You are on page 1of 7

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK2TBA KALI KE-49


Oleh: Noor Hidayu Buliami
Masa

Cue
Umumkan ketibaan
VIP
Paluan kompang

Pengumuman

Ucapan alu-aluan

Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke Kejohanan Sukan Tahunan


SK Batang Kali kali ke-56 bagi tahun 2014.
Yang Berhormat
Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan, ADUN Batang Kali,
Yang Berusaha
En. Mahmud Bin Karim, YDP PIBG SK Batang Kali,
En. Samsul Fadilah Bin Asmara, Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SK Batang Kali,
Yang dihormati
Pn. Hamidah Bt Nipah, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Batang
Kali,
Pn. Siti Zanariah Bt Jalal, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK
Batang Kali,

Mengumumkan ketibaan
Yang Mulia,
Tengku Dato Hishammuddin Zairi bin Yang Amat Mulia Tengku Azman
Shah AlHaj,
Pengarah IKHASAS GROUP,
Anakanda Yang Amat Mulia Almarhum Tengku Azman Shah Al Haj
En. Mahmud Bin Karim, Yang Dipertua PIBG SK Batang
Kali, bersama En. Samsul Fadilah Bin Asmara, Guru Penolong Kanan
Kokurikulum SK Batang Kali, Guru Penolong Kanan dan AJK PIBG SK
Batang Kali.

Ahli Jawatankuasa PIBG SK Batang Kali,


Guru-guru, tuan-tuan, puan-puan seterusnya murid-murid SK Batang Kali
yang dirahmati Allah sekalian.
Kami mewakili barisan jawatankuasa pengelola kejohanan mengalu-alukan
kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Kejohanan Sukan Tahunan SK
Batang Kali kali ke-56. Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puanpuan akan menyuntik semangat kesukanan kepada atlit-atlit muda yang
akan beraksi dalam acara pada hari ini.
Perbarisan lintas
hormat

Sebagai pembuka tirai kejohanan sukan tahunan ini, marilah sama-sama


kita saksikan perbarisan lintas hormat semua kontinjen yang mengambil
bahagian.

Menjemput VIP
menerima tabik
hormat dari
peserta perbarisan

Dengan itu, kami dengan segala hormatnya mempersilakan Yang


Berhormat, Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan, ADUN Batang
Kali untuk menerima tabik hormat daripada peserta perbarisan.
Dipersilakan.
MUZIK PERBARISAN

Perbarisan
Bendera
kejohanan

Perbarisan lintas hormat dimulakan oleh pembawa bendera kejohanan


yang diketuai oleh adik Mohd Faiz Izzudin Bin Azhari. Pembawa bendera
Malaysia ialah adik Mohd Shahrulnizam Bin Osman,pembawa bendera
Selangor ialah adik Mohd Ikhmal Hakimi Bin Anuar dan pembawa
bendera sekolah ialah adik Danial Haiqal Bin Azizul Bahari.
Sementara itu, pembawa bendera kejohanan pula terdiri daripada adik
Sutan Bin Sutan Azril, adik Raphael a/l Dominic, adik Adam Norzailani
Zidan Bin Ismail dan adik Mohd Arif Bin Aris.

Perbarisan Rumah
Biru

Menyusul di belakang adalah kontinjen rumah Biru dengan mottonya Biru


Boleh. Kontinjen ini diketuai oleh adik Izaidiel Syauqi bin Izlan dan
dianggotai seramai 145 orang peserta. Pembawa sepanduk bagi rumah
Biru ialah adik Nurul Anisah bt Hilmi. Ketua bagi kontinjen rumah Biru
ialah Pn Umi Kalsom bt Zainal Abidin.

Perbarisan Rumah
Merah

Seterusnya ialah kontinjen daripada rumah Merah yang dianggotai seramai


135 orang peserta perbarisan dengan mottonya Lawan Tetap Lawan.
Kontinjen ini diketuai oleh adik Mohd Faiq Taqiuddin bin
Azhari. Pembawa sepanduk bagi rumah Merah ialah adik Adibah Nawal
bt Mohd Lokman. Ketua bagi kontinjen rumah Merah ialah Pn. Idayu bt
Mustakim.

Perbarisan Rumah
Kuning

Seterusnya ialah kontinjen daripada rumah Kuning yang dianggotai


seramai 130 orang peserta perbarisan dengan mottonya Kuning
Dipersada. Kontinjen ini diketuai oleh adik Mohd Arif Iqbal bin
Shaarani. Pembawa sepanduk rumah Kuning ialah adik Nurul Asmiza bt
Sharkawei. Ketua kontinjen rumah Kuning ialah Pn. Timah bt Awang.

