You are on page 1of 29

PENGHARGAAN

Alhamdulillah hirrabbil’alamin, kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat Ilahi


dengan limpah dan kurniaNya, dapat kami menyelesaikan tugasan amali penyediaan menu
hidangan sepinggan lengkap ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh
penghargaan kepada Cik Nur Amilin Binti Abdul Halim,tenaga pengajar kursus Kaedah
Mengajar (KPD 4046) di atas kesudian beliau menyampaikan ilmu dan memberi tujuk ajar
kepada kami dalam penyediaan menu hidangan sepinggan lengkap.Kami juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembantu Cik Nur Amilin iaitu En. Fuad dan En.
Hazwan kerana sudi membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada kami dalam amali
memasak.

Penghargaan ini ditujukan juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu secara
langsung atau tidak langsung sepanjang proses penyediaan laporan amali memasak Menu
Hidangan Sepinggan Lengkap ini berjalan.

1
1.0 PENGENALAN
Pengambilan makanan mengikut diet yang seimbang merupakan satu kaedah yang
boleh menjamin kesihatan fizikal, mental, dan emosi yang baik untuk jangka masa yang
panjang. Penting bagi kita mengambil diet yang dapat membekalkan nutrien seperti
karbohidrat, lemak, protein,vitamin, dan garam mineral. Setiap individu biasanya mengambil
tiga jenis makanan utama, iaitu sarapan, makan tengah hari, dan makan malam. Hidangan
sepinggan lengkap pula ialah satu hidangan yang seimbang dan mengandungi semua jenis
nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan. Nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak,
vitamin dan garam mineral terdapat dalam satu hidangan dengan kadar yang berpatutan.
Biasanya hidangan ini disediakan dalam satu pinggan dan satu mangkuk. Contohnya nasi
ayam, di mana nasinya dihidangkan di dalam pinggan dan kuahnya pula dalam mangkuk
yang berasingan.

Hidangan sepinggan lengkap boleh dihidangkan sebagai hidangan utama atau


hidangan sampingan. Kelebihan hidangan ini ialah mempunyai khasiat yang mencukupi,
mudah disediakan dan dimasak, menjimatkan masa dan tenaga serta boleh dihidang secara
peranggu meja atau berpek. Jenis hidangan sepinggan lengkap boleh dibahagikan mengikut
cara timur, cara barat dan budaya setempat. Hidangan sepinggan lengkap cara timur sangat
popular di negara kita. Hidangan seperti nasi lemak, mee goreng, nasi goreng dan sebagainya
sentiasa dihidang sebagai sarapan atau bekalan ke sekolah, pejabat atau semasa berkelah.
Budaya makanan kita telah banyak dipengaruhi oleh makanan cara barat contohnya burger,
piza, sandwic, makaroni dan sebagainya. Budaya setempat juga banyak mempunyai makanan
istimewanya seperti negeri Johor terkenal dengan lontong dan laksa Johor, negeri Kelantan
pula popular dengan nasi kerabu, negeri Perlis dengan laksa Perlis dan sebagainya.

2
2.0 PENERANGAN MENU

Dalam tugasan kali ini, kami dikehendaki membuat perancangan menu dan seterusnya
melakukan amali memasak secara berkumpulan yang bertemakan menu hidangan sepinggan
lengkap. Banyak faktor yang mempengaruhi menu yang kami pilih iaitu jenis hidangan,
kegemaran, perbelanjaan, sumber makanan semasa, kemudahan fizikal, sumber masa dan
tenaga, kepelbagaian dan keperluan. Menu yang dirancang mengambil kira dari segi
makanan, warna, saiz, rasa tekstur dan kaedah memasak. Pemilihan makanan mestilah sesuai
dengan masa yang diperuntukkan. Kami memilih menu sarapan pagi iaitu nasi lemak ayam
berempah, kuih karipap, sandwic telur dan air kopi sebagai pelengkap hidangan. Masa yang
diperuntukkan untuk menyediakan menu tersebut adalah selama dua jam tiga puluh minit.

