You are on page 1of 23

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

SESI: JUN 2018

DUA 6022 - KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM


TAJUK - PENGARUH MEDIA MASSA TERHADAP PENAMPILAN AKHLAK PELAJAR

NAMA PENSYARAH: PUAN PAUZIAH BINTI JUSOH


JABATAN PENGAJIAN AM

NAMA AHLI KUMPULAN NO. PENDAFTARAN

 MOHAMMAD SYUKRI BIN JAAFAR 13DKM16F1049


 MUHAMMAD IZHAR BIN ALI 13DKM16F1079
 MUHAMMAD HELMI BIN MAMAT@ABDULLAH 13DKM16F1144
 MUHAMMAD BADRUL KAMIL BIN ABD RAZAK 13DKM16F1179
 MUHAMMAD LUKMAN HAKIMI BIN MANSOR 13DKM16F1204
 ARVIND A/L GNANASEGARAN 13DKM16F1209
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1.0 PENGHARGAAN 1

2.0 PENGENALAN 2-3

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 4

4.0 IMPLIKASI MEDIA MASSA KINI TERHADAP 5 - 10


KALANGAN PELAJAR

5.0 PERBINCANGAN ISU - ISU KAJIAN 11 -

5.1 PERANAN IBU BAPA DALAM MEDIA MASSA


5.2 PENGARUH MEDIA MASSA DI INTERNET TERHADAP SIKAP PELAJAR
5.3 PENGARUH MEDIA MASSA DI INTERNET TERHADAP SIKAP PELAJAR

6.0 KESIMPULAN

7.0 LAMPIRAN
PENGHARGAAN

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera. Syukur kehadrat ilahi


kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kumpulan kami menyiapkan tugasan E-folio ini dengan
jayanya dengan tajuk yang diberikan iaitu Pengaruh Media Massa Terhadap Penampilan Akhlak
Pelajar. Walaupun terpaksa mengalami pelbagai cabaran untuk menyiapkannya, namun
Alhamdulillah tugasan ini dapat kami selesaikan dalam tempoh masa yang diberi.

Seterusnya, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami
bagi mata pelajaran subjek ini iaitu Puan Pauziah Binti Jusoh kerana telah member kepercayaan
kepada kumpulan kami untuk memegang tajuk ini, Selain sedikit sebanyak menerangkan cara
serta memberi input sebenar agar mudah kami fahami objektif tajuk yang diberikan.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih buat semua pensyarah dari Jabatan Pengajian Am,
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu kami mencari info semasa
bagi tajuk ini, masa yang diluangkan amat pihak kami hargai diatas kesudian tuan puan. Nasihat
dan teguran yang diberikan amat membantu kami supaya tugasan ini berjalan dengan lebih
lancer dan selari dengan isu.

Sekalung penghargaan buat sahabat handai yang turut serta bertungkus lumus bersama -
sama menyumbang buah fikiran dan nilai kreatif bagi menaikkan mutu tugasan, meluangkan
masa serta saling berkongsi pendapat agar impak lebih jelas. Dan terakhir jutaan terima kasih
kepada kedua ibu bapa kami yang telah banyak membantu kami, menyakinkan kami dan terus
menerus memberikan sokongan yang tak ternilai buat kami supaya cekal sepanjang tugasan ini
dimulakan hingga akhirnya.
PENGENALAN

Pada umumnya adalah lebih baik kita mengkaji maksud tajuk ini dengan lebih jelas terlebih
terdahulu sebelum mengkaji topik ini lebih dalam. Perlu difahami apakah yang dimaksudkan
oleh setiap rangkap dalam tajuk ini satu per satu iaitu apakah yang ditujukan “ Pengaruh Media
Massa Terhadap Penampilan Akhlak Pelajar” ?

Pengaruh membawa satu erti iaitu persekitaran atau keadaan yang mampu mengajak serta
menarik seseorang atau kumpulan supaya melakukan sesuatu perkara yang mereka tontoni,
hayati, dengari, atau dibaca. Media massa pula adalah siaran atau berita serta perkataan secara
gambar atau bahasa yang terdapat dalam pelbagai bentuk dari segi akhbar, novel, majalah serta
gambar dan video. Media massa tidak terhad sebaliknya boleh berlaku dimana - mana sahaja dan
terdapat di mana - mana sahaja, media massa digital pada hari ini lebih pantas dan telus, dimana
dunia tanpa sempadan pada hari ini melalui Internet telah menularkan lagi apa sahaja media
massa sebarkan. Media massa yang lebih sinonim dengan dunia pada hari ini adalah melalui
digital, yang turut mendapat sambutan bagai cendawan tumbuh selepas hujan apabila
berkembang melalui pembaharuan gadjet seperti telefon bimbit dan komputer.

