You are on page 1of 19

PENGHARGAAN

Bismillah hir rahman nir Rahim.

Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya
menyiapkan tugasan yang diberi dengan sempurna dan pada masa yang ditetapkan.
Berdasarkan tugasan yang diberikan, guru pelatih diberikan tugasan untuk membuat satu
penulisan kritikal iaitu menghuraikan dan membincangkan bagaimana guru dapat mewujudkan
persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Ianya adalah bagi memenuhi soalan tugasan
kerja kursus bagi Budaya dan Pembelajaran selain dapat digunakan serta diaplikasikan ketika
sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah kelak.

Alhamdulillah, saya telah dapat melaksanakan aktiviti terbabit dengan jayanya. Justeru
itu, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah Budaya dan Pembelajaran
yang dikasihi, Pn. Normadiah yang telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar yang
berguna sepanjang proses penghasilan tugasan ini. Tanpa nasihat daripada beliau pasti saya
tidak dapat menyempurnakan tugasan ini mengikut keperluan dan tempoh masa serta
kehendak soalan yang telah ditetapkan. Beliau telah memberikan banyak penerangan untuk
memastikan agar kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Di samping itu, ribuan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan sekelas kerana
membantu dalam menyumbangkan idea-idea yang bernas, menjawab setiap persoalan,
memberi penerangan dengan teliti dan memberi sokongan moral kepada saya untuk
meneruskan usaha dalam penghasilan tugasan ini. Saya turut ingin mengucapkan jutaan terima
kasih kepada sahabat sekumpulan bagi tugasan berkumpulan yang memerlukan kami untuk
membuat perbandingan ciri-ciri keistimewaan berdasarkan dua etnik iaitu Nur Jannatul Naimah,
Fatin Khalis dan Muhammad Najib. Perkongsian idea dan perbincangan bersama telah
menambahbaik mutu persembahan dalam tugasan ini.

Akhir kata, ucapan terima kasih ditujukan kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung dalam penghasilan tugasan ini.

Sekian, terima kasih.

1
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

MUKA HADAPAN
PENGHARGAAN 1

1.0 PENGENALAN 3-4

2.0 KONSEP BUDAYA, KEPELBAGAIAN KELOMPOK


BUDAYA DAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH
YANG MESRA BUDAYA 5-6

3.0 USAHA GURU MEWUJUDKAN PERSEKITARAN


BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA 7-14
3.1 Pengurusan Persekitaran Fizikal
a) Pelan Lantai
b) Ruang Fizikal, Peralatan dan Kemudahan
c) Hiasan Bilik Darjah
3.2 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran
a) Kepelbagaian Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Berasaskan Perbezaan Budaya Murid
b) Pemupukan Nilai dan Budaya Malaysia
3.3 Sosiolinguistik
a) Penggunaan Bahasa Penghantar
3.3 Pengurusan Persekitaran Sosio Emosi
a) Guru Sebagai Model Utama,
persekitaran dan pengalaman

4.0 KESIMPULAN 15

BIBLIOGRAFI 16-17
REFLEKSI 18
LAMPIRAN 19

2
1.0 PENGENALAN

Malaysia merupakan negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai bangsa, kaum dan
etnik. Berdasarkan kepelbagaian kaum dan etnik ini maka wujud pula kepelbagaian budaya,
bahasa, agama dan adat resam. Sejak mencapai kemerdekaan daripada Britain pada 31 Ogos
1957, Seperti yang kita tahu, Malaysia telah berusaha gigih untuk membangunkan negara
termasuklah memajukan sektor pendidikan yang sememangnya bermatlamat untuk
meningkatkan perpaduan masyarakat majmuk ini.

Oleh itu perlaksanaan sistem pendidikan negara bukan sahaja hanya untuk mendidik,
memberi ajaran, pemberian pengetahuan, pertimbangan dan kebijaksanaan sebaliknya ia turut
menjadi salah satu saluran terpenting untuk menyampaikan dan mengajar kebudayaan
melangkaui generasi pelbagai budaya bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu.
Justeru, pendidikan dilihat sebagai saluran untuk menyampaikan ciri- ciri masyarakat dan
kebudayaan kepada generasi muda supaya mereka mengenali jati diri masyarakat yakni sesuai
dengan konteks pendidikan di Malaysia di mana aspek kebudayaan dan masyarakat
dititikberatkan bagi meningkatkan perpaduan rakyat.

