You are on page 1of 1

PERUTUSAN PENGERUSI HARI KELUARGA SAKAG TAKI YAGGANG + GANGO

Salam hormat dan salam perpaduan kepada seluruh keluarga sakag Taki Yaggang + Gango
yang saya hormati dan dikasihi.

Ucapan ringkas dan yang julung-julung kalinya ini bersempena hari yang bersejarah dan
bermakna bagi semua ahli keluarga besar taki Yanggang + Gango dan saya sendiri secara
peribadi sebagai pengerusi pelaksana perjumpaan hari keluarga ini, berkongsi kegembiraan
dan pangalaman menganjurkan pertemuan yang penuh makna dan bersejarah. Hasrat dan
keinginan sebelum ini untuk menganjurkan pertemuan keluarga tidak kesampaian bukan
kerana tiada persepakatan di kalangan keluarga kita tetapi disebabkan kesibukan dan aktiviti-
aktiviti keluarga masing-masing semasa cuti hujung tahun dan sebagainya menjadi
kekangannya.

Menyedari keperluan, bahawa betapa pentingnya hari keluarga ini diadakan bukan kerana
keseronokan tetapi tujuan asal hari keluarga ini adalah untuk memperkenalkan diri sendiri
bahawa kita ini adalah dari keturunan atau dalam istilah lain sakag Taki Yaggang + Gango yang
pertama sekali bertapak di Kampung Ratau (Dahulu nama Kampung Batu 8).

Saya ingin merakamkan tahniah kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di
atas penglibatan semua pihak, mahupun mereka di kalangan keluarga ini yang bekerja di balik
tabir untuk menjayakan pertemuan seperti ini. Anda telah menyumbang tenaga, masa dan
wang ringgit demi menjayakan hasrat kita bersama mempertemukan keluarga kita yang
tercinta. Kalau bukan kita siapa lagi. Saya sangat gembira kerana usaha selama ini walaupun
dalam masa yang singkat kita berjaya membentuk AJK Pelaksana majlis kaluarga seperti ini
yang pertama sekali dalam keluarga sakag taki Yaggang + Gango. Kita terpisah selama
beberapa waktu tetapi bukan bererti tidak memperduli antara satu dengan yang lain tetapi
disebabkan kesibukan pekerjaan kerana sebahagian keluarga kita berada di perantauan sama
ada bekerja ataupun menuntut ilmu di pelusuk bumi ini. Kini datuk dan nenek kita yang
selama ini tidak kita kenali dapat ditemukan walaupun jarang bertemu.

Saya bersyukur kepada Tuhan yang maha kuasa, kerana limpah rahmatNya kepada keluarga
ini. TanganNya yang ajaib memimpin keluarga besar ini sehingga berada ke tahap yang boleh
dibanggakan kerana boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan masyarakat
setempat, dari reality itu anak-anak dan cucu kita ada yang telah mencapai kejayaan di bidang
pekerjaan dan pendidikan, bekerja dalam kerajaan, swasta dan sebagainya. Sudah pasti
kebanggan ibu bapa kepada anak-anak cucu kita yang berkelayakan memiliki ijazah, master
dan Phd. Kalau diimbas pada masa silam, keluarga sakag taki Yanggang + Gango adalah dari
latar belakang keluarga senderhana, tetapi hasil kejayaan selama ini kita layak berbangga
kerana usaha ibu bapa bertahun-tahun boleh dikongsi bersama kerana kejayaan anak-anak
cucu kita adalah kejayaan kita bersama.

Saya berharap pertemuan hari ini bukan untuk kali ini sahaja tetapi dapat diadakan secara
berterusan supaya generasi Keluarga Yanggang + Gango dikenali oleh anak cucu yang bakal
lahir, dalam erti kata yang sebenar nama Taki Yanggang dan isterinya Gango dikenali dan
diingati dalam liputan sejarah masyarakat setempat.

Sekian dan terima kasih.

LAJIMIN LUNTAB PPN. BK.


Pengerusi Pelaksana
Sambutan Hari Keluarga Sakag Taki Yaggang + Gango

You might also like