binaan, reka bentuk binaan dan
pertukangan. Andalusia terletak di Semenanjung Iberia (Sepanyol dan Portugal) dan Kerajaan Islam
telah memerintah Andalusia selama lebih kurang 800 tahun (93 – 897 Hijrah). Kini Andalusia di kenal
sebagai Sepanyol.Semasa pemeritahan kerajaan islam terutamanya pada zaman Dinasti Nasriyyah
seni bina islam berkembang dengan pesat seperti Alhamara yang menjadi The Artistic Genius of
Muslim Spain. Ciri-ciri seni bina di Andalusia dapat dilihat dari pelbagai aspek seperti asas binaan,
motif, fungsi binaan dan sebagainya.

ISI -ISI PENTING


1. Asas seni binaan yang berkualiti tinggi
• Bahan binaan yang digunakan terdiri daripada batuan yang kukuh dan mampu bertahan untuk tempoh
masa yang lama. Seni bina di Granada amat mementingkan hiasan dalaman berbanding luaran.
Buktinya, bangunan universiti, istana, serta masjid (kini gereja) masih bertahan hingga kini. Antara
bahan yang digunakan untuk hiasan dalaman ialah jubin, batu bata, plaster, tembikar, besi dan batu
marmar. Bahan-bahan binaan ini bukan sahaja dapat mewujudkan keunikan pada bangunan yang
dibina, malah dapat melanjutkan usia bangunan. Contohnya, dinding istana al-Hambra diperbuat
daripada batu batan yang terdiri daripada campuran tanah, kapur dan batu kerikil berwarna merah.
Tembok istana turut dihiasi dengan gambar-gambar setinggi empat kaki (dari bahagian bawah tembok)
manakala bahagian atas tembok pula ditutup dengan plaster simen. Lantai istana pula diperbuat
daripada marmar putih bersegi empat.Bangunan ini juga dibina berdasarkan pengiraan geometri dan
matematik bagi mengukuhkan lagi binaannya.
68
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021

2. Mempunyai pengaruh asing dalam seni bina – pengaruh Kristian


• Seni bina di Andalusia banyak dipengaruhi oleh model-model dari Timur yang bercirikan seni khat
berbentuk arabic dan geometri.Selain itu seni bina di sini juga turut dipengaruhi seni bina barat.
Buktinya terdapat seni bina di Andalusia yang mengandungi gabungan unsur-unsur daripada bangsa
Parsi, Roman, Turki dan Byzantine pada binaan bangunan-bangunan utama zaman tersebut.
Gabungan teknologi pelbagai bangsa ini dapat dilihat pada binaan bangunan masjid dan istana.
Malahan gereja-gereja Kristian juga cuba meniru reka bentuk bangunan-bangunan dan masjid di
Cardova. Misalnya, tumpuan diberikan kepada hiasan dalaman dengan ukiran- ukiran bercorak flora
dan geometri, binaan bumbung yang tinggi serta mempunyai ruang peredaran udara yang mencukupi
dan pencahayaan yang sesuai supaya suasana selesa sepanjang masa dalam bangunan-bangunan
berkenaan.
3. Mengandungi reka bentuk Islam / masjid
• Bercirikan islam bermula di Kota Cardova dan diikuti bandar Toledo, Serville, Granada , Amneria,
Saragossa dan Velencia meliputi pelbagai jenis bangunan dan binaan. Seni bina Islam berkembang di
Andalusia dan telah mendapat sokongan daripada pemimpin- pemimpinnya. Kesenian seni bina ini
telah berkembang di Andalusia dengan begitu pesat. Misalnya dinasti Nasriyyah telah meninggalkan
seni bina yang agung, iaitu Al Hamra yang masih tetap menjadi The Artistic Genius of Muslim Spain.
• Pada penghujung kurun ke-10 Masihi, Cordova telah mempunyai 1600 masjid. Reka bentuk Islam
terserlah pada binaan masjid di Andalusia yang sangat indah dan elok sekali buatannya contohnya
Masjid Cordova. Dinding masjid dihiasi dengan corak geometri dan tulisan Arab (khat) yang sangat
cantik. Terdapat juga hiasan di kubah, mimbar, pintu gerbang, menara dan ruang-ruang khas atau
taman-taman di kawasan dalaman dan luaran masjid.

4. Mempunyai binaan yang unik


• Keindahan bangunan-bangunan di Andalusia mempunyai binaan yang unik dan kompleks pelbagai
guna. Keistemewaan ini bukannya terletak pada luaran sahaja tetapi juga bahagian dalamannya.
• Buktinya dalam binaan masjid terdapat 900 tempat mandi umum, 60 300 rumah orang kenamaan,
setiausaha, dan ketua-ketua tentera, 213 077 rumah orang kebanyakan dan 80 455 buah kedai.
• Pembinaan Al-hambra atau Istana al- Hamra yang dibina oleh al-Ahmar dipenuhi dengan hiasan yang
berwarna emas dengan reka bentuk yang sangat menarik. Al-Hamra dianggap antara bangunan yang
terindah di dunia. Istana ini mengandungi beberapa buah bilik yang berukuran sederhana, dua buah
dewan besar serta mempunyai halaman yang dihiasi dengan kolam air pancut dan taman. Di
sekitarnya, terdapat 128 batang tiang bulat yang diperbuat daripada marmar.
• Antara binaan yang unik dan menarik yang terdapat di Granada ialah dua buah menara yang tinggi
dan berkilau yang dibina di atas Banjaran Sierra Nevada. Kepentingan binaan menara ini ialah dapat
melihat keindahan kota Granada dengan taman-taman bunga dan pohon buah- buahan yang subur .

5. Motif corak hiasan


• Hiasan-hiasan yang dihasilkan sangat indah dan banyak menggambarkan corak tumbuh- tumbuhan
dan haiwan. Hasil daripadanya lahir ilham reka bentuk geometri yang halus dan kompleks disulami
pula tulisan dan ukiran Arab (khat) yang indah. Keindahan bangunan- bangunan di Andalusia juga
memperlihatkan tulisan kaligrafi yang mengandungi ayat al Quran, puji-pujian dan gelaran pemerintah.
• Contohnya, Masjid al-Mulk yang didirikan oleh Sultan Muhammad II. Di atas pintu masuk masjid ini
tertera sepotong tulisan Arab, Azza Maulana al-Sultan Abdillah dan dibawah perkataan tersebut
terdapat sebuah syair yang menyentuh agama Islam. Pada bahagian mihrab masjid pula terdapat
hiasan yang diperbuat daripada emas yang bertatahkan permata zamrud dan yaqut. Permukaan
dinding masjid berkenaan pula dipenuhi dengan hiasan ukiran yang berselang-seli dengan ayat-ayat
yang menggunakan tulisan Arab seperti al-Mulkulillah.

3. Kesenian Granada / Mudejar


• Kesenian seni bina Islam di Andalusia dibahagikan kepada dua kategori, iaitu kesenian di Granada
69
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
dan kesenian luar Granada atau Mudejar. Kesenian seni bina di Granada dihasilkan
oleh seniman Islam dan melambangkan reka bentuk Islam. Manakala kesenian seni
bina luar Granada atau Mudejar pula dilahirkan bersama oleh orang Islam dan bukan Islam pada abad
ke-13 dan ke-14 Masihi. Misalnya Alcazar di Seville dan Gereja Toledo. Seni Bina Andalusia
mempunyai fungsi khas antaranya menara untuk tujuan pemantauan manakala bahan binaan
disesuaikan untuk menyerap cuaca sejuk dan panas, pencahayaan dan gema bunyi.

KESIMPULAN
Kemewahan material dan perhiasan mula digunakan apabila tamadun Islam pada zaman Umayyah
bertembung dengan tamadun yang lebih maju dalam binaan seperti tamadun Byzantine dan Parsi.

Soalan 40: Analisiskan ciri-ciri seni bina di India pada abad ke-16 hingga 17 Masihi.

PENDAHULUAN
Seni bina ditakrifkan sebagai bidang seni untuk mendirikan bangunan, reka bentuk dan reka letak yang
dibina oleh manusia. Sepanjang zaman pemerintahan kerajaan Moghul di India terdapat ciri-ciri seni
bina Islam yang dihasilkan dan menggambarkan kegemilangan tamadun Islam. Antara tokoh terhebat
kerajaan Moghul yang telah menyumbangkan kemajuan dalam bidang seni bina yang memaparkan
kegemilangan tamadun Islam ialah Syah Jahan (1627-1658 M). Antara seni bina yang hebat ialah
masjid, istana dan makam diraja.

ISI -ISI PENTING


1. Pengaruh Luar - Parsi, Turki dan Arab dalam seni bina tempatan
• Sebelum kedatangan Islam ke India, seni bina pada zaman tersebut dipengaruhi oleh agama Buddha.
Namun setelah Islam mula bertapak di India, seni bina Islam telah meresap masuk seperti Parsi, Turki
dan Arab bergabung dengan seni bina tempatan yang akhirnya menghasilkan dan mempunyai
keunikannya tersendiri dalam menonjolkan hasil seni binaannya. Ciri-ciri seni bina Islam dengan
adanya ukiran tulisan khat ayat-ayat suci al-Quran, hadis-hadis dan syair-syair Arab, bentuk arabic dan
corak geometrian menjadi motif seni reka yang dijadikan hiasan pada dinding- dinding bangunan
masjid, istana dan rumah kediaman.Monumen tersebut dapat dilihat melalui binaan Taj Mahal di Agra,
Kota Merah di Delhi, dan Makam Humayun di Delhi serta beberapa seni bina yang lain.
● Ciri-ciri seni bina Islam berkonsepkan masjid yang kebiasaannya terdapat kubah, ukiran kaligrafi ayat-
ayat al- Quran , unsur air dan menara.Buktinya bagunan masjid yang di hias dengan seni khat Arab.
Selain itu, Masjid Lapan Mutiara di Agra yang lengkap dengan kubah-kubah berbentuk baharu berupa
bunga teratai membuktikan pengaruh Parsi dalam seni bina Monghul.Contoh lain ialah istana tersohor
di Fathapur Sikri yang didirikan oleh maharaja Akhbar juga terdapat gabungan gaya tempatan dan
pengaruh Parsi.
● Mempunyai pengaruh tamadun Islam , terdapat ruang pemisahan antara lelaki dan perempuan,
mengutamakan keselamatan, keselesaan, pencahayaan dan sebagainya.

2. Motif corak hiasan - ukiran dan kaligrafi


• Istana dan masjid di India dihiasi dengan ukiran dan kaligrafi ayat-ayat al-Quran. Terdapat juga ukiran
berbentuk geometri dan berasaskan alam seperti bunga dan tumbuh-tumbuhan. Contohnya, ukiran
khat di Taj Mahal diukir oleh Amanat Khan yang dibawa dari Parsi. Begitu juga makam Humayun dihiasi
kaligrafi Arab yang bermotifkan tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan serta geometri.Bahagian dalam
Alhamara di hiasi dengan ukiran geometri bermotifkan bunga-bungaan, ukiran khat naskah dan kufi
tanpa motif makhluk hidup.

3. Bahan binaan daripada batu dan kayu sebagai sumber asas.


70
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
• Seni bina di India banyak menggunakan batu dan kayu sebagai sumber asas
kerana mudah diperoleh. Gabungan kedua-dua material ini memperkukuhkan dan
mencantikkan lagi struktur binaannya. Batu bata dijadikan asas binaan bangunan-bangunannya yang
terdiri daripada pelbagai saiz. Bahan binaan yang digunakan sangat berkualiti. Kebanyakannya
menggunakan marmar dan batu bata merah. Permukaan dinding bangunan pula dihiasi dengan lukisan
mozek yang indah, seramik serta lukisan-lukisan dari teknik stucco. Contohnya, struktur Makam
Humayun dibina daripada batuan merah, bata putih, marmar hitam dan putih. Penggunaan bahan ini
bertujuan untuk mengurangkan bahang. Taj Mahal juga dibina daripada marmar biru dan putih
manakala kubu yang terkenal dengan nama Kota Merah pula dibina menggunakan batu bata merah
pada struktur binaan khususnya pada bahagian dinding.Ketahanan bahan binaan terbukti dengan
bagunan tersebut masih kekal hingga kini.

4. Kompleks pelbagai guna


• Seni bina bangunan biasanya merangkumi istana, makam diraja, dewan, taman rekreasi, masjid ,
menara tinjau dan lain-lain contohnya seni bina Taj Mahal, seni bina Kota Merah/ Kubu Merah dan
Makam Humayun.
• Pembinaan Taj Mahal merangkumi bahagian makam, dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau
dan lain-lain. Bumbung, kubah, dan menara Taj Mahal diperbuat daripada marmar putih serta seni
mozek yang indah. Kubah berbentuk oktagon dikelilingi empat menara meruncing. Digunakan juga 43
jenis batu permata termasuk berlian, jed, Kristal, topaz, dan nilam dalam pembinaannya. Dindingnya
dihiasi ayat-ayat al-Quran yang diukir dengan huruf khat thuluth oleh Amanat Khan yang dibawa dari
Parsi.
• Kota Merah atau Lal Qil’ah adalah istana bagi Maharaja Moghul serta menjadi pusat pentadbiran Delhi.
Pembinaannya menggunakan batu bata berwarna merah yang menampilkan warna “monokrom‟.
Terdapat juga kubu sepanjang dua kilometer yang berfungsi sebagai tembok pertahanan. Kota ini
berbentuk octagon, mempunyai dua pintu gerbang (Lahore Gate dan Delhi Gate). Pembinaannya
merangkumi Dewan Umum, Dewan Khusus, Ruang peribadi maharaja, Ruangan Maharani, Masjid
Moti, Hayat Bakhsh Bag, tempat bersiram raja, Menara Melati, tempat tinggal gundik-gundik dan isteri-
isteri maharaja, tempat tinggal peribadi maharaja, Naqqar Khana dan ruang kerja maharaja. Dibina
menggunakan batu marmar dihiasi corak-corak flora dan ada dua kubah di dalamnya serta terdapat
banyak aliran air terjun.
• Seterusnya pembinaan Makam Humayun mengandungi kubah, mihrab, ukiran ayat-ayat al- Quran dan
kedudukan makam mengarah ke kiblat. Monumen ini dibuat daripada batu bata berwarna merah dan
putih dan marmar berwarna putih dan hitam dengan dihiasi taman-taman dan air pancut yang sangat
indah serta dikelilingi tembok-tembok yang kukuh.
• Seni bina binaan masjid yang didirikan di India pada zaman Moghul dilengkapi dengan menara-
menara yang dihiasi indah terutama dengan seni khat Arab. Unsur-unsur lain ialah terdapatnya kubah-
kubah yang berbentuk baharu seperti bunga teratai yang mempunyai puncak yang meruncing. Binaan
kubah yang yang dipenuhi dengan mozek pelbagai warna menggambarkan gabungan gaya Parsi
dengan gaya tempatan. Pada zaman kekuasaan kerajaan Moghul telah terbina masjid yang besar dan
istana yang didirikan dalam sebuah kompleks. Contohnya, Masjid Lapan Mutiara di Agra. Selain itu,
masjid pada zaman ini juga mampu memuatkan Jemaah yang ramai. Misalnya Masjid Jama‟ di Delhi
mempunyai ruang solat yang luas (muat 25 000 orang dalam satu masa). Malah struktur binaan masjid
ini amat menarik dengan lantai yang diperbuat daripada batu marmar serta dinding dan mihrabnya
yang dihiasi dengan ayat-ayat suci al-Quran. Masjid ini juga mempunyai dua menara, tiga pintu
gerbang, tiga kubah, ruang solat terbuka, lantai marmar dan batu merah, kolam takungan air dan dihiasi
kaligrafi al-Quran khasnya pada mimbar dan mihrab.

# bahagian ini di hurai dengan lengkap supaya jika soalan tanya tentang monumen ini sahaja
pelajar boleh jawab dengan baik

71
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
5. Kubah berbentuk baharu - kubah, menara, pintu gerbang
• Kebanyakan binaan masjid atau istana di India memakai kubah berbentuk
bawang. Binaan ini menggambarkan gabungan bentuk kubah gaya Parsi dengan gaya tempatan.
Binaan makam diraja dan kubu Kota Merah juga turut mempunyai kubah. Kubah adalah suatu ciri
binaan di India. Kubah dan mihrab pada makam diraja dibina menghadap kiblat serta dihiasi dengan
ukiran ayat al-Quran.
• Masjid dan makam di India mempunyai menara. Menara-menara ini dihiasi indah terutama dengan
seni khat Arab seperti Masjid Lapan Mutiara di Agra. Kebiasaannya menara dibina secara bersendirian
iaitu terpisah daripada bangunan induk
• Kebiasaannya di pintu masuk istana dibina pintu gerbang atau gapura. Pintu gerbang akan
menyerlahkan lagi kehebatan bangunan berkenaan. Binaan istana pada zaman pemerintahan
kerajaan Mughal mempunyai sedikit kelainan kerana gapura jalan masuk ke istana dihiasi dengan
patung gajah. Pintu gerbang juga dibina terpisah daripada bangunan istana yang diselangi dengan
kawasan lapang. Binaannya daripada marmar dan batu bata merah yang kukuh serta mempunyai ciri
keselamatan yang baik.

6. Ciri keselamatan
• Istana di Fathpur Sikri yang di bina oleh Maharaja Akhbar mempunyai ciri -ciri keselamatan yang baik.
Terdapat pintu gerbang yang dibina sebagai pintu masuk menyerlahkan kehebatan binaan ini. Pintu
gerbang yang terpisah oleh sebuah lorong dan terdapat juga satu kawasan lapang yang memisahkan
pintu gerbang kedua dengan bangunan istana tersebut. Di sekeliling istana terdapat tembok batu yang
mempunyai ruang rasmi tempat bersemanyam pemerintah.
• Terdapat menara tinjau yang dibina secara berasingan dari bangunan induk.Ciri ini berbeza dengan
seni bina arab.
• Kota Merah yang merupakan binaan sepanjang 2 km yang lengkap dengan ruang khas seperti ruang
mengadap dan ruangan khusus untuk maharaja merupakan bagunan yang lengkap dengan ciri
keselamatan yang berfungsi sebagai benteng pertahanan.

7. Pancutan air
• Bagunan seperti masjid, istana dan makam akan dihiasi dengan taman bunga yang berwarna
warni.Taman-taman bunga ini diberi nama-nama khusus seperti Taman Bunga Shalamah di Lahore,
Taman Bunga Dara Shikoh di kashmir dan Taman Bunga Shalamar Bagh di Delhi.
• Unsur pancutan air dalam seni bina taman bunga di India membuktikan ia dipengaruhi tamadun islam
khasnya Arab. Pancutan air ini menambahkan lagi kecantikan dan keindahan monumen yang dibina
seperti istana dan makam diraja.

KESIMPULAN
Kepelbagaian binaan di India serta ciri-cirinya yang unik menggambarkan penerusan legasi Islam oleh
kerajaan Mughul di India. Kewujudan seni bina tersebut menggambarkan agama Islam tidak menolak
kesenian. Malah menjadi simbol kegemilangan ketamadunan Islam yang telah bertahan beratus-ratus
tahun lamanya.

72
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021

TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

Soalan 41 : Perluasan kuasa barat pada zaman KhalifahTurki Uthmaniyah berlaku kerana faktor politik dan
ekonomi. Jelaskan.

PENDAHULUAN
Kerajaan Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman Ertuhgul pada tahun 1289 merupakan empayar islam
Islam terbesar yang memerintah lebih 600 tahun. Akhir pada ke-17M, kerajaan Uthmaniyah
berhadapan dengan pelbagai masalah dalaman dan luaran termasuk kelemahan pemerintah, masalah
birokrasi, ketenteraan, kemerosotan ekonomi dan pemberontakan. Pada abad ke-19M, empayar
Uthmaniyah mula memasuki fasa kemerosotan apabila terpaksa menghadapi percaturan politik kuasa-
kuasa Barat. Awal abad ke-20M, seluruh dunia Islam berada dalam kekuasaan Barat termasuk wilayah
empayar Uhmaniyah. Gerakan perluasan kuasa Barat ini didorong oleh faktor politik dan ekonomi.

ISI-ISI PENTING
A. Faktor Politik
1. Persaingan kuasa-kuasa Barat
Dasar imperialisme mencetuskan persaingan kuasa-kuasa Barat seperti British, Perancis, Rusia dan
sebagainya untuk meluaskan tanah jajahan Kerajaan Uthmaniyah khasnya di wilayah-wilayah Islam.
Mereka sanggup mengadakan pakatan bagi merealisasikan misi menguasai dunia Islam. Persaingan
ini mempercepatkan kemaraan kuasa-kuasa Barat ke wilayah-wilayah empayar Uthmaniyah disamping
meningkatkan imej sebagai kuasa utama dunia. Kejayaan menguasai kerajaan Uthmaniyah yang
dianggap kuasa Islam terkuat ketika itu akan menyerlahkan imej dan kehebatan kuasa Barat
berkenaan. Kuasa Barat yang mempunyai tanah jajahan luas akan disegani dan dihormati.

2. Perubahan Dasar hubungan antarabangsa


Berlaku perubahan dalam hubungan antarabangsa Barat iaitu dari segi persahabatan dan dasar
perlindungan kepada dasar campur tangan pergolakan politik dalam wilayah Uthmaniyah. Sebelum ini
pihak Barat mengamalkan dasar berkecuali dan dasar perlindungan bagi menjaga kepentingan
perdagangan mereka. Situasi politik yang tidak stabil akibat pemberontakan dan perebutan kuasa
dalaman memberi alasan kepada kuasa Barat mencampuri urusan pentadbiran dan pemerintahan
kerajaan Uthmaniyah.

3. Dasar pecah dan perintah


Polisi luar terpenting diamalkan kuasa-kuasa Barat untuk menguasai wilayah Uthmaniyah ialah dasar
pecah dan perintah. Impaknya, bangsa-bangsa Islam yang berada dalam empayar Uthmaniyah seperti
Turki, Arab, Mesir, Armenia, Kurdis dan lain-lain mula membina jenama kebangsaan mereka sendiri.
73
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
Kuasa-kuasa Barat menjalankan konspirasi memusnahkan empayar Turki dengan
meniupkan fahaman nasionalisme sempit dan berpuak-puak sehingga mereka
berjaya menggugat kestabilan politik empayar Uthmaniyah. Dasar ini akhirnya melemahkan kesatuan
ummah sejak sekian lama dinaungi oleh Khalifah Uthmaniyah dan memudahkan kuasa Barat
menghancurkan kekuatan empayar Uthmaniyah yang dianggap ancaman utama kepada pengaruh
Kristian Eropah.

4. Konflik Sempadan Uthmaniyah dan Rusia


Konflik sempadan antara Rusia dan Austria-Hungry dengan wilayah Uthmaniyah merupakan faktor
perluasan kuasa Barat ke atas empayar Uthmaniyah. Perluasan kuasa Rusia terhadap Kerajaan
Uthmaniyh pada 1877-1878 kerana keazaman Rusia untuk mendapatkan semula wilayah-wilayahnya
yang terlepas dalam Perang Crimea. Kejayaan Rusia dalam perang seterusnya menyebabkan
kerajaan Uthmaniyah kehilangan banyak wilayahnya termasuk Serba, Montenegro dan Caucasus.

