You are on page 1of 3

BAHAGIAN B (SOALAN 9)

PENDIDIKAN MORAL
Huraikan tindakan sewajarnya yang perlu
dititikberatkan oleh pasar raya, peruncit dan
perhotelan dalam pelaksanaan Program Bank
Makanan demi kepentingan penerima yang
memerlukannya. Jawapan anda perlu disokong
dengan nilai-nilai murni. (10 markah)
Tindakan sewajarnya yang patut diamalkan berdasarkan nilai-nilai murni
ialah nilai rasional ,nilai bertanggungjawab,nilai saling
membantu dan bekerjasama. (Hal ini kerana pihak pasar raya perlu
memikirkan cara menguruskan pemberian makanan kepada penerima
agar pihak yang memerlukan makanan dapat menerima bantuan terus
daripada pihak hotel). (Peruncit perlu mengasingkan sebahagian daripada
stok jualan untuk didermakan kepada bank makanan.)(Perhotelan pula
perlu membungkus makanan yang berlebihan untuk diagihkan kepada
pihak yang memerlukan.)( Pihak pasaraya juga hendaklah menjaga
kepentingan individu yang menerima bantuan dengan memastikan
lebihan makanan yang hendak diagihkan masih dalam kondisi yang
baik).(Pihak restoran juga boleh turut terlibat dengan mengagihkan
lebihan makanan mereka selepas jualan kepada yang memerlukan.)
(Melalui program food bank ini, golongan (oku) , gelandangan dan orang
yang kurang berkemampuan dapat dibantu.)( Pihak pasaraya, hotel dan
peruncit boleh bekerjasama dengan mengadakan tabung atau peti derma
makanan di premis masing-masing supaya masyarakat boleh menderma
makanan pada bila-bila masa.)

You might also like