Akhlak pula boleh ditakrifkan melalui dua pendekatan iaitu linguistic (kebahasaan) dan
pendekatan terminologic (peristilahan). Akhlak dari sudut bahasa berasal daripada perkataan
arab, ‘khuluq’ yang bermaksud budi pekerti. Menurut Iman Al Ghazali, akhlak merupakan
gambar tentang keadaan dalam diri manusia yang telah sebati dan daripadanya terbit tingkah
laku secara mudah dan senang tanpa memerlukan pertimbangan atau pemikiran. Akhlak sangat
penting dan pengaruhnya sangat besar dalam membentuk tingkah laku manusia.Apa saja yang
lahir dari manusia atau segala tindak-tanduk manusia adalahsesuai dengan pembawaan dan sifat
yang ada dalam jiwanya.
Dari sudut istilah pula, akhlak merujuk kepada tingkah laku, tutur kata, penampilan atau
imej diri berlandaskan kepada ajaran Islam. Erti kata lain, akhlak adalah satu bentuk tingkah laku
yang berkaitan dengan nilai-nilai murni yang mesti dilakukan oleh setiap individu. Memahami
tajuk ini iaitu kesannya terhadap pelajar, pelajar boleh dikatogerikan pada sebarang umur yang
menunujukkan diri seseorang itu ialah orang yang menuntut ilmu, dan mendapat didikan. Pelajar
juga selalunya terdiri daripada golongan belia, iaitu mereka yang berusia 13 – 35 tahun.Dalam
hal ini, perlu kita ketengahkan usaha negara melalui pernanan yang mampu dimainkan oleh
media massa untuk pelajar atau belia pada hari ini. Langkah yang pragmatik lagi efektif dalam
membentuk remaja yang berpendidikan ialah media massa mempunyai obligasi yang maslahat
untuk menyebarkan sebarang maklumat tentang isu pendidikan bagi menzahirkan remaja yang
mempunyai ilmu pengetahuan. Perkara ini berlaku kerana media massa merupakan wahana
penyebaran maklumat yang utama. Peranan media massa memang tidak boleh diabaikan dalam
usaha membentuk remaja berakhlak. Misalnya, media massa dapat memaparkan iklan dan
menyiarkan video tentang kepentingan berilmu pengetahuan dan nilai murni sama ada melalui
media cetak seperti surat khabar ataupun media elektronik seperti televisyen. Sehubungan
dengan itu, remaja akan lebih memahami dan mengetahui kepentingan mereka dengan adanya
jati diri dan akhlak yang mulia. Mereka jug akan berusaha bersungguh-sungguh supaya mereka
menjadi orang yang berguna serta dapat memberi sumbangan kepada keluarga dan negara kita.

Terus fokus kepada tajuk, kajian ini mengecilkan skop kepada penerangan dan kesan
negatif yang mampu timbul puncanya dari pengaruh media massa yang disalah guna. Terdapat
tiga isi utama serta penerangan yang akan dikupas supaya matlamat kajian lebih dicapai.
OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian adalah seperti berikut:

 Kehebatan media massa yang memberi kesan buruk kepada pelajar zaman

Pada masa sekarang maklumat hanya di hujung jari sahaja. Ini bermakna pelajar dapat
mengakses maklumat dengan hanya mengambil masa yang terlalu cepat dan juga dapat
menyebabkan maklumat kepada orang dengan hanya beberapa saat sahaja. Ini menujukkan
bahawa bertapa hebatnya media massa yang akan menimbulkan banyak kesan buruk yang akan
dihadapi.

 Pengaruh media massa pada masa sekarang yang banyak meyumbang kepada peselisih
kefahaman.

Pada era globalisasi ini,media massa banyak mengeluarkan isu - isu yang berkemungkinan tidak
betul dan tidak perlu untuk disebarkan. Tetapi dengan wujudnya media massa ia sudah menjadi
kebiasaan dalam hal ini kerana pelajar banyak terpengaruh tentang hal - hal ini tanpa disiasat
terlebih dahulu

 Mengenalpasti kesan ketagihan dengan media massa terhadap prestasi akademik pelajar

Kesan yang akan diterima oleh pelajar jika masalah ini tidak dibendung dalam akademik. Jika ia
tidak dibendung maka prestasi akdemik akan merosot yang mengakibatkan pelajar akan
menghadapi kegagalan dalam pelajaran serta mengecewakan ibu bapa mereka. Ini sudah tentu
akan merugikan meraka kelak.

 Peranan media massa dalam mengatasi masalah ini.

Media massa berperanan dalam mengatasi hal ini. Media massa hendaklah banyak menyebarkan
kesan- kesan buruk terhadap penyalahgunaan telefon bimbit yang akan memberikan kesedaran
kepada pelajar. Seperti kehilangan kawan, akan mengakibatkan pergaduhan sesama
sendiri,menghilangkan kehormatan kepada orang lain dan lain-lain.
IMPLIKASI MEDIA MASSA KINI TERHADAP KALANGAN PELAJAR

Perkembangan industri media massa amat dirasai pada pertengahan abad 1990an apabila
kerajaan telah mengubah dasarnya terhadap perkhidmatan penyiaran, dengan pindaan akta
penyiaran yang membolehkan wujudnya siaran televisyen satelit. Begitu juga dipertengahan
tahun 1990an, didapati perubahan dasar kerajaan yang memberikan lesen untuk mengendalikan
perkhidmatan siaran kepada beberapa stesyen televisyen dan radio swasta bagi merancakkan lagi
perkembangan media massa di Malaysia. Hasilnya, media menjadi penyumbang utama kepada
corak kehidupan belia hari ini.

Media merupakan satu alat yang mampu merangsang dan mempengaruhi sikap serta tingkah laku
individu atau masyarakat merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Ini kerana, media
berperanan dalam membina identiti bangsa dan budaya untuk pembangunan keseluruhannya. Di
peringkat budaya, media massa di harap supaya menjadi jambatan penting bagi mewujudkan
dialog antara agama dan peradaban pelbagai bangsa di dunia negara agar ia menjadi semakin
penting kepada dunia dalam menuju era globalisasi iaitu dunia tanpa sempadan.

Fenomena hari ini menyaksikan kewujudan pengaruh media massa seperti media cetak dan
media elektronik dilihat sebagai punca kepada pelbagai masalah. Media massa banyak memberi
perkembangan dan maklumat kepada masyarakat terutamanya berkaitan hal ehwal semasa, berita
luar mahupun dalam negara. Media turut memberi manfaat kepada perkembangan pendidikan
masa kini. Namun dalam masa yang sama media massa juga mungkin menyumbang ke arah
kesan negatif. Salah satu penyebab berlakunya keruntuhan akhlak masa kini adalah hasil
daripada bahan dan rancangan media massa yang dipaparkan dalam negara bahawa hasil
penelitian para pengkaji menunjukkan bahawa paparan media elektronik dan media cetak boleh
mempengaruhi tingkah laku masyarakat. Masyarakat Islam sering didedahkan dengan pelbagai
maklumat yang kurang tepat, palsu, menyeleweng seterusnya merosakkan minda serta
menjadikan sejumlah anggota masyarakat kita hilang jati diri dan keperibadian akhlak yang
mulia. Pelbagai konsep dan cara hidup seperti cara hidup ‘happy go lucky’ melepak,
mengunjungi pusat hiburan seks bebas dan sebagainya banyak disiarkan melalui media massa.
Selain itu, banyak program dan drama memaparkan pergaulan bebas, realiti televisyen, cerita
ganas yang berbentuk kekerasan serta banyak rancangan yang bersifat hiburan semata-mata.

