You are on page 1of 22

Pengenalan

Sistem pendidikan di Malaysia pada awalnya telah berkembang sejak zaman


pemerintahan penjajah lagi. Kebanyakannya sistem pendidikan yang diperkenalkan
adalah bersifat tidak formal iaitu secara lisan. Seterusnya kita diperkenalkan pula
dengan sistem pendidikan formal seperti pendidikan di sekolah-sekolah Inggeris.
Pada masa itu, jurang pendidikan telah pun wujud kerana pihak penjajah telah
mewujudkan jurang antara kaum pendekatandivide & rules bertujuan
mengelakkan pembangkitan semangat patriotik dalam kalangan rakyat.
Perkembangan pendidikan di Malaysia pada peringkat awalnya lebih tertumpu
kepada pembinaan sekolah di bandar dan kawasan pertumbuhan ekonomi utama
negara. Sekolah-sekolah di bandar dibekalkan dengan kemudahan dan peralatan
yang baik dan lengkap, guru terlatih serta sumber yang mencukupi. Sebaliknya,
peluang menikmati pendidikan bagi penduduk di luar bandar dan pedalaman amat
terhad.Sekolah luar bandar pula mengalami pelbagai kekurangan dari
segiinfrastruktur dan peralatan, kemudahan asas, guru serta sokongan ibu bapa
dan masyarakat. Ketidaksamarataan dan jurang pendidikan ini wujud
disebabkan mereka lebih tertumpu kepada usaha memastikan lebih ramai pelajar
mendapat pendidikan pada masa itu berbanding dengan kualiti pendidikan.
Kini, kerajaan telah banyak memberi tumpuan terhadap kawasan luar bandar dan
pedalaman bagi mengurangkan jurang pendidikan serta mengurangkan
kadar keciciran. Jurang pendidikan juga wujud antara jenis sekolah, kaum, jantina,
taraf sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Hal ini menyebabkan perbezaan
prestasi dan pencapaian pelajar. Kesan jurang pendidikan telah menyumbang
kepada keadaan tidak seimbang yang ketara daripada segi status ekonomi antara
penduduk luar bandar dan bandar.

2.0 Konsep dan Pengertian

Di dalam buku Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), pihak Kementerian


Pelajaran Malaysia telah menetapkan dasar bagi merapatkan jurang pendidikan
yang wujud seperti antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar.
Oleh itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysi telah pun mengenal pasti jurang
pendidikan yang perlu dirapatkan agar akses, ekuiti dan kualiti dalam pembelajaran
dan pengajaran dapat ditingkatkan. Antara jurang pendidikan yang wujud adalah
seperti, jurang antara bandar dan luar bandar, jurang digital, jurang antara tahap
pencapaian pelajar, jurang antara pelajar normal dan pelajar berkeperluan khas
serta juang sosioekonomi.
Jurang bandar dan luar bandar adalah merujuk kepada ketidaksamarataan
yang berlaku. Contoh jurang yang wujud adalah daripada segi penyediaan
infrastruktur dan penempatan kepada para guru yang mengajar. Kekangan sebegini
berlaku terutamanya di Sekolah Kurang Murid (SKM), sekolah Orang Asli dan yang
paling ketara sekali ialah sekolah di kawasan pedalaman. Selain itu juga, jurang
bandar dan luar bandar ini merujuk kepada tahap atau taraf perbezaan dalam
pelbagai aspek yang dicapai oleh kawasan bandar dan kawasan luar bandar adalah
berbeza. Perbezaan ini biasanya merujuk kepada perbezaan daripada segi
kemudahan-kemudahan seperti bas awam, perpustakaan awan dan sebagainya
serta dari pelbagai aspek lain.

Seterusnya, wujud juga jurang digital. Jurang digital merupakan perbezaan


daripada segi akses kepada kemudahan Information dan Communication
Techology (ICT). Jurang digital ini biasanya wujud di lokasi yang memiliki keadaan
geografi yang berbukit bukau serta di kawasan pedalaman. Hal ini demikian kerana
perkhidmatan bagi mengakseskan internet adalah terhad. Selain itu, jurang digital
ini menunjukkan kepada tahap pencapaian tenaga pengajar dalam bidang ICT.
Kebiasaannya, tahap pencapaian tenaga pengajar adalah berbeza disebabkan
pelbagai aspek antaranya kurang pengalaman dan pengetahuan dari segi
penggunaan ICT, kurangnya kemudahan dan banyak lagi. Menurut Organisation for
Economic Co-operation and Development (OECD) pada tahun 2001 pula, jurang
digital telah ditafsirkan sebagai satu jurang yang wujud di antara individu, isi
rumah, perniagaan dan kawasan geografi pada peringkat sosio-ekonomi yang
berbeza untuk mendapatkan peluang menggunakan internet dan mengakses ICT.

Jurang antara tahap pencapaian pelajar pula ialah kesulitan pelajar dalam
menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Dalam situasi ini, kebanyakan
pelajar sekolah rendah tidak mampu menguasai 3M ini disebabkan oleh pelbagai
faktor sama ada faktor dalaman mahupun faktor luaran. Selain itu, kegagalan
mencapai standard minimum seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) merupakan salah satu faktor daripadanya. Keadaan ini akan
menyebabkan seseorang pelajar itu berisiko tinggi tercicir daripada sistem
pendidikan.

Seterusnya ialah jurang antara pelajar normal dan pelajar berkeperluan khas.
Ia merujuk kepada perbezaan dalam menyediakan pelbagai kemudahan yang
sesuai. Kemudahan ini adalah untuk menyokong proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) pelajar berkeperluan khas termasuklah mereka yang kurang
upaya, pintar cergas dan berbakat. Jurang ini biasanya menyentuh tentang
perbezaan daripada pelbagai segi antara golongan kelainan upaya dan golongan
pelajar biasa. Golongan kelainan upaya biasanya memerlukan kemudahan teknologi
yang canggih bagi membantu mereka dalam sistem pembelajaran dan pengajaran.

Jurang yang terakhir pula ialah jurang sosial. Jurang ini merujuk kepada
perbezaan daripada segi tahap kesihatan, disiplin, kebajikan pelajar dan kemiskinan
termasuklah kemiskinan dalam bandar dalam jurang sosial ini, lebih tertumpu
kepada jurang kemiskinan. Kemiskinan biasanya sering menjadi faktor utama yang
menyebabkan berlakunya jurang sosial yang ketara terutamanya antara kawasan
luar bandar dan kawasan bandar.

3.0 Isu Isu Berkaitan

3.1 Jurang Pendidikah Akibat Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran


Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI)

Sejak kemerdekaan, masalah jurang pendidikan telah wujud dan masih tidak
dapat dihapuskan sehingga zaman globalisasi ini. Masalah jurang pendidikan
berterusan sehingga pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). PPSMI diperkenalkan secara
berperingkat-peringkat pada tahun 2003 bermula daripada Tahun 1 bagi peringkat
sekolah rendah manakala Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 bagi sekolah menengah.
Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah bermula pada tahun
2007 manakala untuk sekolah rendah pula bermula pada tahun 2008.

