You are on page 1of 21

T o p ik Sistem Tenaga

4
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan dengan lebih lanjut tentang metabolisme tubuh;
2. Mengenal pasti kegunaan karbohidrat, lipid dan protein;
3. Membuat perbandingan antara sistem aerobik dengan sistem
anaerobik; dan
4. Membincangkan fungsi sistem aerobik dan anaerobik dalam aktiviti
sukan.

PENGENALAN
Tenaga memberikan manusia kebolehan untuk melakukan sesuatu iaitu
keupayaan melakukan kerja. Tenaga kimia, tenaga mekanik, tenaga haba, tenaga
cahaya, tenaga elektrik dan tenaga nuklear merupakan enam jenis tenaga. Setiap
jenis tenaga berupaya untuk berubah ke bentuk tenaga yang lain. Manusia boleh
melakukan pergerakan anggota tubuh dan bekerja hasil daripada perubahan
tenaga kimia kepada tenaga mekanik. Kita boleh membahagikan tenaga kepada
tenaga aerobik dan tenaga anaerobik. Tenaga anaerobik pula terbahagi kepada
dua iaitu tenaga fosfat dan tenaga asid laktik.

4.1 METABOLISME
Metabolisme adalah berkaitan dengan segala perubahan yang berlaku di dalam
badan berhubung dengan kegunaan bahan-bahan makanan. Semua makhluk
yang hidup akan mengalami proses metabolisme. Kadar metabolisme akan
TOPIK 4 SISTEM TENAGA ! 109

bertambah secara berlipat ganda apabila seseorang melakukan pekerjaan seperti


pergerakan atau penghadaman makanan. Sebaliknya semasa kita berehat, kadar
metabolisme akan berkurangan.

4.1.1 Konsep dan Definisi


Metabolisme adalah jumlah tenaga yang diperlukan bagi menetapkan suhu
badan. Selain itu, ia juga untuk menggalakkan organ-organ penting dalam tubuh
untuk bekerja. Di dalam proses metabolisme, ada dua perubahan yang berlaku:
(a) Pembinaan (Anabolisme)
Proses pembinaan otot dan lain-lain tisu dalam badan. Pembinaan ini boleh
berlaku daripada asid amino yang diperolehi daripada protein, atau
daripada lemak. Hasil daripada pembinaan asid amino dan lemak adalah
asid lemak atau gliserol. Kadar anabolisme yang tinggi berlaku semasa
pertumbuhan dan semasa penyembuhan daripada penyakit.
(b) Pengungkaian (Katabolisme)
Adalah proses untuk mengungkaikan lemak atau glukos kepada karbon
dioksida dan air. Tujuannya adalah untuk membebaskan tenaga bagi
melakukan kerja. Kadar katabolisme yang tinggi berlaku semasa seorang
dijangkiti penyakit dan semasa waktu mati akibat kelaparan.

Kita mendapat tenaga untuk tubuh badan melalui bahan makanan yang kita
makan. Tiga jenis zat makanan yang membekalkan tenaga adalah karbohidrat,
protein dan lemak.

Tenaga daripada tiga jenis zat makanan di atas adalah untuk:


(a) Menetapkan suhu badan,
(b) Menggalakkan kecergasan tugas organ penting seperti bernafas, pengaliran
darah dan penguncupan jantung, dan
(c) Menjalankan gerakan kerja seharian.

Istilah kadar metabolisme basal (BMR) diguna untuk menunjukkan jumlah


keseluruhan aktiviti metabolisme. Kadar metabolisme ini diambil sewaktu badan
dalam keadaan rehat dari segi fizikal dan mental. Kenapa dilakukan dalam
keadaan rehat? Kerana pada waktu ini, tisu bekerja pada tahap yang paling
minimum dan menyebabkan kadar oksigen yang diperlukan adalah sedikit.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kadar metabolisme seseorang.


Faktor-faktor tersebut adalah saiz tubuh, umur, jantina, iklim, kepanasan, jenis
pakaian dan jenis pekerjaan. Namun, kadar metabolisme bergantung kepada
110 TOPIK 4 SISTEM TENAGA

aktiviti yang dilakukan oleh individu. Kadar metabolisme individu yang


berkerja manual seperti berkebun adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan
individu yang bekerja di pejabat yang banyak duduk.

Kadar metabolisme pada penyakit juga berbeza dan dipengaruhi oleh beberapa
kelainan pada kelenjar tiroid. Keadaan hipertiroidisme akan meningkatkan
kadar metabolisme kerana kelenjar tiroid melakukan kegiatan yang berlebihan.
Manakala, penyakit yang aktiviti kelenjar tiroidnya kurang seperti kretinisme
dan miksedema akan menurunkan kadar metabolisme.

Kadar metabolisme disukat dengan mengira jumlah haba yang dihasilkan di


dalam badan. Seseorang mestilah benar-benar berehat tanpa memakan apa-apa
bagi tempoh 12 jam pada suhu udara biasa. Jika keputusannya adalah +10, ia
membawa erti bahawa itu adalah 10% melebihi kadar biasa. Jika keputusannya -
10 ia membawa erti bahawa ia adalah 10% kurang daripada kadar biasa. Kadar
yang tinggi biasanya berlaku pada lelaki muda dan mempunyai permukaan
badan yang luas. Faktor ini menyebabkan kehilangan haba dengan lebih banyak.