Media dan teknologi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan masyarakat seharian.
Tidak dapat dinafikan pelbagai kesan positif mahupun negatif akibat daripada perkembangan
media dan teknologi. Penyalahgunaan media elektronik boleh mengundang berlakunya pelbagai
kesan terhadap masyarakat.

Akibatnya, berlaku pengimportan budaya asing melalui rancangan-rancangan yang jelas


menunjukkan bahawa perancangan musuh adalah untuk merosakkan generasi muda agar leka
dan asyik dengan hiburan dan hidup dalam keseronokan yang sementara. Pendedahan kepada
hiburan yang keterlaluan menyebabkan golongan remaja banyak membuang masa tanpa
memikirkan hala tuju dan masa depan. Kesannya, wujud kegilaan yang keterlaluan dan
melampau sehingga terikutikut dengan pembawaan budaya Barat sebagai contohnya kemunculan
industri muzik moden seperti rock, reggae, dan rap.

Di samping itu juga, kerancakan perkembangan teknologi telekomunikasi dan perkembangan


dalam industri serta organisasi media yang memperluaskan liputan di setiap pelusuk dunia tanpa
mempunyai tapisan dan tiada pemantauan yang sewajarnya daripada pihak yang
bertanggungjawab memungkinkan golongan muda terdedah kepada pengaruh yang negatif. Hal
ini kerana, melalui penayangan program di kaca televisyen sebagai contohnya dilihat banyak
mengandungi unsur-unsur yang ditiru daripada budaya asing.

Justeru, polemik tentang isu-isu sosial remaja di negara ini sebenarnya hasil daripada pengaruh
industri media. Perkembangan industri media di Malaysia di lihat telah menunjukkan ke arah
memperagakan budaya popular seperti yang berlaku di negara barat khususnya Amerika
Syarikat. Oleh kerana itulah, penggunaan media perlulah di berikan pemantauan yang sepatutnya
bagi mengelakkan penayangan unsur-unsur yang menyumbang kepada keruntuhan akhlak .
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, didapati bahawa responden gemar melayari internet
dengan menggunakan telefon bimbit. Selain daripada itu, pakej Astro juga turut menjadi pilihan
mereka kerana Astro menawarkan pelbagai rancangan menarik semua peringkat umur. Selain itu
juga, responden lebih suka meluangkan masa menonton rancangan televisyen serta melayari
internet atau berchatting bagi mengurangkan tekanan kerja yang mereka hadapi.

Berdasarkan kepada hasil kajian, didapati melayari laman web merupakan aktiviti yang paling
digemari oleh golongan muda, terutama dalam melayari laman web untuk bersantai. Di mana
pendedahan kepada teknologi ini memberi pengaruh yang tinggi kepada mereka pada hari ini.
Hasil dapatan menunjukkan mereka menghabiskan masa lebih daripada tiga jam dalam sehari
bagi melayari web untuk bersantai, begitu juga jika dikira dalam tempoh masa seminggu,
responden menghabiskan masa untuk melayari web ini lebih kurang selama 23.78 jam. Dapatan
ini juga menunjukkan min berada pada tahap yang tertinggi iaitu 3.50.

Kajian berkaitan web untuk bersantai ini termasuk dengan laman web sosial seperti facebook.
Dapatan ini diperkukuhkan lagi dengan pernyataan ketua eksekutif facebook, Mark Zuckerberg
(2012), bahawa rangkaian halaman sosial facebook kini mempunyai satu billion pengguna. Di
mana pengguna menghabiskan masa secara aktif, ini bermakna kira-kira satu pertujuh penduduk
dunia kini adalah ahlinya. Dapatan ini juga turut diakui oleh Fariza Md Sham et al. (2010)
facebook merupakan antara laman web yang paling popular di Malaysia, mereka menyatakan
terdapat 6 juta orang pengguna di Malaysia kebanyakannya antara umur 12 hingga 35 tahun
mempunyai akaun Facebook. Secara tidak langsung kenyataan ini menunjukkan bahawa laman
sosial ini turut memberi pendedahan yang tinggi kepada golongan muda tersebut.

Begitu juga melayari web untuk tujuan pembelajaran, di mana mereka menghabiskan masa
secara purata 3.18 jam sehari. Dapatan kajian ini selari dengan kajian Mohd Dahlan A. Malek &
Ida Shafinaz Mohamad Kamil (2010) di mana dapatan kajian mereka mendapati remaja
menghabiskan masa purata 4 jam sehari untuk melayari Internet. Begitu juga dengan hasil kajian
Nazir S. Hawi (2012) yang menurut beliau remaja masa kini menghabiskan masa untuk melayari
Internet secara purata 3.38 jam sehari. Kajian beliau juga menunjukkan bahawa terdapat
hubungan yang signifikan masyarakat yang banyak menghabiskan masa dengan media ini
mempunyai pelbagai masalah. Ini menunjukkan masyarakat masa kini lebih banyak
menghabiskan masa dengan melayari laman web berbanding media massa yang lain.

