You are on page 1of 11

Sinopsis Keseluruhan Novel: Meniti Impian

Novel Meniti Impian berkisar tentang Zahar, iaitu pelajar yang mempunyai
keazaman dan cita-cita yang tinggi. Impiannya untuk melanjutkan pelajaran di ITM
(Institut Teknologi Mara) selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysi (SPM) musnah
apabila dia demam sewaktu peperiksaan tersebut berlangsung. Akibat kemiskinan,
dia tidak berpeluang untuk menyambung pelajaran di sekolah swasta kerana
ibunya tidak mampu membiayai kos persekolahan yang tinggi selain dua orang
adiknya yang masih bersekolah. Bapanya telah meninggal dunia, sementara ibunya
hanya menoreh getah dan menganyam tikar mengkuang untuk menyara kehidupan
mereka sekeluarga. Perasaan tanggungjawab sebagai anak sulung telah
memaksanya melupakan seketika impiannya untuk ke menara gading. Tindakan
murninya itu telah disalahertikan oleh sahabat baiknya, Suhaili. Dia menganggap
Zahar sebagai insan yang gagal kerana tidak berjaya ke ITM walaupun semasa di
sekolah mereka telah berjanii untuk ke ITM bersama-sama.
1
Bagi meringankan beban ibunya, Zahar telah membantu bapa saudaranya,
Pak Yusuf di bengkel perabot. Pak Yusuf dapat mengesan bakat, keazaman, dan
kemahiran yang dimiliki oleh anak saudaranya itu. Dia sentiasa memberikan
dorongan agar Zahar berjaya suatu hari nanti. Zahar memberitahu Pak Yusuf
bahawa dia sangat berminat dalam kerja pertukangan perabot dan bercita-cita
untuk menjadi seorang tukang perabot yang mahir. Oleh itu, dia telah membuat
permohonan ke IKM (Institut Kemahiran Mara) untuk memenuhi impiannya itu.
Pada waktu itu, sahabatnya Suhaili telah pun berada pada tahun akhir di ITM.
Namun begitu, Zahar berasa tersinggung apabila Suhaili memandang rendah
serta menghina keinginannya untuk belajar di IKM. Dia beranggapan bahawa IKM
hanya akan melahirkan pelatih yang gagal dan akhirnya merempat tidak
mendapat sebarang pekerjaan. Zahar telah menyimpan azam untuk membuktikan
bahawa lepasan daripada IKM juga mampu mencipta kejayaan pada masa depan,
Kesedihan Zahar semakin terasa apabila menyaksikan Suhaili orang yang pernah
menjadi buah hatinya telah mempunyai kekasih baharu yang lebih kacak dan
bergaya. Kejadian itu membuatkan semangatnya terus membara untuk maju.2
Semasa di IKM, Zahar telah menunjukkan prestasi yang amat cemerlang. Di
IKM itu juga dia telah berjumpa dengan rakan-rakan baharu yang juga
mempunyai cita-cita sepertinya. Kesedihan hatinya sedikit terubat apabila
bertemu dengan Norimi yang mengikuti kursus dalam jurusan Lukisan Seni Bina.
Selepas enam bulan berkursus, Zahar dan rakan-rakannya telah diarahkan untuk
mengikuti latihan praktikal di kilang. Zahar telah diterima menjalani latihan di
Kilang Perabot Usaha Bersatu di Kawasan Perindustrian Kamunting, Taiping.
Secara kebetulan, Suhaili menjawat jawatan sebagai eksekutif di kilang tersebut.
Suhaili berasa bersalah atas kata-katanya terhadap Zahar sewaktu ketika dahulu.
Dia ingin membantu Zahar untuk bekerja di kilang tersebut tetapi Zahar dengan
tegas menolak bantuannya itu. Zahar menyatakan bahawa dia mahu berdikari
dan mencipta kejayaan hasil daripada titik peluhnya sendiri. Sampai masanya
latihan praktikal Zahar pun tamat. Dia telah diberi pujian oleh pihak pengurusan
kilang kerana telah menunjukkan prestasi yang cemerlang. 3
Selepas menamatkan kursusnya di IKM, Zahar telah kembali ke kampung.
Dia merancang untuk membuka sebuah bengkel perabot di tanah milik ibunya.
Rancangannya itu mendapat sokongan daripada ibu dan bapa saudaranya, Pak
Yusuf. Dengan bantuan pinjaman kewangan daripada MARA sebanyak
RM10000, sumbangan daripada Pak Yusuf sebanyak RM5000, serta wang yang
diterima daripada kilang tempatnya membuat latihan praktikal itu, dia telah
berjaya membuka sebuah bengkel perabot. Bengkelnya itu diberi nama Bengkel
Perabot Meniti Impian. Akhirnya, impian Zahar tercapai dan dia berjaya
membuktikan kepada Suhaili bahawa dengan belajar di IKM juga mampu untuk
mengubah nasib seseorang. Bengkel perabot miliknya menjadi semakin terkenal
selepas tersiar dalam akhbar.

4
TEMA
Semangat dan kesungguhan seseorang pelatih IKM dalam usaha untuk
mencapai kejayaannya menjadi tukang perabot yang berjaya. Zahar tidak
berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di ITM setelah tamat peperiksaan
SPM. Dia telah bekerja dengan bapa saudaranya di bengkel perabot. Dia mahu
meneruskan kejayaannya dalam bidang tersebut. Oleh itu, Zahar berhajat
untuk menjalani kursus Pertukangan Perabot di IKM. Semangatnya semakin
membara apabila dia dihina dan dipandang rendah oleh kawannya sendiri,
iaitu Suhaili. Ibu Zahar dan bapa saudaranya, Pak Yusuf merestui hasratnya itu.
Akhirnya, setelah Zahar tamat menjalani kursus di IKM dia telah berjaya
membuka sebuah bengkel perabot di tanah milik ibunya, Bengkel perabot
miliknya menjadi semakin terkenal apabila kisah perjalanan hidupnya untuk
mencapai impiannya itu tersiar dalam akhbar.

