You are on page 1of 17

FACULTY OF BUSINESS AND MANAGEMENT

CBCT 2203
Basic Concept Of Information Technology

Nama : MUHAMMAD AZHAR BIN ABDUL RAHIM


No. Matrik : 890501075711-001
NRIC : 890501-07-5711
No. telefon : 017-4875087
E-mail: azhar_boyz89@yahoo.com

Nama Tutor : ANDI NORHAYATI NINTI NURDIN


Pusat Pengajian : Tawau Learning Centre

Semester September 2012

1
ISI KANDUNGAN

Bil. Kandungan Muka Surat

1. Soalan A: Pengenalan 3

2. Kajian Kes 3-10

3. Jenis- jenis Perisian 11-13

4. Soalan B: Kebaikan dan Keburukan 14-15

5. Penutup 16

6. Rujukan 17

2
Soalan A

1.1 Pengenalan

Teknologi maklumat telah mencapai satu tahap kemajuan yang tinggi serta telah mampu
mengatasi sistem penggunaan secara tradisional bagi membangunkan sesuatu industri
untuk membantu mencapai objektif perniagaan samada dari segi keperluan perniagaan
tersebut mahupun dari segi pengurusannya. 

Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi telah membolehkan pautan di antara


berbagai-bagai sistem dan perkhidmatan berkongsi satu sumber sistem rangkaian yang
sama. Kesepaduan sistem rangkaian membolehkan perkhidmatan-perkhidmatan seperti
video, data dan suara digunakan bagi membangunkan dan memperkembangkan sesuatu
industri.  Teknologi maklumat dan komunikasi boleh membantu pembangunan industri
dari segi pengurusan dan pentadbiran seterusnya memaksimakan output pengeluaran
sesuatu industri.

1.2 Kajian Kes

1.2.1 G&J Consultation Sdn Bhd.

G&J Consultation Sdn Bhd adalah sebuah firma perunding yang menawarkan
perkhidmatan dalam bidang ekonomi, kewangan dan strategi perniagaan untuk firma-
firma undang-undang terkemuka dan agensi-agensi kerajaan. Walaubagaimanapun,
peningkatan dan kesesakan prestasi sistem penyimpanan telah memberi kesan yang serius
ke atas produktiviti perniagaan G&J Consultation Sdn Bhd. Kelembapan prestasi storan
primer dan isu-isu penyelenggaraan telah memperlahankan tindak balas syarikat kepada
permintaan pelanggan.

3
Oleh itu, G&J memerlukan satu sistem penyimpanan yang sistematik bagi mengatasi
masalah kekangan yang mana memberi impak negatif terhadap perkhidmatan pelanggan.
Masalah yang muncul dalam sistem penyimpanan data telah menyebabkan G&J
Consultation Sdn Bhd harus membangun satu rangkaian komputer yang canggih dan
terkini.

1.3 Faktor-faktor Pemilihan Penyimpanan yang Sesuai Untuk G&J


Consultation Sdn Bhd

Sebelum membangunkan rangkaian penyimpanan yang sesuai bagi G&J Consultation


Sdn Bhd, syarikat ini perlulah meneliti beberapa faktor yang diperlukan bagi menjamin
kelicinan dan keselamatan perkhidmatan mereka. Antara faktor-faktor yang perlu
dipertimbangkan oleh G&J Consultation Sdn Bhd adalah seperti berikut:

1.3.1 Anggaran Kos

Anggaran adalah taksiran hasil kuantitatif. Anggaran projek merangkumi anggaran usaha,
kos, jadual dan pekerja.

- Usaha (effort) adalah jumlah jangka masa yang diperlukan oleh seseorang untuk
menyiapkan tugasan.

-Jadual (schedule) adalah jumlah jangka masa yang dirancang untuk melengkapkan tugas

-Anggaran untuk pembangunan projek perisian mestilah mempunyai unit ukuran.


Contoh: usaha (effort) di ukur mengikut seorang dalam jam (person-hours), seorang
dalam seminggu (person-weeks), seorang dalam bulan (person-months). Unit ukuran
yang digunakan adalah untuk pengkhususan:

a) Produk (rekabentuk, kod sumber dll)

4
b) Proses (aktiviti analisis, rekabentuk dan pengkodan dll)

c) Manusia (people) (produktiviti rekabentuk individu dll)

Empat komponen penting kos kualiti ialah :-

i) Kos Pencegahan

Kos sumber yang digunakan dalam aktiviti bagi mencegah kerosakan atau
ketidakpatuhan dari berlaku. Contohnya, latihan, pengauditan kualiti/proses, sasaran kos
untuk pengeluaran produk/perkhidmatan baru dan penilaian ke atas pembekal dan
subkontraktor.

ii) Kos Penilaian

Kos yang berlaku bagi memastikan produk/perkhidmatan mematuhi kehendak piawaian.


