You are on page 1of 2

Kisah Maisarah Hannan, seorang Guru di Sandakan 

dengan sukarela mengusahakan wang


dan tenaga untuk membantu individu yang susah dan terkesan semasa COVID-19. Pada
pendapat anda, berdasarkan kepada pandangan Choice Theory Reality Therapy, mengapa
Cikgu Maisarah sanggup korbankan masa mudanya untuk menyumbang kebaikan kepada
orang lain.

Serba sedikit tentang Cikgu Maisarah Hannan, ataupun nama sebenarnya Magrate
Chong Sui Lan, merupakan Guru Kaunseling di sekolah Sekolah Menengah Convent St Cecilia
di Sandakan. Beliau menggunakan wangnya sendiri untuk membeli kuih setiap hari Selasa,
Rabu dan Jumaat untuk diberikan kepada pelajar yang tidak mempunyai makanan di sekolah.
Dibimbing oleh motto "Sebarkan Cinta", beliau mula melaksanakan program ini yang bernama
“Meal Project” pada tahun lepas. Beliau berusia 34 tahun, pada mulanya dengan sukarela
mengusahakan wang dan tenaga untuk membantu individu yang susah dan terkesan semasa
COVID-19 pada tahun ini. Kini beliau mendapat banyak bantuan dan sumbangan daripada
rakan-rakan sekerja beliau dan juga daripada pihak sekolah yang beliau berkhidmat.
Namun, persoalannya adalah, mengapakah beliau berbuat demikian? Berdasarkan
kepada pandangan Choice Theory Reality Therapy (CTRT), konsep asasnya ialah manusia
mempunyai kebebasan, boleh membuat pilihan dan bertanggungjawab terhadap pilihan
tersebut. Menjadi seorang sukarelawan untuk membantu murid-murid yang kurang bernasib
baik adalah pilihan beliau dan berdasarkan keputusan yang beliau buat. Pada pandangan saya,
Cikgu Maisarah mempunyai hati yang amat suci dan baik kerana, walaupun beliau merupakan
Guru Kaunseling, bukan semua yang sanggup buat apa yang beliau buat. Beliau merupakan
seorang Guru Kaunseling yang amat berusaha untuk membantu murid-muridnya. Jiwa
kebajikan beliau amat tinggi, dan beliau telah memahami tugas seorang Guru Kaunseling
secara mendalam. Ini terdedah apabila beliau berkata “Ketika kami bertanya kepada seorang
pelajar mengapa dia tidak datang kepada kami, dia menangis kerana mengatakan bahawa dia
terlalu malu untuk meminta pertolongan”

Dalam CTRT telah dinyatakan bahawa, motif umum terapi ini adalah untuk
membantu seseorang bagi mencapai autonominya. Autonomi seorang individu ialah,
dorongan fizikal, psikologikal, rasa kepunyaan (belonging), kuasa (power), kebebasan
(freedom), keseronokan (fun) dan akhirnya minum dan tidur. Melalui “Meal Project” ini,
Cikgu Maisarah melengkapkan salah satu autonomi yang amat penting untuk
seseorang individu iaitu MAKAN. CTRT memfokuskan konsep Identiti Berjaya (Fulfilled
Person), iaitu seorang individu yang memiliki semua aspek penting iaitu, memiliki rasa
bebas, seronok, rasa disayangi dan menyayangi, rasa cekap dan mempunyai harga
diri. Seperti yang dikatakan oleh Cikgu Maisarah, murid-murid miskin malu bertanya
kerana keperluan asas mereka tidak dipenuhi sepenunya.
Di sinilah Cikgu Maisarah masuk campur, untuk membantu murid-murid tersebut.
Walaupun beliau hanya menyediakan makanan, berdasarkan kepada CTRT itu adalah
salah antara aspek identiti yang berjaya, iaitu berasa seronok dan rasa disayangi dan
menyayangi. Makanan dan bantuan yang diberikan oleh beliau bukan sekadar
makanan tetapi symbol kasih sayang. Apabila, keperluan asas murid dipenuhi, maka
CTRT mengatakan bahawa itulah yang menjadikan seorang individu mencapai
autonomi. Apabila mencapai tahap autonomi, maka individu tersebut akan berusaha
sendiri untuk mempertingkatkan dirinya seupaya mungkin.
Jadi pada pandangan saya, berdasarkan kepada pandangan Choice Theory Reality
Therapy Cikgu Maisarah sanggup mengorbankan masa muda beliau untuk menyumbang
kebaikan kepada orang lain disebabkan oleh 2 faktor. Pertama, itu adalah secara tidak
langsung merupakan sebahagian daripada tugas beliau, iaitu menjadi Guru Kaunseling kepada
murid-murid beliau. Kedua, disebabkan beliau juga merupakan seorang yang berjiwa kebajikan,
dengan melaksanan sumbangan sebegini, beliau juga memilih dan membuat keputusan tentang
cara menjalani kehidupan beliau. CTRT mengatakan bahawa setiap individu merupakan arkitek
transformasi diri mereka sendiri. Proses ini membantu membina keyakinan diri dan
memperkasakan individu untuk menjalani kehidupan yang lebih memuaskan.

You might also like