5
PERSOALAN
(a) Rela berkorban demi keluarga. Contohnya, Zahar rela mengorbankan
hasratnya untuk meneruskan pelajaran di sekolah swasta kerana memikirkan
keadaan ibunya yang tidak mampu untuk membiayai persekolahannya
disebabkan dua orang adiknya masih bersekolah.
(b) Ketabahan menghadapi kesusahan hidup. Zahar tabah menghadapi
kesusahan hidup selepas ayahnya meninggal dunia. Contohnya,
Zaharmembantu bapa saudaranya di bengkel perabot dan membantu ibunya
menetak pokok mengkuang untuk dibuat tikar.
(c) Hubungan mesra antara kaum. Contohnya, Tauke Lim telah menunjukkan sifat
mesranya kerana hidup dalam kalangan masyarakat Melayu. Dia juga telah
menempah perabot daripada Pak Yusuf untuk kedai kopinya.
(d) Usaha membawa kejayaan. Contohnya, berkat usaha gigih mendapatkan
kursus Pertukangan Perabot di IKM, Zahar akhirnya berjaya membuka sebuah
bengkel perabot di kampungnya. 6
e) Kasih sayang dalam sebuah keluarga. Contohnya, Zahar amat menyayangi
emak dan dua orang adiknya. Dia juga menyayangi bapa saudaranya yang
banyak membantu keluarganya selepas kematian bapanya.
f) Percintaan dalam kalangan remaja. Contohnya, Zahar mencintai Suhaili
secara diam-diam tetapi penghinaan yang diterimanya kerana mahu
memasuki IKM te1ah menguatkan azam dan cita-citanya untuk berjaya.
g) Kemiskinan penduduk kampung yang tinggal di kawasan pedalaman.
Contohnya, Mak Kiah terpaksa melakukan dua pekerjaan seperti menoreh
getah dan menganyam tikar mengkuang untuk menyara kehidupan
keluarganya.
h) Hubungan mesra antara kaum. Contohnya, Tauke Lim telah menunjukkan
sifat mesranya kerana hidup dalam kalangan masyarakat Melayu. Dia juga
telah menempah perabot daripada Pak Yusuf untuk kedai kopinya.
7
WATAK & PERWATAKAN

(a) Watak utama dalam novel ini ialah Zahar.

(b) Watak sampingan terdiri daripada Suhaili, Pak Yusuf, Mak Kiah, Mak

Temah, Tauke Lim, Norimi, Cikgu Baharum, dan Razali.

8
Zahar
(a) Zahar merupakan anak sulung Mak Kiah. Dia mempunyai dua orang adik
lelaki, iaitu Halim dan Zakri.
(b) Ayah Zahar telah meninggal dunia.

(1) Zahar seorang yang gigih dan rajin. Dia gigih dan rajin membantu bapa
saudaranya di bengkel perabot.
(2) Zahar bercita-cita tinggi, iaitu dia bercita-cita untuk membuka kedai bengkel
perabot kepunyaanya sendiri.
(3) Zahar tidak mudah berputus asa. Zahar tidak berputus asa walaupun dihina
oleh Suhaili sewaktu hendak belajar di IKM.
(4) Zahar seorang yang penyayang. Zahar amat menyayangi emak dan adik-
adiknya. Setiap kali cuti, dia akan pulang ke kampung untuk bertemu dengan
keluarganya.
9
Pak Yusuf
(a) Pak Yusuf ialah bapa saudara Zahar, iaitu adik kepada Mak Kiah.
(b) Pak Yusuf mempunyai isteri bernama, Mak Temah dan dua orang anak yang
masih menuntut di universiti.
(c) Pak Yusuf memiliki sebuah bengkel pertukangan perabot.

(1) Pak Yusuf seorang yang prihatin. Dia sentiasa memikirkan kebajikan dan
pelajaran Zahar.
(2) Pak Yusuf suka menolong orang lain. Dia bersusah-payah membantu Zahar
sewaktu Zahar ingin melanjutkan pelajaran ke IKM dan menghulurkan
sumbangan sebanyak RM5000 sewaktu Zahar hendak membuka bengkel
perabot.

10
Suhaili
(a) Suhaili pernah menjadi buah hati Zahar sewaktu zaman sekolah.
(b) Suhaili bersifat ego kerana menghina Zahar yang ingin belajar di IKM. Dia
menganggap graduan lepasan IKM akan hidup merempat.
(c) Suhaili memutuskan hubungan dengan Zahar setelah mempunyai teman
lelaki baharu yang kacak dan berada.
(d) Suhaili menyedari kesilapannya dan meminta maaf atas segala kesilapan
yang telah dilakukannya terhadap Zahar.

Norimi
(a) Norimi menjalin hubungan yang istimewa dengan Zahar ketika di IKM.
(b) Norimi mempunyai sedikit perasaan cemburu apabila mengetahui Zahar
pernah menaruh harapan kepada Suhaili.
(c) Norimi seorang yang rajin dan cemerlang dalam peperiksaan sewaktu di
IKM. 11

You might also like