Professional Documents
Culture Documents
Bab 3 Perniagaan Antarabangsa
Bab 3 Perniagaan Antarabangsa
PERNIAGAAN ANTARABANGSA
1
3.0 PERNIAGAAN ANTARABANGSA
2
3.1 DEFINISI DAN PERANAN PERDAGANGAN
ANTARABANGSA
a. Definisi Perniagaan Antarabangsa
b. Peranan Perniagaan Antarabangsa
• Tukaran Asing
• Pasaran Luas
• Guna Tenaga
• Pemindahan Teknologi
• Sumbangan Kepada Ekonomi Tempatan
3
a. DEFINISI PAB
4
SEBAB BERLAKUNYA PAB
5
b. PERANAN PERNIAGAAN ANTARABANGSA
Pasaran Luas
• Menawarkan pasaran-pasaran baru kepada perniagaan tempatan
• Meluaskan pasaran bagi produk sehingga keluar negara bagi produk
yang mengalami lebihan dalam negara. Pengeluaran besar-besaran
• Pelbagai aktiviti dijalankan, keuntungan bertambah
• Memanjangkan jangka hayat produk
Guna Tenaga
• Mewujudkan peluang pekerjaan di dalam dan di luar negara
• Mobiliti faktor-faktor pengeluaran
• Meningkatkan taraf hidup.
6
Pemindahan teknologi
• Menerima pemindahan teknologi dari luar negara, kepakaran
dan kemahiran
• Mengeratkan hubungan dua hala dan pelbagai hala.
7
3.2 JENIS-JENIS PERNIAGAAN ANTARABANGSA
8
a. IMPORT (BARANGAN DAN PERKHIDMATAN)
• Aktiviti pembelian barangan dan perkhidmatan dari negara luar
dan dibawa masuk untuk kegunaan dalam negara oleh individu
atau organisasi
• Import terbahagi kepada dua :
– secara langsung melalui ejen asing atau wakil penjual
– tidak langsung menerusi ejen tempatan yang bertindak
sebagai perantara firma dengan pelanggan asing
Contoh :
Buah kurma diimport dari negara-negara Arab Saudi semasa bulan
Ramadhan
9
b. EKSPORT (BARANGAN DAN PERKHIDMATAN)
Contoh :
Malaysia mengeksport minyak sawit bertapis ke Amerika Syarikat
10
c. PELESENAN
• Pemberian hak dan kebenaran kepada sesebuah syarikat di negara
asing untuk mengeluar atau memasar atau kedua-dua sekali
sesuatu jenama produknya (pemberi lesen) di pasaran tempatan
• Sesuai apabila kitaran hayat produk mencapai kematangan di
pasaran tempatan
• Contoh-contoh perlesenan: jenama, formula, paten, mengedar,
mengeluar, trade mark, proses, hakcipta, program dan lain-lain.
d. FRANCAIS
• Pemberian satu pakej di mana francaisi dibenar mengguna tanda
niaga perniagaan, perkhidmatan dan produk, prinsip-prinsip
pengoperasian atau pengurusan syarikat, peraturan pengurusan dan
khidmat nasihat dalam segala aspek yang berkaitan dengan
perjalanan syarikat daripada francaisor.
11
e. USAHASAMA
• gabungan beberapa syarikat antarabangsa menjalankan
perniagaan yang bermotifkan keuntungan serta mencapai misi
tertentu.
• usahasama membolehkan syarikat asing mendapat pengalaman
dan menembusi pasaran di negara lain dengan menggunakan
kepakaran dan sumber-sumber syarikat tempatan
• boleh terdiri dalam bentuk pelesenan, kontrak pengurusan,
pemilikan minoriti dalam syarikat atau kontrak jangka panjang
berdasarkan perjanjian tertentu
12
f. KONTRAK PENGELUARAN
13
g. Pelaburan langsung
• Merupakan aktiviti pelaburan dari luar negara ke dalam
sesebuah negara tertentu dan membolehkan pelabur tersebut
mengawal terhadap aset-aset yang dimiliki di negara berkenaan.
• 2 jenis pelaburan langsung ialah;
– Greenfield:
• memulakan pelaburan dengan mengadakan peralatan
atau kemudahan baru atau menambahkan bilangan yang
sedia ada. Kaedah ini merupakan sasaran utama usaha-
usaha promosi negara hos (tuan rumah yang menerima
pelaburan,) untuk mewujudkan peluang pekerjaan,
pemindahan teknologi dan pengetahuan serta boleh
memberikan peluang / laluan ke arah pasaran global.
