You are on page 1of 27

Pengurusan Ruang yang Sesuai di KeIas-keIas Taska dan Tadika.

(Marhiza binti Mohd, Mohd Firdaus bin HasboIIah, Mohd Rosdan bin Mohamed,
Mohd SaifuI Anuar bin Mohd Akasah, Nasaruddin bin Nasir, Norhasmera binti
Zakari, NuruI Liahna binti SuIaiman, Rosne AzIen binti Ab Aziz, Siti Maryam binti
Badiuzaman, ZuIkarnain bin Md Daud.)

Universiti Pendidikan SuItan Idris

12 ApriI 2011


PENGURUSAN RUANG TASKA DAN TADIKA

1.0 PengenaIan

Sebagai langkah permulaan, kelulusan perancangan diperlukan untuk penggunaan
bangunan sebagai pusat prasekolah, sama ada untuk tadika atau taska. Mengikut Akta
267 (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 (Seksyen 19), sesebuah bangunan
yang akan dijadikan pusat prasekolah tidak boleh digunakan serentak sebagai tempat
kediaman atau kedai. Setiap bangunan yang mempunyai sepuluh atau lebih pelajar
dianggap sebagai sekolah mengikut Akta Pelajaran 1961. Setiap bangunan yang
hendak digunakan sebagai pusat prasekolah mestilah sesuai dari segi keselesaan, reka
bentuk, struktur dan juga keselamatan (Halimah Abdul Rahman & Kamariah brahim,
1993).

Pengurusan ruang penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Ruang
pembelajaran dalam kelas terbahagi kepada beberapa bahagian seperti ruang
pembelajaran bagi kognitif, manipulatif, dramatika dan bahasa. Guru perlu merancang
pengisian aktiviti di ruang-ruang pembelajaran dan dapat disesuaikan dengan
pendekatan pengajaran (diperoleh daripada http://bustamkamri.blogspot.com)

2.0 Definisi Pengurusan Ruang

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengurusan bermaksud mengurus sesuatu
manakala ruang pula ialah ruang rumah atau bangunan yang bersekat dengan dinding
dan berpintu. Dalam konteks prasekolah, pengurusan ruang merujuk kepada Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan adalah tempat untuk murid bergerak bebas dan berinteraksi
dengan bahan yang disediakan dan ia meliputi ruang pembelajaran iaitu ruang dalam
kelas, ruang luar dan ruang penyediaan makanan termasuk dapur dan bilik air.

Elliot (2000), menyatakan pada peringkat prasekolah, interaksi dan
keberkesanan pengurusan bilik darjah mempunyai pengaruh yang tinggi kepada guru
dan kanak-kanak. Susun atur perabot, peralatan dan alat bantu mengajar agak berbeza
dari bilik darjah KBSR dan KBSM. Pengurusan bilik darjah prasekolah perlu mempunyai
ruang 'circle time' iaitu aktiviti wajib setiap pagi dimana murid-murid akan berkumpul
2

bersama guru dan menjalankan sesi perbualan. Di ruangan ini, sesi pengajaran dan
pembelajaran dilakukan sebelum tugasan diberikan kepada murid-murid. Dalam bilik
darjah prasekolah, ruangan inilah yang banyak digunakan. a mempunyai sudut-sudut
atau ruang untuk mengembangkan potensi kanak-kanak berusia 5 hingga 6 tahun dari
segi perkembangan fizikal, kognitif, sosio-emosi dan bahasa.

.0 Ruang Taska dan Perkembangan Kanak-Kanak

.1 Ruang Dapur Dan Penyediaan Makanan

Mengikut buku Garis Panduan Penyediaan Kemudahan Fizikal oleh PERMATA
NEGARA, ruang dapur bagi sesebuah taska mestilah dengan keluasan minima
(10'X10'). Penyediaan makanan pula mempunyai dua kaedah iaitu penyediaan
memasak atau penyediaan makanan oleh pembekal. Walau apapun cara
penyediaannya, sesebuah dapur hendaklah dilengkapi dengan peralatan dan
kelengkapan dapur seperti :

O Kabinet pasang siap kekal (built in cabinet) bahagian bawah dari bahan
kayu keras MDF Board serta aksesori.
O itchen top dengan kemasan jubin tahan lasak.
O Sinki berkembar dengan 2 paip air.
O Rangka pintu kabinet bawah hendaklah 6 inci dari paras lantai.
O Kabinet pasang siap atas berpara dan berpintu cermin.
O Dapur (hob) dan penyedut asap dapur (hood) siap terbina.

Selain daripada itu, sumber yang diperoleh daripada Majlis Bandaraya
Petaling Jaya (MBPJ) pula menetapkan bahawa mana-mana ruang dapur taska
haruslah memenuhi ciri-ciri yang berikut:

O Ruang dapur hendaklah mempunyai pintu yang tidak mudah dibuka dan
dimasuki oleh kanak-kanak.
O Alat-alat yang digunakan untuk menyediakan makanan hendaklah bersih.
O Tempat makan yang disediakan hendaklah bersih.
O Dapur hendaklah berpisah daripada bilik-bilik darjah atau kawasan yang
diasingkan untuk aktiviti-aktiviti kanak-kanak.
O Tempat stor bahan-bahan makanan mestilah bersih dan selamat.
O Kanak-kanak mestilah dilarang masuk ke ruang dapur dan stor pada
setiap masa.

.2 Ruang BiIik Air

Menurut Anita Rui Olds (2001), terdapat 2 komponen utama yang ada di dalam
ruang bilik air iaitu tandas dan tempat menyalin lampin/pakaian (diapering area).
Ruang tandas mengandungi tempat mandi iaitu pancuran air yang biasanya
berukuran 6.9 meter persegi manakala diapering area pula terdiri daripada meja
3

menyalin, sinki, dan rak pakaian @ diaper. Berikut merupakan contoh


gambarajah ruang bilik air bagi taska:


















Rajah 1 : Pelan ruang bilik air Taska
(Sumber : Anita Rui Olds, 2001)


.2.1 Tandas
Di taska, sekurang-kurangnya terdapat dua buah tandas kanak-kanak iaitu dua
tandas cangkung atau dua tandas duduk atau satu tandas duduk dan satu
tandas cangkung. ni adalah bagi membolehkan dua orang kanak-kanak 'duduk'
atau menggunakannya pada masa yang sama.















Rajah 2 : Tandas biasa (kiri) dan tandas kanak-kanak (kanan)
(Sumber : Anita Rui Olds, 2001)
4

Tandas haruslah mudah digunakan oleh kanak-kanak agar mereka dapat


melihat rakan-rakan lain yang bermain berbanding rasa menyendiri atau
diabaikan dari aktiviti kumpulan. Kebiasaannya, tandas kanak-kanak berukuran
11 inci tinggi atau tandas biasa dengan tangga @ adjustable seat. Kanak-kanak
kurang upaya pula sesuai menggunakan potty chair (Anita Rui Olds, 2001).














Rajah 3 : Potty chair
(Sumber : Anita Rui Olds, 2001)

Di dalam ruang tandas juga, terdapat tempat mandi yang menggunakan
pancur air mandi dengan paip boleh dicapai oleh tangan kanak-kanak. Menerusi
ruang tandas ini, antara perkembangan yang dapat dilihat pada kanak-kanak
merujuk kepada Kurikulum Permata adalah perkembangan emosi, rohani dan
sosial. Sebagai contoh, kanak-kanak yang masih tidak pandai membuang air di
dalam tandas akan melihat kanak-kanak lain yang seusia dengannya membuang
air besar dan air kecil di dalam tandas pada setiap hari. Jadi dia akan mula
belajar dan meniru perbuatan rakan-rakan lain iaitu jika ingin membuang air,
hendaklah di dalam tandas. Perkembangan lain yang dapat diperhatikan adalah
perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal. Sebagai contoh, pendidik
atau pembantu pusat taska akan menentukan 'bahasa' yang akan digunakan
oleh kanak-kanak untuk ke tandas dan mengekalkan penggunaan bahasa ini.
Antara pendidik dan kanak-kanak wujud satu komunikasi untuk menyampaikan
sesuatu maksud atau perkara iaitu membuang air.

.2.2 Diapering Area

iapering adalah merujuk kepada aktiviti menyalin lampin dan pakaian bagi bayi
atau infant (berusia kurang 12 bulan). Bagi bayi, aktiviti toileting/diapering
merupakan salah satu sumber utama interaksi antara bayi dengan pendidik atau
pembantu pusat kerana semasa menyalin lampin/pakaian bayi, ia membantu
meningkatkan kemahiran bahasa. Dengan susunan ruang diapering yang betul,
pendidik/pembantu pusat dapat memberi perhatian kepada setiap bayi yang
3

dijaga semasa melakukan aktiviti ini. Berikut merupakan satu contoh rekaan
diapering area yang boleh digunapakai (Anita Rui Olds, 2001).














