Professional Documents
Culture Documents
Aktiviti Tambahan Semasa PKP Sektor Prasekolah - Garis Panduan Siri2 - 28 Mei - Edt PDF
Aktiviti Tambahan Semasa PKP Sektor Prasekolah - Garis Panduan Siri2 - 28 Mei - Edt PDF
1
CADANGAN AKTIVITI
Aktiviti 3:
Lompat 10 kali
Nota:
1. Aktiviti boleh dilaksanakan mengikut kesesuaian keluasan tempat/ ruang/
persekitaran.
2. Jumlah aktiviti boleh dikurang atau ditambah mengikut kesesuaian.
3. Ibu bapa/ penjaga boleh mengubah suai aktiviti seperti berikut:
i. Berjalan 10 langkah ke kanan, kiri atau belakang.
ii. Melompat sebelah kaki.
iii. Membilang secara menurun.
4. Beri pujian/ penghargaan kepada kanak-kanak yang melaksanakan aktiviti.
5. Faedah kepada kanak-kanak:
i. Meningkatkan kecergasan tubuh badan.
ii. Menyebut nombor mengikut turutan yang betul.
2
AKTIVITI 2 : KENALI WARNA DAN BENTUK
Nota:
1. Aktiviti boleh dijalankan dalam bahasa Melayu/ bahasa Inggeris/ bahasa Cina/
bahasa Tamil.
2. Faedah kepada kanak-kanak:
i. Mengenal warna dan bentuk.
ii. Meningkatkan perbendaharaan kata.
3
AKTIVITI 3: BENTUK DI MANA-MANA
1. Kenal pasti jenis peralatan yang ada di dapur/ ruang tamu/ bilik mengikut bentuk
yang berbeza dan menamakannya.
2. Catat nama peralatan dan bentuk yang dijumpai. Contoh:
i. Pinggan – bulat
ii. Mangkuk nasi – bujur
iii. Televisyen – segi empat tepat
iv. Gelas – silinder
v. Bekas makanan – segi empat sama
3. Memadan bentuk yang sama dengan peralatan ain di rumah. Contoh: pinggan
bulat sama dengan mangkuk sup.
Nota:
1. Boleh menggunakan contoh selain dari di atas mengikut peralatan sedia ada
di rumah.
2. Faedah kepada kanak-kanak:
i. Menguasai kemahiran mengenal bentuk.
4
AKTIVITI 4: SERONOK BERMAIN DENGAN BENTUK
1. Lukis pelbagai bentuk seperti bulat, segi tiga, segi empat dan sebagainya pada
kertas pelbagai warna.
2. Gunting bentuk-bentuk tersebut.
3. Hasilkan pelbagai reka bentuk seperti rumah, kereta dan bunga daripada bentuk-
bentuk yang digunting.
Nota:
1. Bercerita dengan kanak-kanak mengenai bentuk-bentuk yang ada di persekitaran.
Contoh: bumbung rumah – segi tiga, tingkap – segi empat, pintu – segi empat
tepat.
2. Faedah kepada kanak-kanak:
i. Menguasai kemahiran mengenal bentuk.
5
AKTIVITI 5: MARI MENCIPTA
1. Gunting atau koyak surat khabar secara memanjang seperti dalam gambar.
2. Hasilkan gam dengan menggunakan campuran 3 sudu besar air sejuk dan 1
sudu besar tepung jagung. Kemudian, panaskan.
3. Tiupkan belon ke saiz yang diperlukan.
4. Celupkan surat khabar yang telah digunting atau dikoyak ke dalam gam dan
lekatkan pada keseluruhan permukaan belon. Biarkan kering.
5. Kemudian, tambah lapis kedua dan seterusnya.
6
Nota:
1. Aktiviti ini mengambil masa yang agak panjang. Ibu bapa/ orang dewasa boleh
membuat aktiviti dengan kanak-kanak dalam beberapa slot seperti:
i. Mengoyak atau menggunting kertas
ii. Menampal dan menjemur
iii. Mewarna dan menghias
2. Terdapat pelbagai peralatan yang boleh dihasilkan dengan menggunakan
kaedah ini, antaranya ialah lampu, mangkuk dan sebagainya.
3. Ibu bapa/ orang dewasa boleh berbincang tentang kegunaan bahan yang
dihasilkan.
4. Faedah kepada kanak-kanak:
i. Meningkatkan kreativiti.
ii. Mengukuhkan kemahiran motor halus.