Pelaksanaan PPSMI secara umumnya bertujuan untuk meningkatkan


pembangunan sumber tenaga manusia bagi mencapai taraf negara maju dan
persiapan daripada peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era
globalisasi. Selain itu, bahasa Inggeris ialah bahasa komunikasi antarabangsa dan
penguasaan bahasa Inggeris memudahkan penguasaan ilmu dalam bidang Sains
dan Matematik. Secara keseluruhan, dasar ini dilaksanakan dengan harapan
memberi kelebihan kompetitif kepada negara dengan penggunaan bahasa Inggeris.
Akan tetapi, PPSMI tidak begitu berjaya dan tidak mencapai objektif asalnya malah
mendatangkan keburukan kepada pelajar, terutamanya pelajar luar bandar.
Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Ahamad Sipon, pelajar sekolah
rendah dan sekolah menengah mencatatkan tahap kelulusan sederhana dalam
mata pelajaran Sains dan Matematik dengan kelemahan ketara dikesan di sekolah
luar bandar setelah pelaksanaan PPSMI. Melalui dapatan laporan kajian ini, kita
dapat lihat bahawa pelaksanaan PPSMI banyak mempengaruhi pelajar terutamanya
pelajar luar bandar. Ramai pelajar luar bandar telah menjadi mangsa dalam
pelaksanaan dasar ini. Keadaan ini juga menjadi salah satu faktor primer PPSMI
menerima pembidasan dan tentangan dari pelbagai pihak, terutamanya Datuk Dr.
Hassan Ahmad, Pengerusi Gerakan Mansuh Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris (GMP) yang mengatakan pembatalan PPSMI harus
diimplimentasikan untuk menyelamatkan pelajar luar bandar.

Jika disingkap daripada persepsi yang lebih terperinci, kewujudan masalah


jurang pendidikan akibat pelaksanaan PPSMI dapat dilihat daripada beberapa aspek.
Pertama, ramai pelajar menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri kepada
perubahan bahasa perantara dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan
Matematik. Perubahan drastik dalam pembelajaran Sains dan Matematik
menyebabkan pelajar, terutama pelajar luar bandar berasa tertekan dan tidak
berkeyakinan untuk menguasai mata pelajaran yang berkaitan. Hal ini demikian
kerana pelajar luar bandar kurang terdedah kepada bahasa Inggeris berbanding
dengan pelajar di bandar. Pelajar luar bandar kurang berkomunikasi dan menulis
dalam bahasa Inggeris kecuali tugasan sekolah. Secara langsung, pencapaian
prestasi Sains dan Matematik pelajar akan terjejas kerana penguasaan bahasa
Inggeris mereka yang lemah. Selanjutnya, jurang pendidikan antara pelajar bandar
dan luar bandar akan menjadi semakin besar.

Selain itu, kebanyakan pelajar luar bandar pada asalnya tidak menguasai
bahasa Inggeris dengan baik akan mengalami kesukaran untuk mempelajari Sains
dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Hal yang demikian akan mempengaruhi
minat pelajar dalam mempelajari subjek Matematik dan Sains dan akhirnya mereka
berputus asa untuk terus mempelajarinya kerana wujud kekangan dalam
penggunaan bahasa. Hal ini berlaku kerana pelajar sukar memahami bahasa
Inggeris di samping konsep dan teori Sains dan Matematik. Sebagai contoh, pelajar
sukar memahami konsep mata pelajaran Kimia melalui petikan atau buku kerana
penguasaaan bahasa Inggeris yang lemah. Pelaksanaan PPSMI bukan sahaja
melemahkan penguasaan pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik malah
terdapat sebilangan pelajar mengalami keciciran. Pelajar yang sangat lemah akan
terus melepaskan peluang mereka untuk belajar dan akhirnya mereka ketinggalan
dalam mata pelajaran tersebut. Oleh itu, jelaslah bahawa ramai pelajar luar bandar
telah menjadi mangsa dalam pelaksanaan PPSMI dan mewujudkan masalah dalam
jurang pendidikan.
Pada persepsi yang lebih terperinci, faktor tenaga pengajar juga tidak kurang
peranannya dalam membincangkan isu ini. Para guru yang biasa mengajar Sains
dan Matematik dalam bahasa ibunda masing-masing akan mengalami masalah
untuk mengajar dalam bahasa Inggeris. Para guru yang tidak mempunyai
kemahiran bahasa Inggeris tidak dapat menyampaikan mata pelajaran yang
berkaitan dengan berkesan kepada para pelajar. Secara tuntasnya, guru yang
kurang berkelayakan dan berkualiti secara langsung akan mempengaruhi kualiti
pelajar, terutamanya pelajar di luar bandar yang bergantung sepenuhnya terhadap
pembelajaran di sekolah.

3.2 Kemiskinan

Kemiskinan bukan lagi menjadi masalah baru yang melanda di negara kita.
Dalam International Encyclopedia of the Social Science (1972), kemiskinan
didefinisikan kepada tiga maksud iaitu kemiskinan sosial, fakir dan kemiskinan
moral. Kemiskinan sosial bukan sahaja melibatkan ketidaksamaan ekonomi, iaitu
dari segi pendapatan, taraf kehidupan dan sebagainya tetapi juga meliputi
ketidaksamaan sosial yang juga berkaitan dengan pendidikan. Memang tidak dapat
dinafikan bahawa isu kemiskinan merupakan salah satu faktor utama yang
menyebabkan berlakunya jurang pendidikan di negara kita. Walaupun kerajaan
sentiasa mengambil inisiatif dalam membendung masalah ini, namun masalah ini
masih membelenggu masyarakat kita pada hari ini.

Keratan akhbar pada April 2009 menyatakan bahawa kerajaan telah


membelanjakan 3 bilion dalam masa dua tahun bagi merapatkan jurang pendidikan
di negara kita. Kos tersebut adalah bertujuan membantu pelajar-pelajar miskin di
bawah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010). Hal ini menunjukkkan
masih banyak lagi kos yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam mengatasi
masalah kemiskinan ini. Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Razali Ismail,
peruntukan itu telah disalurkan di setiap jabatan pendidikan dalam negeri untuk
membantu pelajar miskin dalam 12 skim termasuk Rancangan Makanan Tambahan
(RMT), Skim Pinjaman Buku Teks, Skim Baucer Tuisyen dan pelbagai biasiswa lain.
Datuk Razali Ismail berkata, jumlah RM 3 Bilion merupakan jumlah peruntukan yang
paling tinggi dalam usaha merapatkan jurang pendidikan dirantau ini. Namun
begitu, jika jumlah ini masih tidak mencukupi, pihak kementerian akan menambah
peruntukan ini dari semasa ke semasa.
Jika ditinjau dengan lebih teliti, ramai penduduk di kawasan luar bandar
berorientasikan kegiatan ekonomi primer mengikut kaedah traditional. Mereka tidak
berupaya mendapat pendapatan yang banyak melalui sektor ekonomi traditional
dan secara tidak langsung keadaan ini akan menjejaskan perbelanjaan mereka yang
termasuk pendidikan anak-anak. Kebanyakan daripada mereka tidak mampu
menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran kerana pendapatan keluarga tidak
dapat menampung perbelanjaan persekolahan. Hal ini demikian, mereka perlu
menampung perbelanjaan untuk keperluan asas yang lebih penting untuk
meneruskan kehidupan. Contohnya, makanan, pakaian, tempat tinggal dan
sebagainya merupakan elemen yang tidak boleh dikurangkan dalam kehidupan.
Oleh itu, pendidikan anak-anak telah diabaikan dan seterusnya dikorbankan dalam
hal ini. Secara langsung, jurang pendidikan akan berlaku terutamanya di kawasan
luar bandar.

