You are on page 1of 6

1.

1 Takrif Kontrak

Kontrak ditakrifkan sebagai satu perjanjian yang terjalin apabila satu pihak bersetuju untuk
menerima tawaran daripada satu pihak yang lain.

Dari segi binaan, kontrak adalah satu perjanjian yang mengikat antara dua pihak iaitu
kontraktor dan pemilik bagi melaksanakan sesuatu kerja. Pihak kontraktor akan
melaksanakan kerja sehingga sempurna dan pihak pemilik akan bertanggungjawab untuk
membuat bayaran terhadap kerja tersebut. Ia dibuat secara bertulis dengan menggunakan
borang yang sah.

1.2 Prinsip-Prinsip Kontrak


Mengikut akta kontrak 1950 (semakan 1974) terdapat beberapa prinsip kontrak yang perlu
diketahui dalam pengertian kontrak yang sebenarnya. Antaranya termasuklah:

1.2.1 Tawaran
Mengikut akta kontrak 1950 (semakan 1974) – Seksyen 2(A), tawaran ialah seseorang itu
membuat cadangan serta menyatakan kepada yang berkenaan tentang hasratnya hendak
membuat atau menahan diri dari membuat suatu dengan tujuan mendapat persetujuan dari
pihak tersebut.

1.2.2 Penerimaan
Mengikut akta kontrak 1950 (Semakan 1974) –Seksyen 2(B), penerimaan ialah apabila
cadangan yang dikemukakan oleh pihak pencadang diterima dan diperkenankan oleh pihak
yang menerima cadangan itu dengan tidak dikenakan syarat-syarat tertentu. Penerimaan
bersyarat tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan mengikut undang-undang kontrak.
Sesuatu cadangan apabila diterima menjadi janji.

1.2.3 Balasan

Balasan ialah tindakan yang dilakukan oleh pihak penerima yang menerima tawaran.
Tindakan penerimaan tawaran biasanya dilakukan samada secara lisan, bertulis ataupun
secara perbuatan.
NO. KOD WTP 1012/K 01/NK (01/04) Muka : 2 drp : 6

1.2.4 Niat

Niat yang bertujuan mewujudkan perhubungan diantara kedua-dua belah pihak yang
berkenaan secara jujur, ikhlas serta amanah dan tidak melanggari serta mematuhi segala
syarat yang ditetapkan didalam kontrak.

1.2.5 Persetujuan Yang Sah Dari Segi Undang-Undang


Segala perjanjian diantara pihak pencadang dan pihak penerima hendaklah tidak menyalahi
undang-undang kerajaan dimana kontrak dijalinkan. Perjanjian yang menyalahi undang-
undang kerajaan tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan mengikut Akta Kontrak 1950
(Semakan 1974).

1.2.6 Ikatan Kontrak Boleh Dilaksanakan


Sebelum sesuatu kontrak dikuatkuasakan, kedua-dua belah pihak yang terlibat hendaklah
terlebih dahulu memastikan bahawa ikatan perjanjian tidak terlalu membebankan mana-
mana pihak sehingga boleh membawa masalah kepada sebahagian atau kedua-dua belah
pihak

1.2.7 Tiada Kecacatan Bagi Kedua-Dua Belah Pihak


Kecacatan bermaksud, rekod atau prestsi pada masa lalu. Kelalaian kerja, tidak menepati
perjanjian, melebihi tempoh had masa yang telah ditetapkan dan lain-lain lagi adalah
sebahagian dari kecacatan yang dimaksudkan itu.

1.3 Jenis Kontrak

1.3.1 Kontrak Jumlah Gumpal Berdasarkan Senarai Kuantiti

Merupakan jenis kontrak yang biasa digunakan. Pelan disediakan dan segala butiran kerja
dan kuantiti ditentukan dalam dokumen tender sebelum tender dipelawa. Penender yang
menyertai tender akan menentukan harga untuk butir-butir kerja yang terkandung dalam
dokumen tender. Senarai kuantiti ini mengandungi beberapa pecahan jumlah harga tender
untuk setiap elemen bangunan seperti dinding luar, dinding dalam, kerangka, tingkap, pintu,
tangga bumbung dan lain-lain.
NO. KOD WTP 1012/K 01/NK (01/04) Muka : 3 drp : 6

