You are on page 1of 16

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM,

JALAN DATIN HALIMAH, 80350 JOHOR BAHRU

NAMA IZZAH NAZIRAH BINTI MOHD NORAINA AMIRA BINTI


NAJIB MOHAMAD MALIKI

ANGKA GILIRAN 2019122340064 2019122340075

KAD PENGENALAN 990904-01-5076 001103-06-0634

OPSYEN 2 PISMP PJ3

AMBILAN JUN 2019

NAMA PENSYARAH PN. NORAISHAH BINTI YUSOF

KOD DAN NAMA MPU 3041 : KOKURIKULUM PERMAINAN


KURSUS

TUGASAN RANCANGAN LATIHAN PERMAINAN (BERKUMPULAN)

TARIKH HANTAR 27 MAC 2020

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS TEMENGGONG
IBRAHIM

BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Nama : Angka Giliran:


IZZAH NAZIRAH BINTI MOHD NAJIB 2019122340064
NORAINA AMIRA BINTI MOHAMAD 2019122340075
MALIKI
Kod: MPU 3041 Nama Kursus: KOKURIKULUM
PERMAINAN
Pensyarah : PN. NORAISHAH BINTI YUSOF
Tarikh Hantar : 27 MAC 2020 Tarikh Terima: 13 MAC 2020

Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar: Tarikh:

Perincian Maklum Balas Kerja Kursus


Pemeriksa Moderator (jika berkaitan)
Kekuatan: Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Tanda tangan: Tarikh: Tanda tangan: Tarikh:

Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar : Tarikh :

1. PENGENALAN
Proses Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) merupakan proses yang
membolehkan murid memperolehi dan menggunakan ilmu pengetahuan, nilai-nilai
murni serta kemahiran-kemahiran tertentu secara hands on dan berterusan. Guru
memainkan peranan yang penting untuk menjalankan dan menyediakan
perancangan pengajaran yang berkesan kerana menurut Smith & Pierre (2009),
keberhasilan guru dapat dinilai berdasarkan kreativiti dan kecekapan dalam
merancang strategi pengajaran, memilih pendekatan dan teknik yang sesuai dengan
tahap kemampuan murid bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan. Pernyataan ini disokong oleh Hasniza, Johari & Shahrir (2006),
yang menyatakan guru perlu menggunakan pelbagai teknik pengajaran ketika
menerangkan konsep serta menyampaikan maklumat agar pelajar berminat terhadap
konsep yang diajar. Rancangan Pengajaran Harian (RPH) berupaya membantu guru
melaksanakan pengajaran untuk mencapai objektif yang ditetapkan di samping
mengandungi maklumat yang lengkap mengenai pelaksanaan sesuatu pengajaran
yang akan dilaksanakan oleh guru (Ahmad, 2008).

Dalam pedagogi pendidikan jasmani, pembentukan dan peningkatan


pencapaian matlamat diri dapat dibangunkan melalui aktiviti fizikal kerana menurut
Steinhardt (1992), pengajaran guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang
berkesan mampu melahirkan pelajar-pelajar yang menguasai ketiga-tiga domain
psikomotor, kognitif, dan afektif dengan baik. Rancangan pengajaran yang
dilaksanakan adalah berkaitan kemahiran permainan bola jaring iaitu kemahiran
hantaran bola aras kepala yang mana rancangan pengajaran ini menekankan
kepada fasa permulaan, latihan kemahiran dan ansur maju khusus permainan,
latihan permainan sebenar dan fasa penutup.