Sementara itu, antara faktor lain yang menyumbang kepada ketinggian tahap pendedahan
golongan muda kepada bahan di laman web ini adalah kerana hampir keseluruhan penduduk
Malaysia memiliki komputer peribadi sendiri atau laptop juga netbook. Di mana alat-alat ini
telah lengkap dengan perisian Internet tanpa wayar (wi-fi) dan penurunan harga jalur lebar oleh
syarikat telekomunikasi menarik perhatian golongan muda untuk melanggannya (Wan
Yonsharlinawati Wan Jaafar et al. 2012).

Selain itu, halaman di laman web sendiri merupakan komponen yang menjadikan Internet lebih
menarik dan paling diminati oleh sesiapa sahaja yang dapat mengaksesnya. Dengan kemajuan
teknologi ini ia telah menjadikan salah satu keperluan utama kepada golongan muda, di mana
mereka perlu menyiapkan diri dengan pelbagai jenis pengetahuan dan kemahiran supaya mereka
boleh menyesuaikan diri dengan arus peredaran zaman sekarang. Oleh itu, tidak hairanlah lebih
banyak menghabiskan masa untuk mengakses laman-laman web daripada media-media massa
yang lain. Kenyataan ini turut disokong oleh Lai Sui Kheng (2010), di mana generasi masa kini
membesar bersama teknologi ini dan mereka lebih cenderung menggunakan Internet untuk
berkomunikasi, mengakses maklumat dan berhibur.

Namun begitu, perlu disedari bahawa generasi muda mudah terdedah kepada ledakan maklumat
daripada pelbagai sumber dan saluran yang pelbagai berkemungkinan memberi kesan negatif
jika tidak berupaya dikawal dengan baik (Samsudin A. Rahim, 2008).

Televisyen merupakan pendedahan ketiga pilihan responden, di mana mereka telah


menghabiskan masa secara purata 2.66 jam sehari. Ini bermakna mereka telah menghabiskan
masa lebih kurang 18 jam seminggu untuk menonton televisyen. Begitu juga dengan kajian
Samsudin A Rahim (2008) walaupun akses kepada Internet lebih tinggi namun 75% generasi
muda lebih memilih televisyen untuk mendapat berita. Dapatan ini turut disokong oleh kajian
Mohd Azmi Abdul Hamid (2008) yang mana secara purata rakyat Malaysia menonton televisyen
adalah antara 3 hingga 5 jam sehari, kajian ini menunjukkan pendedahan masa kepada televisyen
sangat memberangsangkan.

Manakala aktiviti yang paling tidak digemari oleh golongan muda ini ialah membaca majalah
sama ada majalah ilmiah mahupun majalah hiburan. Wujudnya kecanggihan teknologi ini turut
mengurangkan perbelanjaan untuk membeli majalah-majalah tersebut malah masa mereka juga
banyak dihabiskan untuk melayari laman-laman web berkenaan.

Di samping itu,dapatan juga menunjukkan kandungan media massa yang paling diminati oleh
generasi muda ialah bahan berbentuk hiburan. Dapatan ini selaras dengan dapatan kajian yang
dijalankan oleh Ab. Halim Tamuri et al. (2005); Ab. Halim Tamuri et al. (2006); Samsudin A.
Rahim (2001); Samsudin A. Rahim (2008); Abdullah Sulong et al.(2009); Mohd Ali Iksan
(2010) di mana kajian mereka juga menunjukkan bahan media massa berbentuk hiburan yang
paling diminati oleh remaja yang juga dikategorikan dalam kalangan pelajar. Bahan hiburan ini
diperolehi sama ada melalui Internet, televisyen, majalah hiburan juga radio (Fariza Md. Sham,
Sulaiman Ibrahim & Ideris Endot, 2000). Dapatan ini diperkukuhkan lagi dengan kajian Mohd
Ali Iksan (2010) di mana pengaruh hiburan ke arah keseronokan menjadi pilihan utama
masyarakat berbanding slot agama dan wacana ilmu yang boleh menambahkan ilmu
pengetahuan. Sebagaimana kajian yang dijalankan oleh Ab. Halim Tamuri et al. (2005)
mendapati majalah-majalah hiburan merupakan antara media massa yang paling tinggi mendapat
sambutan dalam kalangan remaja di mana majalah tersebut banyak memfokuskan tentang
hiburan semata-mata malah ia tidak memberikan sumbangan yang positif kepada perkembangan
akhlak generasi muda hari ini.

Secara keseluruhannya, tahap penampilan akhlak generasi muda dalam kajian ini berada pada
tahap yang tinggi. Ini menunjukkan media massa banyak memberi pengaruh positif kepada
mereka dan mereka masih lagi dapat memilih antara yang berfaedah mahupun sebaliknya.
Namun begitu, terdapat beberapa item yang dikemukakan dalam kajian ini perlu diberi perhatian
oleh ibu bapa, pendidik, kerajaan dan golongan muda itu sendiri kerana segelintir daripada
mereka mengakui bahawa mereka juga turut terpengaruh dengan penampilan akhlak negatif hasil
daripada bahan rancangan media massa dalam negara.
Justeru, item ini mungkin boleh merosakkan akhlak, masa dan juga boleh menimbulkan
perbalahan antara mereka sekiranya tidak dibendung dengan berkesan. Di samping itu, dapatan
ini juga menunjukkan minat golongan ini terhadap bahan-bahan media massa yang berbentuk
hiburan, humor, seram dan lucah boleh memberi kesan negatif kepada penampilan akhlak
generasi muda. Walaupun hanya segelintir daripada mereka yang terpengaruh dengan bahan
rancangan media massa yang negatif namun keadaan ini mungkin boleh menjadikan mereka leka
dan lalai. Oleh sebab itu, mereka perlu menyeimbangkan penggunaan teknologi dan bahan media
yang boleh merosakkan mereka supaya tidak menjurus ke arah keburukan yang boleh
menjejaskan identiti mereka sebagai generasi yang bakal menerajui negara pada masa akan
datang.
PERBINCANGAN ISU - ISU KAJIAN

[ PERANAN IBU BAPA DALAM MEDIA MASSA ]

Ibu bapa merupakan golongan utama yang akan membentuk perilaku serta akhlak anak – anak
meraka selaku pelajar dan belia pada hari ini. Media massa yang disalah guna atau tidak terbatas
mampu mejerumuskan minda pelajar dalam perkara yang melekakan dan menyimpang dari
didikan yang diberikan oleh ibu bapa. Aklak mereka sebagai seorang pelajar mungkin akan
mencemaskan sekiranya pengaruh media massa yang tidak baik menyelami jiwa mereka.