Oleh itu, manusia perlu makan untuk menggantikan haba yang hilang. Kita juga
perlu makan untuk mengekalkan penghasilan tenaga semasa penghasilan haba
berlaku. Jumlah tenaga yang dikeluarkan oleh zat makanan dalam nilai kalori
adalah:
(a) Protein = 17kJ (4.1kcal) setiap gram;
(b) Lemak = 38kJ (9.3kcal) setiap gram; dan
(c) Karbohidrat = 17kJ (4.1kcal) setiap gram.

Manusia memerlukan kalori untuk:


(a) Mencegah kehilangan berat badan;
(b) Mengekalkan suhu tubuh; dan
(c) Membekalkan tenaga bagi aktiviti semua sel, tisu, kelenjar dan organ.

4.1.2 Metabolisme Karbohidrat, Lipid dan Protein


Kesemua metabolisme tersebut akan dibincangkan seperti berikut.

(a) Metabolisme Karbohidrat


Karbohidrat berubah menjadi kanji dan gula hasil daripada tindak balas
dengan enzim dalam air liur. Gula dan kanji akan dicernakan menjadi
glukosa dan diserapkan ke dalam darah.
TOPIK 4 SISTEM TENAGA ! 111

Glukosa yang dibawa oleh darah akan disimpan di dalam hati dan otot tulang
dan dipanggil sebagai glikogen. Pada peringkat ini, aktiviti insulin adalah
diperlukan. Semasa aktiviti otot berlaku, glikogen akan digunakan. Glikogen
yang telah digunakan akan digantikan kembali dengan glukosa gula darah
mengikut keperluan tubuh badan.

Semasa kita sakit pula, badan memerlukan kalori yang banyak. Karbohidrat
merupakan bahan makanan yang senang dicernakan dan diasimilasikan. Oleh
itu, kita memerlukan lebih banyak makanan berkarbohidrat berbanding
makanan berprotein dan lemak.

Proses pencernaan adalah proses yang menukarkan bahan makanan kepada


bentuk kimia yang boleh diserap oleh sel-sel dalam badan. Semasa pencernaan,
ptialin bertugas untuk mengubah kanji masak menjadi maltosa. Enzim di dalam
usus iaitu invertasi, maltase dan laktase bertugas menghasilkan pemecahan
akhir pada maltosa menjadi pelbagai monosakarida. Monosakarida yang
terhasil adalah laevulosa, glukosa dan galaktosa.

Semasa penyerapan, monosakarida akan diserap ke dalam darah. Kawalan


insulin dan aktiviti hati pada saat ini adalah berfungsi untuk mengekalkan
peratus gula darah. Haba dan tenaga dibekalkan hasil daripada pengoksidaan
karbohidrat dalam tisu. Selebihnya disimpan sebagai lemak dan menjadi
penambah berat badan.

Hasil muktamad metabolisma karbohidrat adalah dalam bentuk karbon


dioksida dan air. Air disingkirkan melalui sistem perkumuhan iaitu sebagai air
kencing (sistem urinari) dan peluh (kulit). Manakala, karbon dioksida
dikeluarkan dari sistem tubuh melalui paru-paru.

Jadual 4.1 menunjukkan keperluan kalori bagi individu yang menjalankan


aktiviti, umur dan jantina yang berbeza.

Jadual 4.1: Keperluan Kalori

Aktiviti /Jantina dan umur Jumlah kalori

Lelaki yang sedentari 2,100kcal


Lelaki yang sederhana cergas 2,500kcal
Lelaki yang sangat cergas 3,000kcal
Perempuan yang sedentari 1,750kcal
Perempuan yang sederhana cergas 2,100kcal
Perempuan mengandung 2,000kcal
112 TOPIK 4 SISTEM TENAGA

Perempuan menyusukan anak 2,500kcal


Kanak-kanak 2 3 tahun 750kcal
Kanak-kanak 4 5 tahun 1,000kcal
Kanak-kanak 6 7 tahun 1,300kcal
Kanak-kanak 8 9 tahun 1,600kcal
Kanak-kanak 10 11 tahun 1,800kcal
Kanak-kanak 12 15 tahun 2,100kcal

(b) Metabolisme Lipid (Lemak)


Lemak disimpan di dalam tisu adiposa sehinggalah ia diperlukan oleh
tubuh badan. Ia akan dikeluarkan apabila diperlukan dan berubah menjadi
gliserol dan asid lemak semasa simpanan dalam hati. Lemak diubah
menjadi gliserol dan asid lemak kerana ia adalah bentuk yang paling
mudah dapat digunakan oleh tubuh badan.

Untuk menghasilkan haba dan tenaga dalam tisu, lemak digunakan sebagai
bahan api dalam proses pembakaran. Ia akan terbakar seluruhnya menjadi
karbon dioksida dan air jika terdapat jumlah gula yang mencukupi. Tetapi
jika jumlah gula yang ada hanya sedikit atau tiada langsung, pembakaran
menjadi tidak lengkap. Hasil daripada pembakaran yang tidak lengkap ini
adalah bahan keton. Jika zat keton yang dihasilkan terlalu banyak maka,
ketosis akan berlaku.

Selalunya ketosis berlaku kepada individu yang sedang dalam keadaan


kelaparan di mana tubuh tidak mempunyai sesuatu untuk digunakan
kecuali lemak dalam tisu adiposa. Ia juga berlaku pada pesakit diabetes
dan pengamal diet yang mengambil terlalu banyak lemak tetapi kurang
karbohidrat.