7
AKTIVITI 6 : SEBUT DAN TULIS
Nota:
1. Ibu bapa/ orang dewasa perlu membetulkan sebutan nombor/ abjad/ tulisan
kanak-kanak.
2. Faedah kepada kanak-kanak:
i. Mengukuhkan penguasaan nombor dan abjad.
ii. Mengukuhkan kemahiran bertutur dan menulis.
8
AKTIVITI 7 : MARI KENAL WANG
Nota:
1. Terangkan faedah berjimat-cermat dalam berbelanja.
2. Faedah kepada kanak-kanak:
i. Dapat mengenal dan membezakan nilai wang.
ii. Memahami konsep jual beli.
iii. Memupuk sikap berjimat-cermat.
9
AKTIVITI 8 : CARI PASANGAN
Nota:
1. Objek/ barangan yang disediakan boleh ditambah atau diubah mengikut barangan
sedia ada di rumah.
2. Faedah kepada kanak-kanak:
i. Menguasai kemahiran memadankan objek berpasangan.
10
AKTIVITI 9 : MARI MENYANYI
Nota:
1. Aktiviti nyanyian boleh diiringi dengan peralatan muzik yang sesuai.
2. Pertandingan nyanyian boleh diadakan bagi memberi galakan kanak-kanak
membuat persembahan dengan lebih menarik.
3. Faedah kepada kanak-kanak:
i. Dapat meluahkan perasaan melalui nyanyian.
ii. Meningkatkan kecergasan badan.
11
AKTIVITI 10 : SAYA PEMAIN MUZIK HEBAT
1. Teroka alat muzik yang diminati melalui internet, buku dan sebagainya.
2. Kenal pasti ciri-ciri seperti bentuk, bunyi dan cara memainkan alat muzik tersebut.
3. Buat alat muzik menggunakan bahan di rumah seperti kotak tisu/ kasut, tin,
gulungan tisu tandas (toilet roll), botol, guli, kacang hijau dan sebagainya.
4. Hias atau warnakan alat muzik tersebut.
5. Kenal pasti satu lagu tradisional dan mainkan lagu tersebut menggunakan alat
muzik yang dihasilkan.
6. Cipta alat muzik lain yang menggunakan botol dan kacang.
7. Teroka bunyi yang dihasilkan daripada alat muzik tersebut. Contohnya:
i. Bunyi yang dihasilkan apabila botol yang mengandungi kacang hijau
digoncang kuat dan perlahan.
ii. Bunyi yang dihasilkan apabila botol yang mengandungi banyak/ sedikit kacang
hijau digoncang.
Nota:
1. Kanak-kanak suka menyanyi, bergerak mengikut muzik dan menghasilkan bunyi.
Mereka bangga dan seronok apabila dapat menghasilkan lagu atau alat muzik
sendiri.
2. Faedah kepada kanak-kanak:
i. Meningkatkan kreativiti.
ii. Meningkatkan kemahiran motor halus dan kasar serta koordinasi.
12
AKTIVITI 11 : BAHAN KITAR SEMULA
1. Sediakan tiga bekas dan labelkan ‘kertas’, ‘plastik’ dan ‘kaca/ tin’.
2. Kumpul barangan tidak digunakan yang diperbuat daripada plastik, kertas dan
kaca/ tin.
3. Asingkan barang tersebut dan masukkan ke dalam bekas mengikut label.
4. Jual atau derma barangan yang telah dikumpul.
Nota:
1. Ibu bapa/ orang dewasa boleh menerangkan kepada kanak-kanak kebaikan kitar
semula.
2. Faedah kepada kanak-kanak:
i. Memahami konsep kitar semula untuk memelihara alam sekitar.
ii. Menanam sikap keusahawanan.
13
AKTIVITI 12 : JANGAN MEMBAZIR SISA MAKANAN
14
Nota:
1. Bantu kanak-kanak meneroka kegunaan sisa makanan menggunakan internet
atau sumber lain.
2. Jelaskan kegunaan baja kompos kepada tumbuh-tumbuhan.
3. Pelbagai cara boleh dirujuk bagi menghasilkan baja kompos. Berikut merupakan
antara contoh yang boleh dijadikan rujukan:
i. Sediakan 2 botol kosong.
A B ii. Isi botol A dengan sisa sayur-sayuran dan kulit buah. Masukkan
air garam.
iii. Isi botol B dengan sisa tauhu, tempe, cendawan atau dadih.
