You are on page 1of 10

SKP 6024 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KIMIA TUGASAN 1: PERANAN DAN NILAI TEKNOLOGI

MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM PENDIDIKAN


NAMA WAN AZREENI BINTI WAN MOHD JUHARI MATRIC NO. M20111000713 ID. NO. 850524-06-5536

KUMPULAN NAMA PENSYARAH

: A : CIK ASMAYATI BT YAHAYA

TARIKH HANTAR

: 13 APRIL 2012

ISI KANDUNGAN
BIL. 1. 2. KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 2.0 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DAN PENDIDIKAN 3. 4. 5. 6. 7. 8. 3.0 PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN 4.0 NILAI ICT DALAM PENDIDIKAN 4.1 NILAI POSITIF 4.2 NILAI NEGATIF 5.0 PENUTUP RUJUKAN 2 4 4 5 6 7 MUKA SURAT 1 1

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Dalam Bilik Darjah


1.

Pendahuluan

Kemajuan dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah mendorong penjanaan ilmu, kemajuan dan pertumbuhan pesat ekonomi sesebuah masyarakat ke arah yang lebih produktif dan inovatif. Setiap hari terdapat banyak ciptaan perkakasan baru yang canggih meliputi setiap aspek kehidupan manusia sejagat. John Naisbitt (1990) meramalkan bahawa salah satu daripada sepuluh kecenderungan manusia di awal abad kedua puluh satu ialah maklumat. Maklumat sangat berharga dalam dunia globalisasi hingga ia menjadi penentu dan penggerak masa hadapan. Daripada petikan diatas, didapati ICT merupakan satu medium penting bagi penggerak dan pemacu negara ke arah membentuk negara yang maju dari segala aspek kehidupan. Tanpa kemajuan ICT sesebuah negara itu akan tetap mundur dan tidak dapat menyaingi persaingan di peringkat global di masa akan datang.

2.

Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) dan Pendidikan

Perkembangan teknologi maklumat (IT) begitu dinamik termasuk juga di bidang pendidikan. Sebagai seorang pendidik, kita perlu menguasai kemahiran IT dalam menyempurnakan tugas proses pengajaran dan pembelajaran. Era IT di zaman ini merupakan satu pembaharuan yang telah memberikan kesan yang mempengaruhi perkembangan sesebuah organisasi yang bergantung kepada teknologi ini. Menurut kamus Oxford, teknologi maklumat diistilahkan sebagai satu bidang sains berkaitan 3

dengan aktiviti menyimpan dan menghantar keluar maklumat dengan menggunakan computer. Manakala British Advisory Council For Applied Research and Development menjelaskan maksud teknologi maklumat sebagai satu disiplin saintifik, teknologi dan kejuruteraan serta teknik pengurusan yang digunakan dalam pengendalian dan pemprosesan maklumat serta kegunaannya, komputer dan saling tindak antara komputer dengan manusia dan hal yang berkaitan dengan sosial, ekonomi dan kebudayaan. Perkembangan dan penggunaan ICT khususnya dalam pendidikan, bukan lagi merupakan sesuatu yang asing di Malaysia. Perkembangan ICT menjanjikan potensi besar, terutama dalam pendidikan, iaitu dengan mengubah cara seseorang belajar, cara memperoleh maklumat, cara menyesuaikan setiap maklumat, dan sebagainya. Sejajar dengan perkembangan ICT dalam dunia pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengambil beberapa langkah dalam mengintegrasikan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di semua peringkat sekolah. Proses P&P yang berlaku merupakan elemen penting dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Teknologi maklumat kini menjadi satu gelombang yang mempengaruhi sistem pendidikan di negara kita dari segi penyediaan infrastruktur juga kepada pengajaran dan pembelajaran. Pihak KPM menekankan aspek ini dengan mewujudkan sekolah bestari di Malaysia di sekolah-sekolah terpilih, mewujudkan makmal komputer di sekolahsekolah dan menggubalkan kurikulum berasaskan IT bermula di tingkatan satu hingga di tingkatan lima. Selain daripada kemudahan infrastruktur, guru-guru sains dan matematik juga turut dibekalkan dengan bantuan komputer riba dan LCD bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan pelaksaanaab Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Bagi mata pelajaran kimia khususnya, modul berbentuk CD turut dibekalkan bagi memudahkan guru untuk membantu pengajaran serta mengukuhkan kefahaman pelajar dengan bantuan grafik, bunyi, gambar serta animasi. Pelaksanaan ini membantu memudah cara pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan pembelajaran lebih seronok dan menarik.