1.3.2 Kontrak Harga Gumpal Berdasarkan Lukisan, Spesifikasi Dan Jadual Kadar
Harga.
Didalam kontrak ini, kontraktor dikehendaki melaksanakan kerja unutk setiap elemen
dengan sejumlah wang yang telah ditentukan jumlahnya (seperti yang telah ditender). Bagi
kontrak ini, penender tidak dibekalkan senarai kuantiti, tetapi dibekalkan jadual kadar harga
piawai yang disertakan bersama dalam dokumen tender. Butiran kerja terkandung dalam
pelan dan bahan serta cara kerja diperihalkan didalam spesifikasi tetapi senarai kuantiti
tidak dibekalkan. Jadual kadar harga akan digunakan sebagai asas untuk menilai bayaran
kemajuan kerja yang telah disiapkan dan juga untuk menilai perubahan kerja. Jika
perubahan kerja (Variation Order) yang wujud tidak disenaraikan didalam jadual kadar
harga, jurukur bahan akan berunding dengan kontraktor untuk menyetujui satu kadar harga
yang sesuai.

1.3.3 Kontrak Turnkey


Dasar kontrak turnkey ialah seluruh tanggungjawab terletak kepada kontraktor bermula dari
peringkat perancangan, mereka bentuk, pembinaan dan pengawasan sehingga kepada
penyudahan projek dengan masa yang telah ditetapkan dan harga yang telah dipersetujui.
Terdapat dua faktor kontrak turnkey diperkenalkan:
i. Keperluan yang mendesak terhadap projek tertentu
ii. Pemilik kekurangan kumpulan pakar

1.3.4 Kontrak Harga Tambah (Cost Reimbursement)


Kontrak Cost reimbursement dikenali juga dengan kontrak kos plus. Kontrak ini bermaksud
pembayaran semula segala kos perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh pihak kontraktor.
Ini termasuklah kos bahan, loji dan buruh yang dipanggil sebagai wang kos prima dan
ditambah dengan bayaran fee untuk menampung keuntungan dan perbelanjaan pengurusan
(Overhead). Sesuai untuk projek-projek yang rumit dan perlu disiapkan segera.

Perbelanjaan pengurusan termasuklah:

 Gaji pengurus
 Sewa pejabat
 Alatan / kelengkapan pejabat
 Bil-bil elektrik, air, telefon dan sebagainya
 Insuran
 Cukai
 Faedah bank
NO. KOD WTP 1012/K 01/NK (01/04) Muka : 4 drp : 6

 Elaun-elaun kereta, pengangkutan, perjalanan dan sebagainya

Kontrak jenis ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

a) Wang kos prima + Yuran tetap


Kontraktor dibayar mengikut jumlah kos pembinaan sebenar dan ditambah dengan
kos pengurusan dan keuntungan yang telah ditetapkan. Kos pengurusan dan
keuntungan mesti telah dipersetujui oleh pihak pemilik dan kontraktor samada secara
tender atau perundingan.

Rajah 1.1: wang kos prima + yuran tetap

b) Wang kos prima + peratus yuran


Kontraktor dibayar mengikut jumlah kos pembinaan sebenar dan ditambah dengan
kos pengurusan dan keuntungan mengikut peratus yang telah ditetapkan. Kos
pengurusan dan keuntungan mesti telah dipersetujui oleh pihak pemilik dan
kontraktor. Peratusan yuran dikira dari jumlah kos pembinaan sebenar. Semakin
banyak perbelanjaan yang dikeluarkan oleh pemilik untuk wang kos prima maka
kontraktor akan mendapat imbuhan yang lebih tinggi.
NO. KOD WTP 1012/K 01/NK (01/04) Muka : 5 drp : 6

Raja 1.2: Wang kos prima + Peratus yuran

c) Wang kos prima + Yuran sasaran


Untuk kontrak jenis kos sasaran (Target cost) bagi sesuatu pembinaan mestilah
dipersetujui oleh pihak pemilik dan kontraktor. Mempunyai faktor insentif kepada
kontraktor bagi menggalakkan penjimatan kos pengurusan dan keuntungan akan
diberi kepada kontraktor sekiranyan kos pembinaan sebenar kurang daripada kos
sasaran asal. Sebaliknya kontraktor akan dikenakan denda / potongan sejumlah
wang yang patut diterima jika kos pembinaan melebihi kos sasaran. Dengan cara ini,
kontraktor mempunyai inisiatif untuk menjimatkan kos pembinaan dan
mempercepatkan penyiapan projek bagi mendapatkan bonus. Beberapa perkara
penting yang perlu dipersetujui dalam kontrak ini ialah:

 Jumlah kos sasaran


 Bonus atau denda yang perlu dibayar
 Kualiti kerja yang perlu dicapai
NO. KOD WTP 1012/K 01/NK (01/04) Muka : 6 drp : 6

Rajah 1.3: Wang kos prima + Kos sasaran

Rajah 1.4: Wang kos prima + Kos sasaran

You might also like