RANCANGAN PENGAJARAN
KEMAHIRAN PERMAINAN BOLA JARING HANTARAN ARAS KEPALA

MATA PELAJARAN Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

TARIKH 15 April 2020


TUNJANG Kemahiran Asas Permainan

TAJUK Permainan Bola Jaring

SUB-TAJUK Kemahiran Hantaran Aras Kepala

MASA 7.45 pagi - 8.15 pagi

PERINGKAT UMUR Tahun 6

BILANGAN MURID 20 orang

OBJEKTIF Menurut Taib & Norlena (2008), peningkatan pencapaian dan matlamat diri
melalui aktiviti fizikal yang melibatkan tiga kemahiran utama dapat dicapai
melalui Pendidikan Jasmani:
1. Psikomotor
1.1. Dapat menghantar dan menerima bola menggunakan
kemahiran aras kepala tepat kepada rakan pada jarak 4 meter
dan berjaya melakukan hantaran sebanyak 20 kali daripada 25
kali percubaan.
2. Kognitif
2.1. Dapat menyatakan secara lisan dua kelebihan dan tujuan
melakukan kemahiran hantaran aras kepala dalam permainan
bola jaring dengan betul.
3. Afektif
3.1. Menunjukkan sikap kerjasama semasa melakukan kemahiran
dengan rakan.
3.2. Mempamerkan rasa gembira dan seronok semasa melakukan
kemahiran hantaran bola aras kepala bersama rakan.

PENGALAMAN SEDIA Beberapa orang murid pernah menyertai permainan bola jaring manakala
ADA
sebilangan kecilnya lagi pernah melakukan kemahiran hantaran bola aras
dada dan bahu.

PENERAPAN NILAI Mempunyai semangat kerjasama yang tinggi dalam mengatur strategi
bersama rakan-rakan disamping patuh dan mendengar arahan daripada guru
untuk melakukan kemahiran aras kepala.

BAHAN BANTU
MENGAJAR (BBM)
BIL ALATAN KUANTITI

1. Wisel 1

2. Marker 10
3. Kon 4

4. Bola Jaring 10

5. Bib 10

FASA PENERANGAN DAN BUTIRAN GAMBARAJAH CATATAN


LATIHAN

AKTIVITI PEMANASAN BADAN : ALATAN:


PERMAINAN MUSANG DAN 1. Wisel
ANAK AYAM 2. Kon
Aktiviti Pemanasan 1. Murid-murid akan

Badan dibahagikan kepada dua


kumpulan. Setiap
(Umum/Khusus) kumpulan akan
mempunyai seorang
3 minit murid yang berperanan
sebagai musang dan 9
anak ayam.
2. Murid yang menjadi
anak ayam akan beratur
satu barisan sambil
memegang rakan yang
di hadapan.
3. Murid yang berada
dihadapan barisan akan
berperanan sebagai ibu
ayam untuk menjaga
anak ayam daripada
dikejar oleh musang.
4. Musang perlu mencuit
mana-mana anak ayam
untuk mematikan
mangsa.
5. Aktiviti akan dilakukan
selama 2 minit. Guru
akan meniupkan wisel
apabila sudah minit ke-2.

AKTIVITI REGANGAN SECARA


STATIK
1. Murid-murid berdiri di
dalam dua barisan
secara berpasangan dan
guru akan memberikan
arahan untuk aktiviti
regangan.
2. Aktiviti regangan
dilakukan secara statik
bermula dari bahagian
atas anggota badan ke
bahagian bawah
anggota badan.
3. Aktiviti regangan
dilakukan selama 1
minit.
4. Guru akan menerangkan
kemahiran aras kepala
secara ringkas kepada
murid-murid sebelum
memulakan aktiviti
kemahiran.

AKTIVITI 1: KEMAHIRAN ALATAN :


Latihan Kemahiran: HANTARAN ARAS KEPALA 1. Wisel
Ansur Maju Khusus MENUJU KE DINDING 2. Marker
Kemahiran 1. Murid perlulah berdiri
menghadap ke dinding
pada jarak 2 meter.
9 minit 2. Setiap murid perlu
berdiri dalam keadaan
sedia dan membuka kaki
seluas bahu untuk
melakukan hantaran dan
menerima bola aras
kepala.
3. Setiap murid perlu
memegang sebiji bola.
Kedua-dua tangan
diangkat keatas iaitu
paras kepala, siku
tangan dibengkokkan
untuk membawa bola ke
kebelakang pada aras
bahu, jari- jari terbuka
yang mana dua ibu jari
bertemu dan
mencengkam bola.
4. Apabila guru meniup
wisel, badan dan tangan
murid perlu dilentikkan
ke belakang untuk
menghasilkan daya yang
besar dan ditolak ke
hadapan sekuat yang
boleh.
5. Selepas bola dilepaskan,
tangan diluruskan ke
hadapan dan kaki
belakang akan dibawa
ke hadapan untuk
mengikut lajak.
6. Selepas perlakuan
hantaran aras kepala
dibuat, tangan akan
kembali berada diatas
kepala untuk bersedia
menerima bola yang
melantun daripada
dinding. Kaki akan
● Murid membaling bola
kembali berada dalam
aras kepala mengikut
kedudukan selari seluas lajak.
bahu.
7. Aktiviti hantaran aras
kepala kearah dinding
akan diulang sebanyak
25 kali
dalam masa dua minit.