Dalam proses pencernaan, terdapat sedikit hidrolisis lemak yang


dihasilkan oleh lipase gastrik. Manakala lipase pankreas dan lipase usus
memecahkan lemak menjadi gliserin dan asid lemak.

Dalam penyerapan pula, gliserin dan asid lemak akan diserap oleh lakteal.
Apabila ia sudah diserap oleh lakteal, ia akan disalurkan ke duktus
toraksik kemudian masuk ke dalam aliran darah. Apabila sudah berada di
dalam darah, lemak akan dihantar ke setiap sel di tubuh badan.
TOPIK 4 SISTEM TENAGA ! 113

Lemak yang sudah dioksidasikan di dalam hati akan disimpan di dalam


tisu. Semasa disimpan di dalam hati, sesetengah lemak dioksidakan oleh
karbohidrat untuk menghasilkan haba dan tenaga. Sebahagian lemak yang
mengandungi vitamin A dan D akan disimpan. Hasil akhir yang menjadi
bahan buangan adalah sama seperti yang berlaku dalam metabolisma
karbohidrat iaitu karbon dioksida dan air. Cara perkumuhannya juga sama
iaitu karbon dioksida oleh paru-paru, manakala air oleh kulit dan sistem
urinari.

Keperluan lemak oleh seorang individu adalah tidak kurang daripada


50gm setiap hari. Tubuh memerlukan 30% kalori daripada lemak.

(c) Metabolisme Protein


Protein diubah menjadi asid amino oleh tindakan dengan enzim bendalir
perut, pankreas dan usus. Asid amino diperlukan untuk tugas
pertumbuhan dan pembaikan tisu tubuh. Jumlah asid amino yang
dipecahkan di dalam hati adalah banyak jika kita mengambil makanan
yang mengandungi banyak protein. Asid amino dipecahkan untuk
mengeluarkan nitrogennya, maka yang tinggal untuk penghasilan haba
dan tenaga adalah karbon, hidrogen dan oksigen.

Semasa proses pencernaan di dalam perut, pepsin menukarkan protein


menjadi pepton. Sementara di dalam usus pula, tripsin bertugas untuk
memecahkan protein dan pepton kepada polipeptida. Kemudian daripada
polipeptida ditukarkan menjadi asid amino hasil tindak balas dengan
erepsin.

Pada proses penyerapan yang berlaku dalam darah, asid amino akan
membawa nitrogen dan sulfur ke setiap sel dalam tubuh. Untuk
pertumbuhan dan pembaikan, asid amino yang diperlukan akan
dipisahkan oleh sel tubuh.

Hasil kumuh daripada metabolisma protein adalah urea, sedikit asid urik
dan kreatinin. Semua bahan kumuh ini disingkirkan ke dalam bentuk urin
oleh ginjal. Sebanyak lebih kurang 30gm urea disingkirkan setiap hari dari
badan melalui jalan ini bersama dengan sedikit asid urik dan kreatinin.

Jadual 4.2 menunjukkan peruntukan protein yang diperlukan di negara


tropika.
114 TOPIK 4 SISTEM TENAGA

Jadual 4.2: Peruntukan Protein yang Diperlukan di Negara Tropika

Lelaki dewasa 65gm setiap hari


Perempuan dewasa 55gm setiap hari
Budak lelaki 80gm setiap hari
Budak perempuan 70gm setiap hari
Budak 2 -9 tahun 40 60gm setiap hari
Perempuan mengandung 80gm setiap hari
Perempuan menyusukan anak 85gm setiap hari

Kawalan metabolisme dilakukan oleh dua faktor iaitu:


(i) Sistem saraf pusat dan tidak sedar (involuntary)
Apabila tiada bekalan saraf pada sekelompok otot maka kelumpuhan
akan berlaku. Otot akan menjadi kurus, bahagian tersebut tidak dapat
berfungsi dan pertumbuhan bahagian tersebut akan terbantut.
(ii) Organ endokrin
Seperti yang kita pelajari, dalam sistem endokrin terdapat organ-
organ tertentu menghasilkan zat yang bersifat kimia untuk mengawal
kesihatan tubuh. Contoh; aktiviti metabolisme menjadi berkurangan
apabila rembesan kelenjar tiroid tiada, manakala metabolisme akan
terjadi dalam kadar yang sangat besar apabila rembesan tiroid terlalu
banyak.

4.1.3 Regulasi Haba


Regulasi haba bermaksud bagaimana kita menyeimbangkan haba yang berada
dalam tubuh badan. Keseimbangan haba adalah apabila kita berehat atau
menggunakan sedikit tenaga, suhu badan adalah pada takat 37!C. Sebagai
kesimpulannya, tenaga yang kita gunakan untuk aktiviti ringan sentiasa
dibebaskan ke persekitaran. Oleh itu, keseimbangan suhu dapat dikekalkan.
Rajah 4.1 menunjukkan bagaimana regulasi haba berlaku.
TOPIK 4 SISTEM TENAGA ! 115

Regulasi Haba

Keseimbangan haba tercapai apabila kehilangan haba sama dengan


penghasilan haba.

Kehilangan haba berlaku melalui perolakan, pengaliran, pancaran dan


penyejatan.

