You are on page 1of 23

1.

0 PENGENALAN
Perkataan Jepun bermaksud sumber matahari atau dalam bahasa Inggeris the sourse
of the rising sun. Orang Jepun menggelarkan negaranya sebagai Nihon atau
Nippon.1Kepulauan Jepun terletak di sebelah timur pantai Benua Asia, menganjur
sebagai satu kawasan yang melengkung sejauh 3,800 kilometer(2,360 batu). 2 Ia
meliputi kawasan seluas 377,708 kilometer persegi ( 145,834 batu persegi). Kepulauan
Jepun terdiri daripada empat buah pulau utama iaitu Pulau Honshu, Hokkaido, Kyushu
dan Shikoku dan mengandungi lebih kurang 3,900 buah pulau kecil yang berangkaian.
Sebelum munculnya zaman pembaharuan Meiji 1868- 1912, Jepun diperintah oleh
Keshogunan

Tokugawa

(1603-1867).

Keshogunan

Tokugawa

mengamalkan

pemerintahan secara feudalisme di mana para shogun (pemimpin tertinggi samurai)


menguasai aspek politik, ekonomi dan sosial. 3 Pihak Shogun telah mengamalkan
Dasar Tutup Pintu.Jepun mengamalkan dasar tersebut bagi menjaga kedaulatan dan
keselamatanya daripada ancaman kuasa-kuasa besar. Keadaan ini menjadikan Jepun
sukar menerima pembaharuan daripada kuasa barat.Keadaan ini sebaliknya telah
berubah dengan kedatangan Kapten Perry ke Jepun.Kapten Perry dan Shogun telah
menandatangani Perjanjian Kanagawa yang menandakan tamatnya dasar pemencilan
yang diamalkan sekian lama.
2.0 ZAMAN PEMBAHARUAN MEIJI (1868-1912 )
Pemerintah Meiji setelah mengambil tampok pemerintahan daripada keshogunan
Tokugawa telah mengambil daya usaha untuk memajukan dan membangunkan Jepun.
Pada tahun 1867, rejim Tokugawa digulingkan dan Meiji mengambil alih kuasa
pemerintahan. Kuasa sebenar berada di tangan golongan pegawai dan pemimpin yang
merupakan bekas kelas tentera. Objektif utama dalam dasar luar mereka ialah
mengubahsuaikan perjanjian-perjanjian yang berat sebelah, mencapai kebebasan
sepenuhnya dan mencapai kedudukan yang selaras dengan kuasa barat. 4 Proses
pemulihan Meiji ini dipengaruhi oleh pemimpin-pemimpin terkemuka seperti Inobuto
1

The Eccyclopedia Americana,Volume 15, hal .694.

The Japan of Japan og Today, The International Society for Education Information Incorporation, Tokyo, 1989,hal .6

Robert A. Scalapino, the Foreign Policy In World Politics, Prentice-Hall, New Jersey, 1985,hal 300

Hirobumi, Saigo Takamori, Okuma Shigenobu, Fukuzawa dan diketuai oleh Mahajara
Mutsuhito yang terkenal dengan gelaran Maharaja Meiji. Maharaja Meiji mendapati
kekuatan dan keagungan Barat terletak pada kekuatan ekonomi dan ketenteraan. Para
pemimpin muda Meiji telah menyedarkan betapa pentingnya pembaharuan dan
pembangunan bagi Negara Jepun. Mereka ini telah menggubal satu dasar modenisasi
yang menyeluruh dari segi politik, ekonomi dan sosial . Ia melibatkan penyerapan
teknologi dan sains dari Barat yang diselaraskan dengan ciri-ciri Jepun.

KUNCI KEJAYAAN MASYARAKAT JEPUN DALAM PEKERJAAN DAN KEHIDUPAN


Pemerintah Meiji telah mewujudkan empat slogan sebagai teras kepada rakyat Jepun
untuk meyokong kepimpinan Meiji dan rakyat Jepun dapat berdiri setanding dengan
ketamadunan barat. Keempat-empat prinsip ini telah disematkan di jiwa orang-orang
Jepun supaya sentiasa hidup bermatlamat dan mencipta keunggulan di dunia. 5 Melalui
slogan-slogan ini , Kerajaan Meiji menghantar misi-misi ke barat untuk mempelajari
sistem industri Amerika dan Eropah. Jepun juga melengkapkan sektor militarinya
dengan berpandukan kepada model Jerman dan Perancis. 6
i.Fukoku Kyohei- Kuatkan Tentera Kuatkan EkonomiPrinsip ini mendokong cita-cita
bahawa segala pemikiran dan jasad orang-orang Jepun hendaklah memperkuatkan
keselamatan negara dan memperkukuhkan ekonomi supaya rakyat Jepun disegani dan
dihormati di dunid. Oleh itu mereka digesa bekerja kuat tanpa rasa jemu supaya negara
mencapai keunggulan.7
ii.Bunmei Kaika- Meningkatkan Kecerdikan Dalam PendidikanPrinsip ini mendokong
agar orang-orang Jepun bersemangat mencari, mengamalkan dan menyebarkan ilmuilmu baru berteraskan sains dan teknologi kepada seluruh anak-anak Jepun. Ini dibuat
4

Robert A.Scalapino, The Foreign policy In World Politics ( 6ed), Prentice-Hall, New Jersey, 1985, hal.300.

Encyclopedia Americana,Volume 15, hal .694.

Herbert Norman, Kemunculan Jepun Sebagai Negara Moden,(pntjmh) Hj. Ismail ahmad, Zizi Press Sdn. Bhd, Kuala Lumpur,
1991,hal. 30
7

Ahmad Ali Bin Seman, Zaman Meiji Menyumbang ke Atas hlm 11.

berdasarkan Jepun telah ketinggalan jauh dari segi pencapaian teknologi dan ekonomi
apabila membuka pintu negaranya ke atas negara-negara barat. Bagi menjamin
maruah dan bangsa Jepun dihormati, rakyat disarankan menimba ilmu tanpa
sempadan.8
iii.Shokusan Kogyo- Menjalankan Program Perindustrian Berat.Prinsip ini mendokong
cita-cita bahawa negara Jepun mestilah maju dalam lapangan perindustrian berat untuk
mengembangkan ekonomi Jepun di seluruh dunia. Tokyo telah memainkan peranan
sebagai pusat perindustrian dan penyelidikan di lapangan perindustrian supaya negara
Jepun mampu mengeksport barang-barangnya ke seluruh dunia. Ramai orang Jepun
telah dihantar ke negara barat untuk menimba ilmu pengetahuan dan pulang ke Jepun
sebagai perintis serta penasihat kepada orang-orang Jepun di lapangan perindustrian. 9
iv.Kokusai- Kankei Menjalin Perhubungan dengan Masyarakat Antarabangsa.Untuk
menjadi sebuah negara maju rakyat Jepun diminta mengadakan perhubungan dengan
seluruh dunia agar negara Jepun terkenal dan ini sekaligus berupaya meningkatkan
perdagangan Jepun. Budaya Jepun menjadi elemen penting diperkenalkan oleh orangorang Jepun melalui konsep kaizen dan arigato 10
3.0ASPEK SOSIALKerajaan Meiji telah menjalankan pemodenan pendidikan ke atas
semua lapisan masyarakat. Rakyat Jepun percaya bahawa pendidikan boleh
menjadikan Negara mereka makmur dan masyarakat akan mahir dalam bidang sains
dan teknologi. Masyarakat Jepun menghayati sejarah pembinaan negara Jepun dan
bersikap setia, yakin, berdisiplin dan sanggup berkorban (Bushido) setiap masa .
Amanat dan amanah ini dipraktikkan oleh setiap masyarakat dalam kehidupan seharian
mereka.11 Perkembangan
8

Ibid.

