You are on page 1of 27

1.0 Pendahuluan. 1.1 Geografi. Pulau Langkawi merupakan satu daerah yang terletak di negeri kedah..

Pulau ini terkenal sebagai pulau bebas cukai yang telah diwartakan pada tahun 1987. Selain itu, Langkawi merupakan pusat pelancongan yang terkenal di Malaysia. Langkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar. Kini, Langkawi terkenal sebagai sebuah pulau yang kaya dengan keindahan alam semula jadi seperti perairan yang jernih, gunung-ganang yang diliputi hutan, tasik yang tenang dan lain-lain lagi. Pulau Langkawi terdiri daripada gugusan 104 buah pulau yang terletak di utara, luar pantai barat laut Malaysia. Jaraknya adalah 30 kilometer dari Kuala Perlis dan 51.5 kilometer dari Kuala Kedah. Manakala jaraknya dari Pulau Pinang ialah 109 kilometer dan 55 kilometer dari Satun,Thailand. Di bahagian timur Pulau Langkawi terdiri daripada bukit batu kapur yang menghasilkan marmar Langkawi. Batuan Igneus yang wujud sebagai dua jasad membentuk menara Gunung Raya yang mencecah awan dan granit Pulau Tuba, manakala Gunung Mat Chinchang pula tersergam indah di barat laut Langkawi. Dengan memiliki sejarah geologi yang berusia antara 301-500 juta tahun, Langkawi mempunyai formasi batuan yang unik dan gua-gua dengan stalagmait dan stalagmait yang mengkagumkan. Keluasan Langkawi keseluruhannya termasuk pulau-pulau di sekitarnya ialah 47,848.36 hektar dan keluasan pulau utamanya sahaja ialah 32,000 hektar iaitu lebih besar dari keluasan Pulau Pinang. Kawasan luar pesisirnya mempunyai struktur binaan batu kapur. Dua pertiga kawasan Langkawi diliputi oleh gunung-ganang berhutan, bukit bukau dan tumbuhan-tumbuhan asal. Daripada gugusan pulau-pulau ini hanya tiga pulau sahaja yang didiami oleh manusia iaitu Pulau Langkawi (321.80 km persegi), Pulau Dayang Bunting (50.91 km persegi) dan Pulau Tuba (17.63 km persegi). Manakala Pulau Rebak Besar telah dibina sebuah hotel yang bertaraf 5
KKBI GEOGRAFI : PERIKANAN PINGGIR PANTAI 1

bintang iaitu Rebak Marina Resort. Ia juga turut dijadikan sebagai pusat persinggahan pelayar-pelayar antarabangsa. Satu lagi ialah Pulau Payar yang mana ianya telah diwartakan sebagai taman laut. 1.2 Asal usul nama. Sedikit mengenai sejarah Langkawi iaitu nama Langkawi ialah kombinasi antara "Lang" dan "Kawi". "Lang" diambil daripada perkataan bahasa Melayu iaitu helang. Pada suatu masa dahulu, Langkawi dikatakan menjadi tempat tinggal kepada sejumlah burung helang kawi. Kawi beerti merah hati, ini kerana helang mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih. Sehingga sekarang, helang masih menjadi burung majoriti yang tinggal di sana. Pelancong dapat melihat dua jenis helang yang menguasai kawasan tersebut iaitu Helang Laut dan Helang Merah. Helang-helang ini tinggal di kawasan pergunungan dengan membuat sarang di sana. Selain itu, Langkawi juga dipercayai berasal dari tulisan Kawi. Tulisan Kawi merupakan tulisan yang digunakan oleh masyarakat tradisi Hindu Jawa pada zaman dahulu sebelum beralih kepada tulisan-tulisan yang lain. Tulisan kawi juga dinamakan sebagai "tulisan Jawa Kuno" ialah satu sistem tulisan terawal di Kepulauan Melayu. Ia telah wujud dalam kurun ke-8 M. Tulisan kawi digunakan untuk menulis dalam bahasa kawi yang dituturkan oleh orang Jawa ketika itu. Tulisan ini kemudiannya dibawa masuk ke kawasan-kawasan lain di sekitar Asia Tenggara dan bercambah menjadi sistem-sistem tulisan baru. Tulisan kawi asalnya adalah dari huruf Vangki (Wenggi) iaitu huruf orang-orang Pallava yang berasal dari Coromandel, India. Huruf Kawi ini lenyap pada tahun 1400 M. Selain itu, Kawi juga merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi. Batu Kawi dikatakan turut terdapat di Langkawi. Patung Helang yang terdapat di Dataran Helang jika diteliti, juga dilihat sedang berdiri diatas Batu Kawi. Mengenai Batu Kawi, dikatakan batu ini mempunyai pelbagai kebaikan yang tersendiri antaranya untuk mengubati demam campak.

KKBI GEOGRAFI : PERIKANAN PINGGIR PANTAI

Selain itu, "Kawi" dalam bahasa Sanskrit ialah guli, yang mana ia ditemui sebagai pertemuan bahagian Malaysia. Apabila kedua-dua perkataan digabungkan, ia membentuk perkataan "Helangkawi" yang kemudian menjadi Langkawi. Rujukan lain dijumpai di dalam buku oleh Tun Mohamed Zahir yang bertajuk The Legends of Langkawi yang mana nama tersebut menggabungkan dua perkataan Sanskrit"Langka" (keindahan) dan "Wi" (tidak terkira). 1.3 Sejarah. Menurut sumber, pada kurun ke-15, seorang laksamana dari China yang bernama nama Lung-Ya-Kiou-Yi tercatat di sebuah carta yang dipercayai digunakan oleh Laksamana Cheng Ho ketika melawat Melaka pada tahun 1405. Pada kurun ke-16, pulau terpencil ini diberi pelbagai nama dalam peta zaman itu. Antaranya Langa, Lanka, Lansura, dan Langapura. Pada tahun 1621, Jeneral Augustin De Beaulieu yang berkhidmat dengan Raja Louis XIV di Perancis, menyifatkan Langkawi sebagai Lancahui atau lada sulah. Dia kemudiannya menulis, "Tanahnya subur dengan buahbuahan, beras dan ternakan. Beberapa batang sungai menyediakan sumber air bersih, hutan luas dapat dilihat dan pantainya cantik serta berjuraian dengan teluk dan pulau-pulau kecil sekelilingnya". Pulau Langkawi menjadi milik Great Britain melalui Perjanjian Bangkok 1909 atau Perjanjian Anglo-Siam 1909. Ralph Spencer Paget, Duta Britain di Siam memainkan peranan penting dalam menyelamat pulau ini daripada terus ditakluk Siam. Semasa proses rundingan antara Britian dengan Siam, beliau telah memaklumkan kepada Edward Henry Strobel Penasihat Hal Ehwal Luar Negeri Kerajaan Siam, yang mana pihak Britain tetap mahukan Pulau Langkawi menjadi milik Britian. Hasilnya pada 10 Mac 1909 Perjanjian Bangkok 1909 yang ditandatangani memberi hak pulau ini kepada Britain. Dalam Lampiran 1 Protokol Sempadan Yang Dilampirkan Pada Perjanjian Bertarikh 10 Hari Bulan Mac 1909 menyatakan tentang kedudukan langkawi adalah seperti berikut:

KKBI GEOGRAFI : PERIKANAN PINGGIR PANTAI

"Pulau yang dikenali sebagai Pulau Langkawi bersama dengan pulaupulau kecil ke selatan selat tengah di antara Pulau Terutau dengan Langkawi dan kesemua pulau ke selatan Langkawi akan menjadi kepunyaan Great Britain. Pulau Terutau dan pulau-pulau kecil ke utara selat tengah akan kekal menjadi kepunyaan Siam" Akhir sekali, Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia pernah bertugas di Pulau Langkawi sebagai seorang doktor selepas lulus dari Universiti Malaya di Singapura. Sejak itu, beliau ingin mengubah "Sumpah Mahsuri 7 Keturunan" menjadi pulau bebas cukai dan destinasi pelancongan bertaraf dunia. 1.4 Mitos dan lagenda. Terdapat pelbagai mitos dan lagenda yang terdapat di Pulau Langkawi. Ini mungkin disebabkan latar belakang masyarakat dahulu yang berada di bawah Kerajaan Langkasuka. Langkasuka ialah sebuah kerajaan Hindu Melayu silam yang terletak di Semenanjung Malaysia. Kerajaan ini bersamasama dengan Kerajaan Kedah Tua berkemungkinan merupakan kerajaan yang paling awal di Tanah Melayu. Mengikut satu sumber, kerajaan ini diasaskan pada kurun ke-2 masihi. Legenda orang Melayu mendakwa bahawa Langkasuka diasaskan di Kedah, dan kemudian berpindah ke Pattani. Dipercayai bahawa Langkawi mendapat namanya daripada perkataan Langkasuka. Sumber-sumber sejarah tidak banyak tetapi mengikut satu rekod sejarah Dinasti Liang China (500 M) merujuk kerajaan itu sebagai "Langgasu" yang diasaskan pada kurun pertama masihi. Oleh itu, lagenda dan mitos merupakan kebiasaan bagi masyarakat di Langkawi. Antara tempat yang dipercayai mempunyai cerita yang tersendiri ialah seperti Gergasi Bertarung, Telaga Tujuh, Mahsuri dan lain-lain lagi. Kini, mitos dan legenda yang terdapat di Langkawi menjadi satu mercu pelancongan yang dibanggakan oleh penduduk tempatan. Namun, benar ataupun tidak mitos tersebut, masih tidak dapat dibuktikan secara saintifik.

KKBI GEOGRAFI : PERIKANAN PINGGIR PANTAI

1.5

Kegiatan ekonomi. Langkawi merupakan sebuah pulau yang mempunyai pelbagai sumber

yang boleh dijadikan penjana ekonomi di kawasan tersebut. selain terkenal dengan kawasan bebas cukai, Langkawi juga terkenal dengan pelbagai tempat yang menarik untuk dilawati. Keindahan alam semula jadi menjadi tarikan utama bagi pelancong asing untuk melancong di kawasan ini. Antara kegiatan ekonomi yang terdapat di Langkawi ialah seperti pelancongan, perikanan, industri gedung, industri kecil dan lain-lain lagi. Kegiatan ekonomi di sini menjadi nadi kepada pembangunan infrastruktur. Hal ini dapat dilihat melalui wujudnya rangkaian jalan raya yang tersusun dan bangunan-bangunan yang megah didirikan dari masa ke semasa. Pelancongan adalah sesuatu yang umum. Namun, di Langkawi, tempat-tempat yang menarik merupakan salah satu destinasi wajib bagi pelancong untuk melawat kawasan ini. Kilim GeoPark merupakan satu contoh alam semula jadi yang menjadi daya penarik pelancong luar negara. Selain itu, pantai-pantai bersih dan jernih juga menarik ramai pelancong asing. Industri gedung pula merupakan satu kegiatan ekonomi berasaskan perniagaan. Industri ini memberi kesan yang besar kepada kegiatan pelancongan di Langkawi memandangkan jumlah pelancong yang besar melancong ke sini hanya untuk membeli belah barang-barang yang dikecualikan cukai seperti coklat, pinggan mangkuk dan lain-lian. Hal ini membuktikan, perniagaan berasaskan gedung menarik minat ramai pelacong untuk datang ke Langkawi. Pelbagai latar belakang masyarakat terdapat di Langkawi. Golongan nelayan dapat dilihat di sepanjang pesisir pantai Langkawi. Mereka ini terlibat dalam kegiatan perikanan laut dalam dan pinggir pantai. Kegiatan perikanan di Langkawi di pantau oleh Persatuan Nelayan Langkawi yang berpusat di Penarak.

KKBI GEOGRAFI : PERIKANAN PINGGIR PANTAI

2.0 Instrumen Kajian. 2.1 Pemerhatian. Dalam menjalankan kajian ini, kaedah pemerhatian telah digunakan untuk memudah kami melihat sejauh mana kegiatan perikanan telah dijalankan di Pulau Langkawi. Lawatan telah diadakan di Penarak iaitu kawasan pendaratan ikan bagi nelayan pinggir pantai. Di situ kami dapat perhatikan senario sebenar tentang perikanan pinggir pantai. Adanya bot atau vessel yang berbeza saiz dan jenis, pukat yang digunakan oleh nelayan serta alatan lain yang digunakan dalam perikanan pinggir pantai. 2.2 Temu bual. Temu bual adalah melibatkan soalan mengenai kegiatan perikanan yang dijalankan, masalah yang dihadapi, langkah mengatasi yang diambil dan potensi kegiatan tersebut pada masa hadapan. Kaedah ini kami gunakan untuk bertanya terus kepada pihak Persatuan Nelayan Kawasan Langkawi tentang kegiatan perikanan pinggir pantai. 2.3 Kajian kepustakaan. Sebelum memulakan kajian, kami telah merujuk serba sedikit tentang perikanan pinggir pantai melalui buku yang terdapat di perpustakaan Ibnu Sina, IPG KDRI dan Perpustakaan Awam Terengganu. Selain itu, rujukan juga dilakukan menerusi laman web tertentu. Antara laman web yang dilawati ialah Jabatan Perikanan Malaysia.