Suhu badan dapat dikekalkan pada takat 37!C ketika rehat atau semasa
melakukan aktiviti melalui sistem regulasi termal (thermoregulation).
Pendedahan yang ekstrem kepada haba boleh mengurangkan prestasi kerja,
malah mudah terkena penyakit serius berkaitan cuaca panas „Serious Heat
Illnesses‰ dan kematian.

„Heat Illnesses‰ boleh dikurangkan melalui:


(i) Pengambilan air yang cukup dan penggantian elektrolit;
(ii) Penyesuaian dengan iklim haba; dan
(iii) Kesedaran tentang had bebanan melalui aktiviti yang
dilakukan, pakaian dan haba persekitaran.

Rajah 4.1: Regulasi haba

(a) Kehilangan Haba


Kehilangan haba boleh berlaku pada tubuh badan melalui empat faktor
iaitu:
(i) Perolakan (convection)
Pemindahan haba dari satu tempat ke tempat yang lain melalui
pergerakan sesuatu bahan panas.
Contoh; udara yang bertiup dari kipas ke atas permukaan kulit
memindahkan udara panas daripada badan dan digantikan
dengan udara sejuk.
116 TOPIK 4 SISTEM TENAGA

Begitu juga jika kita menghulurkan tangan keluar dari tingkap.


Boleh disimpulkan di sini, kehilangan haba akan berlaku apabila
udara sejuk bertiup di atas permukaan kulit.
Seseorang individu yang berlari akan kehilangan haba secara
perolakan sama seperti individu yang berdiri di udara.
Kadar kelajuan dan suhu udara yang bertiup ke atas permukaan
kulit menentukan jumlah haba yang hilang daripada tubuh
badan.
(ii) Pengaliran (conduction)
Pemindahan haba di antara dua objek yang berbeza suhu yang
bersentuhan antara satu sama lain.
Selalunya arah pengaliran haba adalah dari objek panas ke objek
sejuk.
Contoh; apabila kita memegang ais, haba dari tapak tangan akan
mengalir ke ketulan ais dan mencairkannya.
Begitu juga apabila kita menyentuh dapur yang panas, haba dari
dapur akan berpindah ke tangan kita.
(iii) Radiasi (radiation)
Molekul dalam badan kita adalah sentiasa bergetar. Oleh itu, haba
akan dikeluarkan secara berterusan dari tubuh dalam bentuk
gelombang elektromagnet.
Radiasi adalah pemindahan haba antara objek melalui gelombang
elektromagnet.
Contoh; apabila seseorang berada di dalam bilik, dia akan
memancarkan haba ke dinding bilik dan pada masa yang sama
perkara sebaliknya berlaku.
Kita akan memperolehi haba apabila objek di sekeliling lebih
panas daripada suhu badan, manakala kita akan kehilangan haba
apabila badan lebih panas daripada objek di sekeliling kita.
Oleh itu, kita akan kehilangan haba apabila hanya sedikit awan
yang menutupi matahari dan apabila kita berada di tengah panas
antara pukul 12.00 tengah hari hingga 4.00 petang.
(iv) Penyejatan (evaporation)
Penyejatan berlaku melalui perpeluhan.
Perpeluhan tidak nyata yang berlaku semasa berehat juga
menyebabkan penyejatan.
Penyejatan berlaku apabila air bertukar menjadi wap.
TOPIK 4 SISTEM TENAGA ! 117

Contoh; seseorang bekerja kuat dan berpeluh, badan akan menjadi


sejuk apabila penyejatan peluh berlaku iaitu bila ia bertukar
kepada wap pada permukaan kulit.
Namun, apabila peluh tidak dapat disejat dan mengalir ke bawah,
penyejukan tidak berlaku.
Pada setiap gram penyejatan peluh berlaku, kita kehilangan 0.580
kcal haba.

(b) Penghasilan Haba


Unit tenaga haba yang digunakan adalah kalori yang telah diuraikan untuk
menaikkan suhu 1gm air sebanyak 1"C. Kilokalori (kcal) adalah jumlah
haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu 1kg air sebanyak 1"C.
Haba khusus yang perlu untuk mengubah suhu air 1"C adalah 1
kcal/kg/"C. Haba khusus untuk suhu tisu badan adalah 0.83kcal/kg/"C.

Oleh itu, seseorang yang seberat 70kg harus menyimpan 58kcal haba untuk
meningkatkan suhu badan sebanyak 1"C. Jumlah haba atau tenaga yang
dihasilkan semasa metabolisme bergantung kepada makanan yang
dioksidakan. Penghasilan haba daripada metabolisme bagi individu yang
sedang berehat adalah sebanyak 1.45kcal/minit atau 87kcal/jam.

Jika tiada haba yang hilang, sebanyak 1.5"C suhu badan akan meningkat
dari 37"C ke 38.5"C. Tetapi pada waktu berehat, peningkatan ini tidak
berlaku kerana haba dihilangkan melalui penyejatan, pengaliran, radiasi
dan perolakan.

Haba juga boleh diperolehi melalui radiasi, pengaliran dan perolakan. Ini
boleh berlaku apabila udara dan objek dipersekitaran adalah lebih panas
daripada badan.

