You are on page 1of 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK 2021

Program: Nama Pelajar:


PDPP
Kod: Semester / Tahun:
BAMB 2092R S2 / 2021
Ambilan:
Nama Kursus: Jun 2021
Pengenalan Kurikulum dan Pentaksiran Kumpulan:
Bahasa Arab Sekolah Rendah Pendidikan Islam

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1. Pembentangan 1.Nov 2021 9.Nov 2021

2. Penghasilan Produk 8. Nov 2021 10.Dis 2021

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Membentang konsep dan asas-asas pembinaan kurikulum serta Pentaksiran bilik Darjah
Bahasa Arab di Malaysia secara berkumpulan. (C2, A2, HPP1, HPP6, KAT5)

2. Menilai secara terperinci komponen kurikulum Bahasa Arab sekolah rendah berserta
bahan sokongannya. (C5, HPP2 , KKG5)

3. Menghasilkan instrumen Pantaksiran Bilik Darjah (PBD) secara berterusan berdasarkan


kurikulum Bahasa Arab. (C6, A4, HPP2, HHP7, KKG5, KPK1)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1 dan 3.

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar dapat:
1. Membuat pembentangan mengenai konsep dan asas-asas pembinaan kurikulum
Bahasa Arab di Malaysia.

2. Menghasilkan instrument Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) secara berterusan berdasarkan


kurikulum Bahasa Arab.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:


TUGASAN 1: PEMBENTANGAN - KUMPULAN (15%)

Pembinaan Sesuatu kurikulum biasanya mempunyai beberapa elemen yang melibatkan


beberapa prosedur. Antaranya kurikulum melibatkan prosedur perancangan awal (Nunan
1988), perancangan berkenaan apa yang perlu diajar, dipelajari, pengimplementasian dan
penilaian (Graves 2008; Nunan 1988). Terdapat tiga aspek berkenaan penentuan kurikulum
bahasa iaitu pertama ialah polisi, kedua ialah pertimbangan pragmatik seperti masa, sumber
manusia, dan material. Manakala ketiga ialah, pihak yang terlibat dalam proses kurikulum
dan bagaimana mereka berinteraksi. Pihak berkenaan bertanggungjawab menyelaraskan
polisi dan pragmatik serta bertanggungjawab untuk mencapai standard dan
mengekalkannnya pada setiap tahap perkembangan kurikulum (Johnson 2005).

Sehubungan itu secara berkumpulan anda dikehendaki;

i. Menghuraikan definisi kurikulum

ii. Menjelaskan tentang asas-asas pembinaan kurikulum

Tugasan 2 (individu): Penghasilan produk (45 %)

Pentaksiran Bilik Darjah(PBD) merupakan pentaksiran berterusan yang


membolehkan guru mengumpul maklumat tentang perkembangan, kemajuan dan
penguasaan murid terhadap Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran
yang dinyatakan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
setiap mata pelajaran. Pentaksiran berterusan secara formatif dan sumatif dalam
PBD ini merupakan tumpuan utama Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai
salah satu wahana bagi memastikan perkembangan holistik dalam kalangan
murid.

Secara individu anda dikehendaki menghasilkan satu set instrumen Pantaksiran Bilik Darjah
(PBD) secara berterusan dengan mengambil kira perkara dibawah:

1. Berdasarkan kurikulum Bahasa Arab Sekolah Rendah di Malaysia


2. Memilih sekurang-kurangnya 2 kemahiran bahasa yang boleh digabungjalinkan
3. Memilih tajuk dan objektif yang hendak dicapai dari mana-mana tahap dengan
merujuk DSKP Bahasa Arab Sekolah Rendah.
4. Hasil produk perlu dibuat secara manual dan secara atas talian sesuai dengan
situasi semasa
5. Bentuk Instrumen terpulang kepada daya kreativiti dan bersesuaian dengan tahap
pelajar yang dipilih.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Tugasan ini adalah tugasan individu dan kumpulan .


2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.
3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :

1.1. Muka depan hendaklah mengikut templat terkini.


1.2. Font Tradisional Arabic
1.3. Saiz huruf – 18
1.4. Langkau 1.5 baris
1.5. Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)

4. Buat rujukan yang mencukupi dan lampirkan senarai rujukan dalam penulisan anda.
5. Amalan plagiat tidak dibenarkan.
6. Anda perlu sertakan Borang Maklum Balas Tugasan bersama tugasan anda.
7. Anda mesti menghantar tugasan anda mengikut tarikh yang ditetapkan. Tugasan yang
dihantar lewat tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred kerja kursus anda.
8. Bahagian hadapan hendaklah dilengkapkan dengan maklumat mengikut format yang
ditetapkan.
9. Borang salah laku akan dikeluarkan jika pelajar tidak menghantar tugasan kerja kursus
mengikut tarikh serahan.
10. Tugasan 1 membawa markah 15%, tugasan 2 membawa markah 45%.
11. Wajaran keseluruhan kerja kursus ialah 100%

Disediakan oleh : Disemak oleh :

(ZAINUDDIN BIN ABD HAMID) (SALAHUDDIN BIN MD NOR)


Pensyarah Pensyarah
Jabatan Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Islam
IPGK Tun Hussein Onn IPGK Tun Hussein Onn
Pakar Bidang SME

Disahkan oleh:

(KHAIRUL ANWAR BIN ABU BAKAR)


Ketua Jabatan Pendidikan Islam
Jabatan Pendidikan Islam
IPGK Tun Hussein Onn

You might also like