Contohnya, pemeriksaan bahan mentah, inventori dalam proses, barangan siap,
pemeriksaan/pemantauan proses, pemeriksaan peralatan dan kerja-kerja penyelenggaraan.

iii) Kos Kegagalan Dalaman

Ini termasuklah kos tambahan pengeluaran bagi memperbaiki output kualiti yang rendah.
Contohnya, pengerjaan semula, kehilangan/kelambatan masa, perubahan dalam arahan
kejuruteraan, skrap, sisa pembaziran, pengujian/pemeriksaan kembali.

vi) Kos Kegagalan Luaran

Kos ini adalah kos yang paling susah diukur kerana ianya telah menyerap masuk ke
pasaran dan kualiti produk/perkhidmatan serta kehendak pelanggan hanya dapat
diketahui setelah produk/perkhidmatan berkenaan telah dihantar. Antara contoh kos ini

5
ialah kos kehilangan jualan, pulangan barangan, kos jaminan, kos liabiliti dan kehilangan
kepercayaan.

Anggaran yang baik berupa penerangan mengenai skop projek, penilaian teknik yang
digunakan, dan ketepatan anggaran yang dibuat. Anggaran awalan akan menghasilkan
keputusan yang tepat dan boleh dipercayai anggarannya dan faktor kos yang
mempengaruhi pembangunan perisian mudah difahami. Anggaran ada satu proses yang
berterusan apabila berlaku perubahan dari segi skop, perubahan perlu dilakukan apabila
berlaku perbezaan parameter seperti usaha, kos, jadual dan kakitangan.

1.3.2 Pemilihan Rangkain Local Area Network (LAN)

G&J Consultation Sdn Bhd memelukan rangkaian Local Area Network (LAN) untuk
dibangunkan supaya ia dapat berinteraksi dan berhubung di antara setiap paras. LAN
merupakan sekumpulan komputer mikro atau peranti terminal stesen kerja yang terletak
pada satu kawasan yang sama dan disambungkan oleh kabel ( litar komunikasi) agar
mereka dapat bertukar-tukar maklumat. LAN digunakan di dalam bangunan dan ianya
boleh disambungkan rangkaian backbone yang membenarkan transisi mesej keseluruhan
dunia.

Bagi merekabentuk konfigurasi rangkaian setempat, pelbagai perkara perlu diketahui.


Antara lain ialah definisi LAN itu sendiri dimana ia merupakan sekumpulan komputer
atau peranti-peranti stesen kerja yang berada pada lokasi yang sama kawasan dan
disambungkan dengan kabel-kabel yang sesuai. Oleh yang demikian, LAN yang
digunakan di dalam G&J Consultation Sdn Bhd menyambungkan antara komputer-
komputer, mesin faksimilli, stesen kerja dan juga perkakasan-perkakasan lain dengan
tujuan berkomunikasi antara mereka.

Dua sebab mengapa LAN dibangunkan ialah:-

1)    Berkongsi fizikal

6
Di mana ia merujuk kepada satu komputer yang berkongsi peranti dengan
komputer lain. Sebagai contoh, di bahagian pemasaran, satu komputer boleh
berkongsi pencetak atau disk drive yang berada pada komputer lain di
bahagian lain. Faedah utama dengan berkongsi fizikal adalah dari segi kos
terutama sekali berkongsi pencetak laser dan juga kos bagi perkakasan.

2)    Berkongsi logikal
Di mana ia merujuk kepada aplikasi perniagaan yang memerlukan pengguna
mencapai fail data yang sama.

Langkah-langkah yang terlibat dalam memasang LAN ialah memasang kad antara muka
rangkaian dan kabel yang hendak digunakan, menyediakan komputer pelayan dan juga
komputer pengguna, memasang perisian LAN, membangunkan profil rangkaian dan
langkah yang terakhir ialah proses log-in.

