You are on page 1of 3

SMK MOHD KHALID

JALAN ABDUL SAMAD,


80100, JOHOR BAHRU,
JOHOR
MINIT CURAI
[ Bil 5/ 2014 ]
Nama Mesyuarat
Tarikh
Masa
Tempat
Pengerusi

: Taklimat Pengurusan Aduan


: 03.11.2014 (Isnin )
: Jam 0800
: Bilik Mesyuarat PPD, JohorB
: Tn. Hj Ahmad Taufik bin Hamzah ( PPD SPK )

Agenda:
1.

Ucapan Alu-Aluan Pengerusi.


1.1 Taklimat dimulakan dengan bacaan doa
1.2 Pada 5.11.14 Senamrobik beramai-ramai di Educity
1.3 Taklimat dimulakan dengan senamrobik sehingga jam 9.30am

2.

Taklimat daripada Tn. Hj Ahmad Taufik bin Hamzah ( PPD SPK )


2.1 Beliau menyatakan harapan Pengarah supaya tiada aduan atau masalah
2.2 Minit curai hendaklah diserahkan kepada Pengetua

3.

Taklimat Pengurusan Kantin En. Nazli Nazri Bin Abu Hassan


3.1 Semua sekolah telah hantar data pengusaha kantin.
3.2 Tamatkan perjanjian kantin 30 November setiap tahun.
3.3 Apabila pengusaha kantin diberikan tambahan satu tahun hendaklah dimaklumkan kepada
PPDJB untuk perhatian En. Nazli Nazri Bin Abu Hassan
3.4 Unit HEM PPD akan bermesyuarat dengan Tuan PPD.
3.5 Pihak PPD tidak terlibat dalam pemilihan pengusaha kantin.
3.6 Penilaian kendiri kantin perlu dihantar 5hb setiap bulan.
3.7 Jika markah rendah daripada 70 kantin sekolah boleh disita oleh pihak kesihatan
3.8 Batalkan perjanjian hanya dengan menuruti semua prosedur seperti teguran, laporan, markah
rendah dan mesyuarat.
3.9 Johor Bahru bilangan terbanyak kes Denggi. Ada sekolah yang telah didenda RM500.00.
Dendaan adalah terhadap Pengetua. Pengetua boleh berbincang dengan kontraktor
Pembersihan untuk membayar saman.
3.10 Elakkan pembiakan nyamuk Aedes. Semak pam tandas rosak.
3.11 Ada fogging yang diuruskan tidak mengikut piawaian.
3.12 Fogging hanya membunuh nyamuk dewasa sahaja.
3.13 Sekarang dalam proses pengedaran buku teks terbitan baru waktu cuti sekolah.
3.14 Pembantu tadbir perlu semak jumlah dan judulnya adalah betul.
3.15 Maklumkan kepada PPD sekiranya ada kesilapan
3.16 Untuk tingkatan 4 ada novel baru.
3.17 Pegawai Audit Negara membuat laporan bahawa ada guru yang tidak memulangkan buku teks
kepada SPBT.
3.18 Semua murid layak dapat bantuan buku teks kecuali bukan warganegara.
3.19 Guru boleh gunakan peruntukkan panitia untuk membeli buku teks.
3.20 Seboleh-bolehnya seorang pengusaha menguruskan sebuah kantin.
3.21 Jika ada aduan kantin pihak PPD akan siasat
3.22 Tahun hadapan harapan tiada kelewatan dalam penghantaran dokumen

3.23 Gunakan buku sebut harga baru untuk pembukaan tender kantin 2015.
a. Wajib ada surat siaran dalam masa 21 hari.
b. Borang ambil secara percuma.
c. Wang pertaruhan RM100.00 dipulangkan kepada pengusaha kantin termasuk yang
berjaya.
d. Bulan Disember dikecualikan dan tiada sewa kantin
e. Buat mesyuarat buka sampul surat
f. Buat mesyuarat pemilihan pengusaha.
4.

