You are on page 1of 10

Ruj Tuan : CCD/023/Nov20/ZI

Ruj. Kami: JPK.SPPK.UKK.600-3/5/9 Jld 5 (44)


Tarikh : 11 November 2020

Pengetua,
Semua Sekolah Menengah Negeri Kedah.

Tuan,

PEMAKLUMAN PROGRAM TOYOTA ECO YOUTH (TEY) 2020/2021

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas dan surat kebenaran daripada
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM.600-12/1/4 Jld.
15 (47), bertarikh 4 November 2020.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa UMW Toyota Motor akan meneruskan dan memperluaskan
penganjuran program Toyota Eco Youth (TEY) 2020/2021 seperti ketetapan berikut:

Perkara Tarikh
Pendaftaran Penyertaan 19 November – 18 Disember 2020
Proses Saringan dan Pemilihan Disember 2020
Latihan Dalam Talian 23 Januari, 6 Februari, 27 Februari 2021
Pautan Pendaftaran https://bit.ly/teyregistrationform

3. Untuk makluman pihak tuan, pertandingan ini bertujuan menyediakan platform kepada murid-
murid sekolah menengah seluruh Malaysia untuk memberi impak positif kepada komuniti dan alam
sekitar. Pertandingan ini akan berlangsung di platform digital dan bertemakan Reimagining Mobility. Ini
bagi menggalakkan para peserta untuk memikirkan semula tentang konsep mobiliti berpandukan teknik
Toyota Problem Solving Method (PSM). TEY mendefinisikan mobiliti sebagai pergerakan orang atau
benda dengan cara yang selamat dan mesra alam. Pertandingan TEY terbuka kepada semua pelajar
sekolah menengah Tingkatan 1-Tingkatan 4 bagi sesi persekolahan 2020.

4. Sebarang maklumat lanjut berkaitan perkara ini pihak tuan boleh berhubung dengan pihak
urusetia, Cik Connie Lee (connie.lee@leaderonomics.com) di talian 011-2302 7900, Cik Waheeda
(waheeda.hasbullah@leaderonomics.com) di talian 012-9130 723 atau pegawai yang menguruskan
di Jabatan Pendidikan Negeri Kedah iaitu Encik Zuherly Zolkapali, Penolong Pengarah Pembangunan
Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid di talian 04-774 5174 / 014-9090 844.

Perhatian dan kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(HAJI AHMAD SHUKRI BIN SHAFIE)


Timbalan Pengarah Pendidikan (Pembangunan Murid)
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
b/p: Pengarah Pendidikan Kedah

ZZ/ProgramSTEMKedah/locald
JPK.SPPK.UKK.600-3/5/9 Jld 5 (44)

PERKARA: PEMAKLUMAN PROGRAM TOYOTA ECO YOUTH (TEY) 2020/2021

SENARAI LAMPIRAN

You might also like