Nasi lemak ayam berempah adalah menu utama dan merupakan hidangan sepinggan
lengkap yang telah kami sediakan. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan
menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Daun pandan dimasukkan
semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Menu nasi lemak adalah salah
satu menu hidangan sepinggan lengkap kerana kebiasaannya ia dihidangkan
dengan telur, timun, ikan bilis goreng ,kacang goreng dan sambal. Ia dapat membekalkan
nutrien seperti karbohidrat, lemak, protein, vitamin dan garam mineral. Bagi penyediaan
ayam berempah pula, ayam ini diperap dengan bahan-bahan seperti serbuk kari, serbuk
kunyit, garam, bawang putih, bawang merah, serai dan juga halia selama 30 minit supaya
ramuan tersebut sebati dengan ayam tersebut. Penambahan ayam goreng dalam menu nasi
lemak adalah untuk menunjukkan kelainan dan penambah selera terutama bagi yang
menggemari nasi lemak yang memilih sebagai menu sarapan pagi.

Di samping itu, kami turut menyediakan kuih karipap dan juga sandwic telur sebagai
menu sampingan. Bahan utama untuk penyediaan inti kuih karipap yang kami gunakan ialah
ubi kentang. Bawang merah ditumbuk bersama udang kering dan ditambah dengan serbuk
kari semasa penyediaan inti. Bahan utama untuk penyediaan sandwic telur pula adalah roti,
telur, lada sulah, timun dan juga tomato. Akhir sekali, kami menyediakan air kopi sebagai
pelengkap kepada hidangan sepinggan lengkap pada waktu sarapan pagi.

3
3.0 PEMBAHAGIAN TUGAS (SEBELUM/SEMASA /SELEPAS)

PERKARA NAMA TUGAS

Norina - Memastikan setiap ahli berpakaian


kemas, memakai apron dan tag
nama.

Norhayati - Menyediakan semua peralatan


Norlaila untuk memasak.

Nur Hanani - Menyediakan bahan-bahan untuk

Suryanti membuat kuih karipap


SEBELUM
Balqis - Menyediakan bahan-bahan untuk

Zahurin membuat nasi lemak

- Memasak air dan merebus telur.

Peh Kok Hua - Mengambil gambar sebelum,semasa


dan selepas memasak

- Membasuh dan membersihkan beras

Balkis - Memasak nasi bersama santan dan


air (mengikut sukatan)

- Mengisar bahan-bahan untuk

Penyediaan penyediaan sambal


SEMASA Norhayati
nasi lemak - Menumbuk bahan-bahan untuk
memerap ayam berempah

- Menggoreng kacang dan ikan bilis


Norina
- Menumis Sambal

Zahurin - Memerap ayam untuk dijadikan

4
ayam berempah

- Menggoreng ayam setelah diperap


selama 30 minit.

- Memotong timun dan mengupas


Norlaila
telur.

Nur Hanani
- Menyediakan inti karipap.
Peh Kok Hua

Penyediaan - Menyediakan pastri.


karipap Suryanti - Memastikan tepung diuli sehingga
menjadi doh yang lembut

- Mencanai pastri dan menerap


Nur Hanani
dengan penerap bulat
Suryanti - Membubuh inti, melipat dan
membuat kelim tepi karipap.

Peh Kok Hua - Menggoreng karipap sehingga


berwarna keemasan.

Norhayati - Melecek telur yang sudah masak


sehingga hancur
Penyediaan
Norlaila - Mencampurkan telur dengan sedikit
Sandwic
mentega,lada sulah dan garam.
Norhayati
- Membuat sandwic telur
Norlaila

Penyediaan - Membancuh dan menyediakan air


kopi
Air Kopi
Balkis

5
- Mengelap meja dan memastikan
Peh Kok Hua
meja kerja kemas.

Norlaila - Menyediakan peralatan untuk


SELEPAS
Norhayati menghias dan menghidang.

