You are on page 1of 28

TAJUK 8

PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN

azizi/092008 1
OBJEKTIF

Diakhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:


1. menyenaraikan mereka yang patut menerima
laporan penilaian;
2. menjelaskan kepentingan laporan penilaian
kepada penerimanya;
3. menjelaskan bentuk laporan penilaian bersama
contohnya;
4. menjelaskan penilaian kendiri, guru dan piawai;
serta
5. membincangkan beberapa isu berkaitan
pengukuran dan penilaian.
azizi/092008 2
azizi/092008 3
Pelaporan penilaian bermaksud

• bagaimana markah/skor ujian/inventori dan penilaian


yang dilaporkan supaya ia bermakna kepada orang-
orang yang berkepentingan.
• tujuan penilaian antara lain ialah untuk menentukan
kemajuan akademik pelajar, pencapaian pelajar,
masalah pengajaran guru, masalah pembelajaran
pelajar, pengelompokan pelajar, bidang yang sesuai
dengan pelajar, sahsiah pelajar, sikap pelajar, motivasi
pelajar dan gaya pembelajaran pelajar.
• Justeru, mereka yang berkepentingan termasuklah guru,
pelajar, ibu bapa dan guru kaunselor, guru besar,
pegawai pendidikan daerah dan bakal majikan.

azizi/092008 4
Penerima Laporan Penilaian
(a) Guru
memerlukan beberapa maklumat tentang pelajar-pelajar
mereka untuk membantu mereka dalam pengajaran.
• Maklumat ini termasuklah pencapaian lepas,
pengetahuan dan kemahiran asas, gaya dan masalah
pembelajaran, minat, motivasi, sikap, kemajuan
akademik dan pencapaian akhir pelajar.
• Maklumat tentang pencapaian lepas, pengetahuan
dan kemahiran asas serta gaya dan masalah
pembelajaran pelajar dapat membantu guru untuk
membuat keputusan tentang sukatan pelajaran dan
kaedah pengajaran yang sesuai untuk pelajar-
pelajarnya.

azizi/092008 5
• Maklumat ini juga dapat membantu guru untuk
merancang dan melaksanakan ulang kaji tajuk-tajuk
tertentu yang menjadi asas kepada pelajaran baru.
• Maklumat tentang minat, motivasi dan sikap pelajar
boleh membantu guru untuk meningkatkan motivasi
pembelajaran mereka.
• Di sepanjang proses pengajaran, guru perlu mengetahui
kemajuan akademik pelajar-pelajarnya untuk
menentukan kaedah pengajaran/pembelajaran yang
lebih sesuai dengan pelajar-pelajarnya.
• Ujian diagnostik boleh digunakan untuk mengenal pasti
masalah pembelajaran pelajar

azizi/092008 6
(b) Pelajar
• Pelajar juga memerlukan beberapa
maklumat tentang diri mereka sendiri
untuk membantu mereka dalam
pembelajaran.
• Maklumat ini termasuklah pengetahuan
dan kemahiran asas, gaya dan masalah
pembelajaran serta kemajuan dan
pencapaian akademik mereka.

azizi/092008 7
(c) Ibu Bapa
• Ibu bapa turut memerlukan beberapa maklumat
tentang anak-anak mereka untuk membantu
mereka mengadakan beberapa aktiviti yang
dapat meningkatkan kemajuan akademik dan
sahsiah anak-anak mereka.
• Maklumat ini termasuklah dari segi masalah
pembelajaran, kemajuan akademik, pencapaian
akhir dan perkembangan sahsiah anak-anak
mereka.