Regulasi haba juga berlaku melalui sistem termal. Fungsi sistem termal
ialah untuk mengekalkan suhu badan secara relatif. Sistem regulasi termal
terdiri daripada reseptor termal dan efektor termal.
(i) Reseptor termal
Ia adalah organ-organ yang sensitif kepada stimulasi termal. Dua
kawasan reseptor termal adalah bahagian hipotalamus otak (pusat
reseptor) dan kulit (reseptor periferal). Kedua-dua kawasan ini
mempunyai dua jenis pengesan iaitu peka kepada bahang dan peka
kepada sejuk.
118 TOPIK 4 SISTEM TENAGA

Pusat reseptor peka kepada perubahan kecil suhu pada salur darah
arteri yang berubah-ubah antara 0.2 0.4"C. Reseptor pada kulit pula
berubah mengikut keadaan suhu sekeliling. Reseptor kulit yang
mempunyai saraf yang banyak dapat mengesan kehadiran bahang.
Lokasi reseptor bahang adalah di seluruh tubuh dan jumlah reseptor
sejuk adalah lebih banyak daripada reseptor panas. Kedua-dua
reseptor bersambung ke korteks dan pusat regulasi di hipotalamus.
Tindakan dari kepekaan kepada panas dan sejuk adalah mencari
tempat redup, menambah atau mengurangkan pergerakan dan lain-
lain.
(ii) Efektor termal
Ia merupakan otot tulang yang merangkumi arteriol yang
membekalkan darah pada kulit, kelenjar peluh dan kelenjar endokrin.
Dalam keadaan sejuk atau menggigil akan meningkatkan bahang
pemprosesan metabolik pada masa yang sama. Arteriol yang
membekalkan darah ke kulit akan berada dalam keadaan
pemvasocerutan apabila cuaca sejuk. Apabila suhu panas, ia akan
menyebabkan keadaan sebaliknya.

Perpeluhan mencegah kita daripada mengalami suhu lebih had kerana


peluh mengewap dari kelenjar-kelenjar peluh yang berada di semua
permukaan tubuh terutamanya di tapak tangan, kaki dan leher. Kelenjar
endokrin yang terlibat dalam regulasi haba adalah tiroid dan medula
adrenal.

Kelenjar tiroid akan mengeluarkan tiroksin apabila keadaan sejuk dan


meningkatkan kadar metabolisme. Tahap adrenalin dan noradrenalin dan
medula adrenal akan meningkatkan suhu dari pengurangan penegangan
dan pengecutan.

4.2 SISTEM AEROBIK


Sistem tenaga boleh dibahagikan kepada dua iaitu sistem aerobik dan sistem
anaerobik (lihat Rajah 4.2).
TOPIK 4 SISTEM TENAGA ! 119

Rajah 4.2: Sistem tenaga

4.2.1 Konsep dan Definisi


Sistem aerobik membekalkan tenaga secara berpanjangan. Tenaga aerobik
membekalkan Adenosina Trifosfat (ATP). Untuk membekalkan ATP bekalan
oksigen adalah diperlukan.

Melalui metabolisme aerobik, ATP dihasilkan dengan banyak. Akan tetapi tiada
bahan kumuh yang melesukan terbentuk. Karbon dioksida diserap secara bebas
daripada sel-sel otot ke dalam darah. Ia kemudiannya dibawa ke paru-paru dan
dihembuskan keluar. Sel akan mengunakan air yang terbentuk.

Selain daripada glikogen, sistem aerobik juga boleh memecahkan lemak dan
protein menjadi karbon dioksida dan air. Karbon dioksida dan air ini dibebaskan
untuk tujuan sintesis ATP. Contoh; 256gm lemak yang dipecahkan akan
menghasilkan 130 mol ATP. Glikogen dan lemak menjadi sumber penting untuk
penghasilan ATP semasa melakukan aktiviti gerakan.

Kita memerlukan kira-kira 3.5 liter oksigen untuk menghasilkan satu mol ATP.
2.0 3.0 liter oksigen digunakan untuk menghasilkan satu mol ATP pada
keadaan rehat. Dalam keadaan rehat yang normal, kita menghasilkan satu mol
ATP secara aerobik bagi setiap 12 20 minit.

Secara keseluruhan, boleh dikatakan lemak dan glikogen digunakan dalam


sistem aerobik untuk mensintesis semula ATP dalam jumlah yang banyak tanpa
bahan buangan sampingan yang melesukan. Ketika aktiviti jangka panjang dan
daya tahan, sistem aerobik sesuai digunakan untuk menghasilkan ATP.
120 TOPIK 4 SISTEM TENAGA

Ciri-ciri sistem aerobik adalah:


(a) Glikogen dan lemak adalah penyumbang kepada penghasilan ATP;
(b) Prestasi ditentukan dengan keupayaan memberi dan menggunakan
oksigen; dan
(c) Tiada asid laktik dihasilkan.

4.2.2 Mekanisme Sistem Aerobik


Sistem aerobik berlaku di dalam sel-sel tubuh. Untuk melakukan sistem aerobik,
oksigen adalah diperlukan. Berlaku pengoksidaan glukosa lengkap di mana
ianya akan menghasilkan tenaga, air dan karbon dioksida.

Apabila tenaga dihasilkan, tenaga yang terbebas adalah 2,880kJ per molekul
glukosa. Penghasilan ATP juga banyak berlaku dalam sistem aerobik iaitu kira-
kira 32 - 38 ATP. Sistem aerobik berlaku dalam sel mitokondria.

