You are on page 1of 8

Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data yang telah dibuat oleh pengkaji

berdasarkan tindak balas responden terhadap soal selidik yang telah dijalankan berkaitan
punca-punca masalah disiplin pelajar yang berlaku di sekolah. Data yang telah dimasukkan
diproses bagi mendapatkan statistik seperti nilai peratusan, min purata dan taburan
kekerapan.

DEMOGRAFI RESPONDEN

Jadual 1 menunjukkan bilangan responden yang terdiri daripada para pelajar dan
masyarakat awam.

JADUAL 1 : LATAR BELAKANG RESPONDEN


         
BIL ASPEK KATEGORI BILANGAN PERATUS
(%)
   
 

    Lelaki
1. Jantina 17 53.1

   
 

Perempuan
15 46.9

 
 

    15 tahun
2. Umur 8 25

 
 

16 tahun
9 28.1
 
 

17 tahun
15 46.9

 
 

    Pengawas Sekolah
3. Jawatan
 
10 31.3
   
 
Pengawas Pusat Sumber
  4 12.5
 
 
 

  Pembimbing Rakan
  Sebaya 4 12.5
 

   
 
Pelajar Biasa
   
13 40.6

Pengawas Asrama
1 3.1

Sumber: Kajian Lapangan 2020


Rajah 1: Carta Pai menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina.

Maklumat Demografi Responden Berdasarkan


Jantina

Petunjuk :
Lelaki
Perempuan
47%
53%

Jumlah : 32
orang

Sumber: Kajian Lapangan 2020

Dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 32 orang responden, seramai 17 orang


(53.1%) adalah terdiri daripada responden lelaki, manakala bakinya sebanyak 15 orang
(46.9%) adalah responden perempuan. Tiada perbezaan jurang yang besar dalam pemilihan
jantina responden. Maklumat yang lebih jelas boleh dilihat pada Rajah 1 di atas. Kajian ini
dilaksanakan bagi melihat persepsi para pelajar terhadap pengurusan tingkah laku dan
disiplin pelajar di sekolah. Oleh yang demikian, peratusan yang diperolehi ialah 53.1% (17
orang) daripada kalangan lelaki lebih tinggi daripada peratusan yang diperoleh dalam
kalangan perempuan iaitu 46.9% (15 orang).
Rajah 2: Carta Pai menunjukkan demografi responden berdasarkan umur.

Maklumat Demografi Responden Berdasarkan


Umur

Petunjuk :
25%
15 tahun

16 tahun
47% 17 tahun

28%

Jumlah : 32 orang

Sumber: Kajian Lapangan 2020

Berdasarkan hasil kajian, daripada 32 orang responden yang ditemu bual, seramai 8
orang (25%) adalah terdiri daripada responden yang berumur 15 tahun. Manakala responden
yang berumur 16 tahun adalah terdiri daripada 9 orang (28.1%). Diikuti dengan yang
berumur 17 tahun adalah 15 orang (46.9%) seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.
Tuntasnya, responden yang berbeza usia ini adalah responden yang mempunyai pandangan
dan cara yang berbeza.
Rajah 3: Carta Pai menunjukkan demografi responden berdasarkan jawatan.

Maklumat Demografi Responden Berdasarkan


Jawatan

3%
Petunjuk :

31%
Pengawas Sekolah
41% Pengawas Pusat Sumber
Pembimbing Rakan Sebaya
Pelajar Biasa
Pengawas Asrama
13%
13%

Jumlah : 32
orang

Sumber: Kajian Lapangan 2020

Dalam melakukan kajian ini, dapatan hasil menunjukkan 10 orang (31.3%) daripada
32 orang responden adalah terdiri daripada pelajar yang berjawatan pengawas sekolah
manakala 4 orang (12.5%) bagi setiap pelajar berjawatan pengawas pusat sumber dan
pembimbing rakan sebaya. Seterusnya, seramai 13 orang (40.6%) terdiri daripada pelajar
biasa. Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3, responden yang berjawatan sebagai pengawas
asrama hanyalah 1 orang (3.1%). Hal ini demikian kerana kebanyakan pelajar di sekolah
yang dikaji adalah terdiri daripada pelajar yang tidak memegang apa-apa jawatan besar di
dalam badan kepimpinan sekolah.

PUNCA-PUNCA MASALAH DISIPLIN PELAJAR DI SEKOLAH


Jadual 2 menunjukkan punca-punca masalah disiplin pelajar berlaku di sekolah.