Rajah 4 : Contoh tempat diapering.
(Sumber : Anita Rui Olds, 2001)

Kawasan untuk diapering ini hendaklah boleh diakses untuk menyalin
pakaian atau lampin bagi sekurang-kurangnya dua orang kanak-kanak mahupun
bayi pada masa yang sama. Antara komponen yang perlu ada bagi ruang ini
adalah meja/alas bagi menukar lampin, sinki, rak pakaian/lampin bayi, ruang
pengudaraan yang baik, tangga, bekas sampah atau lampin terpakai dan tangga
memanjat (jika perlu). Sinki yang digunakan untuk diapering mestilah berasingan
dengan sinki untuk penyediaan makanan dan untuk tujuan lain. Sinki juga
hendaklah dalam dan muat untuk memandikan bayi. Tempatkan kawasan
menukar lampin jauh daripada penyediaan makanan. Bekas lampin terpakai
harus disediakan berhampiran dengan sinki (biasanya diletakkan di bahagian
bawah kabinet dalam ruang yang tertutup). Sediakan juga ruang untuk
menempatkan pakaian bersih di sebelah sinki (Anita Rui Olds, 2001).

Susunan meja diapering hendaklah membolehkan pendidik/pembantu
pusat boleh melihat kumpulan bayi yang dijaga dengan mudah. ni untuk
memudahkan pendidik/pembantu pusat memantau segala pergerakan bayi atau
kanak-kanak lain di bawah jagaannya. Sediakan diapering table dengan saiz 36
tinggi X 24 lebar dan 42' panjang dengan ketebalan pelapik / pad 2-3 inci. Bagi
mengelakkan bayi bergolek, bina benteng setebal 6 inci di atas pad pada 3 sisi
permukaan. Pad pula hendaklah tidak licin, tidak berongga, dan boleh dibasuh.
Contoh pad yang baik adalah vinyl-covered pad. Rajah 5 merupakan contoh
meja diapering:
6





















Rajah 5 : iapering table.
(Sumber : Anita Rui Olds, 2001)

Meja diapering bagi kanak-kanak biasanya direndahkan sedikit
berbanding bayi supaya mereka boleh berdiri untuk mencapai dan memilih
diaper mereka sendiri yang ditempatkan dalam rak pakaian yang biasanya
bersebelahan dengan meja diapering. Jika meja diapering mempunyai tangga
atau pull-out stairs , kanak-kanak boleh belajar memanjat (Rujuk rajah 4).
Sediakan juga rak untuk menyimpan alatan seperti pengelap dan tuala. Rak
mestilah mudah dicapai oleh penjaga tetapi sebaliknya bagi kanak-kanak. Selain
itu, sediakan ruang pengudaraan tambahan untuk udara keluar bagi
mengelakkan bau merebak ke ruang lain (Anita Rui Olds, 2001).

Seperti yang telah dijelaskan, aktiviti diapering ini dapat membantu kanak-
kanak meningkatkan kemahiran bahasa. ni melalui interaksi antara kanak-kanak
dengan pendidik/pembantu pusat. Biasanya, patung, gambar dan cermin yang
digantung pada meja menyalin bagi menemani kanak-kanak atau sebagai asas
kepada percakapan pendidik/pembantu pusat dengan kanak-kanak. ni bertujuan
untuk menarik perhatian kanak-kanak supaya diam dan tidak bergerak-gerak
agar kerja menyalin dapat berjalan lancar. Dengan ini, kanak-kanak akan meniru
dan mengajuk percakapan pendidik/pembantu pusat terutamanya jika berlaku
proses pengulangan cerita yang sama. Selain dari perkembangan kemahiran
bahasa, perkembangan fizikal bagi kanak-kanak juga dapat ditingkatkan,
(Aminah Ayob et al.). Sebagai contoh, penggunaan pull-out stairs menyebabkan
bayi mempelajari pergerakan baru (merujuk kepada gerakan memanjat) selain
dari gerakan-gerakan lain yang sudah dikuasainya. Bagi kanak-kanak pula
7

(dalam lingkungan 2 tahun), gerakan badan untuk mencapai lampin yang


diletakkan dalam rak membolehkan mereka mempelajari teknik melompat.

. Ruang Luar / Ruang Permainan

Menurut Anita Rui Olds (2001), mengenai ruang luar adalah bergantung kepada
ciri-ciri berikut.

1. Keperluan keluasan kaki persegi
Setiap kanak-kanak layak diberikan ruang luar bilik untuk bermain dengan
gembira. Kebanyakkan negara memerlukannya dan ruang standard yang
ditetapkan oleh NAEYC iaitu 75 kaki persegi minimum/individu pada satu-
satu masa. Namun, 100-200 kaki persegi/individu adalah lebih baik dan
bersesuaian mengikut faktor cuaca yang baik. Bagi taska yang
mempunyai ruang luar taska yang minimum, APHA menetapkan pada
Panduan AAP membolehkan pengecualian iaitu bagi bayi (0-18bulan)
keluasan minimum adalah 33 kaki persegi manakala untuk bayi (18-24
bulan) minimum adalah 50 kaki persegi. Namun pemilihan lokasi alternatif
juga digalakkan sekiranya perlu.

2. Lokasi alternatif
Semakin pendek jarak pejalan kaki, semakin luas kawasan yang
diperlukan bagi membantu memastikan kanak-kanak dapat bermain diluar
bilik dan mereka tidak terkecuali dari faktor cuaca dan persekitaran. Taska
desa biasanya menggunakan laman luar berasaskan kebun, rumah kaca,
hutan, tepi tasik dan taman rekreasi sebagai kawasan luar mereka
berbeza taska di bandar menggantikan ruang luar seperti muzium, taman-
taman, zoo, tempat-tempat menarik seperti sejarah atau etnik berfungsi
sebagai peranan yang sama.

3. Ruangan peralihan
Ruangan peralihan di antara dalam bilik dan luar bilik bergantung kepada
keberkesanan ruang bermain di luar bilik dengan dalam bilik. Sebagai
contohnya iaitu dari kawasan luar bilik ke dalam bilik perlu dipastikan
struktur atap berfungsi sebagai penyambung laluan pejalan kaki. Kanak-
kanak boleh berjalan dari luar ke dalam bilik tanpa menggunakan tangga.
Atap yang dibina memberi perlindungan matahari dan angin. Biasanya,
atap atas dibina pintu berkunci dan pagar keselamatan minimum 6 kaki.

4. Landskap
Penggunakan landskap tumbuhan hijau adalah bersesuaian bagi
membentuk suasana persekitaran yang selesa dari segi saiz dan
rekabentuk. Tapak yang rata boleh diubahsuai menjadikan ruangan
permainan yang bervariasi. Sebagai contoh, bukit kecil dibina dan dilitupi
oleh rumput. Keadaan ini akan mendorong kanak-kanak menggunakan
kemahiran psikomotor seperti mendaki, menggelungsur, berguling dan
8

bermain. Ketinggian minimum adalah 4-5 kaki tinggi (200-400 kaki


persegi) dengan lerengan 1:3, 1:4, 1: 5 disyorkan untuk kawasan pra
sekolah.

. Kawasan berlindung dan perparitan
Ruang untuk berlindung mestilah terdapat beranda, ditutupi atau semi
beranda, "shell gazebo atau "band untuk bermain seperti gudang,
sebuah gubuk, yang bersandar, dan ruang kegiatan berbumbung Selain
itu, kawasan tersebut mestilah mempunyai saliran yang sesuai sejurus
selepas hujan. Material seperti kayu merupakan permukaan yang baik
digunakan untuk lantai dan proses pengeringan lebih cepat.

Mencipta ruang persekitaran yang selesa dan selamat di luar bilik darjah
bagi kanak-kanak taska (0-4 tahun) dapat dicapai dengan menggunakan bahan
yang asas, kreativiti, masa dan usaha. Tidak kira besar atau kecil sesebuah
taman permainan, permainan luar bilik darjah merupakan bahagian yang penting
untuk menggalakkan kanak-kanak menerokai alam seterusnya membantu dalam
proses pembangunan kemahiran psikomotor mereka. Ruang permainan yang
disediakan perlu dipastikan selamat dan memudahkan kerja pengawasan dan
pemantauan. Berikut merupakan ruang permainan yang perlu bagi kanak-kanak
pra sekolah (Anita Rui Olds, 2001).

1. Kawasan yang terbuka luas diperlukan sebagai tempat permainan.
Keluasan tanah dititik beratkan dan kemudahan untuk mereka meneroka
sifat alam seperti di kawasan halaman.
2. Tempat permainan luar bilik perlu dilengkapi dengan gerbang pagar atau
mudah alih bergantung kepada usia kanak-kanak. Bagi kanak-kanak
berusia 5 tahun pagar kekal bagi memastikan mereka selamat berada
diluar bilik terutamanya bermain tanpa pengawasan.
3. Pemilihan kawasan permainan mestilah bersesuaian bagi mencipta
pelbagai persekitaran pembelajaran. Sebagai contoh, kawasan untuk
permainan pasir, mengenali alam, air dan kawasan luas bagi
pembangunan psikomotor.
4. Kanak-kanak juga cenderung untuk melakukan aktitiviti penanaman.
Mereka berminat untuk melihat tumbesaran tumbuhan seterusnya
memberi minat pada mereka. Pemilihan kawasan perlu bagi memberi
ruang kepada mereka bereksperimentasi dengan tanah dan tumbuhan.
5. Pembangunan kemahiran psikomotor kanak-kanak pra sekolah boleh
dilakukan secara individu seperti ayunan, gelungsur sekiranya disediakan
ruang yang berstruktur. Selain itu, bahan kitar semula boleh digunakan
seperti tayar yang digunakan digantung pada pokok bagi mereka
memanjat dan membuat ayunan yang digantung pada pokok.