Tambahan pula, kemiskinan yang mengakibatkan faktor jarak juga tidak


kurang peranannya dalam mewujudkan masalah jurang pendidikan. Kebanyakan
tempat tinggal penduduk luar bandar adalah terletak di kawasan pedalaman. Jarak
antara tempat tinggal mereka dan sekolah biasanya sangat jauh. Keadaan ini telah
menyusahkan pelajar untuk pergi ke sekolah. Hal ini dapat dibuktikan dengan
pelajar di Kampung Marudi, Sarawak yang perlu menaiki bot dan berjalan kaki ke
sekolah. Kekurangan kemudahan pengangkutan akibat kemiskinan menyusahkan
pelajar untuk menuntut ilmu. Terdapat ibu bapa sanggup melepaskan peluang
pendidikan anak mereka demi keselamatan anak. Dengan ini, jurang pendidikan
akan terus menjadi serius. Secara tuntas, kemiskinan telah mengundang masalah
jurang pendidikan. Ramai anak bangsa telah menjadi mangsa dalam isu
kemiskinan dan terabai daripada pendidikan.

3.3 Kekurangan Tenaga Pengajar Professional ICT

Seiring dunia semasa, Malaysia tidak ketinggalan dalam menerapkan ilmu


ICT dalam setiap kehidupan masyarakat masa kini. Tambahan pula, ilmu ICT
semakin berkembang di negara maju dan juga negara sedang membangun. ICT
juga digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang sama ada dari segi ekonomi,
sosial, pentadbiran mahupun pendidikan. Oleh yang demikian, warga pendidik
perlu mengaplikasikan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran seiring
dengan perkembangan ICT pada masa kini. Warga kementerian pelajaran juga telah
berusaha dalam melakukan anjakan paradigma bagi membudayakan kepelbagaian
teknologi pendidikan meliputi penggunaan ICT.
Oleh yang demikian, para pendidik seharusnya memberikan perhatian yang
serius terhadap perkembangan teknologi di sekolah bagi mempergiatkan
penggunaan teknologi dan ICT di sekolah. Namun begitu, kebanyakan guru-guru di
negara ini masih kurang mahir dalam penggunaan ICT. Generasi yang lahir sebelum
era 1970-an dikatakan kurang mahir berbanding generasi yang lahir selepas era
1990-an dalam penggunaan ICT. Kini, masih ramai guru-guru yang masih terkial-kial
menggunakanmicrosoft word mahupun memasukkan data ke dalam komputer.
Masalah ini menyukarkan pihak kerajaan dalam usaha mengaplikasikan
penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah seluruh
malaysia.

Kekurangan guru profesional ini telah menyebabkan jurang digital yang


sangat ketara antara sekolah kawasan luar bandar dan sekolah di kawasan bandar.
Hal ini disebabkan kebanyakan guru profesional tidak sudi ditempatkan di kawasan
luar bandar. Hal ini mengakibatkan kekurangan guru mahir ICT di kawasan luar
bandar. Ternyata keadaan ini mangakibatkan masalah buta ICT dalam kalangan
pelajar luar bandar.

Selain itu juga, masalah kekurangan guru profesional juga adalah


disebabkan oleh insfrastruktur ICT yang kurang lengkap terutamanya di kawasan
luar bandar. Kekurangan bahan ICT menjadikan guru kurang mahir dalam
penggunaan ICT dan tidak dapat mempraktikkannya di dalam kelas. Persoalannya,
bagaimana guru-guru serta pelajar ingin mengaplikasikan penggunaan ICT jika
bahan tersebut tidak mencukupi. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Ahamad
berkata dapatan kajian mengenai pembudayaan ICT dalam kalangan pengguna
memerlukan pengurusan perubahan yang sistematik dan terarah. Tambahan pula,
kita tidak dapat membudayakan ICT jika kemudahan serta bahan pengajaran dan
pembelajaran tidak lengkap.

Kekurangan tenaga pengajar profesional ini turut disebabkan oleh masalah


kurangnya perhatian pihak kerajaan dari sektor pendidikan dalam memberikan
galakan serta latihan kepada guru dalam penggunaan ICT. Pihak yang terbabit
kurang menjalankan bengkel kemahiran kepada para pendidik. Kekurangan latihan
menjadi punca dalam melahirkan guru-guru yang cemerlang dalam penggunaan
ICT. Jika bengkel ini dijalankan, mereka lebih memberikan tumpuan terhadap guru-
guru di kawasan bandar berbanding luar bandar. Akhirnya guru-guru di kawasan
bandar semakin mahir manakala guru-guru dikawasan luar bandar semakin
ketinggalan dan mundur dari segi penggunaan ICT mahupun teknologi ini. Akhirnya
hal ini telah mewujudkan jurang digital yang ketara antara kawasan luar bandar dan
kawasan bandar.
3.4 Jurang Pelajar Biasa Dengan Orang Kurang Upaya (OKU)

Jurang pendidikan antara pelajar biasa dengan OKU atau boleh dikatakan
sebagai golongan ketidakupayaan pembelajaran merujuk kepada perbezaan
penyediaan pelbagai kemudahan yang sesuai untuk menyokong proses pengajaran
dan pembelajaran ( P&P ) pelajar berkeupayaan khas termasuklah pelajar yang
kurang upaya, pintar, cerdas dan berbakat. Pelajar yang dikategorikan bermasalah
pembelajaran ialah mereka yang mengalami masalah seperti kognitif ringan,
masalah tingkah laku, simdrom down serta autisme. Pelajar normal pula merujuk
kepada mereka yang dapat belajar secara normal seperti dapat memahami sesuatu
mata pelajaran dengan baik berbanding mereka yang kurang upaya.

Isu penyediaan kemudahan kepada kedua-dua golongan pelajar ini telah


menjadi isu utama dan menjadikan jurang yang ketara antara mereka dari aspek
pembelajaran. Sebagaimana yang sedia maklum, pelajar normal lebih mendapat
keutamaan dalam penyediaan kemudahan infrastruktur berbanding pelajar OKU.
Misalnya, penyediaan alat bantuan mengajar bagi pelajar normal. Mereka diberikan
banyak pilihan dalam menentukan dan mendapatkan alat bantuan mengajar dalam
proses pembelajaran mereka seperti komputer, LCD, rangkaian internet dan banyak
lagi. Kini, alat bantuan mengajar semakin canggih dan tidak menjadi halangan
kepada pelajar biasa untuk belajar serta mencari maklumat. Tapi malangnya bagi
golongan tertentu khususnya golongan OKU, mereka kurang mendapat perhatian
daripada pihak tertentu untuk mendapatkan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Golongan ini seharusnya diberikan kemudahan infrastruktur yang lengkap
sama ada dari segi teknologi mahupun keperluan yang lain. Hal ini dapat
membantu mereka dalam mendapatkan maklumat serta memudahkan mereka
menjalani pembelajaran yang berkesan agar mereka tidak tercicir. Selain itu,
terdapat golongan yang mempunyai alat bantuan tetapi tidak mahir
menggunakannya. Di samping itu, terdapat juga masalah dari segi pengisian
program khas kepada pelajar serta masalah guru pendidikan khas yang tidak
terlatih dan kurang mahir dalam mengelola pelajar kurang upaya ini. Program yang
dijalankan biasanya lebih tertumpu kepada kemahiran teori sahaja dan kemahiran
dalam teknikal jarang dipraktikkan seperti kemahiran membuat kraftangan,
kemahiran dalam sukan serta kemahiran-kamahiran lain. Selain itu, program yang
dijalankan itu tidak bersesuaian dengan kategori pemasalahan pelajar tidak
berkeupayaan khas ini. Berbeza pula dengan pelajar normal, pelbagai program
telah dijalankan untuk meningkatkan prestasi pelajar terutamanya bagi pelajar
pintar. Program yang dijalankan adalah seperti bengkel kecemerlangan pelajar serta
bengkel kemahiran teknikal.
4.0 Cabaran