5. Kelemahan Pemerintah Uthmaniyah


Kelemahan kepimpinan dan pentadbiran menyumbang kepada kehancuran kerajaan Uthmaniyah.
Kepimpinan kerajaan dikuasai ibu dan isteri sultan (harem) atau kelompok tertentu dalam istana serta
kebergantungan sistem birokrasi kepada kemampuan sultan dalam mengendalikan pemerintahan
menjadikan institusi politik tidak memenuhi tuntutan semasa. Ia membuka peluang kepada golongan
elit politik merebut kuasa demi kepentingan peribadi.Akhirnya kerajaan terpaksa tunduk kepada
tekanan kuasa Barat dan melaksanakan tanzimat mengikut acuan Barat dalam menghadapi pelbagai
bidang termasuk pentadbiran dan sosial. Wilayah kekuasaan yang luas merangkumi wilayah di Asia,
Afrika dan Eropah merumitkan keadaan, ditambah dengan sistem pemerintahan yang lemah dan tidak
teratur. Wilayah yang luas didiami pelbagai bangsa dan kerajaan memerlukan kecekapan pentadbiran.

B. Faktor ekonomi
1. Revolusi Perindustrian
Kepentingan ekonomi merupakan salah satu faktor penting gerakan perluasan kuasa- kuasa Barat ke
atas wilayah Islam Uthmaniyah. Perkembagan Revolusi Industri di Eropah pada abad ke-18
meningkatkan tekanan terhadap keperluan memiliki tanah jajahan yang mempunyai kekayaan hasil
bumi. Para pelabur Eropah menyokong gerakan perluasan kuasa bagi memenuhi keperluan kilang-
kilang dan dapat meluaskan pasaran produk industri kuasa-kuasa besar.

2. Keperluan bahan mentah


Menjelang abad ke-18M, kuasa Barat memerlukan bahan mentah. Britain memerlukan arang batu
untuk menghidupkan enjin., lokomotif dan kapal laut berkuasa wap. Para pemodal Eropah telah
menanam modal di wilayah-wilayah Uthmaniyah termasuk di Afrika Utara dengan membuka ladang,
lombong, mengimport buruh dan sebagainya. Pemodal Perancis telah berjaya menguasai Algeria,
wilayah Uthmaniyah yang kaya raya dengan sumber bumi. Penemuan minyak mentah di Iraq dan Iran
menambahkan minat kuasa-kuasa Barat meluaskan tanah jajahan. Mereka menggunakan pelbagai
helah untuk mendapatkan konsesi cari gali minyak. Kepentingan minyak dalam Revolusi Perindustrian
mencetuskan persaingan antara negara- negara Eropah dalam usaha menguasai wilayah Uthmaniyah.
Tindakan Jerman memasuk perlumbaan merebut harta kekeyaan kerajaan Uthmaniyyah
membimbangkan kuasa- kuasa Barat yang lain. Awal abad ke-20 M, persaingan menguasai sumber
minyak semakin ketara apabila banyak kawasan petroleum, ditemui di Arab Saudi, Kuwait dan Bahrain.

3. Kepentingan Terusan Suez


Kepentingan Terusan Suez menyebabkan kuasa Barat berusaha menguasai wilayah Uthmaniyah,
khasnya Mesir. Menguasai Terusan Suez bermakna menguasai jalan perdagangan dua hala terpenting
dunia dan secara langsung dapat menambahkan kekayaan negara. Terusan Suez menjadi pilihan
pedagang Asia dan Barat kerana ia menjimatkan masa dan kos tanpa perlu mengelilingi benua Afrika.
74
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
British berminat menguasai terusan ini kerana kapalnya kerap melalui terusan ini,
untuk menuju ke India (tanah jajahan British). Justeru, British telah membeli saham
kompeni Terusan Suez.

4. Mengembangkan sistem ekonomi kapitalis


Gerakan imperialisme Barat ke atas wilayah Uthmaniyah merupakan percubaan bangsa Eropah
menerapkan sistem ekonomi kapitalis yang akhirnya menjadi kebergantungan ekonomi umat Islam
kekal berada dalam cengkaman mereka. Buktinya, krisis kewangan dan ekonomi Mesir berpunca
daripada usaha pembengunan Terusan Suez, Empangan Aswan dan industri gula menyebabkan
kerajaan Uthmaniyah mengalami konflik hutang meruncing. British mengambil kesempatan
menawarkan pinjaman yang akhirnya berjaya menguasai ekonomi Mesir.

KESIMPULAN
Kerajaan Uthmaniyah runtuh selepas penglibatannya dalam PD1 dan kekalahannya menyebabkan
kuasa Barat membahagikan wilayah Uthmaniyah sesama mereka. Kelemahan kerajaan Uthmaniyah
membawa kepada penubuhan negara bangsa Turki dan berakhirnya sistem pemerintahan khalifah .
Soalan 42 : Analisiskan faktor agama dan perkembangan teknologi yang mendorong kepada
perluasan kuasa barat terhadap kerajaan Turki Uthmaniyah pada abad ke- 18m hingga ke-20M.

PENDAHULUAN
Kerajaan Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman Ertuhgul pada tahun 1289 merupakan empayar Islam
terbesar yang memerintah lebih 600 tahun. Akhir pada ke-17M, kerajaan Uthmaniyah berhadapan
dengan pelbagai masalah dalaman dan luaran termasuk kelemahan pemerintah, masalah birokrasi,
ketenteraan, kemerosotan ekonomi dan pemberontakan. Pada abad ke-19M, empayar Uthmaniyah
mula memasuki fasa kemerosotan apabila terpaksa menghadapi percaturan politik kuasa-kuasa
imperialis Barat. Gerakan perluasan kuasa Barat ini didorong oleh pelbagai faktor, termasuklah faktor
agama dan perkembangan teknologi.

ISI-ISI PENTING
A. Faktor agama
1. Gerakan kristianisasi (memperjuangkan agama kristian )
• Barat memperjuangkan agama Kristian kerana empayar Turki Uthmaniyah dipimpin oleh orang Islam.
Pihak gereja dan tokoh- tokoh Agama Kristian merestui misi penjelajahan dan penjajahan kuasa Barat
ke atas wilayah Uthmaniyah. Malahan, Barat juga memperjuangkan modenisme dalam kalangan
masyarakat yang berada di bawah empayar Uthmaniyah dengan memburuk-burukkan Islam sebagai
agama yang mundur, anti-kemajuan, dan tidak berperikemanusiaan. Mereka menganggap misi
perluasan kuasa ke atas tanah jajahan merupakan tugas suci dan agung dalam usaha menjayakan
gerakan kristianisasi.

2. Lanjutan Perang Salib


• Matlamat agama menyebabkan golongan gereja sanggup melakukan kekejaman, penindasan dan
kezaliman dalam misi penjajahan ke atas dunia Islam. Barat beranggapan perluasan kuasa ini
merupakan lanjutan daripada siri-siri Perang Salib yang bermula pada tahun 1906. Tambahan pula,
Sultan Abdul Hamid II, pemerintah Uthmaniyah terakhir mendakwa kempen Perang Salib yang
dilancarkan terhadap kerajaan Uthmaniyah masih berterusan. Ini mendorong mereka mengkristiankan
penduduk tempatan bagi menyaingi dan menyekat pengaruh agama Islam yang semakin berkembang.

3. Menyebarkan falsafah dan nilai-nilai Barat


• Kerajaan khalifah Uthmaniyah dianggap ancaman utama kepada penganut dan wilayah Kristian seperti
yang berlaku ke atas kota Konstantinople, pusat agama Kristian Timur. Perebutan pengaruh antara
Britain dan Rusia menjadi wakil penduduk Kristian di wilayah Uthmaniyah juga merancakkan sentimen
agama dalam gerakan peluasan kuasa Barat. Barat juga telah menyebarkan falsafah dengan
75
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
memperkenalkan nilai-nilai Barat ke dalam masyarakat peribumi yang dijajah.
Buktinya, penerimaan konsep kehidupan yang moden dengan pemikiran dan
pengetahuan yang progresif sebagai bangsa yang maju dan mereka yang menolak pemodenan
dianggap sebagai masyarakat yang mundur, kolot atau ketinggalan zaman.

B. Faktor Perkembangan Teknologi


1. Kemajuan bidang pengangkutan
• Negara-negara Barat seperti Britain telah mempertingkatkan sistem pengangkutan laut pada abad ke-
18. Mereka telah menggunakan kapal yang mempunyai enjin berkuasa wap bagi menggantikan kapal
layar untuk meluaskan kuasa. Rekaan kapal laut menggunakan enjin berkuasa wap telah dapat
membantu kuasa-kuasa Barat mengharungi lautan untuk meluaskan kuasa dan mewujudkan pusat
perdagangan di seberang laut. Dengan itu perdagangan dalam negeri dapat diperluas ke serata dunia.
• Penggunaan kapal berkuasa wap bukan sahaja membolehkan muatan yang banyak tetapi juga
mempercepat tempoh perjalanan ke sesuatu destinasi dan dapat memberi arahan kepada pegawai-
pegawai mereka dengan lebih cepat dan berkesan di mana-mana wilayah Uthmaniyah.
• Di samping itu, penggunaan enjin berkuasa wap, pembinaan jalan raya dan jalan keretapi di wilayah-
wilayah Uthmaniyah yang dikuasai oleh kuasa Barat melancarkan proses pengedaran bahan mentah
dan perdagangan import eksport. Para pemodal Eropah telah menanam modal di wilayah-wilayah
Uthmaniyah termasuk di Afrika Utara dengan membuka ladang, mengendalikan lombong, mengimport
buruh dan sebagainya.

2. Kemajuan dalam sistem perhubungan


• Pada abad ke-18, negera-negara Eropah telah mempunyai sistem perhubungan yang semakin
canggih. Penciptaan telefon dan telegraf membolehkan mereka berhubung dengan mudah di antara
satu sama lain dengan lebih cepat. Kecanggihan alat-alat perhubungan ini memudahkan mereka
mengatur strategik untuk menawan beberapa kawasan empayar Uthmaniyah yang kaya dengan bahan
mentah. Kerajaan Uthmaniyah kaya dengan sumber ekonomi terutamanya petroleum. Pada awal abad
ke-20, petroleum ditemui di Iran, Iraq, Arab Saudi, Kuwait da Bahrain. Penemuan ini menimbulkan
persaingan dan konflik antara kuasa- kuasa Barat. Jerman dan Amerika Syarikat menggunakan
kecanggihan mereka dan mula melibatkan diri dalam perluasan kuasa menguasai wilayah-wilayah
Uthmaniyah.

3. Penggunaan Senjata Moden


• Kecanggihan senjata moden yang digunakan oleh negara-negara Barat seperti Rusia, British, Perancis
dan Amerika Syarikat tidak mampu ditandingi oleh kerajaan Uthmaniyah. Penggunaan kapal perang,
kereta kebal, meriam dan bom memudahkan kuasa Barat (pihak Bersekutu) menguasai dan menawan
empayar Uthmaniyah.
• Penggunaan senjata moden dalam peperangan yang berlaku antara kerajaan Uthmaniyah dan kuasa
Barat menyebabkan satu demi satu kawasan Uthmaniyah jatuh ke tangan penjajah. Pada tahun 1798,
Mesir jatuh ke tangan Perancis. Pada tahun 1876, Cyprus jatuh ke tangan British. Meskipun kerajaan
Uthmaniyah bergabung dalam Kuasa Tengah dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), namun pihak
mereka telah kalah. Kekalahan itu menjadi punca perluasan kuasa ke atas wilayah kerajaan
Uthmaniyah. Satu persatu wilayahnya jatuh ke tangan kuasa Barat ekoran peperangan dan perjanjian
yang dibuat. Tegasnya, penggunaan senjata moden memudahkan usaha penaklukan kuasa Barat ke
atas wilayah-wilayah Uthmaniyah.

KESIMPULAN
Kerajaan Uthmaniyah runtuh selepas penglibatan mereka dalam Perang Dunia Pertama. Impak
kekalahan menyebabkan kuasa-kuasa Barat membahagikan wilayah Uthmaniyah sesama mereka.
Kelemahan dan kemerosotan kerajaan Uthmaniyah membawa kepada penubuhan negara bangsa
Turki dan berakhirnya sistem pemerintahan Khalifah Islamiah.

76
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021

Soalan 43 : Jelaskan reaksi masyarakat tempatan terhadap penjajahan barat di Mesir pada abad ke-
19M hingga awal abad ke-20M.

PENGENALAN
Sejarah penguasaan Barat ke atas Mesir dimulai penjajahan Perancis dari tahun 1789 hingga 1801
dan diikuti British. British mula berkuasa di Mesir sejak 1882 hingga 1918 iaitu sehingga tamatnya
Perang Dunia Pertama. Meskipun British mula melonggarkan cengkaman ke atas pentadbiran Mesir
selepas 1918, namun mereka tetap melindungi kepentingan ekonomi. Penjajahan Barat
membangkitkan penentangan masyarakat tempatan di Mesir.

ISI-ISI PENTING
1. Gerakan Rosetta 1807
• Penaklukan Perancis membuatkan kuasa asing seperti British membuka mata dan menilai sendiri
potensi ekonomi dan kekayaan bumi Mesir. British mengambil peluang berbaik-baik dengan Turki
Uthmaniyah bagi mengusir Perancis termasuk menghantar bantuan ketenteraan. Setelah berjaya
mengusir Perancis, tentera British terpaksa berundur dari bumi Mesir pada tahun 1802 berdasarkan
Perjanjian Amien. Namun, British sentiasa mengintai dan menunggu peluang untuk menakluki Mesir
dan ini terbukti dengan cubaaan untuk menguasainya pada 1807 melalui hubungan antara British
dengan pemimpin Mamluk Mesir, Alfi Bey sekitar tahun 1806. Hasil hubungan tersebut, British sanggup
membantu Ali Bey menguasai Mesir dengan syarat pihak British perlu diberi peluang menguasai
pantai- pantai Mesir.
• Meskipun British mengetahui Ali Bey telah meninggal dunia pada Januari 1807, namun mereka tetap
meneruskan hasrat tersebut. Seramai 2000 orang tentera British tiba di Bandar Rosetta pada Mac
1870 dan berhasrat menjadikan Bandar pesisir pantai itu sebagai pusat gerakan. Penduduk Rosetta
dan gabenornya, Ali Bey telah berusaha mempertahankan Bandar Rosetta dan akibatnya ramai
penduduk tempatan dan tentera British sendiri telah terkorban dalam pertempuran tersebut.

2. Gerakan Naqib al-Ashraf as-Sayyid Umar Makram


• Penentangan terhadap British telah diperhebatkan lagi apabila Naqib al-Ashraf as- Sayyid Umar
Makram menyalakan perjuangan rakyat Mesir dan pelajar-pelajar Universiti al- Azhar. Serangan
dilakukan melalui dua kumpulan tentera iaitu satu kumpulan menguasai Sungai Nil dan satu lagi
menyerang al-Hammad (selatan Rosetta). Akhirnya tentera British menyerah kalah pada 21 April 1807
dan meninggalkan pelabuhan Iskandariah, Mesir pada September 1807.

3. Gerakan Jamaluddin al-Afgani dan Muhammad Abduh


• Gerakan penentangan terhadap penjajahan Barat di Mesir disokong golongan intelektual Islam
77
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
terkemuka iaitu Syeikh Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh. Kedua-dua
tokoh ini memimpin gerakan Islah (gerakan pemulihan Islam) iaitu gerakan
penentangan tanpa senjata. Gerakan ini bersifat intelektual bertujuan membangkitkan kesedaran
rakyat. Gerakan Islah agak berbeza dengan gerakan penentangan anti-Barat yang lebih bersifat fizikal.
Ciri-ciri utama gerakan ini termasuk gagasan al-Jamiah (Pan Islamisme) dan perjuangan
kemerdekaan.
• Perjuangan Jamaluddin al-Afghani termasuk menentang imperialisme Barat terhadap dunia Islam
khasnya Mesir, mendesak para pemimpin negara Islam menerima teknologi Barat dan menggesa
pemimpin Islam menerima Islam sebagai dasar perjuangan menentang Barat. Kaedah dan idea
perjuangan serta program islah Jamaluddin al-Afghani dilaksanakan melalui pelbagai cara termasuk
proses pengajaran, pidato, media massa, karya-karya penulisan seperti akhbar mingguan Arab al-
Urwah al- Wushqa yang berkisar tentang isu penentangan terhadap imperialisme Barat, kemerdekaan
dan penjajahan merupakan mala petaka terhadap umat Islam. Jamaluddin al-Afghani telah
menubuhkan Misri al-Falat (Pertubuhan Mesir Muda) iaitu sbeuah pertubuhan sulit bersifat
nasionalisme yang bertujuan menamatkan penjajahan British di Mesir. Beliau turut menubuhkan al-
Hizb alWatani al-Hurr (Parti Kemerdekaan Kebangsaan) iaitu sebuah kumpulan rahsia untuk
membebaskan Mesir dari penjajahan Barat.
Muhamad Abduh menyokong perjuangan Jamaluddin al-Afghani. Beliau menerbitkan majalah al-Manar
dan melaksanakan reformasi di Mesir sewaktu menyandang jawatan mufti dan Syeikh al-Azhar.
Kaedah dan idea perjuangan serta program Islah Muhamad Abduh dilaksanakan melalui pelbagai cara
termasuk proses pengajaran, pidato, media massa, karya-karya penulisan, jawatan yang disandang
dan sebagainya. Kempen-kempen yang dijalankan oleh tokoh-tokoh ini berjaya membangkitkan
semangat anti-penjajah Barat di kalangan rakyat Mesir.

4. Gerakan Penentangan golongan awam dan tentera


• Sebelum tercetusnya Pemberontakan Urabi 1881-1882, telah muncul dua golongan penentang
terhadap penguasaan asing. Pertama, penentang golongan awam yang terdiri daripada para
bangsawan (pasha), ulama dan tuan tanah daripada golongan fellahin. Kedua, kumpulan pegawai
tentera Mesir berketurunan fellahin.
• Golongan awam terutama ulama menentang penguasaan asing terutama kuasa Barat Kristian ke atas
bumi Mesir. Mereka bimbang pengaruh sekular dan menentang Barat melalui sentiment agama.
Golongan tuan tanah fellahin menerima tekanan dari pemimjam wang berketurunan Kristian yang
berasal dari Lebanon. Kadar faedah pinjaman yang tinggi menyebabkan golongan ini gagal membayar
hutang dan tanah mereka dirampas tanpa tolak ansur. Selain itu, golongan ini turut menanggung beban
cukai yang tinggi dalam bidang pertanian yang dikenakan pihak pemerintah bagi memuaskan hati
pemodal asing yang menagih hutang kerajaan sebanyak ₤ 100 juta.
• Tempoh Perang dunia Pertama antara 1914-1918 menyaksikan semangat menentang penjajah
semakin memuncak. Hal ini kerana tuan-tuan tanah tertindas berikutan kegiatan penanaman kapas
disekat oleh British, golongan pertengahan di Bandar menderita kerana harga barangan terlalu tinggi
manakala para petani dipaksa menyertai Palang Merah dan menjadi buruh kepada tentera British.
Fokus golongan tentera Mesir adalah menentang kepimpinan Turki- Circassia yang mempunyai taraf
istimewa dalam bidang pentadbiran dan ketenteraan Turki Uthmaniyah di Mesir. Apabila ada usaha
menghadkan saiz tentera Mesir, ramai pegawai berbangsa Mesir yang diberhentikan perkhidmatan
berbanding dengan pegawai tentera berketurunan Turki-Circassia.
• Kemuncak penentangan, kedua golongan ini bergabung mendokong gerakan nasionalisme Mesir
apabila kuasa Eropah menunjukkan permusuhan. Pergerakan ini bersatu di bawah pimpinan Kolonel
Ahmad Urabi yang bercita- cita mengusir bangsa Eropah seluruhnya dari bumi Mesir.

7. Pemberontakan Urabi 1881-1882


• Pemberontakan Urabi pada tahun 1881 hingga 1882 dipimpin oleh Kolonel Ahmad Urabi berjuang
menuntut kemerdekaan Mesir dari penjajahan British. Urabi menubuhkan sebuah pertubuhan sulit
dalam tentera Mesir bagi mengatasi masalah diskriminasi, kemelesetan ekonomi dan keruntuhan
78
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
akhlak rakyat. Urabi dengan galakan daripada wakil pemerintah Turki Uthmaniyah di
Mesri iaitu Khedif Ismail telah menubuhkan sebuah parti iaitu Parti Kebangsaan (Hizb
al-Watani) yang berjuang menghapuskan diskriminasi dalam penbtadbiran Mesir, menjamin agar
hutang piutang asing dibayar dengan syarat harta rakyat Mesir tidak dirampas, menyeru agar kuasa
Khedif dipulihkan kembali dan segala pendapatan daripada perkhidmatan keretapi Mesir dipulangkan
kepada kerajaan Mesir.
• Pada peringkat awal perjuangan, gerakan ini bersifat anti orang asing iaitu Perancis dan British.
Peringkat seterusnya, gerakan ini menuntut perubahan dalam pentadbiran dan pemerintahan Mesir.
Usaha ini tidak berjaya apabila pihak British dan Perancis bertindak balas hingga menyebabkan Sultan
Abdul Hamid II, pemerintah Turki Uthmaniyah didesak menyingkirkan Khedif Ismail dan digantikan
puteranya, Khedif Taufik pada 1879. Penghujung tahun 1881, Ahmad Urabi dan para penyokongnya
telah merampas kuasa dari Khedif Taufiq. Situasi bertambah tegang apabila pihak British sentiasa
menolak tuntutan rakyat Mesir termasuk isu belanjawan Mesir dan kadar potongan cukai dari
pendapatan negara yang menguntungan British. Perkembangan ini menimbulkan ketegangan
sehingga berlaku rusuhan di hilir Mesir di mana beberapa orang Kristian telah dibunuh.
• Pada akhir tahun 1881, Ahmad Urabi dan penyokongnya telah mengambil alih kuasa daripada Khedif
Taufiq ( boneka British) dan akhirnya Khedif Taufiq meminta perlindungan daripada British. British di
bawah pimpinan Laksamana Seymour menyerang dan berjaya mengalahkan pasukan Ahmad Urabi
di Iskandariah dan Tel al-Kabir kerana ia mengancam pendudukan British di Mesir. Kolonel Ahmad
Urabi ditangkap dan dibuang negeri ke Sri Lanka. Meskipun perjuangan Ahmad Urabi gagal, inspirasi
perjuangannya telah diteruskan oleh tokoh nasionalisme Mesir selepasnya.

8. Gerakan Mustafa Kamil dan Muhamad Farid (golongan nasionalis lulusan undang-undang)
• Meskipun golongan nasionalis terus mengkritik penguasaan penuh British dalam pentadbiran Mesir,
namun pihak British enggan melaksanakan sistem berparlimen sepenuhnya. Mereka hanya
membenarkan penubuhan majlis-majlis penasihat di peringkat wilayah dan kebangsaan tanpa
memberi sebarang kuasa kepada badan-badan tersebut. Golongan nasionalis di peringkat ini tidak
seperti Ahmad Urabi dari kalangan tentera. Mereka merupakan golongan lulusan undang-undang
yang dididik pensyarah Perancis yang sememangnya bersifat anti-Briritsh. Golongan ini dipimpin
Mustafa Kamil dan Mohammad Farid. Mustafa Kamil mendapat sokongan rakyat kerana sikapnya yang
keras menentang British. Pada 7 Disember 1907, Mustafa Kamil telah memimpin Kongres Nasional
Pertama bertujuan untuk pembangunan Mesir secara liberal dan akhirnya untuk mencapai
kemerdekaan penuh Mesir. Pihak British berusaha menindas gerakan ini.