Kemudian masukkan air dan gula.
iv. Simpan kedua-dua botol dalam masa 3 hingga 4 hari. Selepas
itu, campurkan kedua-dua larutan dalam bekas yang lebih besar.
v. Campuran disimpan lagi untuk tempoh sehari. Sekiranya suhu
campuran menjadi panas maka proses menghasilkan baja
sedang berlaku.
vi. Masukkan sisa nasi, sayur, buah dan daging. Tutup dan simpan
semula. Selang beberapa hari, buka dan gaul sisa makanan
untuk menguraikan dan mengelakkan sisa makan berbau.
vii. Baja kompos sedia untuk digunakan.
4. Faedah kepada kanak-kanak:
i. Menunjukkan sikap berjimat.
ii. Memerhati persekitaran menggunakan deria.
iii. Menyayangi alam sekitar.
15
AKTIVITI 13 : JOM BACA DOA
1. Kanak-kanak membaca doa untuk amalan harian seperti doa sebelum makan,
selepas makan, sebelum tidur dan lain-lain.
2. Minta kanak-kanak mengulang bacaan doa dan mengamalkannya dalam
kehidupan harian.
Nota:
1. Berikan pujian kepada kanak-kanak apabila sudah menghafal doa dan
mengamalkan dalam kehidupan harian.
2. Ibu bapa/ orang dewasa mesti menjadi suri teladan kepada kanak-kanak dengan
bersama-sama mengamalkan doa dalam kehidupan harian.
3. Faedah kepada kanak-kanak:
i. Mengamalkan doa dalam kehidupan harian seperti yang dituntut dalam
agama.
16
AKTIVITI 14: SEHARI DI RUMAH
Waktu Aktiviti
Pagi mandi, sarapan, belajar
Tengah hari makan tengah hari, tidur
Petang menonton televisyen, bermain, mandi
Malam makan, belajar, menonton televisyen, tidur
3. Minta kanak-kanak melukis gambar aktiviti yang mereka lakukan mengikut waktu
seperti menonton televisyen dan bermain.
Nota:
1. Ibu bapa/ orang dewasa membimbing kanak-kanak dengan menceritakan
tentang kepentingan mematuhi waktu dalam sehari mengikut aktiviti yang
sepatutnya mereka lakukan.
2. Faedah kepada kanak-kanak:
i. Faham konsep waktu dalam sehari.
ii. Memupuk semangat bertanggungjawab kepada diri sendiri.
17
AKTIVITI 15: MASA ITU EMAS
1. Hasilkan jam analog daripada bahan kitar semula menggunakan kotak, gunting,
gam, kertas warna, kad manila, pinggan kertas, pen marker, paku tekan dan bahan
lain yang sesuai (rujuk gambar).
2. Baca jam analog dan nyatakan masa.
3. Nyatakan masa dan aktiviti yang sesuai dilakukan dalam sehari.
Nota:
1. Ibu bapa/ orang dewasa menerangkan kepentingan menghargai masa kepada
kanak-kanak.
2. Faedah kepada kanak-kanak:
i. Menguasai konsep masa dalam sehari.
ii. Belajar membaca jam analog.
iii. Memupuk sikap menghargai masa yang ada.
18
AKTIVITI 16 : SAYA PEMBANTU YANG HEBAT
1 2 3
6 5 4
Pemerhatian
Perhati dan bezakan
pakaian yang telah kering Jemur pakaian di Bilas menggunakan
dan masih lembap dari bawah cahaya air bersih.
aspek berat, tekstur dan matahari.
warna.
Pakaian mana yang cepat
kering? Beri alasan.
2. Bincangkan:
i. Kenapa pakaian perlu dicuci?
ii. Cara mencuci pakaian yang betul.
iii. Mengapa pakaian boleh kering dengan cepat di bawah matahari?
iv. Kegunaan lain matahari.
v. Tanggungjawab sebagai anak.
Nota:
1. Pastikan amalan berjimat semasa menggunakan air dan bahan pencuci.
2. Pastikan pakaian dicuci dengan bersih.
19
3. Bagi menjelaskan lagi kepentingan matahari untuk mengeringkan pakaian
dengan lebih cepat, aktiviti menjemur boleh dilakukan di dua tempat yang
berbeza iaitu:
i. Kawasan yang terdedah kepada matahari
ii. Kawasan yang terlindung daripada matahari.