Umumnya mengetahui bahawa penjajahan minda lebih berbahaya daripada penjajahan secara
fizikal kerana penjajahan minda ini bersifat halus dan sukar untuk dikesan berbanding dengan
penjajahan Internet. Melalui Internet iaity media massa digital, penjajahan minda ini lebih halus
dan mudah disebarkan kerana generasi muda hari ini terlalu leka dengan Internet sehingga
terikut-ikut akan budaya kuning serta hedonisme yang dibawa oleh anasir luar. Dakyah
hendonisme amat dasyat sehingga remaja merupakan benteng pertahanan negara dikongkong dan
kehidupan mereka lebih mengutamakan hiburan dan keseronokan sehinggakan tanggungjawab
mereka sebagai pelajar hapus daripada minda. Sebelum nasi menjadi bubur, ibu bapa orang yang
paling hampir dengan remaja perlu mengawasi anak-anak mereka agar budaya kuning serta
hendonisme ini tidak menjadi ikutan anak-anak. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa untuk
mengawal penggunaan Internet dalam kalangan anak-anak dan pelajar ?

Antara peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa ialah ibu bapa perlulah memberi didikan
agama yang mantap kepada anak-anak sebagai pendinding kepada anak-anak agar terelak
daripada dakyah songsang Barat. Internet bukanlah sesuatu yang mudah dikawal
“programming”nya. Oleh sebab itu, banyak laman-laman web yang mengandungi unsur-unsur
negatif seperti budaya Black Metal, Skin Head dan pornografi tersebar dengan begitu pantas di
Internet. Melalui didikan agama yang mantap sahaja, anak-anak dapat membezakan yang mana
perbuatan yang keji dan yang mana perbuatan yang mulia. Sekiranya anak-anak melayari laman-
laman web yang berunsur negatif sudah pasti pasti merosakkan minda mereka dan menyebabkan
mereka lalai untuk menyelesaikan tuntutan agama yang wajib mereka tunaikan seperti
sembahyang lima waktu sehari semalam serta menjalankan tanggungjawab belajar.
Ibu bapa juga perlu mengehadkan masa penggunaan Internet dalam kalangan anak-anak selaku
pelajar. Memang tidak dinafikan bahawa Internet mempunyai pelbagai kebaikan tetapi ibu bapa
perlulah sedar bahawa Internet juga boleh mendatangkan pelbagai keburukan kepada gen – y
ini. Ibu bapa seharusnya membenarkan anak-anaknya menggunakan Internet pada waktu-waktu
tertentu terutama jika mereka ingin mencari bahan ilmiah, dikhuatiri pengaruh atau bahan media
lain akan member impak terhadap akhlak mereka. Ibu bapa juga haruslah memberikan
pendedahan tentang Internet kepada anak-anak. Pendedahan berkaitan Internet ini adalah penting
supaya akhlak anak-anak dapat dibendung dari pengaruh media massa yang tidak baik,
mengetahui kebaikan dan keburukan Internet penting untuk pelihara akhlak mereka sebagai
pelajar yang beragama dan dihormati. Sekiranya pelajar bebas menggunakan internet setiap
masa, impaknya Internet mungkin akan melalaikan mereka dan member kesan terhadap sikap
mereka. Jadi, tegaslah bahawa ibu bapa perlu mengehadkan masa penggunaan Internet oleh belia
ini supaya mereka juga lebih berdisiplin ketika menggunakan Internet sebagai media yang
terkawal.

Akhir sekali, ibu bapa mestilah memantau anak-anak mereka yang bergelar pelajar ini semasa
menggunakan kemudahan Internet. Janganlah terlalu mempercayai anak-anak kerana sikap
tersebut akan membawa masalah. Pemantauan terhadap penggunaan Internet oleh anak-anak
mungkin sukar dilakukan kerana pada masa kini anak-anak telah mempunyai gajet peribadi
seperti telefon pintar dan komputer riba. Namun, sebagai ibu bapa berminda kelas pertama dan
arif berkaitan kemahiran Internet dan bertanggungjawab, mereka mampu mengesan
penyalahgunaan Internet dalam kalangan anak-anak demi mengelakkan pengaruh buruk
terhadap diri mereka dengan memantau aktiviti penggunaan Internet, ibu bapa boleh melihat
aktiviti internet tersebut pada bahagian “history” atau sejarah enjin carian Internet, bukan sahaja
dalam masa sehari, malah sepanjang masa. Tegasnya, ibu bapa mestilah memantau media massa
digital atau Internet ini agar pengaruh yang baik dapat diterapkan dalam pembentukan akhlak itu
sendiri.
[ PENGARUH MEDIA MASSA DI INTERNET TERHADAP SIKAP PELAJAR ]

Media massa merupakan salah satu bentuk kemajuan teknologi dalam bidang informasi dan
komunikasi. Pengaruh media massa berbeza-beza terhadap setiap pelajar. Hal ini disebabkan
kerana adanya perbezaan corak pemikiran, perbezaan sifat yang terkesan pada pengambilan
sikap, hubungan sosial sehari-hari dan perbezaan budaya. Manakala era globalisasi pula
memiliki pengaruh yang kuat disegala dimensi kehidupan pelajar. Hal ini menyebabkan
terjadinya perubahan-perubahan sosial baik secara positif mahupun negatif.