ALATAN:
AKTIVITI 2: KEMAHIRAN
HANTARAN ATAS KEPALA 1. Wisel
DENGAN BOLA SECARA 2. Bola Jaring
BERPASANGAN. 3. Marker

1. Murid perlulah berdiri


menghadap secara ● Murid A akan
berpasangan dengan menghantar bola aras
rakan pada jarak 4 kepala ke Murid B.
meter.
2. Murid A dan Murid B
perlu berdiri dalam
keadaan sedia dan
membuka kaki seluas
bahu untuk melakukan
hantaran dan menerima
bola aras kepala.
3. Murid A akan
memegang sebiji bola
dan bersedia
mengaplikasikan
kemahiran aras kepala
● Giliran Murid B pula
seperti Aktiviti 1.
untuk membuat hantaran
4. Murid A akan melakukan
aras kepada ke Murid A.
hantaran usai wisel
ditiupkan oleh guru dan
Murid B perlu bersedia
untuk menerima bola
daripada Murid A.
5. Aktiviti hantaran aras
kepala secara
berpasangan dengan
bola akan diulang
sebanyak 30 kali oleh
setiap murid dalam
masa tiga minit

AKTIVITI 3: KEMAHIRAN
HANTARAN ARAS KEPALA ALATAN:
BERSUDUT (45 ) 0
1. Bola Jaring
1. Murid akan dibahagikan 2. Kon
kepada dua kumpulan
secara sama rata.
2. Murid Kumpulan 1 dan
Kumpulan 2 akan
berbaris memanjang ke
belakang dalam PETUNJUK:
kumpulan masing-
K1 Kumpulan 1
masing.
K2 Kumpulan 2
3. Jarak antara barisan
kumpulan 1 dan
Kumpulan 2 adalah 6
meter.
4. Murid A (K1) akan
memegang bola dan
perlu bersedia untuk
melakukan hantaran
aras kepala.
5. Murid A (K2) akan berlari
pada sudut 450 kekanan
dan perlu meminta bola
aras kepala daripada
Murid A (K1).
6. Murid A (K1) perlu peka
dan melakukan hantaran
bola aras kepala kearah
Murid A (K2) yang
sedang berlari pada
sudut 450.
7. Murid A (K2) perlu
melompat dan
menangkap bola dan
menjaga gerak kaki lalu
membuat pusingan kaki
kearah kumpulannya
dan memberikan bola
secara hantaran aras
kepala kepada rakan
sekumpulan.
8. Seterusnya, Murid B
(K2) pula akan
menerima dan
melakukan hantaran
aras kepala kepada
Murid A (K1).
9. Murid A (K1) akan berlari
sudut 450 kekiri dan
menerima bola aras
kepala daripada Murid B
(K2). Apabila sudah
menerima bola aras
kepala, Murid A (K1)
akan membuat pusingan
pivot dan melakukan
hantaran kearah rakan
sekumpulan.
10. Perlakuan akan diulang
sehingga semua murid
dapat melakukan
hantaran dan menerima
bola aras kepala secara
bersudut. Murid yang
sudah melakukan
hantaran perlu bergerak
kembali ke kumpulan
masing-masing.
11. Hantaran aras kepala
bersudut 450 akan
dilakukan sebanyak 20
kali balingan sebanyak 2
set dalam masa 4 minit.

PERMAINAN KECIL: 15 ALATAN:


Latihan Permainan OVERHEAD PASSES 1. Wisel
Sebenar: 1. Murid-murid dibahagikan 2. Kon
● Asas kepada dua kumpulan. 3. Bola Jaring
Kejurulatihan Kumpulan A dan 4. Bib Biru dan
● Asas Kumpulan B akan Bib Merah.
Kepegawaian membuat undian
menggunakan kaedah
15 minit toss coin untuk
menentukan siapa yang
akan membawa bola
dahulu.
2. Kumpulan A akan
memakai Bib warna biru
dan Kumpulan B akan
memakai bib berwarna
merah untuk
membezakan ahli
kumpulan.
3. Kumpulan yang menang
undian daripada toss
coin akan memulakan
permainan manakala
kumpulan sebaliknya
perlu menyerang.
4. Pemain daripada
kumpulan yang
memulakan permainan
perlu melakukan
hantaran aras kepala
sebanyak 15 kali kepada
ahli kumpulan secara
rawak tanpa disentuh
atau ditangkap oleh ahli
pasukan lawan.
5. Sekiranya, hantaran
kumpulan yang bertahan
dapat ditangkap oleh
pasukan lawan, guru
akan meniup wisel untuk
memberhentikan
permainan dan kiraan
hantaran akan
dimulakan semula.
6. Giliran pasukan lawan
akan memainkan bola
sehingga cukup 15 kali
hantaran bola aras
kepala.
7. Pasukan yang berjaya
melakukan hantaran
aras kepala sebanyak 15
kali kepada ahli
kumpulan tanpa
disentuh atau ditangkap,
pasukan tersebut akan
memperoleh satu mata.
8. Kedua - dua kumpulan
tidak boleh menerima
bola luar daripada
kawasan yang telah
ditetapkan. Sekiranya
Kumpulan A menerima
bola luar daripada
kawasan permainan,
bola akan diberikan
kepada Kumpulan B.
9. Mata yang banyak
dikumpul akan dikira
sebagai kumpulan
pemenang dan hantaran
yang perlu dilakukan
hanyalah hantaran atas
kepala sahaja.
Sekiranya terdapat ahli
kumpulan yang
melakukan hantaran
aras lain, bola akan
diberikan kepada
kumpulan lawan.
10. Guru akan meniupkan
wisel tamat permainan
pada minit ke 15.

Penutup: AKTIVITI PENGENDURAN ALATAN:


● Aktiviti (COOLING DOWN) 1. Wisel
Pengenduran 1. Guru mengarahkan

● Rumusan murid-murid berdiri

Latihan dihadapanya secara


melengkung membentuk

3 minit huruf C untuk melakukan


aktiviti pengenduran.
2. Murid melakukan aktiviti
pengenduran yang
diketuai oleh guru
daripada anggota bawah
badan ke anggota atas
badan.
RUMUSAN LATIHAN
1. Selepas melakukan
aktiviti pengenduran,
murid akan beratur
dalam barisan dan guru
akan membuat sesi
refleksi berdasarkan
aktiviti kemahiran yang
telah dijalankan pada
hari tersebut.
2. Guru akan menanyakan
soalan berkaitan
kemahiran aras kepala
untuk melihat
sejauhmana
keberhasilan aktiviti
kemahiran yang telah
dilaksanakan.
3. Penerapan nilai murni
dan nasihat akan
diterapkan dihujung
waktu agar murid-murid
lebih mempunyai
semangat kesukanan
yang tinggi dalam aktiviti
fizikal yang
akan datang.

RUJUKAN

Ahmad Mohd Salleh. (2008). Pengajian Agama Islam & J-QAF : Metodologi Dan
Pedagogi Pendidikan Untuk KPLI. Selangor: Oxford Fajar.
Mohd Taib Harun & Norlena Salamuddin. (2008). Modul Program Pendidikan Sukan Dan
Rekreasi Ukm: Satu Kesinambungan. Diakses pada 2 April 2020 daripada:
http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/seminarpapers/2003/taibUKMkk.pdf.

Nor Hasniza Ibrahim, Johari Surif & Mohd. Sharir Mustapa. (2006). Kefahaman Dan
Tahap Amalan Pembelajaran Secara Kontekstual Di Kalangan Guru Sains Luar
Bandar. In: Annual Conference on Teacher Education, 6-8 Sept 2006, Kota Kinabalu,
Sabah. (Unpublished). Diakses pada 2 April 2020 daripada:
http://eprints.utm.my/2230/1/4_5.pdf.

Smith, D. & Pierre, E.S.P. (2009). Secondary Students’ Perceptions Of Enjoyment In


Physical Education: An American And English Perspective. Physical Educator, 66(4),
209-220.

Steinhardt, M. A. (1992). Physical Education. P. Jackson (Ed.), Handbook of


Research on Curriculum (hlm. 964-993). New York: Macmillan Publishing
Company.

You might also like