3.

Peranan ICT dalam Pendidikan

ICT dan pendidikan memang tidak dapat dipisahkan lagi. Perkembangan ICT dalam

bidang pendidikan amat penting untuk sistem pendidikan secara terbuka, sistem pendidikan jarak jauh dan sistem pendidikan secara talian. Tanpa bertemu muka, pendidik dan pelajar tidak perlu hadir dalam bilik yang sama untuk sesi pengajaran tetapi dapat berhubung dengan menggunakan skype atau email. ICT memberi fleksibiliti kepada pelajar untuk mendapatkan ilmu tanpa perlu membazirkan masa dan mengurangkan kos perjalanan. Proses pendidikan boleh berlaku di mana-mana sahaja dan tidak mempunyai had masa tertentu. Ini sejajar dengan pendapat yang diutarakan oleh Jelfs (2002) menyatakan bahawa ICT memberikan fleksibiliti kepada pelajar dari segi masa belajar dan mengurangkan masa perjalanan. Sebagai contoh aplikasi multimedia ialah konsep hasil pembelajaran (learner outcomes) merupakan konsep yang membincangkan pencapaian pelajar, kemahiran interpersonal serta persepsi pelajar. Mahizer (2007) telah mengkaji persepsi pelajar dalam penggunaan pelajar dalam penggunaan portal MyGuru2 di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Menurut beliau, majority pelajar mendapati tajuk perbincangan dalam bahagian forum dalam talian MyGuru2 membantu mereka memahami perkara yang sukar dan mereka mendapati banyak bahan rujukan yang berguna bagi kursus yang diambil. Siti Nazuar & Abdul Malek (2007) melaporkan bahawa terdapat kaitan positif yang signifikan antara persepsi persepsi pelajar terhadap peranan pengajar dan interaksi mereka dalam perbincangan dalam talian secara asinkroni. ICT juga memainkan peranan sebagai alat bantuan dalam pengajaran. Komputer kini menjadi satu alat penting sebagai satu alat bantuan pengajaran. ICT berperanan sebagai kemudahan infrastruktur yang lebih fleksibel. Khususnya dalam pendidikan jarak jauh, lebih menggunakan komputer riba atau ipad kerana ia boleh dibawa ke mana-mana sahaja. Kini melalui telefon bimbit sahaja pelajar boleh mengakses intenet bagi memperolehi sebarang maklumat. Teknologi lain seperti video, CD, DVD dan pendrive juga membantu menyimpan bahan pembelajaran dengan mudah dan senang dibawa ke mana-mana. Pelajar tidak pelu lagi membawa buku rujukan atau carta untuk di bawa kerana dengan adanya alatan tersebut pembelajaran berlaku dingan mudah dan senang. Dengan adanya jaringan internet, pelbagai maklumat dan informasi yang berguna sebagai bahan tambah kandungan pelajaran selain buku teks. Maklumatmaklumat yang diakses adalah pelbagai dan pelajar perlu kreatif dan kritis untuk