KKBI GEOGRAFI : PERIKANAN PINGGIR PANTAI

3.0 Dapatan Kajian. 3.1 Ciri Perikanan Pinggir Pantai di Langkawi. 3.1.1 Kawasan perikanan. Perikanan pinggir pantai merupakan salah satu daripada kegitan ekonomi yang dijalankan di Malaysia khususnya di pulau Langkawi. Pulau Langkawi merupakan salah satu kawasan perikanan yang penting di Malaysia. Langkawi mempunyai sebanyak 99 buah pulau dalam

gugusannya. Selain itu, terdapat 33 pangkalan bagi pendaratan ikan di Langkawi dan Penarak merupakan pangkalan utama bagi pendaratan ikan. Penarak bukan sahaja pangkalan utama bagi pendaratan ikan dan hasil laut bahkan juga sebagai tempat untuk nelayan mendapatkan bekalan diesel subsidi yang dibekalkan oleh kerajaan kepada mereka. Selain dari Penarak, Kisap juga merupakan tempat bagi nelayan mendaratkan hasil perikanan dan juga tempat mendapatkan bekalan diesel subsidi. Terdapat empat zon perikanan yang te;lah diwartakan oleh Jabatan Perikanan Malaysia. Zon-zon tersebut ialah Zon A, Zon B, Zon C1 dan Zon C2. . Langkawi merupakan Zon A bagi kawasan perikanan. Bagi menjalankan kegiatan perikanan pinggir pantai, ia memerlukan lesen perikanan kelas A bersesuaian dengan zon perikanan tersebut. Zon A bermaksud kegiatan perikanan hanya boleh dijalankan sejauh lima batu nautika sahaja. 3.1.2 Bot dan vesel. Jumlah nelayan yang terdapat di Langkawi adalah sekitar 400 orang. Syarat utama bagi menjadi nelayan tulen ialah perlu turun ke laut selama 120 hari. Pangkalan nelayan utama bagi pulau Langkawi ialah Penarak. Di Penarak, nelayan boleh melabuhkan bot atau vessel mereka.

KKBI GEOGRAFI : PERIKANAN PINGGIR PANTAI

Bot yang digunakan merupakan bersaiz kecil dan sederhana iaitu berukuran antara 0-19.9 GRT.untuk menjalankan kegiatan perikanan, nelayan perlu memiliki bot atau juga disebut vessel. Vessel boleh didapati dan dibeli dari dalam dan luar negara. Vesel tempatan iaitu vesel binaan tempatan terdiri daripada vesel kayu baru, vesel kayu terpakai, vesel besi baru, vesel besi terpakai, vesel gentian kaca (fiberglass) baru, vesel gentian kaca (fiberglass) terpakai. Bot atau vessel yang sering digunakan oleh nelayan di Langkawi ialah daripada jenis fiberglass, besi ataupun kayu. 3.1.3 Alatan moden. Perikanan pinggir pantai yang dijalankan masih lagi berbentuk tradisional tetapi alatan yang digunakan moden dan canggih. Antara alatan moden yang digunakan ialah Sistem Pengesan Global (GPS) dan mesin pukat. GPS memudahkan para nelayan untuk mengetahui kedudukan mereka agar mereka tidak tersasar ke perairan negara asing. Selain itu, GPS juga memudahkan mereka untuk menanda kawasan yang telah dikenalpasti mempunyai ikan. Selain daripada GPS, nelayan di Langkawi menggunakan fish finder bagi memudahkan mereka mengesan kedudukan ikan. Mereka juga akan mengetahui jenis ikan yang berada di kawasan tersebut. Kerja untuk menangkap ikan akan lebih mudah. Mesin pukat pula digunakan untuk menarik pukat. Nelayan tidak lagi perlu memerah keringat yang banyak untuk menarik pukat. Tugas untuk menarik pukat tidak lagi memerlukan tenaga yang banyak dan hal ini dapat mengatasi masalah nelayan yang semakin berkurangan dengan bantuan mesin. Sebelum adanya mesin ini, nelayan perlu manarik pukat secara manual. Bagi pukat yang bersaiz kecil, tenaga nelayan yang diperlukan adalah enam orang. Setelah adanya mesin ini, nelayan hanya perlu memerhatikan pukat yang ditarik oleh mesin agar tidak tersekat. ini

KKBI GEOGRAFI : PERIKANAN PINGGIR PANTAI

3.1.4 Jenis ikan. Kawasan peraianan Selat Melaka kaya dengan pelbagai jenis ikan. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti kaya dengan plankton dan terlindung daripada angin monsun. Pelbagai jenis ikan telah ditangkap oleh nelayan di Langkawi seperti tamban, bilis, bawal, kerapu dan bermacam lagi. Ikan bilis pula salah satu spesis yang hidup di kawasan yang cetek dimana merupakan ahli keluarga Engraulidae bagi ikan air masin kecil yang lazim. Salah satu cara untuk menangkap ikan bilis ialah kelong. Kelong ialah rumah terapung yang dibina disekitar kawasan pinggir pantai. Nelayan menggunakan cara tersebut untuk menangkap ikan seperti ikan bilis atau ikan teri. Pulau Tuba merupakan salah satu pulau yang membina rumah Kelong bagi memudahkan penduduk nelayan disekitar Pulau Tuba menggunakan ia untuk menangkap hasil laut. Selain daripada ikan, udang dan ketam juga ditangkap bagi memenuhi pasaran tempatan 3.1.5 Pukat. Terdapat pelbagai jenis pukat yang digunakan oleh nelayan untuk menangkap hasil laut. Antara pukat yang biasa digunakan oleh nelayan ialah daripada jenis pukat jerut, pukat tarik, pukat tangkul, pancing, pukat hanyut, jala, pompang dan tangkul. Pukat yang digunakan ialah daripada jenis pukat jerut bilis. Pukat jerut bilis digunakan kerana hasil utama perikanan pinggir pantai di Langkawi ialah ikan bilis. Bilis Langkawi merupakan salah satu bilis yang berkualiti dan terbaik yang terdapat di Malaysia. Ianya dijual mengikut gred dan kualiti dan harganya sekitar RM 15 RM 40. Selain daripada ikan bilis, terdapat spesies ikan lain yang ditangkap seperti tamban dan bawal. Bukan sahaja ikan yang ditangkap bahkan udang dan ketam juga turut dijadikan

KKBI GEOGRAFI : PERIKANAN PINGGIR PANTAI

3.1.6 Produk hasil laut. Hasil laut yang berjaya ditangkap bukan sahaja dijual terus kepada pemborong atau pihak persatuan tetapi juga dijadikan sebagai salah satu produk untuk industri kecil dan sederhana. Mereka yang terlibat adalah dalam kalangan nelayan itu sendiri. Ikan bilis yang telah ditangkap, akan diproses untuk dijual di sekitar Pekan Kuah. Bilis Langkawi merupakan salah satu produk yang dijadikan buah tangan oleh pelancong yang datang ke situ. Selain dijual secara mentah, bilis Langkawi juga dijual dalam produk yang siap dimakan. Inisiatif pihak Persatuan Nelayan Kawasan Langkawi

menjadikan bilis sebagai produk makanan ringan. Mereka telah mendapat suntikan modal daripada pihak persatuan dan juga daripada pihak kerajaan. Hasil produk bilis Langkawi bukan sahaja dijual di sekitar kawasan Langkawi bahkan juga di eksport keluar. Permintaan bagi produk makanan ringan daripada bilis telah menujukkan peningkatan daripada setahun ke setahun.