Dari segi topologi pula, G&J Consultation Sdn Bhd memerlukan topologi bintang dan
lebih dikenali juga sebagai topologi hub, di mana ia menyambungkan kesemua stesen
kerja dari bahagian operasi kaunter ke satu stesen berpusat yang terletak di tempat yang
sesuai iaitu ke cawangan-cawangan dan di ibu pejabat. Peranti-peranti tidak dihubungkan
antara satu sama lain. Tidak seperti topologi mesh, topologi bintang tidak membenarkan
trafik secara langsung antara peranti. Hub berfungsi sebagai penukar dimana apabila satu
peranti menghantar data ke peranti lain, ia perlu menghantar data tersebut ke hub terlebih
dahulu dan kemudian hub tersebut akan menghantar data tersebut.

Kebaikan Topologi bintang adalah ia lebih murah berbanding topologi yang lain. Ini
kerana di dalam topologi bintang setiap peranti perlukan satu saluran dan juga satu pusat
I/O ( input/ output ) untuk berhubung antara satu sama lain. Faktor ini menjadikan ia
mudah untuk di install atau dikonfigurasikan. Kebaikan seterusnya ialah sedikit kabel
sahaja yang diperlukan untuk menghubungkan antara satu sama lain. Kebaikan lain ialah
jika satu saluran rosak, hanya saluran tersebut sahaja yang terganggu dan saluran yang
lain aktif seperti biasa.

7
1.3.3 Rekabentuk pelan

Di dalam merekabentuk pelan, G&J Consultation Sdn Bhd harus mengambilkira tiga
faktor kajian awalan iaitu:

1. Faktor teknikal
-Di dalam faktor ini G&J Consultation Sdn Bhd harus mengambilkira
terhadap mengenalpastian perkakasan, perisian dan litar yang diperlukan
di dalam membangunkan rangkaian komputer.
-G&J Consultation Sdn Bhd mesti juga mengenalpasti pengubahsuaian
dari susun atur tempat atau bangunan, pendawaian elektrik dan juga
pengkabelan litar yang perlu dilakukan.

-Di dalam faktor ini juga, ia meliputi merekabentuk penyambungan


rangkaian yang bergantung kepada kretiviti dan pengetahuan
perekabentuk.

2. Faktor Operasi
  -Bagi faktor kedua ini, G&J Consultation Sdn Bhd memastikan rangkaian
dapat dilaksanakan dengan sempurna agar urusan harian berjalan dengan
lancar dan dapat meningkatkan produktiviti pekerja.

3. Faktor Ekonomi
-Pembangunan sistem rangkaian baru berdasarkan kepada konsep kos
yang minima bagi menyesuaikan kemampuan sumber kewangan syarikat.

G&J Consultation Sdn Bhd juga memelukan kriteria penilaian rangkaian untuk
dibangunkan. Ia adalah bertujuan untuk menilai dan mengukur prestasi semasa dalam
merekabentuk dan membangunkan rangkaian baru serta implementasi rangkain
komunikasi data.

8
Dengan adanya rangkaian ini, masa memproses dan masa tindakbalas akan menjadi lebih
baik berbanding sistem manual. Selain itu, kos penyelenggaran dapat dikurangkan kerana
melalui rangkaian ini masalah-masalah seperti kerosakan dapat diatasi. Rangkaian baru
yang dibangunkan juga dapat menghasilkan perkhidmatan dan kualiti yang lebih baik dan
cekap. Ini adalah kerana pengurangan beban kerja, memperbaiki kualiti data dan
persembahan rangkaian baru dapat dilakukan dengan cekap. Melalui keupayaan
rangkaian baru ia dapat menangani trafik serta mengurus kesesakan yang bakal berlaku.
Rangkaian baru ini juga dapat mengurangkan ralat dan kesilapan berbanding rangkaian
lama.

Rangkaian baru G&J Consultation Sdn Bhd ini mempunyai kebolehpercayaan yang
tinggi serta masa capaiannya cepat. G&J Consultation Sdn Bhd yakin bahawa ianya
boleh diterima oleh pengguna, pekerja dan pihak pengurusan organisasi. Sistem
keselamatan dan mekanisma kawalan adalah memuaskan bagi mengatasi ancaman seperti
kegagalan rangkaian, ralat dan pencerobohan maklumat. Oleh kerana rangkaian baru
adalah lebih efisen, berbanding rangkaian lama ini akan membenarkan rangkaian baru
mempunyai jangka hayat yang lebih lama.