Perbarisan Rumah
Hijau

Kontinjen seterusnya ialah rumah Hijau dengan mottonya Hijau Sapu


Habis. Kontinjen ini diketuai oleh adik Mohd Idlan Ikhwan bin Zailan dan
disertai seramai 130 orang peserta. Pembawa sepanduk bagi rumah Hijau
ialah adik Amyla Atiqah bt Zainal Abidin. Ketua kontinjen rumah Hijau
ialah Pn Rohaida bt Md Isa.
Kontinjen yang terakhir yang turut memeriahkan acara perbarisan pagi ini

Prasekolah

adalah merupakan murid-murid Prasekolah yang terdiri daripada


Prasekolah 1 seramai 25 orang murid di bawah bimbingan Pn. Rafiza bt
Saad dan Prasekolah 2 seramai 25 orang murid di bawah bimbinganPn.
Siti Hawa bt Shamsudin.
Parasekolah 1 dan 2 turut dibantu oleh Pn. Zakiah bt Omar dan Pn. Siti
Hawa bt Aziz.
Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Mat
Nadzari Bin Ahmad Dahlan kerana sudi menerima tabik hormat daripada
kontinjen perbarisan.

Bacaan Doa

Sebagai menyatakan kesyukuran serta memohon keberkatan marilah kita


sama-sama menadah tangan untuk mengaminkan doa yang akan
dibacakan oleh Ustaz Mohd Irwan Bin Ismail.
Dipersilakan. .
(Bacaan doa)..
Majlis merakamkan terima kasih kepada Ustaz Mohd Irwan Bin Ismail.
Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis kita akan berjalan dengan
lancar serta diberkati oleh Allah s.w.t. Insya-Allah.

Nyanyian Lagu
Negaraku

Hadirin yang dihormati sekalian, marilah kita sama-sama berdiri dan


seterusnya menyanyikan lagi Negaraku.
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin
dipersilakan duduk.

Ucapan perasmian

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berhormat, Tuan Mat Nadzari Bin


Ahmad Dahlan, ADUN Batang Kali untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke56. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

(bunyi dram perasmian)- KOMPANG


Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berhormat, Tuan Mat
Nadzari Bin Ahmad Dahlan di atas ucapan perasmian itu tadi dan
setinggi-tinggi penghargaan kerana sudi merasmikan Kejohanan Sukan
Tahunan SK Batang Kali kali ke-56.

Upacara
menaikkan
bendera

Majlis diteruskan lagi dengan upacara menaikkan bendera kejohanan.


Untuk itu, dipersilakan 4 orang atlet sekolah untuk menyempurnakan
upacara menaikkan bendera kejohanan.
.. LAGU THE FINAL COUNTDOWN

Berkibarlah sudah bendera kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali


ke-56 bagi tahun 2014.
Menjemput
pembawa bendera
mengiringi
pembaca ikrar

Seterusnya, dipersilakan pembawa bendera kontinjen yang bertanding


maju ke hadapan untuk bersama-sama mengiringi lafaz ikrar kejohanan
yang akan diketuai oleh adik Mohd Faiz Izzudin bin Azhari.

Lafaz ikrar
kejohanan

Majlis merakamkan terima kasih di atas lafaz ikrar kejohanan itu tadi.

Persembahan Silat

Bagi meredakan debaran atlet yang bakal bertanding pada hari ini, marilah
kita sama-sama saksikan Persembahan Silat daripada Pasukan Silat SK
Batang Kali. Pasukan Silat ini terdiri daripada adikMohd Suhael bin
Alpian, adik Mohd Izz Dabiel bin Mohd Izham,adik Mohd Najmirul
Aiman bin Jalaludin, adik Khairul Zharif Haiqal bin Khairul
Azhar dan adik Khairul Zharif Idham bin Khairul Azhar.
Dipersilakan. MUZIK SILAT
Majlis merakamkan terima kasih pada Pasukan Silat SK Batang
Kali. Untuk makluman semua, Pasukan Silat ini dibimbing oleh En. Khairul
Afrizal bin Ahmad.

Perbarisan Keluar
padang

Majlis diteruskan lagi dengan perbarisan keluar padang oleh kontinjen yang
mengambil bahagian untuk masuk ke khemah masing-masing.
MUZIK PERBARISAN
.
Dengan itu maka sempurnalah sudah majlis perasmian Kejohanan Sukan
Tahunan SK Batang Kali kali ke-56. Majlis merakamkan terima kasih
kepada peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam perbarisan lintas
hormat.