Nur Hanani - Membasuh peralatan yang telah

Zahurin digunakan.

- Menyimpan peralatan di tempat


Suryanti
asal.

Balqis - Mop lantai yang basah.

Norina - Menyapu lantai

Peh Kok Hua - Membuang sampah ke dalam tong


sampah besar.

6
4.0 BORANG A
Menu: 1. Nasi Lemak Ayam Berempah 3. Karipap Ubi
2. Sandwich Telur 4. Air Kopi ‘O’
Bil Menu Ramuan Utama Kaedah Memasak Alatan
1 Nasi Lemak Nasi Lemak Alatan masak
Ayam Berempah
- 250 gm beras Haba Lembab - periuk
- 300 ml santan (merendidih) - senduk kayu
- 1 helai daun pandan - sudip
- ½ camt. garam - kuali
Ayam Berempah

- 3 ketul ayam Haba Kering


(menggoreng dengan Alatan dapur
- 4 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih minyak penuh)
- mangkuk
- 2.5cm halia bertutup
- sepeket serbuk kari - paring knife
- 3/4 cawan kunyit serbuk - papan
- 1 batang serai pemotong
- ½ camt. garam - mangkuk kecil
Sambal Tumis - penapis
- pinggan
-20 tangkai cili kering Haba Kering
-1 ulas bawang putih (menggoreng tohor)
-4 ulas bawang merah
-1/2 biji bawang besar
(dimayang)
- 50 ml air
- 25 gm asam jawa
(dijadikan jus)
- ½ camt. garam
- 10 g gula
- Sedikit belacan
Hiasan (lain-lain) Haba
Lembap(merebus)
- 1 biji timun
- 1 biji telur ayam
- 25 g ikan bilis Haba Kering
- 25 g kacang tanah (menggoreng tohor)

7
2 Sandwic telur - 4 keping roti Persediaan sejuk Alatan masak
- 2 biji telur ayam
- periuk
- ¾ camt. serbuk lada
sulah
Alatan dapur
- 1 biji tomato
- ¾ camt. garam - mangkuk kecil
- chef knife
- papan
pemotong
- sudu
3 Karipap Pastri Alatan masak

- 1 cawan tepung - kuali


gandum - senduk kayu
- ¾ camt. garam
- 35- 60 g mentega
sejuk beku
Alatan dapur
Inti
- lesung
- 1 biji kentang - chef knife
- 1 camt. serbuk kari - papan
- 1 ulas bawang putih pemotong
- 2 ulas bawang merah - peeler
Haba Kering - mangkuk besar
- 50 g udang kering
- ½ cawan air - penggelek
(menggoreng tohor)
- 1 camt. garam - acuan karipap
- 1 camt. gula
- 1 camb. minyak
4 Air kopi ‘O’ - 3 sudu serbuk kopi Alatan dapur
- 3 sudu gula
- teko
- 50ml air
- sudu kecil

8
4.1 BORANG B : Borang Perancangan Kerja : Senarai harga bahan-bahan

Bahan kering Kuantiti Kos Seunit Jumlah Kos Bahan basah Kuantiti Kos seunit Jumlah Kos
(RM) ( RM) (RM) (RM)
Beras 250 g 2.00/kg 0.50 Santan 300 ml 2.00/ltr 1.20
Serbuk kunyit 1 pkt 0.70/pkt 0.70 Daun pandan 1 helai 0.05/helai 0.05
Halia 100g 3.20/kg 0.32 Timun ½ biji 0.40/biji 0.20
Ikan bilis 25 g 20.00/kg 0.50 Tomato 1 biji 0.40/biji 0.40
Cili kering 20 tangkai 4.00/kg 0.35 Ayam 3 ketul 9.00/kg 5.60
Bawang merah 200g 2.40/kg 0.48 Serai 2 batang 0.30/ikat 0.20
Bawang putih 50g 3.00/kg 0.15
Bawang besar 50g 1.50/kg 0.08
Asam jawa 25 g 3.50/kg 0.09
Belacan ¼ pkt 1.00/pkt 0.25
Kentang 2 biji 2.00/kg 0.24
Marjerin 35 g 4.80/pkt 0.70
Minyak 1 pkt 2.20/pkt 2.20
Telur 4 biji 0.25/biji 1.00
Kopi 60 g 4.00/kg 0.24
Gula halus 200 g 2.40/kg 0.48
Tepung 500 g 2.90/kg 1.45
Roti 8 keping 2.50/bgks 1.00
Kacang 60 g 2.00/kg 0.12
Udang kering ½ pkt 2.00/pkt 1.00
Serbuk kari 1 pkt 0.70/pkt 0.70
Garam - - 0.10
Serbuk lada hitam - - 0.10
JUMLAH 12.75 JUMLAH 7.65

