You are on page 1of 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, JALAN KUALA KETIL,


08000, SUNGAI PETANI,
KEDAH DARUL AMAN

Nama : THACHAINI A/P TANGGAMANY

Angka Giliran : 2021252340017

No. K/P : 021105-02-1100

Program : PISMP

Ambilan : JUN 2021

Kumpulan/Unit : 22 A- BM

Nama Pensyarah : PUAN KAMALA A/P SENGALRAYAN

Tarikh Hantar : 2 MAC 2023

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar: THACHAINI _Tarikh : 2/3/2023


SOALAN

Tugasan 1: Laporan Temubual (Individu) - 20%

Malaysia mempunyai penduduk berbilang kaum dan etnik dari pelbagai


sosiobudaya. Kepelbagaian sosiobudaya tersebut telah memberi implikasi kepada
sistem pendidikan di negara kita.

 Berdasarkan pernyataan di atas, anda dikehendaki menjalankan satu temubual


dengan salah seorang guru yang kini bertugas di sekolah aliran perdana.
Temuramah berkenaan perlu menilai kepentingan kepelbagaian sosiobudaya
dalam merancang proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Temubual tersebut mestilah berfokus pada tiga daripada aspek berikut:

● bangsa
● bahasa
● struktur sosial
● kepercayaan
● adat resam

 Sertakan soalan temubual berstruktur di bahagian Lampiran.


Laporan Temubual Mengenai kepentingan kepelbagaian sosiobudaya
dalam merancang proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Pada 13 Februari 2023, saya telah menjalankan sesi temubual bersama


seorang pendidik di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kulim, Kulim, Kedah. Saya
menemu bual ketua panitia bahasa Melayu, Puan Prema A/P Gobaloo. Tujuan saya
melakukan sesi temubual tersebut adalah untuk mengetahui kepentingan
kepelbagaian sosiobudaya dalam merancang proses pengajaran dan pembelajaran
di dalam bilik darjah. Perkara tersebut bertepatan dengan tugasan yang telah
diberikan dalam kursus EDUP3073 Budaya dan Pembelajaran yang mana
dikehendaki untuk menjalankan sesi temubual dengan warga pendidik di sekolah
pilihan saya menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS).

Kepelbagaian sosiobudaya telah memberi kepentingan yang meluas kepada


perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran (Christine Bennet, 2003). Menurut
responden, kepentingann sosiobudaya dalam merancang PdP dapat ditinjau dari tiga
aspek iaitu bahasa, bangsa dan adat resam. Menurut responden, kepelbagaian
sosiobudaya dalam merancang proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah penting untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif dan ceria serta
membina hubungan dan interaksi antara pelbagai kaum.
Dari segi aspek bahasa cara yang boleh digunakan oleh guru dalam mengatasi
masalah pertuturan dalam bilik darjah ialah pengaplikasian bahasa standard dalam
berkomunikasi. Menurut beliau, walaupun murid mempunyai perbezaan bahasa
ibunda tetapi mereka dapat berkomunikasi dengan baik kerana telah mengaplikasikan
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar semasa kelas Puan Prema. Hal ini
demikian dapat memudahkan murid berbincang dan memahami dan jelas terhadap
konteks yang ingin disampaikan. Pengaplikasian bahasa standard dalam
berkomunikasi juga sangat penting bagi mengelakkan kesalahfahaman dan
pencetusan konflik yang memudaratkan. Tuntasnya, menerusi penggunaan Bahasa
Melayu yang juga merupakan bahasa kebangsaan, semangat perpaduan dalam
kalangan murid dapat diwujudkan (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Menurut responden
juga, guru perlu menggunakan kaedah dan pendekatan berbeza mengikut kemahiran
dan kemampuan murid-murid dalam pertuturan. Hal ini kerana, menurut Mc Conville
(2021) guru yang menggunakan pelbagai kemahiran seperti menggunakan kemahiran
terjemahan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Beliau juga
menggunakan kaedah pembelajaran rakan sebaya di mana guru menggandingkan
murid pintar dengan murid pemulihan.

