You are on page 1of 3

PELANCARAN BULAN IHYA’ RAMADHAN PERINGKAT SMK TAMAN SRI

MUDA

BIL PERKARA CATATAN


1 Ucapan Aluan
Pengerusi Yang Berusaha
Majlis En.AHMAD ZA’IM FAISAL BIN MUHAMMAD
Pengetua SMK Taman Sri Muda

EN. MOHD DIN BIN DOLLAH


Penolong Kanan pentadbiran

PN. SITI NORIZAN BINTI IBRAHIM


Penolong Kanan Petang

PN. WAN NORA’AKIDAH BINTI WAN ABDUL KADIR


Penyelaras program merangkap GKMP Kemanusiaan

Tetamu Yang diraikan


Da’i Azrin bin Md Isa
Barisan guru dan rakan pelajar yang dikasihi sekalian.

Tema diberi Barakahnya Ramadhan,


Bulan dituntut untuk berpuasa,
Selamat datang kami ucapkan,
Ucapan bismillah pembuka acara

Assalamualaikum….
Dan salam sejahtera…

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!


,Selamat datang ke Majlis Perasmian Program Ihya Ramadhan
SMK Taman Sri Muda bagi tahun 1445 Hijriyyah bersamaan
2024 masihiyyah.
Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan kehadrat Rabbul
Izzah, Tuhan Yang Maha Esa, kerana dalam kita meniti
Ramadhonul Kareem yang penuh keberkatan ini, dapat kita
dipertemukan dalam Program Pelancaran Ihya’ Ramadhan.
Ramadhan merupakan bulan yang dikurniakan ribuan kali
ganda pahala ibadah yang tidak terdapat pada bulan-bulan yang
lain. Bulan ini juga bulan doa hambanya diterima, bulan diterima
keampunan dan taubat, bulan penuh keredhaan Allah.
Bacaan Doa indah busana pakaian menantu
serasi di padan kain pelikat
mohon doa pada yang satu
agar majlis mendapat berkat.

hadirin sekalian,bagi memberkati majlis pada petang ini,


dipersilakan saudara Muhammad Faris Hazim bin Muhammad
Masnizam dari tingkatan 2 bakawali untuk mengetuai bacaan
doa.

majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa


sebentar tadi.semoga program kita pada petang ini dipelihara
dilimpahkan sepenuh keberkatan.
2. Ucapan PK Sidang hadirin sekalian,
Petang Marilah kita sama-sama mendengar dan menghayati ucap
utama daripada Yang Berusaha PN. SITI NORIZAN BINTI
IBRAHIM , Penolong Kanan Petang.
Falyatafadhal masykurah..
3. Selepas Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada PK, Petang Pn.
Ucapan PK Siti Norizan binti Ibrahim , atas ucapan sebentar tadi
Petang
4. Persembahan Hadirin sekalian,
Nasyid
Seterusnya marilah kita sama-sama saksikan persembahan
nasyid kontemporari yg akan didendangkan oleh Kumpulan
nasyid yang sgt tidak asing dalam kalangan seluruh
wargaSMKTSM, Kumpulan ini akan menyampaikan sebuah lagu
ramadhan yg bertajuk ………………………sama2 kita
saksikan…dipersilakan

Begitulah tadi persembahan yang bertenaga daripada


Kumpulan Nasyid ………………………. di bawah bimbingan
………………………. Terima kasih diucapkan.

5. Pertujukkan Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,


slaid
Majlis diteruskan lagi dengan Pertunjukkan Slaid sempena
Program Ihya Ramadhan daripada Panitia Pendidikan Islam.
Mari sama-sama kita saksikan.

Begitulah tadi pertujunkan slaid sempena Bulan Ihya


Ramadhan daripada Panitia Pendidikan Islam.
6. Ceramah Hadirin sekalian.

Kami pihak majlis mengalu-alukan kedatangan penceramah


jemputan kita Daie Azrin. Sebelum itu ayuh kita mengenali
sedikit latar belakang Beliau.

BACA BIODATA

Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu majlis berbesar


hati menjemput Dai’e Azrin untuk memulakan ceramah yang
bertajuk ……………………………….. . Majlis dengan ini
mempersilakan.
7 Selepas Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas penyampaian
ceramah ceramah yang sungguh menarik itu tadi.

8. Penyampaian Hadirin sekalian,


cenderamata
Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada
tetamu jemputan kita iaitu Daie Azrin.Dijemput , Pn Siti Norizan
binti Ibrahim untuk menyampaikan cenderamata kepada Daie
Azrin. Majlis dengan ini mempersilakan.
9 Penutup Guru2 dan para pelajar sekelian..
Dengan persembahan itu tadi, majlis kita d hari ini berakhir di
sini..Harapan kami agar anak2 pelajar, mengambil peluang utk
sntiasa melibatkan diri dan menyertai pertandingan yg diadakan
sempena ihya Ramadhan pd tahun ini

Dari Kedah ke Pekan Sari


Beli suasa di Kota Tinggi
Selesai sudah tugas diberi
Di lain masa bersua lagi

Semoga kita bersua kembali pada kesempatan yang lain.


Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Yang Maha
Kuasa, dan setiap kesilapan yang ada datangnya daripada
kesilapan kami. Mohon ampun dan maaf.atas salah dan silap.

You might also like