Media massa merupakan salah satu alat untuk menyebarkan informasi, pesanan, pendapat,
rumor, gossip, propaganda dan sebagainya kepada masyarakat secara keseluruhannya. Sebagai
contoh, di era globalisasi ini, setiap perubahan berlaku dengan pantas seperti rekaan fesyen,
muzik, selera makanan- minuman, semua turut berubah mengikut masa. Begitu juga dengan
media massa. Media massa di zaman era globalisasi ini dengan adanya televisyen, radio,
majalah, telefon bimbit yang canggih (smart phone) mengakibatkan berita yang tersebar semakin
tidak berkualiti bahkan kadang- kadang berita yang belum dikenal pasti atau merupakan satu
fitnah. Pengaruh negatif pelajar yang lainnya adalah, media massa zaman sekarang yang biasa
diatur penyiarannya.

Media massa yang menjadi wadah untuk menyampaikan berita pun merebak kekeseluruhannya
terhadap pelajar. Tidak dapat dinafikan lagi, sebagai contohnya, media massa merupakan
penyumbang utama kepada keruntuhan moral di kalangan pelajar. Program-program televisyen
khasnya, lebih mementingkan hiburan daripada maklumat. Tayangan-tayangan filem barat dan
Hindustan contohnya, telah menolak unsur-unsur ketimuran yang sebati dalam jiwa masyarakat.
Jadi apabila filem tersebut dipertontonkan, sudah pelajar akan meniru gaya dan aksi artis pujaan
mereka. Ketaghan melampau pelajar masa kini terhadap media sosial dilihat pendorong kepada
pembentukan perilaku dan sikap agresif. Sementara bagi ibu bapa atau penjaga pula, kurangnya
kefahaman mengenai gajet dan dunia internet tanpa batasan, selain leka akan risiko
penggunaannya, sedikit sebanyak mendorong kepada perubahan sikap anak-anak untuk bersikap
lebih baik.

Dahulu, pada zaman manusia belum mencapai tahap ketamadunan yang tinggi, alat komunikasi
dan perhubungan untuk menyampaikan maklumat tidak dicipta. Mereka sekadar menggunakan
burung dan asap daripada unggun api sebagai petunjuk dan utusan kepada seseorang. Namun,
pada era teknologi maklumat kini, mesej-mesej dapat disampaikan dalam sekelip mata. Media
massa terbahagi kepada dua iaitu media cetak seperti risalah, majalah, dan akhbar manakala
media elektronik pula iaitu Internet, televisyen, dan radio. Namun demikian, media massa telah
disalahgunakan oleh pelajar dan menjadi salah satu daripada punca penyumbang utama
berlakunya gejala sosial pelajar. Dalam pada itu, penyeludupan video-video dan VCD dari luar
negara semakin berleluasa. Pelajar boleh mendapatkannya dengan mudah kerana video-video
tersebut dijual di pasar-pasar malam dan ia terdapat di pasar-pasar gelap. Di pawagam pula,
setiap hari, pasti ada filem-filem seperti perang yang tidak sesuai untuk tontonan pelajar
di negara kita kerana Malaysia pada dasarnya adalah sebuah negara yang arnan. Label 18SX,
18SG, dan 18PL hanyalah sekadar hiasan dan jarang sekali pemantauan diadakan. Jika pelajar
disajikan dengan aksi-aksi lucah dan perang secara berterusan justeru lahirlah generasi pelajar
yang nilai moralnya mencecah ke paras sifar. Mereka mengagung-agung orang lain sehingga
hilang semangat kepimpinan dalarn diri pelajar.

Di samping itu, konsert-konsert penyanyi dari negara Barat yang ditayangkan turut membawa
impak buruk terhadap pelajar. Penyanyi dari Barat, terionjak-ionjak memakai jeans yang
terkoyak sehingga menjadi kegilaan dan idola remaja. Sekali gus, hal ini turut menjajah minda
pelajar kerana mereka berfikir semua perkara yang baik datang dari Barat. Amalan-amalan tidak
sihat seperti minum arak dan menagih dadah turut menjadi ikutan pelajar. Makanya, wujudlah
budaya ‘punk’& ‘metal’ bertindik di telinga kiri. Ibu bapa mestilah memantau anak-anak mereka
yang bergelar pelajar ini semasa menggunakan kemudahan Internet. Janganlah terlalu
mempercayai anak-anak kerana sikap tersebut akan membawa pengaruh yang tidak baik.

Akhir sekali, gejala sosial media massa semakin gawat dan meningkat hari demi hari berikutan
perkembangan media massa yang tidak terkawal dan maju umpama cendawan tumbuh selepas
hujan. Tambahan pula, kini wujud pula satu saluran maklumat yang canggih dan sistematik iaitu
Internet disusuli pula dengan penubuhan pusat kafe siber. Pusat maklumat kafe siber menjadi
sarang kepada golongan pelajar untuk melihat bahan-bahan negatif dan meneroka laman-laman
web pornografi yang mempunyai bahan-bahan lucah dan unsur-unsur yang bertentangan dengan
syariat Islam dan budaya masyarakat Malaysia. Pusat-pusat Internet menjadi tempat untuk para
pelajar melepak. Ditambah lagi dengan sistem langit terbuka dan dunia tanpa sempadan yang
diwar-warkan oleh sesetengah pihak semakin menarik minat mereka. Pelajar-pelajar sanggup
berada di hadapan skrin atau monitor komputer berjam-jam lamanya sehingga mengabaikan
masa untuk sekolah hanya sekadar untuk mencari hiburan di kafe siber.