9. Gerakan Saad Zaghul- pejuang kemerdekaan


• Berakhirnya Perang dunia Pertama memperlihatkan semangat nasionalisme rakyat Mesir semakin
berkobar. Pada bulan November 1918, para pemimpin nasionalis yang diketuai oleh Saad Zaghlul
(1859-1927) daripada Parti Wafd menemui Pesuruhjaya Tinggi British menuntut kemerdekaan Mesir.
Mereka mendesak agar dibenarkan menghantar satu perwakilan ke Perundingan Damai Perang Dunia
Pertama di Paris. Namun, pihak British menolak semua permintaan tersebut. British menangkap Saad
Zaghlul dan ini mengakibatkan berlaku revolusi besar dalam menentang British.

KESIMPULAN
Kezaliman pihak penjajah dan dasar pembaratan kerajaan membangkitkan gerakan penentangan
rakyat Mesir

SOALAN 44: Nilaikan Sumbangan Muhammad Ali Pasha Dalam Gerakan Pembaharuan Mesir Pada
Abad Ke 19 Masihi

PENGENALAN
Dilahirkan pada bulan Januari 1765 M, di Kawalla, Yunani dan meninggal di Mesir pada tahun 1849.
79
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
Ayahnya Ibrahim Agha, seorang imigran Turki, kelahiran Yunani. Walaupun tidak
bersekolah semasa kecilnya namun Muhammad Ali Pasha merupakan seorang yang
cerdas dan telah muncul sebagai panglima tentera yang membebaskan Mesir daripada cengkaman
Napoleon. Akhirnya dengan kebijaksanaannya Muhammad Ali Pasha (MAP) telah dilantik sebagai
penguasa Mesir. Kejayaannya menghapuskan saingan daripada Dinasti Mamluk, ancaman golongan
Wahabi serta meningkatkan kekuatan ketenteraan menwujudkan suasana aman di Mesir. Keamanan
di bumi Mesir telah membolehkan banyak program pembangunan dan pembaharuan dalam aspek
ketenteraan, pentadbiran, pendidikan dan ekonomi dilakukan sepanjang pemerintahannya.

ISI-ISI PENTING
1. Pembaharuan dalam bidang Ketenteraan
• Menyusun semula angkatan tentera Mesir agar lebih berdisiplin dan pentadbirannya lebih cekap dan
teratur. Contohnya, tentera yang sukar dibentuk dan tidak mematuhi arahan seperti tentera berbangsa
Sudan diganti dengan golongan fellahin (tentera petani berbangsa Mesir) dan Albania.
• Mengasaskan Kolej Military atau Ketenteraan pada tahun 1815 di Aswan untuk memberi latihan dan
kemahiran kepada pegawai tentera. Ramai pakar tentera asing terutama daripada Perancis diambil
berkhidmat di Mesir seperti Kolonel Seve (nama islamnya Sulaiman Pasha) Beliau memberi nasihat
kepakarannya untuk menaiktaraf bidang ketenteraan Mesir. Kesannya pada tahun 1826 terdapat 90
000 anggota tentera yang lengkap dengan pasukan meriam yang setanding dengan Negara Eropah.
• Kesannya, Utara Sudan serta Levant (persisir pantai Syria) dan Lubnan berjaya dikuasai, mematahkan
pemberontakan al Muwahhidun Wahhabidi Hijaz (Arabia) pada tahun1818 dan dapat memberi
keyakinan kepada Sultan Mahmud II meneruskan program reformasi ketenteraan dalam kerajaan Turki
Uthmaniyah.
• Jelas bahawa dengan pembaharuan ketenteraan yang dilakukan telah menyebabkan Mesir muncul
sebagai satu kuasa tentera yang terkuat di Asia Barat.

2. Pembaharuan dalam bidang pentadbiran


• Era pemerintahan Muhammad Ali Pasha 1805-1848 iaitu permulaan kepada pemerintahan Dinasti.
Sebelum itu Mesir di bawah taklukan / pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniyah. Pemerintahan
diteruskan oleh anak-anaknya Khedif Abbas Hilmi 1 (1848-1854), Muhamad Sa’id Pasha (1854 –
1863)dan Ismail (1863-1879)
• 1806, Muhammad Ali Pasha telah membentuk sekumpulan pemerintah Mesir yang terdiri daripada
bangsa Turki dan Mesir serta pegawai elit yang terpelajar untuk menguruskan pentadbiran negara
serta mengutip cukai di seluruh Negara.
• Hubungan dengan negara Barat dibaiki contoh dengan negara Perancis, Itali, Britain, Austria. Dengan
ada hubungan baik ini, pelajar-pelajar dihantar untuk belajar di negara-negara ini. Tenaga-tenaga
pakar dibawa dari Negara-negara ini.
• Mengenepikan golongan ulama dalam pentadbiran. Menganggap ulama menghalang kepada usaha
pembaharuannya yang berkiblatkan barat. Bertentangan dengan tradisi kerajaan Uthmaniyyah, ulama
amat berpengaruh dalam perlaksanaan dasar kerajaan.
• Muhammad Ali Pasha mempunyai hala tuju yang jelas. Dengan adanya hubungan yang baik dengan
Negara-negara barat, berlaku pemindahan teknologi dan ilmu. Ini mempercepatkan proses
pemodenan Negara Mesir ini.

3. Pembaharuan bidang pendidikan.


• Menubuhkan institut-institut yang berkaitan dengan pendidikan. Contohnya, kementerian Pendidikan,
sekolah rendah, sekolah teknik, sekolah perubatan dan banyak lagi. Banyak sekolah didirikan.
Contohnya Sekolah Military (1815), Sekolah Teknik (1816), Sekolah Perubatan /Kedoktoran (1827),
Sekolah Farmasi (1829), Sekolah Perlombongan (1831) Sekolah Penterjemahan (1836) dan banyak
lagi sekolah seperti kesenian, industri, pengairan (irrigation), dan bahasa-bahasa asing ditubuhkan.
• Guru-guru yang bertugas di institusi pendidikan didatangkan khas dari Eropah. Contohnya pakar
kedoktoran dari Perancis Clot Bey dilantik sebagai Pengarah Sekolah Tinggi Kedoktoran 1827 – 1849
80
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
(22 tahun berkhidmat). Pelajar-pelajar dihantar ke luar Negara untuk menuntut
pelbagai ilmu. Contoh pada tahun 1809 – 1819 – 28 orang pelajar dihantar ke Itali
(Milan, Florence, Rom) untuk mempelajari ilmu teknikal, ketenteraan, industri kapal dan ilmu
pencetakan.Pada 1826-1844 – 319 orang pelajar dihantar ke Paris dan tokoh intelektual dan
pengarang terkenal al Thahtawi dihantar dan bertugas sebagai imam mahasiswa Mesir. Pada tahun
1844-1863, 89 orang pelajar dihantar ke Perancis termasuk ahli keluarga Muhmmad Ali Pasha.
• Sekolah-sekolah yang didirikan pada awalnya diletakkan bawah penyeliaan Jabatan Tentera (Jabatan
Diwan al- Jihadiyya) kemudian dipisahkan. Untuk mewujudkan koordinasi yang berkesan, Majlis Syura
al Maktab ditubuhkan pada 1830 bertujuan untuk meningkatkan pendidikan dalam kalangan rakyat
Mesir, menambah pembangunan sekolah-sekolah di Cairo dan Alexandaria dan dilantik Inspektor
Jeneral sekolah iaitu Kolonel Seve. Setelah itu Jabatan Diwan al-Jihadiyya berubah nama menjadi
Jabatan Diwan al- Jihadiyya atau disebut Ministere de I’instruction Publique dan kemudian berubah
menjadi Kementerian Pendidikan yang bertanggungjawab mengawasi dan melakukan pembangunan
terhadap sekolah-sekolah baru.Perubahan dan pembaharuan pendidikan ini telah membawa kepada
kemajuan dan permodenan masyarakat Mesir. Landasan pemikiran masyarakat juga telah berubah
selaras dengan idea-idea pemikiran barat yang cuba diserapkan kepada masyarakat.Kesannya lahir
tokoh-tokoh seperti Jalaluddin Al- Afghani, Muhammad Abduh, Mohammad Rasyid Redha, al Tahtawi
dan ramai lagi.
4. Pembaharuan dalam bidang ekonomi
• Muhammad Ali Pasha telah memperbaiki sistem pengairan. Dengan adanya sistem pengairan ini,
tanah menjadi subur. Beberapa tanaman baru diperkenalkan. Contohnya benih kapas didatangkan dari
India dan Sudan.Melaksanakan dasar memilik Negara tanah-tanah dan kerahan tenaga serta
melaksanakan sistem monopoli khususnya yang berkaitan dengan hasil-hasil pertanian
• Mengenakan cukai kepada petani yang mengusahakan tanah serta membeli hasil usaha petani
dengan harga yang murah dan menjual semula kepada masyarakat tempatan dan para pedagang
dengan harga yang lebih tinggi.
• Pentadbiran ekonomi semakin teruk dan sikap tamak pemerintah khasnya British yang menaikkan
cukai sesuka hati menambah kesengsaraan penduduk Mesir. Keadaan ini mendorong kepada
kebangkitan para ulama untuk menentang kezaliman tersebut.
• Kejatuhan ekonomi dan penjualan saham Terusan Suez menjadi penyebab dijajah semula oleh British.
• Jelas bahawa Muhammad AlI Pasha berjaya memakmurkan ekonomi Mesir walaupun tidak mencapai
matlamatnya 100 peratus. Bandar-bandar atau kota-kota di Mesir telah berubah menjadi kota-kota
yang moden. Namun, ketidakpuasan hati rakyat dengan dasar kerajaan memiliknegara tanah dan
kadar cukai yang tinggi sedikit sebanyak membantutkan proses pertumbuhan ekonomi Negara.

KESIMPULAN
Jelas bahawa MAP berjaya mengubah lanskap Mesir dengan segala pembaharuan yang
dilaksankanya. Beliau memakmurkan ekonomi Mesir walaupun tidak mencapai matamatnya 100
peratus. Bandar-bandar di Mesir telah berubah menjadi kota-kota moden. Namun, ketidakpuasan hati
rakyat dengan dasar kerajaan memiliknegara tanah dan kadar cukai yang tinggi sedikit sebanyak
membantutkan proses pertumbuhan ekonomi negara.

SOALAN 45 : Bincangkan reaksi masyarakat Algeria terhadap penjajahan kuasa Barat dari abad
ke-18 hingga ke-20 Masihi.

PENGENALAN
Sebelum penjajahan Perancis, Algeria merupakan sebahagian daripada empayar Turki Uthmaniah dan
kelemahan pemerintahan telah membuka ruang kepada kuasa Perancis untuk campur tangan di
Algeria. Pada akhir abad ke-18, Perancis terlibat secara aktif dalam ekonomi Algeria. Campurtangan
Perancis bermula apabila pemerintah Algeria, Husain Dey menuntut hutang daripada tentera Perancis
yang masih tertunggak untuk pembelian gandum. Penjajahan ini telah mengakibatkan reaksi
81
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
masyarakat Algeria sebagai satu tindakbalas untuk membebaskan negara dari
belenggu penjajah.

ISI-ISI PENTING
1. Gerakan Husain Dey (1818-1830)
• Husain Dey merupakan pemerintah Algeria terakhir yang dilantik oleh Kerajaan Uthmaniah. Beliau
berhasrat menuntut hutang dari Perancis, namun pihak Perancis enggan membayarnya.
• Tindakan Husain Dey yang tidak mahu memberikan penghormatan kepada bendera Perancis
menyebabkan Perancis menggiatkan lagi usaha untuk menguasai Algeria.
• Ketua tentera Perancis iaitu Bertrand Clauzel talah membawa masuk ramai peneroka Eropah ke
Algeria. Mereka telah menduduki kota kota Algeria, membuka ladang-ladang dan merampas tanah
penduduk tempatan. Mereka turut menceroboh masjid dan perkuburan umat Islam.
• Tindakan Perancis menyebabkan Husain Dey memimpin gerakan penentangan,namun menemui
kegagalan

2. Gerakan Ahmed Bey, pemimpin kawasan Constantine


• Di bahagian Timur Constantine, Ahmad Bey melancarkan gerakan penentangan terhadap penjajahan
Perancis. Perancis kehilangan hampir seribu tenteranya apabila Clauzel cuba menakluki Constantine
yang dikuasai Amad Bey.
• Apabila angkatan laut Perancis berjaya menyekat angkatan Uthmaniyah, yang cuba membantu Ahmad
Bey pada 1837, beliau terpaksa menyerah kalah.
• Namun, Ahmad Bey masih enggan mengiktiraf kekuasaan Perancis di Constantine kerana
menjangkakan bahawa Perancis akan membiarkan pemerintah tempatan memerintah di sana. Namun
situasi tidak berlaku seperti yang diharapkan.

3. Gerakan Syeikh Abdul Qadir al-Jazairi, Gabenor Mascara (1830-an-1840-an)


• Masyarat islam berhimpun di masjid Maskar (Mascara) untuk bermesyuarat bagi melancarkan gerakan
jihad bagi menentang Perancis.
• Mereka memilih Syeikh Abdul Qadir sebagai ketua mujahidin. Dengan ini beliau telah mengeluarkan
fatwa kewajipan jihad mempertahankan negara dari penjajahan Perancis dan mengisyitiharkan Algeria
sebagai negara Islam.
• Dalam tempoh dua tahun, Sheikh Abdul Qadir berjaya menyatukan pelbagai puak dan melakukan
gerakan penentangan terhadap Perancis.
• Beliau menggunakan taktik perang gerila dan hampir sedekad iaitu sehingga 1845, beliau berjaya
mengalahkan Perancis.
• Dalam gerakan penentangan di wilayah barat Algeria, beribu umat Islam dibunuh dalam penentangan
tersebut. Akhirnya, beliau dikalahkan oleh Perancis dan menyerah diri pada 1847.

4. Gerakan Abu Ma’zi


• Beliau berjaya menggerakkan rakyat tempatan Algeria termasuk penduduk Kristian dan Yahudi
menentang Perancis di wilayah Selatan Oran. Abu Ma’zi kemudiannya telah bergabung dengan Syeikh
Abdul Qadir yang akhirnya telah melantik beliau sebagai gabenor di wilayah berkenaan. Abu Ma’zi
dan Syeikh Abdul Qadir berjaya menewaskan perancis dalam pertempuran di Sidi Ibrahim pada tahun
1845.Situasi ini membimbangkan Perancis. Marshall Begeaud, gabenor jeneral Perancis di Algeria
telah merekrut 10,000 tentera dan berjaya menewaskan pasukan Abu Ma’zi pada Disember 1847.

5. Gerakan Kabylia
• Penduduk Algeria di kawasan Kabylia ditindas dalam bidang ekonomi khususnya dalam soal undang-
undang tanah. Mereka melihat kedudukan ekonomi semakin terancam oleh peneroka Eropah yang
menguasai tanah secara kekerasan.Penjajah Perancis juga merampas tanah penduduk pribumi yang
subur, malah merampas tanah habus (tanah warisan) yang tidak boleh dipindah milik. Hampir satu
pertiga umat Islam di Algeria telah menyertai gerakan penentang secara besar-besaran.
82
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
• Menjelang 1872, gerakan penentangan berakhir tetapi menyebabkan
penduduk tempatan jatuh miskin apabila Perancis menuntut ganti rugi dan merampas
tanah kaum pribumi.Perancis menggunakan hasil ganti rugi untuk memperluaskan penjajahan dan
bukannya membayar pampasan kepada peneroka Eropah yang menjadi sasaran dalam kebangkitan
rakyat Algeria.

6. Gerakan moderat Islam (Algeria Muda)


• Era 1890-an, satu pergerakan moderat Islam yang berkaitan dengan isu-isu masyarakat,pendidikan,
politik dan ekonomi muncul di bandar Tlemcen dan Bone.Pada tahun 1900, mereka menghantar satu
memorandum kepda kerajaan Perancis memohon untuk mendapatkan hak mengundi dan melantik
perwakilan rakyat tempatan dalam pentadbiran Algeria. Mereka dikenali sebagai Jeunes Algeriens
(Algeria Muda). mereka menumpukan perhatian kepada menghubungkan budaya Perancis dan Islam.
Namun, pergerakan ini kurang berjaya dalam membangkitkan semangat rakyat menentang Perancis.

KESIMPULAN
Kezaliman pihak penjajah dan dasar pembaratan kerajaan telah membangkitkan gerakan penentangan
rakyat Mesir dan Algeria. Jihad yang berterusan menentang penjajahan Perancis telah berlaku di
seluruh Algeria sehingga telah mengorbankan banyak nyawa dan digelar sebagai ‘Negara Sejuta
Syuhada’. gerakan demi gerakan yang dilakukanoleh rakyat Algeria sehingga akhirnya Perancis
terpaksa akur dan memberikan kemerdekaan kepada Algeria pada 5 Julai 1962.
Soalan 46 : Bincangkan Faktor Kemunculan Gerakan Nasionalisme Di Syria Pada Abad Ke-19 Dan
Awal Abad Ke-20 Masihi.

PENDAHULUAN
Selepas tamatnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1918, menyaksikan kejatuhan empayar Turki
Uthmaniyah yang menaungi negara-negara Islam Arab. Kuasa imperialis Barat mula mengambil alih
peranan empayar Turki Utmaniyah. Di Syria, Perancis telah diberi mandat untuk menjaga hal ehwal
negara tersebut. Walaupun Perancis dikatakan ingin memberi kemerdekaan kepada Syria, namun
mereka telah menjajah negara tersebut selama 7 tahun. Pada tahun 1927, Perancis telah
menganjurkan pilihan raya di Syria yang dimenangi oleh Parti Blok Nasional. Namun, Syria masih
berada di bawah penguasaan Perancis tanpa mendapat kemerdekaan penuh.Hal ini mengakibatkan
berlakunya gerakan nasionalisme di Syria

ISI-ISI PENTING
1. Faktor agama
Gerakan nasionalisme di Syria tercetus atas faktor Pengaruh Agama. Atas alasan agama, timbul
keinginan untuk menyatukan semua negara dan bangsa Arab sehingga mewujudkan gerakan
nasionalis di Syria. Kedudukan Palestin yang bersempadan di bahagian barat daya Syria
menyebabkan penduduk Syria sangat mengambil berat perihal saudara Islam mereka di Palestin.
Gerakan Yahudi yang ingin menempatkan bangsa mereka di wilayah Palestin jelas kelihatan apabila
golongan Turki Muda yang memerintah Uthmaniyah dikuasai pertubuhan al-Itihad wa al-Taraqqi yang
didalangi orang Yahudi. Keadaan ini menyemarakkan lagi semangat penduduk tempatan di Syria
menentang penjajah.

2. Pengaruh Bahasa dan kesusasteraan


Gerakan nasionalisme di Syria berlaku kerana faktor Pengaruh Bahasa dan kesusasteraan. Pada abad
ke-19 hingga 20M, berlaku perkembangan baharu dalam kesusasteraan Arab bagi menangani cabaran
dunia Arab. Contohnya, penyair Lebanon, Khalil Ghibran telah menyumbang kepada pembangunan
puisi Arab dengan bentuk dan tema baharu termasuk tema kebangsaan dan kenegaraan. Malahan,
Perancis juga cuba menonjolkan bahawa mereka merupakan kuasa yang memperjuangkan hak dan
kepentingan golongan minoriti. Mereka memperjuangkan Bahasa golongan minoriti. Kesannya,
menyebabkan golongan minoriti bangkit memperjuangkan pengiktirafan Bahasa ibunda mereka seperti
83
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
Bahasa Kurdish, Druze, Armenia, Jacobites dan Asyyrian. Akhirnya, Bahasa etnik
minoriti dihidupkan semula dan mempengaruhi perkembangan nasionalisme.

3. Pengaruh Kewartawanan
Gerakan nasionalisme di Syria juga dipengaruhi oleh faktor Pengaruh Kewartawanan. Umpamanya,
Farris Nimr berketurunan Lubnan yang mendapat pengajian di Syrian Protestant College telah
menerbitkan majalah al-Muqattam yang berkisar kepentingan ilmu dan semangat nasionalisme. Khalil
Turi menerbitkan akhbar Tariqat al-Akbar yang mengandungi 3000 isu nasionalisme berkaitan
perundangan, ekonomi dan sebagainya. Majalah al-Manar merupakan majalah bulanan yang
membahaskan idealism pembaharuan dan tajdid di Kaherah. Majalah tersebut dipelopori oleh Rasyid
Rida yang lahir di Syria. Majalah ini mengungkap tradisi pemikiran yang segar berasaskan idea
pembaharuan yang dibawa oleh Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh. Fokus pemikiran ke
arah usaha pembaharuan dan dakwah Islamiyah di Syria. Al- Manar menggerakkan perbincangan
tentang dakwah, idealism, dan islah, menerangkan dasar-dasar Pan-Islamisme, meneroka persoalan
yang berkait dengan ajaran akidah dan hukum, membincangkan fahaman modenisme, sekularisme,
nasionalisme dan mempelopori dialog pertukaran idea antara budaya serta menangani isu-isu social
dan peradaban. Al-Manar pertama kali diterbitkan pada 17 Mac 1898 sebagai majalah mingguan yang
memuatkan 8 halaman, menyiarkan berita mutakhir di samping artikel utama yang ditulis oleh ketua
editor, Rasyid Rida sendiri. Justeru, kerancakan penerbitan akhbar telah mempercepatkan penerimaan
masyarakat terhadap gerakan nasionalisme untuk membebaskan diri daripada penjajahan.
4. Peranan Pendidikan
Peranan Pendidikan menjadi faktor tercetus gerakan nasionalisme di Syria. Sebuah akademi Bahasa
ditubuhkan bagi mengumpul ahli Bahasa dari seluruh Tanah Arab untuk bertemu dan bertukar-tukar
fikiran. Tujuan akademi Bahasa untuk mengharmonikan Bahasa masing-masing dengan keadaan
masyarakat Arab daripada pelbagai Bahasa. Walaupun berbeza politik tetapi mereka Bersatu di bawah
satu perkara iaitu Bahasa Arab. Antara tokoh Pendidikan terkenal yang menyokong usaha penubuhan
negara Syria merdeka ialah Abu Khaldun Sati al-Husri. Beliau pernah bekerja sebagai pegawai
Pendidikan Turki Uthmaniyah. Di Damsyik dan Beirut, beberapa buah university dibina menjadi medan
perdebatan golongan terpelajar tempatan. Oleh itu, semangat nasionalisme semakin menyerlah dalam
kalangan rakyat untuk bangun membebaskan negara daripada imperialis Perancis.

5. Peranan golongan intelektual


Golongan intelektual merupakan pencetus Gerakan nasionalisme di Syria. Rasyid Rida merupakan
intelektual muslim Syria yang mengembangkan gagasan modenisme Islam yang awalnya dipelopori
oleh Jamaluddin al-Afgani dan Muhammad Abduh. Rasyid Rida mengkaji kelemahan masyarakat Islam
ketika itu dibandingkan dengan masyarakat Barat. Beliau berpendapat bahawa kelemahan ini dapat
diatasi apabila masyarakat Islam kembali kepada prinsip-prinsip dasar Islam dan melakukan ijtihad
dalam menghadapi kehidupan moden. Penulisan beliau banyak menyumbang kepada Gerakan
nasionalisme dalam kalangan umat Islam khususnya Syria. Oleh itu, idea-idea beliau telah
menyemarakkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat.

