You are on page 1of 11

6.

2 LATAR BELAKANG
Sejarah Penubuhan
Sejarah penubuhan Majlis Tempatan adalah sejak 1930-an lagi. Pada tahun 1933, Lembaga Perbandaran Miri telah ditubuhkan selepas enakmen Aturan Perbandaran No.M-7, 1933. Lembaga ini mengandungi Residen Bahagian Keempat sebagai Pengerusi, dengan pegawaipegawai perbandaran dan beberapa Ketua-ketua Masyarakat sebagai ahli. Ia berterusan berfungsi sehingga bulan Disember 1941 bila mana ia terganggu oleh penjajahan pemerintahan Jepun hingga tahun 1945.

Pada 1 Januari 1956, Lembaga Perbandaran Miri telah dibentuk semula dan menjadi Majlis Bandaran Miri, yang bertanggungjawab terhadap kewangannya sendiri dan menguruskan hal ehwal tempatan. Pada ketika itu, majlis ini mengandungi 17 orang ahli yang dilantik.

Dalam bulan Disember 1960, pilihan raya umum Majlis telah diadakan buat pertama kali di Miri. Ahli-ahli Majlis yang dipilih sepenuhnya dan berperlembagaan di bawah Aturan Kuasa Tempatan (Majlis Daerah Miri) 1960 dan mula berfungsi pada 9 Januari 1991. Di bawah perlembagaan baru ini, status Majlis telah diubah dari Majlis Bandaran kepada Majlis Daerah untuk menampung keperluan pembangunan dalam bidang kerajaan tempatan, dengan tujuan untuk mengembangkan kawasannya meliputi seluruh kawasan Daerah Kecil pentadbiran Miri. Majlis ini pada ketika itu mengandungi 18 ahli-ahli yang dipilih. Jurutera Bahagian, Penguasa Tanah dan Ukur, Pegawai Perubatan Bahagian, Pegawai Pelajaran dan Penguasa Polis adalah penasihat kepada Majlis.

Pilihanraya umum kedua Majlis telah diadakan pada bulan Mei/Jun 1963. Daerah ini telah dibahagikan kepada 14 wad pilihanraya dengan 19 orang ahli. 5 orang daripadanya telah dipilih untuk menganggotai Majlis Penasihat Bahagian. Kawasan pentadbiran Majlis pada masa itu ialah 377 batu persegi dengan jumlah penduduk seramai 24,049 orang berdasarkan laporan banci penduduk 1960.

Sempena penstrukturan semula, kuasa-kuasa tempatan dalam negeri pada tahun 1981, status Majlis daerah telah dinaikkan kepada taraf Perbandaran dan Ahli-ahli Majlis yang baru dilantik pada 6 November 1981. Majlis Perbandaran Miri yang baru distruktur ini mengandungi Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan 24 orang Ahli-ahli Majlis yang dipilih.

Dengan pindaan yang telah dibuat kepada "Local Authorities Ordinance 1996" pada tahun 1999, Majlis Perbandaran Miri mempunyai 27 ahli-ahli Majlis termasuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.

Pada tahun 1991, satu wawasan telah dilahirkan untuk membangunkan Miri menjadi sebuah bandaraya menjelang tahun 2005. Sebagai satu kuasa tempatan dalam transformasi ini, Majlis Perbandaran Miri berusaha untuk menyusun strategi dan perancangan bagi merealisasikan impian mencapai taraf Majlis Bandarraya Miri pada tahun yang sama.

Pihak Majlis telah mendapat pengiktirafan untuk dinaik taraf ke Majlis Bandaraya Miri dari pihak Kerajaan Negeri pada 20 Mei 2004.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XII iaitu, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni AlMarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail telah mengisytharkan bahawa mulai dari 20 Mei

2005, Miri dianugerahkan taraf sebuah Bandar Raya dan Majlis Perbandaran Miri dinaikkan taraf bernama dan bergelar MAJLIS BANDARAYA MIRI dengan mempunyai

segala taraf kebebasan dan hak istimewa yang tertentu bagi sebuah Bandar Raya.

Kronologi

Lembaga Perbandaran Miri (1933 1955) Majlis Bandaran Miri (1956 1960) Majlis Daerah Miri (1961 1980) Majlis Perbandaran Miri (06 / 11 / 1981 19 / 05 / 2005) Majlis Bandaraya Miri (20 / 05 / 2005 - Sekarang)

Garis Panduan Penubuhan


Lembaga Perbandaran Miri telah ditubuhkan selepas enakmen Aturan Perbandaran No.M-7, 1933. Lembaga ini mengandungi Residen Bahagian Keempat sebagai Pengerusi, dengan pegawai-pegawai perbandaran dan beberapa Ketua-ketua Masyarakat sebagai ahli. Ia berterusan berfungsi sehingga bulan Disember 1941 bila mana ia terganggu oleh penjajahan pemerintahan Jepun hingga tahun 1945.