Ibid. hlm 12

10

11

Ibid hlm 12

Ibid hlm. 7

pendidikan

zaman

Meiji

dilihat

sebagai

satu

cara

meyetupadukan rakyat dengan mengarahkan rakyat kea rah modenisasi nasional.


Perlembagaan

Tokugawa telah menjadi landasan awal pemodenan Meiji. Dasar

pendidikan Meiji adalah berasaskan kepada prinsip Nasionalime, serta penyerapan


budaya barat yang bersifat selektif. 12 Kejayaan-kejayaan yang dicapai hasil pemodenan
pemerintah Meiji ialah :-i.Membentuk sisitem pendidikan moden dan menggantikan
sistem pendidikan Terrakoya. Sistem pendidikan Terrakoya yang mementingkan
kemahiran membaca,menulis dan mengira dirombak dengan penumpuan utama kearah
pemikiran yang kritis. Kementerian Pendidikan ditubuhkan pada tahun 1871 dan
pembentukan Rukun asas Pendidikan Rasmi Negara (Gakusei 1872 ) berkesan
menambahbaikkan mutu pendidikan Jepun. Jepun telah menjadikan negara-negara
barat sebagai model dalam memajukan pendidikan .Jepun telah menjadikan Perancis,
Jerman ,Belanda , Amerika Syarikat, Britain dan Russia.ii. Memasukkan doktrin Shinto
(agama rasmi Jepun) ,sistem Kokutai (semangat Kebangsaan Jepun) dan konsep
Furusato (nilai kekeluargaan dan hubungan sosial).Bagi menyedarkan rakyat Jepun
supaya sentiasa mengenal diri, bangsa dan tidak mudah lupa, lali atau lemah, pelajarpelajar dan rakyat Jepun ditanamkan tiga elemen tersebut. Doktrin Shinto menekankan
falsafah perjuangan dan pengorbanan dalam kehidupan seharian,falsafah kokutai
menekankan rakyat mesti bersatu pada dan berjuang u ntuk menjadikan orang-orang
Jepun satu bangsa yang mulia di dunia menerusi taat setia kepada maharaja dan
menjaga Negara sepanjang masa. Manakala Furusato ialah menekankan nilai ikatan
kekeluargaan dan hubungan sosial yang rukun damai bagi membangunkan Negara
yang dapat memberikan satu kehidupan yang terjamin lagi aman.iii.Kota Tokyo
berperanan sebagai pusat perkembangan dan penyebaran ilmu . Pemimpin Meiji telah
menjadikan Tokyo pusat pusat kecemerlangan ilmu sejajar dengan kemudahan
infrastruktur yang dimilikinya. Menjelang tahu 1880 an banyak universiti ditubuhkan
antaranya Universiti Tokyo 1877, Universiti Meiji 1881, Universiti Tokyo Imperial 1885,
dan Universiti Waseda 1882. Penubuhan unversiti ini telah melahirkan golongan cerdik
pandai Jepun yang seterusnya menabur bakti untuk kemajuan negara Jepun.
iv.Pemerintah Meiji telah mengeluarkan peruntukan yang besar dalam bidang
12

12Makoto Aso & Ikyo Amano , Education and Japans Modernization, Ministry of Foreign Affairs, Japan, 1972. Hlm. 26.

pendidikan.Ramai pakar-pakar asing dan penterjemah buku-buku asing ke dalam


bahasa Jepun diambil. Pemimpin Meiji sedar mutu pendidikan akan terabai dan rakyat
lambat menerima pembaharuan ilmu-ilmu moden tanpa adanya kepakaran dan bukubuku ilmuan bagi rakyat Jepun meningkatkan ilmu pengetahuan dan bidang teknologi.
4.0 ASPEK EKONOMI
Pemerintah Meiji sebaik sahaja mengambil kuasa pemerintahan daripada Shogun
Tokugawa pada tahun 1868- 1912

13

, telah mengambil daya usaha yang gigih

memajukan dan memodenkan pembangunan ekonomi bagi memajukan Negara Jepun.


Salah satu usaha yang dilakukan ialah memajukan industri perkapalan perdagangan
untuk kejayaan ekonominya. Perusahaan kapal-kapal kecil telah digantikan dengan
kapal-kapal yang besar dan berteknologi tinggi. Bagi mengekalkan negara Jepun
sebagai sebuah negara yang berpengaruh dan berkuasa, pada tahun 1869, 14
pemerintah Meiji telah menetapkan keputusan pembinaan kapal-kapal moden.
Pengumunan ini telah dikeluarkan oleh Perdana Menteri Jepun melalui arahan yang
bernombor 968.Pada tahun1870,15 pengumunan ini dijalankan sekali lagi untuk
meningkatkan

pertumbuhan

syarikat-syarikat

perkapalan

Jepun.

Kedua-dua

pengistiharkan ini menunjukkan secara jelas pemerintah Meiji mengutamakan dan


menggalakkan perdagangan luarnya.Pedagang-pedagang Barat seperti Amerika
Syarikat, British, Perancis, German dan lain-lain berlumba-lumba ingin mendapatkan
konsesi perdagangan terbuka luas di Jepun. Dasar terbuka ini telah menyebabkan
pelabuhan-pelabuhan utama seperti Tokyo,Osaka,Kyoto,Yokohama, 16 Nigata menjadi
tumpuan pertukaran perdagangan antarabangsa.Pemimpin Meiji juga turut membina
kapal perang bagi mengawal dan menjamin kedaulatannya daripada sebarang
13

Tsunehiko Yui &Keiichiro Nakagawa,Japanese Management in Historical Perspective, Tokyo, University of Tokyo, Press, 1989.