KKBI GEOGRAFI : PERIKANAN PINGGIR PANTAI

10

3.2 Kepentingan Perikanan Pinggir Pantai. 3.2.1 Peluang pekerjaan. Perikanan pinggir pantai memberi banyak kelebihan kepada penduduk disekitar Pulau Langkawi. Kerajaan pada masa sekarang mengambil ramai warga asing untuk bekerja di kongsi,tempat-tempat pembangunan dan kilang-kilang sebagai pekerja buruh dengan bayaran yang murah bagi mengungtungkan untuk mereka sahaja. warga asing terdiri daripada Thailand,Myanmar,Indonesia dan india. Ini menyebabkan rakyat tempatan menganggur. Dengan memajukan aktiviti perikanan,peluang pekerjaan hampir luas dan terbuka kepada semua rakyat tempatan menggelakkan daripada pengangguran. Ini akan memudahkan penduduk disitu menyara hidup dengan lebih senang. Kadar pengangguran akan berkurang. 3.2.2 Perkembangan industri kecil dan sederhana. Kepentingan seterusnya ialah perkembangan industri kecil dan sederhana. Untuk menjana ekonomi negara dan setempat,industri kecil dan sederhana. Di Pulau Langkawi,kegiatan perikanan adalah salah satu aktiviti yang gemar dan terkenal bagi penduduk dan nelayan disekitar kawasan disitu. Persatuan Nelayan Kawasan Pulau Langkawi telah memperuntukkan wang untuk membuat projek Crispy Ikan Bilis sebagai produk utama di Pulau Langkawi. Hasil tangkapan ikan bilis di bawa ke tempat pemprosesan ikan bilis dan mengeluarkan produk baru yang bernama Crispy Ikan Bilis. Pengeluaran produk ini akhirnya dijual di pasaran dan dijual kepada pelancong tempatan dan pelancong dari luar negara. hasil daripada jualan ini dapat menjana ekonomi negara,maka negara makin maju dan disanjung tinggi dipersada dunia.

KKBI GEOGRAFI : PERIKANAN PINGGIR PANTAI

11

3.2.3 Sumber Protein. Ikan merupakan salah satu spesis yang membekalkan sumber protein yang tinggi. Jika aktiviti perikanan diteruskan bekalan protin akan terus kekal dan akan membekal sumber protein yang banyak kepada manusia. Jika tangkapan ikan secara haram,dan tumpahan minyak serta menggunakan pukat yang dilarang akan memusnahkan flora dan fauna di dasar laut. Tumpahan minyak dari bot menyebabkan oksigen dari udara tidak dapat diserapkan oleh plankton dan menyebabkan plankton mati dan kekurangan bekalan makanan kepada ikan dan ini mengakibatkan hidupan laut mati dan musnah. Ini akan menyebabkan kekurangan bekalan sumber protein kepada manusia. Hasil tangkapan juga akan menjadi kurang maka sumber protein akan berkurang. Maka pentingnya ikan bagi membekal sumber protin dengan cara tangkapan yang efisyen dan betul. 3.2.4 Sumber Ekonomi. Hasil tangkapan ikan oleh para nelayan menyumbnagkan kepada sumber ekonomi negara. Mengikut KDNK, Malaysia adalah negara yang sedang membangun, mengamalkan pasaran

berorientasikan negara dan terbuka. Menurut KDNK, hasil tangkapan ikan merupakan salah satu sumber pendapatan negara yang paling tinggi. Dengan hasil tangkapan yang dapat itu dijual kepada orang tempatan dan juga melakukan perdagangan import dan export. Ini dapat menyumbangkan sumber ekonomi kepada negara kita. 3.2.5 Tarikan Pelancong. Perikanan pelancong. pinggir pantai merupakan kelong salah satu tarikan menarik

Dengan

membina

dipinggir

pantai

perhatian para pelancong tempatan dan pelancong dari luar negara. kelong merupakan satu tempat dimana nelayan bertempat disitu dan memancing atau menangkap ikan seperti ikan bilis,ikan tamban,ketam dan udang. Aktiviti memancing disitu menarik perhatian pelancong yang menggembara.

KKBI GEOGRAFI : PERIKANAN PINGGIR PANTAI

12

3.3 Masalah. 3.3.1 Kekurangan nelayan tempatan. Menurut sumber Persatuan Nelayan Kawasan Langkawi, masalah yang berlaku ialah ketiadaan pekerja tempatan. Pihak nelayan kawasan Langkawi terpaksa memerlukan khidmat nelayan asing yang diupah. Kepesatan pulau Langkawi sebagai destinasi pelancongan, menarik minat golongan muda untuk bekerja dalam sektor tersebut. Antara pekerjaan yang diminati oleh golongan muda ialah perhotelan, agensi pelancongan dan bermacam-macam lagi.

Disebabkan oleh itu, golongan muda tempatan yang menjadi nelayan pinggir pantai semakin berkurangan. Cuaca yang panas, hasil tangkapan yang tidak menentu, harga yang tidak stabil, ancaman lanun merupakan alasan yang dijadiakan oleh golongan muda untuk tidak menceburi bidang ini. Pengusahapengusaha bot nelayan terpaksa mengambil nelayan asing untuk bekerja dengan mereka. 3.3.2 Komunikasi. Seterusnya, nelayan asing yang diambil bekerja menimbulkan masalah komunikasi dan budaya dengan penduduk setempat. Ratarata nelayan asing tidak fasih untuk berbahasa Melayu dan budaya mereka berbeza dengan budaya setempat. Seperti yang kita ketahui, pulau Langkawi dan pulau-pulau di sekitarnya didiami oleh masyarakat Melayu. Maka bahasa, budaya dan adat resam adalah bercirikan Melayu. Nelayan asing yang datang membawa bahasa, budaya dan adat mereka. Kebanyakkan nelayan asing berasal daripada Thailand. Nelayan asing memberikan masalah kepada penduduk sekitar kerana kebanyakkan mereka tidak fasih berbahasa Melayu dan penduduk tempatan tidak memahami bahasa Thai. Hal ini
13

KKBI GEOGRAFI : PERIKANAN PINGGIR PANTAI

menimbulkan masalah komunikasi. Dalam urusan antara pengusaha bot dan nelayan asing ini turut mengalami masalah disebabkan masalah komunikasi. Selain itu, nelayan asing juga didapati meminum minuman alkohol. 3.3.3 Perbezaan budaya. Malaysia salah satu daripada negara ASEAN akan tetapi budaya Malaysia dengan negara jirannya berlainan. Disebabkan oleh itu, berlaku perbezaan budaya, adat resam dan cara hidup antara masyarakatnya. Seperti yang kita ketahui, kebanyakkan nelayan asing bukan beragama Islam dan mereka secara bebas membeli dan minum minuman ini. Hal ini menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penduduk tempatan. Jika dilihat di sekitar kawasan jeti perikanan, terdapat botol minuman keras yang boleh dijumpai. Walaupun bilangannya tidak banyak tetapi kehadiran botol tersebut menimbulkan rasa kurang senang kepada penduduk tempatan dan pelancong yang singgah di situ. Hal ini boleh menimbulkan tanggapan negatif orang luar kepada penduduk di situ kerana pelancong asing tidak mengetahui situasi sebenar. 3.3.4 Ancaman lanun. Selat Melaka merupakan selat yang terpanjang dan juga salah satu selat yang tersibuk di dunia. Banyak kegiatan telah dijalankan dijalankan di sini seperti perdagangan dan perikanan. Disebabkan oleh itu, selat ini menjadi tumpuan lanun bagi menjalankan kegiatan mereka.

