You are on page 1of 5

Bab 3 :

Pencernaan Dan Penyerapan

Proses pencernaan : Perut


Organ berongga spt pundi yang terletak di
sebelah kiri di bawah diafragma.
Pencerut kardiak terletak di hujung esofagus
yang mengawal jumlah makanan yang masuk dan
menghalang makanan daripada masuk balik ke
esofagus.
Pencerut pilorus yang terletak di bahagian bawah
perut mengawal makanan dari perut masuk ke
dalam duodenum.
Kelenjar gaster di dalam perut merembes jus
gaster yang mengandungi asid hidroklorik cair
(HCI), mukus dan enzim pepsin, renin dan lipase
gaster.
HCI meneutralkan amilase menyediakan satu
medium berasid (pH 5-6) bagi tindakan jus
gaster dan enzim serta memusnahkan bakteria
yang berbahaya kepada badan.
Hormon gastrin merangsang penghasilan
pepsinogen yang menjadi aktif apabila
bercampur dengan HCI.
Pepsinogen akan ditukar kepada pepsin yang
bertindak balas ke atas makanan berprotein dan
menghasilkan pepton dan polipeptida.
Renin menukarkan protein susu, iaitu
kaseinogen kepada kasein. Kasein bertindak
balas dengan kalsium di dalam susu dan
membentuk kalsium kaseinat yang lebih mudah
dicernakan oleh pepsin.
Enzim lipase gaster kurang memberi kesan ke atas
lemak yang terdapat dalam makanan kerana enzim
ini hanya dirembeskan dalam kuantiti yang sedikit.
Makanan yang bercampur dengan jus gaster akan
berubah menjadi bentuk krim yang dinamakan Kim.
Kim akan ditolak masuk ke dalam duodenum.
Makanan akan berada di dalam perut antara dua
hingga lima jam, bergantung kepada jenis
makanan. Protein dan lemak akan berada lebih
lama dalam perut dibandingkan dengan
karbohidrat.

You might also like