9

.4 Ruang Taska PERMATA



Dalam KURKULUM PERMATA (Panduan Pendidikan Awal Kanak-Kanak 0-4
Tahun) menyatakan persekitaran pembelajaran PERMATA menekankan aspek
persekitaran yang interaktif dan kondusif supaya setiap aktiviti pembelajaran
yang dijalankan berlaku dalam suasana yang ceria, selamat dan berkesan.
Terdapat tiga bilik khas yang mengikut umur kanak-kanak iaitu yang pertama
bilik bayi iaitu kanak-kanak yang berumur 1 hingga 3 bulan. Bilik ini tidak boleh
terlalu kecil dan sesak dengan kanak-kanak atau peralatan. Saiz bilik dan
bilangan kanak-kanak haruslah sesuai. Kedua ialah bilik anak kecil iaitu kanak-
kanak di antara umur 1 hingga 2 tahun ke atas. Bilangan kanak-kanak dan saiz
bilik boleh dirujuk dengan Bahagian PERMATA di Jabatan Perdana Menteri dan
sebaiknya ruang untuk bermain, makan dan tidur hendaklah diasingkan jika
boleh. Ketiga ialah bilik anak besar untuk kanak-kanak dari umur 3 hingga 4
tahun. Ruang yang cukup luas diperlukan untuk kanak-kanak bermain, makan
dan tidur.

Ciri-ciri persekitaran pembelajaran kanak-kanak PERMATA mestilah
dapat merangsang perkembangan minda kanak-kanak, meningkatkan perasaan
ingin tahu kanak-kanak, berminat untuk meneroka, menjelajah mencuba dan
berfikir secara kreatif, sumber atau bahan yang disediakan digalakkan dibuat
daripada bahan semulajadi atau bahan tempatan. Susun atur ruang fizikal pula
hendaklah memudahkan pergerakan kanak-kanak, mudah ubah mengikut
situasi, mudah di ambil dan disimpan oleh kanak-kanak, alatan boleh dipelbagai
guna dan mempunyai ciri-ciri keselamatan. Susun atur ruang mestilah
membolehkan kanak-kanak mendapat pelbagai pengalaman seperti menyanyi,
menari, berlakon, melompat, membaca, bercerita dan berehat. Situasi ini dapat
menggalakkan kemahiran urus diri kanak-kanak seperti mengemas kembali
peralatan, menyusun mengikut saiz, bentuk dan warna. Selain itu, sudut main
peranan yang disediakan untuk bermain olok-olok atau masak-masak di luar
kelas atau di dalam kelas. Peralatan yang dicadangkan ialah kotak besar atau
khemah kecil yang boleh dipasang sebagai rumah, peralatan memasak seperti
pinggan mangkuk, cawan, anak patung dan sebagainya. (Kurikulum Permata,
2008).

Susun atur bahagian luar pula hendaklah dapat merangsang minda
kanak-kanak di mana perlu disediakan ruang bermain pasir dan air supaya
kanak-kanak dapat meneroka sambil bermain. Ruang bermain (outdoor
playground) dan taman yang indah dengan tumbuhan mestilah sesuai dan tidak
merbahaya. Lorong untuk kanak-kanak berjalan, buaian dan gelongsor serta
ruang untuk beriadah penting bagi meningkatkan perkembangan kanak-kanak
semasa bermain. Di samping itu, persekitaran pembelajaran untuk
menggalakkan perkembangan kemahiran pra-matematik dan pemikiran logik
diwujudkan di mana ia bertujuan untuk menyokong proses pembelajaran pra-
matematik dan pra-sains melalui aktiviti yang dijalankan. Peralatan yang
disediakan seperti bongkah pelbagai bentuk dan warna, kad nombor, mainan

suai padan, model manusia, kanta pembesar, akuarium dan sebagainya.


(Kurikulum Permata, 2008).

Bagi mengembangkan kemahiran kreativiti estetika dan daya kreatif
kanak-kanak, ruang dan alatan untuk aktiviti seni, kraf dan lukisan perlu
disediakan. Alatan untuk mewarna iaitu berus, pensil warna dan krayon, kertas
lukisan, gam, majalah dan lain-lain hendaklah mencukupi. Perkembangan
bahasa dan literasi awal kanak-kanak turut ditekankan dalam persekitaran
pembelajaran PERMATA dimana kanak-kanak digalakkan berinteraksi dengan
bahan bacaan, bahan bergambar dan bahan bercetak. Aktiviti bahasa yang
dijalankan bertujuan untuk memupuk perasaan sayangkan buku dan minat
membaca. Di antara bahan yang disediakan ialah buku bergambar, kad bacaan,
pentas boneka, carta, buku cerita dan sebagainya. (Kurikulum Permata, 2008).

4.0 Ruang Tadika dan Perkembangan Kanak-Kanak

4.1 Bahagian Ruang Pra SekoIah

Rohani Abdullah (2003), pula menyatakan ruang dalam bilik darjah pra sekolah
seharusnya dibahagikan kepada pusat pembelajaran tertentu di mana murid
nampak lebih jelas pilihan ruang bagi menjalankan aktiviti tertentu iaitu pusat
estetika dan daya kreatif bagi menjalankan aktiviti seni dan kraf. Selain itu, pusat
tersebut boleh digunakan untuk mempamerkan dan menyimpan alatan yang
bersesuaian seperti pusat manipulatif untuk menyimpan alat permainan blok.
Pusat pembelajaran atau ruang yang perlu ada dalam bilik darjah pra sekolah
ialah pusat bahasa dan komunikasi, pusat manipulatif, pusat drama atau main
masak-masak, pusat seni dan kraf, pusat kognitif (sains dan matematik), pusat
teknologi, pusat kerohanian dan moral. Susun atur empat ruang utama dan
peralatan dalam pengurusan ruang adalah seperti berikut.

1. Ruang bilik darjah / ruang pembelajaran
a) Pusat bahasa : rak buku cerita dan buku ilmiah, kad bacaan, carta,
panggung boneka dan sudut cerita.
b) Pusat fizikal : peralatan mainan, peti kecemasan, alat pemadan api,
carta bergambar dan pelan kebakaran.
c) Pusat kreativiti : alat muzik, alatan mewarna atau seni visual, alat
drama atau main peranan dan pelbagai alat teknologi.
2. Ruang penyediaan makanan
a) Ruang masak : dapur, sinki, peti sejuk, rak pinggan mangkuk,
peralatan memasak dan peralatan mencuci.
b) Ruang makan : meja beralas, tikar dan kerusi, pelapik makanan, carta
doa makan, carta pemakanan seimbang dan carta kesihatan.
3. Ruang bilik air / tandas
a) Tandas lelaki dan perempuan : tandas berasingan, sinki, cermin,
penyidai tuala, sabun, berus, mop, selipar, pewangi dan pencuci,
gayung dan baldi.


4. Ruang luar
a) Pondok
b) Sudut pasir dan air
c) Alatan permainan luar : jongkang-jongket, papan gelongsor, papan
imbangan, rangka memanjat, terowong dan buaian.

4.2 Ruang PembeIajaran

Pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak perlu ditempatkan di dalam kawasan
yang luas dan mempunyai kemudahan yang menarik bagi mereka. Dalam
menyediakan kemudahan yang bersesuaian, analisis ke atas ruang adalah amat
penting. Keluasan ruang pembelajaran kanak-kanak bergantung kepada
penggunaan kanak-kanak, staf, ibu bapa, keperluan program dan juga mematuhi
Akta Hak Kanak-kanak (Akta 308). Kementerian Pendidikan (2003) menetapkan,
ruang tadika perlu mengambil kira perkara-perkara berikut seperti :

1) Selesa, mendapat cahaya yang cukup dan peredaran udara yang baik.
2) Susun atur peralatan memudahkan pergerakan kanak-kanak.
3) Ruang pembelajaran diwujudkan di dalam dan di luar kelas.
4) Sentiasa bersih, ceria, menarik dan selamat.
5) Ruang dan susun atur boleh diubah mengikut situasi dan aktiviti
pembelajaran.

