You are on page 1of 45

PANDUAN DISIPLIN

Oleh : abdharis@ipis

DEFINISI DISIPLIN
Menurut kamus Longman , Discipline ~ a practise of making people obey rules and orders. Jelas menunjukkan bahawa disiplin disini adalah merujuk kepada kebiasaan yang diamalkan dalam mematuhi garis panduan dan arahan. Oleh itu adalah tidak wajar apabila disiplin dikaitkan dengan tingkah laku pelajar yang melanggar peraturan sekolah. Jelas, disiplin merupakan garis panduan menakala devian ataupun delinkuen pula merupakan sekumpulan manusia yang tidak mematuhi garis panduan ini.

JENIS-JENIS DISIPLIN Mengikut Lindgren (1976) , disiplin bilik darjah boleh dibahagikan kepada empat jenis; Disiplin Arahan Guru Disilin Arahan Kerja Disiplin Arahan Kumpulan Disiplin Arahan Diri

1. Disiplin Arahan Guru Disiplin arahan guru ini mempunyai ciri autokratik, iaitu guru mempunyai kuasa yang mutlak ke atas kawalan , arahan, pengurusan dan hukuman berlandaskan peraturan-peraturan yang ditetapkan. Guru mempunyai kuasa mendenda murid yang melanggar peraturan dan jenis disiplin ini mempunyai ciri menghukum. 2. Disiplin Arahan Kerja Disiplin Arahan Kerja diwujudkan apabila sesuatu tugasan ang diberikan oleh guru perlu diselesaikan oleh murid dalam tempoh masayang ditetapkan. Disiplin ini berlandaskan kesedaran keperluan dan tanggungjawab serta kebaikannya untuk murid-murid mematuhi arahan dan menyempurnakan tugasan mengikut jadual. Mempunyai ciri motivasi yang positif kerana menggalakkan murid menyelesaikan tugasan untuk kebaikan dan kepentingan sendiri. ( kematangan murid/umur , jenis tugasan dan keupayaan murid )

3.Disiplin Arahan Kumpulan Disiplin Arahan Kumpulan diwujudkan di antara ahli-ahli dalam dinamika kumpulan yang sedia ada atau dalam pembentukan berbagai-bagai kumpulan yang dengan tujuan menjalankan aktiviti pembelajaran seperti pengayaan atau kerja Projek. (Ketua kumpulan bertanggungjawab ) Dibentuk berdasarkan kepada norma, nilai dan kepercayaan ahli-ahli yang serupa. Tingkahlaku murid dapat dikawal semasa interaksi berlaku di antara rakan sebaya.Proses Penyesuaian berlaku dan murid yang tidak mematuhi norma dinamika kumpulan akan disingkirkan . ( Proses penyesuaian dan penyingkiran ) 4. Disiplin Arahan Diri Sharifah Alwiah Alsagoff dalam bulunya Ilmu Pendidikan Pedagogi(1984) mentakrifkan didiplin arahan diri sebagai keadaan yang membuat murid-murid mematuhi peraturan yang ditentukan tanpa dikenakan denda atau diberi ganjaran. Murid mematuhi peraturan sekolah secara sukarela ( sedar kebaikannya )tanpa dipaksa dan di arah oleh guru. Dipupuk melalui latihan dan bimbingan guru

JENIS-JENIS MASALAH DISIPLIN: Peringkat Sekolah Rendah /Menengah Jenayah Lucah Kemasan diri Tidak pentingkan masa Kurang sopan Laku musnah Tidak jujur Ponteng

JENIS SALAHLAKU Tingkahlaku Jenayah Tingkahlaku lucah Tingkahlaku kekemasan diri Tingkahlaku tidak mementingkan masa Tingkahlaku musnah Tingkahlaku tidak jujur/menipu Ponteng

10 Kekerapan Tinggi: Ponteng sekolah Mencuri Mengancam murid sekolah Berkasar dengan murid Berbahasa kesat Datang sekolah lewat Membuat bising dan menggaggu pelajaran Merosakkan harta benda sekolah Ponteng aktiviti kokurikulum Ponteng Kelas