Hlm.96.
14

Teratani Takeaki, Nippon Kindai Zosen Shijosetsu(An introduction to the History of Modern Shipbuilding in

Japan),Shoten,Tokyo,1979. Hlm.32.
15

16

Ibid. hlm.33

Otsuko Hisao, Modernazation Reconsiderd with Special Reference to Industrization in Tobato Seeichi,The Modernazation
ofJapan 1, The Institute of Asian Economic Affairs,1966 hlm.

ancaman daripada luar.17 Pembinaan kapal-kapal perang ini ternyata telah membantu
kejayaan Jepun di dalam menewaskan China pada 1894-1895 dan Rusia 1904-1905.
Kemengan ini telah meninggikan lagi imej Jepun di kalangan negara-negara
barat.Menerusi pelaksanaan dasar industri perkapalan moden, pemerintah Meiji telah
berjaya membuka mata orang-orang Jepun bahawa dasar pemencilan diri tidak lagi
menguntungkan orang-orang Jepun dan Negara mereka secara keseluruhannya.
Melalui perdagangan import dan eksportnya, Pemerintah Meiji juga turut memajukan
pembinaan jalanraya, landasan keretapi, dan telgraf.Perkembangan ini adalah penting
bagi membantu Negara Jepun melaksanakan revolusi industri berat seperti penubuhan
kilang-kilang simen, besi,pembinaan pelabuhan-pelabuhan.Revolusi perindustrian berat
ini tidak akan berjaya jika pengangkutan perkapalan tidak dijalankan lebih dahulu.Selain
daripada perindustrian perkapalan yang ditumpukan oleh Pemerintah Meiji, berbagaibagai program ekonomi di adakan untuk kesejahteraan rakyat Jepun. Dimulakan
dengan perindustrian bercorak berat .Sebelum tahun 1870 ekonomi pertanian dan
perindustrian dimulakan secara kecil-kecilan akibat kekurangan modal. Selepas tahun
1870 kerajaan tealh mengambil alih dan mula membiayai pembangunan perindustrian
dengan modal yang diperolehi dari cukai dan pinjaman saudagar. Untuk terus
meningkatkan lagi bidang industri, kerajaan telah menubuhkan

Kementerian

Perusahaan dalam bulan Disember 1870. Kerajaan Meiji mula mengimport mesinmesin dan menjual mesin-mesin ini kepada pengusaha tempatan secara ansuran,
perindustrian utama seperti kilang kain bulu dan tekstil,simen, dan kertas ditubuhkan.
Pemerintah Meiji juga membangun pertanian secara moden bagi meningkatkan daya
pengeluaran pertanian khususnya dalam bekalan makanan (tanaman padi). Tanahtanah telah dibuka dengan luasnya di Pulau Honshu dan Hokkaido. Tanaman padi ,teh,
buah-buahan dan sayur-sayuran diberi tumpuan utama. Para pelajar telah dihantar ke
luar negeri untuk mendalami bidang pertanian, khususnya di Britiain untuk mendalami
cara-cara penggunaan jentera moden,baja kimia ,cara mengawal penyakit,pemasaran
dan sebagainya. Pemerintah Meiji juga telah membangunkan pertanian secara moden
dengan cara meningkatkan daya pengeluaran pertanian khusunya dalam bekalan
makanan (tanaman padi). Tanah-tanah telah dibuka dengan luasnya di Pulau Honshu
17

17 Anthony J. Watts and brian G. Gordon, The Imperial Japanese Navy, mac on. London, 1971 hlm.29.

dan Hokkaido. Tanaman padi,teh ,buah-buahan telah diberi tumpuan utama.Tumpuan


juga diberi pada program perindustrian berat .Pemimpin-pemimpin telah berusaha
memperkembangkan industri besi dan keluli, perkapalan, ketenteraan, tanah,
pembinaan

untuk

melahirkan

sebuah

masyarakat

usahawan

dan

negara

industri.Kemunculan Zaibatsu (keluarga perdagangan) seperti Mitsui, Mitsubishi


,Sumitomo dan Yasuda telah mempercepatkan proses perindustrian dan pertumbuhan
kapitalisme di Jepun. Kumpulan ini telah berkembang menjadi syrikat-syarikat gergasi
dalam bidang perindustrian dan perdagangan. Zaibatsu Mitsui dan Mitsubishi telah
bekerjasama erat dengan beberapa pemimpin Meiji 18. Kumpulan ini menjadi penggerak
dalam

semua

lapangan

pembagunan

seperti

pembinaan

jalan

raya,landsan

keretapi,penubuhan bank-bank dan sebagainya. Institusi-institusi kewangan ditubuhkan


untuk menjana projek-projek perindustrian secara besar-besaran dan mengurus
kewangan negara. Pada tahun 1870, sistem kewangan baru diperkenalan daripada ryo
kepada yen. Sistem cukai, sistem tariff dan perlindungan turut diperkenalkan bagi
mengurus ekonomi Jepun. Pada tahun 1876, Pemerintah Meiji telah menubuhkan
Pusat Galakan Perdagangan untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti perdagangan baru,
menyusun kemudahan pengangkutan dan mengkaji masalah-masalah perdagangan di
dalam dan di luar negeri.19 Pusat ini juga ditugaskan untuk mencari peluang-peluang
perdagangan di seluruh Negara.

Kemuncak daripada kepesatan ekonomi ini ialah

penubuhan Bank Industri pada tahun 1900. Selain itu kerajaan Meiji juga turut
merangka satu bentuk sistem ekonomi baru yang sistematik. Sistem ini meliputi sistem
perkembangan infrastruktur termasuk jalan raya, sistem keretapi,sistem pos dan
telegraf,penerimaan organisasi saham bersama sebagai satu bentuk perbadanan,
mengimport jentera serta memilik negarakan kilang-kilang.
5.0 POLITIK

18

M. Rajendran, Sejarah Jepun Moden, Arenabuku sdn bhd, Kuala Lumpur,1988 .hlm 138.

19

19Shibusewa Keizo, Japanese Societyhlm 109-110

Sebaik sahaja pemerintah Meiji menerajui pemerintahan kerajaan Jepun, pada 3hb
Januari 1868, beliau telah melafaz beberapa ikrar. Ia bertujuan untuk menaik taraf
negara Jepun supaya setaraf negara-negara yang sudah maju di barat. Ikrar Meji
mengandungi lima usul iaitu :i.Membentuk kerajaan berdasarkan demokrasi berparlimen
ii.Menggalakan yang menghalang bidang pelajaran.
iii.Menghapuskan adat istiadat lama yang menghalang proses pemodenan.
iv.Golongan atasan diarahkan supaya jangan memandang rendah kepada orang-orang
bawahan seperti petani dan pegawai tentera dan awam.
v.Dasar tutup pintu dan anti orang asing adalah tidak menguntungkan dan perlu
dihapuskan.20
Pada tahun 1873, sistem fiskal telah diubahsuai. Sistem bayaran cukai secara
tradisional dan rampasan harta secara paksaan telah dihapuskan. Bayaran wang
secara tunai dipraktikan dalam sebarang jenis urusniaga. 21 Satu sistem cukai pusat
yang moden telah ditubuhkan bersama-sama dengan satu sistem wang yang baru. 22
Salah satu langkah modenisasi yang dijalankan ialah penghapusan sistem feudal
kepada

sistem

pemerintahan

secara

demokrasi. 23

Penghapusan

feudalisme

memperkukuhkan kedudukan kerajaan Meiji. Ini membolehkan kerajaan mempunyai


kuasa yang sepenuhnya ke atas negara dan rakyat. Pada tahun 1876 sistem
feudalisme dibubarkan sepenuhnya dan terbentuklah pemerintahan pusat. 24

