You are on page 1of 2

TUGASAN PBL (PROJECT BASED LEARNING)

FIZIK KSSM TINGKATAN 5


2021

Tema Mekanik Newton


Bidang pembelajaran Bab 2 : Tekanan
Standard Kandungan 2.4 Prinsip Pascal
2.5 Prinsip Archimedes
2.6 Prinsip Bernoulli
Standard Pembelajaran 2.4.3 Berkomunikasi tentang aplikasi prinsip
Pascal dalam kehidupan.

2.5.3 Berkomunikasi tentang aplikasi prinsip


Archimedes dalam kehidupan.

2.6.3 Berkomunikasi tentang aplikasi prinsip


Bernoulli dalam kehidupan.

Tajuk projek Menyediakan Slaid Power Poin Mengenai Aplikasi Prinsip


Pascal / Archimedes / Bernoulli. (pilih satu sahaja)
Tempoh Pelaksanaan 1 Mei 2021 – 16 Mei 2021 (2 minggu)
Tarikh hantar 17 Mei 2021
Kumpulan sasaran Semua murid Tingkatan 5

Pengenalan:
Prinsip Pascal, Prinsip Archimedes dan Prinsip Bernoulli merupakan prinsip Fizik yang
mempunyai banyak kegunaan dan kepentingan dalam situasi harian. Prinsip-prinsip ini
diaplikasikan dalam kehidupan harian yang membantu dalam perkembangan teknologi terkini.
Antara aplikasi yang melibatkan prinsip-prinsip tersebut ialah dalam sisitem hidraulik, keapungan
kapal dan dalam bidang penerbangan.

Objektif Projek:
Memahami dan menghargai aplikasi Prinsip Pascal, Prinsip Archimedes dan Prinsip Bernoulli .

1
Arahan untuk Melaksanakan Tugasan:
1. Semua murid Tingkatan 5 yang mengambil mata pelajaran Fizik dikehendaki untuk membuat
satu tugasan PBL iaitu menyediakan slaid power poin.
2. Projek ini dijalankan secara berkumpulan (5 orang).
3. Tempoh melaksanakan tugasan selama 2 minggu, iaitu bermula pada 1 Mei 2021 – 16 Mei
2021. Hasil projek perlu dihantar pada 17 Mei 2021.
4. Projek yang dihasilkan mesti menarik dan berinformasi .
5. Jumlah slaid mestilah sekurang-kurangnya 10 slaid atau lebih (tidak termasuk muka hadapan).

Kandungan Projek :
Slaid power poin yang dihasilkan perlulah mengandungi perkara-perkara berikut:
1) Muka hadapan slaid mengandungi:
(a) Logo dan nama sekolah
(b) Tajuk projek
(c) Tempoh pelaksanaan
(d) Nama ahli kumpulan & nombor kad pengenalan
(e) Kelas
(f) Subjek : Fizik KSSM
(g) Nama Guru Fizik
2) Isi kandungan
3) Penghargaan ringkas kepada guru Fizik, ibu bapa dan kawan-kawan
4) Perbincangan (seperti yang dinyatakan di bawah)
5) Kesimpulan
6) Sumber rujukan, cth: Buku teks, buku rujukan, internet (nyatakan link)

Soalan Perbincangan (20 markah) :


1. Tuliskan biodata tokoh yang menemui Prinsip Pascal/Prinsip Archimedes atau Prinsip
Bernoulli (2 markah)
2. Berikan definisi dan formula Prinsip Pascal/ Prinsip Archimedes atau Prinsip Bernoulli dan
terangkan prinsip tersebut.(3 markah)
3. Nyatakan 2 aplikasi dan prinsip kerja bagi Prinsip Pascal / Prinsip Archimedes atau Prinsip
Bernoulli.Sila sertakan gambar bagi kegunaan yang dipilih. (10 markah)
4. Berikan 2 contoh soalan pengiraan bagi Prinsip Pascal/ Prinsip Archimedes dan lukis
bentuk aerofil dan labelkan kuantiti fizik yang terlibat bagi Prinsip Bernoulli. (5 markah)

SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like