6. Peranan Persatuan Kebajikan


Peranan persatuan kebajikan menjadi faktor tercetus semangat nasionalisme di Syria. Semangat
nasionalisme Syria dipelopori persatuan-persatuan kemasyarakatan (Jam’iyyah al-Islamiyah) yang
berjuang menyebarkan dakwah Islam dan kesedaran beragama. Antaranya Jam’imyyah al-Tamaddun
al-Islami. Penubuhan jam;iyyah adalah kesan daripada perasaan tidak puas hati terhadap sistem
Pendidikan wajib yang diperkenalkan oleh Perancis. Mereka percaya Perancis mempunyai agenda
tersembunyi di sebalik dasar Pendidikan berkenaan. Dasar pendidikaan Perancis berbeza dengan
British yang memberi kebebasan Pendidikan kepada rakyat tempatan. Persatuan kebajikan yang
dianggotai oleh para fuqaha, khatib, sasterawan dan golongan professional Islam telah melaksanakan
pelbagai program kebajikan termasuk penerbitan buletin berjudul al-Tamaddun al-Islami bertujuan
menyebarkan pengetahuan Islam kepada masyarakat dan menubuhkan madrasah yang diiktiraf
84
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
pemerintah. Persatuan ini telah membina sebuah sekolah menengah iaitu Madrasah
al-Tamaddun al-Islami di Damsyik dan mengasaskan al-rabitah al-Ukhawiyyah li
Musa’adah Fuqara sl-Tullab untuk pelajar-pelajar Islam miskin mendapatkan Pendidikan percuma dan
membantu serta memberi sokongan kepada Gerakan Intifadah Palestin.

7. Ancaman Budaya Barat


Ancaman budaya Barat dan ancaman sekolah-sekolah missionary juga menyumbang faktor tercetus
semangat nasionalisme di Syria. Penjajahan Perancis menyebabkan rakyat Syria terpengaruh dengan
cara pentadbiran Barat dalam pelabagai aspek kehidupan termasuk bidang politik dan ekonomi. Lebih
parah lagi apabila masyarakat Syria mula diresapi dengan budaya hidup Barat, khasnya budaya
Perancis. Penyebaran budaya Barat dan dakyah Kristianisasi telah mengancam pengaruh agama
Islam dan identiti masyarakat Syria sehingga membangkitkaan semangat nasionalisme. Malahan,
dasar Pendidikan Perancis mewajibkan pendudk Syria memasuki sekolah-sekolah yang didirikan oleh
colonial dan mendapat sokongan Gerakan missionary. Sekolah-sekolah Perancis mendapt bantuan
pertubuhan-pertubuhan Arab Kristian yang diasaskan atas nama jam’iyyah al-Nisa yang ditubuhkan di
Lubnan pada tahun 1850. Ancaman sekolah-sekolah missionary terhadap pemikiran umat Islam Syria
telah membangkitkan nasionalisme dalam kalangan ulama. Persatuan al-Fatat yang ditubuhkan di
Paris pada tahun 1911 berjaya menyemarakkan semangat nasionalisme di Syria. Persatuan ini telah
mengadakan kongres Arab di Paris pada tahun 1913.

8. Pengaruh luar
Merupakan faktor tercetus semangat nasionalisme di Syria. Penduduk Syria terpengaruh dengan
Gerakan Islah dan Pan Islamisme yang dicetuskan oleh Syeikh Jamaluddin al-Afgani dan Muhammad
Abduh. Gerakan ini Berjaya meningkatkan semangat penduduk tempatan melawan ancaman pihak
Barat. Shakib Arselan berasal dari Lubnan telah menghasilkan penulisan yang menyeru penduduk
Syria Bersatu di bawah Kerajaan Turki Uthmaniyah dan menolak konspirasi Barat yang mahukan
sebaliknya. Beliau menggesa penduduk Syria bangun secara sukarela menentang British semasa
Perang Dunia Pertama.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, kebangkitan nasionalisme Syria berlaku akibat kesedaran masyarakat tentang
pelabagai cabaran yang terpaksa dihadapi oleh umat Islam. Beberapa faktor tersebut telah
menyumbang kepada kemunculan semangat nasionalisme masyarakat Syria. Penindasan oleh
penjajah ke atas masyarakat tempatan telah menyedarkan golongan nasionalis untuk bangkit
menentang ketidakadilan penjajah Perancis.

Soalan 47: Faktor dalaman merupakan pencetus kepada kemunculan gerakan nasionalisme di
Mesir pada abad ke-19 hingga abad ke-20 Masihi. Bincangkan

PENDAHULUAN
Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan negara, taat setia kepada tanah air serta
membebaskan negara dan bangsa daripada penguasaan kuasa asing. Mereka harus berjuang bagi
membentuk nasib dan masa depan negara mengikut identiti sendiri. Pentadbiran ala Barat yang
diperkenalkan oleh British dan penindasan pemimpin Mesir yang menjadi tali barut British tidak
disenangi oleh ulama dan penduduk Mesir yang majoriti beragama Islam. Semangat anti-British
memuncak selepas Perang Dunia Pertama. Terdapat banyak faktor dalaman yang mendorong gerakan
nasionalisme dalam kalangan penduduk Mesir menjelang abad ke-20 M.

ISI-ISI PENTING
1. Pengaruh Agama.
● Faktor dalaman pertama mencetuskan kemunculan gerakan nasionalisme di Mesir adalah
pengaruh agama. Pihak British cuba memBaratkan dan menjauhkan ajaran Islam dalam kehidupan
85
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
masyarakat Mesir.
● Gerakan nasionalisme berpaksikan agama dicetuskan oleh Gerakan
Pemulihan Islam (Gerakan Islam) yang bermula di Mesir sejak tahun 1850. Gerakan ini dipimpin
oleh Syeikh Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh. Antara matlamat Gerakan ini
ialah memperjuangkan penyatuan umat Islam melalui konsep Pan Islamisme dan membebaskan
negara Islam dari pengaruh penjajahan dan idealism Barat Kristian yang boleh merosakkan
pemikiran Islam.
● Gerakan ini menggunakan sentimen agama dengan menyedarkan masyarakat untuk berjihad
dengan membersihkan diri daripada amalan yang bercanggah dengan nilai Islam sebenar yang
bersifat progresif, dinamisme dan komprehensif. Para ulama menyeru masyarakat Mesir berjihad
melawan penjajah Barat dari sudut polotik, ekonomi dan keilmuan melalui semangat Islam. Judteru
itu,
● Rasyid Rida amat menekankan kepentingan memperbaiki kemunduran umat Islam dan
memurnikan ajaran Islam. Beliau menekankan Pendidikan dakwah melalui integrasi Pendidikan
agama dan moden dengan menubuhkan Madrasah al-Dakwah al-Irshad di Kaherah pada 1912.

2. Bahasa dan kesusasteraan


● Kemunculan gerakan nasionalisme di Mesir juga dicetuskan oleh peranan bahasa dan
kesusasteraan.
● Peristiwa pembunuhan hakim Boutrus Ghali al-Qibti pada tahun 1910 telah mencetuskan semangat
nasionalisme rakyat. Pembunuhan ini berkait rapat dengan keengganan beliau mendesak Parlimen
Mesir menambah konsesi Terusan Suez kepada Mesir.
● Kematian beliau diabadikan oleh penyair Ahmad Syawqi dan Hafiz Ibrahim yang diterbitkan dalam
al-Muayyad dan al-Liwa.
● Sajak-sajak ini menjadi pemangkin semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat tempatan.
Begitu juga Hafez Ibrahim juga menggunakan puisi bertemakan antikolonialisme dalam dialek Arab
Mesir bagi menangani cabaran era moden.
● Justeru itu, peranan Bahasa dan kesusasteraan menjadi pembakar semangat, menimbulkan
kesedaran dan seterusnya mencetuskan gerakan nasionalisme dalam kalangan penggerak
nasionalisme Mesir.

3. Pengaruh kewartawanan dan media massa


● Faktor pencetus gerakan nasionalisme Mesir dibantu oleh pengaruh kewartawanan dan media
massa.
● Penerbitan akhbar telah membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Mesir.
Mereka mula mengenali akhbar sejak aman penjajahan Perancis.
● Pada akhir abad ke-19M, dua buah akhbar diterbitkan seperti al-Muqtataf dan al-Muqtatam oleh
Faris Nimr,Yaakub Sarruf dan Shahin Makarious (golongan Kristian Arab). Muqtatam menjadi
akhbar harian berpengaruh di Mesir, namun ia dilihat proBarat wapaupun kandungannya
menggalakkan perkembangan ilmu moden dan idea saintifik. Selain itu, Bishara Taqla dan Salim
Taqla menerbitkan akhbar al-Ahram pada tahun 1875.
● Pada awal abad ke-20M, penerbitan akhbar semakin rancak berikutan kemunculan parti-parti
politik dan perkembangan gerakan nasionalisme.
● Rashid Rida yang menulis akhbar Salafiya telah banyak membuka minda rakyat Mesir. Beliau
merupakan orang kanan kepada Muhammad Abduh dan banyak menulis persoalan yang
menyentuh soal modenisasi Islam. Rashid Rida telah menyemai dan menyemarakkan semangat
nasionalisme dalam penulisan beliau dengan mengkritik dan menganggap penjajah adalah
penyebab kepada kemunduran Islam.
● Jelas bahawa dengan kerancakan dalam penerbitan akhbar telah mempercepatkan penerimaan
masyarakat terhadap Gerakan nasionalisme Mesir.

4. Peranan golongan intelektual


86
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
● Peranan golongan intelektual juga membantu mencetuskan kemunculan
gerakan nasionalisme di Mesir. Golongan inteletual yang menyemai dan
membangkitkan semangat nasionalisme di Mesir terbahagi kepada tiga golongan iaitu golongan
berpendidikan Barat, golongan agama dan golongan elit tentera.
● Tokoh intelektual berpendidikan Barat seperti Mustafa Kamil Pasha yang pakar bidang undang-
undang menyokong gerakan nasionalisme sekular seperti yang berlaku di dunia Barat dan cuba
meraih sokongan golongan intelektual keturunan Qibti. Tujuan beliau adalah untuk menuntut
kemerdekaan daripada British dan menubuhkan sebuah kerajaan berparlimen ala-Barat di Mesir.
● Tokoh agama pula seperti Sheikh Hassan al-Banna telah mempelopori kebangkitan golongan
intelektual Islam menentang British melalui penubuhan Ikhwanul Muslimin. Beliau berusaha
melakukan Gerakan Islah yang berinspirasikan dari Sayid Jamaluddin al-Afghani. Perjuangan
Hassan al-Banna bersifat sederhana meliputi aspek akidah, intergrasi ilmu dan kecekapan
pentadbiran.
● Manakala kumpulan intelektual tentera Mesir keturunan Fellahin turut terlibat dalam Gerakan
nasionalisme menentang British dan pemerintahan Khedif yang bersekongkol dengan penjajah.
Jelaslah bahawa golongan intelektual memainkan peranan yang besar dalam mencetuskan
gerakan nasionalisme di Mesir dengan menyemai semangat antipenjajah dalam kalangan
penduduk Mesir.

5. Pergolakan politik di Mesir


● Gerakan nasionalisme turut tercetus berpunca dari pergolakan politik di Mesir.
● Penindasan kerajaan dan penjajah British juga menyumbang kepada kemunculan gerakan
nasionalisme di Mesir. Pihak istana telah bersekongkol dengan penjajah British demi mengekalkan
kuasa manakala Parti Wafd pula terlibat dengan korupsi dan mengutamakan golongan bangsawan
dalam pemerintahan negara.
● Ini menyebabkan rakyat Mesir semakin menderita. Gerakan nasionalisme menyeru rakyat Mesir
menggulingkan pemerintah beraja Mesir bersifat pro-Barat, boneka dan autokratik. Reaksi gerakan
nasionalisme ini berjaya memberi inspirasi kepada masyarakat untuk berani bersuara dan bangun
menentang raja-raja Mesir yang sanggup menggadaikan negara.
● Contohnya, penindasan British telah mengabaikan pendidikan kepada rakyat Mesir.
● Ekonomi juga dikuasai oleh pihak kolonial.
● Pergolakan politik Mesir menyebabkan rakyat tempatan telah ditindas dalam banyak hal sehingga
menjadi salah satu faktor dalaman yang membawa kepada tercetusnya kemunculan semangat
nasionalisme.

6. Peranan golongan tentera


● Peranan golongan tentera juga membantu kemunculan gerakan nasionalisme di Mesir. Kumpulan
tentera berketurunan Fellahin turut terlibat dalam geakan nasionalisme menentang British dan
pemerintahan Khedif yang bersekongkol dengan penjajah British.
● Gerakan pimpinan Kolonel Ahmed Urabi ini berjuang menuntut kemerdekaan Mesir dari penjajah
British. Perjuangan Urabi dipengaruhi oleh Gerakan Islah yang dibawa oleh Sheikh Muhammad
Abduh, yang dikenali sebagai Pemberonttakan Urabi 1881-1882.
● Urabi telah menubuhkan sebuah pertubuhan sulit dalam tentera Mesir bagi mengatasi masalah
diskriminasi social, kemelesetan ekonomi dan keruntuhan akhlak rakyat Mesir. Beliau juga telah
menubuhkan sebuah parti iaitu Parti Kebangsaan.
● Pada peringkat awal perjuangan, Gerakan ini adalah sebuah Gerakan anti orang asing iaitu
Perancis, British dan Turki. Tetapi pada peringkat seterusnya Gerakan ini menuntut perubahan
dalam pentadbiran dan pemerintahan.
● Pasukan Urabi telah diserang dan dikalahkan oleh British kerana beliau dikatakan mengancam
pendudukan British di Mesir. Walaupun beliau ditangkap, namun perjuangannya menjadi inspirasi
87
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
dan diterukan oleh tokoh nasionalisme Mesir selepasnya.

KESIMPULAN
Kebangkitan semangat nasinalisme Mesir berlaku akibat kesedaran masyarakat tentang pelbagai
kepincangan yang berlaku dalam Negara. Pelbagai faktor dalaman mendorong kebangkitan
nasionalisme di Mesir sama ada dalam aspek politik ,ekonomi dan sosial. Kesan penentangan yang
berterusan oleh nasionalisme Mesir menyebabkan British mengistiharkan kemerdekaan Mesir pada
tahun 1922.

Soalan 48 : Bincangkan faktor luaran yang membawa kepada kebangkitan semangat


nasionalisme di Mesir pada awal abad ke-20.

PENDAHULUAN
Nasionalisme bermaksud perasaan cinta dan taat setia kepada tanah air dan bercita- cita
membebaskan negara dan bangsa daripada penguasaan asing. Pentadbiran ala-Barat yang
diperkenalkan oleh British dan penindasan pemerintah Mesir tidak disenangi oleh penduduk yang
majoritinya beragama Islam. Lebih membimbangkan, ramai golongan elit Mesir terpengaruh dengan
ideologi sekularisasi dan modenisasi Barat yang mengancam syiar Islam . Situasi ini melahirkan
pelbagai gerakan nasionalisme yang memperjuangkan Islam dan nasib rakyat Mesir daripada terus
ketinggalan dalam arus pemodenan. Kebangkitan nasionalisme di Mesir didorong oleh pengaruh luar
yang berlaku di Eropah, Amerika, dan Asia.

ISI-ISI PENTING
1. Pengaruh gerakan nasionalisme di Eropah ( Revolusi Perancis 1789-1799 )
● Pengaruh luar seperti gerakan nasionalisme yang melanda Eropah abad ke-18M, khasnya
Revolusi Perancis 1789- 1799 menjadi faktor penting dalam mencetuskan semangat nasionalisme
di Mesir.
● Di Eropah, sebelum kemunculan nasionalisme, masyarakat umumnya setia kepada pemimpin
tertentu, bukannya negara mereka. Situasi sama juga berlaku di Mesir dan negara Arab lain.
Revolusi Perancis yang tercetus pada tahun 1789 telah meninggalkan kesan yang amat signifikan
dalam sejarah politik negara-negara Eropah. Kemunculan negara Republik Perancis dan
penghapusan pemerintahan beraja meninggalkan kesan kepada idea kebebasan, persamaan, dan
persaudaraan.
● Semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat menyebabkan negara-negara Eropah lain turut
meningkatkan kemajuan negara masing-masing.
● Semangat nasionalisme turut mempengaruhi rakyat Mesir untuk membebaskan diri dari penjajahan
Barat dan penguasaan Kerajaan Turki Uthmaniyah.

2. Pengaruh Revolusi Amerika ( 1775-1783 )


● Pada pertengahan tahun 1775, George Washington telah dilantik memimpin tentera Amerika dalam
Perang Kemerdekaan Amerika Syarikat. Pada tahun 1783, Perang Kemerdekaan Amerika berakhir
88
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
dengan termeterainya Perjanjian Versailles. Antara syarat Perjanjian Versailles
ialah England menyerahkan kesemua 13 tanah jajahan dan mengakui
kemerdekaan Amerika Syarikat. Kesannya, rakyat Amerika memperjuangkan semangat
nasionalisme Amerika dan melaksanakan dasar peluasa kuasa.
● Semangat kebangsaan ini turut mempengaruhi masyarakat Arab seperti Mesir yang masih berada
di bawah pemerintahan Kerajaan Turki Uthmaniyah. Menjelang Perang Dunia Pertama, Turki telah
menyertainya dengan bekerjasama dengan Jerman. Kekalahan Jerman dan Turki dalam Perang
Dunia Pertama menyebabkan negara-negara Arab turut berusaha membebaskan diri daripada
pemerintahan Turki Uthmaniyah.
● Selain itu, tentera Amerika Syarikat turut bertapak di bumi Mesir semasa Perang Dunia Pertama
dan fenomena ini telah menimbulkan kesedaran kepada rakyat Mesir untuk mempertahankan imej
dan maruah negara daripada cengkaman penjajah Barat.
● Hal ini telah menyuntik semangat kebangsaan hingga akhirnya melahirkan gerakan nasionalisme
untuk menuntut kemerdekaan.

3. Pengaruh Perang Dunia Pertama ( 1914-1918 )


● Kemunculan gerakan nasionalisme di Mesir juga adalah akibat faktor luaran, daripada tercetusnya
Perang Dunia Pertama 1914-1918.
● Rakyat Mesir terutama golongan petani telah dikerah British meninggalkan pekerjaan dan menjadi
sukarelawan Pertubuhan Palang Merah dan menjadi hamba kepada tentera British di Palestin,
Gallipoli dan Perancis. Dalam peperangan ini, ramai rakyat Mesir terkorban.
● Pada masa sama, kehadiran ramai tentera Bersekutu di Mesir telah menjadikan penduduk berasa
lemah dan amat mengharapkan bantuan untuk melindungi dan mempertahankan mereka di negara
sendiri.
● Tentera Amerika Syarikat turut bertapak di bumi Mesir dan fenomena ini telah menimbulkan
kesedaran kepada rakyat Mesir untuk mempertahankan imej dan maruah negara daripada
cengkaman penjajah Barat dan hal ini telah menyuntik semangat kebangsaan hingga akhirnya
melahirkan gerakan nasionalisme untuk menuntut kemerdekaan.

4. Penjajahan Barat ke atas Mesir dan negara-negara Arab lain.


● Mesir dan negara Arab lain tunduk dan patuh kepada pemerintahan Khalifah Turki Uthmaniyah.
Namun, selepas berlakunya penjajahan Perancis dan British ke atas Mesir, rakyat tempatan mula
terdedah kepada cara hidup baharu melalui transformasi dari segi keilmuan dan pemikiran Barat
sehingga membangkitkan semangat nasionalisme.
● Sejak Terusan Suez dibuka pada tahun 1869, negara-negara Barat seperti British dan Perancis
saling berlumba untuk menguasai Mesir. Pengaruh kuasa British semakin kuat mulai tahun 1875
apabila pemerintah Mesir (Khedive 1863-1879) menjual sebahagian besar saham Mesir dalam
Terusan Suez kepada British.
● Di samping itu, Mesir berhutang dengan British dan Perancis. Mesir tidak dapat membayar hutang
menyebabkan British dan Perancis memasuki Mesir dan melangsaikan hutang-hutang Mesir.
● Oleh itu, sejak tahun 1876 British dan Perancis mula campur tangan dalam pemerintahan Mesir.
Hal ini menimbulkan perasaan tidak puas hati rakyat Mesir.
● Gerakan penentangan yang dipimpin oleh Arabi Pasha walaupun gagal telah menbangkitkan
semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Mesir.

5. Pengaruh ideologi Barat


● Pengaruh ideologi barat pelajar tempatan yang menuntut di Eropah juga menyumbang kepada
kemunculan semangat nasionalisme di Mesir.
● Kebangkitan gerakan nasionalisme Mesir bermula apabila berlakunya Pemberontakan Arabi Pasha
(1881–1882). Pada mulanya, pemberontakan ini ialah gerakan anti orang asing (Inggeris, Perancis,
dan Turki) atau campur tangan asing, tetapi akhirnya menjadi sebuah gerakan untuk menuntut
89
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
perubahan sistem pemerintahan dan menentang penyalahgunaan kuasa
pemerintah. Gerakan Arabi ini timbul kerana pengaruh Jamaluddin al-Afghani
yang ketika itu menjadi tenaga pengajar di Mesir. Penentangan rakyat yang dipimpin oleh Arabi
Pasha ini sangat membahayakan kedudukan British dan Perancis di Mesir. Perkembangan ini
mempengaruhi pelajar-pelajar yang menuntut di Eropah.
● British akhirnya bertindak dan berjaya menumpaskan pemberontakan daripada gerakan Arabi
Pasha.
● Selepas kegagalan pemberontakan Arabi Pasha, muncul pula gerakan Pan Arab yang dirintis oleh
Amir Syakib Arslan yang menganjurkan penyatuan semua bangsa Arab dengan tujuan untuk
mencapai kemerdekaan bangsanya. Sekalipun pemberontakan Arabi Pasha berhasil dipadamkan,
namun cita-cita perjuangan Arabi Pasha merupakan sumber aspirasi semangat nasionalisme
bangsa Mesir.
● Hal ini terbukti apabila pada tanggal 7 Desember 1907 telah diadakan kongres nasional yang
pertama di bawah pimpinan Mustafa Kamal yang berpendidikan Barat (Fakulti Undang-undang
Universiti Toulouse, Perancis). Tujuan kongres ini diadakan adalah untuk pembangunan Mesir
secara liberal untuk mencapai kemerdekaan penuh.
● Pemerintah Mesir yang dipengaruhi oleh Inggeris berusaha untuk menindas gerakan ini, akan
tetapi gerakan nasional ini tetap hidup dan makin kuat bahkan kemudian menjelma menjadi Parti
Wafd (utusan) di bawah pimpinan Saad Zaghlul Pasha.
● Selesai Perang Dunia I, Parti Wafd menuntut Mesir sebagai negara merdeka dan ikut serta dalam
konferensi perdamaian di Perancis. Walau bagaimanapun, British menolak, bahkan mengasingkan
Zaghlul Pasha ke Malta.
● Pada tahun 1919, di Mesir, telah timbul suatu pemberontakan dan Zaghlul Pasha dibebaskan
kembali. Kaum nasionalis Mesir menuntut kemerdekaan penuh. Pemberontakan diteruskan,
namun Zaghlul Pasha ditangkap lagi dan diasingkan ke Gibraltar.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, kemunculan semangat nasionalisme Mesir berkait rapat dengan pengaruh
nasionalisme yang berkembang di luar seperti di Eropah, Amerika, dan Asia. Hal ini membangkitkan
lagi kesedaran rakyat Mesir tentang kepincangan yang berlaku dalam negara. Semangat nasionalisme
ini direalisasikan melalui pemberotakan rakyat dalam gerakan antiasing dan perjuangan menuntut
kemerdekaan.