a) Jumlah kos bahan mentah = Kos bahan kering + kos bahan basah
= RM 12.75 + 7.65
= RM 20.40
9
4.2. BORANG C : Susunan kerja

Masa Susunan Kerja Catatan

2.30 -2.45 p.m 1. AJK peralatan setiap kumpulan  Merebus 3 biji


mengeluarkan peralatan dan perkakas yang telur
(15 minit) akan digunakan untuk meletak bahan-bahan.
 Mendidihkan air

 Meja kerja
perlulah kemas
dan bersih

2.45 – 3.15 p.m MISE-EN PLACE

(30 minit) 1. Beras dibasuh dengan bersih  Beras dibasuh


2. Ayam yang hendak diperap dibasuh dengan dengan bersih
bersih
3. Lada kering di mesin untuk penyediaan  Telur yang
sambal tumis sudah masak
4. Bahan-bahan yang perlu dimesin ialah diangkat dan
Bawang merah, bawang putih, halia dan ditoskan.
serai.
5. Untuk membuat inti karipap, ubi kentang
dibuang kulit dan dipotong dadu
6. Bawang merah dan udang kering ditumbuk
7. Timun dan tomato dihiris nipis
8. Menyukat tepung untuk membuat pastri
karipap
9. Telur yang sudah masak dikupas kulitnya
dan dilecek dengan garfu

10
NASI LEMAK AYAM BEREMPAH

MENYEDIAKAN NASI LEMAK

1. Masukkan beras di dalam periuk


2. Masukkan santan dan air mengikut sukatan.
3. Masukkan sedikit garam dan daun pandan
( disimpul)
4. Masakkan di atas dapur

MENYEDIAKAN AYAM GORENG BEREMPAH

1. Ayam yang dibasuh tadi , dimasukkan di  Ayam diperap


dalam mangkuk dan gaulkan dengan sedikit di dalam
garam serta serbuk kunyit. mangkuk
2. Serbuk kari dan bahan-bahan yang dimesin tertutup (1/2
tadi digaul bersama ayam untuk diperap. jam)
3. Goreng ayam setelah diperap selama
setengah jam

MENYEDIAKAN SAMBAL TUMIS

3.15-4.30 p.m 1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali


2. Setelah minyak panas,masukkan bahan-  Ikan bilis dan
(1 jam 15 minit) bahan yang ditumbuk seperti bawang merah, kacang tanah
bawang putih dan sedikit belacan digoreng
3. Setelah naik bau,masukkan cili kering yang
telah dimesin  AJK kebersihan
4. Masukkan air dan sedikit air asam jawa, memastikan
garam dan gula dapur sentiasa
5. Setelah sambal agak pekat, masukkan bersih
bawang besar
6. Padamkan api setelah sambal masak.