Biasanya ini adalah kaedah melabur di negara
membangun.
14
– Mergers and Acquisitions (Penggabungan dan
Pengambilalihan):
• Terjadi apabila aset-aset dari negara asal dipindahkan ke
negara luar. Penggabungan dengan syarikat dari negara
luar berlaku apabila aset-aset dan operasi dari sesebuah
negara digabungkan untuk menubuhkan satu entiti
perniagaan yang baru.Pengambilalihan merentasi
sempadan berlaku apabila kawalan ke atas aset dan
operasi dipindahkan dari syarikat tempatan kepada
syarikat dari negara luar. Biasanya ini adalah kaedah
melabur di negara-negara maju.
15
3.3 KONSEP DAN CABARAN DALAM
PERNIAGAAN ANTARABANGSA
16
i. GLOBALISASI
17
• pembentukan operasi syarikat di serata tempat di dunia di
samping membangunkan standard produk dan pemasaran
• Ekonomi global yang kompetitif tanpa sempadan.
• Sempadan dihapuskan dengan sistem telekomunikasi dan
pengangkutan.
• Barangan pengguna bersifat universal dari segi nilai dan
permintaan.
• Pengguna tidak memilih negara pengeluar tetapi mementingkan
kualiti, harga, reka bentuk, nilai dan cita rasa.
18
ii. PASARAN MENIMBUL (EMERGING MARKET)
19
iii. NASIONALISASI
• merujuk kepada tindakan sesebuah kerajaan mengambil alih
pemilikan sesebuah firma asing & menjadikan firma tersebut
sebagai milik negara
• jenis nasionalisasi termasuklah:
expropriation
• pampasan diberi
confiscation
• tidak ada pampasan
iv. LOKALISASI
• satu bentuk strategi yang biasa digunakan oleh syarikat
multinasional untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan
yang sesuai dengan negara tempatan
• mengambil kira soal-soal tempatan seperti kebudayaan ,
citarasa, bahasa, penggunaan modal, bahan mentah dan
tanggapan sesuatu barangan atau perkhidmatan yang
dipasarkan. Contoh Mc Donald tidak menawarkan Beef Burger di
India.
20
v. GLOKALISASI
21
b. Cabaran Syarikat Multinasional
• Struktur dan Kawalan
• Politik dan Undang-Undang
• Ekonomi
• Sosiobudaya dan Pengurusan Rentas
Budaya
• Perubahan Teknologi
• Pasaran Kewangan
22
SYARIKAT MULTINASIONAL (SMN)
23
b. CABARAN SYARIKAT MULTINASIONAL
i. STRUKTUR DAN KAWALAN
– Struktur: Merujuk kepada struktur organisasi yang akan diubahsuai
mengikut cara sesebuah organisasi itu beroperasi di tempat yang berbeza
– Kawalan: cara kawalan yang asas mewujudkan objektif kawalan,
mengadakan piawai pengukuran dan penilaian mengikut keperluan
setempat termasuk sosiobudaya, keadaan ekonomi, politik dan undang-
undang dsb.
– harus membuat perubahan mengikut keadaan semasa sesuatu negara
supaya operasi dapat berjalan dengan lancar.
– antara masalah yang mementingkan penstrukturan:
• konflik antara bahagian-bahagian berkenaan bidang kuasa
• kegagalan operasi asing dari segi perancangan & jangkaan
• kurang kawalan kewangan ke atas operasi luar negara
• pertindanan tugas di kalangan kaki tangan
• kemudahan pengeluaran tidak dioptimumkan
• pertindihan tugas antara pejabat jualan dengan jurujual di sesuatu
kawasan
• pertambahan dalam bilangan pengedar
• rungutan pelanggan ke atas perkhidmatan operasi di luar negara
24
- Pemilihan struktur organisasi yang sesuai adalah
penting kerana ianya merupakan satu bentuk
mekanisma kawalan yang utama.
- Kepentingan aktiviti kawalan :
• Menjamin operasi berjalan dengan lancar
• Mengelakkan kerugian dan mengukur kejayaan
sesuatu perancangan.
