You are on page 1of 3

1

AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2011


Akta Perhimpunan Aman 2011 merujuk kepada 'Akta Perhimpunan Aman' yang diluluskan di
Parlimen pada 24 November 2011 bagi mengawal perhimpunan awam di Malaysia. Rang
Undang-Undang itu dibentangkan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun
Razak .
Enam pindaan terhadap rang undang-undang itu selepas mendapat bantahan beberapa pihak
termasuk pembangkang dan masyarakat sivil.
Rang Undang-undang Perhimpunan Aman bertujuan mengelak berlakunya demonstrasi
jalanan seperti Perhimpunan Bersih 2011, Perhimpunan Hindraf 2007 dan Gerakan
Mansuhkan ISA dan Gerakan Mansuh PPSMI.
Ia meliputi hak bukan sahaja kepada penganjur dan peserta untuk menyertai perhimpunan secara
aman tanpa senjata malah turut mengambil kira kepentingan awam dan masyarakat setempat.
Ia dibahaskan oleh enam ahli Parlimen selama empat jam. Antaranya ialah Ketua Pembangkang
Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud),
Lim Guan Eng (DAP-Bagan), Abdul Hadi Awang (PAS-Marang), Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas)
dan P Kamalanathan (BN-Hulu Selangor). Penggulungan oleh Menteri Di Jabatan Perdana
Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.Yang dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia
hanya membenarkan ahli parlimen kanan pembangkang untuk berbahas.
Ciri-ciri selepas pindaan
1. Fasal 4 : menyatakan hak untuk menganjurkan suatu perhimpunan atau menyertai suatu
perhimpunan secara aman dan tanpa senjata di bawah Akta ini tidak meluas kepada yang
berikut:
(a) seseorang bukan warganegara; (b) perhimpunan yang diadakan di mana-mana tempat
larangan dan dalam jarak lima puluh meter dari had tempat larangan; (c) suatu protes jalanan; (d)
berhubung dengan penganjuran suatu perhimpunan, seseorang yang di bawah umur dua puluh
satu tahun; dan (e) berhubung dengan penyertaan dalam suatu perhimpunan selain perhimpunan
yang dinyatakan dalam Jadual Kedua, seseorang kanak-kanak.
1. Fasal 8 : Seseorang pegawai polis boleh mengambil langkah yang difikirkannya perlu
untuk memastikan perhimpunan berkenaan dikendalikan dengan teratur.
2. Fasal 9(1) : Penganjur hendaklah memberi notis mengadakan perhimpunan kepada polis
daripada 30 hari kepada sepuluh hari.
3. Fasal 9(5) : Polis boleh mengenakan denda ke atas penganjur sebanyak RM10,000
sekiranya tidak mengemukakan notis untuk mengadakan perhimpunan kepada polis.
4. Fasal 12(1) : Memendekkan tempoh untuk polis memaklumkan kepada pihak
berkepentingan berhubung perhimpunan tersebut daripada daripada 48 jam kepada 24
jam.

5. Fasal 12(2) : Tempoh untuk pihak berkepentingan membuat bantahan kepada polis ke
atas notis perhimpunan berkenaan pula dipendekkan daripada lima hari kepada 24 jam.
6. Fasal 14 : Tempoh untuk polis memberikan respons ke atas bantahan berkenaan juga
dipendekkan daripada 12 hari kepada lima hari.
7. Fasal 15 : Pemusatan kuasa serta budibicara untuk polis mengenakan apa-apa sekatan dan
syarat tambahan yang difikirkan perlu atau sesuai
8. Fasal 16 : Memendekkan tempoh rayuan yang dikenakan ke atas penganjur perhimpunan
untuk membuat rayuan kepada menteri.
9. Fasal 21 : Membolehkan polis untuk menggunakan segala kuasa serta kekerasan untuk
menyuraikan sesebuah perhimpunan
10. Fasal 21(3) : Polis boleh mengenakan denda sehingga RM20,000 berbanding denda
sebanyak RM2,000 kepada individu yang ditahan dalam perhimpunan.
11. Tempat larangan - tempat ibadat, stesen janakuasa elektrik, stesen minyak, terminal
pengangkutan, tadika dan juga sekolah - lingkungan 50 meter .
Bantahan dan tempelak
Pada 24 November 2011, sebuah NGO, Kempen Kebebasan Berhimpun (KKB) berkumpul
di hadapan pintu pagar bangunan Parlimen. Turut serta ialah pengerusi BERSIH 2.0,
Datuk Ambiga Sreenevasan pemimpin Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas) dan
Rangkaian Rakyat Tertindas (Jerit).[4]
1. Semua ahli Parlimen pembangkang atau Pakatan Rakyat bertindak keluar dari Dewan
Rakyat kerana tidak setuju dengan RUU Perhimpunan Aman itu.Ia dianggap undangundang 'draconian' yang zalim seperti negara Myanmar dan Zimbabwe sedangkan
Perlembagaan Persekutuan membenarkan rakyat berhimpun.
2. Akta itu akan dicabar di mahkamah.ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan dan peguam,
Edmund Bon dari 'Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights' akan
membawanya ke mahkamah.
Ia lebih teruk daripada Seksyen 27 Akta Polis. Antaranya, didakwa mengenakan sekatan yang
terlalu banyak dan memberi terlalu banyak kuasa budi bicara kepada pihak polis.Denda
RM20,000 terhadap peserta perhimpunan berbanding RM2,000 dalam Akta Polis, jika sabit
kesalahan.
1. Presiden Lim Chee Wee dari Majlis Peguam Malaysia menganjurkan 'perarakan peguam'
atau Walk for Freedom 2 di hadapan bangunan Parlimen pada 29 November 2011, ketika
rang undang-undang itu dibahaskan . Memorandum yang diiring lebih 1000 peguam,
diserahkan kepada timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong
dan juga ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.. Mereka berarak dari Taman
Tasik Perdana. Secara sinis katanya, negara ini juga terbentuk daripada perarakan besar
yang diketuai oleh Datuk Onn Jaafar pada Februari 1946.

2. Lim Chee Wee menyatakan bahawa amalan negara luar seperti United Kingdom dan
Findland yang memerlukan notis lebih pendek untuk berhimpun dan langsung tidak perlu
sekiranya tidak munasabah secara praktikalnya.Di Finland, hanya enam jam diperlukan.
Di Malaysia, perhimpunan dalam gerakan atau perarakan kecuali perarakan
pengebumian, adalah dilarang. Ini adalah keterlaluan .
3. Presiden ABIM, Amidi Abd Manan menilai undang-undang baru ini bercanggah dengan
Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin serta melindungi hak untuk
warganegara mengadakan berhimpun.

You might also like