20

Mohd Yusuf Ibrahim, Jepun Selepas Meiji, Penerbitan utusan Melayu Berhad, Kuala Lumpur,1972, hlm

21

Japanese National Commission, Japan ,Its Land, people and Culture, Ministry of education, Tokyo, Japan, 1964, hlm 52.

22

M.Rajendran, sejarah Jepun Moden..hlm.78.

23

Ahmad Ali Seman, Zaman Meiji Penyumbang ke Atas Kemajuan Pembangunan Moden Negara Jepun : Satu tinjauan ke Atas

Malaysia dalam Kertas Kerja seminar Fssk,Bangi,1998,hlm 4.

3.

Pemerintah Meiji juga telah menamatkan system class. Lapisan masyarakat yang
sebelum ini dikuasai oleh golongan samurai, petukan, petani dan pedagang. Status
rakyat adalah sama rata dalam mendapatkan keistemewaan-keistemewaan sebagai
raakyat Jepun khususnya dalam lapangan ketenteraan dan pendidikan. 25 Pada 11hb.
Februari 1886, Maharaja Meiji telah mewujudkan Perlembagaan Meiji ( Perlembagaan
Negeri Jepun yang pertama dan bertulis ).Perlembagaan Meiji mengandungi dua buah
dewan iaitu Dewan Pertuanan dan Dewan Perwakilan. 26 Pemerintah Meiji juga
membuat perubahan dari dasar pemencilan kepada dasar berbaik-baik dengan negara
barat.Pada tahun 1877 Menteri Luar negeri Terajima Munenori, telah membuka jalan
perundingan dengan Amerika Syarikat. 27 Kerajaan Meiji juga menjalankan dasar
berbaik-baik dengan pemimpin-peminpin negara barat khususnya Britain, Amerika
Syarikat, German, Perancis, Belanda, Sepanyol, Portugis dan lain-lain untuk menimba
berbagai-bagai disiplin ilmu khususnya sains dan teknologi. 28 Pemerintah Meiji juga
menumpukan kekuatan tentera menubuhkan sebuah Angkatan Tentera dengan
menubuhkan Angkatan Tentera Darat dan Laut bertaraf Antarabangsa Gagah PerkasaBerani Mati (Harakiri dan Kamekaze).
KESIMPULAN Walaupun negara Jepun telah mencapai zaman kemodenan yang
bermula semasa pemerintahan

Meiji pada tahun 1868- 1912, namun unsur-unsur

tradisional yang melambangkan identitinya masih terus terpelihara sehingga ke hari ini.
Tamadun Jepun banyak menerima pengaruh Barat hasil pertembungannya dengan
peradaban barat. Tamadun Jepun banyak meminjam dan meniru teknologi barat dan
seterusnya mengasimilasi teknologi tersebut supaya bersesuaian dengan budaya
24

P.H. Clyde & B.F.Beer, The Far East: A History of the Western Impact & The Eastern response ( 1830-1970),Eagle Cliff, New

Jersey,1971, hlm 125.


25

Mohd Yusuf Ibrahim, Jepun Selepas Meiji, Penerbitan utusan Melayu Berhad, Kuala Lumpur,1972, hlm

26

Richard story, sejarah Jepun Modenhlm. 86.

27

Japanese National Commision, Japan..hlm.54.

28

Ahmad Ali Seman, Zaman Meiji Penyumbang ..hlm.4.

3.

Jepun

sendiri.

Keberanian

serta

kepandaian

pemimpin

Jepun

mengadakan

pembaharuan-pembaharuan yang drastik dalam segala aspek mendatangkan kebaikan


untuk rakyat Jepun sehingga negara Jepun dapat mengekalkan kedudukannya
sehingga ke hari ini.
http://www.scribd.com/doc/2579073/PEMODENAN-MEIJI-baru
Pemulihan Meiji
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Pemulihan Meiji (

Meiji-ishin?), juga dikenali sebagai Revolusi atau

Pembaharuan Meiji ialah seurutan peristiwa yang mencetuskan perubahan besarbesaran dalam struktur politik dan struktur Jepun yang berlaku pada separuh kedua
abad ke-19 yang menyaksikan pengakhiran zaman Edo (atau Zaman Syogun
Tokugawa Akhir) dan kebangkitan Zaman Meiji. Pemerian peristiwa penting antara
tahun 186269 yang paling utama pernah dibuat oleh pihak asing barangkalinya
terkandung dalam A Diplomat in Japan oleh Sir Ernest Satow. Pemulian ini merupakan
tindak balas secara langsung kepada pembukaan Jepun oleh Kapal-kapal Hitam
pimpinan Laksamana Pertama Matthew Perry. Pemulihan ini membolehkan Empayar
Jepun bangkit sebagai kuasa besar.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pemulihan_Meiji
ABSTRAK
Negara Jepun adalah sebuah negara yang moden yang pesat pada masa kini di
rantau asia. Walhal, negara Jepun tidak terelak daripada peperangan dunia kedua yang
memberi kesan kepada seluruh negara di dunia. Hasil pembacaan saya membongkar
rahsia kejayaan negara Jepun dengan melihat pencapaian-pencapaian di zaman
pemerintahan Meiji yang lebih di kenali sebagai Era Pemulihan Meiji (Meiji Restoration)

ERA PEMERINTAHAN MEIJI DAN PENCAPAIANNYA (1868 1912)


Pendahuluan
Zaman pemerintahan Meiji bermula pada tahun 1867. Teraju pemerintahan di
pegang oleh seorang putera yang bernama Putera Mutsuhito. Beliau yang ketika itu
masih berumur 15 tahun ( 16 tahun di dalam beberapa rekod yang lain) di lantik selepas
jatuhnya sistem pemerintahan Shogun Tokugawa (1603 1867). Sewaktu awal
kemunculannya sebagai pemerintah yang di gelar Meiji yang membawa maksud
pemerintah yang menerima pencahayaan, struktur pemerintahan hanya terdiri
daripada kalangan samurai-samurai yang masih muda, berumur dalam awal 30an dan
penghujung 20an. Adalah dikatakan bahawa Maharaja Meiji langsung tidak tahu
menunggang kuda sewaktu berumur 16 tahun. Namun begitu, atas semangat Jepun
Baru, banyak pencapaian yang telah di kecapi sepanjang zaman pemerintahan Meiji.
Pencapaian ini dapat dipecahkan kepada beberapa bahagian yang penting seperti di
bawah:
1.