Akan tetapi, dewasa ini telah menjadi salah satu cabaran kepada sektor pendidikan
untuk bertindak sebagai agen membentuk dan mengekalkan perpaduan masyarakat di
Malaysia selaras dengan era moden. Isu persaingan kaum dan etnik dan faktor lain dikatakan
menyukarkan tugas kerajaan untuk mencapai identiti kebangsaan, Najimah Md Yusof (2007).

Menurut Mohd Amar Hj Ibrahim, Hazri Jamil dan Najeemah Mohd Yusof (2013),
berdasarkan kajiannya terhadap murid pelbagai etnik di sekolah menengah kebangsaan
Malaysia, tidak terdapat perbezaan signifikan dalam konstruk prejudis dan stereotaip murid
sama ada mengikut jantina, jenis sekolah rendah, tingkatan mahupun etnik. Akan tetapi, ia
disangkal kerana kajian yang dianggap tidak kukuh kerana kajiaannya hanya berdasarkan
responden pelajar iaitu berkemungkinan hanya memberikan respon positif. Menurut Najimah
dan Yasmin Ahmad (n.d) pula menyatakan interaksi sosial yang baik di antara individu pelbagai
etnik hanya akan berlaku sekiranya individu berkenaan berada dalam satu persekitaran multi-
etnik seperti di SMK. Persoalannya, berjayakah Melayu, Cina, Dayak, Iban, Melanau, Dayak
dan etnik lain di bawa ke satu ruang fizikal yang sama oleh pelbagai dasar dan program
perpaduan seperti pendidikan?

3
Oleh itu, penulisan reflektif ini akan menyingkap tentang isu pendidikan kini yang
menjadikan guru sebagai tunggak untuk meningkatkan perpaduan masyarakat di Malaysia
melalui persekitan bilik darjah yang mesra budaya di sekolah.Secara keseluruhannya,
penulisan ini berkaitan masayarakt majmuk dan kepelbagaian etnik dan kemudiannya akan
disorotkan pula tentang budaya kepelbagaian kelompok serta usaha guru dalam mewujudkan
persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.

4
2.0 KONSEP BUDAYA, KEPELBAGAIAN KELOMPOK DAN PERSEKITARAN BILIK
DARJAH YANG MESRA BUDAYA

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), budaya bermaksud tamadun, peradaban,
kemajuan fikiran dan akal budi. Edward B. Tylor (n.d seperti yang dinyatakan oleh A Aziz
Deraman, 2005), pula menyatakan budaya adalah keseluruhan kompleks yang mengandungi
penentuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-ungdang, moral, adat resam, dan tabiat
yang didapati oleh manusia sebagai ahli sesebuah masyarakat.

Keseluruhannya budaya merupakan cara hidup yang diamalkan dalam sesebuah


masyarakat merangkumi pemikiran, tingkah laku, kepercayaan, adat resam, sistem sosial,
ekonomi, politik, dan pendidikan. Ia turut boleh diwarisi daripada satu generasi ke satu generasi
dan boleh berlaku pengubahsuaian mengikut persekitaran semasa.

Menurut kamus Dewan Edisi Keempat (2005) lagi, kepelbagaian merangkumi sesuatu
yang abstrak atau konkrit yang boleh diperolehi di sesuatu tempat atau kawasan yang sama.
Kelompok pula merupakan sekumpulan manusia yang memiliki kesedaran yang sama tentang
keanggotaan ahlinya, sering berinteraksi dan dibentuk oleh masyarakat (Noriati A. Rashid,
Boon Pong Yin, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Zuraidah Abd Majid, 2009). Ini bermakna
kelompok adalah kumpulan individu yang berinteraksi dan saling bergantung untuk mencapai
sasaran tertentu seperti etnik.

Tuntasnya konsep kepelbagaian kelompok adalah tentang manusia yang datang daripada
pelbagai kaum, ras dan etnik, hidup dalam komuniti yang sama dan mampu mengorganisasikan
diri mereka dengan baik. Mereka berkongsi pemikiran dan ideologi yang sama walaupun datang
daripada keturunan dan bangsa yang pelbagai.