25
– Pendekatan kawalan yang diamalkan boleh diperolehi dengan:
• Centralization ( pemusatan kuasa )
- aktiviti dikawal selia oleh ibu pejabat (menegak)
– Lambat, tak serasi dengan budaya negara lain
• Decentralization ( pemencaran )
- anak syarikat bebas bertindak mengikut kesesuaian
persekitaran (mendatar)
– Sukar dikawal
26
ii. POLITIK DAN UNDANG-UNDANG
27
iii. EKONOMI
28
iv. SOSIOBUDAYA DAN PENGURUSAN
RENTAS BUDAYA
29
v. PERUBAHAN TEKNOLOGI
• pengimportan teknologi memakan belanja yang banyak (dari
negara asal)
• hak cipta (teknologi ditiru)
• masalah dalam mengikuti perubahan semasa (teknologi
maklumat)
31
a. GALAKAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA
i. Pemasaran Antarabangsa
• Pemasaran ialah proses perancangan dan perlaksanaan
konsep, perletakan harga, promosi dan pengedaran produk
untuk mewujudkan pertukaran yang boleh memuaskan
individu dan organisasi yang melampaui sempadan politik
sesebuah negara.
• Pemasaran antarabangsa ialah aktiviti-aktiviti pemasaran
yang dijalankan di peringkat antarabangsa.
• Menjalankan pemasaran peringkat antarabangsa adalah
lebih rumit kerana wujud perbezaan dari aspek :
• Ekonomi
• Politik dan Undang-Undang
• Budaya dan adat resam
• Agama
32
MATRADE
33
Peranan MATRADE
34
ii. Blok Perdagangan Antarabangsa
35
- AFTA (ASEAN Free Trade Area/Kawasan Perdagangan Bebas)
• Tujuan penubuhan
• Meningkatkan perdagangan di rantau ASEAN dengan
melaksanakan pasaran bebas
• Pasaran bebas - ini bermaksud barangan ASEAN boleh
menembusi pasaran negara anggota tanpa sebarang tarif @
tarif yang minimum iaitu 0 hingga 5%
• Meningkatkan kedudukan ASEAN sebagai kawasan
pengeluaran yang berdaya saing dan memenuhi pasaran
global
36
- NAFTA (North America Free Trade Agreement
Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara)
37
• EC (European Community/Kesatuan Eropah)
– Awalnya dikenali European Economic Community (EEC)
dalam perjanjian Rome.
– Pada 1967 dikenali sebagai EC hasil gabungan antara
European Coal and Steel Community (ECSC), European
Atomic Energy Community (EURATOM) dan EEC
– Pada I Jan 1994 menerusi Perjanjian Maastricht EC telah
ditukar namanya kepada European Union (EU)
– Dianggotai oleh Belgium, Perancis, Italy, Luxemburg,
Belanda, German, Denmark, Ireland, UK, Greek, Sepanyol
dan Portugal.
– Menerusi perjanjian ini 4 elemen yang digariskan ialah:
a. Mewujudkan satu matawang tunggal
b. Polisi pertahanan dan hal ehwal negara yang seragam
c. Satu kerakyatan
d. Parlimen EU yang berkuasa
38
• APEC (Asia-Pacific Economic Cooperation/Kerjasama
Ekonomi Asia Pasifik)
39
• ASEAN (Association of Southeast Asia Nation)
Ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok dengan anggota terdiri
daripada negara-negara ASEAN.
Dianggotai oleh Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand, Indonesia,
Filipina, laos, Myanmar, Vietnam dan Kemboja
Tujuan Penubuhan:
– Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi kemajuan sosial dan
perkembangan budaya di rantau Asia Tenggara
– Menggalakkan keamanan dan kestabilan politik
– Menyediakan bantuan antara satu sama lain
– Meningkatkan taraf hidup penduduk negara anggota melalui
kerjasama dalam pertanian, perusahaan dan perdagangan.
– Mengadakan hubungan yang erat dan menguntungkan dengan
persatuan antarabangsa dan serantau.
– Menggalakkan kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial,
budaya teknikal, saintifik dan pentadbiran.
– Menggembleng tenaga untuk memanfaatkan bidang industri
dan pertanian serantau dan memperluaskan aktiviti
perdagangan.