Ucapan daripada Tuan Haji Shaharuddin Bin Saari, PPDJB


4.1 Tiada perbezaan jawatan PK, PKHEM, PK Kokurikulum dan PK Petang
4.2 Kini ibubapa terdedah dengan pengetahuan. Oleh itu PK HEM harus bersedia dengan
maklumat.
4.3 Guru tidak boleh membawa atau merotan pelajar.
4.4 Kita sebagai pelaksana hendaklah mengikut dasar.
4.5 Kes gangguan seksual semakin meningkat. Mesyuarat awal tahun hendaklah dimaklumkan
kepada guru dan pelajar.
4.6 Boleh jemput jabatan kesihatan untuk memberi ceramah tentang gangguan seksual dan dadah.
4.7 Kalau ada aduan perlu buat laporan 1:3:7.
4.8 Kalau lambat kita akan dipandang rendah.
4.9 Ada kes yang tidak dilaporkan. Pengarah arahkan aduan perlu dihantar pada hari pertama
kepada En. Abdullah bin Yusof (unit aduan PPDJB)
4.10 KPM mengeluarkan 1:3:7.
4.11 Keberkesanan kaedah sistem penyampaian maklumat
4.12 Pengarah sahaja yang boleh membuat kenyataan media.
4.13 Pengawal Keselamatan perlu menahan dan memberi borang kepada semua pelawat ke
sekolah
4.14 Kejadian diluar sekolah turut perlu dilaporkan
4.15 Jika berlaku pada sesi petang, PK Petang perlu maklumkan kepada PKHEM.
4.16 Isu terkini adalah bayaran untuk pembelian buku kerja. Pengetua harus membuat keputusan
dalam mesyuarat.
4.17 Isu lambat menjawab penggilan telefon.
4.18 Sebelum pelajar dibuang sekolah perlu dibuat sesi kaunseling terlebih dahulu.
4.19 Pada hujung tahun Pengetua harus melihat keseluruhan sekolah. Baiki bahagian yang rosak.
4.20 Menggunakan pengendalian motivasi pihak luar tidak dibenarkan. Perlu diurus oleh kaunselor.
4.21 Prosedur rombongan perlu dipatuhi.

4. Taklimat Pengurusan Aduan oleh En. Abdullah Bin Yusof


4.1 e-PIDP telah diberikan maklumat di SJKC Pu Tze.
4.2 Pengarah nasihatkan supaya sekolah perlu bertindak cepat.
4.3 e-PIDP ID pengguna : KP gurubesar. PW: 123456
4.4 Kes-kes serius perlu dimasukkan. Contohnya gangguan seksual dan kecurian. Pemuafakatan
dua pihak hendaklah secara bertulis.
4.5 Walaupun kes sudah selesai wajib laporkan.
4.6 Aduan tertinggi adalah daripada Johor kerana kerap masukkan dalam sistem.
4.7 En. Abdullah PPDJB 0197752234
4.8 Isu pelajar terkini Tg 5 hendaklah dilaporkan segera.
4.9 Polis minta laporan disiplin perlu ada surat rasmi dan minta tuliskan dalam buku pelawat
5. Taklimat daripada Tn. Hj Ahmad Taufik bin Hamzah ( PPD SPK ) - sambungan
5.1 Penjelasan tentang jenayah diberikan.
5.2 Bawah umur 10 tahun tidak boleh melakukan jenayah.
5.3 Jika ada laporan polis dan ditarik balik, pihak polis tetap akan mendakwa.
5.4 PK HEM perlu rapat dengan PPS sekolah.

5.5 11 AT. 1. Kerja dengan niat 2. Lihat. 3, Penuh semangat. 4. Kerja buat sampai dapat. 5. Terima
hakikat. 6. Jangan buang tebiat. 7. Berjaya kerap solat. 8. Jangan sebat
5.6 Tarikh Program Imersion ke London. Kutipan pada awal Januari.
5. Taklimat daripada En. Fadzli Bin Che Hashim, PPDJB
5.1 Carta alir proses penempatan murid ke tingkatan satu dijelaskan.
5.2 Penempatan adalah mengikut zon.
5.3 Ibubapa hendaklah membuat pengesahan di sekolah menengah.
5.4 Pengesahan penempatan menggunakan APDM. Boleh diambil daripada APDM.
5.5 Penempatan ke sekolah kawalan pada 18.12.2014.
5.6 Mulai minggu hadapan ibubapa akan datang untuk pengesahan penempatan.
5.7 Kegagalan ibubapa tidak hadir untuk pengesahan daripada 9-20.11.2014 dianggap menerima
tawaran.
5.8 Tanda pada senarai nama.
5.9 Rayuan penempatan boleh dibuat oleh ibubapa.
5.10 Kes rayuan ke luar negeri perlu juga diisikan dalam APDM.
5.11 Tarikh pendaftaran ke tingkatan 1 terpulang kepada sekolah. Dicadangkan 1.1.2015
5.12 APDM. Masukkan kod sekolah. Ambil dari e-data menengah.
5.13 Borang rayuan pertukaran boleh dimuatturun daripada laman web ppdjb.
5.14 Pada 23.11.2014 hingga 6.12.2014 adalah tarikh keputusan rayuan.
Taklimat ditangguhkan jam 1400.
Disediakan oleh

.............
ROSILAH BT MOHD
Penolong Kanan HEM
SMK MOHD KHA;ID
Tarikh : 03.11.2014
s.k. :
1. Pengetua
2. Fail minit curai

You might also like