Pada 1 Januari 1956, Lembaga Perbandaran Miri telah dibentuk semula dan menjadi Majlis Bandaran Miri, bertanggungjawab terhadap kewangannya sendiri dan menguruskan hal ehwal tempatan. Majlis ini pada ketika itu mengandungi 17 orang ahli yang dilantik.

Dalam bulan Disember 1960, pilihan raya umum Majlis telah diadakan buat pertama kali di Miri. Ahli-ahli Majlis yang dipilih sepenuhnya dan berperlembagaan di bawah Aturan Kuasa Tempatan (Majlis Daerah Miri) 1960 dan mula berfungsi pada 9 Januari 1991. Di bawah perlembagaan baru ini, status Majlis telah diubah dari Majlis Bandaran kepada Majlis Daerah untuk menampung keperluan pembangunan dalam bidang kerajaan tempatan, dengan tujuan

untuk mengembangkan kawasannya meliputi seluruh kawasan Daerah Kecil pentadbiran Miri. Majlis ini pada ketika itu mengandungi 18 ahli-ahli yang dipilih. Jurutera Bahagian, Penguasa Tanah dan Ukur, Pegawai Perubatan Bahagian, Pegawai Pelajaran dan Penguasa Polis adalah penasihat kepada Majlis.

Pilihanraya umum kedua Majlis telah diadakan pada bulan Mei/Jun 1963. Daerah ini telah dibahagikan kepada 14 wad pilihanraya dengan 19 orang ahli. 5 orang daripadanya telah dipilih untuk menganggotai Majlis Penasihat Bahagian. Kawasan pentadbiran Majlis pada masa itu ialah 377 batu persegi dengan jumlah penduduk seramai 24,049 orang berdasarkan laporan banci penduduk 1960.

Sempena penstrukturan semula, kuasa-kuasa tempatan dalam negeri pada tahun 1981, status Majlis daerah telah dinaikkan kepada taraf Perbandaran dan Ahli-ahli Majlis yang baru dilantik pada 6 November 1981. Majlis Perbandaran Miri yang baru distruktur ini mengandungi Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan 24 orang Ahli-ahli Majlis yang dipilih.

Dengan pindaan yang telah dibuat kepada "Local Authorities Ordinance 1996" pada tahun 1999, Majlis Perbandaran Miri mempunyai 27 ahli-ahli Majlis termasuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.

Pada tahun 1991, satu wawasan telah dilahirkan untuk membangunkan Miri menjadi sebuah bandaraya menjelang tahun 2005. Sebagai satu kuasa tempatan dalam transformasi ini, Majlis Perbandaran Miri berusaha untuk menyusun strategi dan perancangan bagi merealisasikan impian mencapai taraf Majlis Bandar raya Miri pada tahun yang sama.

Pihak Majlis telah mendapat pengiktirafan untuk dinaik taraf ke Majlis Bandaraya Miri dari pihak Kerajaan Negeri pada 20 Mei 2005.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XII telah mengisytharkan bahawa mulai dari 20 Mei 2005, Miri dianugerahkan taraf sebuah Bandar Raya dan Majlis Perbandaran Miri dinaikkan taraf bernama dan bergelar MAJLIS BANDARAYA MIRI dengan mempunyai segala taraf kebebasan dan hak istimewa yang tertentu bagi sebuah Bandaraya.

Perincian Peranan
Fungsi bagi Setiap Jabatan

Jabatan Pentadbiran Bertindak sebagai nadi MBM dalam memantau keseluruhan aktivitinya. Namun aktiviti yang dipertanggungjawabkan kepada jabatan ini adalah segala urusan memantau aktiviti pentadbiran Majlis termasuklah perancangan, penyelarasan, perhubungan awam, pengurusan sumber manusia, sekretariat mesyuarat, menyelia dan mengkoordinasikan sistem pengkomputeran serta ICT.

Jabatan Kejuruteraan Bertanggungjawab bagi kelulusan pelan bangunan, projek bangunan, pembinaan dan penyelenggaraan jalan raya, sistem perparitan, penyelenggaraan lampu jalan, papan tanda lalulintas dan harta Majlis termasuk bangunan pejabat, kuarters kakitangan Majlis dan mengendalikan bengkel kenderaan Majlis.

Jabatan Perbendaharaan Bertanggungjawab terhadap urusan belanjawan dan pentadbiran kewangan Majlis.

Jabatan Penilaian Dan Percukaian Bertanggungjawab ke atas penilaian harta benda dan penilaian cukai pintu dalam kawasan bandaraya. Jabatan ini merupakan penjana utama hasil pendapatan Majlis bagi memastikan Majlis mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk memberi perkhidmatan bandaraya di kawasan pentadbiran Majlis.

Bahagian Landskap Bertanggungjawab untuk projek pengindahan bandaraya dan menyelenggara landskap di bandaraya, taman, tempat rekreasi awam, tapak semaian serta perancangan projek pembangunan.

Bahagian Perundangan Dan Kontrak Bertanggungjawab ke atas Seksyen Penguatkuasa bagi memastikan aktiviti penjajaan dan perniagaan kecil dalam kawasan pentadbiran Majlis sentiasa dalam keadaan terkawal dan teratur selain daripada menguatkuasakan Undang-Undang Kecil Majlis.

