You are on page 1of 2

BORANG SENARAI SEMAK PENILAIAN KEPADA MURID

Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 4

Objektif pembelajaran Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:-


1. Melakukan imbangan dengan satu dan tiga tapak sokongan
dengan pelbagai variasi dan aras secara individu dan
berpasangan.
2. Menyatakan perkaitan antara luas tapak sokongan dengan
kestabilan.
3. Mengenal pasti ruang selamat untuk melakukan aktiviti.
Menerima cabaran dan berasa seronok semasa melakukan
aktiviti fizikal.

Perancangan Aktiviti:
1. Memanaskan badan.
2. Penyampaian Standard Pembelajaran
3. Permainan kecil – membina tugu dengan menggunakan tiga tapak sokongan
4. Menyejukkan badan
5. Penilaian pengajaran dan pembelajaran

Jadual Senarai Semak: Tanda (√) ruangan tahap penguasaan.

BIL NAMA MURID TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6 CATATAN

TP1 Boleh melakukan imbangan statik secara individu dan berpasangan menggunakan
tiga tapak sokongan.
TP2 Boleh melakukan imbangan tiga tapak sokongan dengan pelbagai variasi dan
menyatakan kedudukan pusat graviti.
TP3 Boleh mengaplikasikan pengetahuan kedudukan pusat graviti untuk mengawal
imbangan semasa melakukan imbangan statik satu tapak sokongan pada pelbagai
variasi secara berpasangan.
TP4 Boleh melakukan imbangan dinamik secara individu dan berpasangan dengan
menggunakan pelbagai tapak sokongan.
TP5 Boleh memilih aktiviti imbangan yang sesuai untuk merancang rangkaian pergerakan
bagi persembahan Gimnastik Asas dalam kumpulan kecil.
TP6 Boleh melakukan persembahan rangkaian pergerakan dalam Gimnastik Asas dengan
menggunakan pelbagai kemahiran imbangan yang telah dirancang dalam kumpulan
kecil.
Boleh mematuhi dan mengamalkan elemen pengerusan dan keselamatan semasa
melakukan aktiviti Gimnastik Asas.

You might also like