Menurut Halimah Abdul Rahman dan Kamariah brahim (1993), ruang-
ruang kawasan sekolah atau bilik darjah mempunyai fokus tertentu atau
mempunyai peluang-peluang tertentu untuk pembelajaran. Jika ruang dalam
bangunan adalah kecil, maka guru boleh mempelbagaikan satu sudut untuk
melakukan beberapa aktiviti. Pastikan sudut dibina supaya kanak-kanak senang
dan boleh membuat pilihan sendiri mengikut keperluan masing-masing.
Sediakan ruang-ruang yang boleh memberi peluang untuk pembelajaran
dijalankan dalam kumpulan besar, kumpulan kecil dan secara individu.
Persediaan sudut-sudut pembelajaran ini bertujuan supaya aktiviti dijalankan
mengikut kehendak individu, dan kanak-kanak dihalatujukan kepada
pembelajaran dengan cara yang baik dan tidak terlalu ketara. Contohnya, kanak-
kanak yang pemalu mungkin akan memilih satu sudut di mana ia boleh
bersendirian dan seseorang kanak-kanak lain yang memerlukan kawan boleh
menyertai permainan berkumpulan. Mungkin ada seorang kanak-kanak yang
berminat dan berasa selesa untuk memulakan aktivitinya di sudut seni atau di
sudut sains (Halimah Abdul Rahman dan Kamariah brahim, 1993).

Ruang sudut yang berlainan akan memberi peluang kepada kanak-kanak
untuk melihat, membuat dan belajar. Guru yang prihatin mempunyai kepekaan
untuk membawa kanak-kanak ke sudut yang diminati oleh mereka. Guru juga
perlu memberi bimbingan dan menggalakkan kanak-kanak meneroka semua
sudut dan akhirnya kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu di sudut-sudut
2

tertentu yang sesuai untuk perkembangan mereka. Susunan alatan, bahan-


bahan, tenaga pengajar dan konsep yang akan dipelajari dan mempengaruhi
perkembangan pembelajaran kanak-kanak. Dengan mengadakan beberapa
sudut, guru dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk (Halimah Abdul
Rahman dan Kamariah brahim, 1993).

O Membuat pilihan
O Membuat penemuan dan pembelajaran melalui pengalaman sendiri.
O Mengembangkan perasaan yakin diri dari kemahiran yang dipelajari.
O Mengembangkan bahasa dan kemahiran komunikasi terutama
membentangkan idea sendiri dengan menggunakan bahasa, bahan dan
alat separa kreatif.
O Berlakon melalui main peranan.
O Belajar berfikir dan menyelesaikan masalah dengan menggunakan
pelbagai bahan.
O Perkembangan fizikal dan kemahiran motor dari aspek koordinasi dan
manipulasi semasa penggunaan alat.
O Mengembangkan aspek sosial dan hubungannya dengan kanak-kanak
yang lain.
O Berkongsi dan bertanggungjawab kepada yang lain sebagai ahli
kumpulan.
O Mengguna dan menjaga alat dan bahan.
O Menyiapkan sesuatu tugasan untuk kumpulan.
O Membuat penemuan dan kemudiannya mengembangkan pembelajaran
berkenaan sesuatu benda atau sesuatu maklumat.

Menyediakan ruang sahaja untuk sudut-sudut tidak mencukupi. Guru
mestilah bertindak sebagai pembimbing, pemerhati, bermain bersama, dan
sering berinteraksi dengan kanak-kanak. Sudut-sudut mestilah senang diawasi
oleh guru dan tidak terhad dari segi bahan. Di bahagian ini cadangan diberi
mengenai alat dan bahan yang boleh disediakan untuk sudut-sudut yang boleh
disebutkan pada awal tadi (Halimah Abdul Rahman & Kamariah brahim, 1993).

4.2.1 Sudut-sudut PembeIajaran

Menurut Halimah Abdul Rahman dan Kamariah brahim (1993), ruang-ruang
atau bilik darjah mempunyai fokus tertentu atau mempunyai peluang-peluang
tertentu untuk pembelajaran. Sudut yang boleh dirancang dan disediakan ialah:

(a) Sudut Sains
(b) Sudut Bahasa
(c) Sudut Seni dan Kreativiti
(d) Sudut Muzik
(e) Sudut Agama dan Moral
(f) Sudut Matematik

3

a) Sudut Sains
Untuk menggalakkan kanak-kanak memerhati dan berfikir, tanyakan
soalan-soalan seperti berikut :
O Apa yang anda lihat?
O Bagaimana rupanya?
O Kenapa begitu?
O Beri pendapat.
O Apakah akan terjadi kalau ...?
O Bagaimana cara mengetahuinya?

Beri bimbingan kepada setiap kanak-kanak untuk memberi
penjelasan. Dengar soalan-soalan dari kanak-kanak dan beri pertolongan
kepadanya apabila menemui perkara-perkara yang disalah anggap. Beri
berbagai-bagai pengalaman. Sediakan program yang seimbang
menggunakan :

i. Bahan hidup (tumbuhan atau haiwan untuk menggambarkan
pertumbuhan dan pengeluaran oksigen dan karbon dioksida).
ii. Bahan yang mengeluarkan tenaga (panas, angin, elektrik, bunyi
motor, api, magnet).
iii. Tanah dan kandungannya (batu, tanah, pasir, logam, air, udara).

Selain itu, beri peluang kepada setiap kanak-kanak untuk membuat
penemuan. Sediakan alatan dan bahan yang sesuai yang akan
membolehkan mereka membuat percubaan. Alatan tidak perlu yang
canggih, contohnya dengan alat seperti kanta pembesar kanak-kanak
boleh memerhatikan air, bayang-bayang, matahari, langit, bumi dan
membuat penemuan sendiri selepas pemerhatian. Pengalaman lama
boleh diulang dan dikaitkan dengan pembelajaran yang terkini supaya
pembelajaran itu dapat dikembangkan. Gunakan pelbagai media seperti
bahan maujud, model, gambar, pelawat dan lawatan. Tanamkan sikap
menghargai benda-benda hidup. Awasi keselamatan kanak-kanak.
Menurut Halimah Abdul Rahman dan Kamariah brahim (1993), contoh
alat untuk sudut sains ialah:

1. Alat pengukur seperti pembaris, peta, timbang, penimbang berat
badan, sudu besar atau kecil, cawan atau sudu pengukur dan alat
mengukur suhu.
2. Alat-alat lain seperti kanta pembesar, alat mudah (seperti roda,
skru, spring), bateri, tembikar, mangkuk, jam, glob, cermin,
kompas, teropong, lampu picit, telefon dan akuarium.

Sudut sains kadangkala dipanggil sudut penerokaan tempat di
mana kanak-kanak meneroka, membuat penemuan, menilai dan
membuat keputusan tentang bahan dan peralatan. Kanak-kanak
menggunakan deria untuk meneroka sains fizikal dan biologi. Sains
4

adalah pengalaman terus (hands on) dan bukannya magik. Kedudukan


sudut sains hendaklah di tempat yang boleh memberikan cahaya
semulajadi. Jika boleh, kedudukannya berdekatan dengan plug elektrik.
Ada guru atau profesional kanak-kanak meletakkan kedudukannya
berdekatan dengan sudut manipulatif supaya bahan dan peralatan boleh
dikongsikan bersama. Kemudahan penyimpanan penting untuk
mengilirkan bahan dan peralatan. Peralatan yang dicadangkan ialah
prisma dan warna, kanta, peralatan pengukuran, magnet, kompas, jam
dan lain-lain. Meja pasir dan air adalah penting sebagai tambahan di
sudut sains. Pengajaran dan aktiviti hendaklah dirancang apabila
menggunakan haiwan dan tumbuhan di sudut sains (diperoleh daripada
http://bustamkamri.blogspot.com/2010/09/bagaimanakah-sudut-sains-di-
taska-anda.html).

b) Sudut Bahasa
Sudut bahasa bertujuan untuk memperkenalkan bahasa, budaya, dan
kaum di Malaysia dan kepentingan Bahasa Malaysia sebagai bahasa
kebangsaan dan menjadikan Bahasa nggeris sebagai bahasa
antarabangsa. Aktiviti yang boleh dijalankan di sudut bahasa ialah dengan
memperkenalkan pakaian, tarian, makanan, perayaan dan lagu-lagu
rakyat untuk mewujudkan minggu bertema dan pertandingan kebudayaan.
Manakala bahan yang sesuai pula ialah gambar-gambar dan carta-carta
berkaitan budaya, pakaian, perayaan yang ada di Malaysia dan pelbagai
lagi. Selain itu sudut ini juga dilengkapi dengan peralatan audio, video dan
terdapat ruang bacaan (Halimah Abdul Rahman dan Kamariah brahim,
1993).

Sudut bahasa amat sesuai untuk meningkatkan perkembangan
kanak-kanak di mana sudut ini dapat meningkatkan kemahiran bahasa
dan komunikasi, dapat berinteraksi dengan bahan bacaan, bahan
bergambar dan bahan bercetak, dapat menambahkan perbendaharaan
kata dan mengukuhkan kemahiran bahasa dan juga dapat memupuk
minat, kemahiran, mengembangkan kemahiran membaca dan sayangkan
buku (diperoleh daripada http://my prasekolah.blogspot.com/2009/01/
pusat-bahasa-dan-komunikasi-prasekolah.html).