Pelbagai jenis tingkahlaku bermasalah : 1. T/L bermasalah negatif T/L menghalang pembelajaran ( bergantung ) = membahayakan diri ; kebimbangan,pergantungan berlebihan, pengunduran diri dan pengasingan diri T/L menganggu ( disruptif ) = membahayakan orang lain : hiperaktif, kelakuan nakal, bising, bergerak sesuka hati, ketawa kuat, agresif secara lisan / fizikal T/L Antisosial ( distruktif ) = membahayakan diri,sekolah dan masyarakat : permusuhan nyata, vandalisme, kumpulan liar, klik dan geng 2. T/L bermasalah positif Ingin tahu Cepat belajar Pintar cerdas proaktif

Punca-punca Masalah Disiplin Suasana persekitaran rumah yang kurang selesa Suasana sekolah yang kurang kondusif Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang membosankan Keadaan fizikal sekolah yang kondusif Pengurusan sekolah yang bercorak autokratik Pandangan dan pendapat murid tidak dapat perhatian pihak sekolah Penilaian negatif mewujudkan npermusuhan yang nyata dengan membalas dendam

Punca salahlaku di Bilik Darjah/Sekolah Penggunaan pendekatan dan strategi mengajar yang kurang sesuai Keadaan fizikal bilik darjah yang kurang kondusif Perhubungan guru dan murid yang kurang mesra dan kurang baik Sahsiah guru yang kurang menyakinkan Kesihatan murid yang kurang baik Aspirasi sekolah yang terlalu tinggi Pengaruh negatif dari keluarga, rakan sebaya dan persekitaran Bilangan murid yang ramai

Teknik mengumpul maklumat pelajar : 1. Jenis teknik Ujian ; ujian pencapaian akademik, ujian kecerdesan, ujian kecemderungan bakat, ujian minat, ujian personaliti, ujian saringan, ujian diagnostik,ujian aptitud khas 2. Jenis teknik bukan ujian ;kajian dokumen, soal selidik, teknik pemerhatian,rekod anekdot, kajian dokumen,senarai semak 3. Rujukan pada kaunselor atau pihak tertentu

Modifikasi tingkahlaku : Langkah sistematik berdasarkan prinsip psikologi untuk mengubah tingkahlaku yang negatif kepada yang positif : Mengenalpasti t/l yang perlu diubah Menetapkan matlamat Menentukan strategi bertindak Merancang prosedur atau plan bertindak Melaksanakan strategi mengikut plan bertindak Menilai keberkesanan dan mengubahsuai rancangan jika perlu Memastikan pencapaian matlamat yang ditetapkan; - Pengekalan dan peningkatan t/l yang diingini - Pengurangan dan perlupusan t/l yang tidak diingini

Teknik modifikasi tingkahlaku : 1. Peneguhan Positif / negatif 2. Denda dan peneguhan 3. Reverse psikologi 4. Shaping 5. Token ekonomi 6. Kontrak lisan/bertulis 7. Kawalan kendiri 8. Ubahsuai dalaman/kendiri

MATLAMAT DISIPLIN Disiplin akan menjadikan seorang pelajar itu sebagai manusia yang dapat memimpin diri sendiri dalam didupnya pada masa hadapan. Disiplin diri bagi setiap individu adalah mustahak dalam usaha mewujudkan satu masyarakat Malaysia yang bertatasusila, bersatupadu , demokratik , adil , liberal dan progresif. Disiplin diri juga akan melahirkan individu-individu yang kreatif serta mempunyai kesedaran harga diri dalam masyarakat yang bergerak ke arah kemajuan .