KKBI GEOGRAFI : PERIKANAN PINGGIR PANTAI

14

Selain daripada kapal dagang, bot nelayan juga menjadi sasaran lanun bagi mendatangkan hasil mereka. Lanun-lanun telah menggunakan senjata api bagi merampas bot nelayan. Disebabkan oleh itu, kegiatan lanun amat bahaya kepada nelayan. Kegiatan ini telah lama berlaku di perairan negara kita dan nelayan di Langkawi juga turut terkena bahangnya. Kegiatan lanun ini telah mula dikesan seawal tahun 70-an lagi. Masalah ini mengancam nelayan tempatan untuk turun ke laut dan mencari rezeki. Lanun yang dikesan merupakan dari negara jiran. Mereka bukan sahaja merampas bot atau vessel tetapi juga mengancam keselamatan dan nyawa para nelayan. Ada sesetengah kes di mana nelayan yang ditahan dijadikan tebusan oleh pihak lanun. Seperti yang kita ketahui, nelayan tempatan bukan daripada golongan yang senang dan ini mustahil bagi mereka untuk menyediakan wang bagi menebus ahli keluarga mereka yang diculik. 3.4 Langkah mengatasi masalah. 3.4.1 Import nelayan asing. Bagi masalah ketiadaan penduduk tempatan untuk bekerja sebagai nelayan, pihak pengusaha telah mendapatkan khidmat nelayan asing dari negara jiran. Nelayan asing yang berkhidmat sebagai nelayan di Langkawi majoriti berasal dari negara Thailand dan selebihnya berasal dari Myanmar. Mereka tinggal dan menetap di sekitar kawasan pelabuhan ikan yang terletak di Penarak. Pengusaha bot atau vessel dapat mengatasi masalah ketiadaan pekerja dengan mengimport tenaga buruh dari luar.

KKBI GEOGRAFI : PERIKANAN PINGGIR PANTAI

15

3.4.2 Kesedaran kendiri. Dalam aspek komunikasi, pada mulanya ia ada masalah akan tetapi ianya dapat diatasi. Setelah mereka menetap hampir sebulan di situ, rata-rata mereka sudah boleh berbahasa Melayu walaupun tidak fasih. Masalah komunikasi antara nelayan asing dan pihak majikan tidak berlarutan dan jika masih berlaku rakan-rakan senegara akan membantu mereka jika ingin berkomunikasi dengan pihak luar. 3.4.3 Kawalan oleh pihak majikan dan kerajaan. Bagi masalah sosial dalam kalangan nelayan asing, hal ini tidak membimbangkan dan dapat diatasi diperingkat bawah. Nelayan hanya berada di kawasan Penarak dan mereka jarang sekali keluar ke bandar. Jika mereka memerlukan bahan keperluan, mereka hanya meminta daripada pihak majikan. Masalah sosial ini tidak merebak dan pihak Persatuan Nelayan Kawasan Langkawi telah menasihati kepada mana-mana majikan untuk mengawal pekerjapekerja mereka. Selain itu, kerajaan telah mengenakan visa terhad kepada nelayan asing yang bekerja dalam negara ini. Visa tersebut dapat mengawal pergerakan dan tingkah laku pekerja asing dalam negara. Visa terhad telah dikenakan kepada nelayan asing yang terdapat di Langkawi. Mereka hanya bebas di kawasan tertentu sahaja. 3.4.4 Peranan kerajaan. Masalah lanun pula hanya hangat sekitar tahun 70-an dan 80an. Kerajaan mula sedar akan masalah ini dan mula melindungi pihak nelayan. Pihak kerajaan menerusi Pasukan Gerakan Marin Polis Diraja Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia mula menjalankan rondaan dan rondaan ini telah dilakukan sekerap mungkin.

KKBI GEOGRAFI : PERIKANAN PINGGIR PANTAI

16

Pasukan-pasukan khas seperti Unit Selam Tempur PDRM dan Pasukan Khas Laut TLDM telah diletakkan dalam keadaan berjagajaga. Tugasan mereka adalah membantu menyelamatkan nyawa dan harta milik nelayan jika mereka mendapat gangguan daripada pihak lanun. Selain itu, pihak majikan telah menggunakan GPS bagi setiap bot bertujuan untuk memudahkan mereka mengesan kedudukan agar tidak tersasar jauh daripada perairan Malaysia. Ada diantara bot atau vessel telah dipasang alat bantuan komunikasi seperti radio amatur agar segala urusan komunikasi dapat disampaikan terus kepada nelayan yang berada di atas bot. 3.5 Kesan Kegiatan Perikanan Pinggir Pantai Kepada Alam Sekitar 3.5.1 Kesan positif. Terdapat beberapa kesan kegiatan perikanan terhadap alam sekitar. Bukan sahaja kesan negatif malahan ada juga kesan-kesan positif terhadap kegiatan perikanan terhadap alam sekitar. Kesan positifnya ialah,kegiatan perikanan adalah salah satu sumber ekonomi yang penting bagi penduduk nelayan diseluruh Negara. Selain itu, sumber perikanan ialah pengeluar sumber utama protein dunia. Selain itu,kegiatan perikanan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dan memberi pendapatan yang lumayan kepada ekonomi Negara Malaysia. Selain itu, nelayan di negara ini hanya menggunakan kaedah tradisional untuk menangkap ikan seperti, pukat, jala, pancing dan bubu. Kaedah-kaedah sebegini tidak akan menjejaskan hidupanhidupan akuatik.