Soalan 49: Bincangkan peranan golongan intelektual dalam membangkitkan semangat


nasionalisme di Mesir pada abad ke-20

PENGENALAN
Perluasan kuasa British di Mesir bermula apabila berjaya mengusir Perancis pada tahun 1801. Sejak
daripada peristiwa itu, British berusaha mencari ruang dan peluang untuk bertapak dan menguasai
Mesir. Kejayaan menguasai Mesir disusuli dengan dasar menguasai kekayaan dan mengabaikan nasib
penduduk tempatan telah mengundang rasa kurang senang dalam kalangan rakyat sekaligus telah
membawa kepada kebangkitan semangat kebangsaan dengan hasrat memulihkan kembali umat Islam
dan menuntut kemerdekaan daripada pihak British. Golongan intelektual diketuai oleh nasionalis
berpendidikan agama dan berpendidikan Barat berperanan penting dalam gerakan atau perjuangan ini.

ISI-ISI PENTING
1. Membawa Gerakan Pemulihan Islam
● Perjuangan ini digerakkan oleh nasionalis berpendidikan agama khususnya daripada Universiti al
Azhar. Antara nasionalis yang menggerakkan perjuangan ini ialah Jamaluddin al Afghani,
Muhammad Abduh dan Rashid Rida
● Asas perjuangan individu ini ialah menyeru kepada orang-orang Islam agar kembali kepada ajaran
yang sebenar dengan berpandukan Al-Quran dan Al-Hadis serta menolak amalan serta
90
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
kepercayaan tahyul. Perjuangan ini dilakukan melalui pidato dan syarahan umum
kepada umat Islam termasuk kepada penuntut Universiti al Azhar.
● Selain itu, golongan ini juga menggunakan media cetak untuk menyuarakan idea nasionalisme
seperti Jamaluddin al Afghani dan Muhammad Abduh menggunakan akhbar al Urwah al Wuthqa
dan al Manar, manakala Rashid Rida menggunakan akhbar al Salafiya.

2. Memperjuangkan Konsep Pan Islamisme


● Selain itu golongan intelektual berpendidikan agama juga telah memperjuangkan konsep Pan
Islamisme. Ia adalah konsep penyatuan dunia Islam menentang dasar imprealisme Barat bertujuan
untuk menamatkan perluasan kuasa Barat di Mesir dan menonjolkan pemerintahan khalifah
Uthamaniyyah sebagai penaung kerajaan dan umat Islam.
● Idea ini dipelopori oleh Jamaluddin al Afghani, bukan sahaja telah menarik sokongan umat Islam
di Mesir, malah dunia Islam turut sama memberikan sokongan dan dorongan serta secara tidak
langsung menyebabkan kuasa Barat mula berhati-hati dan peka dengan segala dasar yang berkait
rapat dengan dunia Islam.
● Perjuangan ini turut membangkitkan semangat nasionalisme di Mesir.

3. Menubuhkan organisasi yang sistematik


● Golongan intelektual turut berperanan dalam membangkitkan semangat nasionalisme Mesir
melalui penubuhan organisasi yang lebih sistematik.
● Bagi memastikan perjuangan tersusun dan mencapai apa yang dihasratkan atau setidak-tidaknya
British sedar akan tuntutan rakyat, golongan Intelektual ini telah menubuhkan organisasi sama ada
secara terbuka mahupun sulit.
● Pertubuhan terawal ditubuhkan ialah Misri al Falat diikuti oleh al Hizb al Watani al Hurry yang
bertujuan menamatkan penjajahan Barat di bumi Mesir.
● Penubuhan organisasi seumpama ini menjadi asas kepada pembentukan parti politik sebagaimana
yang diinisiatifkan oleh golongan berpendidikan Barat yang menubuhkan Parti Wafd bagi
memperjuangan kemerdekaan Mesir.

4. Menubuhkan institusi pendidikan


● Bagi melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan golongan intelektual telah menubuhkan
dan mengimarahkan institusi-institusi pendidikan.
● Golongan intelektual telah membuka madrasah bagi mendedahkan kepada masyarakat Mesir akan
pentingnya teknologi dan bukannya sekadar mempelajari ilmu agama untuk maju, meningkatkan
taraf hidup dan bersaing dengan kuasa asing.
● Sehubungan dengan itu, institusi pendidikan yang mementingkan kurikulum berkenaan telah
dibuka, antaranya madrasah al Dakwah wa al Irsyad yang diusahakan oleh Rasyid Rida.
● Penubuhan madrasah ini akan melahirkan lebih ramai cendiakawan Islam serba boleh yang
mampu memimpin umat kearah kemajuan.
● Penubuhannya juga telah memberi kesan kepada kebangkitan semangat kebangsaan di Mesir.

5. Menghasilkan karya
● Golongan intelektual juga menggunakan karya sastera untuk menaikkan semangat nasionalisme
dalam kalangan masyarakat tempatan sama ada dalam bentuk saranan, kritikan dan sindiran
terhadap mana-mana pihak.
● Pelbagai bahan yang dihasilkan, ada yang berbentuk prosa seperti novel dan cerpen, dan ada yang
berbentuk puisi khasnya sajak. Rashid Rida telah menghasilkan karya seperti Tarikh al Ustadz al
Imam, Hiqiqah al Riba dan al Wahabiyyun wa al Hijaz.

91
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
● Individu-individu yang lain yang banyak menghasilkan karya sastera ialah
Taha Husayn dan Najib al Kilani.
● Penulisan karya disogokkan dengan idea-idea nasionalisme telah berjaya menyedarkan
masyarakat Mesir akan pentingnya semangat nasionalisme.

KESIMPULAN
Tidak dinafikan perjuangan golongan intelektual Barat nadi kepada kebangkitan semangat
nasionalisme rakyat Mesir terhadap British khasnya. Tanpa golongan ini, pasti British akan terus
bersenang lenang meraih kekayaan dan menindas anak watan. Namun dengan kepemimpinan tokoh-
tokoh intelektual, perjuangan lebih jelas dan sistematik menyebabkan pihak Barat mula berhati-hati
dalam tindakan.

Soalan 50: “Sebaik sahaja kerajaan Turki Uthmaniyah terlibat secara rasmi dalam Perang Dunia
Pertama, kuasa-kuasa Barat telah mengadakan Perjanjian Sykes-Picot”. Jelaskan kandungan
utama perjanjian tersebut.

PENDAHULUAN
● Perang Dunia Pertama berlangsung pada tahun 1914 hingga 1918 antara dua blok kuasa besar
yang terdiri daripada Pakatan Bertiga iaitu Britain, Perancis, dan Rusia (Tentera Bersekutu)
menentang Perikatan Kuasa Tengah yang dianggotai oleh Jerman, Austria- Hungry (Kuasa-Kuasa
Pusat).
● Kerajaan Turki Uthmaniyah (KTU) telah menyertai Perikatan Kuasa Tengah sebagai usaha terakhir
untuk memastikan wilayah-wilayah jajahannya kekal dalam kekuašaan empayarnya.
● Sebaik sahaja kerajaan Uthmaniyah memasuki Perang Dunia Pertama, Pakatan Bertiga bertindak
merancang secara sulit beberapa perjanjian untuk menduduki bumi Uthmaniyah sepenuhnya
seperti Perjanjian Konstantinople 18 Mac 1915, Perjanjian London 26 April 1916, dan Perjanjian
Sykes-Picot 16 Mei 1916.
● Kandungan Perjanjian Sykes-Picot telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap KTU.

ISI-ISI PENTING
1. Pembahagian kawasan pengaruh bagi Perancis dan British.
● Salah satu kandungan perjanjian adalah mengenai pembahagian kawasan pengaruh Perancis dan
British.
● Pembahagian ini meyebabkan bakal tertubuhnya negara-negara Arab yang merdeka.
● Kawasan ini dibahagikan kepada kawasan A iaitu wilayah Syria dan Mosul yang diserahkan kepada
Perancis manakala kawasan B iaitu wilayah Palestin hingga ke sempadan Iran diserahkan kepada
British. Kedua-dua kawasan ini disediakan seorang penasihat daripada negara Arab.
● Perancis diserahkan kawasan Biru iaitu Syria dan Cilicia manakala British pula diserahkan kawasan
Merah iaitu Iraq. Kedua-kedua kuasa Barat ini diberi kebebasan untuk menjalankan pentadbiran
atau mengenakan kawalan di situ sama ada secara langsung atau sebaliknya sebagaimana yang
mereka kehendaki.
● Kawasan Coklat (Brown) iaitu Palestin akan diletakkan di bawah pentadbiran antarabangsa.

92
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
Bentuk pentadbirannya akan diputuskan dan sekutu-sekutunya yang lain serta
Sharif Husain, gabenor Makkah.

2. Kawasan–kawasan di bawah penguasaan British


● Kawasan-kawasan yang hanya dikhususkan kepada British melibatkan pelabuhan Haifa dan Arce.
● Jaminan terhadap bekalan air daripada Sunga Tigris dan Euphrates dalam kawasan A (Syria dan
Mosul) ke kawasan B (wilayah-wiayah di antara Palestin hingga ke sempadan Iran).
● Alexandretta dan Haifa dijadikan pelabuhan bebas sebagai satu penghormatan kepada aktiviti
perdagangan British dan Perancis.
● Dalam kawasan A, landasan keretapi Baghdad ke kawasan selatan tidak akan dibuka hingga ke
Mosul. Begitu juga dengan kawasan B yang ditutup hingga ke Samarra, sehinggalah siap
pembinaan landasan yang menyambungkan kawasan Baghdad dengan Aleppo melalui pinggir
sungal Euphrates.
● British diberi hak membina, mentadbir, dan memiliki landasan-landasan keretapi yang
menyambung pelabuhan Haifa dengan kawasan B. Sebagai tambahan, British juga diberi hak
untuk mengekalkan tentera-tenteranya di kawasan tersebut dan dibenarkan membawa masuk
tentera-tenteranya pada bila bila masa yang dikehendaki.
3. Hak percukaian dan hubungan luar
● Dalam jangka masa 20 tahun, sistem percukaian kerajaan Uthmaniyah akan dikekalkan dan
dikuatkuasakan di kawasan Biru dan Merah sebagaimana yang dilaksanakan di kawasan A dan B,
tanpa ada sebarang peningkatan dan perubahan dari segi kadar bayaran dan sebagainya.
● Perancis tidak dibenarkan untuk melaksanakan sebarang bentuk perjanjian dengan mana-mana
kuasa asing selain British dan negara Arab berhubung dengan hak-haknya di kawasan Biru tanpa
keizinan daripada His Majesty's Government terlebih dahulu sebagaimana syarat yang dikenakan
ke atas kawasan Merah.
● Perancis dan British bersetuju tidak akan melayan sebarang permohonan daripada mana- mana
kuasa ketiga yang cuba menyertai kedua- dua kuasa Barat itu di Semenanjung Tanah Arab.

4. Kerjasama Ketenteraan
● Mereka tidak dihalang untuk bekerjasama dalam bentuk latihan ketenteraan berdekatan dengan
Laut Merah kerana ini perlu bagi mengawal sempadan wilayah-wilayah mereka daripada serangan
kerajaan Uthmaniyah.
● Perjanjian-perjanjian dengan masyarakat Arab berhubung dengan sempadan-sempadan negara
Arab atau penyatuan negara-negara Arab dibuat mengikut saluran yang sama sebagaimana yang
telah dilaksanakan sebelum itu atas nama kedua-dua kuasa Barat berkenaan (British dan
Perancis).
● Bagi kawalan ke atas aktiviti kemasukan barangan import ke kawasan orang orang Arab, kawalan
akan diselenggarakan oleh kedua-dua kerajaan penjajah itu.

5. Dasar kolonisasi dan sempadan baharu negara Arab


● British dan Perancis mula menjalankan dasar kolonisasi di tanah jajahannya.
● Kesannya, muncul negara bangsa apabila sempadan- sempadan telah digariskan dengan
memisahkan penduduk mengikut negara masing-masing walaupun mereka satu agama (Islam).
● Muncul negara bangsa Arab baharu seperti Turki, Syria, Jordan, dan lain-lain.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, penglibatan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama telah
mengubah landskap dunia Islam keseluruhannya. Menerusi Perjanjian Sykes-Picot, bukan sahaja
menunjukkan sikap talam dua muka pihak Kristian Barat seperti janji palsu antara British dengan Sharif
Husain dan pemimpin Arab yang lain, bahkan tindakan mereka menampilkan permusuhan tradisi kuasa

93
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
Kristian dengan dunia Islam. Setelah perang tamat, kekuasaan Uthmaniyah di
Timur Tengah berakhir dan digantikan dengan penjajahan kuasa Barat dalam
bentuk kuasa mandat dan perjanjian dengan pemimpin Arab tempatan.

Soalan 51: Gerakan Turki Muda telah mempengaruhi penglibatan Kerajaan Turki Uthmaniyah
dalam Perang Dunia Pertama. Bincangkan.

PENDAHULUAN
Perang Dunia Pertama tahun 1914-1918 berlaku di antara Britsh, Perancis, Rusia dan Itali sebagai
kuasa Bersekutu di satu pihak manakala Jerman, Austria-Hungary dan Turki Uthmaniyah sebagai
Kuasa Paksi di satu pihak lain. Jika dilihat latar belakang sebelum tercetusnya Perang Dunia Pertama,
gerakan nasionalisme, konflik di Balkan dan Perang Crimea menjadi faktor pendorong berlakunya
peperangan. Namun, berdasarkan situasi yang agak kompleks dan saling berkait rapat, faktor utama
penglibatan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama digerakkan oleh golongan Turki Muda
melalui badan politiknya iaitu Persatuan Perpaduan dan Kemajuan (CUP). CUP ditubuhkan dengan
tujuan merebut kuasa daripada Sultan Abdul Hamid II, memulihkan sistem pemerintahan perlembagaan
dan memertahankan kedaulatan Tuki Uthmaniyah. Era rejim Turki Muda (1908 – 1918) merupakan
peringkat akhir empayar Uthmaniyah.

ISI-ISI PENTING
1. Keinginan Mempertahankan Kedaulatan Empayar Turki Uthmaniyah
● Golongan Turki Muda ingin mempertahankan kedaulatan empayar Turki Uthmaniyah.
● Pada tahun 1908, berlaku krisis politik dalaman kerajaan Turki Uthmaniyah akibat rampasan kuasa
oleh rejim Turki Muda terhadap Sultan Abdul Hamid II. Situasi ini membuka peluang kepada negara
Austria, Sebia dan Rusia untuk menguasai wilayah Balkan yang berada di bawah kekuasaan Turki
Uhtmaniyah.
● Pada tahun 1912, persekutuan Bulgaria, Serbia dan Yunani dan Montenegro mengisytiharkan
Perang Balkan sehingga berjaya mengalahkan Turki Uthmaniyah. Peperangan ini berakhir dengan
Perjanjian London pada 10 Jun 1913 di mana Turki Uthmaniyah kehilangan semua wilayahnya di
Semenanjung Balkan.
● Gerakan Turki Muda ingin mengheret kerajaan Turki Uthmaniyah ke dalam kancah Perang Dunia
Pertama dengan harapan akan memperoleh kembali wilayahnya yang telah merdeka atau dikuasai
oleh kuasa lain.
● Gerakan Turki Muda mempunyai semangat nasionalisme tinggi serta ingin mengembalikan
kegemilangan wmpayar Turki Uthmaniyah. Mereka bersedia mengambil risiko dengan
94
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
menyebelahi Jerman dalam Perang Dunia Pertama.

2. Mengadakan perjanjian sulit dengan Jerman


● Gerakan Turki Muda juga telah mengadakan perjanjian sulit dengan Jerman.
● Menjelang Perang Dunia Pertama, Gerakan Turki Muda yang diketuai oleh pemimpin tiga
serangkai iaitu Talat Bery Pasya, Ismail Enver Pasha dan Jamal Pasha telah mengamalkan dasar
pro-Jerman (kuasa Axis) sebagai langkah untuk menuntut bela terhadap kuasa Berikat (British,
Perancis dan Rusia) yang selama ini menceroboh dan mengancam wilayah Turki Uthmaniyah.
Mereka juga bimbang rancangan dan kebangkitan Rusia yang mejadi musuh tradisi empayar Turki
Uthmaniyah.
● Penglibatan kerajaan Turki Utmaniyah dalam Perang Dunia Pertama berlaku pada tahun 1914
apabila Perdana Menteri, Saad Halim Pasha (salah seorang pemimpin Turki Muda)
menandatangani perjanjian sulit yang menyatakan sokongan terhadap Jerman sekiranya Jerman
dapat memberikan bantuan kepada kerajaan Turki Uthmaniyah dalam krisis Austria dan Serbia di
rantau Balkan.
● Sehubungan itu, kerajaan Turki Uthmaniyah telah membenarkan dua buah kapal perang Jerman
berlabuh di Selat Dardanelles dan menutup selat tersebut daripada digunakan oleh kapal perang
British.
● Tindakan ini menyebabkan kuasa Eropah dan Rusia memprotes kerana ianya mencabuli dasar
berkecuali kerajaan Turki Uthmaniyah. Tindakan rejim Turki Muda memihak Jerman telah
menempah kecelakaan kepada empayar Turki Uthmaniyah. Pihak axis kalah pada 1918 dalam
Perang Dunia Pertama menyebabkan rejim Turki Muda turut tumbang. Ketiga-tiga pemimpin utama
Turki Muda (CUP) iaitu Talat, Enver dan Jamal telah melarikan diri ke luar negara dengan menaiki
sebuah kapal Jerman.

3. Menggunakan strategi Pan-Islamisme


● Gerakan Turki Muda menggunakan strategi Pan-Islamisme untuk mengheret kerajaan Turki
Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama.
● Semasa Peranh Dunia Pertama, Gerakan Turki Muda melalui Ismail Enver Pasha selaku Menteri
Pertahanan telah menggunakan strategi Pan-Islamisme (perpaduan umat Islam sedunia) bagi
mencabar pihak Berikat. Namun begitu, strategi ini gagal untuk memperoleh skokongan daripada
umat Islam melainkan di Libya.
● Sebaliknya, pada 1916 sebahagian umat Islam daripada bangsa Arab yang diketuai oleh Syarif
Hussain, gabenor Turki Uthmaniyah di Makkah telah mengiytiharkan perang terhadap empayar
Turki Uthmaniyah dengan sokongan daripada pihak Barat.
● Syarif Hussain bertindak demikian kerana British berjanji untuk membantunya mendirikan sebuah
negara Arab merdeka di wilayah Arab yang dirampas daripada kerajaan Turki Uthmaniyah.

4. Menyelamatkan Turki Uthmaniyah dari Gerakan Kristianisasi


● Gerakan Turki Muda juga ingin menyelamatkan Turki Uthmaniyah dari Gerakan Kristianisasi.
● Ada kalangan pemimpin Gerakan Turki Muda yang mempunyai pandangan lebih jauh dengan cita-
cita untuk menyelamatkan kerajaan Turki Uthmaniyah daripada Gerakan Kristianisasi dan
mendakwa Sultan Abdul hamid II menjadi penyebab kepada ketidakupayaan kerajaan untuk
menghapuskan penentangan sama ada dari dalam dan luar negara.
● Negara-negara Barat mulai mengambil kesempatan dari krisis politik ini untuk menguasai wilayah-
wilayah Turki Uthmaniyah. Kekalahan dalam Perang Balkan 1 pada tahun 1913 menyebabkan
golongan tentera Turki Uthmaniyah bergabung dengan Gerakan Turki Muda melakukan rampasan
kuasa terhadap pemerintahan Perdana Menteri Turki Uthmaniyah,
● Kamil Pasha. Turki Muda akhirnya menguasai pemerintahan Turki Uthmaniyah secara mutlak.
Pemerintahan dikendalikan 3 pasha iaitu Ismail Enver (Anwar) Pasha selaku Menteri Pertahanan,
Muhammad Talaat Pasha selaku Menteri Dalam Negeri dan Ahmad Jamal Pasha sebagai Menteri
Angkatan Laut. Perdana Menteri baharu ialah Said Halim Pasha yang merupakan anggota CUP,
95
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
namun beliau hanya memiliki sedikit pengaruh.
● Ketiga-tiga Pasha ini kemudian mengheret Turki Uthmaniyah terlibat
langsung dalam Perang Dunia Pertama.

5. Menghidupkan Gagasan Pan-Turkisme


● Gerakan Turki Uthmaniyah telah menghidupkan Gagasan Pan-Turkisme (Pan-Turanisme).
● Pan-Turkisme merupakan gagasan penyatuan seluruh bangsa Turki dalam empayar Turki
Uthmaniyah dengan warga Turki di Asia Tengah. Pan-Turkisme semakin bergema dalam kerajaan
ketika Turki Uthmaniyah ditewaskan dalam Perang Balkan 1 (1912-1913). Gagasan ini amat
diminati oleh Gerakan Turki Muda.
● Perasaan sebangsa dengan warga Turki di Asia Tengah (wilayah Caucasus) menyebabkan
mereka ingin membebaskan penduduk bangsa Turki di wilayah berkenaan dari penguasaan Rusia.
● Asia Tengah juga diyakini oleh Turki Muda sebagai sebahagian tanahair bangsa Turki.
● Revolusi Bolshevik 1917 di Rusia menyemarak semangat baharu idea-idea Pan Turkisme. Anwar
Pasha, Menteri Perang mula mendokong idea berdirinya sebuah kerajaan baharu yang
dibangunkan berdasarkan kesatuan dengan daerah-daerah Turki di Asia Tengah untuk
menggantikan wilayah-wilayah yang hilang di Timur Tengah.
● Pan-Turkisme digunakan bagi mengimbangi ideologi Pan-Slavia yang digerakkan oleh Rusia bagi
mempengaruhi penduduk Kristian Balkan khasnya Serbia agar menuntut kemerdekaan dari Turki
Uthmaniyah.
● Pan-Turkisme mulai berkembang dan mendapat sambutan menjelang Perang Dunia Pertama.
Ideologi Pan-Turkisme semakin bergema di kalangan Turki Muda Ketika kerajaan Turki
Uthmaniyah kehilangan banyak wilayahnya di rantau Balkan pada tahun 1913.
● Pan-Turkisme juga mendapat inspirasi dari kejayaan Prusia yang berhasil membentuk Pan-
Germania (Kesatuan Jerman) pada tahun 1871. Justeru, penekanan dasar Pan-Turkisme
(Turkifikasi) dengan penuh rpogresif mengakibatkan penentangan daripada golongan minority
Kristian dan nasionalisme Arab semakin memuncak.