Konklusinya, media massa adalah antara penyumbang utama berlakunya gejala sosial,
mendatangkan keburukan, dan membawa kesan negatif kepada pelajar pada hari ini. Jika perkara
ini masih berterusan dan tiada langkah drastik untuk menanganinya sudah tentu pada masa akan
datang gejala-gejala buruk menjadi budaya golongan muda pelajar ini. Hasilnya lahirlah generasi
yang menjadi ‘robot’ dan hanya diperalatkan untuk kepentingan individu tertentu. Masalah ini
perlu dilihat dalam konteks mata semua orang, bukan terhadap pelajar sahaja. Media massa yang
disalah guna atau tidak terbatas mampu menjerumuskan minda pelajar dalam perkara yang
melekakan dan menyimpang dari didikan.
[ PENGARUH BUDAYA HIBURAN MELAMPAU TERHADAP AKHLAK PELAJAR ]

Dewasa ini, industri hiburan tanah air semakin berkembang maju. Kemajuan industri ini dapat
dilihat melalui monopoli media massa tempatan baik media cetak mahupun media elektronik
yang lebih cenderung pada berita-berita bercorak keseronokan berbanding dengan berita
bercorak pengetahuan. Namun apa yang amat dikesali, ada juga golongan yang cuba meraih
keuntungan mudah dengan mengeksploitasi para remaja khususnya golongan pelajar agar
melibatkan diri dalam dunia hiburan biarpun sepatutnya mereka perlu menggalas wadah
memajukan diri dalam bidang pendidikan. Lantaran budaya berhibur melebihi keutamaan
menuntut ilmu, situasi kini sudah pasti memberi impak yang negatif kepada generasi akan
datang. Justeru, apakah kewajaran yang membolehkan golongan pelajar melibatkan diri dalam
dunia hiburan dan apakah pula kesannya ?

Antara kesan negatif yang bakal timbul ialah kesukaran pelajar untuk membahagikan waktu di
antara melibatkan diri dalam dunia hiburan dengan tugas utama mereka iaitu menuntut ilmu.
Dalam usia yang masih terlalu muda, dunia pelajar seharus ditumpukan sepenuhnya untuk
memperoleh ilmu sebagai menggalas aspirasi menjadi insan yang berilmu dan berpengetahuan.
Namun jika mereka terlibat dengan dunia hiburan, masa yang ada terpaksa dibahagikan pula
dengan tanggungjawab mereka untuk memajukan diri dalam bidang hiburan. Hal ini sudah tentu
akan menjejaskan keupayaan mereka meluangkan waktu pada pelajaran dan kesannya bakal
memberi impak yang tidak baik kepada pelajar itu sendiri. Sekiranya seseorang pelajar terlibat
secara langsung dalam bidang nyanyian atau lakonan, mereka memerlukan masa yang panjang
bukan sahaja untuk mengikuti penggambaran atau pertunjukan yang diadakan malah masa untuk
berlatih juga perlu diambil kira. Justeru, kesannya akan menyebabkan kesukaran kepada mereka
untuk memperuntukan waktu yang secukupnya pada pelajaran.

Pada masa yang sama, penglibatan pelajar dalam Program Realiti Hiburan seperti yang kerap
kita lihat di kaca televisyen akan menjejaskan peluang pelajar bergiat dalam aktiviti yang
dijalankan di sekolah. Penglibatan mereka juga menyebabkan pelajar terpaksa mengambil cuti
untuk melaksanakan kehendak penganjur hiburan mengadakan pertunjukan di mana-mana juga.
Akibat terikat dengan kontrak bersama dengan syarikat hiburan, para pelajar terpaksa melupakan
tugas utama mereka dalam usia muda iaitu melaksanakan aspek pembelajaran dan mengikuti
aktiviti kokurikulum yang telah ditetapkan. Hal seperti ini akan menyebabkan para pelajar yang
terbabit ketinggalan dalam pelajaran dan menjejaskan prestasi mereka dalam peperiksaan.
Bayangkanlah, apa yang bakal berlaku kepada generasi kita pada masa depan jika rakyatnya
tidak berilmu lantaran memilih bidang hiburan dan mengetepikan ilmu pengetahuan. Janganlah
pula sampai ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran’.
Realiti hidup sebagai seniman sebenarnya adalah terlalu kompleks dan penuh dengan tipu
muslihat. Persoalannya, mampukah golongan remaja seperti pelajar mengharungi kehidupan dan
menyahut cabaran dalam dunia artis yang penuh cabaran? Bakat yang dimiliki sahaja mungkin
tidak mencukupi jika ilmu di dada tidak seberapa. Menyertai bidang hiburan memerlukan
seseorang yang mampu mendepani segala rintangan, apatah lagi dunia hiburan masa kini
berdepan dengan pelbagai saingan yang terlalu rumit. Dalam usia setahun jagung, kemungkinan
untuk menempa nama dalam dunia hiburan adalah terlalu kecil, lantas mereka berdepan pula
dengan kemungkinan menghadapi kegagalan. Mampukah golongan semuda ini berdepan dengan
kegagalan? Kita amat bimbang, kegagalan akan menjerumuskan golongan pelajar dalam gejala
sosial yang tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah, sek bebas dan sebagainya. Justeru,
sebelum menceburi bidang hiburan, remaja khususnya pelajar perlulah bijak menilai dan
memilih sebelum membuat keputusan.