.) Sudut seni dan kreativiti
Sudut ini bertujuan untuk memperkenalkan dan mengembangkan lagi
kebolehan kesenian dan kreativiti kanak-kanak melalui teknik-teknik
penggunaan warna dan tekstur serta menggalakkan kanak-kanak
menjadikan seni dan kreativiti sebagai subjek yang menghiburkan dan
boleh dijadikan kerjaya di masa akan datang. Aktiviti yang boleh
dijalankan di sudut seni dan kreativiti ialah:

O Mengadakan pertandingan mewarna dan melukis.
3

O Mengajar teknik-teknik menghasilkan lukisan dan gambar (teknik


tampalan dan pelbagai lagi)
O Mengajar kanak-kanak untuk menghasilkan barang seperi
membuat layang-layang, membuat tikar, membuat bunga plastik
dan pelbagai lagi.
O Selain itu, mengajar kanak-kanak cara-cara mengecat dan lain-lain.

Manakala bahan yang sesuai digunakan ialah peralatan mewarna seperti
warna pensel, warna air, krayon, kapur dan lain-lain, peralatan mengecat
(cat dan berus) dan peralatan untuk menghasilkan kraftangan seperti
straw, lidi, surat khabar dan lain-lain (Halimah Abdul Rahman dan
Kamariah brahim, 1993).

Sudut seni dapat membantu kreativiti dan luahan ekspresi seni
kanak-kanak. Biasanya terdapat easel berdiri, meja melukis dan bahan
tanpa toksid untuk mewarna, pemotong, alat lukisan, pengecap, pelekat
dan pengukir. Kotak pula dipenuhi bahan buangan seperti siput, riben,
kain potongan, dawai berwarna, kertas tektur dan kertas warna yang
bertujuan untuk eksperimen dan kreativiti. Kejayaan sudut seni adalah
berpusatkan kepada kanak-kanak yang berfokuskan kepada proses
menghasilkan seni dan bukan pada penghasilannya. Maksudnya ialah
satu proses yang menghasilkan seni menerusi eksperimen pelbagai
bahan, penggunaan peralatan seni dan pendedahan kepada pengalaman
untuk kreativiti dan luahan ekpresi seni (diperoleh daripada
http://bustamkamri.blogspot.com/2010_08_01_archive.html).

d) Sudut Muzik
Sudut muzik bertujuan untuk memperkenalkan jenis-jenis muzik, alatan
perkusi, jenis-jenis tarian dan drama. Di antara aktiviti yang boleh di
jalankan di sudut muzik ialah mengadakan pertandingan dan
persembahan nyanyian, mengajar murid-murid cara-cara bermain alatan
muzik, mengajar murid menari mengikut irama dan juga mengadakan
pertandingan sketsa dan pelbagai lagi. Bahan yang digunakan ialah
alatan-alatan muzik (piano, biola, rekoder dan lain-lain), peralatan audio
dan sebagainya (Halimah Abdul Rahman dan Kamariah brahim, 1993).

Kajian terbaru membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan
perkembangan bahasa, hubungan bunyi perkataan, keupayaan matematik
kanak-kanak dan sesetengahnya meningkatkan keupayaan intelektual
kanak-kanak. Menurut Dr. Lihanna Borhan (2007), pensyarah
perkembangan kanak-kanak di Universiti Malaya, kepelbagaian jenis
muzik berguna untuk masa depan bayi kerana ia memupuk kemahiran
menulis, membaca dan perbahasan. Semasa usia enam tahun pertama
mereka, kanak-kanak boleh berlagu mengikut irama apabila mereka cuba
membezakan deria dan bunyi daripada irama muzik serta memperoleh
penyampaian visual bunyi tersebut. Proses mendapatkan maksud dari
6

bunyi merupakan kunci utama untuk permulaan kanak-kanak dalam


perkembangan bahasa (diperoleh daripada http://my-
prasekolah.blogspot.com/2009/01/peranan-muzik-dan-kanak-kanak.html).

e) Sudut Agama dan Moral
Sudut agama dan moral berfungsi untuk memperkenalkan dan
menerapkan nilai-nilai murni kehidupan berdasarkan kepada kepercayaan
agama masing-masing. Aktiviti yang boleh dijalankan di sudut agama dan
moral ialah mendidik kanak-kanak cara-cara berwuduk, solat, berdoa dan
nilai-nilai murni, mengadakan praktikal cara berwuduk dan solat,
mengadakan sesi menghafaz doa dan surah-surah pendek dan juga
mengadakan persembahan nasyid. Bahan yang digunakan pada sudut ini
adalah seperti carta dan gambarajah cara berwuduk dan bersolat, jam
yang menunjukkan waktu solat, peralatan bersolat seperti sejadah,
telekung, songkok dan lain-lain dan gambar tempat-tempat ibadat
mengikut agama masing-masing seperti masjid, kuil, gereja dan lain-lain
(diperoleh daripada http://bustamkamri.blogspot.com/
2010_08_01_archive.html).

f) Sudut Matematik
Sudut matematik diwujudkan untuk memperkenalkan konsep matematik
melalui penggunaan awal nombor dan pra nombor dan menjadikan
matematik sebagai subjek yang menghiburkan. Bahan yang digunakan
ialah peralatan seperti guli, congkak, puzzle dan lain-lain, kad imbasan
nombor manik untuk membilang, penimbang ,jam, calendar, carta dan
gambar-gambar yang berkaitan nombor. Manakala aktiviti yang boleh
dijalankan di sudut matematik ialah : (diperoleh daripada
http://bustamkamri.blogspot.com/2010_08_01_archive.html).
O Mengadakan pertandingan bermain congkak, puzzle dan
sebagainya.
O Memperkenalkan teknik-teknik mengira dengan menggunakan
lagu.
O Mengadakan aktiviti melibatkan pra nombor dan nombor awal
seperti lakonan jual beli dan pelbagai lagi.

g) Sudut dramatika
Sudut dramatika kadangkala dipanggil pondok-pondok, rumah-rumah,
atau alam rumah tangga. Apa pun nama yang diberi, ia adalah tempat
untuk kanak-kanak meneroka pelbagai aktiviti dan menghubungkaitkan
dengan dunia sebenar. Kanak-kanak boleh menyelidik peranan sebagai
ibu, doktor atau pekerja binaan. Kanak-kanak juga dapat membina
bahasa dan kemahiran berkomunikasi, berlatih berunding dan
menyelesaikan masalah, membina kemahiran literasi menggunakan
menu, senarai semak, mesej, buku masakan atau borang tempahan.

7

Sudut dramatika biasanya mempunyai dapur bersaiz kanak-kanak,


peralatan seperti kuali, periuk, peti sejuk, mop, penyapu, sudu dan garpu,
pinggan dan mangkuk, dan juga telefon. Peralatan tambahan pula
biasanya pakaian, anak patung, dan cermin. Kotak props disediakan
untuk membolehkan kanak-kanak mengembangkan aktiviti kerjaya.
Semasa mengumpul bahan untuk kotak props perlu diingat bahan
matematik dan literasi, props binaan, tiket dan duit olok-olok disusun atau
disimpan dengan baik (diperoleh daripada
http://bustamkamri.blogspot.com/ 2010_08_01_archive.html).

4. Ruang Makan
Ruang makan merupakan ruang perkhidmatan sokongan yang perlu ada di
setiap pusat prasekolah. Sekiranya ruang makan disediakan di dalam bangunan,
kedudukannya bersebelahan dapur penyediaan makanan dengan dibina dua
buah sinki kanak-kanak dengan ketinggian tiga kaki dari lantai. Tetapi sekiranya
ruang makan khusus tidak dapat disediakan, ruang yang sesuai di luar bangunan
seperti di serambi boleh dijadikan sebagai ruang makan. Saiz keluasan ruang
makan yang sesuai disediakan ialah 26 meter persegi (Dasar Asuhan dan
Didikan Kanak-kanak kebangsaan, 2009).

Menurut Halimah Abdul Rahman dan Kamariah brahim (1993), kanak-
kanak yang dibekalkan dengan makanan yang berkhasiat, bermutu tinggi dan
seimbang didapati mempunyai Q atau darjah kecerdasan yang tinggi . Prestasi
mereka juga amat baik. Di dalam bilik darjah mereka didapati aktif dan sentiasa
riang serta cergas. bu bapa dan juga mereka yang terlibat secara langsung
dalam penjagaan kanak-kanak hendaklah peka tentang kepentingan makanan
yang dihidangkan kepada mereka setiap hari. Makanan yang tidak berkualiti dan
berkhasiat akan menjejaskan perkembangan kanak-kanak itu dalam aspek
mental dan juga fizikalnya. Para pakar kesihatan dan pendidikan telah sedar dan
telah melatih orang-orang tertentu dalam bidang pemakanan, terutama sekali
untuk kanak-kanak prasekolah. Terdapat dua faktor yang penting yang telah
mendorong pakar-pakar ini ke arah kesedaran iaitu:

O Segala penyakit dapat dihindari jika pemakanan yang baik diteruskan.
O Kanak-kanak yang mendapat zat yang mencukupi daripada makanan
mereka didapati mempunyai Q yang tinggi. Tahap pencapaian dan
pembelajaran juga meningkat.