Menurut Boon et al. (2011) menyatakan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
bukan sekadar melibatkan unsur-unsur fizikal yang dapat dilihat dengan pancaindera semata-
mata seperti ruang bilik darjah serta peralatan di dalamnya, sebaliknya persekitaran bilik darjah
turut melibatkan unsur-unsur emosi dan hubungan kemanusiaan. Unsur fizikal melibatkan
pancaindera yang boleh dilihat dengan mata kasar seperti pelan lantai, kebersihan,
pencahayaan dan pengudaraan, susunan kerusi meja, perabot, peralatan hiasan bilik darjah
dan sebagainya. Selain itu, aspek persekitaran fizikal juga melibatkan dengan siapa dan di
mana pelajar duduk juga dapat membantu dalam interaksi antara murid dari latar belakang

5
lingustik dan kebudayaan yang berbeza (Teaching Today, 2013). Manakala unsur sosio emosi
pula melibatkan nilai dan pencapaian murid serta emosi yang stabil.

Secara umumnya, persekitaran biliik darjah mesra budaya ialah suatu persekitaran
pembelajaran yang selesa dan ceria melalui perlakuan guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Oleh itu, siapakah yang bertanggungjawab mewujudkan unsur-unsur ini?
Seharusnya guru yang bertanggungjawab kerana setiap tindakan guru baik dalam mahupun di
luar bilik darjah mempunyai impak dua kali ganda dalam menyediakan persekitaran yang mesra
budaya dalam bilik darjah sekaligus membantu dalam perkembangan murid (Bryan Coombs,
2009).

Persekitaran bilik darjah yang mesra budaya adalah sangat penting bagi melahirkan
persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah. Sekolah juga akan menjadi
lebih bermakna kepada sebilangan besar murid sekiranya guru mengambil kira keperluan,
keselesaan serta hak keadilan mereka.

Konklusinya, kesemua unsur yakni unsur fizikal, unsur emosi dan unsur hubungan
kemanusiaan sangat perlu diterapkan dan diamalkan oleh guru bagi mewujudkan persekitaran
bilik darjah mesra budaya untuk kepentingan dan faedah bersama.

6
3.0 USAHA GURU MEWUJUDKAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA
BUDAYA

Antara usaha yang boleh dilakukan guru dalam mewujudkan persekitaran bilik darjah
yang mesra budaya adalah seperti berikut.

3.1 Pengurusan Persekitaran Fizikal

a) Pelan lantai

Kedudukan fizikal bilik darjah mestilah diubahsuai bagi mendapatkan kedudukan


fizikal kelas yang ideal. Kedudukan guru perlu diletakkan di bahagian yang memudahkan
guru untuk memantau murid dan tidak mengganggu pergerakan aktiviti di bilik darjah.
Menurut Shahabuddin Hashim, Dr.Rohizani Yaakub & Mohd. Zohir Ahmad (2011),
kedudukan susun atur meja yang kondusif adalah dalam bentuk kumpulan yakni
bersesuaian dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Oleh itu, bagi
mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya,guru digalakkan untuk menyusun
kumpulan murid-murid berbilang kaum.

Sebagai contoh, jika di dalam sesebuah kelas itu terdapat murid Melayu, Cina
dan etnik Iban maka murid-murid sewajarnya digabungkan dalam kumpulan tempat duduk
ataupun apabila beraktiviti. Dengan menyatukan mereka, dapatlah mereka berkomunikasi
dan berinteraksi selain menukar maklumat, keperluan dan kepakaran sesama mereka.
Kerjasama ini dapat membentuk keseaduan antara mereka dan membentuk budaya satu
Malaysia di mana proses penerimaan akan berlaku antara pelbagai budaya. Hal ini
bermakna walaupun mereka berlainan kaum dan etnik,mereka boleh menerima dan
menghormati budaya rakan-rakan lain. Gambar rajah 1 menunjukkan contoh pelan lantai
yang mempunyai kedudukan susunan meja secara berkumpulan yang dianggotai oleh
murid kaum Melayu, Cina dan etnik Iban.