4. Faedah kepada kanak-kanak:
i. Mengetahui cara menjaga kebersihan diri dan pakaian.
ii. Mengetahui kegunaan matahari dalam kehidupan harian.
iii. Menggalakkan sikap berjimat-cermat.
iv. Membuat andaian yang mudah dan munasabah berdasarkan pemerhatian.
20
AKTIVITI 17 : LIPAT KAIN
Nota:
1. Ibu bapa/ orang dewasa boleh mengenal pasti pakaian yang sesuai untuk dilipat
oleh kanak-kanak.
2. Faedah kepada kanak-kanak:
i. Melatih sikap bertanggungjawab.
ii. Menanam sikap positif iaitu berdikari/ tolong-menolong.
iii. Menghormati hak milik orang lain.
iv. Menguasai kemahiran mengelas, mengumpul dan menyusun.
21
AKTIVITI 18 : DI MANA SARUNG KAKI SAYA?
Nota:
1. Faedah kepada kanak-kanak:
i. Menguasai kemahiran mengira.
22
AKTIVITI 19 : CUBA KIRA
Nota:
1. Ibu bapa/ orang dewasa boleh membimbing kanak-kanak membuat dadu
menggunakan kad manila atau kertas keras.
2. Faedah kepada kanak-kanak:
i. Murid dapat menguasai kemahiran operasi tambah.
Contoh 1:
23
AKTIVITI 20 : TANAM BAWANG
6. Buat pemerhatian dan catatkan pertumbuhan bawang melalui lukisan atau tulisan.
Contoh rekod pemerhatian:
24
Nota:
1. Bawang merah boleh diganti dengan bawang putih atau bawang besar.
2. Faedah kepada kanak-kanak:
i. Mengetahui proses tumbesaran daun bawang.
ii. Kemahiran proses sains - memerhati dan berkomunikasi.
iii. Mengetahui konsep guna semula (reuse).
25
AKTIVITI 21 : MUDAHNYA TAUGE TUMBUH
1 2 3
5 4
Pemerhatian
Nota:
1. Bincang masakan yang menggunakan tauge.
2. Masak tauge yang ditanam untuk makanan sekeluarga.
3. Ceritakan kepentingan makan sayur-sayuran seperti tauge.
4. Kanak-kanak berkongsi pengalaman dan perasaan bersama-sama ibu bapa
tentang tauge yang ditanam.
5. Faedah kepada kanak-kanak
i. Mengetahui keperluan tumbuhan untuk hidup
ii. Kemahiran proses sains iaitu membuat permerhatian, pengukuran,
meramal dan berkomunikasi
26
iii. Mengetahui proses percambahan dan pertumbuhan biji benih.
iv. Menunjukkan sikap sabar
27
AKTIVITI 22 : JOM BERKEBUN
1 batang pensel
28
13.5.2020
7 helai Hijau
2 batang pensel
Nota:
1. Bimbing kanak-kanak tentang keperluan asas tanaman untuk hidup.
2. Faedah kepada kanak-kanak:
i. Kemahiran proses sains - pemerhatian, mengukur dan membuat andaian
munasabah
ii. Menunjukkan sikap sabar
iii. Bertanggungjawab
29
AKTIVITI 23 : KENALI ANGGOTA BADAN IKAN
Nota:
1. Bincang jenis masakan berasaskan ikan.
2. Faedah kepada kanak-kanak:
i. Meneroka dan menamakan bahagian tubuh ikan.
ii. Meningkatkan kemahiran membuat pemerhatian.
iii. Merangsang sifat ingin tahu.
Kolaj
30
AKTIVITI 24 : THE ANT AND THE GRASSHOPPER
1. Children watch and listen to the story of The Ant and The Grasshopper.
2. Parents/ adults then ask them the following questions:
i. How many animals/ insects did you see in the story?
ii. What did the ants do?
iii. What did the grasshopper do?
iv. Did the ants help the grasshopper?
v. Do you help your friends?
3. Children draw a scene in the story, draw a mask or a finger puppet.
4. Children retell the story by showing the picture, wearing the mask or finger puppet.
Notes:
1. Parents/ adults can also discuss on the moral of the story with the children.
2. Parents can use recycle paper for the masks or puppets.
3. Discuss about being helpful and hardworking.
4. Benefits to children:
i. Know the benefits of being hardworking.
ii. Learn the value of being helpful and diligent.
iii. Language input for children.
31
AKTIVITI 25 : STORY TIME
1. Parent/ adult choose a suitable story. If you are unsure what stories to choose, you
may ask the teacher for help.