Tujuan yang kedua di atas yang diberi penekanan agar kanak-anak di
bawah jagaan kita itu akan terus maju. Pemakanan yang dirancang rapi dapat
membantu kanak-kanak menuju ke arah kecemerlangan di samping faktor-faktor
lain yang turut memainkan peranan. Kajian yang dibuat oleh Dr. Alan C. Leuni
dan Dr. William T. Mullineaux dari New York nstitute for Child Development,
membuktikan pemakanan yang yang seimbang telah dapat meningkatkan
perkembangan Q kanak-kanak sebanyak 20 peratus (Halimah Abdul Rahman
dan Kamariah brahim,1993).
8

Kajian kedua-dua pakar ini juga menunjukkan bahawa rancangan yang


teliti tentang pemakanan kanak-kanak boleh memberi hasil yang baik dan
seterusnya membawa kepada kejayaan kanak-kanak itu dalam kehidupannya.
Untuk menyediakan suatu program pemakanan yang baik kita hendaklah
memahami tentang perkara-perkara yang penting yang berkaitan dengan
makanan dan pemakanan. Perkara yang paling asas yang harus kita ketahui
adalah apa yang akan terjadi kepada makanan setelah dimasukkan ke dalam
tubuh badan (Halimah Abdul Rahman & Kamariah brahim,1993).

4.4 Ruang Luar / Ruang Permainan
Kajian daripada Catherie Robertson (2003) menunjukkan kebanyakan
kemalangan yang berlaku di tadika melibatkan ruang luar daripada ruang dalam.
Sesetengah kes yang berlaku adalah sama iaitu terjatuh, lemas, tercekik, dan
keracunan. Faktorfaktor berikut menyebabkan perlunya polisi keselamatan
ruang luar :

O Separuh daripada kemalangan di tadika adalah disebabkan terjatuh.
Terjatuh daripada alatan permainan mencatatkan hampir separuh
daripadanya menyebabkan kecederaan yang teruk. (Thompson, Hudson
& Mack, 1999)
O Taman permainan perlu menyediakan nilai dan keselamatan bagi
perkembangan yang sihat. (Frost, 1994)
O Lebih kurang 400,000 kanak-kanak dirawat di bilik kecemasan disebabkan
oleh kecederaan yang disebabkan oleh basikal (Berg et al., 2000)

Menurut Anita Rui Olds (2001), ruang luar sebenar kanak-kanak pada
satu masa dahulu sebelum kewujudan taska dan tadika adalah padang, hutan,
dan sungai yang berdekatan. Melalui pengalaman semulajadi seperti ini wujud
interaksi di antara kanak-kanak dan alam semulajadi seperti pasir, air, lumpur,
pokok, batu, semak, ulat, rama-rama dan burung dimana kanak-kanak tersebut
akan menerima kesemua rangsangan motor. Ruang luar semulajadi ini
mempunyai perbezaan yang ketara dengan ruang luar moden seperti peralatan
permainan yang diperbuat daripada kayu, plastik ataupun besi.

4.4.1 Zon bermain
Bagi semua peringkat usia, ruang terbuka harus menyediakan :
1. Tempat yang khusus diperlukan oleh seorang kanak-kanak
2. Tempat untuk sekumpulan kecil 1 hingga 4 orang
3. Tempat untuk aktiviti yang besar yang melibatkan sehingga 10 orang
kanak-kanak.
4. Tempat untuk bermain dan bersukan yang melibatkan lebih daripada 10
orang kanak-kanak.
5. Ruang bebas yang mencukupi bagi kanak-kanak untuk berkumpul secara
spontan

9

Setiap anak berhak menikmati ruangan luar yang mencukupi untuk


bermain dengan aman dan gembira. Kebanyakan negara dan saranan oleh
National Association for The Education of Young Children (NAEYC) memerlukan
sekurang-kurangnya 75 kaki persegi bagi seorang kanak-kanak ketika kesemua
mereka berada di luar pada satu masa. Namun 100 hingga 200 kaki persegi
seorang adalah lebih diutamakan terutama ketika cuaca yang baik (Anita Rui
Olds, 2001).

4.4.2 Keselamatan persekitaran
Catherie Robertson (2003), memberikan beberapa langkah keselamatan yang
perlu dititikberatkan di ruang persekitaran. Antaranya :
1. Ruang luar perlu diperiksa setiap pagi sebelum digunakan. Buang
sampah, dan segala objek bahaya di kawasan persekitaran.
2. Hindarkan kanak-kanak daripada tumbuh-tumbuhan yang bertoksik
kerana kanak-kanak gemar untuk bermain dan makan tumbuhan-
tumbuhan. Ketahui ciri-ciri tumbuhan yang ditanam melalui sumber-
sumber yang boleh dipercayai.
3. Pastikan segala perkakasan dan alatan tidak karat atau dirawat dengan
bahan toksik. Segala racun serangga atau pelarut handaklah dikendalikan
dengan betul dan disimpan ditempat yang selamat dan tidak dapat dicapai
oleh kanak-kanak.
4. Asingkan kawasan sampah daripada tempat bermain untuk mengelakkan
kontaminasi dan serangga. Kanak-kanak harus diajar memakai kasut
setiap kali keluar bagi mengelakkan kecacingan.
5. Sediakan tong sampah tertutup di sekitar kawasan yang sesuai.
6. Setiap kawasan permainan di tadika haruslah mempunyai pagar dengan
ketinggian sekurang-kurangnya 4 kaki.

4.4.3 Panduan bagi pembinaan pagar
Anita Rui Olds (2001), telah menyenaraikan beberapa panduan bagi pembinaan
pagar. Panduan berikut adalah :
a) Perlu beringat walaupun pagar bertujuan untuk mencegah vandalisme
tetapi kadangkala ia mendorong ke arah itu. Pembinaan dinding konkrit
kebiasaannya akan membuatkan rasa ingin tahu orang luar mengenai apa
yang berlaku di dalam tadika.
b) Buat pagar minimum 4 kaki tinggi, dengan tepi bawah tidak lebih dari 3
inci dari tanah.
c) Bagi mengelakkan daripada kepala terperangkap, bukaan hendaklah
kurang daripada 3 inci atau besar daripada 9 inci lebar (rekabentuk
sesuai bagi membuatkan kanak-kanak tidak berani memanjat)
d) Bagi mengelakkan daripada jari terperangkap, bukaan hendaklah berada
di antara 3/8 hingga 1 inci.

4.4.4 Panduan bagi pembinaan pintu gerbang
a. Pintu gerbang terdiri daripada lengkungan terbuka serta berengsel panel
kayu, logam, atau besi padu.
2

b. Pintu gerbang besar dan kecil digunakan untuk memisahkan peralihan


dan batas-batas di laman bermain
c. Memastikan bahawa pintu gerbang berfungsi sebagai halangan yang
menutup diri dan tidak boleh dioperasi oleh kanak-kanak.

4.4. Panduan Pemilihan Permainan
American Public Health Association (APHA) & American Academy of Pediatrics
(AAP) telah menetapkan standard bagi kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah
dimana tidak ada struktur yang melebihi 5 kaki tinggi. Jika terdapat struktur
yang melebihi daripada spesifikasi yang ditetapkan, kajian menunjukkan bahawa
kecederaan yang berlaku adalah lebih serius (Catherie Robertson, 2003).

Menurut Anita Rui Olds (2001), kemalangan di ruang luar telah banyak
berlaku. Oleh sebab itu, jalan penyelesaian utama adalah menyusun semua
peralatan dengan sebaiknya supaya kanak-kanak yang bermain pada salah satu
permainan tidak akan mengganggu kanak-kanak yang lain atau berlari kepada
yang lain. Spesifikasi APHA :

O 9 kaki di sekitar objek pegun
O 15 kaki di sekitar objek bergerak (ruang kosong yang diperuntukkan
untuk salah satu peralatan tidak boleh bertindih dengan yang lain)

Terdapat beberapa panduan keselamatan bagi alatan permainan di
tadika. Menurut Anita Rui Olds (2001), antara panduan-panduan keselamatan
berikut adalah:

1. Panduan keseIamatan : Permainan Bergerak
a) Tempatkan buaian dan kesemua alatan bergerak di bahagian tepi laman
supaya pagar berfungsi sebagai 'belakang' buaian. ni dapat
mengurangkan pertembungan di belakang buaian.
b) Gunakan buaian yang diperbuat daripada getah atau bahan yang
diluluskan. Jangan menggunakan kayu dan besi sebagai tempat duduk
buaian. Elakkan tempat duduk buaian yang bersifat kaku dan keras
kerana ia akan menggalakkan kanak-kanak berdiri diatasnya.
c) Letakkan tidak lebih daripada 2 buaian disetiap satu palang. ni akan
mengurangkan risiko pertembungan diantara pengguna buaian dan orang
yang lalu di kawasan tersebut.
d) Pisahkan buaian bayi dengan buaian kanak-kanak.
e) Tebuk lubang pada buaian yang diperbuat daripada tayar bagi
memastikan terdapat saluran yang baik.
f) Penggunaan rantaian besi kecil adalah lebih baik daripada penggunaan
tali fiber yang boleh menyebabkan kecelakaan.