KKBI GEOGRAFI : PERIKANAN PINGGIR PANTAI

17

3.5.2 Kesan negatif. Dari segi kesan negatif pula, pada abad ke-21 ini, nelayannelayan yang berkemampuan menggunakan teknologi moden atau kaedah moden seperti penggunaan bot, kapal dan juga pukat tunda membawa kesan terhadap ekologi laut yang mengancam hidupan akuatik sekali gus boleh menyebabkan ancaman sumber protein berasaskan sumber laut. Selain itu, kegiatan perikanan juga membawa kepupusan terhadap spesis di pinggir pantai. Ini mengakibatkan para nelayan tidak dapat membawa hasil yang banyak. Selain itu, kesannya terhadap pembangunan negara. Jika kepupusan kehidupan akuatik sering berlaku ekonomi negara akan jatuh pada kadar yang tinggi kerana 40% di negara kita ialah penduduk nelayan yang saling bergantung dengan hasil tangkapan di laut dan pinggir pantai. Pada masa yang sama, ikan juga sumber protein utama kepada manusia,jika kehidupan akuatik pupus sumber protein akan berkurang dan makanan ikan akan kurang. Apabila ikan berkurangan hasil protin pun berkurang,permintaan terhadap ikan akan meningkat dan ia akan menyebabkan inflasi dan ini mengakibatkan peningkatan harga yang menjejaskan pendapatan penduduk yang mampu boleh beli ikan yang beri sumber protin kepada manusia. Tambahan pula, flora juga akan pupus di dasar laut. Kesan tumpahan minyak dari bot menyebabkan pencemaran laut atau air. Lapisan minyak dipermukaan air menyebabkan menghalang

transformasi atau peredaran udaran oleh flora dan fauna dalam air. Hal ini menyebabkan pembiakan ikan tidak aktif dan akhirnya bilangan ikan akan semakin berkurangan.

KKBI GEOGRAFI : PERIKANAN PINGGIR PANTAI

18

Kesan

penangkapan

ikan

secara

besar-besaran

akan

menyebabkan terumbu karang menjadi pupus. Tanpa ikan dan haiwan vertebrata laut, populasi karang akan digantikan oleh populasi alga. Alga mencegah penempelan dan pertumbuhan larva polip karang pada substrat. Penangkapan ikan secara berlebihan yang tersebar luas di Asia Tenggara, dianggarkan mengancam terumbu karang di kawasan tersebut. Penangkapan ikan dengan menggunakan racun akan melepaskan racun sianida ke kawasan terumbu karang. Ia kemudian membunuh atau membius ikan. Karang yang diancam oleh sianida berulang kali akan mengalami pemutihan dan kematian. 3.6 Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Ke Atas Kegiatan Perikanan Pinggir Pantai 3.6.1 Pihak kerajaan. Kerajaan hendaklah mengetatkan undang-undang yang longgar yang gagal mengambil tindakan keatas nelayan-nelayan yang

menggunakan bot yang moden sehingga menyebabkan kepupusan flora dan fauna dalam laut. Kerajaan juga hendaklah peka terhadap alam sekitar dan kehidupan akuatik dengan memberi perlesenan vessels dan alat menangkap ikan yang sesuai bagi memlihara dan memulihara kehidupan akuatik. Jika nelayan yang mengingkari undang-undang tersebut,kerajaan haruslah menahan lesen tersebut dan bertindak dengan tegas. Ini akan menggelakkan kepupusan flora dan fauna dalam laut. Penguatkuasa atau pegawai maritim hendaklah membuat pemantauan sering kali bagi menggelakkan berlaku aktiviti perikanan secara haram dan besar-besaran. Sistem Pemataun Vessel adalah salah satu sistem yang perlu dibuat oleh Pegawai Maritim. Di dalam International dikehendaki Law of the Sea (UNCLOS), dan sesebuah Negara sumber

menguruskan

sumber

mengendalikan

perikanan melalui pengurusan yang bertanggungjawab. Sistem ini


KKBI GEOGRAFI : PERIKANAN PINGGIR PANTAI 19

digunakan untuk mengesan vessel penangkapan ikan. Ia juga membantu dalam usaha melindungi sumber perikanan yang dijalankan oleh nelayan-nelayan yang kecil dan secara besar-besaran. Akta perikanan 1985 hendaklah diketatkan bagi mengelakkan berlakunya penangkapan iakan secara haram atau yang merosakkan ekosistem dan kehidupan akuatik. Kerajaan juga hendaklah mengadakan kursus khasnya untuk nelayan bagi mereka dapat tahu apakah sebenarnya berlaku dan bagaimanakah untuk mengatasi masalah tersebut. Selain itu memberi serba sedikit maklumat mengenai penggunaan alat yang sesuai untuk kegiatan penangkapan ikan dan cara-caranya. Jabatan Perikanan juga hendaklah memberi kerjasama dalam permohonan para nelayan yang memohon secara haram dan hendaklah peka terhadap penangkapan ikan dengan alat-alat moden yang menyebabkan kehidupan akautik musnah. Selain itu,kerajaan juga hendaklah dan harus mengambil tindakan terhadap penggunaan pukat yang menjejaskan flora dan fauna di dasar laut. Menggunakan pukat yang sesuai untuk menangkap ikan. Para nelayan hendaklah mengambil kesempatan ini bagi memulihara dan memelihara

ekosistem dan dapat meningkatkan sumber protein dan hasil pendapatan ekonomi yang tinggi. 3.6.2 Kempen kesedaran. Mengadakan kempen memelihara dan memulihara kehidupan akuatik. Ini dapat memberi peluang kepada para penduduk nelayan dan syarikat-syarikat besar serta generasi akan datang untuk memelihara dan memulihara kehidupan akuatik yang sedang pupus. Ini boleh mendatangkan usaha yang begitu besar dan berjaya bagi mengenali kesan-kesan penangkapan ikan, cara-cara dan usahausaha untuk menggelakkan.

KKBI GEOGRAFI : PERIKANAN PINGGIR PANTAI

20

Selain

itu,

mengadakan

kempen

bagi

memberi

sedikit

pengetahuan mengenai cara-cara untuk menangkap ikan. Ini akan menerapkan dalam setiap jiwa pemuda dan penduduk nelayan dan sedar untuk bersama-sama memelihara kehidupan akuatik. 3.6.3 Eko pelancongan. Sektor Pelancongan pula hendaklah mempromosikan eko pelancongan. Ini bagi mengenali secara terperinci bagi setiap pelancung mengenai spesis ikan dan bagaimana untuk memulihara alam sekitar. Dengan mempromosikan sektor eko pelancongan perikanan, bagi menyahut seruan kempen Kenali Negara Kita (KNK) dinegara ini. Sektor eko pelancongan berasaskan perikanan adalah salah satu sektor yang berpotensi untuk dimajukan di mana termasuklah kegiatan seperti sukan memancing, kegiatan menyelam untuk menikmati panorama alam dasar laut yang indah dan unik, serta juga kegiatan program pemuliharaan dan pengurusan penyu-penyu laut dinegara ini. lanya merupakan sektor yang boleh menjana pendapatan yang berkait rapat dengan sektor perhotelan, pengangkutan, restoran-restoran dan sebagainya. Sejak kebelakangan ini, beberapa agensi pelancongan dan pihak swasta telah aktif menyediakan pakej yang menarik bagi kegiatan eko-pelancongan perikanan di negara ini, yang mana menunjukkan satu petanda yang baik didalam pertumbuhan ekonomi negara.