2. Parent/ adult read or play (if it is a video version) the story chosen.
3. Ask pupils to talk about the story.
4. Talk about the people or things in the story.
5. Parent/ adult can ask the following questions:
i. Do you like the pictures in the story?
ii. Which picture do you like? Why?
iii. Do you like/ dislike the story? Why?
iv. How do you feel after listening to the story?
6. Parent/ adult and children can retell or act out the story together.
7. Can make suitable masks or puppets to use during the story telling.
Notes:
1. Parent/ adult can get ideas from teachers for activities to be conducted after
listening to stories.
2. Get children to come up with crafts based on the story.
3. Moral value in the story can be discussed with children.
4. If children can read, they can begin reading the story.
5. Benefits to children:
i. Language input for children.
32
AKTIVITI 26 : JOM CUCI TANGAN
Bimbing kanak-kanak mencuci tangan dengan cara yang betul mengikut langkah-
langkah seperti berikut:
Nota:
1. Pastikan kanak-kanak mencuci tangan dengan betul sebagai amalan.
2. Ibu bapa/ orang dewasa perlu menunjukkan contoh amalan mencuci tangan
dengan betul dan menjimatkan air.
3. Aktiviti boleh dijalankan dengan iringan lagu ‘Cuci Tangan’, sumber KKM
http://hepili.moh.gov.my/tunas/index.php/galeri/audio.
4. Faedah kepada kanak-kanak:
i. Mengamalkan mencuci tangan dengan cara yang betul
ii. Menjaga kesihatan diri
33
AKTIVITI 27 : JOM BUAT DOH
1. Sediakan ¼ cawan garam halus, 1 cawan tepung gandum, 1 cawan air, 2 sudu
minyak dan sedikit pewarna makanan.
2. Campur semua bahan dan uli untuk dijadikan doh.
3. Bentukkan doh menjadi pelbagai bentuk yang disukai seperti huruf, abjad dan lain-
lain objek.
Nota:
1. Tambahkan tepung gandum jika doh lembik atau sedikit air jika doh keras.
2. Langkah di atas boleh diulang dengan menggunakan warna yang berbeza.
3. Doh perlu disimpan di dalam peti sejuk untuk digunakan semula.
4. Faedah kepada kanak-kanak:
i. Meningkatkan kemahiran motor halus.
ii. Meningkatkan kreativiti.
34
AKTIVITI 28 : KAMUS BERGAMBAR SAYA
1. Kenal pasti satu objek di persekitaran. Contoh: sudu, pen, buku dan kasut.
2. Sebut dan eja perkataan bagi setiap objek yang dipilih pada hari tersebut.
3. Lukis dan tulis nama objek tersebut dalam buku skrap “Kamus Bergambar Saya”.
4. Ulang langkah 1 hingga 3 pada setiap hari.
Nota:
1. Ibu bapa/ orang dewasa perlu membetulkan tulisan/ ejaan/ sebutan kanak-kanak.
2. Bilangan objek boleh ditambah mengikut kesesuaian.
3. Aktiviti boleh dijalankan dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina atau
bahasa Tamil.
4. Faedah kepada kanak-kanak:
i. Meningkatkan kemahiran bertutur, membaca dan menulis.
ii. Meningkatkan perbendaharaan kata.
35
AKTIVITI 29 : MARI HASILKAN CORAK
1. Sediakan beberapa biji kentang dan bincang dengan kanak-kanak bentuk yang
disukai.
2. Bimbing kanak-kanak memotong kentang dengan bentuk yang disukai mereka.
3. Letakkan warna air pada permukaan kentang dan cap pada kertas.
Nota:
1. Kentang boleh digantikan dengan bahan lain yang difikirkan sesuai dan mudah
diperoleh seperti cap jari, bendi, peria, bawang, buah belimbing, daun dan bunga.
2. Faedah kepada kanak-kanak:
i. Meningkatkan kreativiti dan imaginasi.
ii. Mengecam bentuk dan warna.
36
AKTIVITI 30 : MENGAJI DI RUMAH
Nota:
1. Hafazan boleh dibuat secara berperingkat ayat demi ayat sehingga kanak-kanak
lancar.
2. Hafazan surah boleh ditambah mengikut kesesuaian.
3. Aplikasikan hafazan surah semasa solat.
4. Faedah kepada kanak-kanak:
i. Mengamalkan ajaran agama Islam.
ii. Meningkatkan daya ingatan dengan cara menghafaz.
Selamat Mencuba
TAMAT
37