You are on page 1of 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT

TUARAN SABAH.

LAPORAN
PROJEK INTERNSHIP
SEMESTER 8

SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN RUGADING TUARAN

BENGKEL PENGGUNAAN TEKNIK MAT BOS UNTUK MENINGKATKAN


KEMAHIRAN MENGGUNAKAN KATA SENDI NAMA DARI DAN DARIPADA DALAM
KALANGAN MURID TAHUN 4

OLEH:

MOHD AMIRUL IKMAL BIN AHMAD

PISMP BAHASA MELAYU SEMESTER 8


1.0 PENGENALAN

Lagu MAT BOS ini merupakan salah satu panduan kepada murid bagi membezakan
fungsi kata sendi nama “dari” dan “daripada” dalam ayat dengan betul. Perkataan MAT BOS
merupakan akronim M untuk masa, A untuk arah, T untuk tempat, B untuk Banding, O itu orang
serta S untuk sumber. Akronim MAT ini merujuk kepada fungsi kata sendi nama “dari”
manakala akronim BOS merujuk kepada fungsi kata sendi nama “daripada” dalam ayat. Saya
menggunakan akronim MAT BOS ini bagi memudahkan mereka mengingati fungsi kata sendi
nama “dari” dan “daripada” dalam ayat betul mengikut fungsinya.

2.0 RASIONAL

Murid sering melakukan kesilapan akibat kekeliruan apabila membina ayat yang mengandungi
kata sendi “dari” dan “daripada”. Murid tidak dapat membezakan sama ada ingin menggunakan
kata sendi nama “dari” ataupun “daripada”. Contoh kesilapan yang dilakukan seperti “daripada
Sabah”, “dari kayu” dan “daripada semalam”.

Selain itu, murid dilihat tidak memahami fungsi sebenar penggunaan perkataan dari dan sering
tertukar dengan perkataan daripada dalam ayat mahupun secara pertuturan. Mereka juga terkeliru
dan menggunakan tatabahasa sewenang- wenangnya tanpa mengambil kira peraturan
penggunaan tatabahasa khususnya kata sendi nama “dari” dan “daripada” dan kekeliruan
penggunaan kata sendi nama “dari” dan “daripada” dalam ujian pemahaman bahasa Melayu.
Dengan membantu murid menguasai dan mengingati fungsi kata sendi nama iaitu fungsi kata
sendi “dari” dan “daripada”, saya yakin bahawa murid dapat memilih kata sendi nama yang
sesuai, betul dan tepat dalam ayat.
3.0 OBJEKTIF

Objektif Umum

1) Meningkatkan penguasaan kata sendi nama “dari” dan “daripada” dengan betul dalam ayat.

Objektif khusus

1. 1)  Meningkatkan penguasaan kata sendi nama “dari” dan “daripada” dalam ayat murid
tahun 4 menggunakan Lagu MATBOS.
2. 2)  Mengaplikasikan lagu MAT BOS untuk menggunakan kata sendi nama ‘dari’ dan
‘daripada’ dalam ayat.
4.0 PELAKSANAAN PROJEK INOVASI

LANGKAH 1
 Klik butang
“MULA”

LANGKAH 2
 Paparan skrin
menunjukkan kuiz,
nota dan video.
 Klik Video
LANGKAH 3
 Paparan ini akan
ditayangkan
sekiranya klik
butang video.
 Klik butang
berbentuk rumah
untuk kembali ke
paparan utama.

LANGKAH 4
 Paparan ini akan
dipaparkan
sekiranya klik
butang nota.
LANGKAH 5
 Paparan ini
dipaparkan
sekiranya klik
butang kuiz.
LANGKAH 6
 Paparan “TRUE”
akan dipaparkan
sekiranya
pengguna
menjawab soalan
kuiz dengan betul.
 Paparan “FALSE”
pula akan
dipaparkan
sekiranya
pengguna
menjawab soalan
dengan salah.

4.0 LAPORAN

Inovasi ini dilaksanakan sepenuhnya secara alam maya melalui aplikasi Youtube
kerana sekolah ditutup dan menjalani kuarantin bermula 15/4/2021 sehingga 30/4/2021.
Tarikh yang sepatutnya digunakan untuk melaksanakan inovasi ini secara alam maya
terpaksa dibatalkan dan digantikan secara alam maya dengan izin pihak pentadbir
sekolah. Aplikasi Youtube dipilih kerana ianya mudah untuk diakses oleh semua pelajar
dan lebh efisien. Pergerakan guru yang terbatas kerana terpaksa kuarantin juga
menyebabkan guru terpaksa menggunakan sumber yang ada untuk melaksanakan
inovasi ini dengan jayanya.

Gambar Video Inovasi yang diletakkan di Youtube

5.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, inovasi ini bukan sahaja menarik minat malah mampu
meningkatkan kefahaman dan kebolehan menghafal fakta dalam kalangan murid. Selain itu, ia
turut memberi kemudahan pelajar untuk menggunakannya secara fleksibel. Bukan itu sahaja,
guru juga dapat mempelbagaikan teknik dan pelaksanaan aktiviti di samping menjimatkan kos
dan masa penyediaan bahan. Justeru itu, inovasi ini sememangnya satu idea baru yang
mendatangkan banyak faedah kepada guru dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran
subjek Bahasa Melayu.
Disediakan oleh, Catatan:

……………………………………………. Tarikh:
(MOHD AMIRUL IKMAL BIN AHMAD)
Guru Pelatih,
PISMP Bahasa Melayu (SK) Jun 2017,
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent

Disemak oleh, Catatan:

…………………………………………….
(ENCIK RONNY DANI) Tarikh:
Guru Bahasa Melayu (Mentor),
SK Rugading Tuaran.

You might also like