7
PETUNJUK:

- Melayu

- Cina

- Iban

Rajah 1: Pelan Lantai dan susunan meja secara berkumpulan

b) Ruang Fizikal, Peralatan dan Kemudahan

Bagi membina persekitaran yang mesra budaya, keselesaan, kegembiraan serta


hasil pembelajaran murid perlu dititikberatkan. Ruang fizikal seperti ruang bacaan, sudut
informasi dan ruang hasil kerja murid boleh meningkatkan motivasi murid untuk belajar dan
memperkembangkan bakat yang dimiliki. Selain itu ruang bacaan, pusat literasi dan sudut
multimedia misalnya dapat mengumpulkan murid-murid pelbagai kaum Melayu serta Cina
dan etnik Iban kerana saling berkomunikasi antara satu sama lain.

Selain itu, guru boleh mewujudkan peralatan yang dapat menarik minat murid
seperti bahan bantu mengajar untuk meneruskan sesi pembelajaran. Bahan bantu
mengajar yang menarik dan sesuai pasti akan mendorong murid untuk menumpukan
perhatian sepenuhnya semasa guru mengajar. Contohnya guru boleh memakai pakaian
tradisional etnik Iban semasa mengajar topik pakaian tradisional dalam subjek Kajian
Tempatan. Murid akan lebih tertarik sekaligus membina kefahaman yang tinggi tentang
budaya etnik lain.

8
c) Hiasan Bilik Darjah

Guru boleh memberikan kebebasan kepada murid untuk menghias bilik darjah
mereka dengan bantuan nasihat dan pandangan guru. Ini adalah bagi memupuk rasa
tanggungjawab dalam kalangan murid-murid selain bergaul dengan anggota bilik darjah.
Antara kebebasan yang boleh diberikan adalah dengan membiarkan murid menyediakan
sendiri jadual bertugas, menghias dinding dan papan kenyataan dengan mural, keratan
akhbar tentang kaum dan etnik misalnya atau alat visual yang mengandungi unsur-unsur
pendidikan dan pengetahuan. Selain itu, murid boleh menyediakan ruang untuk
mempamerkan artifak-artifak budaya dan sejarah. Contohnya seperti alat muzik tradisional
orang Melayu seperti di Rajah 2. Oleh itu, dengan meletakkan bahan tersebut, murid boleh
memahami budaya kaum lain dengan lebih mendalam.

Rajah 2: Alat tradisional Melayu yang boleh dijadikan hiasan di bilik darjah

Guru juga boleh mengadakan pertandingan seperti pertandingan menghias bilik


darjah sempena bulan kemerdekaan atau menghias sudut matapelajaran. Secara tidak
langsung ia mampu menyuntik semangat patriotism dalam kalangan murid. Penyediaan sudut
matapelajaran tentang tokoh-tokoh kemerdekaan serta pejuang negara juga diharap dapat
menyedarkan murid dan menginsafkan murid agar menghargai keamanan negara dan
meningkatkan ilmu pengetahuan mereka. Contoh hiasan kelas yang berunsurkan patriotik
adalah seperti di Rajah 3 di bawah.

9
Rajah 3: Menghias kelas sempena bulan kemerdekaan dan penyediaan sudut patriotisme

3.2 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran

a) Kepelbagaian Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Bagi mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya, guru memain
peranan penting dalam membina kepelbagaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berasakan perbezaan budaya murid.

Antara kaedah yang boleh digunakan adalah seperti kaedah lawatan.


Pembelajaran Sejarah misalnya tidak hanya terhad dalam bilik darjah sahaja.
Pembelajaran sejarah atau budaya melalui lawatan ke zoo, muzium, pusat kebudayaan,
institusi penyelidikan dan sebagainya boleh menjadikan pembelajaran lebih berkesan,
menyeronokkan dan bermakna. Contohnya, guru mengadakan lawatan ke Muzium Negara
yang membolehkan murid-murid mempelajari pelbagai maklumat pelbagai budaya kaum
dan etnik lain.