mentafsir maklumat tersebut. Melalui proses ini pelajar secara tidak langsung telah mengamalkan kaedah pembelajaran yang tertentu dan penerapan pembelajaran berpusatkan pelajar (student cented learning) Penggunaan internet masa kini semakin mudah, fleksibel, cepat dan meluas. Kenyataan ini disokong oleh Charp (2000) yang menyatakan kemajuan internet telah membawa perubahan positif kepada cara guru mengajar dan murid belajar, bekerja dan berkomunikasi dan bermain. Revolusi internet bukan sahaja mencari maklumat secara global malah menjalin dan merapatkan hubungan manusia untuk berkomunikasi. Selain itu, Mas Nida et al. (2008) telah menjalankan satu kajian terhadap satu Learning Management System (LMS) yang telah diaplikasikan di sebuah institute pengajian tinggi mendapati bahaw penggunaan system ini memudahkan akses nota kuliah dan mereka mempunyai kawalan terhadap waktu akses ke system ini iaitu pada bila-bila masa sahaja.

4.

Nilai ICT dalam Pendidikan

Terdapat banyak nilai berkenaan aplikasi ICT dalam pendidikan. Seperti yang diketahui umum sesuatu perubahan atau tranformasi yang berlaku semestinya mempunyai kesan positif dan negatif. Jadi aplikasi ICT juga memberi impak yang sama kepada pelajar dan proses pembelajaran.
1.

Nilai Positif
i.

Penggunaan ICT atau bahan multimedia membantu pengajaran dengan menyelitkan unsur-unsur yang melibatkan penggunaan pelbagai deria seperti audio, video, animasi, teks dan grafik ke dalam satu medium komunikasi. Proses penyampaian maklumat menjadi lebih efektif dan positif dengan unsur - unsur tersebut. Sebagai contoh, penggunaan buku teks sekolah atau buku rujukan masih gagal mengatasi kelebihan yang ditawarkan di dalam sesebuah sistem multimedia yang dibina dengan menerapkan unsur - unsur yang dinyatakan di atas.

ii.

Pembangunan ICT atau bahan multimedia menekankan pembelajaran yang interaktif telah membawa persepsi baru dalam era penggunaan komputer dalam bidang pendidikan. Aplikasi multimedia interaktif mengambil kira mengambil kita teori-teori pembelajaran seperti

pembelajar secara inkuiri, penyelesaian masalah, pembelajaran masteri 6

dan sebagainya bagi memastikan objektif pembelajaran tercapai. Unsur interaktif dan reka yang bentuk lebih yang menarik dan mampu menghasilkan juga lebih juga berkesan. di dapati

pembelajaran Penggunaan

bermakna dalam

elemen-elemen

multimedia

berkeupayaan untuk membentuk kefahaman serta kemahiran seseorang pelajar pada peringkat yang lebih tinggi. Pendekatan berasaskan multimedia yang menyediakan maklumat yang lebih kepada pelajar dapat membantu dalam pembentukan corak ingatan yang lebih kompleks. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang dibincangkan dalam konsep kaedah instruksi meliputi pembelajaran koperatif dan penyelesaian masalah. Hampir semua medium pengajaran dalam talian tang terlibat dalam artikel-artikel yang telah dianalisis melibatkan pelajar dalam pembelajaran koperatif dalam talian seperti google group supaya pelajar dapat menghasilkan e-portfolio masing-masing. (mahbub, Muhammad Kamarul Kabilan, & Noorlida, 2008)
iii.

Penggunaan bahan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran juga menggalakkan pelajar untuk menjadi seseorang yang mampu berfikir secara kritikal, menyelesaikan masalah, lebih mahir dalam proses mencari dan menyusun maklumat, bermotivasi dalam pembelajaran dan sebagainya. Ianya juga menggalakkan pembelajaran secara aktif berlaku semasa pembelajaran secara kolaboratif dan koperatif dijalankan. Sebagai contoh, kaedah pembelajaran berdasarkan masalah (PBM) pula mendapat maklum balas yang positif daripada pelajar kerana PBM dapat membantu pelajar dalam membentuk kemahiran taakulan dan

penyelesaian masalah (Sadiah & Muhammad IKhwan, 2008)

2.

Nilai Negatif
i.