6. Mengakhiri isolasi diplomatik terhadap Turki Uthmaniyah


● Gerakan Turki Muda juga telah mengakhiri isolasi diplomatik terhadap Turki Uthmaniyah. Isolasi
diplomatik berlaku ketika Gerakan Turki Muda berjaya menguasai pemerintahan Turki Uthmaniyah
melalui rampasan kuasa.
● Pemerintahan Turki Muda tidak mendapat sokongan dari mana-mana negara Eropah kerana
mereka bersifat nasionalis dan berhasrat mengakhiri segera pengaruh dan kekuasaan negara-
negara Eropah dalam kerajaan Turki Uthmaniyah.
● Situasi ini menyebabkan Turki Uthmaniyah mulai kehilangan sekutu yang dapat membantunya
ketika wilayah Turki Uthmaniyah diserang negara lain. Buktinya, Ketika Turki Uthmaniyah diserang
oleh Itali, tiada satu negara Eropah pun yang mahu membantunya.
● Gerakan Turki Muda meyakini bahawa isolasi yang berterusan mampu menumbangkan kerajaan
Turki Uthmaniyah. Keadaan ini memaksa Turki Muda menawarkan atau mengadakan hubungan
persahabatan atau gabungan dengan mana-mana negara seperti Britain dan Perancis, namun
ternyata tawaran Turki Uthmaniyah ditolak.
● Bagaimanapun, Gerakan Turki Muda berjaya mengadakan hubungan persahabatan dengan
Jerman apabila Kaiser Wilhelm II bersetuju mengadakan pakatan strategik.
● Akhirnya, tercapailah kesepakatan antara Turki Uthmaniyah dan Jerman yang akhirnya mengheret
Turki Uthmaniyah ke dalam kancah Perang Dunia Pertama.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, Gerakan Turki Muda telah menceburkan diri secara langsung dalam Perang Dunia
Pertama dengan menjadi sekutu Jerman. Kekalahan Jerman secara tidak langsung menghancurkan
empayar Turki Uthmaniyah yang selama ini sudah lemah dan digelarkan oleh pihak Barat sebagai
‘Orang Sakit Eropah’ (Sick Man of Europe). Gerakan Turki Muda yang terdiri daripada pelbagai aliran
96
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
iaitu Islamis, nasionalis dan liberal.Mereka hanya bersatu atas dasar untuk
menamatkan pemerintahan Sultan Abdul Hamid II serta campur tangan kuasa
asing, tetapi tidak berjaya untuk mempertahankan empayar Turki Uthmaniyah. Sebaliknya, Turki
Uthmaniyah kehilangan lebih banyak wilayah sebelum dihancurkan oleh pihak Bersekutu dalam Perang
Dunia Pertama. Pada bulan Oktober 1918, kerajaan Turki Uthmaniiyah dan British memeterai Perjanjian
Versailles bagi menamatkan perang. Tentera Pakatan Eropah Berjaya menduduki Istanbul dan ini
akhirnya membawa kepada keruntuhan empayar Turki Uthmaniyah. Kekalahan ini telah
mempercepatkan proses pembentukan negara bangsa Turki.

Soalan 52: Huraikan proses penglibatan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama (1914-
1918)

PENDAHULUAN
Perang Dunia Pertama (1914-1918) berlaku di antara dua pihak iaitu Jerman, Austria Hungary dan
Turki Uthmaniyah yang dikenali sebagai Triple Alliance (Perikatan Tiga Kuasa) dengan Russia, Britain
dan Perancis yang dikenali sebagai Triple Entente (Pakatan Tiga Kuasa) yang kemudiannya disertai
oleh Itali pada tahun 1907. Semasa meletus Perang Dunia Pertama, Turki Uthmaniyah diperintah oleh
Sultan Abdul Hamid II. Namun, kuasa sebenar kerajaan Turki Uthmaniyah dipegang oleh tiga serangkai
pemimpin Turki Muda iaitu, Enver Pasha (Menteri Peperangan), Said Halim Pasha (Perdana Menteri)
dan Tal’at Pasha (Menteri Dalam Negeri).

ISI-ISI PENTING
1. Krisis ketenteraan Russia di Laut Hitam.
● Proses penglibatan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama bermula dengan krisis
ketenteraan Russia di Laut Hitam.
● Pada 28 Oktober 1914, Russia mengganggu armada Turki Uthmaniyah pimpinan Admiral Jerman,
Wilhelm Souchon menjalani Latihan ketenteraan di Laut Hitam, utara Turki. Ini telah mencetuskan
konflik ketenteraan antara kedua negara.
● Pasukan armada Turki Uthmaniyah kemudiannya bertindak menyerang kapal perang Russia iaitu
Pruz dan Kubanetz. Menteri Perang, Enver Pasha memaklumkan kepada Perdana Menteri, Said
Halim Pasha tentang serangan oleh Russia diketuai oleh komander yang berkhidmat di Istanbul
dan menyifatkan serangan tersebut merupakan perancangan perang yang telah lama diatur.
● Rentetan peristiwa yang meibatkan konflik tentera antara Turki Uthamiyah-Russia di Laut Hitam ini
menjadi asas penglibatan secara rasmi Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama.

2. Peperangan dengan Russia di Caucasus


● Seterusnya, Turki Uthmaniyah terlibat dalam peperangan dengan Russia di Caucasus.
Peperangan dengan Russia bermula dengan percubaan tentera Turki Uthmaniyah menguasai
wilayah Caucasus, timur Turki dan mengalahkan Azerbaijan serta terus mara ke Iran. Iran ketika
97
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
itu bersifat zon bebas (bukan wilayah Uthmaniyah) dan berkecuali iaitu tidak
menyebelahi mana-mana pihak dalam Perang Dunia Pertama.
● Pada tahun 1914, tentera Rusia pimpinan Jeneral IIIarion Vorontsov Dashcov dan Nicolai Yudenish
berjaya menguasai semula wilayah Caucasus dan berjaya memasuki timur Turki Uthmaniyah
seperti Erzurum, Erzinjan Van.
● Faktor kekalahan tentera Truki Uthamaniyah kerana terpaksa berperang ketika musim salji.
Sebahagian besar tentera terkorban akibat cuaca dingin dan kehausan. Tentera Turki Uthmaniyah
tidak dilengkapi dengan pakaian tentera musim dingin berbanding tentera Russia yang lengkap
dan telah biasa berperang pada musim dingin.
● Pada awal Januari 1915, tentera Turki Uthmaniyah menyerang kawasan utara Persia yang berada
di bawah pengaruh Persia dan berjaya menguasai Tabriz. Namun, pada 30 Januari 1915, tentera
Russia berjaya menguasainya semula. Setelah nenewaskan Turki Uthmaniyah di wilayah
Caucasus, Rusia bersiap sedia untuk melakukan serangan ke atas Istanbul, ibu kota Turki
Uthmaniyah.
● Namun, Revolusi Bolshevik 1917 telah menghentikan semua operasi ketenteraan Rusia di wilayah
Caucasus. Semua 500 ribu tentera Rusia dipanggil balik bagi memadam gerakan penentangan
oleh sebahagian tentera Rusia yang masih setia kepada Maharaja Tzar Nicholas II.

3. Peperangan dengan British di Mesopotamia, Iraq.


● Seterusnya, Turki Uthmaniyah juga telah terlibat dalam peperangan dengan British di
Mesopotamia, Iraq.
● Pada November 1914, tentera British telahpun berada di selatan Iraq untuk menjaga dan mengawal
telaga minyak di Sulaimaniyah, Iran (bukan wilayah Turki Uthmaniyah).
● Pada awal abad ke-20M, minyak mula menggantikan arang batu sebagai sumber utama tenaga
industri.
● Tujuan utama pihak British menduduki Iraq adalah untuk menguasai wilayah Basrah, Iraq dan
akhirnya akan bergabung dengan tentera Rusia yang datang dari wilayah Caucasus. Gabungan
tentera British dan Rusia diharap dapat memutuskan dan menutup jalan perhubungan penting
tentera Turki Uthmaniyah.
● Pada peringkat awal, tentera Turki Uthmaniyah berjaya mengalahkan British pada bulan April 1916
di bandar lama Ctesiphon, dekat Baghdad. Namun pada bulan Mac 1917, Baghdad, ibu kota Iraq
telah dikuasai oleh tentera British dan Rusia dari kerajaan Turki Uthmaniyah.

4. Peperangan dengan British di Semenanjung Sinai, Mesir


● Seterusnya, Turki Uthmaniyah juga terlibat dengan peperangan dengan British di Semenanjung
Sinai, Mesir.
● Pada Februari 1915, tentera Turki Uthmaniyah cuba melintasi Terusan Suwz, Mesir tetapi
digagalkan oleh tentera British. British yang menguasai Mesir sejak tahun 1882 telah menambah
jumlah askar di Terusan Suez dengan membawa masuk tentera yang kalah di medan Gallipoli.
Pada tahun 1916, tentera British cuba meintasi Semenanjung Sinai untuk menguasai Palestin dan
Syria. Pada bulan Mei 1917, tentera Turki Uthmaniyah dengan bantuan tentera Jerman menyerang
tentera British di Palestin tetapi gagal apabila Komander Brtish, Allenby berjaya menguasai
Jerussalem, Palestin pada Disember 1917.
● Kejayaan British ini membawa kepada penjajahan secara langsung kuasa Barat ke atas bumi
Palestin yang sebelum ini merupakan wilayah penguasaan Turki Uhtmaniyah (1517-1918). Syria
juga turut dikuasai oleh tentera British pada bulan September 1918.

5. Peperangan dengan British di Dardanelles dan Gallipoli, Turki.


● Seterusnya, Turki Uthmaniyah terlibat dalam peperangan dengan British di Dardanelles dan
Gallipoli, Turki.
● Pada Mac 1915, armada British dan Perancis cuba menguasai Selat Dardanelles, Turki namun
digagalkan oleh tentera Turki Uthmaniyah.
98
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
● Pada April 1915, tentera British dengan bantuan 50,000 tentera New
Zealand, Australia dan Perancis mendarat di wilayah Gallipoli untuk menawan
Istanbul, pusat pentadbiran Turki Utmaniyah, tetapi digagalkan oleh tentera Turki Uthmaniyah di
bawah pemerintahan Komander Jerman.
● Pada Januari 1916, Pakatan tentera keempat-empat negara Barat berkenaan mengaku kalah dan
terpaksa meninggalkan wilayah Gallipoli. Peperangan Gallipoli membawa kepada kebangkitan
pengaruh Mustafa Kamal Attaturk sebagai ketua tentera Turki Uthmaniyah.

6. Peperangan dengan pemimpin Arab di Hijaz.


● Seterusnya, Turki Uthmaniyah terlibat dalam peperangan dengan pemimpin Arab di Hijaz. Tentera
Turki Uthmaniyah ditentang oleh tali barut British iaitu Sharif Husain, gabenor Makkah dan Madinah
yang mengetuai kelompok nasionalisme Arab.
● Beliau memainkan sentimen kemuliaan keturunannya dari Arab Bani Hashim (keturunan Nabi
Muhammad SAW) dan mendakwa layak menjadi penguasa umat Islam sejagat. Anaknya, Faisal
Sharif yang memimpin tentera Arab telah berjaya menghalau tentera Turki Uthmaniyah dari
Semenanjung Tanah Arab (Hijaz).
● Namun, dengan tipu muslihat British, Sharif Husain tidak mendapat balasan seperti dijanjikan.
Akhirnya, British melantik Sharif Husain sebagai penguasa Jordan.
● Di Damsyik, Faisal Sharif membentuk sebuah pentadbiran kerajaan Arab dengan mendapat
pengesahan dan bantuan dari British.
● Turki Uthmaniyah turut ditentang oleh tali barut British iaitu keluarga Saud pada bulan Disember
1915. British mengisytiharkan Ibn Saud sebagai pemimpin Arab di Najd (tengah Arabia). British
membiarkan Ibn Saud menguasai Tanah Arab dan sekaligus dapat menghalau kuasa Turki
Uthmaniyah. Keluarga Saud telah bertindak menyerang Bani Rashid, sekutu kerajaan Turki
Uthmaniyah.
● Sebelum Perang Dunia Pertama, seluruh bumi Arabi di bawah penguasaan Turki Uthmaniyah
kecuali Aden dan Teluk Parsi. Sharif Husain berjanji akan membantu British menghadapi tentera
Turki Uthmaniyah dan akhirnya beliau mengusytiharkan perang pada bulan Jun 1916.
● Perjuangan ketenteraan bangsa Arab selama dua tahun berakhir apabila kerajaan Turki
Uthmaniyah meminta diadakan perdamaian pada 30 Oktober 1918.

7. Peperangan dengan British, Perancis dan Itali di Utara Afrika


● Seterusnya, Turki Uthmaniyah turut terlibat dalam peperangan dengan British, Perancis dan Itali di
Utara Afrika.
● Tentera Turki Uthmaniyah berhadapan dengan British, Perancis dan Itali yang cuba menguasai
Libya di Utara Afrika. British akhirnya berjaya menguasai Libya untuk diserahkan kepada Itali
sebagai memenuhi janji Pakatan Berikat sekiranya Itali menyertai blok mereka menghadapi Jerman
dalam Perang Dunia Pertama.
● Tentera Turki Uthmaniyah juga berhadapan dengan Perancis di Maghribi, Tunisia dan Algeria yang
akhirnya dikuasai oleh negara Barat berkenaan.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, pada Oktober 1918, kerajaan Turki Uthmaniyah dan British memeterai Perjanjian
Versailles bagi menamatkan perang. Tentera Pakatan Eropah Berjaya menduduki Istanbul dan akhirnya
membawa kepada keruntuhan kerajaan Turki Uthmaniyah. Kekalahan Turki Uthmaniyah dalam Perang
Dunia Pertama turut memberi impak negatif terhadap dunia Islam apabila berhadapan dengan kuasa
inperialisme Barat.

Soalan 53: Analisiskan faktor-faktor kekalahan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia
Pertama.

PENDAHULUAN
99
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
Perang ke atas British, Perancis dan Rusia dalam Perang Dunia Pertama
diisytiharkan oleh Sultan Muhammad Rashad V (1909-1918), pemerintah Turki
Uthmaniyah pada 14 November 1914. Pengisytiharan ini bertujuan menyeru umat Islam seluruh dunia
bangkit bersama mempertahankan agama, penduduk, dan wilayah Islam dari kuasa imperialisme Barat.
Turki Uthmaniyah telah terlibat dalam beberapa siri peperangan dengan Pakatan Bertiga. Walaupun begitu
terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kekalahan Turki dalam Perang Dunia Pertama.

ISI-ISI PENTING
1. Kekalahan Turki dalam peperangan dengan Rusia di Caucasus, Timur Turki
● Peperangan dengan Rusia bermula dengan percubaan tentera Turki Uhmaniyah menguasai
wilayah Caucasus, di Timur Turki dan mengalahkan Azerbaijan serta terus mara ke Iran yang ketika
itu bersifat zon bebas (bukan wilayah Turki Uthmaniyah) dan berkecuali iaitu tidak terlibat dalam
Perang Dunia Pertama.
● Pada akhir tahn 1914, tentera Rusia pimpinan Jeneral Illarion Vorontsov Dashkov dan Nicolai
Yudenich berjaya menguasai semula wilayah Caucasus dan berjaya memasuki wilayah timur Turki
Uthmaniyah seperti Erzurum, Erzinjan dan Van.
● Faktor kekalahan tentera Turki Uthmaniyah kerana terpaksa berperang ketika musim salji.
Sebahagian besar tentera terkorban akibat cuaca dingin dan kehausan. Tentera Turki Uthmaniyah
tidak dilengkapi dengan pakaian tentera musim dingin berbanding dengan tentera Rusia yang
memilikinya dan telah biasa berperang pada musim dingin.
● Pada awal Januari 1915, tentera Turki Uthmaniyah menyerang kawasan utara Persia yang berada
di bawah pengaruh Rusia dan berjaya menguasai Tabriz. Namun, pada 30 Januari 1915, tentera
Rusia berjaya menguasainya semula.
● Setelah menewaskan Turki Uthmaniyah di wilayah Caucasus, Rusia bersiap sedia untuk melakukan
serangan ke atas Istanbul, ibu kota Turki Uthmaniyah. Namun, Revolusi Bolshevik 1917 telah
menghentikan semua operasi ketenteraan Rusia di wilayah Caucasus dan balik ke Rusia bagi
menghentikan revolusi tersebut.

2. Kekalahan Turki dalam peperangan dengan British di Mesopotamia, Iraq.


● Pada November 1914, tentera British telah berada di selatan Iraq untuk menjaga dan mengawal
telaga minyak di Sulaimaniyah, Iran (bukan wilayah Turki Uthmaniyah). Pada awal ahad ke-20M,
minyak mula menggantikan arang batu sebagai sumber utama tenaga industri.
● Tujuan utama pihak British menduduki Iraq adalah untuk menguasai wilayah Basrah, Iraq dan
akhirnya akan bergabung dengan tentera Rusia yang datang dari wilayah Caucasus. Gabungan
tentera British dan Rusia diharap dapat memutus dan menutup jalan perhubungan penting tentera
Turki Uthmaniyah.
● Pada peringkat awal, tentera Turki Uthmaniyah berjaya mengalahkan British pada April 1916 di
bandar lama Ctesiphon, berdekatan Baghdad. Namun, pada Mac 1917, Baghdad telah dikuasai
oleh tentera British dan Rusia dari kerajaan Turki Uthmaniyah.

3. Kekalahan Turki dalam peperangan dengan British di Semenanjung Sinai, Mesir


● Pada Februari 1915, tentera Turki Uhmaniyah cuba melintasi Terusan Suez, Mesir tetapi digagalkan
oleh tentera British. British yang menguasai Mesir sejak tahun I882 telah menambah jumlah askar
di Terusan Suez dengan membawa masuk tentera yang kalah di medan perang Gallipoli.
● Pada tahun 1916, tentera British cuba melintasi Semenanjung Sinai, Mesir untuk menguasai
Palestin dan Syria. Pada bulan Mei 1917, tentera Turki Uthmaniyah dengan bantuan tentera
Jerman menyerang tentera British di Palestin tetapi gagal apabila Komander British, Allenby berjaya
menguasai Jerusalem, Palestin, pada 9 Mac 1917.
● Kejayaan British ini membawa kepada penjajahan secara langsung kuasa Barat ke atas bumi
Palestin yang sebelum ini merupakan wilayah penguasaan Turki Uthmaniyah (1517-1918). Syria
turut dikuasai oleh tentera British pada bulan September 1918.
100
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
4. Pemimpin Arab di Hijaz yang memihak kepada British
● Sebelum Perang Dunia Pertama, seluruh bumi Arabia di bawah
penguasaan Turki Uthmaniyyah kecuali Aden dan Teluk Parsi. Tentera Turki Uthmaniyah ditentang
oleh tali barut British iaitu Sharif Husain, gabenor Makkah dan Madinah yang mengetuai kelompok
nasionalisme Arab. Beliau memainkan sentimen kemuliaan keturunannya dari Bani Hashim
(keturunan Nabi Muhammal saw) dan mendakwa layak menjadi penguasa umat lslam.
● Anaknya Faisal Sharif yang memimpin tentera Arab berjaya menghalau tentera Turki Uthmaniyah
dari Semenanjung Tanah Arab (Hijaz). Namun, dengan tipu muslihat British, Sharif Husain tidak
mendapat balasan seperti dijanjikan. Akhirnya, British melantik Sharif Husain sebagai penguasa
Jordan.
● Semasa di Damsyik, Faisal Sharif membentuk sebuah pentadbiran kerajaan Arab dengan
mendapat pengesahan dan bantuan dari British. Turki Uthmaniyah turut ditentang oleh tali barut
British iaitu keluarga Saud pada bulan Disember 1915.
● British mengisytiharkan Ibn Saud sebagai pemimpin Arab di Najd (tengah Arabia). British
membiarkan Ibn Saud menguasai kawasan Tanah Arab dan sekaligus menghalau kuasa Turki
Uthmaniyah. Keluarga Saud telah bertindak menyerang Bani Rashid, sekutu kerajaan Turki
Uthmaniyah.
● Sharif Husain berjanji akan membantu British menghadapi tentera Turki Uthmaniyah dan akhirnya
beliau mengisytiharkan perang pada bulan Jun 1916. Perjuangan ketenteraan bangsa Arab selama
dua tahun berakhir apabila kerajaan Turki Uthmaniyah meminta diadakan perdamaian pada 30
Oktober 1918.

5. Kekalahan Turki dalam peperangan dengan British, Perancis, dan Itali di Utara Afrika
● Tentera Turki Uthmaniyah berhadapan dengan British, Perancis, dan Itali yang cuba menguasai
Libya di Utara Afrika.
● British akhirnya berjaya menguasai Libya untuk diserahkan kepada Itali sebagai memenuhi janji
Pakatan Berikat sekiranya Itali menyertai blok mereka menghadapi Jerman dalam Perang Daia
Pertama.
● Tentera Turki Uthmaniyah juga berhadapan dengan Perancis di Maghribi, Tunisia, dan Algeria yang
akhirnya dikuasai oleh negara Barat berkenaan.

6. Peranan Mustafa Kamal Attartuk


● Strategi Pihak berikat di Asia Barat ialah menjatuhkan kerajaan Turki Uthmaniyah. Semasa perang
dunia pertama, Kerajaan Turki Uthmaniyah berada di bawah pemerintahan Sultan Abdul Hamid ll.
Pihak berikat ingin menjatuhkan pemerintahan terakhir khalifah Islam di Turki.
● Kekalahan kerajaan Turki Uthmaniyah sebenarnya telah dirancang melalui perajurit anggota
freemason yang menyertai tentera Turki Uthmaniyah. Muncul pegawai- pegawai muda tentera yang
memainkan peranan penting dalam komplot rampasan kuasa menggulingkan institusi Kesultanan
Turki Uthmaniyah termasuk Mustafa Kamal Attartuk.
● Pada mulanya, Mustafa Kamal Attartuk menentang campur tangan kuasa asing. Namun,
perjuangannya berubah menjadi penentangan terhadap kekuasaan Khalifah Turki Uthmaniyah.
Akhirnya, sistem khalifah dihapuskan dan Turki menjadi sebuah negara bangsa tersendiri, terpisah
dari wilayah-wilayah yang dahulunya merupakan kesatuan Khalifah Islamiyah Turki.

7. Kelemahan pentadbiran Kerajaan Turki Uthmaniyah


● Mengalahkan Turki Uthmaniyah dari segi politik merupakan strategi yang dilakukan oleh pihak
Berikat di Asia Barat. Kebergantungan sistem birokrasi kepada kemampuan sultan dalam
mengendalikan pemerintahan menjadikan institusi politik tidak memenuhi tuntutan semasa.
● Kelemahan kepimpinan semakin terserlah apabila ketidakmampuan khalifah dan Kerajaan Turki
Uthmaniyah dalam menghadapi kemaraan imperialisme Barat. Kelemahan kerajaan Turki semakin
nyata apabila terpaksa tunduk kepada tekanan kuasa Barat seperti melaksanakan tanzimat
101
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
mengikut acuan Barat dalam pelbagai bidang termasuk pentadbiran.
● Kegagalan tanzimat sekaligus melemahkan lagi pentadbiran kerajaan Turki
Uthmaniyah. Kelemahan pentadbiran turut menyebabkan Turki kalah dalam Perang Dunia
Pertama.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, terdapat pelbagai strategi yang telah dilakukan oleh pihak berikat di Asia Barat bagi
menjatuhkan Kerajaan Turki Uthmaniyah.Srategi-strategi tersebut menjadi faktor kepada kekalahan
kerajaan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama.

Soalan 54 : Bincangkan kesan-kesan kekalahan Kerajaan Turki Uthmaniyyah selepas Perang


Dunia 1.

PENGENALAN
Kerajaan Turki Uthmaniyyah terbentuk dibawah pemerintahan Osman 1. Kerajaan ini mencapai zaman
kehebatan dibawah pemeritahan Sultan Muhammad Al-Fatih apabila berjaya mengalahkan kerajaan
Byzantine. Kerajaan Turki mengalami zaman kejatuhan apabila terlibat dalam Perang Dunia 1 pada
tahun 1914 dengan menyertai kuasa tengah terdiri daripada Jerman, Austria-Hungary dan Itali.
Kesannya kuasa tengah mengalami kekalahan dan merupakan titik tolak kejatuhan kerajaan Turki
Uthmaniyyah. Kejatuhan ini merupakan sebahagian perancangan untuk menjatuhkan kerajaan Islam
Turki setelah Eropah mengalami kekalahan sepanjang Perang Salib sebelum perang Dunia
Pertama.Kesan-kesan kekalahan Kerajaan Turki Uthmaniyah melibatkan perpecahan empayar Turki,
berakhirnya sistem khalifah Islam, kematian rakyat empayar Turki, kewangan yang besar dalam
membiayai perang dan lain-lain.