Berdasarkan kajian Mohamad Johdi bin Salleh & Ariegusrini Bte Agus (2009),
mereka mangatakan bahawa kaedah lawatan adalah kaedah yang mampu meningkatkan
pemahaman murid secara aktif dan produktif. Ini kerana melalui kaedah lawatan itu sendiri
ada menerapkan kemahiran sejarah seperti konsep sebab dan akibat, melihat bukti
sejarah, mengaitkan perubahan manusia masa kini dengan masa lalu dan memahami bukti
serta mengkaji tempat sejarah. Ia memberi peluang kepada murid untuk terlibat secara
langsung dan memahami secara mendalam budaya yang ingin dipelajari mereka. Selain
itu, bagi mengoptimumkan pembelajaran melalui lawatan, guru serta murid perlu

10
melaksanakan tugas merancang, mengelola dan menjayakan aktiviti. Secara tidak
langsung ia dapat merapatkan hubungan antara murid dengan guru mahupun antara murid
dan sesama mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik

Selain itu, guru boleh menjalankan kaedah pembelajaran koperatif dan


kolaboratif di mana pembentukan kumpulan boleh dijalankan semasa aktiviti berlangsng di
dalam bilik darjah. Kaedah ini dapat melahirkan persekitaran bilik darjah mesra budaya
kerana murid akan lebih menghormati antara satu sama lain. Guru boleh membuat kotak
beracun, undian warna dan menentukan sendiri kumpulan mulai kiraan nombor secara
berulang mengikut bilangan kumpulan yang ingin dibentuk. Guru seharusnya mengalakkan
daripada membiarkan murid memilih sendiri pasangan atau ahli kumpulan kerana kuatir
ianya kan menyebabkan kelas menjadi bising dan tidak terkawal, Selain itu, pemilihan
secara undi adalah adil dan membolehkan murid pelbagai kaum dan etnik dapat
dihimpunkan bagi menningkatkan perkongsian idea, pendapat juga pemikiran daripada
mereka. Oleh itu, bolehlah sekiranya murid dapat mempelajari cara hidup atau pun
kebiasaan yang dilakukan oleh rakan mereka yang berlainan bangsa.

b) Pemupukan Nilai dan Budaya Malaysia

Di dalam setiap bilik darjah terdiri daripada pelbagai etnik, latar belakang, kawasan
petempatan, sejarah salasilah, budaya, adat resam dan taraf ekonomi. Oleh itu, guru
bertanggungjawab dalam memahami budaya kaum etnik setiap muridnya bagi memastikan
guru dapat mewujudkan bilik darjah yang positif dan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Guru boleh mewujudkan suasana mesra budaya melalui pedagogi seperti
mengaitkan isi pembelajaran dengan kaum dan etnik yang berkaitan dengan memilih
sumber pembelajaran yang mengandungi ciri-ciri budaya supaya dapat memepuk
pemahaman dan perkongsian nilai budaya.

Misalnya, dalam matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 5,


terdapat tajuk mengenai Hargai Warisan Budaya Malaysia di mana murid akan
mempelajari tentang pakaian tradisional. Guru boleh memupuk adab atau cara berpakaian
masyarakat kita dan menyarankan murid untuk berpakaian mengikut situasi. Contohnya
budaya Melayu dan etnik Iban diperkenalkan mengikut kategori pakaian tradisional (seperti
di Rajah 4), baju dan sebagainya sebagai isi pembelajaran Meskipun guru mengaitkan

11
budaya-budaya pelbagai kaum dan etnik ini hanya selingan, namun impaknya boleh
menjadi besar kepada murid-murid kerana secara tidak langsung, mereka dapat
memahami dan mempelajari tentang ilmu budaya kaum lain dan menghargainya.

Rajah 4: Pakaian orang Iban yang digunakan melalui pedagogi

Selain itu, guru juga boleh menerapkan nilai-nilai penting seperti menghormati
rakan, cinta akan Negara, bekerjasama dan lain-lain. Terdapat sesetengah guru yang
sering mengadakan aktiviti nyanyian serta lakonan yang berunsurkan nilai-nilai yang ingin
diterapkan. Sebagai contoh, guru boleh menyanyikan lagu „Saya Anak Malaysia” ketika
mempelajari tajuk Pemerintahan Negara bagi subjek Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaaan Tahun 5. Secara tidak langsung, murid dapat mempelajari nilai patriotik.
Tayangan video berunsurkan peperangan dan penderitaan juga dapat melenyapkan
perasaan prasangka murid daripada pelbagai etnik. Mereka akan menyedari kepentingan
kerjasama dan menghargai rakan serta menjalinkan hubungan yang baik sesama mereka.