JADUAL 2: ANALISIS PUNCA-PUNCA


BIL PUNCA-PUNCA YA TIDAK
[1] [2]
(F) (%) (F) (%) MIN
1. Pengaruh rakan sebaya 27 84.4 5 15.6 1.16

2. Media massa 20 62.5 12 37.5 1.38

3. Sikap pelajar itu sendiri 21 65.6 11 34.4 1.34

4. Kegagalan peranan ibu 21 65.6 11 34.4 1.34


bapa
5. Peraturan sekolah tidak 18 56.3 14 43.8 1.44
dikuatkuasakan
Sumber : Kajian Lapangan 2020

Rajah 4: Graf bar menunjukkan punca-punca masalah disiplin pelajar yang berlaku di
sekolah.
15.60%

34.40% 34.40%
37.50%
43.80%
PUNCA-PINCA MASALAH DISIPLIN PELAJAR DI SEKOLAH

84.40%

65.60% 65.60%
62.50%
56.30%

Pengaruh rakan Media massa Sikap pelajar itu Kegagalan peranan Peraturan sekolah
sebaya sendiri ibu bapa tidak dikuatkuasakan

Jumlah: 32 orang

YA TIDAK

Sumber : Kajian Lapangan 2020


Berdasarkan rajah 4 di atas, graf bar menunjukkan punca-punca masalah disiplin
pelajar di sekolah. Responden yang diselidik oleh pengkaji adalah seramai 32 orang.
Hasil dapatan di atas menunjukkan beberapa kesimpulan berkaitan punca-punca
wujudnya masalah disiplin di kalangan pelajar di sekolah. Secara konklusinya, responden
telah menjawab antara ‘ya’ atau ‘tidak’ bagi lima penyataan yang telah dikemukakan di atas.
Daripada jumlah tersebut, seramai 27 orang (84.4%) menjawab ‘ya’ agi punca
pengaruh rakan sebaya manakala 5 orang (15.6%) menjawab ‘tidak’ dengan penyataan
tersebut. Min purata menunjukkan sebanyak 1.16 responden bersetuju akan penyataan
pengaruh rakan sebaya merupakan punca wujudnya masalah disiplin di kalangan pelajar di
sekolah. Seperti sedia maklum, pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai
rakan yang sebenar sehingga sanggup berkorban apa sahaja demi rakan sebaya. Namun,
rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan
drastiknya.
Seterusnya, media massa juga menjadi salah satu punca pelajar di sekolah mempunyai
masalah disiplin dan tingkah laku. Seramai 20 orang (62.5%) menjawab ‘ya’ dan 12 orang
(12%) lagi menjawab ‘tidak’. Min purata menunjukkan sebanyak 1.38 responden bersetuju
bahawa media massa merupakan salah satu punca berlakunya masalah disiplin dan tingkah
laku dalam kalangan pelajar di sekolah. Kemunculan media massa telah mempengaruh para
pelajar untuk meniru apa yang dilihat pada mata mereka. Misalnya, kelakuan ganas, tidak
senonoh dan sebagainya sehingga menyebabkan pelajar berkelakuan tidak baik.
Selain itu, 21 responden (65.6%) yang menjawab ‘ya’ bahawa sikap seseorang
pelajar itu sendiri menjadi punca berlakunya masalah disiplin pelajar di sekolah. 11 orang
(34.4%) daripada responden menjawab ‘tidak’ dengan penyataan ini. Min purata
menunjukkan sebanyak 1.34 responden bersetuju bahawa sikap seseorang pelajar itu sendiri
telah menyebabkan kurangnya disiplin dalam diri pelajar tersebut. Hal ini kerana, mereka
terlalu mengikut nafsu dan bersikap remeh temeh dalam segala hal.
Di samping itu, didapati ramai responden yang bersetuju bahawa pelajar yang kurang
kasih sayang dari keluarga terutamanya ibu bapa menjadi punca kepada pelajar tersebut
mempunyai masalah disiplin dan tingkah laku. Seramai 21 orang (65.6%) yang menjawab
‘ya’ manakala 11 orang (34.4%) yang memilih ‘tidak’. Hal ini disebabkan oleh ibubapa yang
lebih mengutamakan kerjaya sehingga alpa tanggungjawab mereka mendidik anak yang
dahagakan kasih sayang mereka. Min purata menunjukkan sebanyak 1.34 dimana
kebanyakan responden bersetuju bahawa antara punca pelajar mempunyai masalah disiplin di
sekolah ialah kurangnya kasih sayang ibu bapa.
Akhir sekali, seramai 18 orang (56.3%) yang menjawab ‘ya’ terhadap penyataan
bahawa peraturan sekolah yang tidak dikuatkuasakan sebagai punca kepada masalah disiplin
pelajar di sekolah. 14 orang (43.8%) dari 32 orang responden menjawab ‘tidak’ terhadap
penyataan tersebut. Min purata bagi penyataan peraturan sekolah yang tidak berkuatkuasa
sebagai punca berlakunya masalah disiplin pelajar ialah 1.44. Hal ini demikian kerana ada
pihak sekolah yang memandang remeh tentang disiplin pelajar kerana lebih mengutamakan
akademik.
Kesimpulannya, hasil kajian menunjukkan bahawa ramai responden bersetuju
terhadap punca-punca berlakunya masalah disiplin dalam kalangan pelajar di sekolah adalah
disebabkan sikap pelajar itu sendiri dan kegagalan peranan ibu bapa. Di samping itu,
kebanyakan responden juga bersetuju bahawa pengaruh rakan sebaya turut menjadi punca
utama kepada masalah ini berlaku. Justeru itu, hal ini mestilah diambil berat oleh setiap
individu bagi membanteras masalah disiplin dan tingkah laku pelajar di sekolah.

You might also like