11
KUIH KARIPAP

MENYEDIAKAN INTI KARIPAP

1. Panaskan kuali bersama minyak.  Pastikan ubi


2. Setelah panas, tumiskan bahan yang kentang empuk
ditumbuk tadi dan bancuhan serbuk kari sebelum api
dengan air sehingga berbau wangi dipadam
3. Masukkan ubi kentang,garam,air dan gula.
4. Biarkan campuran itu masak sehingga ubi  Tambahkan air
kentang empuk dan campuran menjadi pekat sekiranya inti
5. Setelah masak padamkan api. belum empuk

MENYEDIAKAN PASTRI

1. Masukkan tepung gandum di dalam


mangkuk besar.  Adunan
2. Masukkan sesudu mentega dan sedikit perlulah lembut
garam dan mudah
3. Panaskan sedikit minyak dan masukkan ke dibentuk.
dalam tepung tadi. ( tidak melekat )
4. Masukkan air dan uli tepung sehingga
menjadi doh yang lembut.  Karipap yang
5. Pastri dicanai sehingga 2 mm tebal.Terap dibentuk sedia
dengan penerap bulat. untuk digoreng
6. Bubuh inti, lipat, dan kelim tepinya.
7. Panaskan minyak dan goreng karipap hingga
warna keemasan.
8. Hidangkan.

12
SANDWIC TELUR

MENYEDIAKAN SANDWIC TELUR

1. Campurkan separuh mentega,serbuk lada  Gunakan pisau


sulah,garam dengan telur yang sudah dilecek pemotong roti
tadi dan gaul rata
2. Sapu mentega pada sebelah permukaan roti  Menggoreng
3. Letak inti pada sekeping roti dan ratakan. ayam yang
Letak timun di atasnya diperap tadi
4. Tindihkan roti bermentega pada roti yang
berinti
5. Tekan dan potong kulit roti. Potong ikut
bentuk yang disukai.

MENGHIAS DAN MENGHIDANG

4.30– 4.50 p.m 1. Hias dan hidangkan nasi lemak ayam goreng  Membancuh air
berempah, kuih karipap,sandwic telur dan kopi mengikut
( 20 minit ) air kopi. sukatan

 Menggunakan
alatan hidangan
yang sesuai.

4.50– 5.00 p.m MENGEMAS DAN MEMBASUH


PERALATAN
( 10 minit)  Gunakan air
1. Cuci dan lap alatan yang digunakan sabun
Mengemas dan membersihkan unit kerja

13
4.3 BORANG D: Alatan dan susun atur meja

No Alatan selain alatan memasak Bil Alatan Menghidang Bil


yang sedia ada di unit
1 Kuali 2 Dulang 1

2 Periuk (Besar) 1 Dinner Plate 2

3 Periuk (Kecil) 2 Appetizer Plate 2

4 Pan Leper 1 Cawan dan Piring (Coffee Cup 2


and Saucer)
5 Pengisar (Blender) 1
Teko Kopi 1
6 Alat Penimbang Penyukat (Scales) 1
Centre Piece 1
7 Penyukat Isipadu Cecair (Liquid 3
Volume Measure) Dinner Folk 2

8 Jug Penyukat meratakan 1 Dinner Spoon 2

9 Pisau dapur (Chef Knife) 1 (Camca Teh) Tea Spoon 2

10 Utility Knife 1 Alas Meja 1

11 Paring Knife 1 Napkin Meja 2

12 Pisau Roti (Serrated Knife) 1 Kad Menu 1

13 Pengupas Ubi (Vegetable Peeler) 1

14 Spoons : Slotted,Perforated,and Solid 3

15 Chinois 1

16 Senduk Nasi 1

17 Sudip Kuali 1

18 Papan pemotong/Landas Cencang 2

19 Papan canai 1

20 Torak 1
14
21 Lesung Batu dan Anak Lesung 1

22 Mangkuk kecil 10

4.3.1 Peranggu Meja / Alatan Menghidang

3
1

5
2 4 8
7
6

11 10

Rajah 1 : Alatan Peranggu Meja.