2
















Gambarajah : Buaian Kanak-kanak
(Sumber : http://meyckplay.en.made-
inchina.com/product/YoTxMDKCAbWe/China Children Outdoor-Swings-
57B-.html)

2. Panduan pemiIihan geIongsor
a) Letakkan gelongsor di kawasan yang kurang padat. Pastikan gelongsor
tidak berkongsi ruang pendaratan dengan peralatan lain.
b) Bagi mengelakkan kemalangan pastikan bahagian bawah gelongsor :
O Harus selari dengan permukaan tanah 12-16 inci
O Mempuyai ketinggian 7-12 inci daripada permukaan tanah
O Diikuti dengan ruangan yang kosong 11 kaki
c) Pastikan terdapat ruang keselamatan di kawasan permulaan gelongsor.
d) Gelongsor yang dibina hendaklah 2 kali lebih panjang daripada
ketinggiannya dengan kecondongan tidak melebihi 40 darjah. Pastikan
bahawa gelongsor bagi 2 atau lebih kanak-kanak mempunyai panjang
tidak lebih daripada 12 kaki.














22














Gambarajah : GeIongsor
( Sumber : http://www.aaastateofplay.com/all-steel-slide-p-
945.html?osCsid=cc7c4c221e5213c55c136b9e1eab5c7a )

. Panduan pemiIihan jongkang jongket dan permainan berspring
Jongkang jongket yang menggunakan spring adalah lebih sesuai daripada
jongkang jongket tradisional
a) Pastikan jongkang jongket mempunyai fulkrum yang tertutup dan ketinggian
maksimum 4 kaki, 6 inci. Direkabentuk dengan setiap tempat duduk
diletakkan blok atau separuh tayar yang terkeluar daripada tanah bagi
mengalami impak 'cushion'.
b) Pastikan spring yang digunakan ditutup atau direkabentuk untuk
mengelakkan daripada terkapit.
c) Pastikan jongkang jongket dan permainan berspring mempunyai pemegang
tangan dan pemijak kaki bagi memberi keselesaan kepada kanak-kanak
dan memudahkan mereka untuk mengawal kelajuan.
d) Pastikan jongkang jongket dan permainan berspring lain mempunyai 39 inci
ruang bebas disemua arah.


Gambarajah : Jongkang Jongket
( Sumber :http://www.northantsfencing.com/playgroundequipment.htm )

23

4.4.6 Pengaruh Ruang Luar Terhadap Perkembangan Kanak-kanak


Menurut Anita Rui (2001), kanak-kanak adalah tangkas dan bersemangat untuk
mengetahui kebolehan fizikal mereka. Oleh itu, mereka menghargai setiap alatan
dengan komponen yang berbeza mengikut cara mereka tersendiri. Ketinggian
yang berbeza akan meningkatkan cabaran dan membantu meningkatkan
kemahiran psikomotor mereka. Bagi alasan ini, komponen yang bersambung
pada platform (tangga, tali, rantau dan jaring) memberi perkembangan yang lebih
bernilai daripada platform itu sendiri. Kanak-kanak memperoleh kemahiran untuk
mendaki lebih cepat daripada kemahiran untuk menurun. Oleh sebab itu, adalah
penting bagi menyediakan peralatan mendaki dengan berbagai jenis cara untuk
turun. Selain peluang untuk aktiviti fizikal, bermain di ruang luar juga
menyediakan perkembangan daripada segi kognitif, kreatif, dan emosional
proses pembelajaran. Ruang luar yang optima menyediakan enam jenis aktiviti
asas iaitu, aktif, kreatif (pasir, air, lumpur, bercucuk tanam), struktur, fantasi,
tenang (membaca, belajar tentang alam) dan teraputik.

Ruang luar adalah satu ruang lain yang juga merupakan ruangan
pembelajaran. Program di ruangan luar harus membimbing kanak-kanak secara
keseluruhan (fizikal, emosi, kognitif, dan sosial). Guru yang memahami
keperluan perkembangan kanak-kanak dan tahu pemikiran mereka menawarkan
banyak peluang untuk kanak-kanak untuk belajar tentang diri mereka sendiri,
satu sama lain, dan persekitaran. Guru dapat merangkumi kegiatan yang
dirancang, serta membiarkan idea-idea yang muncul dari interaksi yang terjadi
ketika di ruang luar. Guru yang rapat dan sering memerhatikan kanak-kanak
bermain dan mengajar akan mempunyai kebolehan untuk merancang program
yang efektif. Mereka boleh menggunakan ruang luar dengan berkesan sebagai
ruangan yang memaksimumkan peluang pembelajaran. Pelbagai objek di
persekitaran membantu kanak-kanak membuat penyelidikan, menggalakkan
eksplorasi spontan dan gerakan, dan memperkaya interaksi. Alatan dan bahan
lain memberikan kanak-kanak dengan rangsangan untuk penemuan baru dan
cara baru mengekspresikan diri (Karen DeBord et. Al., 2002).

Menurut Halimah Abdul Rahman dan Kamariah brahim (1993), kanak-
kanak pra sekolah mengenali pergerakan yang menyeluruh buat pertama kali.
Ketika inilah mereka amat gemar meneroka, bergerak, menyentuh dan
mengamati objek-objek yang ada disekitar mereka. Pusat-pusat pra sekolah
haruslah mempunyai keadaan ruang dan persekitaran yang membolehkan
kanak-kanak membuat penerokaan dengan bebas dan selamat. Keadaan
disekeliling mereka juga memberikan galakan yang memberangsangkan
disamping mewujudkan cabaran-cabaran yang baru supaya mereka akan terus
dapat mempelajari kemahiran yang baru. Suasana persekitaran yang selamat
juga akan dapat memberi ruang untuk kanak-kanak membuat penerokaan tanpa
sebarang sekatan. Cara bagaimana sesebuah bilik atau taman permainan dihias
akan memberi kesan kepada cara kanak-kanak bermain.

24

Anita Rui Olds (2001), turut menyatakan bahawa 2ood juga dipengaruhi
oleh teknik dekorasi yang akan membuatkan sesuatu ruang nampak lebih tinggi
nilai sensori dan lebih bervariasi seperti tumbuhan, warna, tekstur, fabrik, dan
bantal. Apa sahaja yang bergerak, tumbuh, bertukar bentuk (angin, ikan,
binatang, tumbuhan) atau pantulan gerakan (cermin) akan menambah minat
untuk melihat dan membuatkan kanak-kanak lebih gembira. Pelbagai deria boleh
memberi variasi yang berbeza :
O Penglihatan (lukisan dinding, seni klasik, lukisan kanak-kanak, warna,
langit, penglihatan kepada langit dan pokok).
O Pendengaran (gadget, muzik, kicauan burung, ketawa).
O Bau (biskut, bunga, tumbuhan).
O Tekstur (kayu, fabrik, bulu, karpet, plastik, kaca).
O Kinestatik (hal yang berkaitan dengan bahagian-bahagian tubuh, hal-hal
seperti merangkak di dalam, di bawah, dan di atas, peluang untuk melihat
persekitaran dari titik pandang yang berbeza).

4.5 Tandas dan Tempat Rehat Kanak-Kanak Sakit
Tandas untuk kanak-kanak hendaklah dibina khas untuk kegunaan mereka di mana
pintu, tempat duduk dan paip air dibina mengikut tinggi mereka. Ciri-ciri keselamatan
yang perlu diberi perhatian ialah tandas kanak-kanak lelaki diasingkan daripada tandas
kanak-kanak perempuan, lantai tandas hendaklah bersih, tidak licin dan mangkuk
tandas dibina tidak melebihi 6 inci tinggi dari lantai. Bagi kanak-kanak cacat, pemegang
perlu disediakan. Selain itu, tempat mencuci tangan juga hendaklah rendah daripada
kanak-kanak. Bagi tempat rehat kanak-kanak sakit pula, ruang ini hendaklah sentiasa
bersih dan dibekalkan dengan sebuah katil yang sesuai dengan saiz kanak-kanak.
Sebuah kotak ubat perlu ada dan ditempatkan di satu sudut yang sukar dicapai oleh
kanak-kanak (Halimah Abdul Rahman dan Kamariah brahim, 1993).

