You are on page 1of 14

KEMAHIRANMENYOAL

Teknik menyoal merupakan teknik yang penting


dalam aktiviti pengajaran guru. Hampir semua proses
pengajaran dan pembelajaran melibatkan penggunaan
teknik menyoal

Peringkat set induksi Peringkat Peringkat penutup


perkembangan
Digunakan untuk
Digunakan untuk menilai
menolong murid Digunakan untuk
pencapaian objektif
mengingati kembali ilmu mencungkil fikiran murid
pelajaran.
pengetahuan lepas untuk membantu mereka
yang berkaitan. mengikuti pelajaran
dengan lebih berkesan.
Prinsip-Prinsip Panduan Penyoalan
 Soalan-soalan yang hendak dikemukakan hendaklah dirancang.
 Soalan-soalan hendaklah sesuai dengan peringkat kebolehan
murid.
 Aras soalan tidak terlalu senang dan tidak pula terlalu sukar.
 Perkataan atau istilah yang digunakan dalam soalan seharusnya
difahami oleh murid.
 Beri peluang kepada murid untuk memikirkan jawapan.
 Kemukakan soalan kepada seluruh kelas dan elakkan daripada
mengemukakan soalan kepada murid tertentu sahaja.
 Kemukakan soalan terlebih dahulu sebelum menentukan nama
murid.
 Bentuk soalan hendaklah sentiasa berubah-
ubah,bertujuan untuk menarik minat murid.
 Tentukan bahawa soalan yang dikemukakan secara
lisan dapat didengari oleh murid seluruh kelas.
 Elakkan daripada mengemukakan soalan mengikut
urutan atau susunan tempat duduk murid-murid.
 Soalan yang dibentuk harus boleh mendorong murid
berfikir.
 Elakkan soalan yang mengandungi jawapan
didalamnya.
 Soalan hendaklah ringkas dan tepat.
Kesan Kemahiran Penyoalan ke atas
Pengajaran-Pembelajaran
 murid akan bertambah aktif.
 Menambahkan lagi minat murid serta dapat
mengelakkan dirinya daripada perasaan
jemu.
 Menguji pengetahuan sedia ada murid.
 Mengenal pasti permasalahan yang dihadapi
oleh murid.
 Mengeratkan lagi hubungan antara guru
dengan murid.
 Murid–murid lebih bersedia dan lebih
berkeyakinan untuk menduduki peperiksaan.
 Membantu murid – murid membuat ulang
kaji dalam dalam membuat jangkaan
terhadap tajuk – tajuk penting untuk
peperiksaan.
Kemahiran Penggunaan Papan Tulis

 Papan tulis yang digunakan dengan baik akan


menambahkan keberkesanan pengajaran guru.
Data-data yang dicatatkan dengan teratur serta
rajah yang dilukis di tempat yang sesuai akan
memudahkan murid-murid membaca serta
menarik minat mereka.
Prinsip-Prinsip

 Rancangan penggunaan papan tulis dengan


lebih awal untuk pengajaran yang berkesan.
 Pastikan tulisan dan rajah dapat dilihat oleh
semua murid di dalam kelas.
 Teknik penggunaan papan tulis hendaklah
dipelbagaikan supaya pelbagai deria murid
dapat digunakan.
Kesan penggunaan papan tulis
 Membantu guru menjelaskan satu-satu
konsep dengan lebih jelas.
 Membantu guru menarik perhatian murid-
murid.
 Membantu murid-murid memahami suatu
konsep yang disampaikan secara
berperingkat di papan tulis.
 Membenarkan penyertaan murid-murid
dalam pengajaran pembelajaran.
Kemahiran Peneguhan

Peneguhan digunakan oleh guru untuk


menggalakkan tingkah laku yang diingini.
Apabila seorang murid memberikan satu
jawapan yang betul, guru akan memujinya
sebagai peneguhan tingkah laku itu.
Prinsip-Prinsip Panduan Peneguhan
 Pujian dan kemesraan yang ditunjukkan oleh guru
dapat meningkatkan pencapaian murid-murid serta
memupuk sikap yang positif.
 Pengukuhan positif hendaklah digunakan secara
jujur.
 Peneguhan positif seperti memuji usaha murid-
murid adalah lebih berkesan berbanding dengan
peneguhan negative seperti mengkritik atau
menyindir murid-murid.
Objektif-Objektif Kemahiran
Pengukuhan
 Menarik perhatian murid-murid dalam
pengajaran.
 Menggalakkan murid-murid mencuba
dengan lebih giat lagi.
 Meningkatkan lagi pencapaian akademik
murid-murid.
 Keyakinan diri murid-murid dapat
dipertingkatkan lagi.
PENUTUP
 Penutup merupakan bahagian terakhir satu-
satu pengajaran dan pembelajaran .Dalam
bahagian ini, guru hendaklah membuat
rumusan yang berkaitan dengan isi pelajaran
supaya dapat memberi rasa kepuasan belajar
dan menggerakkan murid supaya bersedia
untuk pelajaran akan datang.
 Ee Ah Meng (1991) membahagikan penutup kepada dua
bahagian, iaitu penutp kognitif dan penutup social. Penutup
kognitif biasanya digunakan apabila guru menyenaraikan isi-
isi penting sesuatu pelajaran dengan tujuan mengukuhkan apa
yang telah dipelajari. Penutup sosial pula bertujuan
memberikan suatu perasaan pencapaian kepada murid-murid
di hujung pengajaran satu-satu topik.
 Sebelum menutup sesuatu pelajaran, guru harus menjalankan
aktiviti untuk mengukur sejauh mana objektif pelajaran telah
dicapai. Aktiviti penilaian boleh dijalankan secara
pemerhatian terhadap aktiviti susulan, pemeriksaan kerja
murid atau melalui satu ujian lisan atau tulisan. Maklumat-
maklumat yang didapati daripada pentafsiran penilaian akan
menjadi asas untuk membuat pengubahsuaian terhadap
persediaan mengajar seterusnya.

You might also like