1.3.4 Keperluan Rangkaian

Setelah selesai mendapatkan maklumat daripada kajian awalan, pelan rekabentuk dan
pemahaman tentang rangkaian semasa, barulah langkah seterusnya iaitu mengenalpasti
keperluan rangkaian baru dapat dilaksanakan. Tujuan utama langkah ini dilaksanakan
adalah untuk mendapatkan gambaran tentang fungsi-fungsi yang akan dilaksanakan di
dalam rangkaian yang baru. Pada permulaan langkah ini, pelan jangka pendek dan pelan
jangka panjang syarikat perlu dikaji semula.

Kajian ini dapat membantu merekabentuk rangkaian yang sentiasa memenuhi citarasa
semasa dan pada masa akan datang. Pelan jangka panjang dan jangka pendek menyimpan
maklumat sekiranya organisasi mengemaskini atau mengubah matlamat, pembangunan

9
projek, perbelanjaan yang besar, bahagian yang akan diberikan perkhidmatan rangkaian,
penekanan terhadap keselamatan dan teknologi pada masa hadapan.

Langkah berikutnya setelah langkah keperluan rangkaian baru dilaksanakan ialah fasa
skop geografi yang bertujuan untuk mengenalpasti lokasi fizikal di mana satu rangkaian
baru akan dibina. Skop geografi dikenalpasti melalui definisi rekabentuk iaitu
memetakan, merancang/pelan serta menyusun bahagian-bahagiannya supaya ia menjadi
satu. Untuk memetakan rangkaian, terdapat 4 peringkat skop geografi iaitu peringkat
antarabangsa, negara, bandar/negeri serta kemudahan setempat.

1.3.5 Pilihan Perisian

Langkah seterusnya dalam pendekatan sistem bagi merekabentuk rangkaian ialah


mempertimbangkan pilihan untuk perisian. Tujuan fasa pemilihan perisian adalah untuk
mengatasi kekangan yang diakibatkan oleh penggunaan terminal dan perkakasan yang
berlainan. Dalam fasa ini, pemilihan protokol juga akan dibuat untuk rangkaian. Perisian
protokol akan menentukan cara kawalan dan jenis operasi yang digunakan.

Komputer tidak akan beroperasi tanpa perisian. Melalui perisian, ia membolehkan


pengguna menggunakan komputer bagi melaksanakan sesuatu kerja. Perisian ialah
aturcara komputer yang ditulis dalam bahasa komputer. Aturcara pula ialah barisan kod-
kod bahasa komputer yang disusun secara logik dalam melaksanakan sesuatu kerja
tertentu. Salah satu tugas kerjanya ialah pemprosesan teks yang mengandungi fungsi
menaip dokumen, memformat dan mencetak dokumen, menyimpan dan mengambil
semula fail dokumen.
 
Perisian adalah arahan-arahan lengkap dalam bentuk aturcara dan prosedur yang
mengawal, mengurus dan menyokong sistem komputer serta aktiviti-aktiviti
pemprosesan maklumat.
 

10
Fungsi-fungsi perisian: Fungsi yang paling kritikal adalah bekerja terus dengan
perkakasan, mengurus sumber-sumber komputer, menyediakan alatan untuk
membolehkan sumber-sumber digunakan dan bertindak sebagai perantara di antara
pengguna dan maklumat yang tersimpan di dalam komputer.
 

Jenis-jenis perisian

Perisian komputer terbahagi kepada dua jenis iaitu:


 
a) Perisian sistem
Aturcara yang mengurus dan menyokong sumber, operasi sistem dan rangkaian
komputer. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu aturcara sistem pengurusan (system
management programs) dan aturcara sistem pembangunan (system development
programs).
 
b) Perisian aplikasi

Aturcara yang mengenalpasti aktiviti pemprosesan untuk menyelesaikan tugas-


tugas atau masalah-masalah tertentu. Antara contoh-contoh perisian aplikasi
adalah hamparan elektronik (electronic spreadsheet), dan pemproses perkataan
(word processing). Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu “general purpose
application programs” dan “application-specific programs”.

Perisian Sistem - System Software


 
Himpunan aturcara yang direka bentuk untuk mengkoordianasikan aktiviti dan fungsi-
fungsi perkakasan dan aturcara menerusi sistem komputer. Perisian sistem mengandungi
atucara-aturcara yang mengurus dan menyokong sistem komputer dan aktiviti-aktiviti
pemprosesan maklumat.
 

11
Fungsi.
 
·        Mengawal operasi perkakasan komputer.
·        Menyokong aturcara aplikasi.