Kesahihan maklumat. Maklumat yang tepat dan benar kesahihannya adalah penting bagi menjamin tidak berlaku penyelewengan dan kepalsuan fakta. Misalnya dengan hanya merujuk kepada bahan dari internet belum tentu maklumat yang didapati itu sahih. Oleh itu seseorang perlu merujuk kepada sumber asal bagi mengesahkan maklumat dan mengelakkan kekeliruan. Rujukan maklumat semata-mata kepada

internet

tanpa

pengesahan

akan

menimbulkan

masalah

tentang

kebenaran fakta sesuatu maklumat.


ii.

Pelayaran Web Negatif. Minat dan kesukaan melawati laman-laman web yang tidak bermoral dan tidak berfaedah oleh pelajar memberi kesan negatif dalam perkembangan minda dan fizikal pelajar. Ketagihan terhadap laman web negatif mencetuskan kerosakan maruah, nilai keperibadian, dorongan terhadap jenayah seksualiti, masalah

perundangan, perhubungan interpersonal dan pembaziran wang serta masa.


iii.

Jenayah Internet. Pencerobohan dan penggodam lamanweb (Internet hacker), jenayah kerana melepaskan komputer virus di Internet, penipuan kredit kad secara online, penyebaran maklumat dan bahan yang salah melalui emel, penghasutan dan penyebaran fitnah menjadikan ICT terpesong dari matlamat asalnya.

iv.

Permasalahan Remaja. Minat remaja terhadap ICT terutama teknologi internet dan alat komunikasi mendorong mereka menghabiskan masa di cyber cafe dan telefon tangan. Program seperti chatting, permainan video, sms, mms, 3G dan berbagai aktiviti melaluinya membawa kesan dan cabaran tersendiri. Kegilaan anak remaja ini memberi cabaran kepada ibubapa mereka. Ramai pelajar yang ponteng sekolah, menyalahgunakan wang saku, meminjam wang teman bahkan ada yang sanggup menipu dan mencuri. Setiap ibubapa adalah pemimpin kepada anak-anak mereka.

5.

Penutup Perkembangan dalam ICT, internet dan teknologi multimedia merupakan satu fenomena yang tidak dapat disangkal kepentingannya. Teknologi ini semakin popular dan canggih yang digunakan dalam pelbagai aspek kehidupan masa kini. Dunia pendidikan juga tidak terkecuali merasa bahang ledakan teknologi ICT dan multimedia yang semakin maju kehadapan. ICT harus diterima pakai dan diaplikasikan ke tahap mana ianya menyumbangkan kepada keperluan serta misi dan visi institusi. Oleh yang demikian, cabaran ICT dalam era globalisasi harus disahut pada hari ini dan untuk masa hadapan kerana ICT amat penting terutamanya dalam bidang 8 pendidikan. Selain itu, segala usaha

memperkembangkan ICT harus terus dikekalkan serta sumber yang sedia ada diaplikasikan ke tahap maksima yang mungkin agar mendapat kelebihan dari persaingan antara pihak tempatan atau antarabangsa.

6.

Rujukan

http://www.scribd.com/doc/4762752/PERANAN-ICT-DALAM-PENDIDIKAN

http://www.slideshare.net/shahwiran/penggunaan-ict-dalam-pp-presentation

http://www.ctl.utm.my/publications/manuals/mm/MIEducation.pdf

http://www.malaysian-ghost-research.org/education/files/vcdcuttermodul.pdf

http://web.usm.my/education/publication/APJEE_26_01_Irfan%20%28114%29.pdf 9

http://atikan-jurnal.com/wp content/uploads/2011/05/03.baharom.atikan.jun_.11.pdf

http://eprints.usm.my/5590/1/Cabaran_Pendidikan_Secara_jarak_Jauh_Kesedar an_Dan_Pendedahan_Dalam_Era_Teknologi_Maklumat_Dan_Komunikasi_%28 ICT%29.pdf

http://eprints.utm.my/10244/2/Nurul_Huda_Binti_Abdul_Wahab.pdf

10

You might also like