You are on page 1of 2

1.

3 PERNYATAAN MASALAH
Setelah dunia dilanda wabak covid-19, Malaysia pelaksanakan e-pembelajaran telah
dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh kerajaan Malaysia. Keterbatasan pergerakan
dan hubungan yang telah menyebabkan pembelajaran dan pengajaran secara
bersemuka tidak dapat dilaksanakan oleh pihak sekolah dan ianya telah digantikan
dengan pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian. Kaedah pembelajaran dan
pengajaran dalam talian ini sudah wujud lama. Kaedah ini dahulunya hanya
dijalankan sebagai nilai tambah, tetapi semasa pandemic covid-19 ianya menjadi satu
keperluan.
Pembelajaran dan pengajaran dalam talian memudahkan pertemuan antara cikgu
dan pelajar tanpa perlu bertemu secara bersemuka. Namun, terdapat cabaran yang
dihadapi oleh pelajar dan cikgu. Antara masalah yang dihadapi pelajar ialah seperti
capaian internet, kos pembelian data internet, kemudahan komputer atau telefon
pintar, keberkesanan pembelajaran dan penyalahgunaan internet. Pembelajaran
dalam talian ini telah dilaksanakan secara menyeluruh di Malaysia

1.4 PERSOALAN KAJIAN


a. Adakah pembelajaran dan pengajaran dalam talian terhadap pelajar sekolah
rendah berkesan?
b. Apakah masalah atau halangan yang dihadapi oleh pelajar ketika pembelajaran
daan pengajaran dalam talian.
c. Berapakah jumlah kos perbelanjaan persekolah pelajar ketika pembelajaran dan
pengajaran dalam talian

1.5 OBJEKTIF KAJIAN


a. Mengenalpasti tahap keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dalam talian
terhadap pelajar sekolah rendah.
b. Mengenalpasti tahap masalah atau halangan yang dihadapi oleh pelajar semasa
pembelajaran dan pengajaran dalam talian.
c. Mengenalpasti kos perbelanjaan persekolahan pelajar ketika pembelajaran dan
pengajaran dalam talian.

1.6 HIPOTESIS KAJIAN


1. Ho: Pembelajaran dan pengajaran dalam talian berkesan kepada pelajar sekolah
rendah.
Ha: Pembelajaran dan pengajaran dalam talian tidak berkesan kepada pelajar
sekolah rendah.
2. Ho: Tidak ada masalah atau halangan yang dihadapi oleh pelajar semasa
pembelajaran dan pengajaran dalam talian.
Ha: Terdapat masalah atau halangan yang dihadapi oleh pelajar semasa
pembelajaran dan pengajaran dalam talian.
3. Ho: Kos perbelanjaan persekolahan lebih murah ketika pembelajaran dan
pengajaran dalam talian.
Ha: Kos perbelanjaan persekolahan lebih mahal ketika pembelajaran dan
pengajaran dalam talian.

You might also like