4.1 Cabaran Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan


Matematik dalam bahasa Inggeris mengakibatkan Jurang Pendidikan

Robiah Sidin (1994) menyatakan bahawa guru merupakan aset utama bagi
memastikan perkembangan pendidikan dapat dilaksanakan dengan berkesan di
sekolah. Setiap guru perlu sentiasa bersedia dan mampu menghadapi perubahan
dari semasa ke semasa. Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) terutamanya di sekolah luar bandar
amat memerlukan persediaan tenaga pengajar untuk menerima dan
melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh. Akan tetapi, keadaan ini tidak
berlaku seperti yang dihasratkan. Jika ditinjau dengan teliti, banyak guru di luar
bandar adalah terdiri daripada guru baru dan tidak begitu berpengalaman.
Fenomena ini berlaku kerana ramai guru yang berpengalaman terutamanya yang
sudah berkeluarga tidak sudi untuk berkhidmat di kawasan luar bandar. Hal ini
kerana wujudnya masalah kekurangan kemudahan asas dan infrastuktur,
masalah pengangkutan, masalah jarak sekolah dari tempat tinggal, masalah
enggan berpisah dengan keluarga dan sebagainya. Oleh itu, pelaksanaan PPSMI
yang amat memerlukan guru yang berpengalaman dan berkemampuan akan
mengalami cabaran dalam hal ini.

Serentak dengan konteks yang dibincangkan, lumrahnya guru baru tidak


begitu berpengalaman dan tidak mampu untuk membuat persediaan yang
sempurna dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana mereka masih tidak
begitu memahami keadaan pelajar, terutamanya pelajar luar bandar. Kualiti guru
baru yang terhad banyak mempengaruhi keberkesanan pengajaran kepada pelajar.
Secara langsungnya, kualiti pelajar juga akan terjejas. Selain itu, masalah
kemahiran bahasa Inggeris guru mata pelajaran Sains dan Matematik yang juga
merupakan salah satu ranjau yang perlu ditempuhi. Sebelum pelaksanaan PPSMI,
guru mata pelajaran Sains dan Matematik menggunakan bahasa ibunda,
terutamanya bahasa Malaysia dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini,
guru yang tidak begitu mahir untuk berbahasa Inggeris telah menjadi satu
masalah untuk mengajar pelajarnya. Pelaksanaan PPSMI boleh dikatakan salah satu
cabaran yang besar kepada mereka, terutamanya guru yang tidak mahir dalam
bahasa Inggeris. Mereka mengalami masalah untuk bertutur dan menulis dalam
bahasa Inggeris dengan tepat dan secara langsung mereka akan menghadapi
masalah untuk menyampaikan ilmu yang berkenaan kepada pelajarnya. Oleh itu,
ilmu pengetahuan tidak dapat disampaikan kepada pelajar dengan berkesan.
Pencapaian pelajar luar bandar akan terjejas kerana kebanyakan pelajar luar bandar
bergantung pada guru dengan sepenuhnya.

Omar Hashim (1991) berpendapat bahawa guru harus memiliki beberapa


kemahiran dengan keperluan zaman globalisasi ini dan salah satunya adalah
kemahiran menggunakan media elektronik serta komputer untuk meningkatkan
keberkesanan pengajaran. Penggunaan media elektonik seperti projektor,
komputer, internet dan sebagainya telah menjadi satu keperluan dan ia merupakan
wahana yang penting dalam pengajaran terutamanya mata pelajaran Sains.
Penggunaan alat elektronik juga dapat membantu pelajar untuk memahami
pelajaran kerana dapat menunjukkan gambaran atau situasi yang sebenar
kepada pelajar. Contohnya, penggunaan tayangan video untuk mengajar mata
pelajaran biologi dan fizik adalah lebih berkesan. Di samping itu, penggunaan
tayangan slide yang penuh dengan animasi juga dapat menarik minat pelajar untuk
belajar. Malangnya, masih terdapat sebahagian guru yang tidak mempunyai
kemahiran menggunakan media elektronik dan keadaan ini biasanya berlaku di
kawasan luar bandar. Pelajar yang tidak terdedah dengan pengajaran melalui media
elektronik adalah lebih rugi dan proses pembelajaran mereka mungkin akan lebih
lambat kerana mereka memerlukan masa yang lebih panjang untuk memahami
pelajaran. Justeru, guru yang tidak mempunyai kemahiran menggunakan media
elektronik dalam pengajaran akan menyusahkan pelajarnya dan seterusnya
menjejaskan prestasi pencapaian akademik, terutamanya mata pelajaran Sains dan
Matematik.

Tidak dapat dinafikan bahawa pelaksanaan PPSMI merupakan satu dasar


yang berhasrat mendatangkan kebaikan kepada pelajar mahupun masyarakat dan
negara. Jika ditinjau dengan lebih teliti, boleh didapati bahawa pelaksanaan PPSMI
pada masa yang sama juga mengundang banyak kemelut kepada pelajar, dan
terutamanya pelajar luar bandar. Pelajar luar bandar boleh dikatakan merupakan
mangsa utama dalam pelaksanaan dasar ini. Kebanyakan pelajar luar bandar tidak
mendapat manfaat melalui dasar ini malah memburukkan lagi pencapaian
akademik mereka dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.

4.2 Cabaran Kemiskinan

Isu kemiskinan merupakan fenomana yang sering berlaku di luar bandar. Namun
fenomena ini juga wujud di kawasan bandar. Walaupun peratusan
kemiskinan di bandar adalah lebih rendah berbanding dengan peratusan
kemiskinan di luar bandar, yang pasti kesan kemiskinan lebih terasa oleh penduduk
miskin di kawasan bandar. Oleh itu, pelbagai cabaran perlu dikenalpastikan supaya
pendekatan yang efisien dan betul dapat dilaksanakan untuk membendung
fenomena ini. Kajian yang dijalankan mengenai kemiskinan dan pembangunan desa
sering menunjukkan tahap pendidikan keluarga miskin adalah rendah. Misalnya
kajian tentang sosioekonomi rakyat termiskin oleh Chamhuri 1994, pada tahun 2001
beliau mendapati bahawa tahap pendidikan keluarga miskin adalah lebih rendah
berbanding bukan miskin.

