You are on page 1of 2

Contoh Kaedah PdPR

Mata Pelajaran : Sains Rumah Tangga


Tingkatan : 4 Stem (14 orang)
Modul : Makanan dan Pemakanan
Standard Kandungan:
4.2 : Sistem Pencernaan dan Penyerapan Makanan
Standard Pembelajaran:
4.2.1 : Mendefinisikan pencernaan, penyerapan dan enzim
4.2.2 : Menerangkan peranan enzim dalam sistem pencernaan
4.2.3 : Melakar dan menamakan organ-organ utama yang terlibat dalam proses pencernaan dan
penyerapan
Objektif Pembelajaran : Murid dapat,
1. Mendefinisikan pencernaan, penyerapan dan enzim dengan tepat
2. Menerangkan peranan enzim di mulut, perut, pankreas dan usus kecil.
3. Melakar dan menamakan organ-organ utama dalam proses pencernaan. [mulut,
esophagus, perut, duodenum, usus kecil, usus besar dan dubur]
Kriteria Kejayaan : Murid dianggap berjaya jika
1. Mendefinisikan pencernaan, penyerapan dan enzim
2. Memahami peranan enzim dalam sistem pencernaan
3. Melakar dan melabel mulut, esophagus, perut, duodenum, usus kecil, usus besar dan
dubur.
Tempoh : 60 minit
Nota Berkaitan :
RUJUK MODUL LEARNING@HOME SRT TINGKATAN 4 Modul Makanan dan Pemakanan
BAB 4.2 Sistem Pencernaan dan Penyerapan Makanan

Aktiviti :
Menggunakan aplikasi wassap@telegram[rakam video]

Langkah 1:
Dengan merujuk buku teks muka surat 168, murid dikehendaki melengkapkan definisi pencernaan,
penyerapan dan enzim di dalam ‘google form’ mengikut pautan yang telah diberi.

Langkah 2: KBAT-FUN SKETCHING


- Guru lakar dahulu (rakam video ketika melakar), kemudian minta murid lakar dengan merakam
video lakaran @ ambil gambar hasil lakaran dan hantar kepada guru secara personal.

a) Lakarkan nombor 2(besar) (Imaginasi analogi untuk kepala dan bahu sebelah kanan)
b) Lakarkan hidung, mulut, dagu dan bahu kiri - Labelkan mulut
c) Lakarkan bukit kecil di belakang hidung. Letakkan payung di atas bukit (Imaginasi analogi untuk
kelenjar air liur) - Labelkan kalenjar air liur
d) Letakkan jambatan kecil di bukit ke mulut, menggelongsor terus ke arah bawah seperti air terjun
(Imaginasi analogi untuk esofagus) - Labelkan esofagus
e) Terus menggelongsor mengikut arah ‘C’ besar terbalik (Imaginasi analogi untuk perut) - Labelkan
perut
f) Turun lagi dan lakar pula ’C’ kecil (Imaginasi analogi untuk duodenum) – Labelkan duodenum
g) Lakarkan daun panjang beserta tangkainya di sebelah kanan ‘C’ kecil (Imaginasi analogi untuk
pankreas) – Labelkan pankreas
h) Lakarkan ranting di sebelah kiri ‘C’ dan serta letakkan buah anggur sebiji (Imaginasi analogi
untuk pundi hempedu) – Labelkan pundi hempedu
i) Lakarkan daun lebar di ranting sebelah kiri ‘C’ (Imaginasi analogi untuk hati) – Labelkan hati
j) Lakarkan empat segi terbuka dengan seperti jalan berliku-liku..(Imaginasi analogi untuk usus
besar, rektum dan dubur) – Labelkan usus besar, rektum dan dubur.
k) Teruskan menggelongsor, kali ini jalan berlipat dan selekoh tajam dan terhimpit di dalam
kawasan empat segi terbuka (Imaginasi analogi untuk usus kecil) – Labelkan usus kecil

Langkah 3 :
Memadankan jenis enzim serta peranan pada setiap organ [mulut, perut, pankreas dan usus kecil] yang
telah dilabelkan.

Pentaksiran : PBD (mengikut keupayaan murid)


TAHAP PENGUASAAN 1
Mengetahui maksud pencernaan, penyerapan dan enzim

TAHAP PENGUASAAN 2
Memahami peranan pelbagai jenis enzim dalam sistem pencernaan

TAHAP PENGUASAAN 3
Melakar serta melabelkan organ pencernaan dan penyerapan dengan betul

Disediakan oleh:
Pn Nor Azura binti Arifin
SMK Dato’ Seri Maharaja Lela

You might also like