Penghapusan sistem feudalisme

2.

Pemodenan angkatan tentera darat dan tentera laut

3.

Komunikasi dan perhubungan

4.

Pendidikan

5.

Undang-undang

6.

Kesusasteraan

7.

Ideologi dan agama

8.

Ekonomi

9.

Perindustrian

10. Dasar kewangan dan fiskal


11. Politik
12. Media cetak
13. Kebudayaan
Setiap pencapaian ini akan di bincangkan secara lebih terperinci lagi dalam
perenggan yang seterusnya. Sebelum itu, adalah lebih baik jika kita dapat melihat
keadaan Jepun lebih awal lagi supaya dapat kita lihat perbandingan di antara dua corak
pemerintahan. Pemerintahan yang lebih awal di maksudkan saya ialah zaman
pemerintahan Shogun Tokugawa. Tokugawa Ieyasu merupakan sekutu paling berkuasa
kepada Hideyoshi semasa zaman Sengoku Jidai (zaman peperangan yang berlaku
pada 1460 1573M). Zaman pemerintahan Tokugawa tidaklah seteruk mana kerana
rakyat Jepun masih menghargai jasa beliau yang berjaya menyatukan Jepun. Namun,
ketika era pemerintahan beliau, amalan feaudalisme telah dilancarkan oleh beliau
dengan meletakkan diri beliau sebagai Pemerintah Seluruh Jepun. Di bawahnya pula di
susuli oleh samurai yang mendapat hak keistimewaan yang lebih dari rakyat biasa. Di
zaman itu, hanya samurai yang mempunyai kuasa untuk membawa pedang. Kemudian
di ikuti oleh Petani, Petukang dan akhir sekali golongan saudagar. Rajah 1 di sebelah
dapat memberikan penjelasan kepada struktur sistem feudalisme Kesyogunan
Tokugawa.
Di zaman ini juga, Kesyogunan Tokugawa telah melaksanakan pemencilan
Jepun dengan mengamalkan dasar pintu tertutup. Walaupun begitu, keamanan dan
kestabilan berlangsung hampir 200 tahun di bawah pemerintahan beliau. Namun,
segalanya berkahir apabila kekangan ekonomi dan inflasi yang teruk melanda Jepun di
sebabkan oleh kegagalan sistem pertanian. Ketika itu juga, kewibawan para samurai
jatuh di sebabkan terpaksa berhutang dan ini menyebabkan kekuasan golongan
saudagar semakin meningkat. Keadaan ini telah mengubah kedudukan mereka di
dalam status feudal Jepun ketika itu.

Di samping itu juga, kapal Amerika Syarikat yang di naungi oleh Komander
Matthew Calbraith Perry yang berlabuh di Teluk Tokyo pada 1853 dan sekali lagi pada
1854 telah berjaya mendesak Jepun membuka pintu sempadan mereka kepada orang
asing dengan termaktubnya Perjanjian Kanagawa. Namun, keadaan menjadi tidak
terkawal apabila terlalu ramai orang asing yang membanjiri tanah Jepun atas keinginankeinginan tertentu. Ada juga pihak yang menentang Kesyogunan Tokugawa kerana
merasakan adat dan kebudayaan asli mereka terancam dengan kehadiran orang
asing.
ERA PEMERINTAHAN MEIJI : PENCAPAIAN PENCAPAIAN
Pemansuhan Sistem Feudalisme
Pemerintahan Meiji bermula sebaik sahaja kejatuhan Kesyogunan Tokugawa. Era ini
juga di gelar Zaman Pemulihan Meiji. Di awal era pemerintahan beliau, perkara yang
terawal sekali yang di lakukan beliau ialah dengan memikirkan bagaimana persoalan
mengenai bagaimana caranya untuk membiarkan semua rakyat di dalam negara ini
merasakan diri mereka di hargai? Perasaan kewarganegaran? Perasaan yang
mengatakan bahawa mereka adalah sebahagian daripada gerakan pemulihan beliau?
Maka, Maharaja Tokugawa telah membuat keputusan untuk memnasuhkan kedudukan
dan kelas dalam sistem feudalisme. Dengan terhapusnya sistem feudalisme, maka
bermulalah era pemodenan Jepun yang merubah nasib hampir keseluruhan penduduk
negara Jepun. Namun, penghapusan kedudukan golongan samurai yang langsung
tidak memberikan sebarang sumbangan untuk beberapa ratus tahun sebelum itu,
tidaklah semudah yang di sangka. Pemansuhan kedudukan mereka telah di tentang
hebat oleh Jeneral Saigo yang bertanggungjawab yang mengetuai angkatan tentera
Shogun. Jeneral Saigo telah menentang Maharaja Tokugawa tetapi telah di tentang
oleh pasukan tentera Maharaja Tokugawa yang terdiri daripada petani yang sebelum ini
tidak mempunyai hak untuk menggunakan senjata. Penentangan Jeneral Saigo
menemui kegagalan dan beliau telah menamatkan riwayanya sendiri mengikut ritual
seorang samurai yang sejati. Dengan kematian Jeneral Saigo, bermulalah era baru
dengan slogan : Tamadunisasi dan Pencahayaan (Civilisation and Enlightment).

Pemodenan Angkatan Tentera Darat dan Laut


Langkah seterusnya yang telah di ambil kira oleh Maharaja Meiji ialah untuk
memodenkan angkatan tentera darat dan laut. Untuk usaha ini, Maharaja Meiji telah
meminta bantuan daripada pihak British. Sebelum itu, Maharaja Meiji juga telah
memperkenalkan sistem kerahan tenaga pada tahun 1876. Sistem ini telah di
perkenalkan kepada rakyat biasa yang berumur 20 tahun ke atas. Mereka akan
berkhidmat selama 12 tahun yang boleh di pecahkan kepada 3 tahun tetap dan 9 tahun
sebagai simpanan. Cara berperang juga di ajar oleh pegawai tentera asing.
Angkatan Tentera Laut telah di tubuhkan pada tahun 1872. Sewaktu penubuhan
Angkatan Tentera Laut, Jepun sudah memiliki sebanyak 17 buah kapal tentera laut.
Pada tahun 1876, kapal laut besar telah di beli dari Britain dan ini dapat menguatkan
lagi kekuasaan Tentera Laut Jepun. Sementara itu, pegawai tentera laut dari British di
ambil sebagai jurulatih Tentera Laut.
Kemudahan tentera laut telah di pertingkatkan tahun demi tahun dengan
memperbaiki kemudahan limbungan membeli kapal-kapal dan senjata-senjata baru.
Sehingga tahun 1894, Kerajaan Maharaja Meiji telah pun mempunyai sebanyak 28
buah kapal moden, 24 buah anak kapal dan juga torpedo.