Antara cabaran-cabaran yang sering diperkatakan ialah kurangnya kesedaran


ibu bapa tentang kepentingan pendidikan. Mereka lebih suka anak-anak mereka
bekerja berbanding meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Terdapat
juga segelintir ibu bapa membiarkan saja anak-anak mereka ponteng sekolah
kerana meraka berpendapat bahawa ilmu tidaklah begitu penting. Bagi mereka ilmu
yang dipelajari di sekolah hanya membazirkan wang mereka tanpa memberikan
keuntungan kepada mereka. Ibu bapa mereka lebih rela untuk membiarkan anak-
anak mereka bekerja bagi menyara kehidupan keluarga seperti bekerja di sawah,
ladang, kebun dan laut. Di samping itu, terdapat juga para pelajar yang membantu
kerja-kerja rumah seperti menjaga adik ketika ibu bapa mereka bekerja. Oleh itu,
mereka tidak mendapat peluang untuk ke sekolah seperti pelajar-pelajar lain.

Cabaran kedua ialah faktor jarak. Jarak ini merujuk kepada jarak di antara
sekolah dengan tempat tinggal seseorang pelajar. Masalah jarak sering
dialami oleh mereka yang tinggal di kawasan luar bandar. Hal ini disebabkan
kemudahan pengangkutan dan infrastruktur di kawasan luar bandar yang kurang
memuaskan seterusnya menyebabkan mobiliti pelajar terjejas. Dengan secara
tidak langsung, pelajar tidak mempunyai motivasi untuk melanjutkan pelajaran
dan tercicir daripada melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Menurut laporan daripada Jabatan Hal Ehwal Orang Ahli, 34.31 peratus murid
tercicir daripada memasuki sekolah menengah manakala 46.28 peratus lagi
dilaporkan tidak menamatkan pendidikan sehingga ke tingkatan lima.

Selain daripada faktor jarak, kekurangan kemudahan seperti sekolah,


perpustakaan, dan sebagainya juga merupakan cabaran bagi pelajar miskin. Mereka
yang miskin tidak berkemampuan untuk membeli buku amat bergantung pada
kemudahan perpustakaan untuk menambah ilmu. Kekurangan kemudahan
perpustakaan akan menyusahkan pelajar luar bandar untuk menambah ilmu. Oleh
itu, peluang untuk mereka terdedah dengan ilmu terbaru adalah amat terhad.
Dengan ini, mereka akan ketinggalan berbanding dengan pelajar di kawasan
bandar. Jurang pendidikan antara pelajar luar bandar dan bandar akan menjadi
semakin besar.

4.3 Cabaran Dalam Jurang ICT

Masalah jurang literasi ICT berpunca daripada jurang digital yang wujud dalam
semua peringkat masyarakat. Jurang ICT ini semakin ketara terutamanya antara
kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Hal yang demikian adalah bertujuan
untuk mempelbagaikan aktiviti. Jurang ICT ini turut memberi kesan ke atas sektor
pendidikan di negara kita.

Pelbagai halangan yang wujud dalam jurang ICT seperti kekurangan


pengalaman asas digital disebabkan oleh kurangnya minat masyarakat terhadap
bidang ICT. Masyarakat luar bandar kurang berminat dalam bidang ICT disebabkan
mereka kurang terdedah kepada penggunaan serta kepentingan ICT dalam
kehidupan seharian. Oleh yang demikian, mtelah memberi impak negatif ke atas
sistem pendidikan negara. Kekurangan kesedaran masyarakat tentang kepentingan
ICT telah menyebabkan bidang ICT ini kurang berkembang di kawasan luar bandar.

Selain itu, ia turut disebabkan oleh kekurangan akses yang diakibatkan


oleh kekurangan peralatan dan perkhidmatan seperti perkakasan komputer
dan rangkaiannya. Kebiasaannya masalah ini berlaku di sekolah kawasan
luar bandar dan kawasan pedalaman serta kawasan terpencil. Pembekalan
komputer yang tidak seimbang antara kawasan luar bandar dan kawasan bandar ini
telah menyebabkan berlaku jurang ICT yang ketara antara kawasan tersebut.
Sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman dikatakan jarang atau dengan kata
lainnya kawasan sekolah di pedalaman tidak memperolehi langsung kemudahan
ICT. Hal ini menyebabkan pelajar kurang terdedah dengan ICT dan akhirnya
menjadikan mereka buta ICT.

Tambahan pula, wujudnya jurang digital ini juga disebabkan kekurangan


kemahiran guru di sekolah yang berpunca daripada teknologi yang tidak mesra
pengguna di samping tenaga pengajar yang kurang pengetahuan ICT dan sokongan
sosial. Guru yang kurang pengetahuan ICT menyebabkan mereka tidak mampu dan
kemahiran semasa menggunakan ICT yang disediakan oleh pihak kerajaan di
sekolah. Hal ini telah memberikan impak yang besar kepada pelajar. Masalah ini
boleh dikatakan berpunca daripada latihan dalam perkhidmatan untuk guru
mengendalikan sistem komputer di sekolah. Kerajaan haruslah menyediakan
peruntukan bagi membantu para pendidik dalam meningkatkan kemahiran mereka
dengan cara yang lebih efektif.

Selain itu, kekurangan peluang penggunaan turut akan menjadi halangan


dalam akses ini. Misalnya pelajar-pelajar di luar bandar yang kurang didedahkan
dengan penggunaan komputer dan teknologi lain akibat daripada kekangan
kemudahan infrastruktur ini menyebabkan peluang mereka untuk menggunakan
kemudahan ini terbatas. Seperti yang kita ketahui, penggunaan ICT di kawasan
bandar semakin meluas dari hari ke hari sedangkan kawasan luar bandar dan
pedalaman masih dibelenggu dengan masalah kekurangan ICT dikawasan mereka
malahan ia sangat ketara. Masalah ini disebabkan kesukaran untuk membawa
masuk teknologi ini akibat kekangan geografi dan fizikal kawasan tersebut.
Contohnya,di kawasan pedalaman sabah dan sarawak yang sukar untuk didedahkan
dengan teknologi ini akibat kesukaran membawa peralatan teknologi akibat
kekangan struktur muka bumi.

4.4 Cabaran yang timbul antara pelajar biasa dengan Pelajar Kurang
Upaya

Antara cabaran yang wujud adalah seperti masalah tenaga pengajar orang
kurang upaya(OKU). Hal ini demikian kerana, kerajaan mengalami kekurangan guru
yang berkemahiran dalam bidang ini berikutan ramai golongan mahasiswa dan
mahasisiwa di Institusi Pengajian Tinggi sama ada di IPTA atau IPTS yang
mengambil bidang pendidikan lebih cenderung memilih bidang pendidikan biasa
berbanding pendidikan khas. Hal ini menyebabkan jumlah guru yang mengajar
pelajar pendidikan khas sangat terhad. Namun begitu walaupun terdapat tenaga
pengajar yang ingin mengajar timbul pula masalah lain seperti golongan pengajar
yang tidak berkemahiran dan tidak terlatih dalam subjek yang kritikal terutamanya
di sekolah-sekolah pedalaman. Alasan mereka ialah kesukaran untuk memberikan
maklumat dan cara penyampaian supaya pelajar kurang upaya memahami apa
yang dipelajari. Mereka juga tidak mahu mengambil risiko yang tinggi untuk
mengajar pelajar OKU terutamanya di kawasan-kawasan pedalaman. Selain itu,
cabaran kepada pihak KPM untuk menyediakan kurikulum yang sesuai kepada
pelajar pintar cerdas dan menyediakan sekolah seni bagi mereka yang berbakat
serta cenderung dalam bidang seni.