PRINSIP-PRINSIP ASAS DISIPLIN Disiplin di sekolah hendaklah berasaskan kepada prinsip-prinsip atau dasar berikut : keadilan dan layanan sama rata pertimbangan minat dan keperluan pelajar kebebasan - tertakluk kepada undang-undang amalan menghormati seseorang individu perhubungan sihat sesama manusia untuk kehidupan berharmonis perpaduan masyarakat dan negara

CIRI-CIRI DISIPLIN YANG BAIK Seseorang pelajar yang baik berdisiplin sentiasa mematuhi dan taat kepada ajaran-ajaran agama, mengamalkan nilai-nilai kebudayaan Malaysia , memahami dan menghayati Rukun Negara , serta mematuhi peraturan-peraturan sekolah dan undang-undang negara. Di antara ciri-ciri penting seorang yang berdisiplin adalah sebagaimana berikut : memahami dan mematuhi peraturan-peraturan menepati waktu rajin dan berdaya usaha jujur dan ikhlas sentiasa bersedia berkhidmat dan bekerjasama berbudibahasa, bersopan-santun dan berdiplomasi bersih , cekap dan amanah menghormati orang lain taat setia kepada raja dan negara kasih dan sayang kepada ibu bapa mencintai sekolah berfikiran luas dan berpandangan jauh

PELAKSANAAN DISIPLIN : Semua guru bertanggungjawab dalam menangani masalah disiplin di kalangan pelajar di sekolah . Masalah ini perlu ditangani secara berhati-hati agar segala tindakan yang dilakukan tidak terkeluar dari ruang lingkup yang dibenarkan oleh undang-undang dan peraturan peraturan yang telah ditetapkan . Setiap aduan yang diterima akan diberi tindakan susulan dengan segera. Pelajar terlibat akan disoal-siasat dan diberi peluang membela diri. Siasatan yang dijalankan akan meneliti dan mengkaji kes seterusnya saranan akan diberikan kepada HEM untuk tindakan seterusnya. SISTEM MATA PENALTI merupakan teras atas segala tindakan

Langkah-langkah mengatasi masalah disiplin : Tatacara disiplin sekolah masakini dibentuk berlandaskan kepada Ordinan Pelajaran 1957 dan Pekeliling Ikhtisas yang diedarkan dari masa ke semasa oleh Bahagian Sekolahsekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia. Peraturan peraturan pelajar (Disiplin Sekolah ) Peraturan-perauran Lawatan Sekolah 1957 Peraturan Majalah Sekolah Surat Pekeliling Ikhtisas

Jenis salahlaku dan tindakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas : 1. Pembuangan murid dari sekolah kerana kelakuan jenayah seperti membawa senjata-senjata merbahaya, menghisap rokok, meminum arak, melibatkan diri dalam kongsi gelap, mencuri, mengancam pelajarlain dan melawan pihak berkuasa 2. Peratutan hukuman dera 3. Peraturan asrama sekolah 4. Disiplin murid-murid menghisap rokok 5. Salahguna dadah : Garis panduan untuk guru dan guru besar 6. Potongan rambut murid-murid 7. Pakaian murid-murid lelaki dan perempuan 8. Larangan bermain bahan letupan 9. Tatatertib perhimpunan sekolah

Buku panduan/pekeliling Disiplin sebagai bahan rujukan : Panduan Bagi Mengatasi Masalah Ponteng Di Sekolah ( 1994 ) Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk Guru Besar dan Guru ( 1998 ) Prosedur Gantung dan Buang Sekolah mengikut Ordinan Pelajaran 1957 ( Terbitan JPN Perak, 1988 ) Surat Pekeliling ( 1984-1987 ) Surat Pekeliling ( 1988-1990 ) Surat Pekeliling ( 1991-1993 ) Surat Pekeliling ( 1994-1997 )

Tatacara menyelesaikan Masalah Disiplin : Kaji masalah disiplin secara objektif dan jangan mengambil tindakan secara terburu-buru Elakkan diri dari nafsu marah dan wujudkan suasana tenang Berikan peluang murid membuat penjelasan dan cuba fahami perasaan murid Jika didapati bersalah, guru beri nasihat agar murid sedar dan mengubah kelakuannya Jika murid mengulangkan kesalahannya rujuk guru disiplin dan kaunselor JIka kelakuan jenayah lapor segera kepada Guru Besar/Pengetua