5.0 Kajian Lepas Mengenai Kesan Pusat Asuhan
a) Kesan perapatan
Lewis (1987) mendapati bahawa bayi-bayi di Pusat Asuhan Kanak-Kanak
berupaya membentuk perapatan dengan penjaga. Ricucuiti (1974) pula
mendapati kanak-kanak akan sedih atau cemas apabila ia ditinggalkan
dengan orang yang tidak dikenalinya atau apabila ia dipisahkan daripada
penjaganya. Anderson dan rakan-rakan (1981) pula mendapati bahawa had
kesan perapatan ini mempunyai hubungan atau bergantung pada kualiti
Pusat Asuhan Kanak-Kanak dan interaksi antara penjaga dan bayi. Kanak-
kanak akan menunjukkan perapatan yang tinggi dan berasa selamat serta
berani menjelajah persekitaran jika penjaga di Pusat Asuhan Kanak-Kanak
berkebolehan berinteraksi dengan bayi-bayi tersebut. Sebaliknya tahap
perapatan yang rendah adalah disebabkan oleh penjaga yang kurang
berkebolehan dalam berinteraksi dengan kanak-kanak serta tidak sensitif
dengan keperluan mereka (Halimah Abdul Rahman dan Kamariah brahim,
1993).


23

b) Kesan pusat asuhan kanak-kanak ke atas tingkah laku


Hamilton dan Gordon, (1978) dan Rubenstein dan Howes, (1976)
menyatakan kanak-kanak di pusat asuhan lebih aktif, bekerjasama, lebih
yakin, asertif, berdikari dan prososial. Secara khususnya, kanak-kanak di
Pusat Asuhan Kanak-Kanak lebih cekap dari segi sosialnya. ni disebabkan
oleh perhubungan dengan rakan sebaya yang meluas dan penjaga Pusat
Asuhan Kanak-Kanak yang sentiasa memberi arahan sosial (Halimah Abdul
Rahman dan Kamariah brahim, 1993).

Belsky (1988) mengatakan bahawa kanak-kanak yang mempunyai
pengalaman awal tentang Pusat Asuhan Kanak-Kanak lebih berisiko untuk
mempunyai tingkah laku seperti suka berkelahi, tidak mematuhi peraturan
dan suka menarik diri semasa di prasekolah dan sekolah rendah. Steinberg
(1990) juga turut mengatakan bahawa kanak-kanak ini lebih cenderung
menunjukkan sikap suka berkelahi, tergesa-gesa dan egosentrik.

Walau bagaimanapun, Clarke-Stewart (1989) mendapati kanak-kanak
di Pusat Asuhan Kanak-Kanak juga memiliki sikap-sikap agresif dan tidak
akur. ni mungkin kerana kanak-kanak Pusat Asuhan Kanak-Kanak lebih
cenderung melihat diri mereka sebagai berdikari tetapi sebenarnya masih
belum ada kemahiran sosial untuk bertolak ansur dalam perolehan maklumat.

.) Kesan pusat asuhan kanak-kanak ke atas perkembangan kognitif
Burchinal, Lee dan Ramsey (1989) telah menggabungkan kajian mereka di
bawah satu projek yang dikenali sebagai becedarian Project. Projek ini
bertujuan membantu keluarga yang berpendapatan rendah dengan
menyediakan Pusat Asuhan Kanak-Kanak yang berkualiti tinggi sejak
peringkat awal kanak-kanak lagi demi meningkatkan pencapaian akademik
mereka. Responden terdiri daripada tiga buah kumpulan iaitu yang menerima
Pusat Asuhan Kanak-Kanak secara meluas di bawah kelolaan sebuah
universiti, kumpulan kedua diletakkan di Pusat Asuhan Kanak-Kanak yang
biasa dan kumpulan ketiga pula terdiri daripada mereka yang hanya
menerima sedikit atau tiada langsung pengalaman Pusat Asuhan Kanak-
Kanak. Ketiga-tiga kumpulan ini memasuki Pusat Asuhan Kanak-Kanak
semasa berumur 6 minggu hingga 3 bulan dan kajian dijalankan sehingga
bayi memasuki tadika. Keputusan kajian mendapati kanak-kanak di Pusat
Asuhan Kanak-Kanak menunjukkan perkembangan intelektual yang lebih
baik. Pusat Asuhan Kanak-Kanak di bawah kelolaan universiti menunjukkan
kadar kejayaan yang paling tinggi dan ini berkait dengan Pusat Asuhan
Kanak-Kanak tersebut.

Menurut Belsky dan Steinberg (1990) jika seseorang kanak-kanak
daripada persekitaran yang memberangsangkan dihantar ke Pusat Asuhan
Kanak-Kanak yang berkualiti rendah, kesan-kesan negatif akan timbul.
Mereka juga mendapati bahawa Pusat Asuhan Kanak-Kanak tidak akan
mendatangkan kesan-kesan yang berbahaya terhadap perkembangan
26

kognitif kanak-kanak daripada persekitaran yang tidak memuaskan. Pusat


Asuhan Kanak-Kanak yang berkualiti tinggi akan mendatangkan kesan-kesan
positif terhadap kemahiran kognitif kanak-kanak.

KESIMPULAN

Dengan ini dapat disimpulkan bahawa pengurusan ruang memainkan peranan
yang penting dalam perkembangan kanak-kanak prasekolah mahupun taska. Antara
keperluan penting yang perlu ada dalam pelan lantai di ruang dalam
kelas prasekolah ialah pusat pembelajaran berdasarkan kepada komponen-komponen
pembelajaran yang terkandung dalam kurikulum pengajaran prasekolah. Ruang
pembelajaran di dalam kelas prasekolah yang biasanya mengandungi enam pusat
pembelajaran iaitu pusat bahasa dan komunikasi, pusat kerohanian dan moral, pusat
kognitif dan manipulatif, pusat fizikal, pusat kreativiti dan estetika dan pusat teknologi
maklumat mempunyai pelbagai fungsi untuk perkembangan kanak-kanak. Manakala
ruang lain yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak adalah ruang luar yang
dapat menarik minat kanak-kanak untuk bermain dan mengembangkan fizikal serta
mental mereka. Oleh itu, pusat tadika dan taska hendaklah mempunyai ruang dan
persekitaran yang membolehkan kanak-kanak membuat penerokaan dengan bebas
dan selamat. Hal yang demikian membolehkan kanak-kanak mewujudkan cabaran-
cabaran baru supaya mereka dapat mempelajari kemahiran yang baru.


BIBLIOGRAFI
Buku :

Aminah Ayob, Mastura Badzis, Rohani Abdullah, Azizah Lebai Nordin, Mahani Razali.
2008. urikulu2 Per2ata : Panduan Pendidikan al anak-anak 0-4 Tahun.
Tanjong Malim: Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara
(NCDRC) Universiti Pendidikan Sultan dris.

Anita Rui Olds . 2001. Child Care esign Guide. United States of America: The
McGraw-Hill Company.

Belsky,J. 1998. The Effects of nfant Day Care Reconsidered. Early Childhood
Research Quarterly, 3, hlm. 232-272.

Burchinal M, Lee.M dan Ramsey C, 1989. Type of Day-Care And Preschool ntellectual
Development n Disadvantaged Children. Children evelop2ent, 60, hlm.128-
137.

Catherie Robertson .2003. Safety, Nutrition, and Health in Early Education 2
nd
Edition.
Clifton Park, NY: Delmar/Thomson Learning.

27

Children Outdoor Swings. (Online). Diperolehi pada Februari 15, 2011 daripada
http://meyckplay.en.made-in-china.com/product/YoTxMDKCAbWe/China-
Children- Outdoor- Swings-57B-.html

Clark Stewart, K.A dan Fein, G, 1983. Early Childhood Programs n P.H Mussen (ed),
Handbook of Child Psychology Vol.2.. Edisi ke 4. New York: Wiley

Halimah Abdul Rahman dan Kamariah brahim. 1993. Pengurusan dan Pengelolaan
Pusat Prasekolah. Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Permata Negara, asar suhan an idikan al anak-kanak ebangsaan, Jabatan
Perdana Menteri. 2008. Enterprise Building. Selangor.

Rujukan EIektronik :

kta anak-anak. 2009. Diperoleh pada Ogos 14, 2009
daripada http://leeannkang.tripod.com/home.htm.

kta anak-anak. 2009. Diperolehi
daripada http://leeannkang.tripod.com/home.htm (14 Ogos 2009).

Early Childhood Education. Diperoleh pada Ogos, 2010 daripada


http://bustamkamri.blogspot.com

Karen DeBord et al., 2002. aking the ost of Outdoor Ti2e ith Preschool Children.
(Online). Diperolehi pada 3 Februari, 2011 daripada
http://www.poemsnc.org/FCS507.pdf

Mohd Fazri B. brahim, 2009. y Prasekolah,.Diperolehi pada Januari 20, 2009
daripadahttp://my-prasekolah.blogspot.com/search/label/Prasekolah

Northants fencing and Landscaping. (Online) Diperolehi pada Februari 15, 2011
daripada http://www.northantsfencing.com/playgroundequipment.htm

Playground slide and equipment. (Online). Diperolehi pada Februari 15, 2011 daripada
http://www.aaastateofplay.com/all-steel-slide-p-
%20945.html?osCsid=cc7c4c221e5213c55c%20136%20b9e1eab5c7a

You might also like