Selain itu, cabaran lain yang dihadapi ialah dari aspek pelajar OKU itu
sendiri. Fenomana ini berlaku kerana mereka lebih suka mengasingkan diri daripada
bergaul dengan masyarakat sekeliling berikutan malu dengan keadaan fizikal
mereka yang tidak sempurna. Di samping itu, juga masalah ibu bapa yang kurang
mendapat kesedaran bahawa anak mereka yang tidak upaya juga perlu diberi
keutamaan dalam bidang pendidikan. Oleh itu, mereka tidak mahu belajar dan
menganggap belajar sangat menyukarkan.

Di samping itu juga, cabaran yang dihadapi ialah ketiadaan bajet untuk
menyediakan kemudahan infrastruktuk khusus bagi golongan pelajar pendidikan
khas, misalnya penyediaan kawasan untuk membina sekolah pendidikan khas.
Selain itu, kekangan dalam mendapatkan peralatan bantuan mengajar. Hal ini
kerana, pihak kerajaan tidak memandang kes ini sebagai sesuatu yang serius
sehinggalah menyebabkan pelajar pendidikan khas ramai yang tercicir dalam
pendidikan terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.

Tidak hairan juga ada antara kanak-kanak kurang upaya yang tidak terbela
sehinggakan terpaksa ditempatkan di rumah-rumah kebajikan. Hal ini turut menjadi
kekangan kerana mereka tidak mendapat sokongan daripada ahli keluarga mereka
sendiri, sekaligus menyebabkan mereka menjadi tersisih dan menganggap diri
sebagai seorang yang tidak membawa kepentingan kepada keluarga dan
masyarakat.

Selain itu, kekurangan buku rujukan kepada pelajar pendidikan khas


misalnya kepada pelajar buta yang kurang mendapat bahan rujukan untuk belajar.
Bagi pelajar bisu dan pekak mereka tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan
sumber rujukan tetapi meraka menghadapi masalah apabila meminta penjelasan
mengenai apa yang tidak difahami. Untuk golongan pelajar sindrom down pula,
mereka tidak mendapat pendidikan formal berikutan golongan mereka yang sukar
diajar dalan sistem pendidikan formal, mereka hanya dapat didedahkan dengan
sistem pendidikan tidak formal sahaja seperti mengajar mereka dengan cara
praktikal.

5.0 Pendekatan

5.1 Langkah mengatasi jurang pendidikan akibat pelaksanaan


Pengajaran

dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Robiah Sidin (1994) mengatakan bahawa salah satu kriteria yang perlu dimiliki
oleh guru untuk mempunyai kesediaan dan mampu mengahadapi persediaan
adalah sentiasa mengikuti peredaran masa. Dalam konteks membincangkan
pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
bahasa Inggeris amat memerlukan tenaga pengajar yang sentiasa berusaha untuk
meningkatkan diri dari semasa ke semasa, terutamanya dari aspek peningkatan
ilmu dan bahasa Inggeris. Sebagai contoh, guru harus banyak membaca buku
tambahan dan menggunakan bahasa Inggeris. Di samping itu, guru juga harus
selalu mengikuti perkembangan pendidikan global untuk menimbakan ilmu dan
meningkatkan kaedah pengajaran. Dalam usaha meningkatkan tahap penguasaan
bahasa Inggeris guru PPSMI, kerajaan juga tidak ketinggalan peranannya.
Misalannya, latihan intensif bahasa Inggeris (Kursus ETeMS) telah dijalankan
terhadap guru PPSMI. Nanum begitu, guru tidak harus bergantung pada Kursus
ETeMS semata mata, inisiatif ini perlu disokong melalui usaha guru kendiri
dengan membiasakan diri dengan bahasa Inggeris. Dengan peningkatan guru
PPSMI yang dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik, terutamanya di
kawasan luar bandar, barulah jurang pendidikan dapat dieratkan.

Peningkatan bilangan guru berpengalaman juga tidak kurang penting dalam


usaha mengurangkan jurang pendidikan antara pelajar bandar dan luar bandar.
Dalam hal ini, kerajaan harus meningkatkan elaun atau menambahbaikan
infrastuktur di luar bandar untuk menarik minat guru untuk terus berusaha di
kawasan luar bandar. Keperluan asas guru harus dijamin oleh kerajaan untuk
memastikan guru dapat berusaha di luar bandar tanpa kekurangan. Seperti yang
sedia maklum, kerajaan juga telah melaksanakan Bayaran Intensif Subjek
Pendidikan (BISP) kepada guru mengikut syarat syarat yang ditetapkan sebagai
dorongan. Pelaksanaan BISP dapat mendorong guru untuk berusaha dalam
pengajaran dan pembelajaran terutamanya, Sains dan Matematik.

Selain meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris guru dan bilangan guru


pengalaman, kemahiran guru menggunakan media elektronik dalam pengajaran
dan pembelajaran Sains dan Matematik juga harus ditingkatkan. Guru juga harus
diberi latihan penggunaan media elektonik agar guru dapat menggunakan alat
media elektronik yang berkenaan untuk menarik minat pelajar untuk belajar.
Dengan menjaminkan keperluan dan kualiti guru barulah sistem pendidikan di
kawasan luar bandar dapat berkembang dan meningkatkan kualiti pelajar.

Seterusnya, penguasaaan bahasa Inggeris pelajar kawasan luar bandar yang


lemah harus ditingkatkan supaya mereka dapat menguasai pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Beberapa kaedah atau
strategi boleh diaplikasikan untuk meningkatkan penguasaan bahasa
Inggeris pelajar. Kelas tambahan Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik boleh
diadakan supaya guru mempunyai masa yang mencukupi untuk mengajar
pelajar, terutamanya pelajar luar bandar yang lebih lemah dalam bahasa Inggeris.
Dalam usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar, pihak sekolah
memainkan peranan yang dominan. Pihak sekolah boleh mengadakan pelbagai
aktiviti untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar. Contohnya,
Minggu Berbahasa Inggeris boleh dijalankan setiap bulan untuk membudayakan
pelajar berbahasa Inggeris. Buku bahasa Inggeris di perpustakaan juga harus
diperbanyak agar meningkatkan pendedahan pelajar kepada bahasa Inggeris.
Dengan secara tidak langsung, penguasaan bahasa Inggeris, Sains dan Matematik
pelajar dapat ditingkatkan dan selanjutnya jurang pendidikan dapat diminimumkan.

5.2 Pendekatan untuk membendung masalah kemiskinan

Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk merapatkan jurang


pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar.
Matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah untuk memastikan semua
sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk
cemerlang termasuklah daripada Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis
Kebangsaan. KPM telah mengenal pasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan
supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan.