Peranan Guru dalam konteks disiplin Bilik Darjah : 1. Pengurusan rutin bilik darjah 2. Pengurusan peraturan-peraturan bilik darjah 3. Pengurusan jadual bertugas murid 4. Pengurusan aktiviti kumpulan 5. Pengurusan murid bermaslah peribadi

Cadangan mengurangkan masalah disiplin: Melaksanakan pembelajaran secara sistematik Mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Menggunakan strategi pemusatan murid Menghormati dan melayan murid dengan baik Menghargai dan memuji murid Bersifat adil dan tegas terhadap hukuman dan ganjaran Mengajar murid mengikut kebolehan Memberikan aktiviti pemulihan yang belum menguasai kemahiran/kefahaman pelajaran yang diajar Memberikan aktiviti pengayaan Mengamalkan ciri kepimpinan demokratik

Perlaksanaan Disiplin di sekolah Semua guru bertanggungjawab dalam menangani masalah disiplin di kalangan pelajar di sekolah . Masalah ini perlu ditangani secara berhati-hati agar segala tindakan yang dilakukan tidak terkeluar dari ruang lingkup yang dibenarkan oleh undang-undang dan peraturan peraturan yang telah ditetapkan . Setiap aduan yang diterima akan diberi tindakan susulan dengan segera.

pelajar terlibat akan disoal-siasat dan diberi peluang membela diri. Siasatan yang dijalankan akan meneliti dan mengkaji kes seterusnya saranan akan diberikan kepada HEM untuk tindakan seterusnya. SISTEM MATA PENALTI merupakan teras atas segala tindakan lanjutan disiplin yang dikenakan kepada Warga sekolah.

Tindakan Disiplin Amaran Amaran Lisan Siasatan Nasihat Rotan Rujuk Kaunselor Surat Amaran Gantung Sekolah Perbincangan dengan ibu bapa /Penjaga Buang Sekolah

TINDAKAN DISIPLIN YANG DIAMBIL Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 menyenaraikan 4 tindakan disiplin yang boleh diambil terhadap pelajar melanggar disiplin bergantung kepada keseriusan kesalahan disiplin yang dilakukan iaitu : Hukuman yang difikirkan sesuai Dirotan Digantung persekolahan ; atau Dibuang sekolah

Komponen penting dan utama dalam prinsip natural justice : mendengar orang yang terlibat pendengaran yang adil keadilan bukan sahaja perlu dilaksanakan tetapi perlu juga kelihatan dilaksanakan.

Sumber Disiplin : Aduan Guru / Pengawas / Ketua Kelas /Pelajar Buku Kawalan Kelas Salahlaku / aktiviti negatif Mata Penalti

PERATURAN-PERATURAN DISIPLIN SEKOLAH

Semua pelajar mesti mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan kesalahan berdasarkan . Negeri Selangor menggunakan Sistem Penalti sebagai panduan tindakan disiplin di sekolah. SISTEM PENALTI. Setiap pelanggaran peraturan sekolah dikenakan mata penalti di mana direkodkan seterusnya diambil tindakan. Mata penalti akan dikumpulkan dan dihitung selama berada di sekolah.

MATA PENALTI
Amaran Bertulis Khidmat sosial Hubungi ibubapa/penjaga

MATA PENALTI
Rotan 1 kali Surat Amaran dan Perjanjian Pengakuan Pelajar

10

MATA PENALTI
Hubungi ibubapa/penjaga Rotan 2 kali Surat Amaran dan Perjanjian II Pengakuan Pelajar

20

MATA PENALTI
Hubungi ibubapa/penjaga Rotan 3 kali Surat Amaran Perjanjian JPS

30

MATA PENALTI
Hubungi ibubapa/penjaga Surat Pemberitahuan Gantung Persekolahan Perjanjian JPS

40

MATA PENALTI
Sesi Kaunseling Buang Sekolah

50

GURU DISIPLIN
SENARAI TUGAS

a. b. c. d. e. f. g. h. i.

