You are on page 1of 2

KAEDAH KAJIAN TINJAUAN

Penyelidikan tinjauan boleh dibahagikan kepada 2 jenis berdasarkan jangka masa yang diperlukan
untuk mengumpul data iaitu LONGITUDINAL( KAJIAN LONGITUDINAL ) dan CROSS –
SECTIONAL ( KAJIAN RENTAS)

KAJIAN LONGITUDINAL
• Mengumpul data berulang kali daripada sesuatu sampel sepanjang satu jangka masa yang
panjang.
• Cth : Mengkaji perkembangan kemahiran mengira pelajar-pelajar KSSR dengan
memerhati pelajar yang sama bermula dari darjah satu hingga tamat darjah enam.
• Terdapat tiga jenis tinjauan jangka panjang iaitu
Kajian Aliran / Trend Studies
Mengkaji dan membandingkan perubahan dalam kepercayaan aktiviti, tahap kesedaran atau
demografi populasi sepanjang satu masa.
Kajian Kohort / Cohort Studies
Memilih satu sampel secara berulang-ulang kali daripada satu populasi khusus yang kecil
sepanjang satu jangka masa tertentu.
Kajian Panel / Panel Studies
Mengumpul dan menganalisis sata daripada semua ahli daripada satu sampel yang sama
sepanjang penyelidikan dalam satu jangka masa tertentu.

CROSS-SECTONAL / Kajian rentas


• Melibatkan edaran soal selidik sekali sahaja dalam satu tempoh tertentu, tetapi terhadap
kumpulan orang yang berbeza.
• Contoh :• Kajian kemahiran mengira pelajar KSSR boleh dilakukan dengan mengukur pada
masa yang sama kebolehan mengira murid-murid yang telah didedahkan dengan KSSR dari
darjah satu hingga enam. Wujud perbezaan disebabkan oleh faktor asal yang sedia ada
merupakan kelemahan kaedah silang.

6 LANGKAH ASAS YANG TERLIBAT DALAM KAJIAN PENYELIDIKAN
 1. Merancang Kajian penyelidikan bermula dengan persoalan sama ada pengkaji dapat
mencari jawapan yang betul dengan kaedah kajian yang digunakan.
 2. Menentukan Populasi
 3. Sampel kajian
 4. Membina instrumen kajian
 5. Menjalankan kajian
 6. Memproses data
TEKNIK-TEKNIK PENGUMPULAN DATA
1. Temu ramah secara peribadi
2. Temu ramah melalui telefon
3. E-mail soal selidik
4. Soal selidik atas talian
5. Temu ramah bersemuka

You might also like