4.2.3 Fungsi Sistem Aerobik dalam Aktiviti Sukan


Sistem aerobik memberikan faedah yang banyak kepada aktiviti sukan. Jurulatih
sukan boleh menggunakan latihan aerobik untuk melatih atlet-atlet. Latihan
aerobik adalah:

(a) Latihan di mana tubuh berupaya membekalkan oksigen secukupnya untuk


menampung keperluan tubuh dalam melaksanakan aktiviti pada jangka
masa panjang;

(b) Latihan secara progresif berterusan dan dijalankan pada jangka masa yang
panjang dan melibatkan sebahagian besar otot rangka; dan

(c) Menyebabkan berlakunya adaptasi terhadap sistem kardiorespiratori dan


sistem penggunaan oksigen pada otot berkenaan.

Terdapat beberapa jenis aktiviti bercorak aerobik seperti berikut:


(a) Joging
(b) Lari ulang alik berterusan
(c) Berbasikal
(d) Berenang
(e) Berjalan pantas
TOPIK 4 SISTEM TENAGA ! 121

Fungsi sistem aerobik dalam aktiviti sukan adalah:


(a) Otot mitokondria mempunyai kapasiti yang tinggi untuk menghasilkan
ATP;
(b) Penambahan mitokondria dan saiznya;
(c) Peningkatan kandungan mioglobin dalam darah.
Mioglobin ialah pewarna pengikat oksigen dan bertindak sebagai stor
oksigen.
Fungsi utamanya membantu dalam penyerapan oksigen dari selaput sel
ke mitokondria (rumah penghasil tenaga);
(d) Peningkatan dalam oksidasi karbohidrat (glikogen); dan
(e) Peningkatan kapasiti otot untuk memecahkan dan oksida lemak.
Lemak akan diurai kepada karbon dioksida dan air dengan penghasilan
ATP.
Lemak bertindak sebagai bahan api utama bagi otot semasa senaman
daya tahan.
Lebih banyak dioksidasi lemak, semakin kurang pengumpulan asid
laktik.

SEMAK KENDIRI 4.1

Jelaskan ciri-ciri sistem tenaga dalam konteks penggunaan dan


penjanaan ATP sebagai sumber bekalan tenaga.

4.3 SISTEM ANAEROBIK


Sistem anaerobik adalah berlawanan dengan sistem aerobik. Jika sistem aerobik
dilakukan dengan kehadiran oksigen, maka sistem anaerobik adalah tanpa
oksigen.

Tenaga anaerobik dihasilkan daripada bahan tenaga fosfat dalam otot atau
daripada simpanan karbohidrat dalam otot yang membawa kepada penghasilan
asid laktik.

(a) Sistem Fosfat


Kreatin fosfat atau Phosphocreatine (PC) akan bergabung dengan ATP
untuk menghasilkan tenaga bagi menampung aktiviti yang dijalankan bagi
122 TOPIK 4 SISTEM TENAGA

tempoh jangka pendek iaitu antara 5 saat hingga 10 saat. Sistem ini dikenali
juga sebagai sistem ATP-PC iaitu ia berkaitan dengan faktor genetik dan
berkaitan dengan aktiviti ledak/eksplosif. Di dalam sistem ini, pembekalan
tenaga segera dapat disediakan di mana ATP dan PC disimpan di dalam sel
otot.

Apabila seseorang individu selesai melakukan sesuatu aktiviti, tenaga akan


dapat dipulihkan semula dalam masa 30 saat sebanyak 50%. Seterusnya,
dua hingga tiga minit diambil untuk memulihkan 100% tenaga yang
digunakan.

Semasa kita melakukan aktiviti, ATP yang tersimpan di dalam otot akan
digunakan untuk memberi tenaga pada 10 saat yang pertama. 10 saat yang
seterusnya pula, ATP akan dihasilkan daripada PC untuk membekalkan
tenaga. Kemudian, selepas tempoh tersebut, glikogen akan digunakan
untuk menghasilkan tenaga dengan mengeluarkan asid laktik sebagai
bahan sampingan.

(b) Sistem Asid Laktik


Di dalam sistem asid laktik, oksigen tidak perlu di mana ia menyebabkan
berlakunya pengumpulan asid laktik yang menjadi faktor kelesuan otot.
Sistem asid laktik menggunakan hanya karbohidrat (glikogen dan glukos)
dan kemampuan lakuan bergantung kepada toleransi terhadap akumulasi
asid laktik.

Apabila aktiviti dilanjutkan dalam jangka masa melebihi 30 saat, glikogen


yang tersimpan di dalam otot akan digunakan untuk menghasilkan tenaga.
Tenaga daripada glikogen ini digunakan apabila tempoh aktiviti sudah
memasuki 45 saat hingga 60 saat. Ketika ini, asid laktik mencapai
penghasilan tahap maksimum.

Kita perlu berehat secara aktif bagi mengurangkan penghasilan asid laktik.
Bagi menghapuskan asid laktik yang terbentuk, kita memerlukan masa 45
minit hingga 60 minit.

4.3.1 Mekanisme Sistem Anaerobik


Dalam sistem anaerobik, oksigen tidak diperlukan dan pengoksidaan glukos
adalah tidak lengkap. Hasil daripada sistem ini adalah tenaga dan asid laktik
pada otot. Sedikit tenaga terbebas per molekul glukosa iaitu penapaian = 210k.
Dalam sistem aerobik ATP yang terhasil adalah dalam jumlah yang sedikit
sahaja iaitu 2 ATP. Sistem anaerobik berlaku dalam matriks sitoplasma sel.
TOPIK 4 SISTEM TENAGA ! 123

Apabila seseorang melakukan aktiviti cergas, kadar penggunaan oksigen adalah


melebihi kadar resapan oksigen. Ketika ini, glukosa akan diuraikan kepada asid
laktik untuk menghasilkan sedikit tenaga. Otot akan mengalami situasi „hutang
oksigen‰ iaitu otot berada dalam keadaan kekurangan oksigen. Asid laktik akan
diangkut oleh darah ke hati.