Selain itu, dunia hiburan dan pendidikan dilihat sebagai dua dunia yang begitu berbeza. Lihat
sahaja pertuturan seorang artis, pergaulan bebas sesame peminat, pakaian malah keseluruhan
gaya hidup mereka. Hal ini amat berbeza sama sekali dengan objektif pendidikan yang
berperanan melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, emosi dan jasmani. Ambil sahaja
contoh rambut seorang artis, bergaya, panjang dan berwarna. Hal ini amat bertentangan dengan
kehendak didiplin yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Persoalannya nanti, mahukah golongan
golongan pelajar yang telah masuk dalam golongan artis berpakaian kemas, berambut pendek
dan menggayakan perlakuan sopan di khalayak ramai? Mampukah mereka merendahkan rasa
ego mereka apabila berada di sekolah bersama rakan-rakan mereka yang lain? Kesannya lebih
menjurus pada keburukan dan boleh mewujudkan konflik dalam diri pelajar terbabit. Hal inilah
yang perlu difikirkan dengan serius sebelum mengambil pendirian untuk menyertai bidang
hiburan.

Ada pula pandangan yang mengatakan bahawa mereka yang menyertai bidang hiburan adalah
individu yang mementingkan ‘glamour’ dan bersifat meterialistik. Kenyataan ini mungkin ada
kebenarannya jika dilihat dari situasi industry hiburan kita pada hari ini. Kejayaan seseorang
pelajar dalam dunia hiburan mungkin bakal melahirkan pelajar yang bersifat bongkak, sombong
dan memandang rakan dan guru sebagai manusia yang tidak patut dihargai. Lihat sahaja
perlakuan seorang artis remaja ketika bercakap dengan seorang jururawat di sebuah hospital.
Apa pula pandangan anda jika seorang artis remaja mengherdik seorang pengawal di sebuah
lapangan terbang di Sepang? Sikap bongkak ini lahir apabila mereka merasakan diri mereka
terlalu ‘glamour’ sehingga memandang rendah orang lain yang bukan golongan artis. Natijahnya,
sikap negatif sebegini lahir disebabkan kurangnya nilai-nilai moral yang sepatutnya mereka
pelajari di sekolah. Malangnya, oleh sebab terlalu banyak waktu digunakan untuk dunia hiburan,
nilai-nilai moral sebegini terus dilupakan.
Hiburan melampau juga dapat menyumbang pelbagai angkara negatif. Contonhnya, pergaulan
bebas. Hal ini kebiasaannya berlaku kepada pelajar. Sudah ternyata bahawa pelajar sangat suka
akan benda yang baru dan akan mencubanya.Kebiasaanya apabila pelajar sekolah telah
didedahkan dengan hiburan tanpa diawasi pasti perubahan drastik akan berlaku. Tambahan pula,
hiburan itu adalah sesuatu perkara yang baru bagi seseorang yang menyebabkan keinginan
mencuba hadir. Perubahan drastik yang biasa didengari ialah mengisap rokok, melepak, minum
arak dan sebaginya. Hal ini termasuklah tidak berminat untuk belajar,sebelum ini belajar
semuanya dalam keadaan baik tetapi setelah terjebak dengan hiburan maka kemalsan itu datang.
Dalam masa yang sama, pelajar tersebut boleh gagal dalam pelajaran. Apabila tidak belajar
itulah padahnya, kegagalan yang ditemuinya. Hal ini akan menyebabkan masa hadang seseorang
gelap dan boleh meningkatkan kadar kehidupan tidak mempunyai perkerjaa kerana tidak
mempunyai keputusan yang cemerlang dalam pelajaran.

Intiharnya, dunia hiburan masa kini bukanlah dunia seorang pelajar. Sebagai pelajar, mereka
perlu mempunyai acuan sendiri iaitu menyahut cabaran mendepani bidang ilmu yang terlalu luas
dan tidak bertepi. Menuntut ilmu memerlukan komitmen yang menyeluruh dan bukan sekadar
melepaskan batuk di tangga. Andai terbuka hati untuk menyertai industri hiburan, berilah ruang
untuk memenuhi ilmu di dada terlebih dahulu kerana hanya ilmu yang mampu membina impian
masa depan gemilang.
KESIMPULAN

Pada masa kini masalah gejala social semakin meningkat di antara kalangan pelajar ,
masalah ini juga melibatkan pelajar melupakan tentang penampilaan diri mereka dan terjebak
dengan banyak masalah disiplin .

Dari penelitian yang dilakukan, kebanyakan dalam komuniti mula berlaku di peringkat
usia pelajar dan juga semasa anak-anak di bangku persekolahan. Masalah ini perlu dilihat dalam
konteks mata rantai. Di mana ia tidak akan terjadi sekiranya golongan dewasa tidak
memulakannya.

Pengawasan yang tidak berlaku di peringkat orang dewasa menjadikan anak-anak


terjebak ke masalah gejala yang melibatkan penampilan . Ibu dan bapa harus melakukan
tanggung-jawab meraka agar para pelajar tidak terlibat dengan gejala social dan mereka juga
tidak akan menjejaskan penampilan meraka.
LAMPIRAN

Sumber: Keratan akhbar berita harian edisi


RUJUKAN

Buku:

 The Journal of Islamic education, January 2013 Vol. 1 Issue 1

Akhbar:

 Berita Harian Edisi

Internet:

 http://setsixperfive.blogspot.com/
 https://www.google.com/search?q=prove+showing+that+kids+this+days+are+effecte
d+by+their+atirebecause+of+social+media&rlz=1C1NHXL_enMY741MY741&sour
ce=ln
 https://www.google.com/search?q=pengaruh+media+massa+terhadap+penampilan+a
khlak+pelajar&tbm=isch&tbs=rimg:CaX6Pn6X7WuVIjgZQKGS_1bslrnw1XymXV
hAyqxYj-VBOd8RW
 https://plus.google.com/108688956611789731733/posts/M54NcamWEnS
 https://www.scribd.com/doc/30985904/Kesan-media-cetak-dan-media-elektronik-
dalam-kehidupan-sekarang-dan-dunia-sejagat-sangat-mencabar-Bahaskan-kenyataan-
ini
 https://mazlan66.wordpress.com/2008/03/25/media-massa-merupakan-antara-faktor-
berlakukan-gejala-sosial/

You might also like