40
iii. Kemudahan PAB
Contoh di Malaysia:
- AFTA: Membentuk kawasan perdagangan bebas utk
pemprosesan pertanian dan barangan pertanian
seperti pengurangan tariff dari 0 hingga 5% cth: AFTA
41
b) MSC (Multimedia Super Corridor/Koridor Raya Multimedia)
42
- Fungsi MSC:
43
iv. Dagangan Balas
44
v. Lain – lain Galakan Kerajaan
• GALAKAN CUKAI
– Contoh: elaun cukai pelaburan
– Insentif ini menyediakan elaun pelaburan sehingga 60%
daripada perbelanjaan modal selama 5 tahun
• PENGECUALIAN CUKAI
– Kelonggaran untuk tidak membayar cukai seperti yang
ditetapkan oleh pihak berkuasa
– Contoh: pengecualian cukai terhadap pendapatan dari royalti.
• PEMBIAYAAN EKSPORT
– Contoh: Skim pembiayaan semula kredit eksport
– Skim ini memberi kemudahan kepada pengeksport untuk
mendapatkan dana segera bagi mengeksport produk yang
dijual secara kredit
45
• TARAF PERINTIS
– Pengecualian cukai selama lima tahun akan diberi kepada
syarikat yang berjaya mendapat status perintis
• SUBSIDI
– Sejumlah bayaran yang dibayar oleh kerajaan terus kepada
pengeluar untuk mengurangkan bebanan kerugian daripada
penjualan produk di peringkat antarabangsa
– Subsidi membolehkan produk dijual dengan harga lebih
murah atau lebih menguntungkan syarikat berkenaan
46
• KEMPEN BELILAH BARANGAN MALAYSIA
– Kempen yang diusahakan oleh pihak kerajaan bagi
menggalakkan pembelian dan penggunaan barangan buatan
Malaysia di negara luar
– Tujuan kempen untuk
membangun dan mengembangkan sektor perindustrian
dan perkilangan serta keupayaan mengeksport lebih
banyak barang-barang keluaran dalam negara ke
pasaran luar
47
• SKIM JAMINAN EKSPORT
– Skim yang ditawarkan oleh kerajaan untuk meningkatkan
pengeksportan dan membantu firma bersaing secara efektif
di peringkat antarabangsa
– Potongan berganda terhadap perbelanjaan promosi eksport
bertujuan menggalakkan para pelabur mempromosi produk
Malaysia di pasaran antarabangsa
48
b. SEKATAN-SEKATAN PERDAGANGAN
ANTARABANGSA
• Tarif
Cukai
– Bayaran wajib yang dikenakan oleh kerajaan ke atas
individu atau syarikat
– Berperanan untuk mengagihkan semula pendapatan dan
kekayaan negara
Levi
– Satu bentuk cukai yang perlu dibayar kepada kerajaan atau
organisasi
– Cth levi ialah membawa masuk pekerja asing ke dalam
negara
49
Bukan Tarif
• KUOTA
– Had yang dikenakan terhadap jumlah unit atau nilai sesuatu
barangan yang boleh dikeluarkan atau digunakan atau
diimport
– Kuota import - sekatan yang menghadkan kuantiti sesuatu
barangan yang diimport
– Tujuan dikenakan ialah untuk mengurangkan saingan
terhadap barangan tempatan
• EMBARGO
– Larangan kerajaan secara rasmi untuk mengimport atau
mengeksport sesuatu barangan atau perkhidmatan dari/ke
sesebuah negara
– Contoh: Malaysia dengan Israel.
50
• SUBSIDI
– Bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada individu, unit
pengeluaran atau pengeksport samada dalam bentuk
bayaran langsung seperti geran atau pinjaman, atau
langkah-langkah yang memberikan kesan yang sama seperti
bayaran langsung.
– Langkah-langkah termasuklah jaminan terhadap harga dan
pasaran, khidmat atau kemudahan bantuan dan
pemotongan atau pengecualian cukai.
– Subsidi membolehkan produk dijual dengan harga lebih
murah dari barangan luar atau lebih menguntungkan
syarikat berkenaan
• PIAWAIAN
– Satu standard kualiti yang dikenakan ke atas produk yang
ingin dipasarkan di peringkat antarabangsa.
– Jika piawaian yang tinggi dikenakan ke atas produk menjadi
penghalang kepada kemasukan produk luar yang tidak
mencapai piawaian
– (contoh dalam industri makanan, kosmetik, elektronik
dsbgnya.) 51