Seterusnya, responden berpendapat terhadap aspek memahami pelbagai


bahasa dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi
mengaplikasikan aspek memahami dalam bilik darjah, guru dapat memperkasakan
kemahiran bertutur atau berkomunikasi dengan memberi lebih perhatian terhadap
cara penggunaan pelbagai bahasa. Hal ini juga dapat memudahkan perhubungan
atau berkomunikasi dengan murid yang berlainan bangsa. Jelasnya, kepelbagaian
bangsa penting untuk memudahkan perhubungan dan komunikasi antara satu sama
lain serta dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dalam kalangan murid.
Di samping itu, daripada temu bual tersebut, semangat kekitaan dapat
membantu bagi mewujudkan budaya mesra di bilik darjah dengan menggalakan
hubungan harmoni antara guru dengan murid. Hal ini dibuktikan bahawa, guru
berperanan sebagai komuniti bilik darjah. Tambahan pula, pengurusan bilik darjah
mesra budaya secara abad ke-21 seperti menyusun murid dalam bentuk kumpulan
perlu diimplementasikan. Deduksinya, menurut Ragbir Kaur Joginer Singh (2013),
pembelajaran secara koperatif mengalakkan murid untuk menerima perbezaan
sesama mereka dan dapat meningkatkan persefahaman tersebut menerusi aktiviti
perbincangan dalam kumpulan bertepatan dengan prinsip pembelajaran abad ke-21.

Justeru, responden berpendapat bahawa guru menggunakan pembelajaran


secara kolaboratif bagi meningkatkan pengetahuan tentang budaya pelbagai bangsa
melalui proses pengajaran dan pembelajaran serta mempelbagaikan sudut maklumat
atau sudut pembelajaran dan sudut bacaan seperti sudut budaya, sudut sejarah, sudut
patriotik dan sebagainya. Dari segi aspek adat resam pula responden
menyatakaimplikasi kepada guru dalam memastikan murid menghormati adat resam
setiap kaum adalah dengan membina kesedaran tentang menghormati adat resam
setiap kaum dapat membantu guru untuk menyediakan persekitaran pembelajaran
yang baik dan berkesan. Hal ini juga, para murid dapat menguasai dua atau lebih
bahasa dan adat resam. Para murid juga memupuk perasaan saling menerima dan
saling menghormati pantang larang dan adat resam yang dianuti oleh para murid.
Kesimpulannya, kepelbagaian sosiobudaya penting terhadap murid bagi
mempengaruhi pembelajaran dan memberi kesan positif kepada pengurusan bilik
darjah dari segi aspek bahasa, bangsa dan adat resam. Oleh itu, sebagai seorang
bakal guru saya akan memiliki kepentingan kepelbagaian sosiobudaya yang begitu
tinggi supaya dapat mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya dengan
mengintegrasikan pelbagai pendekatan dan kaedah.

Disediakan oleh,

THACHAINI

(THACHAINI A/P TANGGAMANY)

Pelajar IPG Kampus Sultan Abdul Halim

(661 patah perkataan)


RUJUKAN

McConville, K. (2021, Ogos 25). Language barriers in the classroom: From mother

tongue to national language. Concern Worldwide.


https://www.concernusa.org/story/language-barriers-in-classroom/

Bennett, C. I, (2003). Comprehensive Multicultural Education: Theory and Practice.

(5thed.). Boston, MA: Pearson Education Company.

Ragbir Kaur Joginder Singh. (2012).Panduan Ilmu Pendidikan Untuk Dpli Pedagogi:

Kuala Lumpur Kumpulan Budiman

Mardlina. (2006). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu. Strategi Perancangan dan

Pelaksanaan: Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd

Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu 1. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar.
LAMPIRAN

TEMU BUAL

BIODATA GURU

Nama : Puan Prema A/P Gobaloo

Subjek yang diajar : Bahasa Melayu

Pengalaman : 19 Tahun

STIMULUS

 Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai yang berbilang


kaum dan mereka tetap hidup bersejahtera walaupun berbeza. Hal ini
telah mewujudkan kepelbagaian sosiobudaya yang terdiri daripada
pelbagai aspek. Antaranya bangsa,bahasa, struktur sosial, kepercayaan
dan adat resam. Malaysia mempunyai penduduk berbilang kaum dan
etnik dari pelbagai sosiobudaya. Kepelbagaian sosiobudaya tersebut
telah memberi implikasi kepada sistem pendidikan di negara kita.

SOALAN:

1. Pada pendapat guru, jelaskan kepentingan kepelbagaian sosiobudaya dalam


merancang proses PdP di dalam bilik darjah.

2. Apakah cara yang boleh digunakan oleh guru dalam mengatasi masalah
oertuturan tersebut untuk membentuk persekitaran bilik darjah yang mesra
budaya?

3. Bagaimanakah aspek memahami pelbagai bahasa dapat membantu guru


dalam PdP di bilik darjah?

4. Adakah kepelbagaian bangsa murid -murid mempengaruhi PdP di dalam bilik


darjah.

5. Bagaimanakah hubungan harmoni antara guru dengan murid dapat membantu


bagi mewujudkan budaya mesra di bilik darjah?

6. Bagaimanakah guru meningkatkan pengetahuan murid tentang budaya


pelbagai bangsa melalui PdP?

7. Apakah implikasi kepada guru dalam memastikan murid menghormati adat


resam setiap kaum?
BUKTI TEMUBUAL

You might also like