12
3.3 Sosiolinguistik

a) Penggunaan bahasa penghantar

Seperti yang sudah sedia maklum, negara kita terdiri daripada pelbagai kaum
yang mempunyai pelbagai dialek, bahasa dan cara hidup. Penggunaan bahasa amat
penting dalam komunikasi dua hala antara guru dengan murid serta antara murid.
Sehubungan dengan itu, adalah tanggungjawab guru untuk mengamalkan penggunaan
bahasa yang sesuai semasa pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Laras bahasa
yang boleh difahami oleh murid pelbagai kaum perlu bersesuaian.

Oleh itu, apabila pelbagai kaum Melayu dan etnik Iban berinteraksi di dalam bilik
darjah, guru perlu memastkan murid menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar. Ini bagi mengelakkan salah faham berlaku antara murid yang terdiri daripada
pelbagai kaum. Penggunaan bahasa standard merupakan satu amalam pedagogi yang
sememangnya mesra budaya serta memenuhi salah satu tujuan pendidikan kebangsaan
iaitu perpaduan. Murid juga dapat memahami input pengajaran yang disampaikan kerana
penggunaan bahasa yang standard akan memberi peluan yang sama rata kepada murid
untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Ini bermakna, penggunaan bahasa
yang difahami semua seperti Bahasa Melayu bersifat adil kepada murid tanpa mengira
kaum.

Penggunaan bahasa Melayu juga dapat menambahkan lagi kemahiran berbahasa


Melayu dalam kalangan murid pelbagai kaum selain dapat meningkatkan kemahiran
berbahasa. Berdasarkan kajian Jerie Anak Peter Langan & Zamri Mahamod (2011), murid
Iban mempunyai sikap ingin mengetahui lebih mendalam tentang orang Melayu, berasa
akan fasih berbahasa Melayu sekiranya bergaul dengan orang Melayu dan mereka berasa
senang dan selesa berbuat demikian. Ini bermakna sikap integratif orang Iban terhadap
Bahasa Melayu adalah baik dan ini menunjukkan melalui bahasa yang sama dapat
memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid pelbagai kaum di dalam bilik darjah.

13
3.4 Pengurusan Persekitaran Sosio Emosi

a) Guru Sebagai Model Utama, Persekitaran dan Pengalaman

Guru sering dijadikan sebagai suri teladan kepada murid kerana setiap gerak
geri guru, tingkah laku serta perlakuan guru diperhatikan dan turut ditiru murid. Oleh itu,
adalah tanggungjawab guru untuk sentiasa berkelakuan sopan serta penyayang. Guru
yang baik adalah guru yang sentiasa menghargai murid dan peka dengan persekitaran
yang berlaku di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru tidak seharusnya menimbulkan atau
menyentuh isu sensitif perihal kaum misalnya. Guru perlu memaparkan amalan murni
seperti menghormati orang lain, berperikemanusiaan dan menghargai anak murid.
Perlakuan guru yang menarik minat murid secara tidak langsung memberikan pengajaran
kepada mereka dan tidak mustahil bagi mereka untuk turut berbuat sedemikian juga.
Sebagai contoh, guru sentiasa senyum dan menghormati guru lain yang berlainan kaum.
Murid yang melihat perlakuan guru tersebut secara tidak langsung dapat mempelajari nilai
hormat menghormati dan akan melakukan sedemikian terhadap rakan mereka.