Membantu Pengetua merangka peraturan sekolah Memastikan penerapan dan penghayatan nilai-nilai dipraktikkan di sekolah Memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipenuhi Mengambil tindakan terhadap kes-kes salahlaku pelajar Melaksanakan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh pengetua Menjadi pengawai perhubungan di antara pihak sekolah dengan ibu bapa / penjaga dalam menangani masalah disiplin Bertanggungjawab menimbulkan semangat kekitaan dan semangat cintakan sekolah di kalangan murid dan guru Mencatatkan semua kes-kes disiplin yang telah diambil tindakan dalaman dalam borang disiplin atau buku laporan disiplin Melaporkan kes disiplin yang telah diambil tindakan dalaman kepada Penolong Kanan HEM seminggu sekali atau segera jika perlu

j. Menghubungi pihak polis jika perlu k. Bekerjasama dengan semua guru bertugas untuk meronda kawasan sekolah l. Memberi maklumat kepada Penolong Kanan HEM berhubung kes-kes yang serius seperti: Penyalahgunaan dadah Gambar lucah Video lucah Majalah lucah Peras ugut Kumpulan haram Bohsia Bohjan Hal-hal lain

Strategi menangani masalah disiplin : Mengukuhkan struktur,sistem organisasi dan pentadbiran sekolah Mewujudkan iklim persekolahan yang harmoni Menggunakan unsur-unsur perlembagaan untuk penyuburan nilai-nilai murni Mengurus aktiviti pengajaranpembelajaran dalam bilik darjah dari segi intelek,sosial,jasmani dan emosi pelajar

Jenis-jenis hukuman yang ditegah : 1.Hukuman terhadap Fizikal Berdiri di tengah panas Berdiri di bilik darjah/kaki lima Berdiri di atas kerusi/meja Belasah dengan alat seperti tali pinggang atau pembaris Cubit Lari keliling padang Memukul diri sendiri atau sesama sendiri Menarik rambut atau telinga Menjunjung kerusi dan meja Menghenjut atau Menampar Mengetuk atau menyekel kepala

2. Hukuman terhadap mental dan emosi : Gunting rambut sesuka hati Berdiri membuat latihan yang tidak dibuat Berleter Gantung kenyataan tertentu di badan murid Kelas tahanan pada waktu rehat atau pulang Maki hamun dengan kata-kata kesat Menjeling Menyindir Memperli murid Menconteng muka dengan kapur Mengoyak buku latihan murid Memperlihatkan air muka yang marah Mengugut atau mengertak murid Tidak menghirau atau memperdulikan murid Tidak menanda buku latihan murid

Hukuman serta tindakan yang tidak dilarang : Membersihkan bilik darjah Memberi latihan tambahan Menulis beberapa ayat Mengatur kerusi, meja pada waktu rehat atau pulang Mengemaskini papan kenyataan dalam bilik darjah Membersihkan cermin tingkap

Hukuman : Hukuman atau denda ialah tindakan disiplin yang dikenakan terhadap murid yang melanggar peraturan sekolah. Tujuan hukuman atau denda ini ialah mengubah tingkahlaku murid yang tidak mengingini dan mencegahnya mengulangi kesalahan tersebut.

KESIMPULAN : Sebagai Guru Disiplin setiap tindakan perlu mematuhi arahan dan pekeliling. Jika tindakan yang salah diambil maka kita akan menanggung risikonya. Panduan Disiplin ini adalah panduan semata-mata dan ia berlandaskan pengalaman , bacaan dan kursus yang dihadiri. Sifat seorang Guru Disiplin mestilah mesra, bertanggungjawab, tegas dan tidak mengikut perasaan sendiri. Oleh itu, setiap tindakan yang di ambil perlulah difikir baik dan buruknya.Ingat, tindakan didiplin bukan berupa hukuman tetapi ianya sebagi pengajaran. Sekian.

You might also like