Perisian sistem terbahagi kepada dua kategori iaitu:


 
          i.              Aturcara pengurusan sistem (System management programs)
Aturcara yang mengurus perkakasan, perisian, rangkaian, dan sumber
maklumat sistem komputer semasa pemprosesan maklumat.
 
Contoh: Sistem pengoperasian, aturcara pengurusan rangkaian, sistem
pengurusan pangkalan data, dan sistem utiliti.
 
         ii.              Aturcara pembangunan sistem (System development programs)
Aturcara yang membantu pembangunan aturcara dan prosedur sistem
maklumat dan pemprosesan komputer.
 
Langkah seterusnya dalam merekabentuk rangkaian ialah mempertimbangkan pemilihan
untuk perkakasan. Perkakasan atau hardware merupakan peralatan komputer atau
rangkaian yang digunakan untuk melaksanakan aktiviti input, pemprosesan dan output.
Untuk merekabentuk sesuatu rangkaian, terdapat beberapa perkakasan yang perlu
dipertimbangkan. Antara perkakasan yang biasa digunakan dalam sesuatu rangkaian ialah
terminal atau microcomputer, gateways, modems, multiplexers, protocol converters, front
end processor, host computers dan banyak lagi.

Antara komponen penting dalam perkakasan ialah media penghantaran. Media


penghantaran yang dicadangkan dalam rangkaian Consultation Sdn Bhd ialah kabel UTP
(Unshielded Twisted-Pair) RJ45 CAT 5 dan kabel Coaxial.

12
Setelah dipertimbangkan, bagi meningkatkan penggunaan rangkaian di Consultation Sdn
Bhd, setiap cawangan akan menggunakan Windows NT, kerana semua paras akan
dihubungkan kepada rangkaian di mana semuanya akan beroperasi secara on-line.

1.3.6 Perlombongan Data

Perlombongan data adalah proses menganalisis daripada pelbagai perspektif dan


meringkaskan ia kepada satu maklumat yang boleh meningkatkan pendapatan,
mengurangkan kos atau kedua-duanya sekali. Perisian perlombongan data adalah salah
satu alatan beranalisis untuk menganalisis data. Ia membolehkan pengguna menganalisis
data dari pelbagai dimensi dan sudut, mengkategorikan dia dan meringkaskan hubungan
data yang telah dikenalpasti. Secara teknikalnya, perlombongan data adalah proses
mencari kolerasi atau paten dari sebahagian lapangan di dalam satu pangkalan data yang
berhubung kait dan besar.

Perlombongan data banyak digunakan hari ini oleh syarikat-syarikat yang mempunyai
pengeluaran bahan runcitan yang besar, kewangan, komunikasi dan juga organisasi
pemasaran. Ia membolehkan syarikat-syarikat ini mendapatkan hubungan di antara
faktor-faktor dalaman seperti harga, memposisikan produk atau kepakaran staf dan juga
faktor-faktor luaran seperti penunjuk ekonomi, saingan dan demografik pelanggan. Ia
juga membolehkan mereka mendapatkan impak pada jualan, kepuasan pengguna dan
pendapatan korporat. Akhir sekali, ia membolehkan mereka untuk meringkaskan
maklunat untuk melihat perincian semua transaksi data. Dengan perlombongan data,
pengusaha dapat menggunakan rekod jualan hasil dari pembelian pelanggan untuk
mencapai sasaran tertentu berdasarkan sejarah pembelian individu tersebut.

Perlombongan data ialah kaedah yang digunakan untuk mengekstrak atau mendapatkan
corak tertentu daripada data yang boleh dijadikan pengetahuan. Perlombongan data
melibatkan proses pembinaan model secara berulang menggunakan kaedah tertentu.
Kaedah tersebut dianggap sebagai kaedah pintar iaitu melibatkan algoritma pembelajaran

13
terhadap data. Proses perlombongan data sebenarnya menggunakan konsep pembelajaran
mesin, statistik dan teknik persembahan keputusan supaya hasil yang diperolehi dapat
difahami dengan mudah oleh manusia (J. Palous, 2002).
Terdapat tiga perkara utama yang perlu dikenalpasti dalam perlombongan data iaitu:
 Menentukan jenis model yang hendak dibina
 Pemilihan algoritma atau fungsi perlombongan data
 Pembinaan model menggunakan data latihan, data ujian dan data pengesahan

Soalan B

Kebaikan:

1. Pentadbiran lebih cekap

Sistem pengurusan maklumat dapat disediakan melalui komputer yang bertujuan untuk
menyediakan para pengurus atau pentadbir maklumat tepat pada waktunya, mengawal
dan mempercekapkan sektor aktiviti organisasi, membantu membandingkan piawaian
dengan hasil sebenar, mengesan kekurangan dan mengambil tindakan pembetulan
sebelum terlewat. Data-data yang disimpan, dikumpul, diproses dan seterusnya
disebarkan dalam bentuk data berangka, teks atau laporan ke seluruh unit dan bahagian
organisasi.