azizi/092008 8
(d) Guru Kaunselor
• Guru kaunselor memerlukan beberapa
maklumat tentang pelajar-pelajar untuk
membantunya memberikan bimbingan dan
kaunseling kepada para pelajar.
• Maklumat ini termasuklah pencapaian lepas,
gaya pembelajaran, minat, motivasi, sikap,
perkembangan sahsiah dan pencapaian akhir
pelajar.
• Maklumat tentang pencapaian lepas dan gaya
pembelajaran dapat membantu guru kaunselor
untuk menasihat pelajar tentang gaya
pembelajaran yang sesuai untuk mata-mata
pelajaran tertentu.
azizi/092008 9
(e) Guru Besar Sekolah
• Guru besar sekolah memerlukan beberapa
maklumat tentang pelajar-pelajar untuk
membantunya merancang program yang boleh
meningkatkan motivasi pembelajaran,
pencapaian akademik dan pembangunan
sahsiah pelajar.
• Maklumat ini termasuklah pencapaian lepas,
minat, motivasi, sikap, perkembangan sahsiah
dan pencapaian akhir pelajar.
• Maklumat tentang pencapaian lepas, minat,
motivasi dan sikap pelajar boleh membantu guru
besar merancang program untuk meningkatkan
motivasi dan kaedahpembelajaran pelajar.
azizi/092008 10
(f) Pegawai Pendidikan Daerah
• Pegawai pendidikan daerah (PPD) memerlukan
beberapa maklumat tentang pelajar-pelajar
untuk membantunya merancang program yang
bolehmenyelaraskan peningkatkan motivasi
pembelajaran, pencapaian akademik dan
pembangunan sahsiah pelajar di semua sekolah
dalam daerah di bawah penyeliaannya.
• Maklumat ini termasuklah pencapaian lepas,
minat, motivasi,sikap, perkembangan sahsiah
dan pencapaian akhir pelajar.

azizi/092008 11
(g) Bakal Majikan
• Bakal majikan memerlukan beberapa maklumat
tentang pelajar-pelajar untuk membantu
pihaknya membuat keputusan untuk menerima
pelajar lepasan sesebuah sekolah sebagai
pekerjanya.
• Maklumat ini termasuklah pencapaian
akademik, penguasaan kemahiran, minat,
motivasi, sikap dan sahsiah pelajar.
• Maklumat tentang pencapaian akademik dan
penguasaan kemahiran tertentu oleh pelajar
boleh membantu bakal majikan menentukan
kesesuaian pelajar untuk melaksanakan sesuatu
tugas.
azizi/092008 12
azizi/092008 13
• Bentuk Laporan Penilaian
• Beberapa jenis pengukuran dan penilain telah dikenal
pasti, yang perlu dibuat untuk mencapai pelbagai tujuan
penilaian.
• Penilaian-penilaian ini meliputi penilaian pencapaian
lepas, pengetahuan dan kemahiran asas, gaya dan
masalah pembelajaran, minat, motivasi, sikap, kemajuan
akademik, pencapaian akhir dan perkembangan sahsiah
pelajar.
• Penilaian-penilaian ini perlu disusuli dengan
pelaporannya kepada orang-orang yang berkepentingan
seperti yang telah dibincangkan. Ia boleh dibuat dalam
pelbagai bentuk, seperti gred peratus (percentage
grade), gred abjad (letter grade), gred lulus-gagal (pass-
fail grade), senarai semak (checklist), penjelasan bertulis
(written description) dan perjumpaan ibu bapa (parent
conference).
azizi/092008 14
(a) Gred Peratus
• Gred peratus menjelaskan pencapaian pelajar
dalam bentuk nombor antara 0 hingga 100 (iaitu
nombor per seratus). Istilah peratus ini
menunjukkan berapa peratus seseorang pelajar
dapat menguasai kandungan pelajaran tertentu
(Oosterhof, 2003: 216).
• Nombor yang kecil menunjukkan pencapaian
yang rendah, sementara nombor yang besar
menunjukkan pencapaian yang tinggi.
• Gred peratus ini biasanya digunakan oleh guru
untuk menunjukkan pencapaian pelajar dalam
penilaian formatif seperti kuiz mingguan, ujian
bulanan atautugasan.