Atas usaha ini, Jepun

telah berjaya menawan China pada tahun 1894/1895 dalam peperangan Sino-Jepun.
Peperangan yang bermula di sebabkan oleh permintaan Jepun untuk mengambil alih
Korea telah di menangi dengan mudah oleh pihak Jepun.
Bukan itu sahaja. 10 tahun kemudian, dalam tahun 1904/1905, tentera Jepun
telah menentang tentera Russia untuk berebut Manchuria. Keadaan ini mengejutkan
pihak barat kerana tidak menyangka kekuatan Jepun telah meningkat dalam masa yang
amat singkat. Ini semua adalah hasil kemajuan teknologi tentera Jepun. Negara Jepun
telah membangun dari segi ketenteraan dari sistem feudal ke konsep peperangan
moden dalam masa kurang dari 30 tahun. Jepun telah berajaya menjadi sebuah negara
kuasa besar di rantau Asia ketika itu.
Komunikasi dan Perhubungan

Bidang komunikasi telah di permodenkan setelah Maharaja Meiji menerima


hadiah berupa mesin telegraf. Mesin ini telah di kaji oleh ilmuwan-ilmuwan Jepun dan
telah di modenkan lagi. Alat ini telah membantu dalam bidang ketenteraan Jepun
sebagai satu media yang efektif dalam berkomunikasi. Teknologi ini juga membantu
dalam urusan pemusatan pentadbiran dan pembangunan ekonomi. Pada tahun 1880,
hampir seluruh bandar besar di lengkapi dengan kemudahan telegraf. Selanjutnya,
sistem pos moden telah di perkenalkan dan memantapkan lagi sistem komunikasi di
Jepun.
Sementara itu, dari segi perhubungan pula, perkhidmatan kereta api telah di
perkenalkan. Kerja pembinaan landasan kereta api telah di mulakan pada tahun 1872.
Dengan adanya perkhidmatan kereta api, telah memudahkan system pengangkutan
untuk penumpang dan juga barangan ekonomi. Pada tahun 1872, landasan telah di
bina untuk menghubungkan Tokyo dan Yokohama. Dua tahun berikutnya, 1874, ianya
telah di sambung ke Kobe, Osaka dan Kyoto. Landasan terakhir yang di bina ketika itu
untuk menghubungkan Kyoto dan Otsu di bina pada tahun 1880. Landasan itu telah di
bina sepenuhnya oleh jurutera-jurutera Jepun. Menjelang tahun 1881, Jepun telah
mempunyai landasan kereta api sejauh 26 batu. Pendapat mengatakan sistem
komunikasi dan perhubungan negara Jepun lebih maju daripada negara-negara barat
ketika itu.

Pendidikan
Pendidikan memainkan peranan penting untuk mencapai matlamat Maharaja
Meiji. Ianya di anggap sebagai alat tranfsormasi untuk merealisasikan impian Maharaja
Meiji. Sehubungan dengan itu, konsep pendidikan moden telah di beri pendedahan
kepada pelajar-pelajar di sekolah.
Sekolah-sekolah telah di bina oleh peladang-peladang untuk menunjukkan
sokongan rakyat terhadap Maharaja Meiji. Mereka bersependapat mengatakan
pendidikan adalah kunci kecemerlangan. Walaupun begitu, mereka masih perlu

membayar yuran pengajian untuk anak-anak yang bersekolah. Namun, hal itu tidak
menjadi masalah kerana mereka (peladang-peladang) percaya kepada pulangan
pelaburan yang telah mereka lakukan melalui anak-anak mereka, demi masa depan
mereka. Dengan membina sekolah juga, mereka dapat memberi sumbangan ke arah
membangunkan negara Jepun.
Kementerian Pelajaran Jepun telah di tubuhkan pada tahun 1871 dengan
menyeragamkan sistem pendidikan. Pada tahun berikutnya, kawasan di Jepun telah di
pecahkan kepada 8 bahagian. Di setiap bahagian pula di bina sebuah universiti, 32
buah sekolah menengah dan 210 sekolah rendah. Kanak-kanak Jepun yang mula ke
sekolah ketika berumur 6 tahun dan mereka perlu belajar selama 16 bulan.
Kemudian, pada tahun 1886, pelajaran sekolah rendah telah di tetapkan kepada
8 tahun dan sekolah menengah selama 4 tahun. Selain itu, wujud juga sekolah tinggi
yang menawarkan bidang pengajian perubatan, ketenteraan, pelayaran, pertanian,
perdagangan dan perikanan.
Selain itu, kerajaan Jepun juga telah membawa masuk sebilangan besar pakar
dari luar untuk mengajar kemahiran kepada rakyat Jepun. Mereka di bayar gaji oleh
kerajaan Jepun.
Pada tahun 1886 juga telah di tubuhkan Universiti Di Raja Tokyo. Universiti ini
merupakan pusat pengajian yang tertinggi di Jepun ketika itu. Universiti ini
menyediakan sekolah latihan dalam perkhidmatan awam dalam bahagian urusan
pentadbiran, pusat pendidikan dan juga pusat penyelidikan. Universiti ini menekankan
pelajar-pelajarnya supaya mematuhi hormat terhadap Maharaja dan negara. Pelajarpelajarnya di ajar berdasarkan sistem pendidikan barat dan menekankan pendidikan
moral yang di sadur dari etika Kung Fu Tze.
Selain daripada pendidikan dalam negeri, ada juga pelajar-pelajar yang di hantar
ke luar Jepun untuk belajar ilmu sains dan teknologi baru dari barat.
Undang undang