Di hati, „hutang oksigen‰ akan dibayar balik di mana sebahagian asid laktik
dioksidakan untuk menghasilkan tenaga. Sebahagian lagi asid laktik akan
ditukarkan kepada glukosa. Glukosa yang berlebihan akan dibawa ke otot.
Apabila glukosa berada di otot, maka glukosa tersebut akan ditukarkan kepada
glikogen untuk disimpan bagi proses yang seterusnya.

4.3.2 Fungsi Sistem Anaerobik dalam Aktiviti Sukan


Sama juga seperti sistem aerobik, sistem anaerobik mempunyai kegunaan dalam
aktiviti sukan. Latihan anaerobik adalah:
(a) Latihan yang memerlukan penggunaan bahan bakar tenaga tubuh yang
tinggi.
(b) Hanya boleh dilakukan pada jangka masa pendek (30 40 saat) tanpa rehat
dan ia tidak bergantung kepada keupayaan tubuh untuk membekalkan
oksigen.

Jadual 4.3 menunjukkan jenis-jenis latihan anaerobik.

Jadual 4.3: Jenis Latihan Anaerobik

Sistem Tenaga Tempoh Nama

1. ATP Kurang 4 saat Kuasa kekuatan


2. ATP-PC Kurang 10 saat Kuasa
3. ATP-PC + LA 15 saat 2 minit Daya tahan kuasa
4. ATP-PC + LA Mengikut keupayaan Kuasa puncak

Fungsi sistem anaerobik dalam aktiviti sukan adalah:


(a) Penambahan gentian otot;
(b) Penambahan kekuatan penguncupan otot;
(c) Tulang dan ligamen bertambah kuat;
(d) Bertambahnya kelembutan/kelenturan;
124 TOPIK 4 SISTEM TENAGA

(e) Peningkatan fungsi otot saraf; dan


(f) Peningkatan koordinasi (gerak suaian).

Jadual 4.4 pula menunjukkan keperluan tenaga mengikut tempoh aktiviti sukan
yang dijalankan.

Jadual 4.4: Keperluan Tenaga Mengikut Tempoh Aktiviti Sukan Dijalankan

Mula 10 saat 20 saat 10 minit

Sistem anaerobik Sistem aerobik


(ATP dalam otot)
Kreatin Fosfat (CP)
ditukar kepada ATP
Otot memerlukan oksigen.
Oksigen menukarkan karbohidrat dan
lemak kepada tenaga.

Sumber: Sains Kejurulatihan, Wee Eng Hoe

Jadual 4.5 dan 4.6 menunjukkan sumbangan tenaga aerobik dan anaerobik
mengikut tempoh latihan maksimum dan jenis aktiviti sukan.

Jadual 4.5: Sumbangan Tenaga Aerobik dan Tenaga Anaerobik mengikut Tempoh
Latihan Maksimum

Tempoh latihan maksimum


Peratusan sumbangan
10 30 60 2 4 10 30 60 120
(%)
saat saat saat min min min min min min

Tanaga aerobik 10 20 30 40 65 85 95 98 99

Tenaga anaerobik 90 80 70 60 35 15 5 2 1

Sumber: Exercise Physiology, S.K. Powers dan E.T. Howley


TOPIK 4 SISTEM TENAGA ! 125

Jadual 4.6: Sumbangan Tenaga Aerobik dan Anaerobik Mengikut Jenis Aktiviti Sukan

Sumber
Powers, S.K. dan Howley, E.T. (2001), Exercise Physiology (4th ed.). New York:
McGraw-Hill, Jadual 3.3, hlm 43.
* Fox, E.L. (1984), Sport Physiology, Holt, Rinehart: CBS College, Jadual 9-2, hlm 207.
** Pyke, E.S. (2001), (Ed), Better Coaching (2nd ed.). Australia: Australia Sports
Commission, hlm 71.
Peratusan sumbangan (%)
Aktiviti/Acara sukan
Tenaga aerobik Tenaga anaerobik
Olahraga
100m 0(2*) 100(98*)
200m 10 90
400m 20 80
800m 45(70*) 55(30*)
1500m 65(80*) 35(20*)
3000m 80 20
5000m (90*) (10*)
10000m (95*) (5*)
42000m 100(96**) 0(4**)
(maraton) (10**) (90**)
Acara padang
Renang
Terjun air 0(2*) 100(98*)
100m 20 80
200m 45(40**)(70*) 55(60**)(30*)
400m 65(80*) 35(20*)
800m 80 20
1500m (75**)(90*) (25**)(10*)
Permainan
Bola keranjang 10(40**)(15*) 90(60**)(85*)
Bola tampar 15(40**)(10*) 85(60**)(90*)
Tenis 25(30*) 75(70*)
Hoki 30(50**)(40*) 70(50**)(60*)
Bola sepak 30(50**) 70(50**)
Golf (5*) (95*)
Sofbol (20*) (80*)
126 TOPIK 4 SISTEM TENAGA

Lain
Lawan pedang 15(10*) 85(90*)
Angkat berat 0 100
Tinju 50 50
Gimnastik artistik (10*) (90*)

AKTIVITI 4.1
1. Kelesuan otot berlaku apabila kandungan asid laktik dalam darah
meningkat.
(a) Senaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi tempoh
mengalami kelesuan.
(b) Bincangkan strategi yang boleh digunakan untuk
melengahkan kelesuan otot.