Acara Sukan

Hadirin dan hadirat sekalian, sebentar lagi akan dimulakan acara


Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56.
Acara pertama pada hari ini ialah Tarik Tali.
Diminta kepada semua peserta untuk mengambil tempat masing-masing
kerana acara akan dimulakan sebentar lagi.
Untuk itu majlis menjemput Yang Berhormat Tuan Mat Nadzari bin

Ahmad Dahlan untuk ke tengah padang bagi merasmikan acara pertama.


Dipersilakan.

Penyampaian
hadiah (1)

Dengan ini pihak Majlis dengan sukacitanya menjemput dan


mempersilakan tuan guru besar, En. Mohamad Akhwan Bin
Jamilmengiringi yang berbahagia Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad
Dahlanuntuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dipersilakan.
Bagi acara
Pingat emas dimenangi oleh adik..daripada rumah......
Pingat perak pula disandang oleh adikdari rumah.
Pingat gangsa menjadi milik adikdari rumah...
........................
Majlis merakamkan terima kasih kepada Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad
Dahlan kerana telah sudi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah itu
tadi.
Sebagai tanda terima kasih daripada kami, dijemput yang berusaha En.
Mohamad Akhwan Bin Jamil bagi menyampaikan cenderamata kepada
Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan di atas kesudian merasmikan
kejohanan dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Terima kasih diucapkan kepada En. Mohamad Akhwan Bin Jamil kerana
sudi menyampaikan cenderamata itu tadi.

Penyampaian
Hadiah(2)

Hadirin dan hadirat sekalian,


Kejohanan Sukan Tahunan berehat sebentar untuk memberi laluan kepada
upacara penyampaian hadiah.
Seterusnya majlis penyampian hadiah bagi
acara ______________________________
Untuk menyempurnakan penyampian hadiah ini, pihak majlis
mempersilakan:
Nama:
Jawatan:
Dengan diiringi oleh
Nama:
Jawatan:
Dipersilakan tuan.
Bagi acara ...............................
Emas dimenangi oleh adik...dari rumah...
Perak dimenangi oleh adik...dari rumah...

Gangsa dimenangi oleh adik...dari rumah..


Majlis merakamkan terima kasih kepada yang berbahagia/berusaha
Encik.....(jawatan) kerana telah sudi menyempurnakan majlis
penyampaian hadiah.
Seterusnya dipersilakan .............................. menyampaikan
cenderahati kepada ...................................
Pihak majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih.
Seterusnya adalah penyampaian hadiah kepada olahragawan dan
olahragawati sekolah.
Dipersilakan:
Penerima Anugerah Olahragawan kejohanan disandang oleh
adik....................................................................
Penerima Anugerah Olahragawati kejohanan disandang oleh
adik.....................................................................
Bagi kategori Perbarisan terbaik disandang oleh:
rumah.....................................................
Johan Sukantara jatuh kepada rumah ..............................................
Dan Johan keseluruhan bagi Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali
kali ke-56, jatuh pada: rumah...................................
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
Majlis penutupan
kejohanan dan
penyampian
hadiah ketegori
khas(6)

Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56 kini tiba ke


penghujungnya.
Oleh itu, semua murid diminta berhimpun di tengah padang mengikut
rumah masing-masing.
(marching song)
Seterusnya, tibalah acara kemuncak Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang
Kali kali ke-56. Oleh itu, dijemput En. Mohamad Akhwan Bin Jamil, Guru
Besar SK Batang Kali untuk menyampaikan ucapan penutupan Kejohanan
Sukan Tahunan SK Batang Kali.
Dengan hormatnya dipersilakan.
Kami ingin merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung

dalam membantu menjayakan dan melicinkan perjalanan Kejohanan Sukan


Tahunan SK Batang Kali kali ke-56 pada tahun ini.
.................................................................
Sekarang kita tampilkan En Samsul Fadilah Bin Asmara ke tengah padang
untuk melaungkan hip-hip hooray sebanyak 3 kali sebagai penutup
Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56. Dipersilakan.
Akhir kata dari kami
Majulah sukan untuk negara. Assalamualaikum w.b.t
#Teks pengacara majlis perasmian sukan tahunan sekolah
#Skrip pengacara majlis perasmian sukan tahunan sekolah
#Teks pengacara majlis acara perasmian, perbarisan, penyampaian hadiah dan penutup sukan tahunan
sekolah

You might also like