Sistem undang-undang moden telah di perkenalkan untuk meyemak semula


perjanjian-perjanjian berat sebelah di antara negara Jepun dan negara-negara barat
yang di buat sekitar tahun 1850an dan 1860an. Kerajaan Jepun telah melantik seorang
peguam Perancis yang bernama Gustave Roissonade de Fontarabe sebagai penasihat
keadilan kepada Kementerian Keadilan. Hasilnya, undang-undang baru yang lebih
moden telah di perkenalkan dengan menghapuskan perjanjian-perjanjian yang berat
sebelah suatu ketika dahulu. Undang-undang yang telah di gubal ini telah di
kuatkuasakan dalam tahun1882 dan di namakan sebagai undang-undang jenayah
moden. Undang-undang sivil dan perdagangan pula telah di gubal pada tahun 1888.
Kesusasteraan
Bidang kesusateraan telah berkembang biak dengan adanya penterjemahan
buku-buku sastera dari barat. Di antara karya dan biografi yang terkenal yang telah di
terjemahkan ialah karya William Shakespeare, Homer, Rousseau dan Voltair. Ini telah
meningakatkan minat rakyat Jepun ketika itu kepada kesusateraan moden. Di antara
karya mereka yang telah di terjemah kan ialah Romeo and Juliet, Ernest Maltraves dan
The Bridge of Cannernoor. Selain itu, ada juga Pilgrims Progreess dan The Bible(Old
Testament). Penterjemah yang terkenal ketika itu ialah Oda Junichiro. Beliau telah
mendapat pendidikan dari Univesity of Edinburgh (Scotland). Hasil penterjemahan
beliau, telah wujud bentuk keusasteraan baru yang yang di namakan gembun itchi dan
telah di gunakan dengan meluas oleh penulis-penulis novel Jepun. Melalui
penterjemahan-penterjahan karya ini juga, masayarakat elit Jepun telah terdedah
kepada idea-idea barat berkenaan sains, politik, sosial, pendidikan dan sebagainya.
Di antara novelis yang terkemuka ketika itu ialah Futabatei Shimei dengan karya
terjemahan beliau yang berjudul Rendezvous. Bahasa Inggeris telah menjadi bahasa
yang sangat oenting ketika era pemulihan Meiji.
Ideologi dan Agama
Peranan ideologi di zaman pemerintahan Meiji telah di sasarkan sebagai alat
untuk meningkatkan semangat nasionalisma. Ideologi baru di perkenalkan yang di

namakan Kokutai secara rasmi. Ideologi ini berhubung kait dengan kerohanian
masyarakat Jepun dan sebahagian darinya memberikan kesetiaan dan ketaatan yang
sepenuhnya kepada Maharaja Jepun yang di anggap suci.
Seterusnya, dalam konsep keagamaan telah di perkenalkan pula konsep Shinto
Negara. Shinto negara adalah berasal daripada agama Shintonisme, sebuah agama
purba Jepun. Dalam konsep Shintoisme purba, shinto di bahagikan kepada empat
bahagian, iaitu Shinto Istana DiRaja (Koshitsu Shinto), Shinto tempat-tempat suci (Jinja
Shinto), Shinto Mazhab (Kyoha Shinto) dan Shinto Rakyat (Minkan Shinto). Namun,
setelah konsep Shinto Negara di perkenalkan, Shinto Istana DiRaja dan Shinto Tempattempat Suci telah di satukan dengan menyerap ajaran-ajaran Konfusianisme (Kung Fu
Tze).
Sebaliknya, agama Buddha telah di asingkan daripada agama Shinto. Sewaktu
penghapusan agama Buddha, kesemua harta-harta institusi Buddha telah di ambil dan
kitab-kitab suci telah di bakar dan di hanyutkan ke sungai-sungai. Patung-patung
Buddha juga tidak terkecuali.
Selain itu, jika sebelum ini di zaman Tokugawa, agama Kristian telah di hamkan.
Tetapi, di zaman Meiji, sebalikya pula yang berlaku. Agama Kristian telah di terima
masuk semula. Ianya telah berkembang di Jepun dengan pembinaan pusat-pusat
keagamaan di Nagasaki (Khatolik Roman), Yokohama (Presbyterian) dan Hakodate
(Ortodoks Greek) pada tahun 1870an. Selain itu, mubaligh-mubaligh Kristian yang
berhijrah ke Jepun juga membuka sekolah-sekolah agama Kristian dan menerbitkan
risalah-risalah agama Kristian. Tetapi, tidak semua rakyat dapat menerima kemasukan
semula agama Kristian. Dengan itu, muncul pula beberapa persatuan yang berfahaman
nasionalis seperti Nippon sin (The Japanese) dan Persatuan Cara Agung, Agama
Kebangsaan Jepun (Nippon Kokkyo Daido-sha). Peratuan-persatuan ini beranggapan
bahawa agama Kristian akan menghapuskan ciri-ciri kebudayaan Jepun. Tidak seperti
ajaran-ajaran Buddha dan ajaran Konfusiusme. Matlamat persatuan-persatuan ini
adalah untuk meyanjung dan mengangkat martabat tradisi serta warisan negara

dengan mengenepikan pengaruh kebudayaan Barat. Walaupun begitu, Jepun kini telah
mempunyai 130 buah gereja di seluruh kepulauan Jepun.
Ekonomi
Ekonomi Jepun telah menerima impak yang agak besar daripada era Pemulihan
Meiji. Maharaj Jepun percaya bahawa ekonomi moden adalah asas kepada keselamatn
dan keagungan nasionalisme. Pemodenan ekonomi juga di lakukan atas dasar
kepesatan pertumbuhan penduduk, aktiviti pertanian yang tidak dapat menampung
penduduk yang tidak bekerja, kekurangan perniagaan eksport dan untuk menyediakan
peluang pekerjaan kepada kelas samurai yang berjumlah lebih kurang 600,000.
Pemodenan ekonomi telah di mulakan di sektor pertanian dengan sektor
pertanian telah menyumbangkan sebanyak 80% daripada jumlah pendapatan Jepun
pada tahun 1870 1880. Selain itu, sebelum ini hak milik tanah adalah dalam
kekuasaan golongan di Raja. Tetapi, setelah konsep pemilikan tanah di perkenalkan
daripada Barat, semua rakyat mempunyai tanah masing-masing walaupun dia adalah
seorang petani. Keadaan ini telah membolehkan kerajaan mengenakan cukai tanah
yang menggantikan bayaran cukai kepada golongan feudalisme.
Selain itu, ada juga pelajar-pelajar yang di hantar ke luar Jepun untuk belajar
dalam jurusan pertanian dan ada juga pakar yang di bawa masuk untuk meningkatkan
lagi taraf teknologi pertanian Jepun. Selain itu juga, penggunaan benih yang di impot
dan baja kimia telah di perkenalkan. Tanaman yang di galakkan ketika itu ialah teh dan
sutera dan banyak kawasan pertanian yang telah di buka.
Perindustrian
Dalam bidang perindustrian, industri perkilangan telah pertingkatkan dengan
kilang-kilang besi waja dan besi keluli (industri berat). Industri ini berperanan dalam
industri pembinaan kapal, alat perang dan limbungan kapal tentera laut di Yukusuka.

