You are on page 1of 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Minggu 1 Hari Rabu Tarikh 1 Jan 2020 Masa 7.30 – 9.00


Mata Pelajaran FIZIK Ting 4 SNT Bilangan Pelajar 20

Tema 1.0 : PENGUKURAN

Standard 1.1 Kuantiti Fizik


Kurikulum
Standard 1.1.1 Menerangkan kuantiti fizik.
Pembelajaran 1.1.2. Menerangkan dengan contoh kuantiti asas dan kuantiti terbitan.
1.1.3 Memerihalkan kuantiti terbitan dalam sebutan kuantiti asas dan unit asas S.I.
1.1.4 Menerangkan dengan contoh kuantiti skalar dan kuantiti vektor.
Objektif 1. Menyatakan kuantiti fizik terdiri daripada kuantiti asas dan kuantiti terbitan.
Pembelajaran 2. Menyatakan kuantiti fizik melibatkan unit metrik dan imperial.
3. Menyatakan contoh-contoh unit metrik dan unit imperial.
4. Menyatakan tujuh kuantiti asas dan unit SInya.
5. Memerihalkan kuantiti terbitan dalam kuantiti asas.
6. Menentukan unit asas SI bagi kuantiti terbitan.
7. Menyatakan maksud kuantiti skalar dan kuantiti vektor.
8. Menyatakan sekurang-kurangnya 5 contoh bagi setiap kuantiti skalar dan kuantiti
vektor.
Aktiviti PdPC 1. Guru mempamerkan beberapa alat pengukur di makmal fizik dan bertanyakan nama
kuantiti fizik yang diukur oleh setiap alat pengukur tersebut.
2. Berdasarkan respon murid, guru menerangkan maksud kuantiti fizik, kuantiti asas dan
kuantiti terbitan.
3. Guru menyatakan tujuh kuantiti asas dan unit SInya masing-masing.
4. Murid diminta menyatakan unit bagi beberapa kuantiti terbitan seperti luas, isi padu
dan laju.
5. Murid dibimbing untuk memerihalkan kuantiti terbitan dalam sebutan kuantiti asas
dan seterusnya menentukan unit asas S.I.
6. Guru memberi 2 situasi melibatkan kuantiti skalar dan kuantiti vektor.
7, Murid diminta merujuk buku teks untuk menyatakan maksud kuantiti skalar dan
kuantiti vektor, dan seterusnya mengenalpasti kuantiti scalar dan kuantiti vektor
daripada senarai kuantiti yang diberikan oleh guru.
8. Murid melengkapkan latihan dalam Lembaran Kerja dalam tempoh 20 minit.
Nilai Murni Menghargai kepentingan kuantiti fizik dalam kehidupan seharian.
Bahan Bantu Komputer riba, LCD, jam randik, termometer, pembaris setengah meter, ammeter,
Mengajar neraca mampatan, neraca spring, meter joule dan lembaran kerja.
Refleksi
Catatan (Jika
Ada)

RPH Fizik 2020 : Norazah Binti Beduroding (SMKSR)

You might also like