KKBI GEOGRAFI : PERIKANAN PINGGIR PANTAI

21

3.7 Potensi Kegiatan Perikanan Pinggir Pantai Pada Masa Akan Datang. 3.7.1 Penjana ekonomi. Perikanan pinggir pantai adalah salah satu sumber yang menggiatkan ekonomi negara pada masa hadapan. Ia menyumbang produk dan hasil yang tinggi bagi pengeluaran produk ikan seperti Crispy Ikan Bilis dan produk-produk lain. Hasil pendapatan negara Malaysia adalah salah satunya daripada hasil penangkapan ikan dan jualan produk-produk sumber dari sumber ikan. Selain itu, aktiviti perikanan ini juga memberi sumbangan yang besar kepada

pembangunan negara. Hasil yang kita terima daripada aktiviti penangkapan ikan digunakan dalam pembangunan negara seperti infrastruktur yang efisyen, pembinaan bangunan baru dan juga untuk mempertingkatkan lagi teknologi yang canggih untuk penangkapan ikan. Hasil ini dapat menjana ekonomi negara kita malah negara kita dapat maju dikaca mata dunia. 3.7.2 Sektor pelancongan. Kegiatan perikanan ini juga dapat menarik perhatian pelancong di serantau dunia. Kebanyakannya pelancong di sekitar Pulau Langkawi datang melancong untuk melihat berbagai-bagai spesis ikan yang hidup di dasar laut dan dapat dipulihara serta dipelihara dengan baik. Dengan penangkapan ikan yang diperketatkan oleh Akta Perikanan 1985, ikan-ikan disekitar Pulau Langkawi dapat di pulihara dengan baik. Ini dapat menarik perhatian para pelancong dari seluruh dunia. Ini dapat menjadikan Pulau Langkawi sebagai salah satu tempat pelancongan yang terkenal dan menyumbang kepada ekonomi negara dan fauna selalu dapat dikawal.

KKBI GEOGRAFI : PERIKANAN PINGGIR PANTAI

22

Selain itu,baru-baru ini kerajaan telah memperuntukkan wang bagi membina semula kelong yang telah runtuh pada tahun 2005. Pada tahun 2004 kerajaan telah membina kelong dengan membiayai kos yang tinggi, malangnya tsunami yang melanda dan menggegarkan rantau Asia Tenggara menyebabkan kelong tersebut runtuh dan rosak sehingga tidak boleh digunakan semula. Maka dengan pelan baru, secara efisyen kerajaan telah memperuntukkan wang bagi membina semula kelong tersebut. Usaha ini dapat diteruskan sehingga kini dan masa akan datang. Ini akan menarik perhatian pelancong-pelancong tempatan dan juga luar negara. Kelong adalah satu tempat yang unik bagi menangkap ikan dan ia dibina di pinggir pantai dan jaraknya 100 meter dari darat. Pada masa yang sama, homestay-homestay yang telah dibina disekitar Pulau Langkawi juga menarik perhatian pelancong. Program homestay ini juga merupakan salah satu potensi kerajaan atau penduduk tempatan untuk menarik minat pelancong pada masa akan datang. Pulau Tuba merupakan salah satu pulau yang terkemuka dengan homestay. Homestay disitu ditempatkan di perkampungan nelayan bagi menarik minat pelancongan untuk tinggal disitu. Ini memberi peluang kepada pelancong untuk mengetahui mengenai perikanan dengan lebih mendalami dan kehidupan penduduk nelayan disitu. Maka kerajaan telah berusaha dengan sedaya upaya bagi membina lebih banyak homestay bagi menarik minat pelancong dan ini tetap menjana ekonomi negara dan keunggulan Pulau Langkawi pada masa yang akan datang.

KKBI GEOGRAFI : PERIKANAN PINGGIR PANTAI

23

4.0 Kesimpulan Dalam kegiatan ekonomi yang sedang dilakukan oleh negara kita termasuklah, kegiatan ekonomi perikanan,perniagaan,pengangkutan serta

pelancongan dan lain-lain. Dalam kajian yang telah kami lakukan mengenai kegiatan perikanan pinggir pantai dapat memberi banyak pengetahuan dan dapatan kajian yang kami perlukan. Kegiatan ekonomi yang dijalankan di Malaysia bukannya sekadar bagi memajukan negara dalam sektor-sektor tersebut tetapi bagi menjana ekonomi negara,memberi peluang pekerjaan kepada penduduk dan memberi sumber yang mencukupi kepada masyarakat. Langkawi mempunyai sebanyak 99 buah pulau dalam gugusannya. Selain itu, terdapat 33 pangkalan bagi pendaratan ikan di Langkawi dan Penarak merupakan pangkalan utama bagi pendaratan ikan. Penarak bukan sahaja pangkalan utama bagi pendaratan ikan dan hasil laut bahkan juga sebagai tempat untuk nelayan mendapatkan bekalan diesel subsidi yang dibekalkan oleh kerajaan kepada mereka. Langkawi merupakan Zon A bagi kawasan perikanan. Bagi menjalankan kegiatan perikanan pinggir pantai, ia memerlukan lesen perikanan kelas A bersesuaian dengan zon perikanan tersebut. Zon A bermaksud kegiatan perikanan hanya boleh dijalankan sejauh lima batu nautika sahaja. Perikanan pinggir pantai yang dijalankan masih lagi berbentuk tradisional tetapi alatan yang digunakan moden dan canggih. Antara alatan moden yang digunakan ialah Sistem Pengesan Global (GPS) dan mesin pukat. GPS memudahkan para nelayan untuk mengetahui kedudukan mereka agar mereka tidak tersasar ke perairan negara asing. Mesin pukat pula digunakan untuk menarik

pukat. Nelayan tidak lagi perlu memerah keringat yang banyak untuk menarik pukat. Tugas untuk menarik pukat tidak lagi memerlukan tenaga yang banyak dan hal ini dapat mengatasi masalah nelayan yang semakin berkurangan dengan bantuan mesin. Pelbagai jenis ikan telah ditangkap oleh nelayan di Langkawi seperti tamban, bilis, bawal, kerapu dan bermacam lagi. Bilis merupakan hasil tangkapan utama bagi nelayan Langkawi. Selain daripada ikan, udang dan ketam juga ditangkap bagi memenuhi pasaran tempatan. Hasil laut yang berjaya ditangkap bukan sahaja dijual
KKBI GEOGRAFI : PERIKANAN PINGGIR PANTAI 24