Pihak kerajaan amat mementingkan masalah keciciran dalam kalangan


masyarakat. Kerajaan akan memperluaskan sekolah komprehensif di kawasan
pendalaman terutamanya Sarawak khususnya di kawasan Baram bagi menangani
masalah keciciran terutamanya di kalangan kaum Penan. Langkah ini sejajar
dengan usaha kerajaan untuk merapatkan jurang pendidikan dalam kalangan kaum
Penan yang masih jauh ketinggalan. Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin
Yassin berkata lebih 125,000 kanak kanak yang mencapai umur persekolahan
tercicir daripada alam persekolahan di luar bandar dan pedalaman. Menurutnya
banyak usaha perlu dilakukan bagi memastikan semua rakyat telah mengambil
tindakan yang relaven untuk mengatasi masalah tersebut dengan memperkenalkan
pelbagai program pemulihan atau penambahbaikan. Dengan menunaikan
tanggungjawab ini, Jabatan Pendidikan Khas memutuskan untuk turun padang
dengan melancarkan Program Outreach. Program ini merupakan satu
perkhidmatan bergerak untuk mengenal pasti kanak-kanak berkeperluan khas di
bawah lingkungan umur persekolah. Melalau program ini, maklumat berkaitan
program pendidikan khas, kebajikan murid serta hal berkenaan masalah
pendengaran, pertuturan, penglihatan serta masalah pembelanjaran dapat
disebarkan.
Jurang sosioekonomi merujuk kepada perbezaan dari segi tahap kesihatan,
disiplin, kebajikan pelajar dan kemiskinan termasuklah kemiskinan dalam Bandar,
bagi memantapkan sistem pengagihan bantuan, berbagai-bagai program perlu
diwujudkan supaya kebajikan pelajar-pelajar miskin terpelihara. Antara yang boleh
dilakukan ialah memantau pelaksaan program secara berterusan, mengukuhkan
kerjasama antara sekolah, sektor awam dan swasta. Yayasan Basmi
Kemiskinan(YBK) ditubuhkan pada 16 Mac 1990 yang berdaftar di bawah Akta
Amanah Ordinan, 1952. YBK ini dilancarkan secara rasmi pada April 1990 oleh Tan
Sri Haji Muhammad Haji Muhd. Taib untuk memastikan kemiskinan dan
ketaksamaan dapat dikurangkan, kerajaan telah mempelbagaikan program terus
pembangunan di luar bandar.

Selain itu, bantuan dari segi kewangan juga dapat mengatasi masalah
keciciran pelajar disebabkan kemiskinan. Contohnya sebanyak 179,227 pelajar
miskin menerima peruntukan tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar
Miskin(KWAPM) berjumlah RM21.4 juta. Menurut Datuk Seri Hishammudi Tun
Hussein, KWAPM akan mendahului Kelantan, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan
dan kuala Lumpur serta Perlis. Setiap seorang pelajar miskin akan menerima RM120
bagi pembelian tersebut yang sebelum ini peruntukan itu disediakan dibawa
Belanja Mengurus yang dikenali One-Off.

Selain memberi bantuan, menyediakan kemudahan dan perbekalan di semua


sekolah terutamanya sekolah pedalaman. Kemudahan dan perbekalan
pelajaran yang disediakan adalah banyak serta beraneka jenis masing-masing
mempunyai hubung- kait yang tersendiri dengan kegiatan pengajaran dan
pembelanjaran yang dijalankan di sekolah-sekolah. Antara kemudahan ialah
kemudahan fizikal, asrama, buku teks, perpustakaan, bantuan makanan tambahan
dan sekolah redah pusat. Bantuan tersebut ada memberi kemudahan kepada para
pelajar dan membendung jurang pendidikan. Contohnya, asrama dibina dengan
tujuan untuk member ikemudahan tempat tinggal yang berdekatan dengan
sekolah kepada murid-murid datang dari jauh, terutamanya mereka yang miskin.

5.3 Pendekatan Jurang ICT

Penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) merupakan salah satu


asas dalam pembentukan generasi serta pelajar-pelajar yang berkualiti pada masa
kini. Tambahan pula, ICT ini banyak member sumbangan kepada Negara samaada
dari segi politik, ekonomi mahupun sosial. Hal ini telah menyebabkan penggunaan
ICT di negara kita berkembang dengan pesat. Kepesatan ini juga secara tidak
disedari telah mewujudkan jurang ICT dalam kalangan masyarakat di negara kita
dan hal ini sudah pasti turut memberikan kesan dalam sektor pendidikan di negara
kita. Pelbagai langkah yang telah diambil serta wajar diambil oleh pihak
kerajaan malaysia bagi mengurangkan jurang digital yang berlaku dalam sektor
pendidikan.

Antara langkah serta pendekatan yang harus dijalankan adalah


dengan mempergiatkan lagi kempen kesedaran dalam penggunaan komputer dan
juga ICT terutama di kawasan luar bandar, kawasan pedalaman dan perkampungan
orang asli. Hal ini dapat membantu menyedarkan masyarakat malaysia di
kawasan luar bandar tentang kepentingan ICT serta faedah yang boleh didapati
dalam penggunaan ICT. Apabila golongan masyarakat sedar tentang kepentingan
penggunaan ICT dalam kehidupan secara semulajadinya, mereka akan
memberikan galakan kepada anak- anak mereka dalam mempelajari tetntang
penggnaan Ict. Antara program yang dijalankan dalam kempen kesedaran yang
telah dilancarkan oleh kerajaan ini adalah E-Komuniti Malaysia yang menempatkan
bahan digital di setiap kawasan dalam menggalakkan penggunaan digital dalam
kalangan masyarakat.

Selain itu juga, pihak kerajaan harus menyediakan lebih banyak kemudahan
dalam bidang ICT ini di setiap sekolah-sekolah diseluruh malaysia tanpa mengambil
kira kawasan, jarak atau jenis sekolah. Kerajaan kini telah dalam usaha
meningkatkan kemudahan ICT diseluruh sekolah bagi memberi pendedahan kepada
para pelajar tanpa mengira peringkat umur tentang penggunaan ICT ini. Datuk Dr
Ahamad pernah berkata bahawa segala kemudahan serta infrastruktur ICT telah
diperkenalkan di sekolah dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran. Tambahan pula, bahan- bahan ICT yang disediakan di sekolah-
sekolah ini harus dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua guru, pelajar dan juga
pihak pentadbir.

Salah satu pendekatan yang berkesan dalam memantapkan penggunaan


digital disekolah dalam mengurangkan jurang ICT ialah dengan memberikan latihan
serta bengkel kemahiran kepada guru-guru di setiap sekolah. Hal ini demikian
bertujuan mengurangkan kadar guru-guru buta komputer. Dalam bengkel
kemahiran tersebut, para pendidik harus diberikan penekanan dalam penggunaan
komputer serta ICT bagi tujuan menambahkan pengetahuan mereka mendidik
pelajar dalam menggunakan ICT. Oleh yang demikian kerajaan turut menjalankan
program untuk para guru iaitu Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dalam
program ini guru-guru diberikan taklimat khas dan hands-on penggunaan ICT dalam
pembelajaran dalam pengajaran pelajar oleh tenaga pengajar terlatih.

Kerajaan juga turut memperkenalkan pelbagai program dalam


meningkatkan pengetahuan serta penggunaan pelajar dalam bidang ICT ini
antaranya program pembestarian sekolah. Program pembestarian sekolah ini
menggambarkan komitmen dan kesungguhan pihak kerajaan dalam
membangunkan pendidikan berkualiti yang bertaraf dunia. Program pembestarian
sekolah ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusat kepada
pelajar dengan menggunakan pendekatan yang lebih kritis dan kreatif serta
menggunakan teknologi sebagai pengupaya. Penggunaan ICT sebagai bahan bantu
mengajar di sekolah bestari ini adalah sangat bertepatan dalam tujuan
memberikan pendidikan tentang ICT dalam kalangan pelajar. Pendekatan serta
penggunaan ICT ini tidak terikat kepada bidang kurikulum sahaja malahan ia turut
melibatkan pelbagai bidang penting di sekolah. Hal ini turut memberikan kesan
kepada pentakbiran sekolah kerana ia dapat melancarkan pengurusan di sekolah
tersebut.

