You are on page 1of 2

SOALAN 2.

HURAIKAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG DAPAT MERANGSANG PEMBELAJARAN


SERTA MENGGALAKKAN INTERAKSI POSITIF DALAM KALANGAN MURID. BERI CONTOH YANG SESUAI.

Persekitaran fizikal

Suasana fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana suasana bilik darjah yang
teratur merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan. Menurut Marland (1975),
suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’ atau ‘musuh’ dalam pengajaran.
Persekitaran yang selesa, kemas dan ceria mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran
murid. Persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi aspek-aspek seperti susunan dan reka
bentuk fizikal di dalam bilik darjah, sumber bahan pembelajaran, ruang atau sudut pembelajaran,
ruang pada dinding, pengcahayaan, pengudaraan dan perabot serta kebersihan. Di samping itu,
pengurusan bilik darjah juga termasuk menunjukkan sikap positif terhadap sekolah dan
pembelajaran secara umum.

Persekitaran psikososial

Psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran
sosialnya. Persekitaran psikososial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri seperti
suasana selesa dan mesra, bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal, suasana yang merangsang
pembelajaran, menggalakkan pembelajaran koperatif dan memberi peluang yang sama untuk semua
murid. Faktor yang memberi kesan kepada persekitaran psikososial yang sihat ialah pendekatan
pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi yang guru wujudkan di
dalam bilik darjah. Jika persekitaran psikososial ini tidak dititikberatkan oleh guru, masalah disiplin
akan berlaku dalam kalangan murid. Oleh itu, bagi menguruskan keperluan psikososial setiap murid,
guru perlulah menjadi seorang guru yang asertif. Mengikut Model Disiplin Asertif Canter,
pendekatan yang terbaik untuk menguruskan bilik darjah adalah dengan menggunakan pendekatan
asertif. Guru asertif mempunyai matlamat yang jelas dengan pengurusan, yakin dan tegas dalam
menetapkan peraturan dan pada masa yang sama akan bersikap adil kepada semua murid. Jika
seorang guru ini konsisten bersikap asertif ini dapat membantu membina persekitaran yang tenang
dan menyokong perkembangan pembelajaran dan psikososial murid

Soalan 2:

Interaksi yang baik antara guru dan pelajar boleh mewujudkan hubungan yang positif dalam bilik
darjah. Guru yang baik dapat menilai perubahan yang berlaku mengetahui keperluan pelajar dalam
bilik darjah. Kepekaan guru terhadap keadaan bilik darjah akan memberikan impak yang besar
kepada guru dan pelajar itu sendiri. Menurut Bucholz dan Sheffler (2009) guru berupaya
mencorakkan persekitaran bilik darjah supaya selesa dan seterusnya meningkatkan kemampuan
pelajar untuk belajar. Persekitaran bilik darjah yang kondusif akan terhasil bila ada kerjasama dan
interaksi berkesan antara guru dan pelajar. Dalam Pembelajaran dan pengajaran, sewajarnya pelajar
dibenarkan berinteraksi dengan guru, rakan sekelas dan persekitarannya. Interaksi dengan
persekitaran ketika proses pembelajaran dapat merangsang semua deria pelajar dan menggalakkan
pelajar belajar secara kreatif dan inovatif. Fenomena ini akan mencetuskan budaya berfikir dalam
kalangan pelajar dan mengelak pelajar daripada hanya menghafal fakta dan konsep yang dipelajari.
Apabila situasi pembelajaran menjadi menarik maka minat pelajar terhadap bidang pembelajaran
dipertingkatkan.
Penggunaan peralatan, pengurusan bilik darjah dan persekitaran yang baik akan dapat
meningkatkan produktiviti pembelajaran dan menjanjikan keselesaan. Sekiranya wujud
ketidakselesaan, ianya mampu mempengaruhi motivasi pelajar untuk belajar. Bartlett (2003)
menyatakan bahawa keberkesanan pembelajaran akan meningkat sekiranya keadaan persekitaran
pembelajaran adalah selesa. Pengalaman pembelajaran yang selesa akan memberikan persepsi yang
positif dalam kalangan pelajar. Maka, persekitaran pembelajaran yang kondusif, hubungan guru
pelajar yang baik dan motivasi belajar yang tinggi akan meningkatkan keselesaan pembelajaran dan
seterusnyan meningkatkan pencapaian pelajar dari masa ke masa.

Persekitaran bilik darjah boleh dilihat dari sudut bentuk, ruang, cahaya dalaman, warna, keadaan
terma, tahap kebisingan, perabot dan susunan tempat duduk dan kemudahan teknologi yang
moden. Persekitaran pembelajaran bilik darjah perlu memenuhi keperluan guru, pelajar dan aktiviti
pembelajaran yang dijalankan. Peralatan, susun atur bilik darjah perlu merangsangkan
pembelajaran, menggalakkan penglibatan aktif pelajar dan memudahkan fasilitasi oleh guru. Hal ini
penting kerana guru, pelajar dan persekitaran saling berhubungan dalam proses pembelajaran.
Sebagai contoh, dalam pembelajaran abad ke-21, susunan meja membolehkan pelajar berinteraksi
dan melaksanakan kolaborasi bagi meningkatkan kemahiran berfikir. Tambahan pula keperluan
teknologi maklumat dan komunikasi dapat dimanfaatkan dalam pembelajaran kerana guru
berpeluang mendapatkan sumber pengajaran yang pelbagai dan mampu menyampaikan bahan
pengajaran tanpa batasan tempat, waktu dan sebagaimya. Impaknya, murid berpeluang mengalami
proses pembelajaran yang lebih luas, menarik, interaktif, berkesan dan bermakna.

You might also like