1. Dinner Plate 8. Dinner Folk
2. Cawan dan Piring (Coffee Cup and Saucer) 9. Kad Menu
3. Centre Piece 10. Teko
4. NapkinMeja 11. Dulang
5. Appetizer Plate
6. Alas Meja
7. Dinner Spoon
15
5.0 MASALAH/KELEMAHAN DAN CARA MENGATASI

BIL MASALAH / KELEMAHAN CARA MENGATASI

1 Ruang meja kerja yang sempit tidak sesuai Bilangan ahli kumpulan perlu
untuk menampung bilangan ahli kumpulan dikurangkan atau dibahagikan kepada
yang ramai. dua sesi amali yang berbeza.

2 Roti Sandwic yang keras semasa dihidangkan Menutup roti tersebut dengan plastik
lutsinar supaya roti kekal lembut
semasa dihidangkan.

3 Kelim karipap terbuka semasa proses Memastikan karipap dikelim dengan


menggoreng. kemas sebelum digoreng. Elakkan
menggunakan acuan kelim sebaliknya
menggunakan tangan ketika proses
kelim tepi karipap.

4 Dapur yang tidak dapat berfungsi Pembantu makmal perlu memastikan


gas dapur dapat berfungsi sebelum
amali memasak dijalankan oleh
pelajar.

4 Peralatan di makmal memasak yang kurang Mempelbagaikan peralatan pada masa


lengkap hadapan supaya amali memasak dapat
dilakukan dengan lebih baik.

16
6.0 KESIMPULAN

Setelah menjalani aktiviti memasak selama 210 minit, dapat disimpulkan bahawa untuk
menyediakan menu sepinggan lengkap, sikap kerjasama antara setiap ahli kumpulan perlu
dititikberatkan. Hal ini kerana tanpa kerjasama yang baik, perancangan masa dan aktiviti tidak
boleh berlaku seperti yang telah diaturkan. Sikap tolak ansur antara ahli kumpulan juga
memainkan peranan yang penting untuk memastikan hidangan yang terhasil adalah seperti
yang dirancang. Selain itu, setiap ahli perlu bijak memainkan peranan masing-masing
mengikut perancangan di samping perlunya sikap tolong-menolong di antara ahli.

Selain membina nilai murni antara ahli kumpulan, aktiviti memasak ini juga dapat
memberi pendedahan awal kepada setiap ahli mengenai situasi yang mungkin berlaku ketika
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah nanti. Kelemahan yang bakal berlaku mungkin
dapat diramal terlebih dahulu dan kaedah penyelesaian yang pelbagai dapat digunakan ketika
berada di sekolah. Aktiviti ini juga telah mendedahkan lagi secara terperinci mengenai
penyediaan borang-borang dan dokumen yang perlu disediakan sebelum memulakan aktiviti
memasak. Perancangan mengenai menu dan persediaan awal memberi gambaran awal situasi
sebenar di sekolah nanti.

Setiap ahli juga dapat mempraktikkan kaedah yang digunakan ini ketika mengajar di
sekolah masing-masing. Aktiviti memasak yang dijalankan ini juga dapat memberi idea kepada
setiap ahli mengenai aktiviti yang boleh dilakukan kepada bakal murid pada masa akan datang.
Walaubagaimanapun, pengurangan menu perlu dilakukan apabila melakukan aktiviti ini di
sekolah di mana menu perlulah menepati masa yang diperuntukkan untuk subjek, mengikut
tahap kebolehan murid-murid dan juga perlu bersesuaian dengan bilangan ahli setiap kumpulan
di dalam kelas nanti.

Akhir kata, aktiviti ini amat membantu setiap ahli kumpulan untuk menyiapkan diri
menghadapi bakal murid di sekolah nanti selain dapat menambahkan keakraban hubungan
antara ahli pada masa ini.

