You are on page 1of 21

IMAN: APLIKASI DAN PENGHAYATANNYA DALAM KEHIDUPAN

PENGENALAN
Iman ialah kepercayaan yang kuat dalam hati terhadap sesuatu yang benar dan hak la berupa keimanan dan keyakinan kepada nilai-nilai murni dan mutlak yang terikat kukuh dalam sanubari seseorang dan tidak mungkin terurai dengan paksaan manusia, pertukaran masa dan tempat, kecuali atas kehendak sendiri dengan izin Allah (swt).

PENGENALAN (samb)
Nilai-nilai murni yang di maksudkan ialah keimanan dan keyakinan kepada perkaraperkara ghaib (ghaibiyah) yang berpaksikan keyakinan terhadap Allah (swt) yang Maha Esa dari sudut uluhiyah dan rububiyah serta Esa pada al-Asma wasifat. Bertitik tolak daripada keimanan inilah lahirnya keimanan kepada malaikat, kitabkitab, rasulrasul, hari akhirat, alam barzakh.

AKIDAH ISLAM
ialah akidah yang menyemaikan keyakinan tentang kewujudan Allah (swt) serta menjelaskan dan menyatakan kepada muslim mengenai Rukun Iman yang menjadi teras kepada akidah yang salih. Akidah yang salih adalah akidah yang disampaikan kepada manusia yang bersumber kepada wahyu assamawi yang datang daripada Allah

AKIDAH ISLAM (samb)


Akidah inilah yang menyelamatkan manusia daripada kesesatan kepada petunjuk agama yang sebenar, jalan yang lurus dan diakui sah oleh Allah (swt) Akidah ini juga mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya Islam yang dapat membezakan antara benar dan salah

AKIDAH ISLAM (samb)


Menurut Syeikh Abdul Aziz al-Bazz ,mentakrifkan akidah yang sahih ialah segala perkataan dan perbuatan yang dilakukan oleh seseorang Islam yang sesuai dengan dalil syarak berdasarkan kepada Al-Quran dan Sunah. Akidah yang salah ialah merupakan suatu pegangan yang batal di mana cabang atau rantingnya berpunca daripada perbuatan dan perkataan yang salah.

AKIDAH ISLAM (samb)


Akidah yang benar dan sahih merupakan syarat pertama kepada pengakuan seseorang yang telah menerima Islam sebagai agama yang mengatur hidupnya. Akidah tersebut mestilah sejajar dengan apa yang telah termaktub dalam kitab Al-Quran dan Sunah Nabi Muhammad (saw). setiap muslim mestilah beriman dan mempercayai perkara yang telah diimani dan dipercayai oleh para Salafussalih dan para imam.

ASAS AKIDAH ISLAM


Muhammad al-Mubarak ketika menjelaskan asas akidah Islam menurut Al-Quran menyatakan: "Al-Quran menyeru manusia supaya berakidah dan beriman dengan Allah (swt) pencipta alam, beriman dengan hari akhirat Berdasarkan kepada hadis dan kenyataan para ulama di atas, nyatalah bahawa yang menjadi asas kepada akidah Islam ialah Rukun Iman yang enam iaitu:

ASAS AKIDAH ISLAM (samb)


Percaya kepada Tuhan Percaya kepada Malaikat Percaya kepada Nabi dan Rasul Percaya kepada Kitab Percaya kepada Hari AKhirat /Kiamat Percaya kepada Qada dan Qadar

BERIMAN KEPADA ALLAH (swt)


Erti beriman kepada Allah (swt) ialah mengetahui, percaya, dan beriktikad dengan teguh, perkara-perkara yang wajib, perkara-perkara yang mustahil dan perkara-perkara yang harus bagi Allah (swt). Seseorang itu hendaklah beriktikad secara ijmal dan sungguh-sungguh bahawa Allah (swt) bersifat dengan sifat-sifat yang sempurna dan sesuai dengan ketuhananNya.

BERIMAN KEPADA ALLAH (swt)


Iman kepada Allah (swt) tegak di atas dua asas: pertama mengimani Rububiyatullah (swt). Dengan perkataan lain mengimani bahawa Allah (swt) yang menjadikan sesuatu, yang menghidupkan dan yang mematikan, yang memiliki dan berkuasa dan juga sifat-sifat Allah (swt) yang lain. Kedua, mengimani Uluhiyatullah (swt). Dengan kata lain, mengimani bahawa Allah (swt) sahajalah yang berhak menerima pengabdian dan inilah dia pengertian Lailaha illalah, pengabdian tidak seharusnya diberikan kepada yang selain daripada Allah (swt).