Kilang-kilang besi tadi telah di bangunkan dengan meminjam modal daripada


golongan-golongan kaya feudal Jepun. Ini dapat mengurangkan pergantungan ekonomi
daripada negara-negara barat yang berupa pinjaman bank. Kilang-kilang itu juga telah
di bangunkan dengan bertujuan untuk memajukan bidang ketenteraan Jepun dalam
usaha penaklukan dan pertahanan. Pengetahuan perlatan perang telah di serap dari
barat dengan membawa masuk beberapa pakar dari luar.
Kerajaan Jepun juga telah membina dua buah kilang besar untuk membuat
meriam dan senapan di Tokyo dan Osaka. Selain itu, tiga buah kilang telah di bina di
Tokyo dan Gumma untuk membuat peluru.
Selain daripada kilang pembuatan senjata, kerajaan Jepun juga telah membina
kilang sutera, kapas, benang, simen dan juga kaca. Semua pemilikan perindustrian
telah di serahkan kepada beberapa syarikat seperti Mitsui, Mitsubishi, Sumitomo,
Yasuda dan lain lain. Gabungan industri pula telah di kuasai oleh pasukan pemodalan
seperti Zaibatsu.
Dasar Kewangan dan Fiskal
Pemerintahan Tokugawa telah memperkenalkan konsep matawang pelbagai.
Namun, setelah Kementerian Kewangan di tubuhkan sistem matawang telah di
selaraskan dengan mengambil kira sistem kewangan dari barat. Pada tahun 1868,
matawang Jepun telah di tukar kepada konsep pengunaan wang kertas. Wang kertas
telah di tukarkan daripada Ryo kepada Yen yang ketika itu mempunyai nilai yang sama
dengan nilai dolar Amerika Syarikat. Kemudian sistem perbankan moden pula telah di
serapkan barasakan konsep perbankan Amerika Syarikat.
Kerajaan Jepun menghadapi masalah inflasi dan susut nilai matawang yang di
akibatkan daripada perbelanjaan yang melebihi pendapatan. Ini berlaku kerana proses
transisi Jepun dalam pemodenan angkatan tentera, industri baru, perhubungan dan
komunikasi. Selain itu, banyak wang telah di gunakan untuk membayar pampasan
kepada tuan feudal dan di gunakan dalam proses menumpaskan pemberontakan
samurai.

Mujur ada Menteri Kewangan yang bernama Matsukata yang berjaya mengawal
keadaan dengan mengenakan cukai yang tinggi ke atas wain dan tembakau dan juga
dengan mengurangkan subsidi kerajaan kepada syarikat. Dengan ini, kerajaan Jepun
dapat menarik semula wang kertas Jepun untuk meningkatkan semula nilainya.
Bank kebangsaan pertama yang telah di tubuhkan dalam tahun 1873 dengan
manggabungkan dua agensi kewangan kerajaan yang utama. Perdagangan dengan
dunia luar juga telah membantu dalam meningkatkan pertukaran matawang asing dan
memberi pendapatan kepada negara Jepun. Selain itu, sistem kredit moden juga telah
di perkenalkan dengan penubuhan Bank of Japan pada tahun 1882. Pada tahun 1882,
sebanyak 143 buah bank telah di wujudkan dan di samping itu juga, kerajaan Jepun
telah menubuhkan Biro Mengurus Simpanan untuk pejabat-pejabat kerajaan.
Politik
Perlembagaan baru telah di perkenalkan dan sistem politik berparti juga turut di
perkenalkan. Pada tahun 1868, carta Pengakuan Lima Artikel telah di perkenalkan
dengan memberi penekanan kepada penubuhan dewan perhimpunan, kebebasan
bermastautin dan pekerjaan, penghapusan kelas keturunan dan hubungan kebudayaan
dengan barat. Untuk melaksanakan carta ini, langkah awal telah di ambil. Iaitu dengan
menubuhkan Majlis Negara yang merupakan badan yang paling berkuasa dalam
negara. Idea untuk mengadakan perhimpunan oleh yang dipilih oleh rakyat juga
mendapat sambutan yang baik.
Maharaja telah memerintahkan supaya perlembagaan dan parlimen baru
dibentuk menjelang tahun 1881. Maharaj Meiji juga telah mengarahkan Ito Hirobumi,
selaku peyimpan mohor untuk pergi mempelajari teori politik dari Britain, Belgium, Paris,
Vienna dan Berlin. Sehubungan dengan itu, Ito telah mempunyai idolanya tersendiri
iaitu Otto Von Bismarck, seorang canselori Jerman yang berjaya menyatukan Jerman
pada tahun 1870 dan di gelar Canselori Waja.
Pengumuman perlembagaan baru telah di buat secara rasmi oleh Maharaja
pada 11 Febuari 1889. Di antara syarat-syarat yang terkandung di dalam perlembagaan

ini ialah penubuhan sebuah dewan kabinet dan mewujud parlimen dwidewan (Dewan
Bangsawan dan Dewan Rakyat). Sementara itu, pilihanaraya pertama telah di adakan
pada tahun 1890 yang di sertai oleh berbagai parti politik. Di antara parti yang
bertanding ialah Parti Liberal (Jiyuto) yang di tubuhkan pada tahun 1881 di bawah
Itagaki dan Parti Progresif (Kaishinto) yang di tubuhkan pada tahun 1882. Namun,
kebebasan parti ini di sekat kerana di khuatiri akan menghakis kepimpinan Meiji dan di
ganti dengan sistem demokrasi.
Media Cetak
Dari segi teknologi percetakan pula, kemajuan dari segi kemudahan timbul hasil
daripada keperluan untuk menyediakan notis-notis oleh Jabatan Kerajaan. Di samping
itu juga, pengguna mesin cetak turut di gunakan oleh pihak gereja untuk menerbitkan
risalah-risalah Kristian untuk diedarkan kepada orang ramai.
Kebudayaan
Dari segi kebudayaan, beberapa perubahan telah berlaku dalam konsep seni
lukis, seni muzik, seni drama dan beberapa aspek yang lain. Seni lukis tradisional
Jepun telah di perbaharui dengan penggunaan warna-warna yang lebih terang dari
kebiasaannya. Dari segi seni muzik pula, pengaruh muzik barat mula meresapi
kebudayaan Jepun. Banyak pring piring hitam boleh di dapati dan muncul pula
konsep tarian barat. Di antara yang paling terkenal ialah tarian ballroom. Di samping itu
juga, konep penggunaan alat muzik tradisional dan gabungan alat muzik moden di
perkenalkan.
Selain itu, di zaman ini juga, seni drama Kabuki mula di pandang tinggi dan
mendapat pengiktirafan yang tinggi. Tidak seperti zaman Edo, Kabuki adalah
persembahan untuk golongan kelas bawahan (saudagar-saudagar) sahaja. Di zaman
Meiji, Kabuki adalah satu bentuk hiburan yang mendapat tempat di setiap lapisan
masyarakat.

Selain daripada drama-drama pentas, industri filem juga mula berkembang.


Bermula dengan filem-filem bisu, kemudiannya menyusul pula kaedah penggunaan
kamera moden, penggunaan sarikata, teknik sinaran tiruan, prop dan sebagainya.
http://ayeplah.tripod.com/

You might also like