Seksyen Kesihatan Awam Bertanggungjawab terhadap peraturan kesihatan, pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit, pengawalan vektor, pengurangan gangguan awam dan memeriksa sampel makanan. Seksyen ini juga bertanggungjawab ke atas perlesenan para peniaga dan pengurusan pasar, pusat penjaja dan para peniaga, hotel, rumah tumpangan, premis makanan dan rumah penyembelihan binatang. Seksyen ini berkait rapat dengan Jabatan Perubatan Bahagian Alam Sekitar, Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Malaysia.

Seksyen Penyelenggaraan Dan Kebersihan Awam Bertanggungjawab ke atas aktiviti kebersihan awam, penyediaan tandas awam, pengurusan sistem pembentungan, pembuangan dan pelupusan sampah domestik, pengawalan dan pemusnahan anjing dan binatang liar. Seksyen ini juga adalah dipertanggungjawabkan ke atas program 3R.

Seksyen Letak Kereta Bertanggungjawab terhadap pengawalan tempat letak kereta di kawasan kutipan yuran letak kereta dan mengendalikan Bangunan Letak Kereta Majlis. Ia juga bertanggungjawab memastikan yuran letak kereta dikutip dengan sempurna dan kawalan ruang letak kereta di sekitar bandaraya adalah teratur.

Seksyen Perpustakaan Awam Bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan perpustakaan awam kepada orang awam selain daripada membantu dalam program pendidikan untuk menggunakan bahasa kebangsaan.

Seksyen Perhubungan Awam Bertanggungjawab dalam mengendalikan aduan awam, sidang akhbar dan juga bertindak sebagai pusat maklumat untuk orang awam.

Unit Local Agenda 21 Bertanggungjawab mengendalikan dan memantau perlaksanaan aktiviti Local Agenda 21 bagi memastikan pembangunan mampan dilaksanakan secara efektif.

Sistem Pentadbiran
Ahli-ahli Majlis dilantik sebelum enakmen Ordinan Pilihanraya Kerajaan tempatan pada tahun 1956. Selepas enakmen Ordinan ini, Ahli-Ahli Majlis adalah dipilih melalui pilihanraya. Ordinan ini dimansuhkan penggunaannya dalam menstruktur semula kuasa Tempatan melalui enakmen Kuasa Tempatan ( Pindaan ) Ordinan 1977 ( No. 3 of 1977 ). Dengan kuatkuasanya enakmen ini pada bulan November 1981, maka Ahli-Ahli adalah dilantik oleh Kerajaan. Dari segi struktur pentadbirannya, MBM adalah di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak ( KASKA ). KASKA akan mengeluarkan Pekeliling-Pekeliling dari masa ke semasa mengenai dasar-dasar dan arahan-arahan Kerajaan untuk dipatuhi oleh penguasa tempatan. Sebagaimana diperuntukkan di bawah ordinan kuasa tempatan yang sedang berkuatkuasa iaitu 'Local Authorities Ordinance 1996', majlis harus mengikut segala arahan dan dasar yang diperuntukkan oleh pihak Kerajaan Negeri.

Datuk Bandar MBM merupakan Ketua Organisasi Majlis. Peranan utamanya ialah mempengerusikan mesyuarat Majlis dan Mesyuarat Jawatankuasa dan mengendalikan Ahli-Ahli

Majlis serta orang awam dengan memberi tanggungjawab dan fungsi eksekutif kepada Setiausaha Bandaraya yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pemegang Waran Majlis.

MBM mengendalikan pengurusannya melalui Sistem Jawatankuasa. Terdapat 8 Jawatankuasa Tetap, 2 Jawatankuasa Kecil dan 1 Jawatankuasa Khas seperti berikut :

Jawatankuasa Tetap Kewangan & Tujuan-Tujuan Am Jawatankuasa Tetap Perjawatan Jawatankuasa Tetap Bangunan dan Perancangan Bandar Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Persekitaran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan Perbandaran

Jawatankuasa Tetap Kerja-Kerja dan Lalulintas Jawatankuasa Tetap Pasar, Peniaga-Peniaga Kecil dan Penjaja-Penjaja Jawatankuasa Tetap Perkhidmatan-Perkhidmatan Kemasyarakatan dan Pelancongan Jawatankuasa Tetap Taman-Taman dan Rekreasi Jawatankuasa Kecil Bangunan Lembaga Tender Jawatankuasa Khas Bandaraya Miri

Tiap-tiap Jawatankuasa tetap Kecil dan Tender bermesyuarat sekali sebulan untuk mengendalikan perkara-perkara di bawah rujukan tugas yang diperturunkan dan membuat keputusan dalam bentuk cadangan kepada Mesyuarat Penuh untuk dibentang dan diterima dalm persidangan penuh di setiap hujung bulan. Setelah diterima oleh Mesyuarat Penuh, maka keputusan mesyuarat akan dilaksanakan mengikut peraturan dan perundangan Majlis.

You might also like