BERIMAN KEPADA MALAIKAT


Bermaksud iktikad (kepercayaan) tentang wujudnya makhluk yang digelar malaikat. Bilangan malaikat itu hanya diketahui oleh Allah (swt) sahaja. Jibril, Mikail, Israfil, Izrail adalah sebahagian daripada malaikat tersebut. Allah (swt) telah menentukan bahawa malaikat itu berada di alam ghaib dan tabiatnya tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Malaikat adalah suatu jenis makhluk yang dilengkapkan olehAllah (swt) dengan persediaan-persediaan untuk mematuhi perintah Allah (swt) semata-mata, iaitu malaikat tidak pernah menderhakai Allah (swt) dan mereka sentiasa melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah (swt).

BERIMAN KEPADA MALAIKAT(samb)


Malaikat dijadikanAllah (swt) daripada cahaya yang bersih daripada kekotoran jasmani, kemudian diberikan kepadanya kuasa untuk mengubah rupa. Mereka tidak pernah menderhakai perintahperintah Allah, sentiasa mentaati , menyampaikan satu-satu berita atau wahyu daripada Allah (swt) kepada hamba-hambaNya

BERIMAN KEPADA KITAB-KITAB


Bermaksud mengimani bahawa Allah (swt) telah menurunkan kitab-kitab kepada RasulNya dan mengimani bahawa kitab tersebut adalah kalam Allah (swt). Melalui kitab ini kita mengetahui bahawa Allah (swt) menurunkan Taurat kepada Nabi Musa (as) iaitu kitab yang terbesar yang diturunkan ke atas Bani Israel. Allah (swt) menurunkan kitab Injil kepada Nabi Isa (as), kitab Zabur kepada Nabi Daud (as) dan kitab Al-Quran kepada Nabi Muhammad (saw). Kita hendaklah mengimani bahawa kitab dan kalam Allah (swt) yang terakhir diturunkan ialah Al-Quran

BERIMAN KEPADA RASUL-RASUL


Setiap muslim mestilah mengimani dan menyakini bahawa Allah (swt) telah mengutuskan para Rasul-rasul dan menurunkan kitab untuk tujuan mengajar manusia mengenal Allah (swt) dan memberitahu mereka tentang matlamat kewujudan mereka di dunia ini, dan ke mana akhirnya penghidupan mereka. Muslim mestilah beriman bahawa Nabi Muhammad (saw) adalah rasul yang terakhir daripada rasul yang diutuskan Allah (swt). Baginda dibantu dan diperkuatkan Allah (swt) dengan Al-Quran sebagai mukjizat

BERIMAN KEPADA HARI KIAMAT / AKHIRAT


Kiamat ialah hari akhir dan penghabisan bagi alam ini, iaitu hari kerosakan serta kehancuran alam, dan satu alam baru akan diadakan. Beriman kepada hari akhirat bermaksud orang Islam wajib percaya bahawa manusia akan menghadapi satu hari kehancuran alam dan segala yang ada dalamnya dan selepas itu dijadikan pula oleh Allah (swt) alam baru yang akan membezakan manusia baik dan jahat.

BERIMAN KEPADA HARI KIAMAT / AKHIRAT


Percaya bahawa adanya hari kehancuran dan ada alam baru, ada perhitungan amalan,yang banyak buat pahala/perkara baik dimasukkan ke syurga dan sebaliknya. Permulaannya hari kiamat/akhirat ialah selepas semua manusia mati dan malaikat Israfil meniup sangkakala kali yang kedua, maka semua manusia akan dihidupkan kembali.

BERIMAN KEPADA QADA & QADAR


Mempercayai bahawa segala sesuatu yang terjadi dan peristiwa-peristiwa yang berlaku adalah menurut ketentuan dan ketetapan Allah (swt). Manusia dijadikan oleh Allah (swt) dan Dialah yang menentukan perjalanan gerak geri dan perlakuan mereka. Allah (swt) berkuasa sepenuhnya ke atasnya.

BERIMAN KEPADA QADA & QADAR


percaya kepada qada dan qadar bermakna mempercayai bahawa penentuan Allah (swt) adalah adil dan bersesuaian dengan kehendakNya memberikan kepada manusia hak berusaha dan berikhtiar.

KESIMPULAN
Enam perkara ini merupakan Rukun Iman yang menjadi asas akidah Islam dan terkandung dalam syahadat. Iman seseorang tidak dikira sah sekiranya hanya mempercayai satu daripada Rukun Iman. Sesiapa yang ingkar dengan satu bahagian yang terdapat dalam satu-satu Rukun Iman, bermakna dia telah ingkar dengan bahagian Rukun Iman tersebut. Ini juga sama dengan ingkar kepada semuanya

SEKIAN, TERIMA KASIH.

You might also like