ISI-ISI PENTING
1. Kesan Politik
● Kesan geopolitik selepas kekalahan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia 1 ialah empayar Turki
berpecah menjadi negara berasingan. Selepas Perang Dunia 1, Kerajaan Turki Uthmaniyah
menandatangani perjanjian Sykes-Picot 1916 yang telah menyebabkan wilayah Turki Uthmaniyah
dibahagikan kepada Perancis, Inggeris, Rusia dan Itali.
● Munculnya negara bangsa dari wilayah-wilayah Uthmaniyah apabila sempadan-sempadan telah
digariskan oleh pihak Barat dengan memisahkan penduduk negara masing-masing walaupun
semua satu agama.
● Kesan gencatan senjata Mudros 1918, Kerajaan Uthmaniyah terpaksa melepaskan wilayah
kekuasaannya di Timur Tengah dan membuka Selat Dardanellers dan Bosphorus kepada kuasa
Bersekutu. Pasukan tentera Uthmaniyah terpaksa dibubarkan ,membawa kepada penaklukan
tentera Bersekutu ke atas Istanbul
● Politik Islam selepas kekalahan Turki Uthmaniyah mula pecah apabila kepercayaan kepada sistem
khalifah semakin pudar. Sistem sekular mula menular apabila Turki kalah dalam Perang Dunia

102
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
Pertama. Eropah mula melatih pemimpin muda Turki dengan ilmu sekular ataupun
“Freemason” untuk menjatuhkan kerajaan Islam. Tokoh yang dipilih Eropah ialah
Mustafa Kamal, merupakan seorang pelajar sekolah tentera bermula tahun 1885 hingga 1907 yang
dididik dengan fahaman Barat dan membenci sistem khalifah Islam. Selepas tahun 1918 Turki
menjadi negara sekular.

2. Kesan Ekonomi
● Kekalahan dalam Perang Dunia 1, telah menyebabkan Turki Uthmaniyah menanggung bebebanan
kewangan yang tinggi. Kemerosotan ekonomi kerajaan Turki kerana terpaksa menanggung
pembiayaan perang dan telah menyebabkan negara dibawah wilayah Turki mengalami
kemerosotan ekonomi seperti negara Timur Tengah dan Afrika Utara selepas perjanjian dengan
negara Eropah kesan kekalahan dalam Perang Dunia Pertama.
● Perdagangan semakin merosot kerana kuasa Eropah telah menguasai perdagangan di Laut Hindi,
Laut Mediterranean, Terusan Suez dan jalan perdagangan lain. Situasi ini menyebabkan Eropah
semakin menguasai negara Islam. Golongan Yahudi turut menguasai ekonomi Mesir sementara
Soviet Union menguasai perniagaan asing di Iran
● Ekonomi Islam merosot apabila sistem kewangan Islam mula terjejas setelah negara dibawah
wilayah Turki mula bebas daripada pengaruh sistem khalifah Islam. Negara yang bebas menerima
pengaruh Eropah dan sistem ekonomi Eropah dalam pentadbiran terutamanya negara di blok
Eropah.

3. Kesan Sosial
● Perang Dunia Pertama telah mengakibatkan kematian yang besar. seramai 800,000 tentera Turki
meninggal dunia dalam perang. Selain itu kematian juga disebabkan oleh kebuluran dan penyakit
kesan daripada perang dunia pertama. Satu juta tentera Uthamaniah dari kalangan rakyat Armenia
meninggal dunia kesan perang dunia pertama kerana di halau keluar dari Armenia dan dibunuh.
● Kesan perang dunia pertama juga telah menyebabkan perpaduan dikalangan wilayah Turki
Uthmaniyah mula longgar. Kesannya berlaku perpecahan dikalangan negara dalam wilayah Turki
Uthmaniyah.
● Negara Islam mula mengambil idea Barat dalam meneruskan kehidupan samada dalam pendidikan
mahupun kehidupan seharian.
● Amalan syariat Islam semakin tercalar dan terdedah kepada perubahan hasil pembaratan. Trki
kehilangan identiti dan tradisi rakyat Turki. Perpecahan ummah turut berlaku ekoran kewujudan
negara Bangsa.

KESIMPULAN
Kekalahan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia 1, merupakan titik permulaan kepada kejatuhan
sistem Islam dalam pemerintahan dan permulaan kepada menularnya faham sekular dalam negara
Islam. Dunia Islam selepas kekalahan Turki Uthmaniyah mula hilang penguasaan politik, ekonomi dan
sosial berasaskan kehidupan Islam.

Soalan 55 : Bincangkan dasar Tanzimat yang dilaksanakan dalam kerajaan Turki Uthmaniyah
pada abad ke-19 Masihi.

PENDAHULUAN
Tanzimat ialah mengatur, menyusun, dan memperbaiki. Usaha ini merupakan pembaharuan yang
dilancarkan oleh Sultan Mahmud II. Tanzimat dari segi sejarah bermaksud gerakan pembaharuan atau
reformasi dalam kerajaan Turki Uthmaniyah antara tahun 1839 hingga 1876. Tanzimat bertujuan
menyelamatkan kerajaan daripada kelemahan sistem pemerintahan dan pentadbiran serta memberi
fokus terhadap masalah rakyat yang beragama kristian supaya golongan tersebut tidak mendapatkan
103
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
naungan daripada kuasa luar. Pada umumnya, Tanzimat ini berdasarkan dua
piagam utama iaitu Hatt-I Sherif Gulhane 1839 dan Hatt-I Hamayun 1856.

1. Dasar Piagam Hatt-I Sherif Gulhane 1839


● Dalam mukaddimahnya, Piagam Hatt-I Sherif Gulhane menjelaskan tentang perlunya sebuah
peraturan yang lengkap. Hal ini kerana pada permulaan kerajaan Uthmaniyah, syariat dan undang-
undang negara dipatuhi dan kerajaan menjadi kuat serta rakyat hidup dalam kemakmuran.
Sebaliknya, selepas 150 tahun telah berlaku penyelewengan yang menyebabkan undang-undang
tidak lagi dipatuhi dan akibatnya kekuatan serta kemakmuran bertukar kepada kelemahan dan
kemiskinan.
● Kandungan pertama piagam ini ialah jaminan keselamatan nyawa, kehormatan, dan harta benda.
Seseorang yang dituduh akan diadili mengikut syariat Islam dan hukuman tidak akan dijatuhkan
kecuali selepas perbicaraan dan pemeriksaan. Pelanggaran terhadap kehormatan seseorang tidak
dibenarkan. Hak milik terhadap harta dijamin dan tiap-tiap orang mempunyai kebebasan terhadap
harta yang dimilikinya. Oleh itu, hak memiliki harta penyenayah dan keluarganya tidak terhapus
atau dirampas. Jaminan ini dinikmati oleh semua rakyat Uthmaniyah tanpa mengira agama dan
mazhab.
● Kandungan kedua, menubuhkan sistem pungutan cukai yang tetap dan adil. Cukai pertanian dan
kerahan tenaga yang tidak wajar akan dihentikan. Wang kutipan cukai akan diguna bagi
melengkapkan keperluan ketenteraan dan untuk belanjawan negara. Wang tersebut akan
diagihkan untuk kepentingan rakyat dan negara. Pungutan cukai secara monopoli turut
dihapuskan. Kutipan dibuat berdasarkan harta yang dimiliki dan kemampuan seseorang.
● Kandungan ketiga: Mewujudkan satu sistem yang teratur dalam pemilihan tentera bagi menjamin
keadilan khasnya dalam sistem kerahan, latihan, dan sebagainya. Sistem ini merupakan satu tugas
suci bagi mempertahankan bangsa dan tanah air. Sistem pemilihan tentera secara paksa tidak
mampu memenuhi bilangan yang diperlukan . Hal ini menyebabkan perlindungan tidak dapat
diberikan sepenuhnya apabila berlaku rusuhan . Dengan ini perlu ditubuhkan satu sistem yang
sesuai dalam pengambilan tentera iaitu mengikut pusingan penggal antara 4 hingga 5 tahun.

2. Dasar Piagam Hatt- Humayun 1856


● Kandungan pertama: Bahawa segala jaminan yang ditentukan dalam Hatt- Sherif Gulhane dan
yang bersesuaian dengan dasar Tanzimat adalah disahkan dalam Hatt-Humayun. Begitu juga
keistimewaan yang diberikan kepada masyarakat Kristian dan lainnya adalah juga disahkan.
Sekiranya terdapat diskriminasi dengan sebab agama, bangsa dan bahasa, maka la akan
dihapuskan.
● Kandungan kedua: Di samping itu, piagam ini menyebut bahawa masyarakat Kristian dan bukan
Islam lainnya dibenarkan untuk menganut mana-mana agama dengan bebas dan tidak ada paksaan
dalam beragama. Semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama layak memohon dan
menyandang jawatan awam, memasuki sekolah awam atau tentera. Mereka juga boleh mendirikan
sekolah-sekolah persendirian Perkara yang timbul antara rakyat yang berlainan agama akan
diselesaikan oleh mahkamah campuran manakala prosedur mahkamah ini dibuka kepada umum.
● Kandungan ketiga: Selain itu, pembaharuan juga dibuat dalam polisi kewangan seperti pembukaan
bank, menubuhkan dana di samping mengadakan kemudahan infrastruktur. Untuk mencapai tujuan
ini, usaha akan dibuat termasuk mendapatkan modal dari negara Eropah.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, melalui dasar Tanzimat, pembaharuan cara Barat dilaksanakan secara meluas
dalam semua aspek termasuk pentadbiran, pendidikan, ekonomi, dan perundangan. Reformasi
perundangan telah melahirkan undung undang baharu seperti Kanun Keseksaan, Kanun Perniagaan
dan Perdagangan Laut. Mahkamah baharu juga diwujudkan untuk menguatkuasakan kanun baharu
termasuk Mahkamah Perdagangan, Mahkamah Campuran, Mahkamah Sivil dan Jenayah.

104
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
Soalan 56 : Bincangkan kesan Tanzimat terhadap pentadbiran kerajaan Turki
Uthmaniyah pada abad ke-19 Masihi.

PENDAHULUAN
Tanzimat dari segi sejarah bermaksud gerakan pembaharuan atau reformasi dalam kerajaan Turki
Uthmaniyah dan ianya dilancarkan oleh Sultan Mahmud II pada tahun 1839 hingga 1876.Tanzimat ini
berdasarkan dua piagam utama iaitu Hatt-I Sherif Gulhane 1839 dan Hatt-I Hamayun 1856. Tanzimat
bertujuan menyelamatkan kerajaan daripada kelemahan sistem pemerintahan dan pentadbiran serta
memberi fokus terhadap masalah rakyat yang beragama kristian supaya golongan tersebut tidak
mendapatkan naungan daripada kuasa luar. Pelaksanaan Tanzimat telah meninggalkan pelbagai kesan
terhadap pentadbiran kerajaan Turki Uthmaniyah.

1. Unsur-unsur sekularisme meresap dalam pentadbiran kerajaan Uthmaniyah.


● Salah satu kesan Tanzimat adalah meresapnya unsue-unsue sekularisme dalam pentadbiran
kerajaan Turki Uthmaniyah.
● Ini disebabkan kedua-dua piagam yang menjadi dasar Tarzimat memuatkan program sekularisasi
dalam pelbagai institusi kerajaan termasuk perundangan. Piagam Gulhane memperakukan
perundangan baru yang banyak dipengaruhi oleh Barat, umpamanya Undang- Undang
Perdagangan.
● Selan itu, didirikan pula mahkamah-mahkamah yang bersifat sekular, di samping mahkamah-
mahkamah syariah. Dalam sistem pendidikan pula, di samping didirikan sekolah-sekolah Rushdiye.
Idadi, Sultani, maktab dan universiti, ia juga memasukkan pendidikan moden yang terpisah dari
agama

2. Lahirnya golongan birokrat yang pro-Barat.


● Lahir golongan birokrat yang pro-Barat ini ialah hasil kemasukan unsur-unsur sekular dalam sistem
pendidikan dan kebanyakan golongan birokrat Turki Uthmaniyah pula belajar di negara-negara
Eropah.
● Hasil dari sikap pro-Barat ini membuka pintu kepada kemasukan pengaruh dan campurtangan
negara Barat dalam soal pentadbiran kerajaan Uthmaniyah.
● Contohnya, Mustafa Kamal Artartuk telah berjaya memperjuangkan negara sekular Turki dan
menggantikan kerajaan Khalifah Turki Uthmaniyah.

3. Tanzimat ekonomi, kerajaan Uthmaniyah terlibat dengan sistem kapitalis.


● Mempraktis sistem ekonomi kapitalis Barat bererti menyerah badan dan nyawa negara Islam
kepada negara Barat apabila berlakunya kesulitan. Sistem pinjaman berasaskan riba ini membawa
implikasi negatif apabila kerajaan Uthmaniyah mulai berhutang dengan bank-bank asing.
● Pada mulanya, hutang masih kecil dan faedah yang dikenakan hanyalah 3% hingga 4% tetapi
peperangan yang berpanjangan menyebabkan kerajaan terpaksa terus berhutang sementara kadar
faedah naik dengan mendadak sekitar tahun 1860-an dan 1870-an yang akhirnya membawa padah
kepada ekonomi negara dimana KTU menghadapi zaman muflis.
● Peningkatan cukai dikenakan ke atas rakyat untuk perbelanjaan negara mengakibatkan kekacauan
di beberapa wilayah Balkan seperti di Bosnia dan Herzegovina dan kawasan sekitarnya.
● Buktinya Bulgaria yang mengambil peluang bagi membebaskan tanah air mereka daripada
pemerintahan Uthmaniyah. Apabila kerajaan Uthmaniyah berjaya menghapuskan rusuhan di
Bulgaria dan Serbia, Montenegro pula mengisytiharkan perang untuk mendapatkan kemerdekaan.
4. Kuasa mutlak sultan (sikap autokratik sultan)
● Sikap autokratik yang diamalkan oleh sultan dan menterinya dalam melaksanakan pembaharuan
Tanzimat juga mendapat kritikan keras. Kekuassan mutlak sultan bertambah setelah Sultan
Mahmud Il berjaya menghancurkan pasukan tentera Inkishariyah dan golongan ulama yang suatu

105
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
masa lalu, tertera ini merupakan kekuatan yang dapat mengimbangi kuasaan
mutlak sultan.
● Tentera Inkishariyah ditakuti bukan hanya kerana senjata mereka tetapi juga kerana hubungan
yang erat dengan Tarekat Bektasyi yang mempunyai pengikut yang ramai dalam kalangan
masyarakat Uthmaniyah. Sementara ulama yang tidak bersetuju dengan pembaharuan ala-Barat
berada di belakang tentera. Mereka merupakan kekuatan sosial yang disegani oleh sultan tetapi
fungsi ulama menjadi lemah apabila mereka diserapkan dalam pentadbiran dan munculnya
golongan elit baru hasil dari sistem sekular mengambil alih peranan mereka.
● Apabila hilangnya dua pengimbang ini (tentera dan ulama), kekuasaan sultan dan kabinetnya
bertambah mutlak menggantikan kebebasan bersuara dan berhujah. Hal seperti ini tidak dapat
diterima oleh golongan intelegensia Turki seperti Uthmani Muda.

5. Kemunculan Gerakan Uthmani Muda.


● Sejak, 1860-an kritikan terhadap pentadbiran khalifat Uthmaniyah telah disuarakan dalam akhbar
dan majalah tetapi dengan munculnya kumpulan Patriontik Alliance pada tahun 1871 yang
akhirmya membentuk gerakan Uthmani Muda.
● Dua tahun berikutnya gerakan ini telah secara terbuka mengkritik pemerintahan Utmaniyah dan
mendesak sistem baharu yang dikenali sebagai sistem khalifah berperlembagaan dilaksanakan.
● Hasil dari gerakan Uthmani Muda, maka pada tahun 1876 Sultan Abdul Hamid mengisytiharkan
kuatkuasanya perlembagaan baharu tetapi setahun kemudian perlembagaan ini digantung dan
beliau kembali mentadbir kerajaan Uhmaniyah dengan sistem khilafah tradisional yang menikmati
kekuasaan autokrasi.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, gerakan pembaharuan ala Barat bukan sahaja mengimport budaya dan cara hidup
Barat seperti sekularisme dan materialisme, bahkan mengundang kuasa Barat untuk campur tangan
dalam urusan negara Islam. Gerakan Tarzimat yang dirangka untuk memodenkan kerajaan telah
menimbulkan impak negatif. Situasi ini akhirmya membawa kepada penguasaan kerajaan oleh
golongan birokrat pro-Barat daan Tanzimat juga tidak berjaya menyelamatkan kerajaan Uthimaniyah
daripada ancaman kuasa-kuasa Barat.

Soalan 57: Analisiskan matlamat perjuangan gerakan Uthmani Muda dan Turki Muda dalam
dalam kerajaan Turki Uthmaniyah pada abad ke-19 hingga awal abad ke-20M

PENDAHULUAN:
Uthmani Muda atau Uthmani baru dalam bahasa Turki dikenali sebagai Yeni Osmanlilar merupakan
pelopor yang memperjuangan sistem khalifah berperlembagaan. Perjuangan ini diteruskan pula oleh
golongan Turki Muda.Kebebasan yang diberikan oleh pihak kerajaan Uthmaniyah telah digunakan oleh
golongan ini untuk mengkritik dasar dan polisi kerajaan yang dilihat mengabaikan hak rakyat dan
bertentangan dengan ajaran Islam. Matlamat kedua –dua gerakan ini adalah menukar sistem
pemerintahan khalifah yang berkuasa mutlak kepada khalifah berperlembagaan

ISI –ISI PENTING


A. Gerakan Uthmani Muda
1. Keahlian (Intelektual berpendidikan Barat)
● Uthmani Muda terdiri daripada sekumpulan intelektual yang berpendidikan Barat yang bekerja
sebagai wartawan dan penterjemah di Biro Terjemahan di Jabatan Perdana Menteri. Gerakan ini
dipengaruhi oleh gerakan lain yang muncul di Eropah seperti Young Spain,Young Italy dan Young
France namun masih mengekalkan fahaman tradisi Uthmaniyah dan syariat islam. Antara tokoh
utama kumpulan ini ialah Nemik Kemal, Ali Suavi, Nuri Bey, Ziya Pasha dan Mustafa Fazil Pasha.
● Gerakan ini bergerak aktif sehingga berjaya melaksanakan sistem pemerintahan khalifah
106
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
berperlembagaan pada tahun 1876 walaupun hanya berjaya dilaksanakan selama
setahun sahaja apabila Sultan Abdul Hamid bertindak menggangtungkan
perlembagaan tersebut dan kembali kepada sistem khalifah berkuasa mutlak. Namun begitu
pelaksanaan sistem khalifah berperlembagaan secara rasminya telah berjaya dilaksanakan pada
tahun 1908.

2. Matlamat perjuangan
● Golongan ini muncul pada awal tahun 1860an berikutan ketidakpuasan hati mereka terhadap
sistem pemerintahan dan pentadbiran semasa era Tanzimat yang memperuntukkan kuasa yang
lebih kepada Perdana Menteri tanpa boleh dipersoalkan.
● Selain itu, gerakan Tanzimat menyebabkan penguasaan Barat terhadap pemerintahan dan
pentadbiran kerajaan Uthmaniyah mengancam kestabilan politik, dalaman dan luaran disebabkan
kebergantungan yang melampau oleh golongan pentadbir dan bangsawan kepada kuasa Eropah.
● Jati diri masyarakat Uthmaniyah mula terhakis lantaran pembaharuan ala Barat yang semakin
meluas tanpa membuat penilaian dari sudut pandangan islam
● Oleh itu gerakan Uthmani Muda menolak sistem pentadbiran yang jelas menyimpang dari tradisi
Uthmaniyah buktinya kuasa tentera dan ulama telah dihapuskan. Bagi golongan Uthmani Muda
kedua-dua kuasa ini amat penting bagi mengimbangi dan menjaga keutuhan pentadbiran kerajaan
bagi mengatasi monopoli kuasa oleh khalifah atau menterinya
● Dengan bermatlamatkan untuk kembali kepada tradisi Uthmaniyah Uthmani Muda berusaha
meletakan peranan ulama sebagai penasihat pemerintah dan tentera
● Tidak dinafikan bahawa golongan Uthmani Muda terdiri dari intekeltual Barat dan melihat Barat
sebagai contoh namun golongan ini berpandangan pengambilan kemajuan Barat harus diberi
penafsiran islam.

3. Konsep pembaharuan
● Antara konsep pembaharuan yang dipelopori oleh golongan ini ialah menukar sistem politik yang
sedia ada kepada “sistem khalifah berpelembagaan” yang berteraskan sistem syura dan ijmak
(menerusi penubuhan Parlimen). Konsep bai‟ah yang ditafsirkan oleh golongan ini sebagai
tanggungjawab khalifah (kerajaan) agar menerima pandangan dan nasihat daripada rakyat.Para
perwakilan akan bersepakat dalam membina dan melaksanakan polisi negara
● Uthmani Muda yakin pemerintahan berlandaskan „sistem khalifah berperlembagaan‟ mampu
mengembalikan kegemilangan kerajaan kerajaan Uthmaniyah.
● Pengaruh gerakan ini mula meningkat pada zaman Sultan Abdul Aziz memandangkan
pemerintahan baginda yang bersifat autokratik di samping keadaan ekonomi kerajaan Uthmaniyah
yang mula goyah dan muflis.

B. Gerakan Turki Muda


1. Keahlian
● Organisasi gerakan Turki Muda pada awalnya telah ditubuhkan di Akademik Perubatan Tentera
Istanbul pada Mei 1887 apabila Kazim Nami Duru bersama rakan-rakannya telah mewujudkan
Ittihat ve Terakki Cemiyeti atau Persatuan Perpaduan dan Kemajuan (Committee of Union and
Progress) atau CUP.
● Idea pergerakan ini diteruskan oleh Ibrahim Temo bersama beberapa orang rakannya iaitu Ishak
Sukuti, Cerkez Mehmel Resad dan Abdullah Cevdet. Ibrahim Temo merupakan seorang muslim
Albania. Beliau pernah menjadi tenaga pegajar di Akademi Perubatan Tentera selama beberapa
tahun.
● Mei 1889 Ibrahim Temo bersama beberapa orang rakannya iaitu Ishak Sukuti, Cerkez Mehmed
Resad dan Abdullah Cevdet telah mencadangkan supaya satu pertubuhan rahsia diwujudkan
dalam kalangan pelajar yang bertujuan untuk menjatuhkan Sultan Abdul-Hamid II (1876-1909).

