You are on page 1of 3

Bahagian A

[50 markah]
Jawab semua soalan.
1 (a) Senaraikan dua perbezaan antara barangan konsumer dengan barangan industri. [4]
(b) Huraikan maksud perniagaan antarabangsa dan senarikan empat kepentingan
perniagaan antarabangsa kepada negara.

[6]

(c) Jelaskan maksud penanda aras dan nyatakan dua tujuan penanda aras dilaksanakan
dalam organisasi.

[4]

(d) Jelaskan enam andaian dalam Model Kuantiti Pesanan Ekonomi (EOQ)

[6]

(e) Jelaskan pendekatan pemasaran kemasyarakatan dalam bidang pemasaran.

[4]

(f) Huraikan kaedah segmentasi pasaran menggunakan asas psikografi.

[6]

(g) Jelaskan tiga jenis sumber dana bagi jangka masa panjang.

[6]

(h) Terangkan empat langkah pertama dalam penyediaan bajet tunai bagi sesebuah
organisasi. Jelaskan.
(i) Jelaskan maksud pengurusan sumber manusia dan berikan empat peranan Pengurus
Sumber Manusia.

[4]
[6]

(j) Terangkan kaedah inventori kemahiran dan kaedah carta penggantian yang terlibat
dalam penentuan keperluan sumber manusia.

[4]

Bahagian B
[50 markah]
Jawab semua soalan.
Ramly: Jenama Halal Kebangsaan Malaysia
2 (a) Ramly Mokni merupakan seorang tokoh usahawan Melayu yang telah mengecapi
kejayaan cemerlang dalam bidang keusahawanan dan usaha beliau seharusnya
diteladani oleh usahawan bumiputera lain. Kejayaan yang dikecapi beliau tidak
dating bergolek dalam sekelip mata, sebaliknya beliau terpaksa mengharungi pelbagai
cabaran dan halangan bagi memajukan perniagaannya.
Ramly Mokni
mengembangkan perniagaannya dengan menghasilkan pelbagai produk berasaskan
daging termasuk nugget, fritters, sosej dan bebola daging lembu serta ayam. Jenama
Ramly bukan sahaja terkenal di Malaysia, malah turut Berjaya mencipta nama di
Singapura.
Semasa bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di ibu kota
pada awal tahun 1970-an, beliau mendapati kebanyakan makanan sejuk beku yang
ada di pasaran tidak diketahui status halal haramnya. Hal ini telah mencetuskan idea
beliau untuk menghasilkan daging burger dan sosej yang ditanggung halal dan
selamat dimakan oleh umat Islam di Negara ini. Kelahiran idea ini jelas menunjukkan
bahawa beliau seorang yang bijak merebut peluang, berdaya kreatif dan inovatif serta
berpandngan jauh. Selain itu, beliau tidak pernah putus asa walaupun usahanya
pernah diperlekeh oleh sesetengah lapisan masyarakat selain terpaksa berhadapan
dengan kekecewaan apabaila permohonan pinjaman beliau ditolak oleh pihak bank.
Baru-baru ini, Kumpulan Syarikat Ramly yeng terkenal dengan produk daging
burger Ramly menafikan sekeras-kerasnya dakwaan daging sosej keluaran syarikat itu
mengandungi DNA khinzir. Dakwaan tersebut timbul berikutan kenyataan Jabatan
Kesihatan sebuah negeri tentang keputusan pensampelan produk frankfurter lembu
dengan jenama Ramly oleh Pejabat Kesihatan yang kemudiannya mengesahkan
bahawa produk tersebut mengandungi DNA khinzir. Pengarah Urusan Kumpulan
Syarikat Ramly menyatakan bahawa dakwaan itu merupakan percubaan pihak tertentu
untuk mensabotaj produk syarikatnya menggunakan pembungkusan bukan milik
Ramly Food Processing Sdn. Bhd dengan nombor batch yang tidak tepat.
Kumpulana Syarikat Ramly merupakan sebuah syarikat milik orang Islam
yang menitikberatkan soal hokum halal haram. Hal ini dapat dibuktikan apabila
semua kakitangan yang diambil bekerja oleh syarikat itu beragama Islam. Syarikat
tersebut turut memastikan proses pembuatan produk syarikat diselia rapi oleh Jabatan
Veteriner, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan jabatan lain yang berkaitan
bagi mengekalkan kredibilitinya sebagai pembekal produk daging halal yang sah.
Syarikat tersebut juga mempunyai satu jabatan khas yang menguruskan hal ehwal
kehalalan produk dn diketuai oleh seorang pengurus yang mempunyai kelulusan
dalam bidang syariah dari sebuah universitit tempatan. Selain itu, satu jawatankuasa
dalaman yang dianggotai oleh wakil semua jabatan yang terlibat dalam kerja

pemprosesan ditubuhkan untuk memastikan semua prosuk Ramly dikeluarkan


mengikut piawai yang diluluskan oleh JAKIM.
(Diubahsuai daripada www.hmetro.com.my,
Cubaan Sabotaj, 17 Disember 2011)
Berdasarkan kes di atas,
(i)
Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Ramly Mokni sebagai seorang usahawan
Melayu yang berusaha mengembangkan perniagaan syarikatnya.
[10]
(ii)
Huraikan langkah-langkah yang diambil oleh Kumpulan Syarikat Ramly untuk
mengekalkan status halal bagi semua produknya.
[8]
(iii)
Terangkan tiga faktor persekitaran tugas yang mempengaruhi perkembangan
perniagaan Kumpulan Syarikat Ramly.
[9]
(iv)
Jelaskan ciri-ciri keusahawanan yang dimiliki oleh Ramly Mokni yang
seharusnya dicontohi oleh semua bakal usahawan yang ingin berjaya dalam
perniagaan.
[8]
(b) Huraikan kepentingan faktor pengeluaran kepada sesebuah perniagaan.

[15]

You might also like