Guru perlulah bersikap adil dengan murid dengan menyediakan peraturan yang
sesuai supaya murid oleh menerimanya dengan baik tanpa pertikaian walaupun terdapat
perbezaan kaum dalam sesebuah bilik darjah. Sebagai contoh, guru boleh membina
peraturan “ Jangan Mengganggu Rakan Semasa Guru Mengajar” , “ Jangan Bising” dan
sebagainya. Peraturan yang dilakukan guru dapat memberi pengajaran kepada murid agar
sentiasa menghormati rakan mereka. Guru juga boleh menetapkan peraturan di mana
setiap kumpulan yang dibina perlu terdiri daripada murid yang pelbagai kaum. Pengalaman
murid bekerja dalam satu pasukan memberikan pengajaran kepada mereka agar
memahami dan menerima pendapat orang lain dan juga meningkatkan kerjasama dalam
kalangan murid di dalam bilik darjah. Pengalaman bergaul dengan murid pelbagai kaum ini
dapat meningkatkan semangat perpaduan serta membina masyarakat yang harmoni dan
sejahtera kerana melalui perbincangan dan kerjasama tersebut mereka dapat menghargai
nilai perpaduan.

14
KESIMPULAN

Tuntasnya, guru memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan persekitaran


bilik darjah yang mesra budaya. Kemahiran guru dalam mengaplikasikan pengetahuan teknik
yang bersesuaian amatlah penting. Guru boleh mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan
menggunakan kaedah lawatan serta menggunkan alat bantu mengajar yang menarik serta
mempuyai unsur serta nilai patriotisme bagi meningkatkan semangat perpaduan kaum dalam
kalangan murid pelbagai kaum di dalam bilik darjah. Kedudukan murid di dalam bilik darjah juga
perlulah adil dan tidak mengikut kaum agar murid sentiasa bekerjasama dan dapat merapatkan
hubungan sesama mereka dengan mengenali budaya serta cara hidup masyarakat pelbagai
kaum.

Tugas guru untuk menerapkan nilai-nilai murine serta semangat patriotism seharusnya
tidak dipandang enteng dan diambil ringan kerana guru yang berkualiti dapat melahirkan murid
yang sedemikian juga.Tidak lupa, jenis pengurusan persekitaran fizikal dan persekitaran sosio-
emosi semestinya dapat mewujudkan suasana yang lebih harmoni. Guru tidak perlu mengambil
kira perbezaan bangsa, struktur masyarakat, kepercayaan dan adat resam bagi memberikan
motivasi kepada mereka serta semangat untuk belajar dengan memberikan kebebasa kepada
murid dalam memilih rakan dan sebagainya. Akan tetapi peraturan serta arahan yang tegas
adalah penting supaya murid masih mengikut kehendak guru yang menginginkan kerjasama
sesama murid.

Penggunaan bahasa yang sama dan difahami oleh semua murid juga penting untuk
keadilan setiap murid. Ia memudahkan murid untuk memahami setiap isi pembelajaran gurudan
secara tidak langsung membantu menimbulkan minat dan rasa ingin tahu muris bukan Melayu
untuk menganali budaya dan cara hidup orang Melayu. Guru juga perlulah menunjukkan
teladan dan perlakuan yang positif kerana murid akan sentiasa menjadikan guru sebagai suri
teladan mereka.

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa setiap aspek yang telah dibincangkan di atas
sangat penting bagi memastikan murid memperoleh ilmu yang optimum melalui persekitaran
yang mesra budaya yang Berjaya diwujudkan oleh guru. Diharap melalui usaha ini dapat
meneruskan dan menjayakan hasrat kerajaan bagi memupuk perpaduan kaun dalam kalanagan
murid pelbagai kaum di Negara kita.

15
BIBLIOGRAFI

Buku

A Aziz Deraman (2005). Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Boon, P. A., Noriati A. Rashid, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid. (2011).
Budaya dan pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Bryan Coombs (2009). Bryan Coombs : Mengajar Secara Efektif, Kuala Lumpur : Attin Press
Sdn Bhd.

Che Su Mustaffa dan Rasilah Mohd Rosdi (2005). Budaya Masyarakat Malaysia Sintok :
Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Najimah Md. Yusof (2007). Konsep Pendidikan, Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing
Sdn Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Yin, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Zuraidah Abd Majid
(2009). Siri Pendidikan Guru : Budaya dan Pembelajaran. Selangor Darul Ehsan :
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Shahabuddin Hashim, Dr.Rohizani Yaakub & Mohd. Zohir Ahmad (2011). Pedagogi Strategi
dan Teknik Mengajar dengan Berkesan. Kuala Lumpur : PTS Publication & Distributors
Sdn. Bhd.