2. Sistem komunikasi tanpa batasan waktu dan sempadan

Komputer yang dilangkapi kemudahan Internet, berkebolehan membina perkongsian


maklumat tanpa had masa dan sempadan. Contoh mesej-mesej diterima dengan mudah
lagi cepat serta tindakan dapat dilakukan dengan sertamerta seperti panggilan mesyuarat,
maklumat tentang keselamatan negara, ramalan cuaca, maklumat penyakit berjangkit,
surat-surat pekeliling kerajaan, pengumuman-pengumuman rasmi, kelulusan-kelulusan
cuti pegawai dan sebagainya. Hal ini dapat menyumbang mengurangkan dari segi kos,
masa dan tenaga.
3. Email dan Internet

14
Komputer yang dihubung dengan rangkaian telefon berkeupayaan menerima mesej dari
internet atau email. Walau di mana si pengirim berada, ianya boleh menghantar seberapa
banyak mesej melalui email dan sipenerima pula boleh memperolehinya dan mencetak
mesej berkenaan dengan begitu mudah dan cepat di pejabat sipenerima tanpa perlu keluar
daripada pejabatnya.

Keburukan:

a) Terlebih anggaran

Terlebih anggaran boleh menyebabkan projek mengambil masa yang lama dari
sepatutnya. Ia akan menyebabkan banyak kerugian

b) Kuasa "Power"

Sebagai alat ciptaan bersifat elektronik. Komputer memerlukan kuasa untuk berfungsi.
Tanpa kuasa alat ini ibarat seperti manusia yang sudah mati dan tidak boleh memberi
apa-apa manfaat kepada sesiapa lagi.

c) Perubahan Tekenologi Komputer

Perubahan teknologi komputer yang begitu cepat akan melibatkan kesukaran kepada
perkara-perkara berikut:

1. Menaiktaraf perkakasan dan perisian:

Kos menaiktaraf perkakasan dan perisian komputer adalah mahal. Perisian dan
perkakasan komputer sentiasa berubah dari semasa ke semasa.

2. Kakitangan diberi latihan

15
Kakitangan atau pengendali komputer haruslah diberi latihan mengunakan perisian-
perisaian baru. Tanpa latihan, aplikasi program-program atau perisian-perisisan baru
tidak dapat dilakukan secara optima dan berkesan.

1.4 Penutup

Penggunaan sistem maklumat yang kian berkembang dalam kebanyakan organisasi


menyebabkan aktiviti pengurusan di kebanyakan organisasi lebih bersistematik. Dalam
era pembangunan maklumat, adalah tidak dapat dinafikan betapa besarnya peranan dan
fungsi komputer sebagai media dan teknologi komunikasi untuk menghebah dan
mendapat maklumat terkini. Tujuannya adalah untuk mendapat maklumat terkini bagi
membuat strategi perancangan, membuat keputusan, pelaksanaan program dan juga
membuat strategi untuk menghadapi sebarang ramalan di masa hadapan.

(2600 patah perkataan)

Rujukan

16
MALAYSIA, Open University. (2004). Pengantar Teknologi Multimedia, Kuala
Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.

MALAYSIA, Open University. (2005). CBDB3203 Implementasi Pangkalan Data.


Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.

MALAYSIA, Open University. (2005). CBAD2103 Analisis dan Rekabentuk Sistem.


Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.

MALAYSIA, Open University. ( 2005). Analisis Dan Pemodelan Data, Kuala Lumpur:
UNITEM Sdn. Bhd.

MALAYSIA, Open University. (2006). Pembangunan Aplikasi Multimedia, Kuala


Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.

Mohd Yazid, Paridah Samsuri, Rozlina Mohamed, Suhaimi Ibrahim, Wan Mohd
Nasir (2000). “Kejuruteraan Perisian”. FSKSM : UTM

17

You might also like