17
7.0 LAMPIRAN

A) Peralatan Memasak

a) Penyukat Isipadu Cecair b) Kuali dan sudip kuali

c) Periuk (Kecil) d) Lesung Batu dan Anak Lesung

e) Periuk (Besar) f) Papan pemotong (Cutting Board) dan


‘Utility Knife’

18
LAMPIRAN

A) Peralatan Memasak

B) Pengupas Ubi C) Acuan Karipap

D) Torak dan Papan pencanai E) Pengisar

F) Jug Penyukat meratakan


G) Pisau Roti (Serrated Knife)

19
LAMPIRAN

B) Penyediaan Nasi Lemak

a) Bahan-bahan untuk membuat nasi b) Santan dimasukkan mengikut sukatan


lemak

c) Air dimasukkan mengikut sukatan


d) Daun pandan dimasukkan

e) Sedikit garam ditambah


f) Nasi yang sudah siap dimasak

20
LAMPIRAN

B) Penyediaan Ayam Berempah

a) Bahan-bahan untuk memerap ayam b) Ayam dibersihkan terlebih dahulu

c) Serbuk kunyit,serbuk kari dan d)Sedikit garam ditambah


bahan yang telah dikisar
dimasukkan

e) Ayam digaul sehingga sebati dan f) Ayam digoreng sehingga kekuningan


diperap selama 30 minit

21
LAMPIRAN

B) Penyediaan Nasi Lemak : Sambal

a) Bahan-bahan untuk membuat sambal b) Cili kering direbus sebentar

c) Cili kering dikisar


d) dimasukkan
ili Cili kisar dimasukkan setelah bawang
setelah menumis ditumis
bawang

d) Air asam jawa dimasukkan. e) Sambal yang telah siap dimasak

22
LAMPIRAN

B) Penyediaan Nasi Lemak : Telur, Kacang,Timun dan Ikan Bilis

a) Kacang sedang digoreng b) Timun dipotong dengan potongan


Rondelles

c) Ikan bilis sedang digoreng


d)Ikan bilis yang telah siap digoreng

d) Telur yang telah siap dikupas kulitnya e) Kacang yang telah siap digoreng

23
LAMPIRAN

C) Penyediaan Karipap

a) Bahan-bahan untuk membuat karipap b) Bawang ditumbuk bersama dengan


udang kering

c) Bahan yang telah ditumbuk ditumis d)Sedikit air ditambah supaya kentang menjadi
sehingga naik bau. Bancuhan kari empuk.
dimasukkan

d) Inti dimasak sehingga kentang empuk


dan campuran menjadi pekat e) Kentang yang telah siap dimasak .

24
LAMPIRAN

C) Penyediaan Pastri Karipap

a) Minyak disatukan bersama dengan b) Sedikit air dan sesudu mentega


tepung dimasukkan ke adunan tadi

c) Adunan tepung diuli sehingga sebati d)Uli sehingga adunan menjadi lembut
e)

d) Doh yang telah menjadi lembut f) Doh dijadikan bentuk bulat yang kecil

25
LAMPIRAN

C) Penyediaan Pastri Karipap

g) Pastri dicanai sehingga 2mm tebal h) Inti dimasukkan ke dalam pastri.

i) Karipap yang telah dibentuk j)Karipap digoreng sehingga kekuningan.

D) Penyediaan Air Kopi

b) b) Air b) Air kopi yang telah siap dibancuh


a) Penyediaan air kopi

26
LAMPIRAN

E) Penyediaan Sandwic

a) Bahan-bahan untuk membuat sandwic b) Telur direbus terlebih dahulu

c) Telur dilecek sehingga hancur d)


Sedikit garam dan lada sulah ditambah
kepada telur yang telah dilecek.

e) Telur diletakkan pada roti yang telah f) Sedikit tomato dan timun dilletakkan
disapu marjerin terlebih dahulu

27
LAMPIRAN

E) Penyediaan Sandwic

g) Bahagian tepi roti dipotong h) Proses penyediaan Sandwic

f) Sandwic yang telah siap dipotong g) Sandwic yang telah siap


kepada bentuk segi tiga

28
LAMPIRAN

F) Hidangan Sepinggan Lengkap

a) Nasi Lemak Ayam Berempah b) Karipap dan Sandwic

c) Hidangan menu sepinggan lengkap d) Sesi penilaian dilakukan

e) Sesi penilaian dilakukan f) Cik Amilin memberi sedikit komen

29

You might also like