terus kepada pemborong atau pihak persatuan tetapi juga dijadikan sebagai salah satu produk untuk industri kecil dan sederhana. Mereka yang terlibat adalah dalam kalangan nelayan itu sendiri. Ikan bilis yang telah ditangkap akan diproses untuk dijual di sekitar Pekan Kuah. Bilis Langkawi merupakan salah satu produk yang dijadikan buah tangan oleh pelancong yang datang ke situ. Inisiatif pihak Persatuan Nelayan Kawasan Langkawi menjadikan bilis sebagai produk makanan ringan. Mereka telah mendapat suntikan modal daripada pihak persatuan dan juga daripada pihak kerajaan. Masalah yang berlaku ialah ketiadaan pekerja tempatan. Pihak nelayan kawasan Langkawi terpaksa memerlukan khidmat nelayan asing yang diupah. Kepesatan pulau Langkawi sebagai destinasi pelancongan, menarik minat golongan muda untuk bekerja dalam sektor tersebut. Antara pekerjaan yang diminati oleh golongan muda ialah perhotelan, agensi pelancongan dan bermacam-macam lagi. Disebabkan oleh itu, golongan muda tempatan yang menjadi nelayan pinggir pantai semakin berkurangan. Cuaca yang panas, hasil tangkapan yang tidak menentu, harga yang tidak stabil, ancaman lanun merupakan alasan yang dijadikan oleh golongan muda untuk tidak menceburi bidang ini. Pengusaha-pengusaha bot nelayan terpaksa mengambil nelayan asing untuk bekerja dengan mereka. Seterusnya, nelayan asing yang diambil bekerja menimbulkan masalah komunikasi dan budaya dengan penduduk setempat. Rata-rata nelayan asing tidak fasih untuk berbahasa Melayu dan budaya mereka berbeza dengan budaya setempat. Seperti yang kita ketahui, pulau Langkawi dan pulau-pulau di sekitarnya didiami oleh masyarakat Melayu. Maka bahasa, budaya dan adat resam adalah bercirikan Melayu. Nelayan asing yang datang membawa bahasa, budaya dan adat mereka. Kebanyakkan nelayan asing berasal daripada Thailand. Nelayan asing memberikan masalah kepada penduduk sekitar kerana kebanyakkan mereka tidak fasih berbahasa Melayu dan penduduk tempatan tidak memahami bahasa Thai. Hal ini menimbulkan masalah komunikasi. Malaysia salah satu daripada negara ASEAN akan tetapi budaya Malaysia dengan negara jirannya berlainan. Disebabkan oleh itu, berlaku perbezaan budaya, adat resam dan cara hidup antara masyarakatnya.
KKBI GEOGRAFI : PERIKANAN PINGGIR PANTAI 25

Jika dilihat di sekitar kawasan jeti perikanan, terdapat botol minuman keras yang boleh dijumpai. Walaupun bilangannya tidak banyak tetapi kehadiran botol tersebut menimbulkan rasa kurang senang kepada penduduk tempatan dan pelancong yang singgah di situ. Hal ini boleh menimbulkan tanggapan negatif orang luar kepada penduduk di situ kerana pelancong asing tidak mengetahui situasi sebenar. Selat Melaka merupakan selat yang terpanjang dan juga salah satu selat yang tersibuk di dunia. Banyak kegiatan telah dijalankan dijalankan di sini seperti perdagangan dan perikanan. Disebabkan oleh itu, selat ini menjadi tumpuan lanun bagi menjalankan kegiatan mereka. Selain daripada kapal dagang, bot nelayan juga menjadi sasaran lanun bagi mendatangkan hasil mereka. Lanun-lanun telah menggunakan senjata api bagi merampas bot nelayan. Disebabkan oleh itu, kegiatan lanun amat bahaya kepada nelayan. Bagi masalah ketiadaan penduduk tempatan untuk bekerja sebagai nelayan, pihak pengusaha telah mendapatkan khidmat nelayan asing dari negara jiran. Nelayan asing yang berkhidmat sebagai nelayan di Langkawi majoriti berasal dari negara Thailand dan selebihnya berasal dari Myanmar. Mereka tinggal dan menetap di sekitar kawasan pelabuhan ikan yang terletak di Penarak. Pengusaha bot atau vesel dapat mengatasi masalah ketiadaan pekerja dengan mengimport tenaga buruh dari luar. Dalam aspek komunikasi, pada mulanya ia ada masalah akan tetapi ianya dapat diatasi. Bagi masalah sosial dalam kalangan nelayan asing, hal ini tidak membimbangkan dan dapat diatasi diperingkat bawah. Nelayan hanya berada di kawasan Penarak dan mereka jarang sekali keluar ke bandar. Jika mereka memerlukan bahan keperluan, mereka hanya meminta daripada pihak majikan. Selain itu, kerajaan telah mengenakan visa terhad kepada nelayan asing yang bekerja dalam negara ini. Visa tersebut dapat mengawal pergerakan dan tingkah laku pekerja asing dalam negara.

KKBI GEOGRAFI : PERIKANAN PINGGIR PANTAI

26

Pasukan-pasukan khas seperti Unit Selam Tempur PDRM dan Pasukan Khas Laut TLDM telah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga. Tugasan mereka adalah membantu menyelamatkan nyawa dan harta milik nelayan jika mereka mendapat gangguan daripada pihak lanun. Selain itu, pihak majikan telah menggunakan GPS bagi setiap bot bertujuan untuk memudahkan mereka mengesan kedudukan agar tidak tersasar jauh daripada perairan Malaysia. Dari segi kesan negatif pula, pada abad ke-21 ini,nelayan-nelayan yang bermampu menggunakan teknologi moden atau kaedah moden seperti penggunaan bot, kapal dan juga pukat tunda membawa kesan terhadap ekologi laut

yang mengancam hidupan akuatik sekali gus boleh menyebabkan ancaman sumber protein berasaskan sumber laut. Selain itu, kegiatan perikanan juga membawa kepupusan terhadap spesis di pinggir pantai. Ini mengakibatkan para nelayan tidak dapat membawa hasil yang banyak. Mengadakan kempen memelihara dan memulihara kehidupan akuatik. Ini dapat memberi peluang kepada para penduduk nelayan dan syarikat-syarikat besar serta generasi akan datang untuk memelihara dan memulihara kehidupan akuatik yang sedang pupus. Ini boleh mendatangkan usaha yang begitu besar dan Berjaya bagi mengenali kesan-kesan penangkapan ikan, cara-cara dan usaha-usaha untuk menggelakkan. Kegiatan perikanan ini juga mendatangkan potensi yang begitu tinggi pada masa hadapan bagi menjana ekonomi negara dan menyumbang pendapatan yang tinggi dan sumber yang mencukupi kepada penduduk atau masyarakat disini. Jika kegiatan perikanan dapat dipergiatkan lagi,penduduk disekitar Pulau Langkawi dapat sumber makanan yang mencukupi. Sumber makanan boleh dikatakan sebahagian daripada sumber penangkapan ikannya sendiri atau pun sebahagian daripada pendapatan yang mereka menerima melalui hasil jualan ikan yang mereka dapat tangkap. Maka hasil penangkapan ikan ini memberi rezeki yang mencukupi kepada penduduk bagi menyara keluarga.

KKBI GEOGRAFI : PERIKANAN PINGGIR PANTAI

27

You might also like