16
Laman Sesawang

Teaching Today. (2013). Educate and sensitisize yourself to cultural


diversity. Diperoleh pada 15 Mac, 2013, daripada
http://www.glencoe.com/sec/teachingtoday/weeklytips.phtml/230

Jurnal

Jerie Anak Peter Langan & Zamri Mahamod (2011). Sikap dan Motivasi Murid Iban dalam
Mempelajari Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kedua Kuala Lumpur.

Mohd Amar Hj Ibrahim, Hazri Jamil & Najeemah Mohd Yusof (2013). Prejudis dan Stereotaip
Murid Pelbagai Etnik di Sekolah Menengah Kebangsaan Malaysia. Kuala Lumpur.

Mohamad Johdi bin Salleh & Ariegusrini Bte Agus (2009). Kaedah Lawatan ke Tempat Sejarah
: Kepentingan dan Strategi. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Najeemah Mohd Yusof & Yasmin Ahmad (n.d). Bahasa dan Sempadan Etnik dalam Kalangan
Murid Pelbagai Etnik di Sekolah Menengah di Malaysia. USM Pulau Pinang.

17
REFLEKSI

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah dengan limpah kurniaNya, berjaya juga
saya meyelesaikan tugasan kerja projek bagi Budaya dan Pembelajaran. Terima kasih yang
tidak terhingga dirakamkan kepada pensyarah kursus ini iaitu Pn Normadiah kerna dengan hasil
tunjuk ajar beliau, akhirnya saya dan ahli kumpulan dapat menyempurnakan tugasan ini. Selain
itu, ucapan penghargaan juga ingin saya ucapkan kepada raka-rakan sekelas yang telah
banyak memberikan tunjuk ajar sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini.

Dalam tugasan kali ini, kami diminta untuk membina penulisan esei tugasan untuk
membuat satu penulisan kritikal iaitu menghuraikan dan membincangkan bagaimana guru
dapat mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Terdapat beberapa kelemahan
yang telah saya temui sepanjang melakukan tugasan ini. Selain itu, terdapat beberapa
halangan yang cukup menguji kesabaran dan ketahanan mental dan fizikal. Kekangan masa
merupakan masalah yang sering saya hadapi sepanjang menyiapkan tugasan ini, Tugasan bagi
kursus lain serta kerja luar seperti Program Mentor Mentee di Sungai Buloh, program Bina
Insan Guru, Lawatan Ilmiah ke Johor Bahru, mengelola lawatan ilmiah IPG Batu Lintang ke
IPGKBA, urusetia Pilihanraya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGKBA, Kejohanan Olahraga
Tahunan IPGKBA serta Pertandingan Permainan Tradisional, praktikum iaitu mula mengajar di
sekolah yang juga memerlukan komitmen yang tinggi sememangnya memberikan tekanan
kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Saya akui walaupun jadual harian saya yang padat
sepanjang hari dengan kelas, mesyuarat, pengurusan aktiviti serta tugasan kursus yang perlu
diselesaikan, ia melatih diri saya untuk bersabar dan kuat semangat.

Saya juga turut berasa terkilan kerana tidak mempunya bahan rujukan yang banyak.
Kerana kekurangan masa untuk ke perpustakaan. Sebagai langkah penambahbaikan, saya
berazam untuk melakukan lebih baik pada masa akan datang. tambahan ilmu yang cetek
tentang turut memberi cabaran kepada saya. Saya berazam untuk mempelajari dan mendalami
ilmu pendidikan dengan lebih mendalam pada masa hadapan dan di sekolah.

Jutaan terima kasih ditujukan kepada mereka yang terbabit secara langsung mahupun
tidak dalam menghasilkan tugasan ini terutamnya rakan seperjuangan. Jasa pensyarah kami itu
tidak dilupakan kerana sudi menyalurkan ilmu yang berguna. Kesimpulannya, tugasan ini
memberikan banyak pengalaman dan input berguna kepada saya dan rakan-rakan. Semoga
ilmu yang dipelajari ini diberkati serta dapat dikembangkan serta disebarkan kepada generasi
seterusnya kelak.

18
LAMPIRAN

19

You might also like