azizi/092008 15
(b) Gred Abjad
• Gred abjad menjelaskan pencapaian pelajar
dalam bentuk abjad yang biasanya terdiri
daripada lima (5) kategori, misalnya A, B, C, D
dan F, yang mana abjad A menunjukkan
pencapaian cemerlang, B baik, C sederhana, D
rendah dan F gagal.
• Kebanyakan sekolah dan institusi pengajian
tinggi menggunakan penggredan ini.
• Gred abjad ini biasanya digunakan oleh guru
untuk menunjukkan pencapaian pelajar dalam
penilaian sumatif seperti ujian akhir
penggal/akhir tahun persekolahan.
azizi/092008 16
(c) Gred Lulus-Gagal
• Gred lulus-gagal menjelaskan pencapaian
pelajar hanya dalam dua kategori, iaitu sama
ada lulus/gagal atau memuaskan/tidak
memuaskan.
• Penilai perlu menetapkan markah lulus dan
markah gagal, misalnya markah 50% dan ke
• atas diberi gred lulus dan bawah daripada 50%
diberikan gred gagal.
• Kita juga mengubah gred abjad kepada gred
lulus-gagal, iaitu dengan mengubah gredA, B, C
dan D kepada gred lulus, sementara F diubah
kepada gred gagal.
azizi/092008 17
(d) Senarai Semak
• Senarai semak menjelaskan pencapaian pelajar
dalam bentuk borang yang mengandungi
objektif pengajaran/hasil pembelajaran yang
sepatutnya dicapai pelajar, yang meliputi
domain kognitif, psikomotor dan afektif.
• Untuk memberikan maklumat yang lebih
terperinci dan bermakna, kita boleh masukkan
juga aras pencapaian hasil pembelajaran
(misalnya,gred abjad), seperti sangat lemah (F),
lemah (D), sederhana (C), baik (B), cemerlang
(A).
• Penggredan/penilaian bentuk ini biasanya
digunakan di sekolah rendah dan menengah
rendah
azizi/092008 18
(e) Penjelasan Bertulis
• Penjelasan bertulis menjelaskan pencapaian
pelajar dalam bentuk penulisan tentang
kekuatan dan kelemahan pelajar yang meliputi
domain kognitif, psikomotor dan afektif serta
perkembangan sahsiah pelajar.
• Seperti juga, senarai semak, penjelasan bertulis
ini akan menjadi terlalu panjang sekiranya guru
ingin menjelaskan kekuatan dan jugakelemahan
pelajar.
• Biasanya, untuk tujuan pemulihan, kita hanya
memerlukan maklumat tentang kelemahan
pelajar
azizi/092008 19
e) Perjumpaan Ibu Bapa
• Perjumpaan ibu bapa menjelaskan lebih lanjut
pencapaian pelajar selepas pihak sekolah
menghantar laporan penilaian kepada mereka,
yang mana penjelasan ini dibuat melalui
perbincangan antara guru-guru, pelajar dan ibu
bapa, terutama bagi pelajar-pelajar yang
bermasalah pembelajaran, sahsiah atau disiplin.
• Perjumpaan ini bertujuan untuk memberi tahu
ibu bapa dan pelajar tentang masalah yang
dihadapi oleh anak mereka, supaya ketiga-tiga
pihak mencapai persetujuan tentang tindakan
yang perlu diambil untuk mengatasi masalah
pelajar.

azizi/092008 20
azizi/092008 21
PENILAIAN KENDIRI, GURU DAN PIAWAI

azizi/092008 22
Penilaian kendiri
• Penilaian kendiri ialah proses seseorang indidvidu
mentadbir alat pengukuran tertentu, menyemak
jawapannya dan menilai ukuran yang diperoleh secara
sendiri.
• Contoh alat pengukuran tersebut ialah soalan latihan,
contoh kertas ujian/peperiksaan, soal selidik/ inventori.
• Soalan latihan, misalnya, boleh diguna oleh pelajar
untuk menentukan pengetahuan/kemahiran asas,
masalah pembelajaran, kefahaman formatif atau
pencapaian akhir pelajar.
• Soal selidik/inventori pula boleh menentukan minat,
motivasi, sikap, aptitut, kecerdasan, sahsiah, bidang
pengajian dan kerjaya masa depan pelajar.

