You are on page 1of 2

Tutorial 5

Bincangkan implikasi Gaya Kognitif terhadap pengajaran dan pembelajaran termasuk murid
berkeperluan pendidikan khas.

Implikasi Gaya Kognitif Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Termasuk Murid


Berkeperluan Pendidikan Khas.

Perbincangan yang dilakukan telah diketuai oleh Carl Nyjorie Anak Gali. Ianya telah dilakukan
dalam kumpulan besar secara bulatan. Setiap pelajar memberi pendapat masing-masing.

Ketua perbincangan iaitu saudara Carl Nyjorie telah membuat permulaan perbincangan dengan
mengemukakan implikasi Gaya Kognitif dibawah tajuk Field Dependence. Antara ciri-ciri gaya
pembelajaran field dependence ialah

Mempersepsikan secara global


Mengkategorikan konsep secara umum
Berorientasikan sosial
Lebih di pengaruhi oleh kritikan
Memerlukan penentuan matlamat dan pengukuhan luaran

Pendapat yang pertama telah diberikan oleh Amirul Hafiz bin Tazudin.
Sediakan satu persekitaran pembelajaran sosial di mana murid-murid berpeluang untuk
berinteraksi dengan orang lain serta bekalkan bahan sokongan seperti advance
organizers.

Pendapat seterusnya diberikan oleh Aminuddin bin Kassim


Pastikan arahan yang diberi kepada murid adalah jelas dan bersifat eksplisit. Gunakan
banyak contoh dan ilustrasi. Selain itu, guru utamakan kaedah berpusatkan murid
dengan penekanan kepada pengukuhan positif
Perbincangan diteruskan dengan gaya kognitif dibawah tajuk field independence. Antara ciri-ciri
field independence yang telah dikemukakan ialah

Mempersepsikan secara analitikal

Mengkategorikan konsep secara khusus

Orientasi yang tidak bersifat peribadi

Kurang dipengaruhi oleh kritikan

Mempunyai matlamat dan pengukuhan yang ditentukan sendiri

Menyediakan satu persekitaran pembelajaran yang berdikari dengan menggunakan kaedah


inkuiri penemuan.

Bekalkan murid-murid dengan bahan rujukan dan bahan resos.

Beri bimbingan yang minimum

You might also like