5.4 Pendekatan yang perlu diambil bagi mengatasi masalah antara pelajar
bias dengan OKU

Antara pendekatan yang dibuat adalah seperti peranan pihak kerajaan,


terutamanya pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) seperti memperluas dan
mempertingkatkan pengisian program khas integriti bermasalah pembelajaran, iaitu
dengan menyediakan guru pendidikan khas yang terlatih serta menyediakan
pembantu pengurusan murid yang mencukupi. Seterusnya menjalankan kursus pra-
vokasional pendidikan khas untuk guru pendidikan khas sekolah menengah dan
kursus ko-kurikulum untuk guru pendidikan khas sekolah rendah dan sekolah
menengah yang telah dijalankan antara tahun 2006 hingga 2008. Pendekatan
kedua ialah pihak kerajaan akan menjalankan latihan kepada golongan OKU ini,
misalnya dengan menjalankan latihan penjagaan diri dan kemahiran hidup asas
diberikan seawal mungkin agar mereka tidak merasakan diri sebagai seorang yang
tidak membawa aset kepada keluarga, masyarakat dan negara. Kemudiannya diikuti
pula dengan kemahiran menyesuaikan diri dan pendedahan kepada pengalaman
hidup sebenar sejajar dengan peralihan kehidupan inklusif dalam persekitaran
keluarga, sosial dan komuniti.

Yang seharusnya menjalankan latihan kepada golongan ini, misalnya dengan


menjalankan latihan penjagaan diri dan kemahiran hidup asas diberikan seawal
mungkin, dan diikuti pula dengan kemahiran menyesuaikan diri dan pendedahan
kepada pengalaman hidup sebenar sejajar dengan peralihan kehidupan inklusif
dalam persekitaran keluarga, sosial dan komuniti. Di samping itu juga KPM perlu
menyediakan lebih banyak infrastruktur dengan menambahkan bajet seperti,
kemudahan dan program yang releven. Selain daripada itu, KPM juga menyediakan
pentaksiran altenatif, menyediakan kemudahan ICT yang sesuai dengan mereka
yang kurang upaya ini. Tambahan lagi, KPM juga turut menjalankan perkongsian
pintar dengan badan sukarela dan kementerian lain yang turut menyediakan
perkhidmatan untuk pelajar kurang upaya. Untuk memberi peluang kepada murid
yang pintar dan cerdas pula, Kelas Rancangan Khas (KRK) diadakan di sekolah
biasa. Mereka akan diberi penekanan yang lebih untuk meningkatkan lagi potensi
mereka dalam pelajaran.

Pihak kementerian menyediakan pendidikan khas dengan membina sekolah


pendidikan khas yang terdiri daripada sekolah rendah dan sekolah menengah. Pihak
kementerian juga turut menjalankan program pendidikan khas integriti di sekolah
harian bagi membolehkan lebih ramai OKU mendapat pendidikan formal. Program
yang dijalankan ini dapat dibuktikan dengan kejayaan pada tahun 2000 meningkat
daripada 564 kepada 973 pada tahun lalu. Dalam tahun 2005 pula sebanyak 32
program pendidikan khas integriti untuk pelajar bermasalah pembelajaran
diwujudkan di sekolah harian biasa. Seterusnya, bagi kanak-kanak kurang upaya
yang berusia kurang daripada 4 tahun akan mendapat pendidikan intervensi awal di
pusat kelolaan kementerian kesihatan atau di Pusat Pemulihan Komuniti (PDK) yang
dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian pembangunan
wanita, keluarga dan masyarakat atau di pusat-pusat kelolaan badan sukarela.
Pusat Pemulihan Komuniti (PDK) juga menyediakan pendidikan kepada pelajar
kurang upaya dengan lebih dari satu jenis kecacatan.

6.0 Penutup

Keseluruhannya, sistem pendidikan negara kita mengalami perubahan


kepadapendekatan yang lebih bertepatan dengan keperluan setempat. Perubahan
ini memberi kesan langsung terhadap perkembangan pendidikan yang selaras
dengan era globalisasi yang melibatkan semua peringkat sekolah seperti sekolah
rendah, menengah dan juga institusi tinggi. Apa yang pasti, jurang pendidikan
masih berlaku dan akan dapat dikurangkan dengan penyediaan asas secara
berterusan dan pada masa yang sama, kementerian perlu merancang untuk
melonjak sistem pendidikan ke tahap yang lebih tinggi supaya masalah ini dapat
diatasi. Hal ini demikan kerana kemajuan sesebuah negara sama ada dari segi
teknologi ataupun ekonomi amat bergantung kepada generasi muda yang
mempunyai keseimbangan dari aspek intelek, jasmani, rohani dan emosi . Oleh itu,
halangan-halangan melahirkan modal insan yang berdaya maju perlu
dikenalpastikan supaya pendekatan yang betul dapat dilaksanakan. Oleh
itu, bantuan Persekolahan yang disediakan oleh Kementerian Pelajar Malaysia
mampu memenuhi matlamat dalam memastikan semua sekolah dan murid
mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk mencapai kecemerlangan
dalam bidang kurikulum dan aktiviti kokurikulum. Di samping itu, kejayaan dalam
merapatkan jurang pendidikan boleh dicapai melalui usaha dan komitmen
berterusan daripada semua pihak, terutamanya pegawai pelaksana, ibu bapa,
badan bukan kerajaan , kumpulan masyarakat, dan penderma. Tambahan pula,
semua pihak pelaksana haruslah mengambil perhatian dan komitmen yang tinggi
bukan sahaja dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid, tetapi juga
dalam aspek kebajikan dan keperluan sosial murid terutamanya di kawasan
pedalaman.

Bibliograf

Azlina Hilma Hillaluddin (2006) Isu isu & Pendidikan Kerja Sosial.

Jabatan Penerbitan dan Teknologi Media UUM

Izham Yusoff (10/10/06) Menggempur Kemiskinan Menerusi


Pendidikan

Utusan Melayu

Norizan Abdul Razak, Rozainee Khairudin, Ravichandran Vengadasamy Isu - Isu


Pendidikan Bahasa Sastera dan Psikologi di Malaysia.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 (RMK-9)

Pencapaian Dalam Mengatasi Jurang (18/01/2007) Utusan


Malaysia
pendidikanhttp://www.utusan.com.my/utusan/infor.asp?y

2007&dt=0118&pub=Utusan
Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_04. Diperoleh pada 19 Januari 2010.

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengajaran dan Pembelanjaran Sains dan


Matematik

k d dalam_Bahasa_Inggeris
Pelajar Miskin 179227 Terima RM21.4 juta (12/03/05) Utusan Malaysia

Program Outreach Pasyi Anak Orang Asli Terima Pendidikan(21/09/06) Berita Harian

Siti Masayu Rosliah Binti Abdul Rashid (2008) Peluang Dan Cabaran Pendidikan

Dalam Kalangan Masyarakat Luar Bandar.


http://eprints.usm.my/10323/1/PELUANG DAN CABARAAN PENDIDIKAN

DALAM MASYARAKAT LUAR BANDAR .pdf .Diperoleh pada 19 January 2010

You might also like