azizi/092008 23
Penilaian Guru
• Penilaian guru ialah proses seseorang guru merancang, menggubal
dan mentadbir alat pengukuran tertentu serta menyemak jawapan,
menilai ukuran yang diperoleh dan melaporkan penilaian tersebut.
• Guru yang melaksanakannya perlu mengetahui prinsip-prinsip
pengukuran dan penilaian, selain pakar bidang mata pelajaran
tertentu.
• Contohnya, guru yang ingin menilai pengetahuan/kemahiran asas,
kekuatan/kelemahan, kemajuan formatif dan pencapaian akhir
pelajar dalam matematik hendaklah guru matematik yang
mempunyai pengetahuan/kemahiran mengukur dan menilai
masalah pembelajaran/ pencapaian matematik.
• Guru yang ingin menilai minat, motivasi, sikap, aptitut, kecerdasan,
sahsiah dan kecenderungan kerjayapelajar hendaklah guru yang
mempunyai pengetahuan/kemahiran mengukur dan menilai ciri ciri
dalaman pelajar, misalnya, guru kaunselor.

azizi/092008 24
Penilaian Piawai

• Penilaian piawai ialah proses merancang,


menggubal dan mentadbir alat pengukuran
tertentu serta menyemak jawapan, menilai
ukuran yang diperoleh dan melaporkannya yang
diuruskan oleh badan-badan tertentu, misalnya,
Lembaga Peperiksaan Malaysia.
• Tujuan utama penilaian piawai ialah
menyelaraskan pencapaian seseorang pelajar
dengan menggunakan satu peperiksaan sahaja
untuk seluruh negara
azizi/092008 25
ISU-ISU BERKAITAN PENGUKURAN DAN PENILAIAN
Pentadbiran Ujian Melalui Komputer
• Bagi ujian berbentuk objektif (seperti betul-salah,
beraneka pilihan, mengisi tempat kosong); komputer
boleh diguna untuk melaksanakan hampir semua proses
peperiksaan.
• Ini termasuk menjana soalan, memilih soalan daripada
bank soalan, meyediakan kertas ujian selepas soalan
dijana/dipilih, mengeluarkan kertas soalan yang
disimpan di dalamnya, mengawal masa ujian,
memeriksa jawapan, memberi markah, menjumlah dan
menilai markah, menjana laporan penilaian, menyimpan
rekod penilaian dan menjana laporan kemajuan pelajar.

azizi/092008 26
Pengukuran dan Penilaian bagi Mata Pelajaran Tertentu
• Perkara perlu diberi perhatian apabila kita membuat pengukuran
dan penilaian bagi mata-mata pelajaran tertentu, seperti seni
visual/muzik, kemanusiaan, bahasa, matematik atau sains.
• Masalah pengukuran dan penilaian boleh diselesaikan sekiranya
objektif pengajaran/hasil pembelajaran dinyatakan secara jelas dan
tepat.
• Bagi mata pelajaran seni visual, misalnya, penilaian meliputi domain
kognitif (pengetahuan tentang seni visual, seperti definisi, contoh,
sejarah), psikomotor (proses membina sesuatu objek visual), affektif
(aprisiasi seni visual) dan juga objek visual yang dihasilkan. Isu
pengukuran dan penilaian bidang seni visual ini ialah pengukuran
dan penilaiannya menjadi terlalu subjektif/peribadi sehinggakan
pakar-pakar bidang tidak mempunyai kriteria permarkahan/penilaian
yang dipersetujui bersama.
• Ini menyusahkan pemeriksa menyediakan skema permarkahan dan
memeriksa jawapan/proses/hasil/ aprisiasi.

azizi/092008 27
Pengukuran dan Penilaian bagi Pelajar Khas
• Pengukuran dan penilaian bagi pelajar-pelajar khas memerlukan
prosedur yang berbeza daripada pelajar-pelajar biasa. Mereka
terdiri daripada pelajar yang bermasalah pembelajaran, bermasalah
penglihatan, bermasalah pendengaran, cacat anggota dan
sebagainya.
• Pelajarpelajar khas ini, disebabkan kecacatan, menghadapi
pelbagai masalah apabila mereka menduduki ujian/peperiksaan.
Bagi mereka yang bermasalah penglihatan, mereka tidak dapat
melihat soalan ujian dan juga menulis jawapan.
• Satu penyelesaiannya ialah menggunakan alat Braille untuk
membaca dan menulis.
• Kaedah kedua ialah menggunakan ujian lisan, iaitu guru membaca
soalan dan pelajar menjawab juga secara lisan.
• Kedua-dua kaedah ini mengambil masa yang panjang, di mana
jangka masa ujian/peperiksaan perlu disesuaikan.

azizi/092008 28

You might also like