2. Berdasarkan soalan 1, sediakan peta minda yang menunjukkan


hubung kait antara faktor penyebab kelesuan dengan strategi yang
boleh digunakan untuk melengahkan proses kelesuan otot.

Tenaga memberikan manusia kebolehan untuk melakukan sesuatu iaitu


keupayaan melakukan kerja.
Kita boleh membahagikan tenaga kepada tenaga aerobik dan tenaga
anaerobik.
Tenaga anaerobik terbahagi kepada dua iaitu tenaga fosfat dan tenaga asid
laktik.
Metabolisme adalah berkaitan dengan segala perubahan yang berlaku di
dalam badan berhubung dengan kegunaan bahan-bahan makanan.
Metabolisme adalah jumlah tenaga yang diperlukan bagi menetapkan suhu
badan.
Anabolisme ialah proses pembinaan otot dan lain-lain tisu dalam badan.
Katabolisme pula ialah proses untuk mengungkaikan lemak atau glukosa
kepada karbon dioksida dan air.
TOPIK 4 SISTEM TENAGA ! 127

Tiga jenis zat makanan yang membekalkan tenaga adalah karbohidrat,


protein dan lemak.
Istilah kadar metabolisme basal diguna untuk menunjukkan jumlah
keseluruhan aktiviti metabolisme.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kadar metabolisme seseorang.
Faktor-faktor tersebut adalah saiz tubuh, umur, jantina, iklim, kepanasan,
jenis pakaian dan jenis pekerjaan.
Karbohidrat berubah menjadi kanji dan gula hasil daripada tindak balas
dengan enzim dalam air liur.
Lemak disimpan di dalam tisu adiposa sehinggalah ia diperlukan oleh tubuh
badan. Ia akan dikeluarkan apabila diperlukan dan berubah menjadi gliserol
dan asid lemak semasa di dalam hati.
Regulasi haba bermaksud bagaimana kita menyeimbangkan haba yang
berada dalam tubuh badan. Keseimbangan haba adalah apabila kita berehat
atau menggunakan sedikit tenaga, suhu badan adalah pada takat 37!C.
Kehilangan haba boleh berlaku pada tubuh badan melalui empat faktor iaitu
perolakan (convection), pengaliran (conduction), radiasi (radiation), dan
penyejatan (evaporation).
Reseptor termal dan efektor termal merupakan sistem regulasi termal.
Sistem tenaga boleh dibahagikan kepada dua iaitu sistem aerobik dan sistem
anaerobik.
Sistem aerobik membekalkan tenaga secara berpanjangan. Tenaga aerobik
membekalkan Adenosina Trifosfat (ATP). Untuk membekalkan ATP bekalan
oksigen adalah diperlukan.
Sistem aerobik berlaku di dalam sel-sel tubuh. Untuk melakukan sistem
aerobik, oksigen adalah diperlukan. Berlaku pengoksidaan glukosa lengkap
di mana ianya akan menghasilkan tenaga, air dan karbon dioksida.
Jenis-jenis aktiviti bercorak aerobik ialah aktiviti berjoging, lari ulang alik
berterusan, berbasikal, berenang dan berjalan pantas.
Sistem anaerobik adalah berlawanan dengan sistem aerobik. Jika sistem
aerobik dilakukan dengan kehadiran oksigen, maka sistem anaerobik adalah
tanpa oksigen.
Tenaga anaerobik dihasilkan daripada bahan tenaga fosfat dalam otot atau
daripada simpanan karbohidrat dalam otot yang membawa kepada
penghasilan asid laktik.
128 TOPIK 4 SISTEM TENAGA

Dalam sistem anaerobik, oksigen tidak diperlukan. Pengoksidaan glukos


adalah tidak lengkap. Hasil daripada sistem ini adalah tenaga dan asid laktik
pada otot.
Jenis-jenis latihan anaerobik terbahagi kepada beberapa kategori iaitu:
Sistem Tenaga Tempoh Nama
1. ATP Kurang 4 saat Kuasa kekuatan
2. ATP-PC Kurang 10 saat Kuasa
3. ATP-PC + LA 15 saat 2 minit Daya tahan kuasa
4. ATP-PC + LA Mengikut keupayaan Kuasa puncak

Adenosina trifosfat (ATP) Metabolisme


Anabolisme Metabolisme basal
Asid amino Organ endokrin
Efektor termal Pengaliran (conduction)
Glikogen Penyejatan (evaporation)
Heat illnesses Perolakan (convection)
Hutang oksigen Radiasi (radiation)
Hipotalamus Regulasi haba
Kalori Reseptor termal
Katabolisme Serious heat illnesses
Kehilangan haba Sistem saraf pusat dan tidak sedar
(involuntary)
Kelenjar tiroid
Tenaga aerobik
Mekanisme karbohidrat
Tenaga anaerobik
Mekanisme lipid
Tenaga asid Laktik
Mekanisme protein
Tenaga fosfat
Mekanisme sistem aerobik
Mekanisme sistem anaerobik

You might also like