107
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
● Gerakan ini berkembang dengan cepat hingga ke sekolah-sekolah tinggi
kerajaan yang lain di Istanbul seperti di Harbiye Maktabi (Akademik Tentera),
Bayteriye (sekolah pertanian), Mulkiye (Kolej awam) Bahriye (Akademik tentera laut) dan Topcu ve
Muhandishane (Akademik Artileri dan kejuruteraan)
● Gerakan Turki Muda juga berkembang dalam kalangan rakyat Uthmaniyah yang berada di luar
negara. Kebanyakan daripada mereka merupakan pelarian politik yang terpaksa melarikan diri
daripada dikenakan tindakan oleh pihak pemerintah kerajaan Uthmaniyah.
● Pertubuhan rahsia ini berjaya menerima keanggotaan daripada beberapa orang pelajar seperti
Sarafuddin Magmumi, Giritli Shefik, Cevdet Othman ,Karim Sebati, Mekkeli Sabri dan Selanikli.
● Ketika Revolusi Turki dilancarkan pada tahun 1908 jumlah ahlinya seramai 505 orang iaitu 319 dari
golongan tentera sementara 186 adalah orang awam.
● Gerakan Turki Muda ini akhirnya ditukar menjadi sebuah parti selepas Revolusi Turki 1908 dan
akhirnya memenangi pilihanraya dan memimpin kerajaan Turki Uthamaniyah di bawah sistem
parlimen.

2. Matlamat Perjuangan
● Kemunculan Turki Muda adalah kerana tidak bersetuju dengan bentuk kemutlakan pemerintah
Sultan Abdul Hamid II yang melantik pegawai kerajaan yang korup buktinya seramai 12 orang
pegawai telah dipilih untuk menjalankan urusan pentadbiran dan pengeluaran arahan . Ali Rushdi
telah dipilih sebagai Presiden berdasarkan usia dan kedudukannya, manakala Serefedden
Magmumi sebagai Setiausaha dan Assaf Dervis sebagai Bendahari
● Perjuangan mereka ke arah Constitutionalism Ottomanisme dan kebebasan, untuk menggulingkan
Sultan Abdul-Hamid II dan menggantikan takhta baginda dengan saudaranya, Murad V atau pun
Mehmed Resad serta mengesa supaya dilaksanakan semula perlembagaan yang digantung sejak
tahun 1876

3. Peranan Ahmad Riza


● Pada tahun 1889 , Ahmad Riza yang berada di luar negara telah mengetuai kempen menentang
pemerintahan Sultan Abdul Hamid II .
● Apabila Selanikli Nazim tiba di Paris beliau telah menemui Ahmad Riza dan mencadangkan supaya
Ahmad Riza menjadi pengarah dalam penerbitan rasmi pergerakan mereka.
● Pada akhir tahun 1895M, Ahmad Riza bersama Halil Ganim telah menerbitkan akhbar dwibulanan
iaitu Mesveret. Beliau telah menggunakan harta peribadinya untuk menerbitkan akhbar tersebut.
Akhbar Mesveret kemudiannya memasuki pasaran kerajaan Uthmaniyah melalui pos dan berjaya
disebarkan, terutama kepada golongan intelektual. Akhbar tersebut menjadi pemangkin semangat
kebangkitan dan perkembangan pemikiran rakyat.
● Pada tahun 1896 , Ahmad Riza telah dilantik sebagai Presiden gerakan tersebut. Beberapa
kumpulan Turki Muda yang lain turut berada di bawah pimpinannya, termasuk kumpulan Syeikh
Naili yang terdiri daripada kalangan ulama dan kadi .
● Selain itu, tokoh utama gerakan Turki muda di luar negara, Mehmed Murad Afendi (1853-1912),
Ishak Sukuti dan Mehmed Murad turut peranan dalam gerakan Turki Muda ini. Mereka bercita-cita
untuk menyelamatkan kerajaan Uthmaniyah daripada gerakan Kristianisasi dan menuduh sultan
menjadi penyebab kepada ketidakupayaan kerajaan untuk menghapuskan penentangan, sama ada
dari dalam atau luar.

KESIMPULAN
Perjuangan kedua-dua gerakan ini telah berjaya mengubah landskap pentadbiran kerajaan
Uthamniyah dari sistem khalifah berkuasa mutlak ke sistem khalifah berperlembagaan

Soalan 58 : Analisiskan faktor yang mempengaruhi kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyah pada
awal abad ke-19 hingga awal abad ke-20 Masihi
108
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
PENDAHULUAN
Empayar Turki Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman Ertughrul (Utahman I)
pada tahun 1299 Masihi dan mencapai kegemilangan pada zaman Sulaiman al-Qanuni namun setelah
kematian baginda pada tahun 1566, empayar ini mula merosot.Hal ini telah menyebabkan pihak Barat
seperti Perancis, British dan Rusia berlumba- lumba meluaskan kuasa mereka ke atas empayar
itu.Namun disebabkan pelbagai factor akhirnya membawa kepada kejatuhan empayar Turki
Uthmaniyah sehingga memberi impak kepada dunia islam .

ISI-ISI PENTING
1. Kelemahan Pemerintah
● Selepas kemangkatan Sultan Sulaiman al-Qanuni, empayar Turki Uthmaniyah mula menampakkan
kejatuhan dan kemunduran kerana sultan-sultan selepas baginda sangat lemah dari segi
kepimpinan dan keperibadian.
● Sikap sultan yang mementingkan hiburan dan kesenian menyebabkan kerosakan moral.
Contohnya Sultan Murad III telah dikuasai nafsu sepanjang pemerintahannya sehingga mempunyai
118 orang anak. Sultan Ibrahim pula membunuh 100 ribu orang dan menyaksikan sendiri
pembunuhan 25 ribu orang daripadanya.
● Kehidupan sultan yang hidup bermewah-mewah dan tidak bermoral menyebabkan muncul ramai
penentang yang tidak berpuas hati dengan pemerintah dan berusaha mengubah kepemimpin yang
ada. Peluang ini digunakan oleh Barat untuk mempengaruhi golongan berpendidikan moden agar
bersekongkol dengan mereka bagi memudahkan usaha meluaskan kuasa ke atas empayar Turki
Uthmaniyah.
● Masalah perebutan takhta dalam kalangan pembesar dan pemerintah menyebabkan kerajaan Turki
mempunyai pemimpin yang bersilih ganti. Keadaan ini telah memberi kesan ke atas pemerintahan
apabila sistem syura tidak lagi diamalkan untuk memilih pemimpin sebaliknya pemilihan dilakukan
berdasarkan kekuatan dan pengaruh.Wujud perasaan tidak puas hati dalam kalangan putera-
putera raja hingga mencetuskan perang. Keadaan yang tidak stabil ini memudahkan pihak Barat
meluaskan kuasa mereka ke atas empayar Turki Uthmaniyah.
● Kerajaan Uthmaniyah Dikuasai oleh Kelompok-kelompok tertentu dalam Istana.Penguasaan
kelompok-kelompok tertentu ini jelas dilihat selepas kemangkatan Sulaiman al-Qanuni.
Pemerintahan Sultan Ibrahim misalnya dipengaruhi oleh bonda dan tiga orang isteri
baginda.Mereka telah masuk campur dalam pemerintahan untuk menyingkirkan Wazir Agung Kara
Mustafa. Penyingkiran wazir yang berwibawa dan bijaksana tersebut memudahkan pihak Barat
menguasai Turki.

2. Kekalahan dalam Perang Dunia Pertama


● Turki Uthmaniyah telah terlibat dalam PD 1 (1914-1918) sebagai sekutu Jerman dan telah
mengalami kekalahan yang teruk.Kekalahan tersebut sebenarnya merupakan perancangan
anggota freemanson (pertubuhan Yahudi) yang menyertai tentera Turki Uthmaniyah
● Kekalahan ini menyebabkan kehancuran pemerintahan kerajaan Turki Uthamaniyah

3. Kelemahan sistem ketenteraan


● Kelemahan sistem ketenteraan begitu ketara apabila tentera-tentera Turki terutama pegawai
atasan mulai tidak berdisiplin. Hal ini didorong oleh persaingan antara putera-putera sultan untuk
menaiki takhta menyebabkan pihak tentera turut bersaing dan bebas memihak kepada mana-mana
putera.
● Terdapat putera sultan yang berjaya menaiki takhta bukan kerana kemampuan sebaliknya kerana
sokongan para tentera. Contohnya, pelantikan Bayezid I dan Salim II.
● Pembubaran pasukan elit tentera Janissari (inskhisariyah) oleh sultan Mahmud II pada awal abad
ke-19M memberi impak negatif kepada kerajaan Turki Uthmaniyah.Tentera Janissari merupakan
tunjang kekuatan Turki Uthmaniyah dan kuasa yang dapat mengimbangi kekuasaan mutlak sultan.

109
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
● Reformasi ketenteraan Nizam -i-Cedid ala Barat oleh Sultan Mahmud II
tidak berjaya menghasilkan kekuatan tentera, malah kekuatan tentera Turki
semakin lemah sedangkan kekuatan tentera Eropah semakin meningkat.
● Pemodenan militer yang tidak seimbang dengan peningkatan disiplin , ilmu dan teknologi
ketenteraan menyebabkan kerajaan Turki Uthmaniyah tidak mampu berhadapan dengan
persenjataan Barat yang lebih maju di medan perang.
● Kemunculan pegawai-pegawai muda tentera yang memainkan peranan penting dalam komplot
rampasan kuasa menggulingkan institusi kesultanan Turki Uthmaniyah termasuk Mustafa Kamal
● Diskriminasi kenaikan pangkat yang luas kepada anak-anak pegawai tentera menyebabkan asas
disiplin dalam ketenteraan terjejas.
● Tentera-tentera Turki tidak mampu lagi mempertahankan wilayah-wilayahnya daripada perluasan
kuasa Barat. Negara-negara naungan telah membebaskan diri dan mula ditakluk pihak Eropah.
● Buktinya, Montenegro, Bosnia, Balkan, Herzegovina, Serbia dan lain-lain memberontak dan
berjaya membebaskan diri dan kemudiannya dikuasai Barat.

4. Peranan Turki Muda


● Kemerosotan kerajaan Turki Uthmaniyah awal abad ke-20 membawa kepada kemunculan gerakan
Uthmani Muda, Turki Muda dan gerakan sekular.Era kebangkitan golongan Uthmani Muda, sistem
khalifah masih mampu bertahan.
● Namun, era regim turki muda, mereka berjaya mendominasi pentadbiran kerajaan dan
ketenteraan.Mereka berusaha memodenkan bidang pentadbiran kerajaan dan membubarkan
institusi kesultanan Turki Uthmaniyah
● Sekular menjadi prinsip utama dalam proses pemodenan Turki dan seterusnya melemahkan
pengarauh islam .
5. Gerakan Anti Uthmaniyah
● Campurtangan zionis antarabangsa dan ffeemason (pertubuhan yahudi ) yang bermula sejak abad
ke 16M membawa kepada kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah terutama di bawah gerakan
Jawatankuasa Persatuan dan Kemajuan (The Committee of Union and Progress –CUP) pimpinan
anggota terkemuka seperti Anwar Pasha, Tal‟at Pasha, Jamal Pasha,Helida Edib dan Mustafa
Kamal Pasha.Ahli-ahli kumpulan CUP menguasai pentadbiran kerajaan Turki Uthamaniyah selepas
penyingkiran Sultan Adul Hamid II. Sejajar dengan tuntan zionesme kumpulan Turki Muda (Young
Turks) berjuang atas landasan nasionalisme Turanian (Pan Turanianisme) di mana mereka
berpendapat bangsa Turki lebih unggul daripada bangsa-bangsa lain
● Perdebatan politik dan sosial seringkali terjadi antara golongan-golongan elit politik yang
menginginkan perubahan dalam pentadbiran kerajaan Turki Uthmaniyah.

6. Gerakan Nasionalisme Arab


● Bermula abad ke-18M hingga awal abad ke-20M berlaku pergolakan di kalangan bangsa Arab di
al-Jazirah yang tidak mahu mengiktiraf kerajaan Turki Uthmaniyah . Bangsa Turki bertindak
demikian kerana mereka mula menyedari kelemahan dan kemerosotan kerajaan Turki Uthmaniyah
● British berjaya mempengaruhi pemimpin Arab seperti keluarga Saud di Najd dan Shariff Hussain di
Hijaz agar t menentang penguasaan Turki Uthmaniyah di Arabia.
● British memainkan sentimen nasionalisme dengan mengaitkan kemuliaan dan kelayakan bangsa
arab berbanding Turki sebagai pemimpinan umat islam .Elemen ketidaksetiaan bangsa Arab,
bahkan menjadi tali barut Barat menyumbang kepada kemerosotan penguasaan Turki Uthmaniyah
terhadap dunia islam

7. Perkembangan Pendidikan Barat


● Sekolah-sekolah dan institusi missionari di bawah kawalan Barat ditubuhkan di wilayah Turki
Uthmaniyah.Ia menjadikan anak-anak umat islam semakin jauh daripada ajaran islam malah lebih
dekat kepada budaya kristian.Mereka akhirnya takjub kepada tamadun Barat dan kurang selesa
110
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
dengan tamadun Timur.Sekolah- sekolah moden dengan kurikulum, buku teks,
guru-guru yang mendapat galakan missionari memberi kesan yang cukup hebat
terhadap minda umat islam dari segi kecenderungan kepada ilmu Eropah.
● Penghantaran pelajar ke Eropah oleh kerajaan Turki Uthmaniyah terutama dalam bidang pengajian
sastera dan sains sosal telah membentuk pemikiran, nlai dan tingkahlaku baharu terhadap agama
, nasionalisme dan reformasi politik ala Barat.Contoh Ziya Gokalp (1875-1924) bapa nasionalisme
Turki merupakan pemuja tamadun Barat.Nasionalis Mustafa Kamal Artatuk (1881-1934) berjaya
melaksanakan misi penghapusan institusi khilafah, pengaruh keagaman dan menggantikannya
dengan sistem sekularisme dan nasionalisme.

8. Kelemahan ekonomi
● Penghujung era kerajaan Turki Uthmaniyah , mereka terpaksa menangung beban hutang yang
dipinjam dari bank-bank riba Eropah contohnya semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid II (1876
-1909) kerajaan Turki Uthmaniyah berhutang sebanyak RM200 juta pound sterling
● Korupsi , pemborosan dan kekalahan di medan perang semakin menjejaskan dana kerajaan Turki
Uthmaniyah.Pendapatan negara semakin berkurangan sementara perbelanjaan semakin besar
terutama bagi membiayai kos peperangan
● Kerajaan Uthmaniyah mengalami hutang yang kronik.Contohnya zaman pemerintahan Sultan
Mahmud (1808 – 1839) yang terlalu mengagumi kemajuan Eropah telah membina projek jaringan
keretapi “Orient Railway” dan pembinaan Istana Dolmabahce yang megah menggantikan Istana
Topkapi.Akibatnya jerat hutang semakin bertambah, bunga hutang yang mencekik menyebabkan
Kerajaan Uthmaniyah hampir bankrap.Ini membuktikan proses Tanzimat dalam bidang ekonomi
memberikan kesan buruk dalam kestabilan ekonomi dan menghancurkan Turki Uthmaniyah.

KESIMPULAN
Oleh itu jelaslah bahawa pihak Barat seperti Perancis, British dan Rusia berjaya meluaskan
kuasa mereka ke atas Empayar Turki Uthmaniyah pada awal abad ke-20 kerana pada masa tersebut
pemerintahan Turki sangat lemah. Kelemahan ini dapat dilihat dalam aspek kepimpinan dan
ketenteraan.

Soalan 59 : Huraikan bentuk-bentuk imperialisme Barat ke atas wilayah Turki Uthmaniyah dari
abad ke-19 hingga awal abad ke-20 Masihi

PENDAHULUAN
Imperialisme merupakan satu dasar penubuhan dan pemeliharaan sebuah empayar melalui
jalan penaklukan, penempatan, penguasaan ekonomi atau politik. Imperialisme juga boleh dikaitkan
dengan proses peluasan kuasa oleh sebuah negara ke atas negara lain melalui cara politik, militer atau
ekonomi.Pada abad ke-19M, empayar Turki Uthmaniyah mula mengalami kemerosotan apabila
menghadapi tekanan dan percaturan kuasa-kuasa Barat.Kuasa-kuasa imperialisme Barat
menggunakan pendekatan berbeza untuk menguasai wilayah Turki Uthmaniyah demi meningkatkan
imej sebagai kuasa hegemoni di mata dunia.

ISI-ISI PENTING
1. Penguasaan Secara langsung
● Penguasaan secara langsung ke atas wilayah Turki Uthmaniyah dilakukan oleh Perancis di Algeria
(1830), British di Mesir (1882) dan Rusia ke atas wilayah- wilayah Asia Tengah. Setelah menguasai
kawasan yang diidamkan, penjajah meletakkan seluruh kawasan itu di bawah pemerintahan
mereka sendiri. Contohnya semenjak tahun 1882 hingga 1918, British mempunyai pengaruh besar
di Mesir. Wakil British, Sir Lord Cromer sangat berkuasa dalam pentadbiran Mesir.
● Kawasan jajahan itu juga dibuka seluas-luasnya kepada rakyat Eropah sendiri. Mereka digalakkan
111
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
berpindah secara besar-besaran dan menduduki kawasan kolonial tanpa
sebarang sekatan seperti mana yang berlaku di Algeria. Oleh sebab Perancis ingin
menjadikan Algeria sebahagian daripada wilayahnya, beribu-ribu pendatang dari Perancis, Itali,
Sepanyol dan Malta telah berpindah ke bumi Algeria untuk membuka kebun dan tanah pertanian.
Mereka juga menduduki hampir semua kota- kota Algeria. Pada waktu yang sama, rakyat pribumi
tidak dibenarkan sama sekali untuk mengambil bahagian dalam bidang pentadbiran dan
kebanyakan hak asasi mereka dinafikan seperti hak untuk mengundi.
2. Penguasaan Secara Tidak Langsung
● Penguasaan dilakukan oleh pihak penjajah secara lebih flexible iaitu mereka menjalankan sistem
naungan (Protectorate Treaty). Pihak British lebih menyukai pendekatan ini. Biasanya dari segi
amalan, rakyat British hanya dihantar ke tanah- tanah jajahan sebagai para pentadbir dan tentera.
Mereka tidak digalakkan untuk mengusahakan sebarang penerokaan tanah atau mendirikan
perkampungan kulit putih secara besar-besaran di wilayah tersebut. Di samping itu, struktur-struktur
politik tempatan yang sedia ada di kawasan berkenaan terus dikekalkan, namun semuanya
diletakkan di bawah penguasaan para pegawai British.
● Penguasaan secara tidak langsung telah dilaksanakan oleh pihak British di Mesir (1840) dan
Perancis semasa menguasai Tunisia (1881) dan Morocco. British turut menukar polisi perjanjian
persahabatan dengan kabilah Arab di sekitar Aden kepada dasar perlindungan apabila kerajaan
Turki Uthmaniyah menduduki semula Sana‟a pada tahun 1872.

3. Perjanjian persahabatan
● Penjajahan juga berlaku melalui perjanjian yang disebutkan sebagai perjanjian persahabatan.
Pendekatan ini biasanya dipraktikkan oleh British dalam hubungan mereka dengan wilayah-wilayah
di kawasan Teluk Parsi dan Arab Selatan. Contohnya, British telah menduduki Aden, Yaman.
● Ketika tempoh ini, British mengamalkan dasar berkecuali atau pun tidak campur tangan dalam hal
ehwal negeri di sekitar Aden. Oleh itu, perjanjian persahabatan telah ditandatangani antara British
dengan kabilah-kabilah Arab seperti al-„Adali, al-„Aqrabi, al- Awali dan lain-lain untuk tujuan
keselamatan dan kepentingan perdagangan British. Aden merupakan tempat pelabuhan kapal-
kapal British untuk ke India dan Asia. Pengawalan ke atas setiap daerah ini dilaksanakan melalui
seorang pegawai yang bergelar residen atau penasihat dan para pembantunya yang dipinjamkan
kepada para pemimpin tempatan atas dasar kononnya untuk menasihatkan mereka dalam hal
ehwal pentadbiran.
● Tetapi anehnya, segala nasihat para penasihat itu mestilah dipatuhi. Keadaan ini juga bermakna
bahawa ketetapan yang dibuat oleh para penasihat itu selalunya menentukan corak atau arah dasar
yang perlu diamalkan oleh pemimpin tempatan.

4. Sistem mandat
● Sistem mandat telah dilaksanakan oleh kuasa-kuasa Barat melalui persetujuan sebuah pertubuhan
yang dikenali sebagai Liga Bangsa (League of Nation). Pendekatan ini pernah dipraktikkan di
kawasan-kawasan yang dipanggil Bulan Sabit Subur selepas Perang Dunia Pertama. Contohnya,
pihak Liga Bangsa telah memberi kuasa kepada British untuk mengendalikan mandat ke atas
Palestin, Transjordan dan Iraq manakala Perancis pula dibenarkan untuk menguasai Syria dan
Lubnan.Secara prinsipnya segala kawasan yang dikenakan mandat itu dikira sebagai tidak
berupaya untuk melaksanakan pentadbiran sendiri. Dengan itu, tugas bagi pihak yang memegang
mandat itu adalah untuk menolong setiap kawasan yang dikelolakannya supaya dapat ditegakkan
kerajaan berautonomi sebagai langkah yang akan membawa kepada penubuhan kerajaan sendiri.
● Melalui sistem ini, golongan pribumi diberi sedikit kebebasan untuk menyertai institusi pentadbiran
yang dikelolakan oleh pihak penjajah. Pada waktu yang sama, seperti dalam sistem penguasaan
yang lain, rakyat tempatan telah didedahkan dengan sistem pemikiran dan pendidikan Barat
hinggakan secara beransur-ansur sebahagian daripada mereka itu mulai terpisah daripada nilai

112
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
keislaman dan menjadi pemuja idea-idea Barat. Dalam apa jua situasinya, sistem
pecah dan perintah dilaksanakan dengan begitu licik untuk memastikan agar umat
Islam terus menjadi lemah dan bergantung kepada penjajahan Barat. Kuasa-kuasa imperialisme
membawa idea modenisasi dan kemajuan demi mencapai cita-cita mereka.

5. Kerajaan Boneka
● Amerika Syarikat dan komunis Rusia telah mengamalkan dasar campur tangan dan penegakan
kerajaan-kerajaan boneka sebagai satu cara untuk melaksanakan misi penjajahan. Biasanya,
kedua-dua kuasa ini akan menggunakan kekuatan ekonomi, ketenteraan, politik dan pengaruh
kebudayaan mereka untuk menegakkan pemimpin boneka yang sanggup tunduk kepada
kemahuan mereka.
● Sejajar dengan itu, kepentingan dan perasaan rakyat jelata telah tidak dipedulikan langsung.
Contoh jelas tentang hal ini telah berlaku di Iran, ketika terdapatnya campur tangan dari Rusia
mahupun Amerika Syarikat dan hingga kini terus berlaku secara halus di Mesir, Turki, Arab Saudi
dan negara Islam yang lain. Inilah sebenarnya yang dipanggil neo-kolonialisme, iaitu penjajahan
bentuk baharu.Telah diketahui umum bahawa pihak Rusia sejak zaman pemerintahan Tsar lagi
telah menguasai politik dan hal ehwal umat Islam, khususnya di wilayah Asia Tengah. Dasar ini
kemudiannya telah disambung oleh pihak komunis Rusia kononnya atas alasan untuk
membebaskan dunia Islam khasnya daripada penjajahan dan kezaliman kapitalis Barat.

KESIMPULAN
Kuasa-kuasa Barat sentiasa menggunakan pelbagai pendekatan untuk menguasai dunia Islam.
Persaingan dan ancaman imperialisme Barat terhadap negara Islam membawa kepada penyerapan idea-
idea modenisasi dan sekularisasi sehingga menggugat pemikiran umat Islam.

113

You might also like